pinjaman boleh ubah pidn 2018 jabatan perkhidmatan …€¦ · mendapatkan maklumat lanjut...
Post on 02-Nov-2019
32 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PINJAMAN BOLEH UBAH PIDN 2018 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
SYARAT-SYARAT ASAS
a) Warganegara Malaysia;
b) Umur tidak melebihi 22 tahun pada tarikh permohonan (23 tahun bagi pelajar
peralihan);
c) Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam
tindakan undang-undang JPA;
d) Mempunyai kesihatan yang baik; dan
e) Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / SPMV untuk melayakkan lantikan ke
Perkhidmatan Awam;
f) Berada di tahun pertama Ijazah Pertama dan telah melengkapkan sekurang-kurangnya satu
(1) semester pengajian; dan
g) Memperolehi sekurang-kurangnya Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.30 dan setara dalam peperiksaan semester peringkat Ijazah Pertama.
CARA MEMOHON Permohonan dibuka secara atas talian (online) di http://esilav2.jpa.gov.my/ mulai 16 Mei 2018
(Rabu). Calon boleh merujuk Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di Portal JPA bagi
mendapatkan maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
➢ Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3049 mulai 16 hingga 22 Mei 2018 (hari bekerja) dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN 22 Mei 2018 (Selasa) jam 5.00 petang.
top related