program latihan untuk guru tmk tahun 5...
Post on 21-Feb-2018
387 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
1 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
PROGRAM LATIHAN UNTUK GURU TMK TAHUN 5
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Tajuk DUNIA PANGKALAN DATA
Topik 1.0 Pengenalan Pangkalan Data
A. Objektif
Pada akhir sesi guru dapat:
1. Membanding beza data dan maklumat
2. Memberi pengertian dan kepentingan pangkalan data
3. Menstrukturkan kaedah penyimpanan data secara bermakna
4. Menunjukkan secara grafik organisasi pangkalan data dan hirarki data
5. Menyatakan ciri-ciri Pangkalan Data
B. Kandungan Pengajaran
1. Pengertian Data dan Maklumat
2. Pangkalan Data
3. Perkembangan Sistem Pengurusan Pangkalan Data Secara Elektronik
4. Rekabentuk dan Model Pangkalan Data
5. Organisasi Pangkalan Data
6. Ciri-ciri Pangkalan Data
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
2 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
1. PENGERTIAN DATA DAN MAKLUMAT
Secara ringkasnya, hubungan di antara data dan maklumat boleh digambarkan seperti rajah
di bawah;
Data
Markah ujian bulanan bagi mata pelajaran Matematik untuk setiap murid di dalam satu kelas.
Data merupakan himpunan
fakta mentah mengenai
sesuatu benda, kejadian,
orang atau entiti yang terdiri
daripada perkataan, angka
atau gambar
Data boleh menjadi sesuatu
fakta yang bermakna atau
tidak bermakna sehingga
fakta-fakta tersebut diproses.
Definisi Contoh
Maklumat merupakan hasil
daripada pengumpulan,
pemprosesan dan
penganalisaan data yang
boleh digunakan untuk
membuat sesuatu keputusan.
Maklumat yang dihasilkan ini
lebih bermakna dan mudah
untuk difahami.
Purata markah ujian bulanan
bagi mata pelajaran
Matematik untuk satu kelas.
.
Maklumat
Data Data
Maklumat
Kutip
Simpan Proses Sunting Susun
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
3 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Contoh Perkaitan Data Dan Maklumat
MAKLUMAT MURID
Nama : Muhammad Irfan bin Azmi Umur : 11 Tahun Nombor Kad Pengenalan : 031024 – 14 – 4263 Tarikh Lahir : 24 Oktober 2003 Alamat : 45, Lorong Jaya 6, Taman Jaya Bandar Tun Razak 56000 Kuala Lumpur
45, Lorong Jaya 6 Taman Jaya
Bandar Tun Razak 56000 Kuala Lumpur
DATA
Muhammad Irfan bin Azmi
11
031024-14-4263 24 Oktober 2003
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
4 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
2.0 PANGKALAN DATA
2.1 Pengenalan Pangkalan Data
2.2 Sistem Fail
Pangkalan data boleh diilustrasikan sebagai tempat pengumpulan dan penyimpanan
data.
Pangkalan data ini boleh terbahagi kepada dua iaitu secara sistem fail atau secara
elektronik.
Pangkalan data ini memudahkan data atau maklumat ini dicapai, diuruskan atau
dikemaskini.
Sistem fail digunakan untuk menyimpan semua maklumat dalaman dan luaran yang
berkaitan dengan sesuatu projek, produk, tugas, pelanggan atau pekerja.
Penyimpanan fail bermula secara manual. Dalam sistem fail secara manual, data dan
maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas. Setiap fail dilabelkan dan disimpan bagi
tujuan mudah dicapai dan sebagai langkah keselamatan fail-fail tersebut
Kemudian diperkenalkan data dalam sistem berkomputer yang disimpan dengan
menggunakan sistem fail biasa.
Konsep pangkalan data timbul hasil daripada keperluan untuk membina sistem
pemprosesan data yang banyak bagi menyokong aplikasi-aplikasi di organisasi yang
memerlukannya.
Pangkalan data merupakan himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama
oleh pelbagai kategori pengguna bagi memenuhi kehendak dan keperluan maklumat
sesebuah organisasi.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
5 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
2.3 Sistem Fail Biasa Secara Berkomputer
2.4 Sistem Fail Secara Sistem Pengurusan Pangkalan Data
Hal Ehwal Murid
Ko-kurikulum
Kurikulukm
Sistem Hal
Ehwal Murid
Guru
Kurikulukm
Fail Hal Ehwal Murid
Data Disiplin
Data Bantuan
Data Murid
Sistem Ko-
Kurikulum
Fail Ko-Kurikulum Data Sukan
Data Kelab
Data Murid
Sistem
Maklumat murid
Fail Maklumat Murid
Data Penjaga
Data Akademik
Data Murid
Hal Ehwal Murid
Ko-kurikulum
Kurikulukm
Guru
Kurikulukm
Sistem Hal
Ehwal Murid
Sistem Ko-
Kurikulum
Sistem
Maklumat murid
Sistem Pengurusan Pangkanalan
Data Data Sukan
Data Kelab
Data Bantuan
Data Disiplin
Data Penjaga
Data Murid
Data Akademik
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
6 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Kelemahan Sistem Fail Secara Manual
Rekod sukar diubah
Memerlukan masa yang panjang untuk proses carian
Memerlukan lokasi penyimpanan fail yang besar
Kelemahan Sistem Fail Secara Berkomputer
Pengulangan Data Tiada kawalan pusat boleh menyebabkan data yang sama disimpan berulangkali
Data Lewah Data atau rekod yang sama disimpan dalam dua atau lebih fail
Ketidakselarasan Data Data dalam satu fail dikemaskini tanpa mengemaskini fail lain yang disimpan oleh jabatan lain.
Kawalan Data Yang
Lemah
Terdapat jabatan yang mempunyai data yang tidak lengkap
Pengasingan Data Data disimpan berasingan menyukarkan proses penggabungan maklumat
Kebersandaran Format
Data
Fail disimpan dalam format berlainan menyebabkan ia sukar untuk dikemas kini dan diproses
Kebaikan Sistem Fail Secara Sistem Pengurusan Pangkalan Data
Mengelakkan pengulangan dan lewahan data
Keselarasan data lebih terjamin
ahan data Memudahkan kawalan dan perkongsian data
ahan data Capaian data lebih pantas dan tepat
ahan data Keselamatan data lebih terjamin
Kebebasan format data yang disimpan
ahan data Mampu menampung lebih ramai pengguna melalui capaian serentak
ahan data
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
7 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
3.0 PERKEMBANGAN SISTEM PENGURUSAN PANGKALAN DATA SECARA
ELEKTRONIK
Secara ringkasnya sejarah pembangunan sistem pengurusan pangkalan data secara elektronik ini boleh dibahagikan kepada 3 generasi.
Generasi pertama ini bermula sekitar tahun 1968 yang dikenali sebagai Information Management System (IMS) yang digunakan untuk projek pendaratan Apollo di bulan yang berasaskan kepada hirarki. Generasi kedua merupakan penanda aras atau panduan kepada perisian-perisian
sistem pangkalan data yang ada sekarang. Bahasa pertanyaan struktur (SQL)
yang dibangunkan oleh IBM awal 1970-an juga menjadi perkara penting dalam
generasi ini.
Generasi terkini telah berkembang bersama-sama dengan peningkatan
penggunaan pengaturcaraan berorientasikan objek. Kemunculan sistem pangkalan
data XML dan NoSQL menjadi pemangkin kepada pembangunan sistem
pangkalan data. Sistem pangkalan data XML merupakan sistem pangkalan data
yang berorientasikan struktur dokumen. Sistem pangkalan data NoSQL pula
merupakan sistem pangkalan data yang yang menyediakan mekanisma
penyimpanan dan capaian semula data dan maklumat.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
8 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
4.0 REKABENTUK DAN MODEL PANGKALAN DATA
Rekabentuk pangkalan data merujuk kepada rekabentuk logikal struktur asas penyusunan
data untuk penyimpanan data.
Model pangkalan data merupakan model data yang menentukan struktur logikal bagaimana
data itu disimpan, disusun dan dikendalikan.
Terdapat beberapa model pangkalan data utama yang digunakan iaitu:
Model Hirarki (Hierarical Database Model)
Model Jaringan (Network Model)
Model Hubungan (Relational Model)
Model Hubungan Entiti (Entity-relational Model)
Pertimbangan dalam merekabentuk pangkalan data
Tujuan pangkalan data
Perlu mengetahui apakah maklumat yang akan diproses oleh pangkalan data
tersebut. Ini bagi menentukan apakah subjek (entiti) dan fakta apa mengenai subjek
tersebut (atribut) yang perlu disimpan.
Apakah Itu Entiti Dan Atribut?
Entiti Atribut
Suatu objek unik dan boleh
dikenal pasti dalam sesuatu
persekitaran seperti orang,
tempat atau benda yang boleh
dikutip dan disimpan sebagai
data.
Ciri-ciri yang menerangkan sesuatu entiti Contoh: Entiti = Murid Atribut untuk Murid adalah seperti:
Nombor kad
pengenalan
Nama
Tarikh Lahir
Alamat
Kelas
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
9 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Nama
Tarikh lahir
Alamat
Kelas
Nombor kad pengenalan
Murid
Entiti Atribut
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
10 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Jenis Data Organisasi Pangkalan Data
Teks Mengandungi teks dan angka yang tidak digunakan untuk membuat operasi matematik atau logik. Contoh : Nama murid, nombor kad pengenalan dan umur
Nombor Mengandungi angka yang khusus digunakan untuk membuat operasi matematik atau logik. Contoh : Markah Peperiksaan Penggal 1 Kelas 6A
Tarikh/Masa . Mengandungi data khusus untuk tarikh dan masa. Contoh : 4/17/14, 05:34:00 PM, Thursday, April 17, 2014
OLE Object Mengandungi data khusus yang meliputi gambar, suara dan data dari aplikasi lain. Contoh : Gambar murid, gambar guru dan lagu
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
11 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
5. ORGANISASI PANGKALAN DATA
Berikut adalah istilah dan penerangan berkenaan Jadual, Rekod dan Medan.
Istilah Keterangan
Jadual Koleksi rekod-rekod yang berkaitan
Rekod Koleksi medan yang berkaitan dan dalam
jadual
Selalunya medan berada pada kedudukan
baris dijadual.
Medan Kombinasi satu atau lebih bait atau aksara
Setiap medan diwakili oleh lajur pada jadual
Medan merupakan unit terkecil dalam sistem
pangkalan data .
Di dalam pangkalan data, data-data akan disimpan dan direkod di dalam bentuk jadual
mengikut medan-medan yang telah ditentukan. Pangkalan data boleh terdiri daripada satu
atau lebih jadual. Gambar rajah di bawah adalah contoh jadual yang terdiri daripada
gabungan rekod dan medan.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
12 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Hirarki Data
Hirarki data adalah sebuah piramid yang menunjukkan bagaimana data disusun dari unit
yang kecil kepada unit yang besar dan kemudian membentuk sebuah pangkalan data.
Gambar rajah di bawah menunjukkan perkaitan dan susunan data mengikut hirarki data.
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
14 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
6. CIRI-CIRI PANGKALAN DATA
Pangkalan data mempunyai ciri-ciri dan keupayaan yang tertentu seperti dapat
mengemaskini, menyusun dan menapis maklumat yang dikehendaki. Lihat jadual di bawah.
Sistem Pengurusan Pangkalan Data – Database Management System (DBMS)
Operasi Asas Kegunaan
Update (kemaskini) Proses untuk mengubah isi kandungan bagi rekod di
dalam fail/jadual. Proses ini mungkin menambah,
memadam atau mengubah isi kandungan rekod.
Insert (memasukkan) Proses untuk menambah rekod baru ke dalam fail/jadual.
Delete (memadam) Proses untuk mengeluarkan rekod daripada fail/jadual.
Sort (susun) Untuk menyusun rekod di dalam fail/jadual berdasarkan
kepada kriteria tertentu seperti susunan rekod mengikut
tarikh. Menyusun rekod mengikut urutan “ascending”
( A ke Z) dan “descending” ( Z ke A)
Filter ( tapis) Menapis satu atau lebih rekod dalam keadaan tertentu.
Sistem Pengurusan Pangkalan Data atau Database Management System (DBMS)
adalah satu sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta,
menyusun, mengemas kini, mengurus dan menyelenggara pangkalan data. DBMS
turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.
DBMS boleh dianggap sebagai antaramuka di antara pengguna dan pangkalan
data di mana ia membantu pengguna mencapai dan memanipulasikan data yang
disimpan di dalam pangkalan data.
Antara DBMS yang biasa digunakan ialah Microsoft Access, dBASE III Plus,
FoxBASE Plus, Oracle, MS SQL Server, SoftBASE, Clipper, Paradox
KURSUS TMK TAHUN 5 2014
15 MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
Contoh-contoh Perisian Sistem Pengurusan Pangkalan Data
top related