program pertukaran pelajar dan belia untuk jaringan jepun – asia
Post on 15-Jan-2017
333 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Program Pertukaran Pelajar dan Belia
untuk
Jaringan Jepun – Asia Timur Abad ke-21
Rombongan Pertama
Delegasi Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Malaysia ke Jepun
(11 November 2008 – 20 November 2008)
Laporan
December 2008
Japan International Cooperation Center
Maklumat Ringkas Delegasi Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Malaysia ke Jepun
Rombongan Pertama
◆Tempoh Lawatan
11 November 2008 – 20 November 2008
◆Bilangan peserta
69 orang : 63 pelajar sekolah menengah (31 lelaki, 32 perempuan)
6 pegawai pengiring (seorang pegawai dari Kementerian Pelajaran
Malaysia, 5 guru bahasa Jepun dari sekolah menengah)
◆Bilangan sekolah yang dihantar
43 sekolah : 18 buah sekolah menengah
16 buah sekolah menengah sains
7 buah sekolah berasrama penuh integrasi
2 buah sekolah agama
◆Bilangan peserta mengikut Negeri / Wilayah Persekutuan
Perlis 1 orang Negeri Sembilan 5 orang
Kedah 8 orang Melaka 3 orang
Pulau Pinang 1 orang Johor 5 orang
Perak 7 orang Sabah 5 orang
Kelantan 6 orang Sarawak 2 orang
Terengganu 4 orang Kuala Lumpur 1 orang
Pahang 5 orang Putrajaya 1 orang
Selangor 14 orang Labuan 1 orang
◆Wilayah yang telah dilawati di Jepun
4 buah wilayah (Tokyo, Ibaraki, Kumamoto dan Kagoshima)
◆Bilangan keluarga angkat
38 buah keluarga : Ibaraki (10), Kumamoto(12), Kagoshima(16)
◆Sekolah yang telah dilawati
Kumpulan Ibaraki : SM Yuki Daiichi
Kumpulan Kumamoto : SM Aso Seiho, SM Aso
Kumpulan Kagoshima : SM(P) Kanoya
AM
PM
AM
PM
AM
PM
AM
PM
AM Homestay
PM
AM
PM
AM
PM
AM
PM
AM
PM
AM
PM
2
Lawatan ke Akuarium BandarKagoshima
Lawatan ke Taman Sengan,Gunung Sakura-jima, Mencuba"Ashiyu"
Lawatan ke Balai BombaChikusei
Mencuba tenunan dan celupanYuki
Lawatan ke Taman Matoishi /Bersiar-siar di Gunung Aso
5Sabtu
15 Nov.Homestay
Homestay
Jamuan perpisahan
Interaksi dengan pelajar-pelajar SM tempatan
Orientasi / Lawatan ke MuziumBudaya Kanoya
Penerangan ringkas mengenaiWilayah Kagoshima / Lawatanke Taman Bunga Mawar
Interaksi di Sekolah MenengahPerempuan Kanoya
Majlis pertemuan dengankeluarga angkat / Homestay
Jamuan muhibah
Interaksi di Sekolah MenengahAso Seiho
Interaksi di SM Aso Seiho /Upacara pertemuan dengankeluarga angkat
10Khamis20 Nov.
Bertolak ke Narita
Pulang ke tanah air
9Rabu
19 Nov.Bersiar-siar di Asakusa
Pembentangan hasil perbincangan bengkel / Jamuan makan malam
8Selasa18 Nov.
Bengkel pertukaran pendapat Bengkel pertukaran pendapat Bengkel pertukaran pendapat
Bertolak ke Tokyo Bertolak ke Tokyo Bertolak ke Tokyo
7Isnin
17 Nov.Interaksi di Sekolah MenengahAso
6Ahad
16 Nov.
Jamuan perpisahan
Homestay
4Jumaat14 Nov.
Lawatan ke Gunung TsukubaKunjungan hormat ke DewanBandaraya Aso /Lawatan ke Kuil Shinto Aso
3Khamis13 Nov.
Bertolak ke Ibaraki / Lawatanke Tsukuba Expo Center
Bertolak ke Kumamoto
Interaksi di Sekolah MenengahYuki Daiichi
Interaksi di SM Yuki Daiichi /Upacara pertemuan dengankeluarga angkat
Rabu12 Nov.
Syarahan "Mengenali Negara Jepun" (oleh Puan Yoshimura Mako dari Univerisiti Hosei)
Lawatan ke Loji Pelupusan Sampah Ariake, Bersiar-siar di Odaiba
1Selasa11 Nov.
AMTiba di Jepun
Orientasi
PMKunjungan hormat ke Kementerian Luar Negeri Jepun
Isnin10 Nov.
Orientasi sebelum berangkat
Majlis meraikan keberangkatan / Berlepas
Jadual Keseluruhan
Kumpulan Ibaraki Kumpulan Kumamoto Kumpulan KagoshimaTarikh
Lawatan ke Menara Tokyo
Bertolak ke Kagoshima
20 orang 24 orang 25 orang
Laporan Bengkel Pertukaran Pendapat
Pelajar-pelajar sekolah menengah Malaysia telah menyertai program selama 10 hari ini
dengan membawa pelbagai pandangan dan harapan mereka. Sepanjang tempoh program ini,
mereka telah berinteraksi di sekolah, tinggal bersama keluarga angkat, belajar tentang alam
sekitar, tradisi, kebudayaan dan sebagainya yang dilaksanakan di wilayah-wilayah yang
dilawati. Setelah tamat program tersebut, mereka mengikuti Bengkel Pertukaran Pendapat
untuk berbincang tentang “Perkara-perkara yang telah diperolehi di Jepun”.
Matlamat bengkel ini dilaksanakan adalah seperti berikut.
1. Supaya setiap pelajar dapat mengutarakan pendapat tentang “perkara-perkara yang
disedari” (pengetahuan, pemahaman) di Jepun.
2. Supaya pengetahuan dan pemahaman yang telah diperolehi akan kekal dan terus menjadi
motivasi untuk saling memahami kelainan budaya.
3. Supaya “perkara yang disedari” (pengetahuan, pemahaman) itu dapat difahami dengan
lebih mendalam setelah bertukar pendapat dengan peserta lain.
4. Merumuskan “perkara yang disedari” yang telah dibincangkan ke dalam bentuk mesej
supaya dapat menjadikannya sebagai pemangkin kepada persefahaman antara Jepun dan
Malaysia.
Setiap kumpulan begitu aktif mengemukakan pendapat secara berterus-terang.
Bagaimanapun, oleh sebab kebanyakan mereka pertama kali menyertai bengkel seumpama
ini, terdapat kumpulan yang tidak merumuskan hasil perbincangan dalam bentuk mesej
seperti yang dikehendaki, tetapi merumuskannya mengikut kaedah mereka sendiri.
Laporan Bengkel bagi setiap kumpulan disertakan pada muka surat seterusnya.
Laporan Bengkel
Hari pelaksanaan : 18 November 2008 Kumpulan : Ibaraki
Ⅰ Perkara yang disedari mengenai Jepun
(Kategori : Perwatakan Orang Jepun )
○ Pengurusan masa yang baik (tidak membazir masa).
○ Mematuhi peraturan dan undang-undang.
○ Mengekalkan budaya dan adat resam (perayaan, kaligrafi, kimono).
○ Mengamalkan budi pekerti yang baik.
○ Mempunyai kesedaran tinggi terhadap alam sekitar.
○ Memiliki budaya kerja yang tinggi.
○ Menghormati agama, pendapat orang lain tanpa mengambil kira perbezaan usia.
○ Kreatif
○ Ciri-ciri makanan Jepun.
(Kategori : Infrastruktur )
○ Memanfaatkan tanah yang terhad.
○ Pembinaan bangunan yang dapat bertahan daripada gempa bumi.
○ Penyediaan kemudahan awam untuk keselesaan orang ramai.
○ Kereta mempunyai sistem GPS/navigator.
(Kategori : Ekonomi )
○ Terdapat sawah padi di tengah bandar, pokok-pokok berdaun kuning dan merah serta kebun sayur di tepi
jalan.
○ Memelihara khazanah budaya untuk menarik pelancong.
(Lain-lain) Pendidikan
○ Terdapat sistem pendidikan yang terancang dan praktikal.
○ Terdapat kemudahan pendidikan yang sempurna (termasuk kegiatan-kegiatan persatuan).
Ⅱ Kandungan Perbincangan (Tajuk : Terdapat empat tema yang menyebabkan Jepun menjadi sebuah negara
maju.)
a) Perwatakan orang Jepun
Orang Jepun sentiasa mengamalkan budi pekerti yang baik. Mereka tidak membazir masa. Mereka sentiasa
beratur dan tidak memotong walapun keadaan tempat sangat sesak. Negara Jepun mengambil langkah
memelihara khazanah budaya sama ada dalam bentuk bangunan atau budaya. Orang Jepun menunjukkan sikap
merendahkan diri, rasa terima kasih kepada orang lain. Mereka juga menundukkan kepala bila berjumpa dengan
orang lain. Mereka mementingkan sifat kerjasama. Kegiatan kitaran semula diamalkan secara berleluasa. Mereka
sentiasa mencuci tangan dan memakai apron bila memasak di bilik masakan. Mereka melayan tetamu di kedai
dengan ramah dengan memberi perkhidmatan yang terbaik Mereka sukar menolak pelawaan daripada orang lain.
Orang Jepun sangat kreatif dan ini dapat diketahui menerusi penerbitan majalah kereta dan komik yang banyak.
Orang Jepun tidak membazir makanan dan mereka menitikberatkan kandungan khasiat dalam makanan. Mereka
mengamalkan budaya kerja yang rajin dan jujur. Semasa membuat lawatan, orang yang bertanggungjawab
memberitahu jadual waktu dan maklumat tentang tempat yang akan dilawati secara terperinci.
b) Infrastruktur
Orang Jepun meneroka dan mengguna tanah yang terhad dengan sebaik-baiknya. Sebagai contoh: membina
tempat letak kereta di bawah jambatan, terdapat sawah padi dan kebun sayur di tengah bandar, jalan bawah
tanah dan lebuh raya yang bertingkat-tingkat. Orang Jepun juga membuat penyelidikan dan menggunakan
teknologi canggih sebelum membangunkan sesuatu. Pembinaan bangunan yang dapat mengelak daripada runtuh
semasa gempa bumi. Manakala di tempat awam terdapat AED (sejenis alat kecemasan untuk pesakit jantung),
tandas automatik, mesin menjual minuman, lalu lintas untuk pejalan kaki, lorong basikal, penghalang bunyi untuk
mengelakkan pencemaran bunyi. Bakul sampah untuk botol dan kitar semula boleh dijumpai di merata-rata
tempat. Banyak pokok di sepanjang jalan dan terdapat usaha mengimbangkan pembangunan dan pemeliharaan
alam sekitar. Terdapat sistem pembakaran dan pelupusan sampah yang sistematik. (Contoh: di loji pelupusan
sampah di Ariake) Pelbagai jenis kemudahan awam telah disediakan.
c) Ekonomi
Berjenis-jenis tanaman dihasilkan bergantung kepada musim. Petani menggunakan baja terbaru untuk
menghasilkan tanaman untuk kegunaan tempatan. Usaha untuk memelihara khazanah budaya dipergiatkan
dengan menggunakannya sebagai tempat pelancongan. Di tempat pelancongan ini juga disediakan sistem
pengangkutan yang teratur, kelas mencuba membuat sesuatu dan jualan hasil tanaman tempatan bagi menarik
pelancong. (Contoh: mencuba tenunan sutera dan celupan di bandar Yuki)
d) Pendidikan
ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) dan kemudahan untuk menjalankan kegiatan-kegiatan persatuan telah
disediakan. Terdapat juga bilik menukar pakaian dan bilik untuk menjalankan kegiatan persatuan. Buku teks
percuma dibekalkan di bawah sistem pendidikan wajib. Kurikulum pendidikan yang lengkap untuk orang kurang
upaya juga disediakan. Loceng berbunyi sebelum kelas bermula. Pelajar menghabiskan 5 atau 6 jam sehari untuk
belajar. Pendidikan wajib adalah selama 9 tahun. Semester baru bermula dari bulan April. Berbagai bilik didapati
seperti bilik masakan, bilik eksperimen, bilik khas dan sebagainya. Telefon bimbit dibenarkan di sekolah. Pakaian
seragam bertukar bergantung kepada musim.
Ⅲ Kesimpulan
Kita sebagai rakyat Malaysia boleh mencontohi peribadi positif orang Jepun yang bersesuaian dengan negara
kita agar masyarakat Malaysia lebih maju dan berdaya saing. Negara Malaysia dan Jepun mempunyai
keistimewaan dan keunikan yang tersendiri yang boleh diteladani untuk keamanan dan kesejahteraan dunia
sejagat. Dalam mengejar arus pemodenan, kita haruslah memelihara dan mengekalkan budaya, adat dan tradisi
sesebuah negara. Walaupun berbeza agama dan kaum, hubungan antarabangsa yang erat dan mesra perlu
dikekalkan bagi melahirkan dunia yang aman. Kita sebagai tunggak utama yang akan memajukan negara perlu
membuka lembaran baru dalam meningkatkan sosioekonomi. Kerajaan Malaysia boleh mengambil insiatif dengan
membina infrastruktur yang canggih dan berkesan demi keselesaan rakyat.
Hari pelaksanaan : 18 November 2008 Kumpulan : Kumamoto
Ⅰ Perkara yang disedari mengenai Jepun
(Kategori : Ekonomi Bandar Aso )
○ Industri utama di Aso ialah pertanian dan pelancongan.
○ Penduduk Aso sangat mementingkan pertanian.
○ Tidak terdapat banyak bangunan tinggi berbanding Tokyo.
(Kategori : Alam semulajadi di Bandar Aso )
○ Bandar Aso terletak di kawasan Kyushu di selatan Jepun, tetapi terdapat salji kerana ia terletak di
kawasan tanah tinggi.
○ Sebuah bandar yang unik kerana terletak di tengah-tengah kawah gunung berapi yang terhasil
daripada letusan besar beribu tahun dahulu.
○ Masih terdapat gunung berapi yang aktif iaitu Naka-Dake.
(Kategori : Gaya hidup )
○ Di tandas diletakkan bau-bauan yang harum.
○ Mementingkan kebersihan dan tidak terdapat sampah di tempat awam.
○ Menepati masa.
(Lain-lain)
○ Pintu teksi dibuka secara automatik.
○ Terdapat berbagai warna bagi nombor plat kenderaan (kereta kecil, kerta biasa, teksi dll).
Ⅱ Kandungan Perbincangan (Tajuk : Ekonomi di Aso, industri pertanian dan pelancongan.)
○ Kesan letusan telah menghasilkan tanah lava bes yang subur dan kolam air panas (onsen).
○ Tanah yang subur ini menggalakkan aktiviti pertanian dan kolam air panas menggalakkan aktiviti
pelancongan.
○ Tanah subur Aso dibahagi kepada dua.
・kawasan lembah → tanaman padi dan sayur
・kawasan bukit → padang rumput ternakan lembu dan kuda
○ Rata-rata penduduk Aso menjalankan aktiviti pertanian dan ternakan, menggunakan setiap ruang
tanah yang subur di Aso untuk aktiviti pertanian.
○ Terdapat sekolah menengah yang mempunyai kurikulum khas dalam bidang pertanian dan
penternakan.
Ⅲ Kesimpulan
○ Sangat tertarik kepada pertanian dan alam semulajadi di Jepun, dan ingin meneruskan pembelajaran
mengenainya selepas balik ke Malaysia.
○ Kami berpendapat bahawa penduduk Aso begitu menyukai kampung mereka.
○ Manusia dan alam semulajadi hidup bersama. Perkara ini terdapat juga di kawasan luar bandar di
Malaysia.
○ Kami lebih gemar dan tertarik pada Jepun.
Hari pelaksanaan : 18 November 2008 Kumpulan : Kagoshima
I Perkara yang disedari mengenai Jepun
(Kategori : Budaya )
○ Jalan laju
○ Menghormati orang lain
○ Peramah
(Kategori : Teknologi & Ekonomi )
○ Pembinaan jalan daripada abu sampah
○ Kitar semula
○ Pembakaran sampah sistematik
○ Penambakan laut
(Kategori : Pendidikan )
○ Pembelajaran bahasa ibunda
○ Memelihara budaya lama
○ Kegiatan ko-kurikulum
(Lain-lain)
○ Menyintai alam sekitar
○ Konsep bumi hijau
○ Mesra alam
II Kandungan Perbincangan(Tajuk : Perkara luar biasa di Jepun)
○ Penambakan laut di Jepun menggunakan abu sampah.
○ Inovasi yang sungguh hebat kerana memanfaatkan sampah untuk dijadikan sebagai tanah baru.
○ Pembinaan jalan raya dan bangunan daripada abu sampah merupakan sesuatu yang wajar dicontohi.
○ Konsep bumi hijau dapat dilihat melalui pembinaan taman di sekitar bandar.
○ Penduduk Jepun amat menjaga kebersihan dan mesra alam.
III Kesimpulan
○ Kesimpulannya Jepun berupaya untuk mencipta sesuatu yang berlainan dan ianya telah membawa
kepada kemajuan negara itu sendiri.
○ Selain itu budaya di Jepun juga amat bagus di mana menghormati alam sekitar dan tahap kesedaran
mereka terhadap kepentingan sumber semulajadi juga amat tinggi.
○ Kebaikan dan kelainan di Jepun wajar dicontohi kerana ianya akan memelihara dan di samping itu
kemajuan dalam sesebuah negara itu juga dapat dicapai.
Luahan Pendapat Pelajar Malaysia
Kumpulan Ibaraki
- Saya berasa sungguh gembira kerana dapat menyertai program ini yang dilaksanakan dengan lancar.
Saya berharap dapat mengikuti lagi program seperti ini pada masa akan datang.
- Saya berasa amat gembira dan seronok kerana dengan program ini saya dapat mengenali budaya dan
cara hidup orang Jepun. Program yang dilaksanakan juga lancar dan tidak menyusahkan para pelajar.
Pada pendapat saya, program ini patut diteruskan supaya dapat mengeratkan jalinan kemesraan
antara dua negara.
- Saya berpendapat bahawa program ini disusun dengan baik sekali dan memberi banyak manfaat.
Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyertai program ini dan semua aktiviti yang dijalankan
amat menyeronokkan. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.
- Secara keseluruhannya, saya berasa seronok dan mendapat pelbagai pengalaman, ilmu dan kenangan
manis yang boleh saya kongsi bersama rakan-rakan, keluarga dan masyarakat di Malaysia. Program
yang dijalankan ini amat bermakna dan memberi manfaat kepada para pelajar kerana para pelajar
dapat mendalami, melihat dan mengaplikasikan kemajuan yang dicapai oleh negara Jepun.
- Saya berasa sangat seronok kerana berpeluang untuk mengunjungi negara Jepun di samping dapat
mengetahui ciri-ciri kehidupan orang Jepun. Selain itu, melalui program ini, saya dapat menimba
ilmu pengetahuan yang baru dan amat bermakna yang boleh dimanfaatkan sampai bila-bila.
- Berharap dapat pergi ke Jepun lagi dengan tujuan yang lebih variasi agar hubungan baik antara Jepun
Malaysia dapat dijalankan dengan lebih efisien dan efektif demi kepentingan kedua-dua negara untuk
masa depan.
- Saya berasa amat bangga dan gembira kerana dapat menyertai program JENESYS ini. Melalui
program ini, saya dapat mengenali kawan di Jepun. Di sini, saya ingin berterima kasih kepada
keluarga angkat saya.
- Saya berasa sangat seronok kerana dapat mengikuti program ini yang banyak memberi pengalaman
kepada saya. Banyak yang saya boleh pelajari daripada program ini seperti budaya orang Jepun,
teknologi canggih di Jepun dan dapat berinteraksi dengan orang Jepun.
- Saya telah mendapat ilmu pengetahuan, kenangan yang manis dan sebagainya. Saya juga
berpendapat bahawa program ini merupakan program yang bagus kerana ia membantu saya
mengetahui lebih lanjut mengenai negara Jepun dan saya berharap program ini akan diteruskan agar
perhubungan antara negara Malaysia dan Jepun menjadi lebih erat.
- Saya berasa sangat seronok kerana berpeluang menyertai program ini. Program seperti ini dapat
mendedahkan saya dengan budaya dan sikap orang Jepun serta memberi pengalaman mengenai
kecanggihan teknologi orang Jepun. Disamping itu, saya berasa program ini dijalankan dengan lancar
dan program yang disusun amat bermakna seperti homestay. Saya juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada staf-staf yang telah banyak membantu kami.
- Saya merasakan program ini baik kerana dapat memberikan pendedahan tentang negara Jepun.
Selepas program ini, saya berminat untuk belajar di Jepun. Walau bagaimanapun saya masih berasa
bimbang dan tidak pasti saya mampu atau tidak.
- Program ini sudah dirancang dengan terperinci dan matlamatnya berjaya dicapai. Segala kemudahan
yang disediakan begitu baik. Program ini juga dapat membuka mata pelajar Malaysia untuk melihat
negara luar dan mempelajari sesuatu yang baru. Pengalaman yang diperoleh ini akan digunakan
dengan sebaiknya untuk membangunkan negara pada masa akan datang. Hubungan dua hala di
antara Jepun dan Malaysia juga dapat dieratkan dari semasa ke semasa.
- Saya berasa gembira kerana dapat pergi ke Jepun. Saya dapat mempelajari budaya Jepun dan cara
hidup Jepun. Saya juga dapat berkenalan dengan pelajar Jepun di sekolah menengah dan mereka
memang mesra. Harap saya boleh mengunjungi Jepun sekali lagi.
- Saya rasa bangga kerana diberi peluang keemasan ini untuk datang ke Jepun. Saya rasa program
JENESYS ini amat baik kerana membolehkan pelajar menambahkan ilmu pengetahuan dan mendapat
pengalaman. Selain itu, selepas menyertai program ini saya menjadi lebih matang lagi.
- Saya berasa puas hati dan gembira sepanjang menyertai program ini. Saya telah mengetahui banyak
perkara tentang orang Jepun, infrastruktur, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Program ini turut
mengajar dan melatih saya untuk mendisiplinkan diri. Banyak perkara positif yang telah saya pelajari
dan akan dipraktikkan semasa saya berada di Jepun. Ilmu yang telah dituntut dan diberi telah
mengubah cara saya dan pandangan saya tentang kehidupan sekarang dan masa hadapan. Program
ini patut terus diteruskan dan patut juga dipraktikkan di Malaysia untuk kesejahteraan sejagat.
Kumpulan Kumamoto
- Saya bersasa amat gembira kerana dapat melihat kecantikan Aso. Saya seorang yang mencintai
alam sekitar dan saya akan pulang ke Aso lagi lain kali. Aso memberikan memori yang paling dalam
sepanjang trip ini. Namun, saya amat kecewa kerana kita awal berangkat dari Aso menepati masa
dan miss peluang melihat, merasa salji.
- Program ini berjalan dengan lancar dan mendekatkan diri saya dengan budaya Jepun. Program
seperti ini harus diteruskan kerana program ini dapat mendalamkan pengetahuan para pelajar
mengenai negara Jepun secara keseluruhannya.
- Berpuas hati dengan pengaturan program ini yang memberi banyak pengalaman dan pengetahuan
yang mendalam tetapi saya tidak begitu setuju dengan program homestay yang terlalu singkat. Hal
ini menyebabkan tidak banyak dapat perkara-perkara yang berkaitan dengan budaya dan kehidupan
orang Jepun. Kalau ada peluang lagi, saya ingin menyertai program-program sebegini lagi.
- Saya berasa gembira dan puas hati kerana aktiviti-aktiviti yang disusunkan telah memanfaatkan saya.
Saya telah memahami lebih mendalam tentang cara hidup, budaya dan pengurusan di Jepun.
Dengan adanya lawatan, saya dapat menikmati keindahan alam semula jadi di Kumamoto. Saya amat
teruja dan kagum dengan kecantikan tersebut. Sesetengah pemandangan memang tidak dapat
dilihati di Malaysia. Saya bersyukur kerana dapat datang ke Jepun.
- Kehidupan di Kumamoto amat menyeronokkan. Pengalaman ini menaikkan semangat untuk
menyambung pelajaran di Jepun.
- Perasaan saya amat gembira berbaur sedih kerana walaupun diberikan waktu yang singkat, saya
dapat mengambil banyak pengalaman daripada Jepun. Pada hemat saya, mungkin pelajar Jepun
akan melawat ke Malaysia untuk berkongsi ilmu dengan lebih terperinci. Tanpa program keemasan
seperti ini, mungkin pengalaman berharga ini tidak dapat kami pahatkan dalam memori hidup kami.
- Gembira sangat-sangat sebab saya dapat kenali budaya asing. Saya turut berasa begitu teruja
mengetahui perkara-perkara baru di sini. Saya berasa kagum dengan kemajuan yang dicapai di
Jepun.
- Program seperti ini memang patut diteruskan lagi pada masa hadapan untuk memberi peluang kepada
rakyat Malaysia yang lain untuk merasakan sendiri suasana di Jepun.
- Saya amat bersetuju sekiranya banyak diadakan interaksi di sekolah dan tempat tinggal kami kerana
dapat mengenali ramai kawan baru dan sama-sama mengadakan aktiviti yang seronok dan tidak
membosankan seperti bermain bola, besbol dan memasak. Gembira dapat join kumpulan ini kerana
dibantu oleh staf-staf dan kawan-kawan yang amat baik sekali.
- Saya yakin dengan adanya program ini hubungan antara negara Jepun dan negara lain boleh dijaga.
- Saya berasa amat gembira kerana telah berjaya mengikuti program ini dengan jayanya. Bagi saya, 10
hari itu tidak cukup untuk menimba pengalaman di Jepun tetapi sekurang-kurangnya pengalaman
yang sedikit ini dapat dikongsi bersama keluarga ataupun kawan-kawan mahupun sekolah.
Sepanjang saya berada di sini, saya tidak pernah berasa stress mahupun rindukan keluarga.
- Saya berasa amat seronok dan exciting dengan semua aktiviti yang dijalankan. Saya ingin datang
lagi ke Jepun.
- Saya berasa sangat gembira dan terharu kerana orang-orang Jepun sentiasa membantu saya
sepanjang perjalanan program ini. Program ini harus berterusan kerana program ini memberi
kebaikan kepada kami. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini telah meluaskan minda
saya.
- Perasaan saya sangat gembira dan bersyukur sekali kerana terpilih mengikut program yang
bermanfaat ini. Saya berasa sangat seronok kerana dapat menambah ilmu pengetahuan yang sangat
berguna. Misalnya, tentang budaya, teknologi dan sebagainya di negara Jepun. Apabila saya pulang
ke tanah air, saya akan berkongsi pengalaman manis ini bersama keluarga, kawan-kawan dan
guru-guru.
- Saya dapat merasai semangat kegigihan orang Jepun. Orang Jepun bekerja sampai malam. Selain
itu, orang Jepun sentiasa beradab sopan dan melayan orang lain secara ikhlas. Kumamoto
mempunyai tumbuh-tumbuhan yang banyak, orang di sana memelihara alam sekitar dengan baik.
Mereka mengekalkan tradisi supaya tidak pupus. Mereka juga berjasa kepada tanah.
- Walaupun homestay hanya sekadar sehari, namun saya berasa amat bahagia kerana seolah-olah
mempunyai keluarga baru. Pada keseluruhannya, saya berasa amat gembira kerana mendapat
pengalaman yang tidak ternilai harganya. Saya tidak akan lupakan memori-memori baru buat
selama-lamanya terutamanya panorama Aso dan Tokyo yang cantik tidak terhingga.
- Program seperti ini sangat berfaedah dan telah dapat membantu saya daripada pelbagai aspek yang
berbeza. Saya berasa program ini dapat membantu rakyat Malaysia memperbaiki diri mereka seperti
menguatkan keyakinan diri, menepati masa dan mengembangkan kreativiti seperti rakyat negara
Jepun. Dalam masa yang sama, aktiviti ini telah menguguhkan semangat patriotisme dalam diri saya
untuk menghargai negara saya sendiri seterusnya berazam untuk memperbaiki rakyat negara saya,
agar negara Malaysia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara Jepun.
- Program sebegini telah menyemaikan rasa ingin belajar bersungguh-sungguh supaya boleh kembali ke
Jepun lagi pada masa hadapan untuk melanjutkan pelajaran. Saya rasa amat gembira kerana telah
dapat meningkatkan keyakinan saya untuk berkomunikasi dalam bahasa Jepun. Selain itu, teknologi
di Jepun juga serba sedikit dapat memberikan saya pandangan baru terhadap Jepun. Program
seperti ini wajar dan amat baik untuk dilaksanakan untuk pelajar sekolah menengah Malaysia agar
dapat menambahkan minat serta ilmu pengetahuan yang banyak tentang orang dan kebudayaan
Jepun serta teknologinya.
- Pengalaman berharga yang saya perolehi akan saya gunakan dengan sebaik-baiknya pada masa akan
datang.
- Pemandangan yang cantik di Kumamoto tidak pernah saya bayangkan. Agak sedih untuk berpisah.
Kumpulan Kagoshima
- Saya berasa sangat gembira kerana program ini amat memanfaatkan pemuda-pemudi dari kedua-dua
buah negara. Saya juga puas hati kerana mampu mengenali hati dan sifat orang Jepun secara umum.
Saya juga amat sukacita kerana kita boleh menjadi sebuah keluarga yang besar biarpun dalam 10 hari
sahaja.
- Sangat berpuas hati dengan jadual yang diaturkan dan staf-staf pengiring yang peramah. Makanan
yang diberi sangat memberi makna kepada saya kerana sebelum ini tidak pernah merasai makanan
Jepun.
- Perasaan saya ialah berpuas hati. Segala program yang telah diaturkan sangat bersesuaian dan jika
terdapat program seperti ini lagi, saya amat berbesar hati untuk mengikutinya. Persahabatan yang
terjalin susah untuk dilupakan dan pendapat saya program ini seharusnya digiatkan lagi untuk
meningkatkan persahabatan global.
- Saya berasa amat gembira dan seronok kerana dapat mengikuti program ini. Program ini telah
menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman saya terhadap negara Jepun. Saya akan
memanfaatkan ilmu dan pengalaman yang saya dapat dengan baik dalam kehidupan seharian. Saya
juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat program ini kerana
berjaya menjalankan program ini untuk kita. Segala sumbangan pihak berkuasa amat saya hargai.
- Saya rasa sangat seronok dan bertuah dapat menyertai program ini. Banyak program yang baik dan
bermakna dianjurkan. Saya ingin ke Jepun lagi, terima kasih. Program ini wajar ditersukan.
- Menambah pengalaman dan ilmu baru yang boleh diaplikasikan di Malaysia (teknologi & budaya).
Menyedari keluarga Jepun dan cara hidup mereka. Dapat membezakan suasana bandar di Jepun
dan bandar di Malaysia (contoh: kesesakan, susunan bangunan).
- Saya berasa amat bersyukur dan bertuah kerana telah terpilih untuk menyertai program ini. Melalui
program ini, saya dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun dengan lebih terperinci. Saya juga
dapat mempelajari budaya yang baik sewaktu tinggal bersama keluarga angkat di Jepun. Saya juga
dapat berpeluang melawat tempat-tempat yang menarik dan bersejarah di Jepun. Selain itu, saya
juga dapat melihat perkembangan teknologi di Jepun yang telah maju dan sangat berteknologi tinggi.
Tambahan pula saya dapat mempelajari bahasa Jepun dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan
di Jepun dan berasa sangat seronok di Jepun.
- Saya berasa sangat gembira dan seronok kerana dapat mengetahui budaya orang Jepun, teknologi
yang mantap, ekonomi yang kukuh dan beberapa aspek lain. Rasa gembira ini akan saya kongsi
bersama dengan orang-orang tempatan. Saya rasa program ini perlulah diteruskan supaya pelajar
Malaysia dapat mengeratkan hubungan dengan orang Jepun dan menyukai negara Jepun.
- Gembira dan mendapat pengalaman yang bermakna. Dapat memahami dengan sendiri budaya dan
cara hidup orang Jepun. Dapat juga merasai iklim di Jepun.
- Walaupun sekejap sahaja waktu berada di Jepun tetapi tempat-tempat yang dilawati sesuai dan
sudah cukup untuk menggambarkan semuanya. Gembira sangat melihat keramahan orang Jepun.
- Saya berasa amat gembira dan bertuah kerana telah terpilih untuk menyertai program ini. Hal ini
demikian kerana, program ini begitu menarik serta segala program yang dijalankan berjalan dengan
lancar dan tersusun. Melalui program ini juga, saya dapat menikmati dan merasai sendiri pengalaman
hidup di negara yang telah lama saya idam-idamkan untuk datang. Selain rakyatnya yang begitu
peramah, mereka juga begitu menghormati budaya masyarakat yang lain. Secara keseluruhannya, ini
merupakan pengalaman yang menarik bagi saya yang pertama kalinya menjejakkan kaki ke negara
Jepun.
- Program ini amat berkesan dan menarik. Program ini telah dijalankan dengan lancar dan secara
amnya objektif bagi program ini telah tercapai. Pengalaman yang saya peroleh amat bermakna dan
akan dikongsi bersama rakan-rakan di Malaysia. Terima kasih kerana memberi peluang untuk
menimba ilmu pengetahuan.
- Sangat gembira kerana dapat banyak pengetahuan dan pengalaman tentang budaya Jepun.
- Perasaan saya sangat teruja, sangat menarik, sangat bahagia. Satu program yang sangat bagus.
Seperti yang diberitahu oleh Dr. Mahathir, ‘Pandang ke Timur’ yang menunjukkan Jepun satu negara
yang sangat bagus, disiplin, tinggi nilai pekerti.
- Saya mempunyai banyak kenangan manis di Jepun. Melalui program ini saya dapat menimba ilmu
pengetahuan yang baru dan mendapat satu keluarga angkat yang saya amat hargai.
- Melalui program ini, banyak yang telah saya pelajari mengenai Jepun dan budayanya. Segala
persoalan saya mengenai Jepun sebelum ini sudah terjawab dengan pengalaman saya di sini selama
10 hari. Saya juga sungguh gembira sewaktu berada dengan keluarga angkat walaupun masa begitu
singkat. Saya berasa sangat teruja sewaktu lawatan ke tempat-tempat menarik di Jepun. Di
Jepun juga, makanannya sangat sedap, malah baik untuk kesihatan. Saya juga turut terharu dengan
sikap orang Jepun yang sangat peramah dan sangat mengambil berat.
- Program ini telah banyak membantu saya dalam mengenali negara Jepun secara lebih mendalam.
Setelah melawat ke tempat-tempat yang dijadualkan, saya merasakan bahawa Jepun merupakan
sebuah negara yang penuh dengan keindahan semula jadi dan semakin pesat membangun. Secara
keseluruhannya, saya amat berpuas hati dan gembira dan saya juga berharap program ini akan
diteruskan.
- Program ini telah memberikan kesan yang baik kepada saya. Setelah menyertai program ini, saya
berbangga kerana telah mewujudkan hubungan antarabangsa orang Jepun. Di samping itu, saya rasa
gembira kerana dapat mempelajari dan mengetahui budaya, teknologi, ekonomi dan sebagainya di
Jepun. Saya berharap agar program ini dapat diteruskan lagi.
- Saya berasa sungguh bertuah kerana dapat atau terpilih untuk melawat Jepun menersi program
JENESYS ini. Saya telah pelajari banyak perkara dan saya akan aplikasikan apa yang telah saya
pelajari di sini apabila pulang ke tanah air. Saya juga berasa sangat gembira kerana dapat mengenali
masyarakat Jepun yang mesra dengan lebih dekat dan memahami mereka serta aktiviti hariannya.
Saya juga turut berasa gembira kerana dapat melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah di
Jepun di samping saya dapat mendalami dengan lebih jauh lagi budaya dan adat-adat di Jepun.
Gambar-Gambar Kenangan
【 Program Am 】
Orientasi pada hari pertama di Shinjuku Washington Hotel Kunjungan hormat ke Kementerian Luar Negeri Jepun
Lawatan ke Loji Pelupusan Sampah Ariake Bersiar-siar di lorong membeli-belah Nakamise, Asakusa
Pembentangan hasil perbincangan bengkel Sedihnya...perpisahan di LT Narita
【 Program mengikut kumpulan 】
Kumpulan Ibaraki
Perbincangan di SM Yuki Daiichi Interaksi di SM Yuki Daiichi
Mencuba masakan Jepun di SM Yuki Daiichi Lawatan ke Gunung Tuskuba
Lawatan ke Balai Bomba Chikusei Mencuba celupan Yuki, cantik bukan!?
Kumpulan Kumamoto
Belajar menternak lembu di SM Aso Seiho Mencuba Nippon Kempo di SM Aso Seiho
Membuat rantai leher daripada arang buluh bersama Lawatan ke Taman Peninggalan Matoishi
pelajar-pelajar SM tempatan
Mencuba gubahan bunga di SM Aso Jumpa lagi... Sayonara Aso!
Kumpulan Kagoshima
Lawatan ke SM(P) Kanoya : sedang ditemubual oleh media Memperkenalkan permainan tradisional Malaysia di SM(P)
massa Kanoya
Mencuba Kendo di SM(P) Kanoya Lawatan ke Gunung Sakurajima, lambang Wilayah Kagoshima
Lawatan ke Taman Sengan Bengkel pertukaran pendapat
Luahan Pendapat Pelajar Jepun (Rumusan)
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Yuki Daiichi
- “Thanks”
Interaksi kali ini memberi saya satu pengalaman yang sangat baik. Saya dapat
bertukar pendapat dengan pelajar Malaysia secara berterus terang, dan saya juga telah menyedari
betapa kurangnya kemampuan Bahasa Inggeris saya. Apa yang paling saya rasa susah ialah
“halangan budaya”. Saya difahamkan tangan kiri merupakan “tangan yang tidak bersih” bagi orang
Islam. Apabila kami sama-sama memasak dalam kelas, saya cuba sedaya upaya untuk mengelak
menggunakannya, tetapi ada juga saya tergunanya, dan merasa tegang. Masa yang menyeronokkan
itu berlalu begitu pantas. Pada saat terakhir para peserta memberi komen tentang intraksi kali ini,
dan kami semua meluahkan rasa tidak mahu berpisah. Ada juga yang memberi komen yang begitu
panjang sehingga menyusahkan juru bahasa, dan saya berfikir ia disebabkan kerana para pelajar dan
pegawai pengiring Malaysia begitu baik dan kami semua dapat berkongsi masa yang penuh bermakna.
Mereka semua mengucapkan “terima kasih” kepada kami, tetapi sebenarnya kami yang harus
menyatakan, “Thanks, see you again!”
- “Berinteraksi dengan pelajar Malaysia”
Pada mulanya, saya terfikir interaksi ini “membosankan”, kerana kami tidak dapat berkomunikasi
satu sama lain. Tetapi selepas sepanjang hari saya cuba bersungguh-sungguh untuk berkomunikasi
dalam Bahasa Inggersi walaupun tidak fasih, saya dapati saya telah melalui masa yang begitu
bermakna. Saya juga menyedari kita tidak dapat mempelajari Bahasa Inggeris jika kita tidak
menggunakannya. Saya merasa sangat gembira kerana dapat kawan-kawan di seberang sempadan
dalam interaksi kali ini. Jika ada peluang lagi, saya ingin menyertai program sebegini pada masa akan
datang.
- “Malaysia, selama-lamanya”
Walaupun saya merasa halangan bahasa memang tebal, namun kami juga dapat berbual-bual
mengenai banyak perkara sepanjang hari. Melihat para pelajar Malaysia begitu tekun memerhati
kegiatan kelab dan persatuan, saya berasa memang kegiatan sukan wujud di mana-mana negara, dan
interaksi melalui sukan merupakan satu cara yang baik untuk berkomunikasi. Kami juga mengambil
banyak gambar. Saya diperolehi pengalaman yang begitu baik kerana dapat berkawan dengan para
pelajar Malaysia.
- “Interaksi hati ke hati”
Sepanjang satu hari bersama pelajar Malaysia, kami menghabiskan masa yang begitu menyeronokkan
dengan berbual-bual dengan mereka, ada kalanya menggunakan pergerakan badan. Memang ada
perbezaan budaya, tetapi mereka semua mengajarkannya dengan cara yang baik, dan ia sangat
menolong saya. Jika ada peluang, lain kali, saya ingin melawat Malaysi.
- “Pertemuan”
Interaksi kali ini memberi saya satu pengalaman yang berharga. Sebelum berinteraksi, saya agak
bimbang samada saya boleh berkomunikasi dengan baik bersama para pelajar Malaysia. Namun
apabila tamat program, kebimbangan saya telah hilang sama sekali, dan saya mengingati kenangan
yang sangat seronok sahaja. Saya berfikir manusia dapat berkongsi masa yang menyeronokkan
bersama-sama tanpa mengira bahasa atau sempadan. Saya juga merasai betapa indahnya
pertemuan dengan orang lain. Saya berfikir saya telah dapat pelajari bahawa walaupun berlainan
negara, bahasa atau agama, jika kita bertemu, kita dapat bertukar senyuman satu sama lain.
- “Komunikasi global di Yuki”
Pada mulanya, saya berasa agak susah untuk berkomunikasi, tetapi semakin lama kami bersama,
semakin baik saya berkomunikasi dengan mereka dengan menggunakan Bahasa Inggeris walaupun
tidak fasih, atau bahasa isyarat. Saya sangat gembira kerana dapat berinteraksi bersama pelajar
Malaysia dengan sentiasa bersenyum sehingga saat terakhir dan melihat wajah mereka yang berpuas
hati. Saya berasa halangan bahasa tidak menghalang kami. Saya inging memanfaatkan pengalaman
dan pelajaran kali ini, apabila saya ke luar negara satu hari nanti.
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Aso Seiho
- “Interaksi dengan pelajar Malaysia”
Interaksi dengan pelajar Malaysia sangat menyeronokkan. Saya berasa para pelajar Malaysia sangat
hebat kerana mereka semua fasih dalam Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris. Walaupun kami tidak
dapat berbual-bual sepuas hati kerana kesuntukan masa, mereka semua sangat peramah. Saya ingin
merapatkan lagi hubungan kami dengan bertukar-tukar surat atau emel. Saya juga berfikir
mempunyai sahabat di luar negara akan membawa keamanan, dan saya berharap interaksi dengan
pelbagai negara mengujudkan dunia yang aman. Saya ingin berinteraksi bersama orang lain dengan
menyertai program sebegini secara aktif jika ada peluang lagi. Dan saya juga ingin ke pelbagai negara
untuk mendapatkan banyak pengetahuan.
- “Interaksi melalui kelas pertukangan kayu”
Ini merupakan kali pertama bagi saya untuk berinteraksi dengan orang asing. Pengetahuan saya
tentang Malaysia adalah hanya lokasi di atas peta. Saya berfikir bahawa mesti terdapat perbezaan
budaya, dan juga halangan bahasa. Saya juga bimbang kerana saya tidak dapat imaginasi orang yang
berfikiran bagaimana akan datang ke sekolah saya. Apa yang mengejutkan saya mula-mula sekali
ialah pakaian. Saya terkejut kerana ramai orang yang datang berpakaian pakaian yang sebelumnya
hanya saya lihat dalam televisyen atau buku teks sahaja. Saya tidak berupaya mengeluarkan suara
kerana rasa takut dan juga bimbang. Tetapi apabila seorang pelajar lelaki Malaysia berlalu di depan
saya, dan berkata “selamat pagi”, ketakustan saya telah hilang dan saya dapat membalas kepadanya.
Dalam kelas pertukangan kayu, kami banyak berbual-bual dengan menggunakan Bahasa Jepun dan
juga Bahasa Inggeris. Kami juga bertukar-tukar cenderahati. Walaupun terdapat berbezaan budaya,
kami dapat berkongsi masa yang menyeronokkan. Saya ingin menyertai program interaksi seperti ini
secara aktif jika ada peluang lain pada masa akan datang.
- “Menerusi interaksi bersama pelajar Malaysia”
Kami dapat peluang untuk berinteraksi dengan pelajar Malaysia dalam kelas bertemakan sayur.
Mula-mula sekali kami menerangkan tentang buah tembikai susu dan strawberi. Saya berasa kagum
kerana semua pelajar Malaysia mencatatkannya dalam buku nota mereka. Seterusnya kami mencuba
menanam bawang besar. Saya terkejut kerana semua pelajar sangat mahir menggunakan penceduk.
Sebelumnya saya agak bimbang samada kami dapat berkomunikasi dalam bahasa Jepun, tetapi dalam
kelas ini, kami boleh menunjukkan caranya dan dengan itu dapat berkomunikasi dengan mereka. Saya
juga berasa gembira kerana dapat berbual dengan mereka sambil menanam bawang. Masa yang
menyeronokkan berlalu begitu pantas, dan tiba masanya kami harus berpisah. Sekali lagi saya
terkejut kerana dapat cenderahati daripada mereka seperti gantungan kunci dan tanda buku. Saya
juga kagum dan berasa pelajar Malaysia memang bersopan santun. Menerusi interaksi ini, saya dapat
pelajari bahawa walaupun berbahasa lain, jika kita dapat berinteraksi hati ke hati, kita dapat
memberitahu apa yang kita maksudkan. Interaksi kali ini memberi pengalaman yang sangat baik
kepada saya. Saya akan simpan apa yang saya pelajari. Jika ada peluang, saya juga ingin pergi ke
Malaysia. Saya juga akan simpan cenderahati yang saya dapat sebagai kenangan manis.
- “Menerusi interaksi bersama pelawat Malaysia”
Sekolah kami, Sekolah Menengah Aso Seiho, telah menerima pelawat dari Malaysia. Saya diberitahu
mereka akan melawat kelab penunggang kuda yang saya anggotai untuk mencuba kegiatan kelab
kami. Saya berasa berdebar-debar bertemu dengan pelawat dari luar negara. Apabila kami menunggu
di pondok kuda, kami melihat ramai orang datang dari bangunan sekolah di atas padang kuda. Mereka
memakai skarf atau baju yang agak besar yang jarang kami lihat di Jepun, jadi kami segera tahu
mereka ialah pelawat dari Malaysia. Mungkin mereka jarang melihat kuda di Malaysia, jadi apabila
sampai di pondok, mereka menunjukkan jari kepada kuda dan berbual-bual sesama mereka. Kami
telah diberitahu bahawa mereka yang datang merupakan pelajar baik yang berprestasi tinggi di
sekolah. Dan saya berasa kagum dan “hebat!” apabila melihat tidak seorang pun daripada mereka
yang tidak mendengar keterangan oleh guru. Saya menyangka mungkin dalam percubaan
menunggang kuda, mereka akan memberi laluan satu sama lain kerana rasa takut, tetapi hakikatnya
mereka semua angkat tangan dan bersaing untuk mendapatkan peluang percubaan. Dan di luar
jangkaan saya, mereka juga mencuba dengan penuh minat. Mereka juga sangat ceria di atas kuda.
- “Kenangan latihan bersama orang Malaysia”
Dalam kelab Nippon Kempo (sejenis seni mempertahankan diri Jepun) yang saya anggotai, kami telah
menjalankan latihan bersama dengan orang Malaysia. Sebelum latihan, kami telah bersenam untuk
memanaskan badan. Para pelajar Malaysia juga bersungguh-sungguh mengeluarkan jeritan mengiringi
senaman tersebut dalam perkataan Bahasa Jepun yang mereka tidak biasa. Seterusnya kami
menjalankan latihan asas. Dalam latihan asas tersebut, kami harus melompat ke depan dan
menumbuk. Saya terkejut kerana mereka kelihatan sangat seronok untuk melakukannya. Ada juga
yang kelihatan berbakat walaupun dari kalangan pelajar perempuan, dan saya sangat seronok
melihatnya. Mereka juga kelihatan seronok melakulan latihan seterusnya, iaitu latihan tumbuk
menggunakan beg tumbuk. Dan akhir sekali, kami mempersembahkan gaya dan latihan tanding.
Mereka memperhatikannya dengan cukup serius. Saya gembira melihat wajah mereka yang berpuas
hati selepas tamat latihan. Selepas kami bertukar-tukar ucapan, sekali lagi saya berasa gembira
kerana dapat syiling Malaysia, kertas tertulis alamat emel mereka dan sebagainya. Saya berfikir
mungkin ada sesuatu yang kita dapat berkongsi melalui seni seperti Kempo, walaupun kita tidak boleh
berkomunikasi melalui bahasa. Saya sangat gembira kerana dapat menjalankan latihan bersama
pelajar Malaysia.
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Aso
- “Mengenali budaya asing”
Sebagai anggota kelab Sado (upacara teh), saya mempersembahkan cara membuat teh di depan
pelajar Malaysia. Sejak satu hari sebelumnya saya sudah sangat tertekan kerana harus
mempersembahkan di depan orang asing. Sebelum ianya bermula, saya sangat bimbang. Tetapi
apabila saya melakukannya, saya melihat para pelajar Malaysia begitu tekun dan berminat. Ia
menghilangkan rasa takut saya, dan saya berasa seronok untuk membersembahkannya. Saya
gembira kerana mereka berkata “sedap!” apabila meminum teh. Dalam sesi soal jawab, saya terkejut
kerana semua pelajar Malaysia sangat aktif untuk memberi soalan, dan pada masa yang sama, saya
berfikir mereka memang suka Jepun dan ingin mengenali Jepun. Saya juga sangat kesal kerana tidak
dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan berjanji dengan diri saya, saya akan mempelajarinya
lagi. Walaupun masa yang singkat, ia merupakan waktu yang sangat menyeronokkan dan berharga.
- “Apa yang saya rasai menerusi interaksi”
Saya mempersembahkan cara membuat teh di depan pelajar Malaysia, kerana saya mahu mereka
merasai upacara teh Jepun, dan dengan itu mengenali sedikit sebanyak kebaikan kebudayaan Jepun.
Saya terkejut kerana para pelajar Malaysia begitu tekun mendengar keterangan mengenai upacara
teh. Mereka juga kelihatan begitu berminat, dan meniru cara atau mencatatkan dalam buku nota
mereka. “Walaupun saya tidak pernah merasai upacara teh Jepun, dan ia merupakan kali pertama
saya, apabila saya berada di ruang upacara teh sahaja, saya berasa tegas dan serius”, seorang
pelajar Malaysia telah memberitahu saya, Apabila menyertai upacara teh, saya juga sentiasa berasa
tegang. Saya berfikir kami dapat perasaan sama melalui perkara yang sama, walaupun budaya kami
berlainan. Pelajar Malaysia juga melihat upacara teh sebagaisatu budaya yang Jepun harus
banggakan. Ia memneri saya kesedaran sekali lagi bahawa kami harus menjaga upacara teh dengan
baik.
- “Apa yang saya pelajari menerusi Kado (gubahan bunga Jepun)”
Saya menyertai program ini untuk mengajar para pelajar Malaysia, kerana saya menganggotai kelab
Kado. Saya difahamkan ini kali pertama bagi pelajar Malaysia untuk mencuba gubahan bunga, tetapi
mereka semua sangat pandai dan kelihatan begitu seronok dan berminat. Sambil mencuba gubahan
bunga, mereka juga mengajar Bahasa Malaysia kepada saya. Kami juga berbual-bual mengenai
banyak perkara seperti mengenai Jepun atau Malaysia. Dan dengan itu, saya juga banyak
mempelajari dan juga berasa sangat seronok. Menerusi program Kado kali ini, saya dapat mempelajari
betapa pentingnya atau susahnya berkomunikasi dengan orang lain dan banyak perkara lain lagi. Ia
merupakan pengalaman yang sangat baik bagi saya.
- “Apa yang saya pelajari menerusi interaksi antarabangsa”
“Pelajar Malaysia sangat aktif.” Ini merupakan tanggapan saya pertama apabila saya bertemu dengan
pelajar Malaysia. Walaupun mereka berada di satu tempat yang tidak pernah dikunjungi, apabila
terdapat sesuatu yang mereka tidak faham, mereka terus bertanya. Mereka juga selalu memberi
soalan apabila mereka ingin tahu. Saya mempelajari sesuatu daripada mereka yang berusaha sedaya
upaya untuk memberitahu perkara tersebut dalam Bahasa jepun. Gubahan bunga yang diciptakan
oleh mereka juga sangat baik, setiap satu menunjukkan jati diri mereka masing-masing. Kami yang
mengajar mereka berasa gembira apabila mendengar komen daripada mereka yang mengatakan
“ingin mencuba sekali lagi”. Saya juga berfikir, lain kali kami yang ingin merasai budaya Malaysia dan
mencubanya. Menerusi interaksi bersama pelajar Malaysia, bukan sahaja kami mengajar kepada
mereka, tetapi kami juga belajar banyak perkara. Ia merupakan kenangan yang sangat baik.
Nama Sekolah : Sekolah Menengah Perempuan Kanoya
- Pada mulanya, saya berasa tegang dan tidak boleh bercakap apa-apa. Tetapi lama kelamaan, kami
telah menjadi rapat dan saya berasa sangat seronok. Sebenarnya saya menyertai program ini tanpa
berfikir apa-apa secara mendalam. Tetapi sekarang saya berasa amat bertuah kerana dapat
mengikutinya. Tidak ada peluang untuk bertemu dengan “pelajar Malaysia” dalam kehidupan seharian
biasa. Saya berharap hubungan saya dengan kawan-lawan dari Malaysia tidak akan berakhir di sini
sahaja. Walaupun terdapat halangan bahasa dan ianya sukar bagi kami untuk berkomunikasi, tetapi
saya juga menyedari semula bahawa bukan bahasa sahaja yang merupakan cara untuk berkomunikasi.
Saya terkejut kerana orang Malaysia sangat fasih dalam Bahasa Jepun. Lain kali, kami juga ingin
memplajari Bahasa Malaysia.
- Saya dapat kenangan yang baik dengan menyertai interaksi kali ini. Pada mulanya, saya berasa
tegang untuk hanya memperkenalkan diri sahaja. Tetapi saya ingin berbual-bual dengan mereka.
Walaupun saya tidak faham, tetapi saya banyak bertanya. Saya berasa gembira kerana
lama-kelamaan kami dapat berkomunikasi. Para pelajar Malaysia sangat fasih dalam Bahasa Jepun.
Mereka juga boleh bertutur Bahasa Inggeris. Saya berasa kagum dengan mereka walaupun mereka
lebih muda daripada kami. Saya juga berasa ingin mempelajari Bahasa Malaysia. Masa untuk kami
berbual-bual berlalu begitu pantas. Saya berasa menyesal kerana saya tidak dapat melakukan
apa-apa untuk mereka. Saya ingin berbual-bual dengan mereka lebih banyak, dan bersama dengan
mereka lebih lama lagi.
- Pada mulanya, saya berasa tegang untuk berinteraksi dengan orang Malaysia. Tetapi selepas ianya
bermula, saya dapati ianya sangat senang kerana mereka semua fasih dalam Bahasa Jepun. Pada
mulanya, saya juga berasa agak bimbang kerana saya langsung tidak tahu mengenai agama Islam, dan
saya tidak tahu samada saya boleh berkomunikasi dengan mereka dengan cara yang biasa. Tetapi di
luar jangkaan saya, mereka semua merupakan manusia biasa, dan saya dapat berkongsi masa yang
begitu menyeronokkan bersama mereka. Sebenarnya saya juga ingin menyertai program homestay,
tetapi sayang sekali tidak dapat menyertainya kerana kami membela dua ekor anjing di rumah. Saya
berasa kagum dengan mereka kerana ramai yang boleh bertutur dalam Bahasa Jepun, dan tambah
lagi dalam Bahasa Inggeris. Sayan ingin menyertai program sebegini jika ada peluang pada masa akan
datang.
- Pada mulanya, saya berasa bimbang samada dapat berkomunikasi dengan mereka. Dan saya juga
terlupa perkataan Bahasa Malaysia yang saya pelajari sebelumnya kerana berasa sangat tegang, dan
hanya dapat berkata “helo” sahaja. Tetapi apabila kami makan tengahari bersama, lama-kelamaan,
kami dapat bertukar-tukar soalan dan berbual-bual. Mungkin kami bercakap dengan suara yang
paling kuat dan bising, tetapi saya berasa gembira kerana kami dapat berkongsi masa yang
menyeronokkan. Saya juga dapat mencuba upacara teh Jepun bersama peserta yang telah memilih
program tersebut. Kami makan kuih dan membuat teh bersama-sama. Ianya sangat sedap. Kami juga
telah mengambil banyak gambar, dan ia menambahkan kenangan saya. Saya juga menerima soalan
apabila kami tidak bergerak dalam kumpulan. Walaupun kami tidak dapat berkomunikasi dengan baik
dengan menggunakan bahasa, tetapi kami dapat berbual-bual dengan melihat air muka atau
pergerakan badan, dan saya tidak berasa susah. Masanya berlalu begitu pantas. Sebelum ini, saya
tidak begitu aktif untuk menyertai program sebegini, tetapi selepas menyertai program interaksi ini,
saya berasa kesal kerana tidak menyertainya.
- Saya mempelajari banyak perkara dengan menyertai program interaksi bersama pelajar Malaysia.
Apabila saya membaca panduan sebelum menyertai program ini, saya dapat tahu bahawa budaya
Malaysia dan budaya Jepun agak berbeza, dan daging bagbi tidak dimakan di Malaysia di atas sebab
agama. Saya juga difahamkan mereka berminat tentang masakan Jepun, jadi saya telah memasukkan
bebola ikan goreng (“satsumaage”) dalam bekalan makanan saya. Pada mulanya saya berasa
bimbang samada dapat berkomunikasi dengan mereka. Walaupun ada kalanya ia memang susah bagi
kami untuk berkomunikasi, tetapi kami berminat mengenai budaya atau negara masing-masing, dan
dengan menunjukkan gambar atau menggunakan pergerakan tangan atau badan, kami dapat
memahami satu sama lain. Saya menyedari bahawa jika kami bersenyum dengan mereka, kami dapat
memberitahu apa yang kami inginkan kepada mereka. Saya juga ingin memberitahu mengenai budaya
Jepun. Oleh itu, saya ingin mempelajari Bahasa Inggeris, dan juga mengenai budaya Jepun, dan akan
menyertai program sebegini pada masa yang akan datang.
Luahan Pendapat Keluarga Angkat
Kumpulan Ibaraki
- Kami menerima dua orang pelajar perempuan. Kedua-duanya bersikap sangat jujur, ceria dan matang.
Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk berkomunikasi dengan kami dalam Bahasa Jepun dan
juga sudi memberi jawapan bagi soalan yang kami ajukan. Kehidupan seharian di Malaysia, keluarga
mereka, impian pada masa hadapan… Mereka berjaya memberitahukannya kepada kami dengan
menggunakan Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Jepun. Kami gembira dapat memahami kehidupan
seharian pelajar Malaysia. Kami juga berasa kagum dengan sikap mereka yang sangat murni. Kami
tidak dapat menjumpai kemurnian tersebut dalam sikap kanak-kanak Jepun lagi. Kami juga berasa
kagum dengan sikap mereka yang mencuba apa-apa sahaja dengan bersungguh-sungguh. Kami
cukup menyedari bahawa kami dapat berinteraksi dari hati ke hati sebagai seorang manusia. Kami
berasa sangat seronok selama tiga hari bersama mereka yang menjadi seperti anak sendiri.
- Kami menyanyikan lagu-lagu Jepun seperti “Sakura Sakura” dan “Umi (Laut)” bersama-sama
dengan merujuk buku Bahasa Jepun yang dibawa mereka. Ianya sangat menyeronokkan. Kami
menerangkan apa yang digambarkan dalam lagu tersebut dengan menggunakan pergerakan tangan
dan juga badan. Mereka kelihatan sangat seronok apabila menyanyikan lagu “Kaeru no gasshou
(Korus katak)”, dengan menyanyikan “Ga, ga, ga ga, gero gero gero….”
- Walaupun bahasa kami berlainan, mereka sentiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk
berkomunikasi. Mereka juga sentiasa bersenyum. Kami sangat kagum dengan sikap mereka yang
begitu baik, dan juga bahagia kerana merasakan mereka seperti anak sendiri.
- Sebelum majlis pertemuan, kami sangat bimbang. Tetapi kami yakin bahawa cara terbaik untuk
merapatkan hubungan adalah mengingati nama. Jadi kami menulis nama mereka di atas kertas dan
menghafalnya. Dalam majlis pertemuan, saya memanggil nama mereka, dan merasa sangat lega
apabila melihat mereka bersenyum. Selepas itu kami pulang ke rumah. Apabila makan malam,
mereka menghabiskan semua makanan dan berkata “sedap dan sudah kenyang.”Kami telah berusaha
sedaya upaya untuk melayani mereka, tetapi berasa bimbang juga kerana kami tidak tahu bagaimana
mereka merasainya. Walaubagaimana pun kami berasa sangat gembira menyambut mereka dalam
keluarga kami. Kami berharap agar dapat bertemu dengan mereka, jika ada peluang lagi.
- Mereka telah menjaga anak-anak kami yang berusia 3 tahun dan juga 1 tahun. Mereka juga telah
memberitahu tentang Malaysia. Kami telah menjalinkan hubungan antarabangsa, dan ingin
meneruskan interaksi ini dengan menghantar surat atau pergi melawat mereka. Ia juga merupakan
pengalaman yang sangat bermakna, kerana kami cuba menggunakan Bahasa Inggeris dengan aktif.
- Kami telah mempelajari banyak perkara sebagai ibu bapa dengan menerima pelajar lelaki yang berusia
hampir sama dengan anak lelaki kami. Dia mengajukan banyak soalan dengan aktif dan membuat
catatan dengan tekun. Apabila terdapat perkataan Bahasa Inggeris yang kami tidak faham, dia cuba
mencari perkataan lain dan memberitahu maksudnya kepada kami. Kami sangat kagum dengan
kemampuan bahasanya (yang bukan merupakan Bahasa Ibundanya). Dia sering berkata “In our
country (dalam negara saya)…”, dan kami berasa betapa bangganya dia merasai terhadap negaranya,
iaitu Malaysia. Apabila anak perempuan dan anak lelaki kami dapat peluang untuk tinggal bersama
dengan keluarga angkat di luar negara pada masa akan datang, kami berharap mereka juga merasa
bangga dengan Jepun dan juga berinteraksi dengan ceria dan aktif sepertinya.
Kumpulan Kumamoto
- Walaupun waktu yang singkat, namun saya yakin kami dapat berinteraksi lebih dari apa yang kami
dapat lakulan dalam waktu kami bersama. Saya berasa kagum dengan sikap pelajar Malaysia yang
bersopan-santun dan juga jujur. Mereka mengemas barang dalam bilik, menggunakan sesuatu barang
dengan penuh perihatin, dan mendengar kata orang dengan tekun. Sikap yang mereka
memperlihatkan lebih bagus daripada sikap kanak-kanak di Jepun sekarang. Banyak perkara saya
pelajari dari sikap mereka. Ini memberi peluang kepada saya untuk memikirkan semula mengenai
Jepun. Mereka juga mengajar mengenai Malaysia, dan saya ingin tahu mengenainya lagi. Semua
anggota keluarga saya menjadi berminat terhadap negara-negara Asia, dan merasakan negara
tersebut lebih dekat lagi. Saya berharap kami akan melawat Malaysia satu hari nanti.
- Kami berasa gembira kerana seolah-olah mendapat seorang anggota keluarga baru. Semuanya
berjalan dengan lancar. Terutama sekali, saya kagum dengan sikapnya yang bersopan-santun, dan
berdisiplin. Dia mencuci pinggan dan juga mengemaskan futon (tilam) secara sukarela. Kami juga
menunjukkan gambar-gambar Jepun dan Malaysia dan menerangkan mengenainya. Dan dengan itu
dapat mempelajari mengenai negara masing-masing. Ia merupakan satu interaksi yang sangat baik.
Kami menjadi keluarga angkat buat pertama kalinya pada kali in, dan kami dapat mengetahui perasaan
untuk memahami satu sama lain. Ini memberi satu peluang yang baik kepada kami untuk
mengesahkan semula titik permulaan sebagai seorang manusian.
- Kami berasa terkejut kerana para pelajar bersopan-santun dan fasih dalam Bahasa Jepun. Mereka
sentiasa bercakap dengan bersenyum dan kami dapat berkongsi masa yang sangat menyenangkan.
Jika ada masa lagi, kami juga ingin memperlihatkan tempat dan produk popular di Aso.
- Kedua-dua mereka telah membawa cenderahati kepada semua anggota keluarga. Kami memang
berasa gembira, tetapi kami juga berasa bimbang mungkin ia menjadi beban kepada mereka. Mereka
sangat baik dan ia memberi satu pelajaran baik kepada kami.
- Sebelum ini kami tidak pernah memikirkan mengenai negara asing secara dekat, tetapi sebelum
menerima mereka, kami telah mencari maklumat mengenai negara mereka dan kami berasa sangat
seronok dengan penuh harapan. Dalam program homestay, kami dapat merasai perasaan yang
berbeza di tiga peringkat yang lain, iaitu sebelum program (harapan & impian), dalam program
(terharu & tersentuh & seronok), selepas program (kenangan & interaksi seterusnya). Ini merupakan
pengalaman pertama bagi kami, tetapi kami cukup berpuas hati dengannya. Keajaiban terdapat
seseorang yang mengenali kami di tempat lain di dunia merupakan satu perkara yang cukup dramatik.
- Sebelum program, kami berasa bimbang, tetapi dua orang pelajar lelaki tersebut sangat peramah.
Mereka memanggil kami sebagai “ayah, ibu” dan kami juga merasakan mereka seperti anak sendiri.
Kami juga berasa kagum kerana mereka mempunyai impian masa depan yang sangat matang, dan
mereka bersikap murni dan jujur. Jika ada masa yang lebih panjang, kami ingin membawa mereka ke
pelbagai tempat lagi. Sayang sekali. Akak lelaki sulung kami yang telah menyertai majlis interaksi
berkata ia menjadi kenangan terakhir yang baik sebagai seorang pelajar sekolah menengah. Kami
berharap mereka datang ke sini lagi.
- Pelajar Malaysia yang datang ke rumah kami sangat rajin melakukan kerja rumah seperti menyiapkan
meja makan atau mengemaskan selepas makan seperti kanak-kanak biasa di rumah. Kami berasa
mereka memang melakukannya di rumah sendiri. Walaupun negara yang lain, kehidupan di rumah
tetap sama. Dan apa yang diajar di rumah, memang menjadi darah daging. Mereka juga memasak
untuk sarapan pagi. Ianya sangat sedap. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang
telah manja dengan memanggil saya sebagai “ibu”, dan sentiasa bersenyum.
- Mereka menunjukkan minat yang begitu tinggi terhapap sushi, tempura, samurai dan sebagainya.
- Pada mulanya saya berasa berdebar-debar kerana ini merupalan program homestay pertama bagi
saya. Namun begitu anak-anak saya yang merupakan murid tahun 1 dan tahun 4 telah bermula
berkomunikasi dengan mereka dengan menggunakan pergerakan badan. Interaksi di rumah juga
sangat menyeronokkan dan memberi satu pengalaman yang baik, dengan mempertunjukkan pakaian
tradisional masing-masing atau mempersembahakan tarian masing-masing. Saya berasa gembira
kerana dapat ketahui perbezaan kehidupan di antara negara.
- Anak perempuan kami berkomunikasi dalam Bahasa Jepun dan Bahasa Inggeris. Kerana usia mereka
hampir sama, mereka berkomunikasi sambil belajar satu sama lain. Saya menggunakan perkataan
(dalam Bahasa Inggeris) bercampur dengan Bahasa Jepun, dan selebihnya dengan pergerakan tangan
dan badan. Namun begitu, saya berasa gembira kerana saya dapat tahu mereka berusaha sedaya
upaya untuk memahami saya. Kami berasa agak bimbang terhadap perbezaan gaya hidup. Tetapi kami
mula menyedari bahawa kami tidak perlu terlalu bimbang selepas dapat tahu perasaan mereka yang
ingin mempelajari dan tahu tentang Jepun.
- Saya sangat gembira kerana dapat berinteraksi dengan pelajar Malaysia. Impian pelajar Malaysia
telah memberi semangat baru kepada saya. Saya mahu anak-anak saya juga akan menyertai program
sebegini pada masa akang datang.
- Sebelumnya kami berasa sangat bimbang samada kami dapat berkomunikasi atau apa yang harus
dihidangkan. Saya terkejut kerana mereka sangat fasih dalam Bahasa Jepun. Saya juga berasa
sangat gembira kerana mereka telah menghabiskan makanan. Mereka memberi kami kain salung dan
lada hitam sebagai cenderahati. Mereka menerangkan bagaimana mereka menggunakannya di
Malaysia. Kami juga dapat peluang untuk melihat cara solat. Ia merupakan pengalaman berharga
kerana kami dapat tahu perbezaan di antara negara.
Kumpulan Kagoshima
- Mereka sudi menolong melakukan kerja rumah. Apabila mereka menolong memasak, kami saling
mengajar nama-nama sayur dalam Bahasa Jepun dan Bahasa Malayisa. Ia mendorong lagi interaksi di
antara kami. Dia merupakan seorang pelajar yang sangat cemerlang yang sudi bekerjasama untuk
memahami kerja-kerja ibu angkatnya di Jepun dalam satu hari.
- Dua orang pelajar yang kami sambut kali ini benar-benar bersopan-santun dan memikirkan tentang
orang lain. Kami dapat merasai mereka telah dibesarkan dalam keluarga yang baik di Malaysia. Ini
memberi satu peluang yang baik kepada saya untuk memikirkan semula mengenai cara membesarkan
anak.
- Mereka telah menerangkan banyak perkara mengenai Malaysia dan saya menjadi lebih berminat
terhadap Malaysia.
- Saya berasa gembira kerana dapat merasai perbezaan agama dan cara hidup dan juga mempelajari
pelbagai perkara, dan perkara baru.
top related