projektor ohp
Post on 26-Jun-2015
885 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Projektor OHP
PengenalanProjektor OHP dan transparensi semakin
popular sebagai bahan bantu mengajar sejak awal 1980-an.
OHP masih merupakan alat bantu mengajar yang paling berguna dan telah lama mengambil alih tempat papan kapur sebagai alat tradisional utama.
Walaupun projektor data berkomputer digunakan secara berleluasa, namun kos yang tinggi bermakna ia tidak dapat mengambil alih sepenuhnya tugas OHP.
Harga projektor overhead semakin menurun dan potensi untuk memancarkan imej dari transparensi untuk penggunaan tempatan semakin meningkat.
Projektor Overhead (OHP)
OHP digunakan untuk menayangkan bahan transparensi yang dapat membantu para guru dalam menyampaikan bahan pelajaran secara berkesan.
OHP menggunakan sistem pembalikan cahaya daripada satu sumber cahaya (halogen) ke permukaan cermin dan seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin. Cahaya yang terlindung akan membentuk imej di atas skrin.
OHP adalah projektor lutsinar yang mempunyai pentas permukaan kaca yang mudah digunakan. Keadaan ini membolehkan anda melukis, menulis keterangan tambahan atau pun mengubahsuaikan transparensi yang sedang ditayangkan.
Bahagian-bahagian dan fungsi OHP
Bahagian OHP
Fungsi
1. Cermin / Permukaan Kaca / Pentas Tayangan
Kepingan transparensi / lutsinar yang dipasangkan pada apertur pentas tayangan sebagai dasar untuk meletakkan transparensi.
2. Lensa objektif Lensa ini digunakan untuk memfokus imej di skrin.
3. Tombol fokus Ia digunakan untuk mengawal jarak di antara lensa objektif dan permukaan pentas tayangan supaya imej di skrin jelas serta terang.
4. Peti Sumber Cahaya
Peti OHP yang mengandungi mentol halogen dan kipas penyejuk dan punca elektrik.
Bahagian OHP
Fungsi
5. Kepala Pengunjur
Mengandungi lensa objektif dan cermin untuk menghalakan sinaran cahaya tayangan ke skrin.
6. Tiang Kepala Pengunjur
Bahagian bawah tiang ini dipasang pada peti OHP dan di bahagian atasnya terletak kepada pengunjur yang kedudukannya selari dengan cahaya dari pentas tayangan. Tiang ini digunakan untuk memegang kepada pengunjur dan memfokus imej di skrin ketika tayangan.
7. Kipas Penyejuk Larasuhu
Kipas ini digunakan untuk menyejukkan mentol halogen di dalam peti sumber cahaya.
Panduan Penggunaan OHP
Sebelum tayanganPastikan lensa, permukaan kaca dan
kanta berada dalam keadaan bersih.Tempatkan OHP di atas sebuah meja
kukuh dan tidak bergoyang-goyang.Suis projektor pastikan dalam
keadaan OFF sebelum anda menyambungkan ke punca kuasa elektrik.
Pasangkan ON setelah selesai penyambungan.
Letakkan sekeping lutsinar / transparensi di atas pentas OHP.
Pastikan kedudukan skrin berada di tempat yang sesuai.
Sekiranya anda perlu memindahkan projektor ke tempat lain yang lebih sesuai lokasinya, tunggu sehinggan kipas penyejuk larasuhu berhenti.
Fokuskan imej di skrin dan pastikan kawasan tayangan tidak melebihi atau keluar skrin.
Pengoperasian OHP Kawalan suis. Pendedahan maklumat secara
peringkat-peringkat. Penggunaan penunjuk (bersifat
sopan). Penulisan terus di atas lutsinar.
Langkah-langkah persembahan OHPJarak yang sesuai di antara skrin dengan OHP.Pastikan semua penonton dapat melihat
dengan jelas.Tentukan lutsinar diletakkan dengan betul
sebelum ditayangkan.Perhatian hendaklah ditumpukan kepada
penonton dan elakkan membaca terus daripada skrin.
Duduk atau berdiri di tepi projektor, elakkan gerak-geri yang menjadi halangan atau gangguan.
Matikan suis projektor apabila percakapan yang disampaikan tidak ada kaitan.
Kebaikan menggunakan OHPGuru dapat menggunakan OHP
untuk menulis nota, melakukan pengiraan, dan melukis bahan grafik.
Guru masih dapat menghadap dengan pelajarnya dan ini membolehkan guru mengekalkan pertembungan mata dengan pelajar.
Bilik yang digunakan untuk memprojeksi transparensi tidak perlu digelapkan.
OHP adalah bersih, senyap, dan mesra pengguna (user friendly) kerana tidak begitu memerlukkan kemahiran teknikal atau pengetahuan semasa menggunakannya.
Kelemahan menggunakan OHPOHP memerlukan bekalan kuasa
elektrik dan sekiranya tiada bekalan, alat ini tidak dapat digunakan.
Mudah rosakTidak ada audioMasa tayangan tidak lamaKelas kecil
Dibentangkan oleh:
Kumpulan 4PISMP-SN/ PJ/PCChang Pei ShangLian Chia Min
top related