puisi patriotik bulan kemerdekaan
Post on 29-Jun-2015
2.156 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Puisi Patriotik Bulan Kemerdekaan
SUMPAH ANAK MERDEKA
Aku anak merdekaBangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wiraInginku tebus maruah bangsa
Aku anak merdekaTerjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasaIngin ku bela nasib bangsa
Aku anak merdekaHarapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negaraYang tegar membuat angkara
Aku anak merdekaDi hati semangat wajaDi dada penuh satria
Ini Tuah akan membelaUntuk kubalut luka lama
Serunai FaqirWangsa Maju
PADA TANAH MERDEKA INI
Kami kenal tanah iniselutnya pernah berbaur
hanyar darah yang tumpahdaripada liang derita para pejuang
lumpurnya pernah tersimbahdaripada batang tumbuh para pahlawan
relung tanah ini pernah bergegardek jerit pekik pejuang kemerdekaan
yang mencari benih kebebasandadanya pernah mengambus
kujuran kaku anak nusa
yang bangkit membina bentengbersama keris dan tombahk bersahajamenyambung nyawa – demi tanah ini
tidak diragut ganas.
Pada tanah merdeka initelah tumbuh rimba kemajuan
dan manusia kian lupa asal diri – laluapi nasionalisme yang lantang bertiup
sejak berdekad lalu kini terpaksamenunggu sepi mentari Ogos
untuk bernyala kembaliyang membelah relung tanah ini dahulukini kian lenyap ditawan arus duniawi
erti kemerdekaan kian kaburdalam mata fikir anak-anak kini.
Namun kami tetap bersyukurkerana dengan korban suci
Nukilan:Wan Muhamad Shukri Wan Abd Rahman
UNTUK BANGSA MERDEKA
Untuk sebuah bangsa merdekajauhlah daripada rendah diri dan hipokrasi
mimpi malam kolonialisme yang ngerikeluh-kesah hak asasi
menghilang identiti diri.
Untuk sebuah bangsa merdekaluas dalam horizon perjuangan
tiada lupa akar bangsaserta sejarah yang mengalurkan nama megahnya
tiada lupa tentang jerit bahasa.
Untuk sebuah bangsa merdekateruslah bergelut dengan dilema yang mengganggu citra unggul
semakin kuat ditekan makin kemas berpegang kepada ikatan
bukan nama simbol keris merdekatapi semangatnya menjadi tajam hingga akhirnya.
Seperti sebuah jarak padang terbukatetap berani dengan kewujudan dirinyaseorang yang memahami tangis bangsa
monolog pada dirinya sendiribersyukur kepada hari-hari lalunya.
MOHD FADZIL YUSOF
CINTA WAJA WARGA MERDEKA
Dengan zikir kasih kami bukakan singgahsanamenjulang jalur gemilang bersama sejarah
Yang tertarik ceritera luka bersama air matadari simbahan maruah moyang berzaman
inilah bisikan cinta kamiistana kasih yang kukuh
merangkul mesra di persada visimenganyam janji pada diri.
Meski telah kami punahkan sejarah berdarahdalam zikir kasih menyusur perjuangan
namun segala yang pernah musnahmembangkitkan urat nadi pembela pertiwimenjujnjung martabat bangsa bermaruahkerana, kamilah warisan turun temurun
memadu sumpah buat dititipkanpada seluruh cakerawala setia
- akan kami laungkan keamanan- akan kami nyanyikan semangat merdeka.
Di maya ini, kami tafsir segala peradabanmenyirami kuntum perkasihan di lamantelah kami baja keakraban pengalaman
musteru ngeri luka silam masih mengimbaumenggamit sejuta pesona waspadaakan kami tangkis durjana menepis
mengikis tapak sengsara di matadi sini, kamilah anak merdeka
melangkah maju tidak gementarmembentuk wawasan tidak gegar.
Demi cinta bersemi ketamadunan hakikimelaut kasih pada keharmonian
kamilah pejuang pembangunan abadiakan kami cincang cabaran merentang
akan kami tentang jejak melentangkamilah pewaris menunjang pedang kerukunan
dengan benteng sejuta pagar keamananakan kami wangikan seluruh mayamenabur bunga bijaksana bangsa
atas gemala cita menyatu sejahteratidak akan rebah dimamah sejarahtidak akan goyah dipatah dugaan
kami abadikan seluruh degup jantungmembina cinta waja dalam sumpah
- kami anak merdekaada misi membentuk kemenanganada visi membentuk kemahuan.
Karya: Sabariah Bahari
AKSARA MERDEKA
Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakanaksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bersejarah iniyang kenal huruf tetapi terlupa maknanyayang kenal angka tetapi terlupa nilainyayang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknyayang kenal lagu tetapi terlupa iramanyayang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.
Setelah sekian lama kita membaca dan menghafalaksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah tercinta iniyang cerah mata tetapi gelap hati
yang cerdik minda tetapi dungu peribadiyang cantik bahasa tetapi buruk sikapyang lembut budi tetapi keras lagak
yang merdu suara tetapi sumbang bicara.Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam
aksara merdeka,kenapa masih ada lagiwarga tanah pusaka ini
yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologiyang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomiyang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakanyang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan.
Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsiraksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah iniyang terlepas kaki tetapi terikat tanganyang terlepas mata tetapi terikat jiwa
yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita.Setelah sekian lama kita menjulang dan memarbatkan
aksara merdeka,kenapa masih ada lagiwarga tanah bertuah ini
yang kasihkan bangsa tetapi bencikan pemimpinyang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa.Setelah sekian lama menghargai dan menghormati
aksara merdeka,kenapa masih ada lagiwarga tanah berdaulat ini
yang menanam bunga tetapi menabur duri.
Karya: Wadi Leta S.A
NEGERI INI, ANAK
Negeri ini, anak adalah tanah hijau penuh mahsulterlalu pemurah dan saksama pada tiap warga yang berjasa
yang rela memberikan keringat serta setia untuk bumi tercintanya.Usah kau persoalkan tentang derita milik siapa di negeri kaya
dan kesuraman sekejap siapa pula menjadi dalangkalau tiba-tiba terdengar laungan dari bukit penuh gelap
itu hanyalah lolongan sang pertapa yang lemas ditikam bayang!
Negeri ini, adalah tanah luas sesayup pandanganyang telah melahirkan ribuan pahlawan.
Rela memilih terbuang dari berputih mata,kerana baginya, mati itu cuma sekali dan
tidak harus sia-sia.Mereka tidak rela ini negeri tercinta
jadi kuda tunggangan atau dipekosa warga tidak bernama.Meski darah dan tulang jadi gantian.
Kerana baginya:negeri adalah tanah
adalah air,adalah api,
adalah angin.Adalah maruah,adalah permai,adalah berani,adalah susila.
Adalah segala-galanya.
Dan hari ini, kata keramat itu dilaungkan.Tanpa mengira kulit atau warna,
tampuk atau asal, percaya atau agama:
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Di negeri ini anak,mari kita hidup tanpa curiga atau rasa berbeza.
Siapa di sini adalah warganya,kerana meski putih atau hitam, darahnya tetap merah.
Darahnya tetap merah.Usah dilebarkan jurang atau mencipta kelam.
Mari kita dirikan harapan dan teguhkan kesetiaan.
Marsli N.O17 Jun – Julai 1988
Dari antologi: Di Atas Mimbar Merdeka, terbitan DBP 1989
TANAH PEJUANG
Jika diundurkan tikaKau akan lihat masa dulu kala
Terlihat betapa pentingnya perjuanganTerlihat betapa besar dan agung
Jasa dan keringat mereka taburkanWang, tenaga, masa dan fikiran
Hanya didambarkan untuk perjuanganSatu perjuangan yng lahir dari jiwa
Satu perjuangan yang terbit dari naluriJiwa mereka perkasa
Jiwa mereka murni suciSetiap langkah hanya untuk anak bangsa
Untuk lihat lahirnya negara bangsaPerjuangan mesti diteruskanHanya itu jalan penyelesaian
Langkah kaki mesti dipercepatKerana itu cara perjuangan
Kelompok pimpinan diperkuatHati masyarakat semua ditambat
Perjuangan ini murniPerjuangan ini suci
Hanya ingin satu kebebasan
Kita lihat tika iniBangsa kita bangsa merdeka
Separuh abad terpasak di dada duniaGah, juara digeruni seantero
MalaysiaNamamu melakar sejarah
Lagakmu mencabarKelibatmu ghairah
Sang negara dunia hati – hati denganmuResepi bercampur kaumSerat isi inti dalamnya
Penuh dengan pelbagai rasaPerpaduan utuh punca segala
Globalisasi dunia pemangkin utamaNamamu gah merentasi sempadan duniaEkonomi, teknologi kepakaran terbuktiDihidang semua untuk bangsa dicintai
Merdeka separuh abadBukti keagungan bangsamu
Bukti kekuatan perpaduanmuAnak bangsa untung menikmatiDijaga rapi kemas merdeka ini
Untuk santapan cucu cicitUntuk ingatan cerita nenek moyang
Merdeka sudah dianugerahiSemat di jiwa simpan di hatiMerdeka ini anugerah Illahi..
OSMAN ZAINI080808 09PM
E005 IPS,MIRI
MENCARI WIRA
Berkurun kita berburu mencari makna kataBerkurun kita keliru mengenal makna wira:
Jebat dan Tuah, siapa patut dipuja?
Lemas kita dilanda curigaantara setia dengan pembela.
Selamanya wira dinilai oleh masaselaman wira dicanai kuasa
selamanya wira dinobat oleh harta.Akhirnya wira entah dimana
didepan kita pengkhianat bangsa.
Bangunlah dari lena khayalikita kembalikan kata pada lidah
kita pulangakan pandang pada akalita keringkan rajuk pada tindak.
Akal tak pernah mengalah kalau diajak bertelagahtapi selamanya kita mematikan akal
kerana akal membijaksanakan manusiadan si bijak tidak perlu hidup
seperti wajarnya budak ditikamatas kebijaksanaan yang mengancam.
(ah ! sejarah todak kerap sangat berulang)
Marilah kita didihkan akalmentafsir kata dengan sempurna- ada waktunya berontak itu keji- ada waktunya berontak itu suci
- ada waktunya berontak itu cemar- ada waktunya berontak itu samara
berubah musim beralih sikapbertukar pimpin bersalin harap
tapi pejuang tidak pernah terpujatika darahnya mengucur seksa matanya dicungkil buta
tanganya diikat waja kakinya dirantai suladan kita mengulang keanehan
berebut menabur bunga dan pandandidada mereka setelah kematian
Sesal hanya datang sekalitapi seksanya sepanjang hayatlukanya berparut berabad-abad
Nukilan:Mohamad Saleeh Rahamad
NEGARAKU TERBILANG
Tatkala aku menggagahi diri membelah kotaraya,Aku mendongak melihat tiang-tiang seri mencecah awan,
Rasa bangga bangsa menyala-nyala di dada,jauh sudah rupanya negaraku mengembara.
Fikiran menggugah zaman remajaku,Zaman tiada gerbang, tiada simbol pencakar langit,
Yang ada hanya siulan burung di bendang,Tapi disana kaya kemanusiaan,
Kaya keampunan dan kasih sayang,Kaya tangan menghulur bantuan,
Di tengah ribuan wira tak didendang.
Di luar sempadan ada cabaran,Dunia semakin deras bergelora,
Tidak terperangkap kite dengan kata-kata,Yang cepat mendapat habuan luar biasa,
Yang lambat mendapat sisa-sisa,Kita memilih sederhana daripada yang mutlak,
Pelbagai daripada yang menyendiri,Percaya daripada mencurigai,Bersama daripada menguasai,
Ke hadapan dengan acuan kita sendiri,Yang diwarisi tidak berkurang,
Yang dijaga tidak susut.
Di sini di bumi ini,Kita sulam pencakar langit dengan jernih susu kemanusiaan,
Anyamkan cita-cita Alfred Nobel dengan puisi Jalaludin RumiBajai kembang kemboja keamanan pada kubur rakusnya perang,
Tiupkan serunai budaya cinta merentas sempadan,Sambil memacak panji-panji di puncak khairuummah
Cemerlang, gemilang dan terbilang.
Oleh:- DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI(Sajak ini dideklamasikan pada Pesta Puisi Patriotik Ke-5, 29 Ogos 2004 Sunken
Garden, Putrajaya.)
TANAH JANTUNG
Ini negeri kitaNegeri kasih
Kasih kita pada yang tak berbelahKasih kita dalam rangkul genggaman sejarah
Kita genggam sejarahSejarah moyang di usap bahagia dan gundah
Gundah beradap akhirnya terleraiTelah kita redahi pahit getir di lembah dan ngarai
Pengalaman menjadikan kita lebih dewasaJatuh dan bangun anak ank bangsa
Kenal makna fahami erti slogan wargaKita menjadi wrga berani, percaya diri, dan perkasa
Ini ibu pertiwi kitanegeri tercinta
Cinta kita yang setia terukirBerdenyut di nadi bersama merah darah mengalir
Alirnya memercikkan citaCita kita memercukan jaya
Jaya ini kelak menjulangkan maruahMaruah tinggi di tanah merdeka yang indah
Selamatlah kau tanah jantungku yang indahDari utara ke selatan, timur dna ke barat jua
Petamu keplaj sudahUdaramu camilha akhirnya
Melindung memayungiBumi kekasih ini
Ini negeri kitaDiukir ikrar dan kata
Dikibar jalur gemilang merataSenandung dan nyanyi bernafas setia
Kesetiaan kita hanyalah kesetiaan untuk tanah jantungDari perut laut hingga ke puncak gunung
Awan-gemawan tanah air gemilangKerenjis mawar keashi ke sekian kalinya
untuk kau negeri yang kukasihi.
Dideklamasikan oleh arwah Datin Seri Endon Mahmood
NEGERI BERTUAH INI
Negeri bertuah iniTanah air tercinta
Di sini kita dilahirkanDi sini kita dibesarkan
Di sini taat setia dicurahkan.
Negeri bertuah iniWarisan nenek moyang
Kaya dengan budayaKaya dengan adat dan suku
Air setitik menjadi tasik
Tanah sekepal menjadi gunungRakyat dididik hidup muafakat
Bijak dijadikan panglimaAlim dijadikan imam.
Negeri bertuah iniPernah terjajah dan dijajah
Demi maruah bangsa dan tanah air tercintaRakyat bangun menentang
Darah tumpah merata.
Negeri bertuah iniSudah merdeka
Yang gagah tidak lagi mengunus senjataYang berani tidak lagi bermaharajalela
Rakyat bangun berjuangMelawan kemiskinanMembasmi kejahilan.
Negeri bertuah iniRakyat belajar berdikari
Hutan diteroka menjadi ladangDesa dibangunkan
Bandar dimodenkanRakyat bersama mengecap pembangunan
Negeri bertuah iniTanah air tercinta
Pesan nenek moyangDi mana bumi dipijakDi situ jejak bertapak
Di mana tempat bernaungDi situ taat dijunjung
Di mana darah tumpahDi situ kasih dicurah.
Negeri bertuah iniNegeri kita
Mari kita bangunkan
Mari kita makmurkanMari kita pertahankan.
A. Latip TalibNegeri Sembilan.
BAPA KEBEBASAN(Al-Fatihah Untuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra)
Dialah yang memugar rimba sejarahdan meletakkan batu tanda bertatah indah
dialah yang membina sempadan gagahantara musim terjajah
dan gerbang waktu melepas gundah.
Dialah yang bergelar bapamewariskan sebidang tanah menganjur,dengan bukit-bukau hijau mengimbau
disuburi jernih air sungai masyhurbumi subur warisan leluhur.
Dalam lembut bicara semanis kata-kata,dia menolak cengkam tajam
dari kuku-kuku hitam yang kejammengikis karat musibat
dengan minda yang padat berkatlalu dia kembali melepaskan merpati
melayah di mega pelangi.
Dia yang meletakkan makna merdekadalam kamus peradaban bangsa
lalu kita meluaskan aksaramencanai istilah bertuah
sehingga anak-anak warisanmuberdiri di persada mercu restu
menjamah madu syahdudari embun di rumput baldu
31 Ogos tanggal keramatdia meletak tapak kebebasan di bumi warisan
tahun demi tahun kita kenang dalam insafbetapa hidup terjajah berbaur seribu masalah.
Dialah bapa !yang telah mewariskan pada kita
sebuah kemerdekaanyang perlu dipertahankan.
Ghazali LatehBanting, 11 Jun 2000
WATIKAH DI DAERAH MERDEKA
Telah berpesan Laksamana Hang Tuah kepada kita‘Takkan Melayu Hilang di Dunia’
Ayuh! Mari kita susur pantai maknanyadi negeri tempat darah pahlawan Melayu mengalir
berselirat ke akar umbi buminyamencengkam lumat hasad dan dendam
takkan sekalipun meracuni himpunan setiameski dimesrai penjajah bersilih ganti.
Melayu yang dikurnia akalbuditiadalah gentar mendaulatkan jatidiri
meski dibelenggu derita dan mimpi ngeriayuh! Kita rentang semangat, tenaga dan minda
menghindar sengketa, menggarap cita di daerah merdeka.
Menjelang malam 31 Ogosaromanya bak kasturi
menyusup ke tiap pelusuk empat belas negeridengan sejuta harapan dan doa
mengharum setiap nadi anak bumigemilangnya daerah merdeka milik abadi!
Di daerah merdeka yang permai inikita berdiri teguh bercakap tentang maruah bangsa
kedaulatan pertiwi dan gagasan mengangkat makna merdekadi bawah rahmat Yang Maha Esa
siap siaga bukan sekadar sedar di mata
halangan dan cabaran menuntut ketelusanmenghayati tindakan dan kewajipan
menyelinap ke tiap kerangka visi dan misikemajuan dunia melangkah seiringan
tegas mendepani perubahan!
Dengan keyakinan dan iltizam bangsajihad ke daerah merdeka
menekuni perkongsian perjuangan dan kehidupanjangan sampai tergadai diselar petualangan
yang sering datang bertandang mesrasedang hati diulit dengki khianat
suka melihat kita tersungkur, memaut ehsan.
Demikian terkenang pesan pahlawan terbilanggah! Suara anak Malaysia bergema di medan pembangunan
lantang meningkat ekonomi dan martabatdunia menyaksi tamadun bergerak pantas
lenyaplah kesedihan bangsa kita!
Kini mendepani generasi bijak bestaripendengar dan ajarkan perjuangan silam
jangan sampai terbiar hingga alpaharga diri bukan pada kemajuan semata
kebebasan, keadilan dan teknologi canggihtetapi jua menuntut pertanggungjawapan di jiwa!
Karya: Jariah Haji Taha
INI TANAH AIR, TEMPAT BERMULA DAN BERAKHIR
Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!
Kita telusuri batas sejarah ke musim suram terjajah,Menguak hitam belenggu dalam murup durja yang gundah,
Saat melangkah runduk di bawah serakah telunjuk,Suara pun hilang terpanar di tengah sorak petualang.
Di denai waktu membiak tunas insaf seluruh warga,Musibah lalu jangan lagi meragut sejahtera wangsa,
Bumi ini tanah air pesaka warisan pejuang,Dari darah, dari keringat dan semangat menjulang.
Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!
Malaysiaku, bumi mewangi seribu restu,Melimpah sejuta anugerah dari rahmat teguh bersatu,
Menjulang wawasan gemilang ke puncak persada mercu biru,Membias bayu kecundang jelmaan cemburu sejuta seteru.
Anak-anak bumiku tercinta,Hulurkan tangan memalu genta kelangsungan merdeka,
Rapatkan barisan keramat berbekal azimat muafakat,Segera cantaskan pucuk angkuh rusuh dengan minda yang ampuh.
Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!
Alaf ini tempoh memacu asmara cinta berahi bumi pertiwi,Membilas noda hitam dari kemelut sengketa selisih semalam,
Muhibah rimbun, mesra anggun, menghijau santun,Ini negeri terbaik, bumi tercantik, rakyat terdidik,
Mengorak langkah, berkongsi arah menancap monumen terindah.
Sahutlah gemersik suara nafiri seruan perjuangan,Cokmar kebebasan biar lestari kukuh dalam genggaman,
Tanah ini milik hakiki zaman berzaman,Jangan sampai berulang lagi diulet kehinaan.
Ini tanah kita, padang permainan seluruh anak bangsa,Ini darah kita, nafas kita, roh dan jiwa generasi merdeka,Nusa ini maruah kita, citra kita, martabat daulat perkasa,
Wilayah ini wadah wacana hitam putih pemangkin wibawa.
Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,Biar luluh jiwa raga, darah setiaku tetap mengalir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir,Biar nyawa luluh tercicir, janji ini tiada mungkir.
Ghazali LatehBanting,
September 2000
# Sajak ini pernah memenangi sayembara Puisi Puteri Pos, dan dimuatkan dalam antologi Jamung Merdeka kelolaan Gapena.
Di Halaman Kembang Sepatu Ini, Selamanya Sejahteralah Warga
Ketika desar-desir suara angin menyentak rumput di halaman,Udara hitam dari sukma duka wangsa menyentuh gusar malam
Bahtera kebanggaan yang selama ini teguh dan agamTiba-tiba tercarik layar, tersasar haluan.
Ketika angin serong menyusur ke lembah gersangBadai malam dari kalbu musykil murba menggigit sumsum alam
Bangsa yang sekian lama megah dan paduTiba-tiba menerka udara mahing kemarau silatur
Menyeret ke musim silam yang kontang.
Kau bangsaku, jangan lupa pada harumnya tubuh SepumtumKaku menjulur di tali gantung, demi mempertahankan
sekangkang Pasir Salak. Kau saudara seagamaku, jangan lupapada wanginya jenazah Tok Janggut,
Terjerut songsang di pinggir jalandemi mendaulatkan seketing tanah Pasir Putih
generasiku, jangan lupa akan manisnyadarah leftenan Adnan yang terpercik di makam Tanjung Puteridemi menegakkan martabat nusa. Jangan sesaat pun kau lupa
akan nyaringnya pekikan para katwalyang redha berputih tulang
membentengi Rumah Pasung Bukit Kepongdemi memelihara maruah pertiwi.
Generasiku yang merdeka,Kita tidak pantas meneruskan nafas perjuangan ini
Andai kita menjadi api yang marak diam merentungkan sekamKita tidak pantas mengembangkan kuntum kemerdekaan ini
Jika gunting dendam terus meracik licik dalam lipatanKita tidak pantas merenjiskan madu kedamaian ini
Kalau duri iri masih merodok setiap serat daging kita,
Saudara sebangsa ku.Di sinilah halaman mesra kita,
Halaman pusaka – pusaka pejuang terbilangHalaman merdeka – merdeka tanpa decitan darah,
Halaman membangun – membangun dengan keringat kendiri,Mengorak maju bersama perbawa pemimpin,Menyantap damai berkat perpaduan warga,
Moga kekal selamanya.
Dihalaman kembang sepatu ini,Pertahankanlah daulah addin nan quddus
Di halaman udara segar bugar ini,Perteguhkan maruah bangsa nan mulus
Dihalaman redup rimbun pohon kemerdekaan ini,Abadikanlah kemakmuran sejati
Di halaman multi bangsa nan demokrasi ini,Selamanya sejahteralah warga,
Sepanjang alaf menjulang bangsa
Karya:Sazalee Haji Yacob
top related