seep - habinovasi.mampu.gov.myhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2566-jps-perlis-seep.pdf ·...
Post on 09-Nov-2020
13 Views
Preview:
TRANSCRIPT
HISA 2019
SeeP Page 1
SeeP
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN
NEGERI PERLIS
HISA 2019
SeeP Page 2
LATAR BELAKANG KUMPULAN
Nama Kumpulan : Gelombang Emas
Nama Organisasi : Jabatan Pengairan Dan Saliran Perlis
Alamat : Kompleks JPS Perlis, Jalan Pengkalan
Asam 01000 Kangar Perlis.
No.Telefon : 04-976 9975 / 04-976 9994
E-mel : muhamadhafiz@water.gov.my
Senarai ahli : Encik Muhamad Hafiz Bin Harun
Ir. Asnol Adzhan Bin Abd Manap
Puan Suriati Binti Mohd. Shaukhi
Encik Safarin Bin Sabri
Encik Ihsan Fahmi Bin Zainuddin
Encik Azmi Bin Alif
Encik Che Amat Bin Ismail
Encik Muhamad Nasir Bin Mahmud
Encik Mohd. Nazli Bin Hassan
Encik Omar Bin Yahaya
Encik Muswandi Bin Mohamad
KETERANGAN PROJEK
Nama Projek : SeeP @ CP
Keterangan ringkas : Merupakan produk kawalan sedimen
yang digunakan di tapak pembinaan untuk
melindungi kualiti air di sungai, tasik dan
lautan dari sedimen (longgar).
Bidang inovasi : Penyampaian Perkhidmatan
Kategori inovasi : Penciptaan
HISA 2019
SeeP Page 3
TUJUAN PROJEK INOVASI
Proses hakisan adalah proses di mana zarah-zarah tanah terpisah dari profil
tanah atau permukaan tanah, ianya boleh berlaku disebabkan oleh tindakan oleh
angin atau air. Zarah-zarah terampai (kelodak) ini boleh dibawa oleh angin atau air
sebelum ianya termendakkan. Proses pergerakan tanah dan mendakan tanah ini
dikenali sebagai proses pemendakan (sedimentation). Proses hakisan dan
pemendakan ini adalah proses semulajadi yang berlaku pada setiap hari pada
semua jenis tanah. Walaubagamanapun, aktiviti manusia yang melibatkan
pendedahkan permukaan tanah seperti pembalakan, pembinaan, pertanian dan
sebagainya menyebabkan proses ini berlaku dengan pantas dan tanpa kawalan.
Hakisan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut jenis agen hakisan itu
sendiri, seperti hakisan yang disebabkan oleh air, angin , graviti dan pengelupasan.
Walaubagaimanapun hakisan yang disebabkan oleh air adalah masalah utama di
Malaysia.
SeeP adalah merupakan suatu produk alternatif kepada silt fence yang berada
di pasaran di mana ianya mampu untuk memerangkap sedimen serta dalam masa
yang sama membenarkan aliran air untuk meresap melaluinya. Ianya amat sesuai
digunakan dan diaplikasikan sama ada di kawasan-kawasan pembangunan yang
melibatkan kerja tanah iaitu di kawasan tanah rata, outlet silt trap serta di muka
lubang perparitan. Produk ini amat sesuai dan praktikal untuk digunakan kerana
ianya dapat mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan geotextile yang
berada di pasaran, murah, menggunapakai konsep 3R di mana salah satu bahan
utama adalah kain-kain terpakai, serta kaedah kerja yang mudah di mana ianya
dapat dibawa dan dipasang di kawasan tempat kerja dengan hanya menggunakan
tenaga kerja yang sedikit.
HISA 2019
SeeP Page 4
PROSES PELAKSANAAN INOVASI
i. Pakaian-pakaian terpakai disusun sehingga ketinggian lebih kurang 1
sentimeter di atas dawai bersaiz 1 meter X 1 meter seperti dalam Gambar 1
dan 2.
Gambar 1: Pakaian Terpakai Diletakkan Di Atas Dawai
Gambar 2: Pakaian Terpakai Sedang Disusun
HISA 2019
SeeP Page 5
ii. Pakaian-pakaian terpakai yang telah disusun mula digulungkan seperti dalam
Gambar 3 dan 4. Ianya mampu mencapai ketebalan di antara 5 ke 6 inci
bergantung kepada jenis fabrik pakaian terpakai yang digunakan.
Gambar 3: Pakaian Terpakai Sedang Disusun
Gambar 4: Pakaian Terpakai Sedang Disusun
HISA 2019
SeeP Page 6
iii. Gulungan pakaian-pakaian terpakai yang sudah siap dengan kemas
kemudiannya disimpul dengan menggunakan cable tight seperti dalam
Gambar 5. Manakala Gambar 6 pula menunjukkan Produk SeeP yang sudah
siap dipasang.
Gambar 5: Penggunaan Cable Tight
Gambar 6: Produk SeeP Yang Telah Siap Dipasang
HISA 2019
SeeP Page 7
PROSES SEBELUM DAN SELEPAS
i. Kerja pemasangan SeeP di Lokasi 1
Sebelum
Semasa
Selepas
Gambar 7: Lokasi 1
HISA 2019
SeeP Page 8
ii. Kerja pemasangan SeeP di Lokasi 2
Sebelum
Semasa
Selepas
Gambar 8: Lokasi 2
HISA 2019
SeeP Page 9
iii. Kerja pemasangan SeeP di Lokasi 3
Sebelum
Semasa
Selepas
Gambar 9: Lokasi 3
HISA 2019
SeeP Page 10
iv. Kerja pemasangan SeeP di Lokasi 4
Sebelum
Semasa
Selepas
Gambar 10: Lokasi 4
HISA 2019
SeeP Page 11
ELEMEN INOVATIF/KREATIF
a) Kriteria Pemilihan Projek
Penggunaan bahan untuk membuat projek ini adalah daripada pakaian-pakaian
yang terpakai dan juga PVC/plastic netting di mana ianya juga mudah didapati di
semua kedai dan tempat.
Pakaian terpakai juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana mengikut purata
kitaran sampah, 60% daripadanya ialah pakaian terpakai.
Kos untuk pengeluaran bahan ini tidak mencecah RM10.00 berbanding dengan
silt fence yang harganya adalah RM20.00 ke RM30.00/meter dan ianya perlu
ditempah dalam kuantiti yang banyak.
Ianya adalah satu faedah yang cepat dan mudah selepas berlaku sesuatu
masalah jika terdapat masalah di tapak projek.
Proses pemasangan adalah kurang daripada 5 minit berbanding dengan silt
fence.
Kumpulan telah mengadakan kajian tinjaun berbentuk soal selidik dan temubual
bagi mendalami peluang penambahbaikan dalam penyediaan produk ini. Berikut
adalah maklumbalas penambabaikan dari orang awam:
Aizuddin Azhari :
Alhamdulillah. Terima kasih JPS di
atas usaha dan pembaharuan ini.
Ternyata ini adalah langkah yang
proaktif.
Mudah Murah Cepat
HISA 2019
SeeP Page 12
b) Tindakan Penyelesaian
Kumpulan seterusnya telah menggunakan kaedah SWOT iaitu Strength, Weakness,
Opportunity, Threat bagi memastikan bahawa produk yang bakal dihasilkan
mencapai sasaran outcome dan impak yang ditetapkan.
STRENGTH WEAKNESS
THREATS OPPORTUNITIES
Kos pengeluaran rendah
Penyediaan yang cepat
Peluang untuk produk ini
berjaya adalah tinggi
Pemantauan yang mudah
Tahap ketepuan tinggi
Kain yang mudah reput
Material perlu ditukar
dengan kerap.
Bahan mudah didapati
Mudah untuk dihasilkan
Boleh dihasilkan dengan
kuantiti yang banyak.
Bahan lain yang
menyerupai boleh
digunakan
Pakaian terpakai yang
berbeza saiz dan jenis
fabrik.
Rod dawai berisiko tinggi
mudah berkarat.
HISA 2019
SeeP Page 13
ELEMEN KEBERKESANAN
a) Kumpulan Gelombang Emas telah menggunakan produk SeeP di beberapa
lokasi yang berlainan bagi menguji keberkesanannya.
Gambar 11: Lawatan YB SUK Perlis ke salah satu lokasi pemasangan
b) Kumpulan Gelombang Emas telah menggunakan produk SeeP di kawasan
Pejabat Projek Persekutuan Negeri Perlis, Kangar bagi menguji
keberkesanannya. Susun atur pemasangan produk SeeP adalah seperti yang
tertera dalam Gambar 12.
Gambar 12: Susun Atur Produk SeeP
HISA 2019
SeeP Page 14
ELEMEN SIGNIFIKAN
Kajian telah dijalankan bagi memperoleh perbezaan masa dan kos untuk sebelum
dan selepas projek ini dijalankan. Perbezaan telah dijalankan antara produk SeeP,
silt fence dan juga silt trap yang mewakili produk sedia ada di pasaran. Berikut
adalah merupakan Jadual Perbandingan Bagi Produk SeeP, silt fence dan silt trap
seperti yang tertera di Jadual 1.
Jadual 1: Perbandingan Produk SeeP, Silt Fence dan Silt Trap
SeeP
Silt Fence
Silt Trap
Kos
RM 10.00 per unit
RM 20.00 ke RM 30.00 per
meter run.
Sekurang-
kurang RM
6,000.00 bagi
satu kolam
Masa
Pemasangan
< 5 minit
> 15 minit
1 hari
Kebolehsediaan
(Availability)
Bahan mudah
didapati dan ruang
serta tempat
pemasangan yang
pelbagai
Perlu tempahan
dan dalam
kuantiti yang
banyak
Perlu ruang
dan tempat
yang
bersesuaian
Kepakaran
Tidak Perlu
Tidak Perlu
(Namun perlu
ditunjukkan
kaedah yang
betul)
Perlu
Penyelenggaraan
Tidak Perlu
Perlu
Perlu
HISA 2019
SeeP Page 15
ELEMEN RELEVAN
Pihak Jabatan akan memasukkan produk ini dalam kerja-kerja JPS sebagai
kaedah sementara kawalan kelodak. Pihak Jabatan amat berkeyakinan bahawa
produk SeeP ini berpotensi untuk digunakan dan dikomersilkan. Penggunaan produk
ini akan dijadikan salah satu syarat tambahan dalam sebutharga Jabatan yang
melibatkan kerja-kerja tanah bersentuhan atau bersebelahan dengan badan air
(water bodies).
PENUTUP
Kawalan hakisan dan kelodak yang efektif adalah merupakan hasil gabungan
beberapa kaedah yang perlu dibina dan dipasang di tapak supaya sedimen atau
kelodak yang terhasil sukar untuk mencemarkan mana-mana sungai atau pun badan
air. Penggunaan produk SeeP ini dilihat sebagai salah satu kaedah alternatif yang
murah, mudah dan cepat untuk diaplikasikan di kawasan tapak.
Berdasarkan kepada konsep ESCP (Erosion and Sedimentation Control
Plan), penggunaan satu kaedah kawalan secara khusus bukanlah penyelesaian
secara menyeluruh (total solution) kepada masalah kelodak yang dihadapi, namun
ianya merupakan beberapa siri pemulihan (series of treatment) yang perlu
digunapakai secara bersama-sama.
Penggunaan produk SeeP ini dapat dikembangkan dan diperluaskan lagi
memandangkan ianya mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan produk
sedia ada di pasaran. Ianya adalah merupakan salah satu daripada pengaplikasian
ESCP yang paling mudah untuk dilaksanakan. Sesetengah pendapat menyatakan
bahawa kaedah kolam takungan bukanlah kaedah yang terbaik kerana disebabkan
ianya memerlukan masa untuk proses takungan dan pemendapan kelodak.
Sebagai kesimpulannya, sesuatu nilai produk inovasi itu bukanlah diukur
semata-mata melalui kos penciptaannya, namun ia turut bergantung kepada
beberapa faktor lain seperti kebolehsediaan, mudah dan cepat. Ianya juga turut akan
diukur melalui kesan outcome dan impak terutamanya kepada masyarakat dan
penduduk setempat.
DISEDIAKAN OLEH :-
Kumpulan Gelombang Emas
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis
No. Tel : 04-976 9975
No. Fax : 04-976 6553
top related