eprints.uthm.edu.myeprints.uthm.edu.my/921/1/24_pages_from_keberkesanan_pembelajaran... · simpan...
Post on 09-Oct-2019
21 Views
Preview:
TRANSCRIPT
k m m m m m m m m SECARA k o l a b q r a t i f
mmtf msm\ m a t a p e l a j a r a n p e n g u r u s a n
\ m m m i m * } m m n m i k i r a
m a s m 4 di m M m i s e b e r a n s ? m \
SCANNED A V U L A t l t r O M J N T
V /
PERPUSTAKAAN KUiTTHO
3 0 0 0 0 0 0 1 7 5 2 1 2 1
K O L E J U N I V E R S I T I T E K N O L O G I T U N H U S S E I N O N N
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS' JUDUL: KEBERKESANAN PEMBELAJARAN SECARA KOLABORATIF
TERHADAP PRESTASI MATA PELAJARAN PENGURUSAN PERNIAGAAN (P315) PELAJAR SIJIL SIMP AN KIRA SEMESTER 4 DI POLITEKNIK SEBERANG PERAI
SESI PENGAJIAN:
Saya FAIZAH BINTI OMAR (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Saijana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. 2. Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( V)
• SULIT
["I TERHAD
P i TIDAK TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdaijah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh
(T-ANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap: KG. JERING CHEPIR 08200 SIK, KEPAH
GAN PENYELIA)
roSOF BIN JAMAR a Penyelia
Tarikh: 23 SEPTEMBER 20002 Tarikh: 23 SEPTEMBER 2002
C A T A T A N : * P o t o n g y a n g t i d a k be rkenaan . * * J i k a tes is i n i S U L I T a l a u T E R H A D , s i l a l a m p i r k a n su ra l d a r i p a d a p i h a k be r kuasa /o rgan i sas i
b e r k e n a a n d e n g a n m e n y a t a k a n seka l i sebab d a n t e m p o h tesis i n i p e r l u d i k e l a s k a n sebaga i S U L I T a tau T E R H A D .
• Tes i s d i m a k s u d k a n sebaga i t es i s b a g i I j a z a h D o k t o r F a l s a f a h d a n S a r j a n a secara p e n y e l i d i k a n , a tau d i se r tas i b a g i p e n g a j i a n secara k e r j a k u r s u s dan p e n y e l i d i k a n , a l a u L a p o r a n P r o j e k S a i j a n a M u d a ( P S M ) .
"Saya / Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya / kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah
Pendidikan Teknik Dan Vokasional".
Tandatangan
Nama Penyelia
Tarikh
' YUSOF BIN JAMAR
}ER 2002
* Polong yang tidak berkenaan
K E B E R K E S A N A N P E M B E L A J A R A N S E C A R A K O L A B O R A T I F
T E R H A D A P P R E S T A S I M A T A P E L A J A R A N P E N G U R U S A N
P E R N I A G A A N ( P 3 1 5 ) P E L A J A R S I J I L S I M P A N K I R A S E M E S T E R
4 D I P O L I T E K N I K S E B E R A N G P E R A I
F A I Z A H B I N T I O M A R
Laporan projek ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
S E P T E M B E R 2 0 0 2
akui karya ini adalah hasil ke i ja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya je laskan sumbernya".
Tandatangan : . . . . ( k ^ L . , . . ^ .
N a m a Penulis : FA1ZAH BINTI O M A R
Tarikh : 23 S E P T E M B E R 2002
iii
Bingfosan I (wu Ini Dititipkan K(?as Untuk Yang Teristimewa:
Mak D an A yd)
Sabariah Ishak & Omar Hus in
Segala Kasih Sayang Yang diberikan Tidak Mungkln Terbalas
Walau Dengan SegunungIntan
Tidak lupa Kepada Adik Beradik Yang Terlaiu Banyak Menabur Budi..
Serta Kakan-Rakan Seperjuangan
Terima Kasil; Di atas Segalanya
Tiada Harta Di Duma Ini Yang Setara Nilainya
Dengan Kasil; Sayang Dan Cinta Kalian.
i v
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih
Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya,
akhirnya dapat juga saya menyiapkan dan menyempurnakan thesis ini dengan jayanya.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih
yang tidak terhingga kepada penyelia projek, Tn. Hj Md Yusof bin Jamar di atas segala
tunjuk ajar, bimbingan dan perhatian yang telah diberikan selama saya menjalankan
kajian ini. Tidak dilupa juga kepada para pensyarah Jabatan Pendidikan Teknik dan
Vokasional di atas segala tunjuk ajar dan pandangan yang telah diberikan selama ini.
Tidak lupa kepada para pelajar Sijil Simpan Kira Semester 4, Politeknik
Seberang Perai yang banyak memberikan kerjasama sepanjang kajian ini dijalankan dan
kepada pensyarah-pensyarah di Politeknik Seberang Perai, jasa anda tidak akan
dilupakan dan sentiasa terpahat disanubari.
Akhir sekali, tidak dilupa juga kepada keluarga, rakan seperjuangan serta pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan thesis ini. Semoga
Allah S.W.T memberikan limpah kerahmatan dan ganjaran ke atas jasa dan budi yang
diberikan.
dclxxxix
ABSTRAK
Pembelajaran secara kolaboratif merupakan satu teknik pembelajaran secara
berkumpulan di mana pelajar dapat berkongsi ide mengenai permasalahan yang diberi.
Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap keberkesanan teknik pembelajaran secara
kolaboratif terhadap prestasi pelajar. Kajian dilakukan ke atas 80 orang pelajar Sijil
Simpan Kira Semester 4 di Politeknik Seberang Perai. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat peningkatan prestasi bagi pelajar yang menggunakan teknik kolaboratif
berbanding pelajar yang tidak menggunakan teknik kolaboratif. Oleh itu, teknik
kolaboratif boleh dijadikan sebagai satu alternatif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
vi
ABSTRACT
Collaborative learning is a group learning technique that allows students to share
tasks on solving problems in learning. The research is conducted to observe the
effectiveness of collaborative learning on student performance. This study was
conducted on 80 Certificate in Book Keeping students in Politeknik Seberang Perai,
Pulau Pinang. Findings from this research show significant increase in students' who
used collaborative learning technique compared to students who do not use this
technique.
vii
K A N D U N G A N
P E R K A R A M U K A
S U R A T
B O R A N G P E N G E S A H A N S T A T U S T E S I S
P E N G E S A H A N P E N Y E L I A
J U D U L i
P E N G A K U A N ii
D E D I K A S I iii
P E N G H A R G A A N iv
A B S T R A K v
A B S T R A C T vi
K A N D U N G A N vii
S E N A R A I J A D U A L xi
S E N A R A I R A J A H xii
S E N A R A I L A M P I R A N xiv
B A B I P E N D A H U L U A N
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masa lah 2
1.3 Penyataan Masa lah 3
1.4 Tu juan Kaj ian 4
1.5 Kerangka Teori 4
1.6 Objekt i f Ka j i an 6
1.7 Persoalan Kaj ian 7
vii i
1.8 Hipotcsis Kajian 7
1.9 Skop Kajian S
1.10 Kcpcntingan Kajian K
1.11 Andaian Kajian 9
1.12 Limitasi Kajian 9
1.13 Definisi 10
1.13.1 Keberkesanan 10
1.13.2 Pembelajaran Secara Kolaboratif 10
1.14 Rumusan 11
B A B I I S O R O T A N K A J I A N
2.1 Pendahuluan 12
2.2 Model Pembela jaran Secara Kolaboratif 13
2.3 Sorotan Penyel idikan 15
2.4 Gaya Pembela ja ran Kolaborat i f 17
2.5 Elemen-Eleman dalam Pembelajaran Kolaborat if 19
2.6 Pembela ja ran Kolaborat i f Yang Berkesan 20
2.7 Kebaikan Pembela ja ran Kolaboratif 21
B A B I I I M E T O D O L O G I K A J I A N
3.1 Pengenalan 23
3.2 Rekabentuk Kaj ian 23
3.3 Sampel Kaj ian 24
3.4 Instrumen Kaj ian 25
3.5 Kebolehpercayaan Ins t rumen Kaj ian 28
3.6 Kaedah M e n g u m p u l Data 29
3.7 Kaedah Menganal i s i s Da ta 30
3.8 R u m u s a n 30
ix
B A B I V A N A L I S I S D A T A D A N K E P U T U S A N
4.1 Pendahuluan 31
4.2 Dapatan Kajian 32
4.3 Bahagian B: Analisis Kajian 33
4.3.1 Jantina Analisis Perbezaaan Prestasi Pelajar
Kumpulan Eksperimen Dengan
Kumpulan Kawalan 33
4.3.2 Analisis Keberkesanan Teknik Kolaboratif
Dalam Peningkatan Prestasi Matapelajaran
Pengurusan Perniagaan (P315) 35
4.3.3 Analisis Pemahaman Pelajar Terhadap Ciri-
Ciri Teknik Pembelajaran Secara Kolaboratif
Yang Diamalkan. 37
4.3.4 Analisis Pandangan Pelajar Terhadap
Kepentingan Pembelajaran Kolaboratif 40
B A B V P E R B I N C A N G A N , K E S I M P U L A N D A N C A D A N G A N
5.1 Pengenalan 43
5.2 Perbincangan 44
5.2.1 Perbezaaan Prestasi Bagi Pelajar
Kumpulan Eksperimen Dengan
Kumpulan Kawalan 44
5.2.2 Keberkesanan Teknik Kolaboratif Dalam
Peningkatan Prestasi Matapelajaran
Pengurusan Perniagaan (P315) 45
5.2.3 Pemahaman Pelajar Terhadap Ciri-ciri
Teknik Pembelajaran Secara Kolaboratif
Yang Diamalkan 46
5.2.4 Pandangan Pelajar Terhadap Kepentingan
Pembelajaran Kolaboratif 47
5.3 Kesimpulan 48
5.4 Cadangan 49
B A B V I R E K A B E N T U K P R O D U K
6.1 Pendahuluan 51
6.2 Carta Alir Bagi Rekabentuk Dan Pembinaan
Garis Panduan Pembelajaran Secara Kolaboratif 52
6.2.1 Analisis Keperluan Bagi Pembinaan
Garis Panduan 53
6.2.2 Tentukan Format Garis Panduan 53
6.2.3 Kenalpasti Ciri- Ciri Pengguna 53
6.2.4 Bina Objektif Garis Panduan
Bertingkahlaku 53
6.2.5 Senarai Teknik Pembelajaran Kolaboratif
Yang Berkesan 54
6.2.6 Analisis Data Yang Berkaitan Dengan
Objektif yang perlu Dimasukkan 54
6.2.7 Tatacara Teknik Kolaboratif Dan Bina
Garis Panduan Sebenar 54
6.2.8 Semak Semula Garis Panduan 54
6.2.9 Garis Panduan Teknik Pembelajaran
Kolaboratif Yang Sebenar 55
6.3 Kandungan Garis Panduan Teknik Pembelajaran
Secara Kolaboratif 55
6.4 Objektif Penghasilan Garis Panduan
Pembelajaran Secara Kolaboratif 55
6.5 Cadangan Pembaikan 56
6.6 Penutup 56
S E N A R A I B I B L I O G R A F I 57
L A M P I R A N
Lampiran A-G 62
x i
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Jadual Skala "LIKERT" 26
4.1 Pengujian Keseragaman 34
4.2 Perbandingan Peningkatan Prestasi 34
4.3 Perbandingan Prestasi Pra Ujian Dengan Pos Ujian
Kumpulan Eksperimen 36
4.4 Jadual Tafsiran Min 37
4.5 Ciri-Ciri Teknik Kolaboratif Yang Diamalkan
Oleh Pelajar 38
4.6 Pandangan Pelajar Terhadap Kepentingan Teknik
Kolaboratif Dalam Pelajaran 40
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kerangka Teori 5
2.1 Konsep Dan Proses Dalam.Perbincangan Oleh
David Bound (1995) 14
3.1 Rekabentuk Kajian 24
6.1 Carta Alir Bagi Rekebentuk Dan Pembinaan Garis Panduan
Dari Model Meyer 52
xiv
SENARAILAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik Kajian 62
B Hasil Kajian Rintis 68
C Hasil Analisis Demografi 70
D Hasil Analisis Perbezaan Prestasi Kumpulan Eksperimen
Dengan Kumpulan Kawalan 71
E Hasil Analisis Perbezaan Prestasi Pelajar Sebelum Dan Selepas
Menggunakan Teknik Kolaboratif 72
F Hasil Analisis Ciri-Ciri Teknik Kolaboratif Yang Diamalkan
Oleh Pelajar dan Hasil Analisis Pandangan Pelajar Terhadap
Kepentingan Teknik Kolaboratif 73
G Garis Panduan Teknik Pembelajaran Kolaboratif 74
B A B I
P E N D A H U L U A N
1.1 Pengenalan
Proses pembelajaran memainkan peranan penting bagi seseorang individu itu
untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Pembelajaran merupakan proses tingkahlaku
yang agak kekal yang dihasilkan melalui pengalaman dan latihan. Oleh itu,
pendidikan menjadi agenda terpenting di seluruh dunia dan sering menjadi tumpuan
kepada penyelidik untuk mencari kaedah serta teknik yang terbaik bagi
menanganinya.
Salah satu teknik pembelajaran yang popular dewasa ini ialah pembelajaran
secara kolaboratif atau berkumpulan. Robert E. Slavin (1990) menyatakan bahawa
melalui kaedah ini pelajar dapat berbincang dan mengemukakan pandangan bagi
menyelesaikan sesuatu permasalahan yang berkaitan dengan pembelajaran.
Secara umumnya, gaya pembelajaran kolaboratif merupakan satu teknik
pembelajaran secara berkumpulan di mana pelajar dapat berkongsi ide mengenai
sesuatu subjek dan permasalahan pembelajaran dan menyelesaikannya secara
2
bersama (Padilah, 1994). Dewasa ini teknik pembelajaran secara kolaboratif
digunakan secara meluas di sekolah-sekolah dan juga institusi-institusi pengajian
tinggi.
Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan penggunaan kaedah pembelajaran
secara kolaboratif ke atas prestasi akademik di kalangan pelajar-pelajar Sijil Simpan
Kira Semester 4 di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Kajian ini juga akan
lebih menumpukan kepada gaya pembelajaran collaborative base group.
1.2 Latar Belakang Masa lah
Salah satu faktor penting dalam pembelajaran ialah teknik yang digunakan
dalam proses pembelajaran. Teknik pembelajaran yang sesuai akan dapat memberi
kesan yang positif terhadap prestasi pelajar dalam pelajaran.
Bagi memenuhi kepentingan pembelajaran dan pencapaian akademik yang
cemerlang, pelajar seharusnya bijak menggunakan teknik pembelajaran yang
bersesuaian dengan mereka dan dengan kehendak matapelajaran. Pengurusan
Perniagaan (P315) merupakan matapelajaran yang memerlukan pelajar mempunyai
kemahiran interaksi yang tinggi. Oleh itu, pemilihan teknik yang berkesan mampu
membantu pelajar-pelajar dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka.
Melalui temubual dengan pensyarah matapelajaran Pengurusan Perniagaan
En Aziz di Politeknik Seberang Perai, beliau menyatakan terdapatnya pergantungan
yang keterlaluan pelajar ke atas pensyarah. Di mana pelajar tidak mempunyai
inisiatif sendiri untuk mencari sendiri maklumat-maklumat yang di diperlukan dalam
pembelajaran mereka. Pergantungan ini menyebabkan mereka tidak dapat
memperluaskan lagi pemikiran mereka terhadap pelajaran yang dipelajari. Melalui
pcmcrhatian juga iaitu semasa pengkaji menjalani latihan praktikal I'oliteknik
Seberang Perai didapati pelajar terlalu mengharapkan kepada pensyarah untuk
mendapatkan segala nota dan bahan pembelajaran. Pengkaji cuba untuk menerapkan
teknik pembelajaran kolaboratif dan kajian ini dijalankan untuk mclihat saniada
wujudnya perbezaaan prestasi kesan dari penggunaan teknik kolaboratif dan adakah
ianya mempengaruhi pembelajaran mereka sctcrusnya agar mereka dapat mcnyedari
kebaikan pembelajaran kolaboratif dan berusaha untuk mengaplikasikannya dalam
proses pembelajaran mereka.
1.3 Pernyataan Masalah
Belajar merupakan satu proses yang berkaitan dengan keingginan untuk
seseorang itu mencapai matlamat. Dalam usaha mencapai kecemerlangan seseorang
pelajar harus melaksanakan aktiviti pembelajaran yang sesuai meliputi proses
mengumpul maklumat, mengemaskini nota dan menyelesaikan masalah.
Aktiviti pembelajaran yang bersesuaian akan membawa kepada impak yang
positif kepada seseorang pelajar itu. Secara umumnya pembelajaran secara individu
kurang membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah rumit yang memerlukan
proses pemikiran yang tinggi (Abdul Rahim, 1992). Berdasarkan permasalahan yang
wujud ialah pergantungan pelajar kepada pensyarah pengkaji cuba untuk
memperkenalkan teknik kolaboratif dan sekiranya ia berkesan pelajar boleh
mengaplikasikan teknik tersebut dalam pembelajaran mereka.
Persoalan yang wujud adalah untuk melihat keberkesanan pembelajaran
secara kolaboratif terhadap prestasi matapelajaran Pengurusan Perniagaan (P315)
pelajar Sijil Simpan Kira di Politeknik Seberang Perai.
4
1.4 Tujuan Kaj ian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat samada wujud perbezaan
prestasi pelajar selepas dan sebelum menggunakan teknik kolaboratif dan adakah
terdapat perbezaaan prestasi matapelajaran Pengurusan Perniagaan (P315) bagi
pelajar yang menggunakan teknik kolaboratif dengan pelajar yang tidak
mengamalkan teknik pembelajaran kolaboratif bagi pelajar-pelajar Sijil Simpan Kira
Semester 4 di Politeknik Seberang Perai
1.5 Ke rangka Teori
Di dalam kajian ini, kerangka teoritikal adalah berdasarkan penggabungan
beberapa teori. Teori tersebut yang dipetik daripada Spradley (1981), Sloan &
Schommer (1975) dan David Bound (1995) adalah seperti dalam Rajah 1.1.
Kefahaman Ciri-Ciri Kolaboratif
Rajah 1.1 : Ke rangka Teori
Sumber
1. Spradley (1981)
2. Sloan dan Schommer (1975, ms 199)
3. David Bound (1995, ms 174)
Menurut Sloan dan Schommer (1975), pembelajaran berkumpulan dapat
membantu pelajar-pelajar baru melalui proses pembelajaran dengan lebih mudah.
Manakala menurut David Bound (1995, ms 174) proses komunikasi akan menjadi
lebih sukar sekiranya perhubungan di antara guru dan murid renggang yang mana
6
akan membawa kesan yang buruk kepada pelajar tersebut dan ianya akan menjadi
lebih sukar apabila hubungan di antara pelajar dengan pelajar juga mempunyai
masalah. Melalui perbincangan dan keijasama yang wujud di antara guru dan pelajar
akan membantu kedua-dua pihak melalui proses pembelajaran dan pengajaran
dengan lebih mudah dan teratur. Spradley (1981) pula menyatakan perlu adanya
keijasama, komitmen dan perbincangan di antara pelajar bagi memenuhi matlamat
yang ingin dicapai.
1.6 Objektif Ka j ian
Dari kajian yang dijalankan penyelidik ingin mengetahui :
i. Mengenalpasti samada wujudnya masalah pembelajaran di kalangan
pelajar Sijil Simpan Kira Semester 4 Politeknik Seberang Perai.
ii. Mengenalpasti kewujudan perbezaan prestasi bagi pelajar yang
menggunakan teknik kolaboratif dengan pelajar yang tidak
menggunakan teknik kolaboratif dalam matapelajaran Pengurusan
Perniagaan (P315).
iii. Menyenaraikan ciri-ciri pemahaman teknik kolaboratif yang
diamalkan sepanjang dua bulan mengikuti pembelajaran secara
kolaboratif.
iv. Menyatakan pandangan pelajar Sijil Simpan Kira Semester 4 di
Politeknik Seberang Perai terhadap kepentingan pembelajaran
kolaboratif.
Persoalan Kaj ian
i. Adakah terdapat perbezaaan prestasi bagi pelajar yang menggunakan
teknik kolaboratif dengan pelajar yang tidak menggunakan teknik
kolaboratif dalam matapelajaran Pengurusan Perniagaan (P315)?
ii. Apakah ciri-ciri teknik kolaboratif yang diamalkan sepanjang dua
bulan mengikuti pembelajaran secara kolaboratif?
iii. Apakah pandangan pelajar terhadap kepentingan pembelajaran
kolaboratif terhadap diri pelajar Sijil Simpan Kira Semester 4 di
Politeknik Seberang Perai?
Hipotesis kajian
Ho: Tidak terdapat perbezaaan yang signifikan ke atas prestasi pelajar yang
menggunakan teknik kolaboratif dan prestasi pelajar yang tidak
menggunakan teknik kolaboratif dalam matapelajaran Pengurusan
Perniagaan (P315).
HI: Terdapat perbezaaan yang signifikan ke atas prestasi pelajar yang
menggunakan teknik kolaboratif dan pelajar yang tidak menggunakan
teknik kolaboratif dalam matapelajaran Pengurusan Perniagaan (P315).
top related