simptomatologi sistem kardiovaskular
Post on 15-Apr-2017
97 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Simptomatologi Sistem Kardiovaskular
Disediakan Oleh : Nassruto
Definisi
• Simptom – Gejala• Logi – Kajian• Gejala - • Aduan – Sesuatu yang dinyatakan oleh pesakit terhadap
penyakitnya. Cth: Sakit kepala, loya dan muntah, pening kepala, sakit dada, dispnea dan pucat
• Tanda – penemuan yang dapat dikenalpasti di badan pesakit.
Sistem Kardiovaskular
• Satu proses yang tersusun berkaitan Jantung dan salur-salur darah di dalam tubuh badan.
Simptom-Simptom1. Chest Pain (Sakit Dada)• Kesakitan yang sukar dinilai namun amat penting. Cth –
Angina, Infaksi Miokardium akut, Perikarditis, pleurisi, brongkitis akut, pneumonia dan costochondritis
2. Dyspnea (dispnea)• Kesukaran bernafas akibat gangguan dalam sistem
respiratori. Terjadi akibat kekurangan bekalan oksigen oleh sistem kardiovaskular. Cth – Pneumonia, bronkietasis, bronkitis kronik, COPD, infaksi miokardium akut, myasthenia gravis dan kelumpuhan otot antara kostal
3. Palpitation (palpitasi)• Kesedaran denyutan jantung yang tidak
dijangka.ia boleh lambat,cepat, regular atau tidak regular. Cth : Kegagalan jantung, aritmia jantung dan anxiety disorder
4. Fatigue (kelesuan)• Simptom yang berlaku akibat daripada
kekurangan output kardiak atau kekurangan bekalan darah kepada otot skeletal. Cthnya : anemia dan depressi
5. Bradycardia (bradikardia)• Denyutan jantung (nadi) yang kurang daripada
60/seminit kesan gangguan konduksi jantung atau penyakit yang mengakibatkan kegagalan jantung. Cth : Kegagalan jantung kongestif, ransangan ubat beta blocker serta digoxin, hipotiroidisme, hipothermia dan sekatan jantung.
6. Tachycardia (takikardia)• Denyutan jantung melebihi melebihi 100/minit.
Terjadi akibat penyakit jantung atau aritmia jantung. Cth : kegagalan jantung kongestif, perikarditis, AMI, embolisma pulmonari, anemia dan demam.
7. Syncope (sinkop)• Kehilangan kesedaran sementara (transient)
akibat daripada anoksia serebral berpunca dari kekurangan bekalan darah ke otak. Boleh berlaku sebagai pitam sehingga pengsan. Ia dikaitkan dengan penyakit gangguan bekalan darah oleh jantung. Cth: sekatan jantung, renjatan, heat stroke, postural hypotension, hipoglisemia.
8. Dizziness• Pitam yang berlaku akibat daripada gangguan
neurologikal. Cth: Tachyarrhytemia.
9. Clubbing of Fingers: • Jari belantan, kesan gangguan bekalan
oksigen kepada tisu-tisu lembut dibahagian jejari.ia berlaku sebagai satu mekanisme menampung kekurangan bekalan kehujung jari yang mengakibatkan tisu-tisu lembut berubah menjadi keras yang mana tisu tersebut hanya memerlukan sedikit oksigen sahaja untuk aktiviti. Cth: CCF, Penyakit jantung kongenital, thalassemia, COPD, PTB kronik dan asma bronkial lronik.
10. Edema
• Kumpulan cecair diruang antara sel yang berlebihan akibat daripada gangguan penyaliran cecair oleh sistem kardiovaskular dan limfatik. Dikaitkan dengan penyakit jantung dan renal cth : CCF, Glumerularnefritis akut dan sindrom nefrotik
11. Cyanosis (sianosis)
• Kebiruan dibibir dan jejari akibat gangguan bekalan oksigen kepada tisu. Sering dikaitkan dengan penyakit jantung dan respiratori. Cth : Penyakit jantung kongenital, asma bronkial akut, edema pulmonari, thalassemia dan anemia.
12. Pallor (pucat)• Keadaan kekurangan hemoglobin dalam
darah. Ia dapat dikenalpasti melalui air muka seseorang. Ia sering dikaitkan dengan keadaan anemia, leukemia, renjatan dan hipotensi
13. Murmur (deruan)• Bunyi deruan yang dapat didengar dibahagian
jantung melalui stethoscope. Ia sering dikaitkan dengan gangguan penutupan injap jantung. Cth : mitral insuficiency, mitral incompetent, valvular heart disease dan anemia. Cth deruan: deruan sistolik, deruan pansistolik dan deruan diastolik.
Sekian Terimakasih
top related