sistem enjin
Post on 11-Jan-2016
58 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Pengenalan
ENJIN PEMBAKARAN DALAM
Ia adalah sejenis pengerak yang mengeluarkan kuasa hasil dari pembakaran
bahanapi di dalam kebuk pembakaran. Enjin pembakaran dalam dikelaskan kepada dua
jenis berdasarkan cara bahanapi dibakar untuk menghasilkan kuasa, iaitu sama ada
menggunakan pencucuhan mampatan (diesel) atau pencucuhan bunga api (petrol). Kedua-
dua jenis enjin ini menjalankan operasinya secara 4 lejang atau 2 lejang.
PRINSIP KERJA ASAS ENJIN PEMBAKARAN DALAM
Apabila campuran udara bahan api dibakar didalam kebuk pembakaran, kedudukan
omboh adalah pada pusat mati atas, tekanan disebabkan oleh pembakaran udara-
bahanapi akan menolak omboh kebawah. Gerakan salingan omboh ini ditukarkan
kepada putaran aci engkol dengan membuat penyusunan yang sesuai.
Rajah 1
1
4 STROKE SPARK IGNITION (SI) ENGINE (PETROL)
KENDALIAN 4 – LEJANG
Dalam enjin petrol 4 lejang, ianya perlu menjalani 4 lejang yang mana kitaran ini
kemudiannya akan menghasilkan satu kuasa yang diperlukan bagi menjalankan
sesuatu.
Omboh di dalam silinder bergerak ke atas dan ke bawah dengan gerakan salingan.
Takat tertinggi yang dicapai oleh piston dinamakan sebagai TOP DEAD CENTER
(TDC) dan takat yang terendah sekali yang dicapai oleh piston dipanggil sebagai
BOTTOM DEAD CENTER (BDC). Jarak di antara TDC dengan BDC dpanggil
Lejang. Bagi setiap kali pusingan aci engkol (crank shaft), ianya melakukan 2 lejang.
Jadi, bagi enjin 4 lejang, ianya dilengkapkan dengan 2 pusingan crank shaft / aci
engkol dan dalam sudutnya ialah sebanyak 720 °.
Lejang Masukan / Aruhan ( Suction )
Apabila piston bergerak ke bawah dari TDC ke BDC , tekanan yang lebih rendah dari
udara TDC akan wujud di dalam silinder. Dengan ini, tekanan atmosfera di luar enjin
akan menarik campuran udara dan bahanapi dari karburetor ke dalam silinder yang
mana injap masukan pada masa itu akan berada dalam keadaan terbuka. Setelah
piston sampai ke BDC injap masukan akan tertutup dan tamatlah lejang ini.
Lejang Mampatan (Compression)
Campuran udara bahanapi yang masuk ke dalam silinder tadi akan dimampatkan bila
piston bergerak dari BDC ke TDC. Pada masa ini, kedua-dua injap masukan dan
ekzos akan beada adalam keadaan tertutup. Ini akan meninggikan lagi tekanan dan
suhu campuran udara bahanapi di dalam silinder.
Lejang Kuasa (Power)
Bila piston sampai ke TDC ( dalam lejang mampatan) campuran udara bahanapiyang
termampat akan tercucuh oleh bungapi yang dihasilkan oleh palam pencucuh ( Spark
Plug).
Akibat dari terbakarnya campuran itu, satu letupan kuasa akan berlaku dan
menghasilkan tekanan yang amat tinggi yang mana memaksa piston itu turun ke
bawah dan seterusnya menyebabkan aci engkol terus berputar. Semasa lejang
kuasa ini berlaku, injap masukan dan juga injap ekzos masih berada dalam keadaan
tertutup.
Lejang Ekzos ( Exhaust)
2
Bila piston sampai ke BDC, injap ekzos akan terbuka. Gerakan piston menuju ke
arah TDC seterusnya akan memaksa gas-gas yang terbakar keluar dari silinder
melalui injap ekzos yang terbuka itu.
Bila piston sampai ke TDC, injap ekzos pun akan tertutut dan injap masukan terbuka
semula dan bersedia untuk lejang masukan berlaku bagi proses ulangan seterusnya.
( Keempat-empat lejang di atas, iaitu lejang masukan, mampatan, kuasa dan ekzos
adalah satu kitaran lengkap bagi enjin empat lejang yang mana berlaku dalam satu
kitaran iaitu dua pusingan aci engkol 720°.)
Rajah 2
3
Rajah 3
4
2 STROKE SPARK IGNITION (SI) ENGINE (PETROL)
KENDALIAN 2 – LEJANG
Bagi enjin pusingan 4 lejang, satu kitaran yang lengkap memerlukan 4 lejang piston
(lejang masukan, mampatan, kuasa dan ekzos) @ 2 pusingan aci engkol. Tetapi,
bagi enjin pusingan 2 lejang, keempat-empat lejang ini dapat dilengkapkan dalam 2
lejang @ 1 pusingan aci engkol. Lejang masukan dan mampatan digabungkan pada
satu lejang piston sementara lejang kuasa dan ekzos digabungkan pada satu lagi
lejang piston.
Enjin pusingan 2 lejang, tidak menggunakan injap. Liang itu sendiri bertindak sebagai
injap. Campuran udar, bahanapi dan minyak pelincir (2T) akan masuk melalui liang
masukan sementara gas yang sudah dibakar pula akan keluar melalui liang ekzos.
Kedua-dua liang ini dibina pada silinder enjin.liang-liang ini akan tertutup dan terbuka
oleh pergerakan omboh. Kepala omboh dibentuk sebegitu rupa (dipasangkan
pemesong) untuk memudahkan campuran udara dan bahan api masuk ke ruang
pembakaran dan sekaligus menghalang keluar gas-gas yang terbakar.
Rajah 4-Scavenging menunjukkan piston sedang bergerak naik ke atas. Sambil
piston itu bergerak naik keatas menghampiri ke TDC, campuran bahan api pun
termamapat pada masa yang sama juga, campuran udara bahan api akan masuk ke
ruang kotak engkol melalui injap daun (read valve). Campuran udara bahan api dapat
masuk ke ruang kotak engkol kerana wujudnya vakum yang terbentuk di kotak engkol
semasa omboh bergerak ke atas.
Rajah 5 menunjukkan campuran udara bahan api telah terbakar dan seterusnya
tekanan yang tinggi menyebabkan piston tertolak ke bawah. Bila piston bergerak ke
bawah, kedua-dua liang akan terbuka. Ini akan menyebabkan campuran udara bahan
api masuk ke ruang pembakaran melalui liang masukan dan gas-gas terbakar keluar
melalui liang ekzos.
Campuran udara bahan api dan (2T) tertolak masuk kedalam silinder kerana adanya
tekanan yang terbentuk dikotak engkol semasa piston bergerak kebawah. Tekanan
yang terbentuk ini akan menyebabkan injap daun tertutup dan bila piston bergerak
semakin jauh kebawah, akan menyebabkan campuran udara, bahan api dan 2T akan
termampat didalam kotak engkol. Akhirnya, campuran udara bahan api akan tertolak
masuk keruang pembakaran melalui liang masukan. Begitulah seterusnya kendalian
enjin 2 lejang bagi menghasilkan kuasa yang berterusan.
5
Rajah 4
Rajah 5
6
Jenis – Jenis Kendalian Enjin
1. Enjin Petrol
2. Enjin Diesel
Enjin Petrol
menggunakan palam pencucuh
campuran minyak dan udara masuk kedalam silinder
kurang kuasa dan efisyen
enjin lebih senyap
untuk kenderaan ringan seperti kereta
Enjin Diesel
• tidak menggunakan palam pencucuh
• hanya udara sahaja yang masuk ke dalam silinder
• lebih kuasa dan lebih efisyen
• enjin bising
• untuk kenderaan berat seperti lori dan bas
7
Rajah 6 : Enjin Petrol
Rajah 7 : Enjin Diesel
8
Komponen-Komponen Enjin pembakaran dalam
Bahagian-bahagian utama enjin pembakaran dalam 4 Lejang dan 2 lejang:
Enjin pembakaran terdiri daripada dua bahagian utama:
i. Bahagian tetap terdiri dari kepala silinder, blok silinder dan kotak engkol.
ii. Bahagian bergerak terdiri dari omboh, rod penyambung, aci engkol, rangkaian
injap dan roda tenaga.
Peralatan tambahan atau bantuan enjin pembakaran dalam terdiri dari:
i. Sistem pencucuhan
ii. Sistem bekalan bahanapi
iii. Sistem pelinciran
iv. Sistem pendinginan
Kepala Silinder
Merupakan bahagian yang terpanas kerana di sini terletaknya kebuk pembakaran
Pada bahagian atas kepala silinder ditempatkan injap-injap aruhan dan ekzos,
pancarongga-pancarongga aruhan dan ekzos, palam pencucuhan (bagi enjin petrol)
dan pemancit bahanapi.
Kepala silinder disejukkan oleh jaket air pendingin yang berada disekeliling tepunya.
Blok Silinder
Merupakan komponen enjin yang menyimpan silinder iaitu satu tuangan bulat terbuka
pada hujung bawah kepada kotak engkol dan tertutup di bahagian atas oleh kepala
silinder.
Liang-liang ruang pada blok silinder iaitu di sekeliling silinder adalah merupakan jaket
air pendingin.
Menerusi jaket ini, air pendingin diedarkan ke sekeliling dinding silinder.
Kotak Engkol
Kotak engkol menupang kepala silinder, silinder dan alat-alat lain seperti motor
penghidup, pengulangalik (alternator) dan lain-lain.
Dibahagian bawah kotak engkol terdapat takungan minyak pelincir dan turas minyak
pelincir.
9
Omboh
Fungsi omboh ialah memampatkan campuran udara-bahan api, menghantar kerja
dari hasil tekanan pembakaran ke aci engkol menerusi rod penyambung, memaksa
gas hasil pembakaran keluar ke pancarongga ekzos semasa lejang ekzos dan
menghasilkan vakum supaya campuran udara bahan api masuk ke silinder semasa
lejang aruhan.
Omboh disendalkan ke dinding silinder oleh 3 gelang dipasang kepada lurah-lurah
ditepi omboh.
Gelang pertama dan kedua ialah gelang-gelang mampatan manakala gelang ketiga
ialah gelang minyak.
Gelang-gelang ini berbentuk belah (split) dan berfungsi sebagai pegas kuat yang
ditekan diantara omboh dan dinding silinder.
Rod Penyambung
Rod penyambung berfungsi untuk menukarkan gerakan salingan omboh kepada
gerakan putaran aci engkol.
Rod penyambung diperbuat dari tempaan aloi keluli kekuatan tinggi
Aci Engkol
Ia dianggap aci utama enjin dan dihubungkan kepada omboh menerusi rod
penyambung.
Liang pindah
Liang pindah merupakan liang yang menyambungkan silinder dengan kotak enjin. Ia
berfungsi memindahkan bahan bakar dari kotak enjin ke silinder untuk pembakaran.
Liang masukan (2 lejang)
Liang masukan berfungsi menjadi laluan bahan bakar seperti minyak, pelincir dan
udara memasuki kotak enjin.
Liang ekzo (2 lejang)
Liang yang menyambungkan silinder dengan ekzos. Ia berfungsi mebebaskan hasil
pembakaran iaitu gas keluar dari kawasan pembakaran.
10
top related