skn - · pdf filemenyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan dalam proses serta...
Post on 31-Jan-2018
285 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,
Aras Bawah, Wisma Innoprise, Teluk Likas,
88817 Kota Kinabalu Sabah.
Tel: 088-328000 Fax: 088-328209
Email: ksit.skn@sabah.gov.my
http://www.compserv.sabah.gov.my/skn
2
SIDANG REDAKSI ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN M/S
Pengenalan 3
Profil Bahagian 4
Carta Organisasi 5
Jabatan Seliaan 6
Sistem Seliaan 7 - 8
Pencapaian 2013 9
Perancangan 2014 10
Pembangunan Sumber Manusia
11 - 12
Pelancaran Laman Web Pejabat HENDP
13
Seminar ICT JKM 2013 14
Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam 2013 Peringkat Negeri Sabah
15
Apa Itu KIK ? 16
Program Ibadah Qurban Dan Dakwah
17
Album Kenangan 2013 18-17
3
Kumpulan Sokongan IT – Setiausaha Kerajaan Negeri (KSIT-SKN) ditubuhkan pada
Nov 2000 bertujuan untuk membantu jabatan-jabatan dibawah naungan Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) dan Jabatan Ketua
Menteri yang bertempat di bangunan Menara Tun Mustapha (dulunya dikenali sebagai
bangunan Yayasan Sabah).
Apabila bangunan Wisma Innoprise siap didirikan pada september 2001 sebahagian
pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah turut berpindah ke bangunan baru. Untuk memberikan
perkhidmatan ICT yang lebih cekap dan berkesan kakitangan KSIT-SKN telah dibahagi
kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama termasuklah Ketua KSIT-SKN yang terdiri
daripada seorang Pegawai Teknologi Maklumat, seorang Penolong Pegawai Teknologi
Maklumat dan dua orang Juruteknik Komputer ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri, Tingkat 6, Wisma Innoprise dan kumpulan kedua pula terdiri daripada seorang
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan seorang Juruteknik Komputer dikekalkan di
bangunan Menara Tun Mustapha. Kini, kumpulan pertama ini telah berpindah ke Tingkat 1
bersebelahan dengan Bilik Persidangan Wisma Innoprise.
Selain daripada kedua-dua bangunan ini, KSIT-SKN juga memberikan khidmat ICT kepada
Dewan Undangan Negeri, MAKSAK, Bilik VIP ( KKIA Terminal -1 ) Bahagian Istiadat dan
Protokol, PUSPANITA serta stesen-stesen UPKR sekitar Kota Kinabalu.
KSIT-SKN yang pada masa sekarang ini dianggotai oleh enam orang kakitangan yang
diketuai oleh En. Sariwan Jamanih. Banyak transformasi telah dilakukan melalui
penggunaan ICT yang memberi impak besar kepada cara kerja kakitangan awam,
contohnya mempercepatkan permohonan permit-permit hiburan melalui Sistem E-Permit
dan kemaskini rekod pewartaan tanah melalui Sistem E-Warta. KSIT-SKN akan terus
berusaha memberikan perkhidmatan ICT yang lebih mantap dalam membantu Kerajaan
Negeri Sabah membawanya agar lebih dekat kepada masyarakat selaras dengan VISI
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri iaitu menjadi ” Peneraju Transformasi
Perkhidmatan Awam Negeri untuk Mencapai Connected Government”.
4
VISI
Untuk menjadi Kumpulan Sokongan IT yang dinamik
dalam pembangunan dan transformasi ICT kepada
kakitangan perkhidmatan awam
MISI Membawa pendekatan ICT yang lebih berkesan dan
tepat kepada kakitangan perkhidmatan awam
MOTO
Bersama Mencapai Connected Government
5
Pegawai Teknologi Maklumat ( FA41 ) SARIWAN JAMANIH
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ( FA32 )
ADRIAN SIKAJAT
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat ( FA29 )
JOSLYNE JANE M.
Juruteknik Komputer ( FT22 ) ALI HASSAN MAHALI
Juruteknik Komputer ( FT17 ) NOORAMALIA JAINAL
YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA SUKARTI BIN WAKIMAN
SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SABAH
Juruteknik Komputer ( FT22 ) ROHANA WAHAB
6
Kumpulan 2 - Menara Tun Mustapha
1. Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (A)
2. Bahagian. Istiadat Dan Protokol
3. Pejabat Peguam Besar
4. Pejabat Hasil Bumi
5. Unit Biodiversiti
6. Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat
7. Wisma Puspanita
8. Majlis Kebajikan Dan Rekreasi Kakitangan Kerajaan
Negeri Sabah ( MAKSAK )
9. Bilik VIP BIP (KKIA – Terminal 1)
Kumpulan 1 - Wisma Innoprise
1. Pejabat Ketua Menteri
2. Pejabat Menteri kepada Ketua Menteri
3. Pejabat Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri
4. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
5. Bahagian. Pengurusan dan Kewangan
6. Bahagian. Kabinet dan Dasar
7. Pejabat Akhbar dan Penerbitan
8. Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Penyelidikan
9. Unit Fail JKM
10. Dewan Undangan Negeri
7
Bil Nama Sistem Keterangan Sistem Jabatan Pengguna
1 Sistem Surat Versi Web Merekod surat masuk dalam pejabat.
Memudahkan carian surat masuk dan penjanaan laporan.
Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri, Pejabat
HEDNP & Pejabat Ketua
Menteri
2 Sistem Rekod Gaji Merekod gaji kakitangan berdasarkan kad gaji sedia ada.
Membolehkan carian mengikut no. pekerja. Penjanaan
laporan mengikut standard kad gaji untuk dihantar ke
Bendahari.
Bahagian Pentabiran dan
Kewangan (JKM)
3 Waran Perjalanan Udara
Awam
Merekod no waran, no. invois, no baucer dan maklumat
kakitangan yang membuat tempahan penerbangan.
Membolehkan carian mengikut no. pekerja, no. waran, no.
invois & no. baucer. Penjanaan laporan mengikut standard
kad gaji untuk dihantar ke Bendahari.
Bahagian Pentabiran dan
Kewangan (JKM)
4 Sistem Kurniaan Pingat,
Bintang dan Darjah
Kebesaran Negeri Sabah
Merekod senarai calon penerima pingat.
Menyediakan laporan awal untuk ahli jawatan kuasa
membuat keputusan.
Memudahkan carian rekod bintang yang telah diterima dan
menghasilkan laporan berdasarkan keputusan yang dibuat.
Menyediakan laporan senarai calon kakitangan awam
mengikut kementerian dan jabatan.
Menyediakan laporan akhir senarai penerima pingat.
Pejabat Hal Ehwal Dalam
Negeri & Penyelidikan
5 Sistem Maklumat Pas
Kerja Atas Talian
Merekod permohonan pas kerja.
Menyediakan laporan permohonan yang sudah lulus dan
dalam proses serta membolehkan rekod disemak dan
selari dengan rekod jabatan imigresen melalui no fail yang
dimasukkan.
Pejabat Hal Ehwal Dalam
Negeri & Penyelidikan
6 Sistem Rekod
Permohonan Pas Tinggal
Tetap
Merekod butir maklumat pemohon dan keluarga
permohonan tinggal tetap. Menyediakan laporan senarai
yang lulus dan dalam proses.
Pejabat Hal Ehwal Dalam
Negeri & Penyelidikan
8
7 Sistem Penduduk Tetap Merekod maklumat penduduk di sesuatu kawasan.
Merekod maklumat peribadi seperti pengenalan diri, isteri
atau suami, senarai isi rumah, anak-anak atau
tanggungan serta ketua keluarga mengikut nombor
rumah yang ditetapkan.
Menyediakan laporan mengikut senarai rumah dan ketua
keluarga.
Menyediakan laporan pengenalan diri untuk
mengenalpasti pemegang dokumen sah.
Pejabat Hal Ehwal Dalam
Negeri & Penyelidikan
(Unit Penempatan)
8 Sistem Laporan Rekod
Prestasi
Merekod jumlah markah prestasi untuk tujuan
penyediaan laporan ringkas dan sijil bagi pihak
jawatankuasa.
Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri.
9 Sistem Inventori Aksessori
Pakaian Istiadat Rasmi
(SIPIR)
Menetapkan harga aksessori dan miniatur.
Mencetak resit sementara.
Memantau bilangan stok akesssori dan miniatur.
Menyediakan laporan kepada pengurusan.
Pejabat Hal Ehwal Dalam
Negeri & Penyelidikan .
10 Permohonan Tempahan
Aksessori Pakaian Istiadat
Rasmi Atas Talian
Menempah aksessori pakaian istiadat rasmi kerajaan
negeri sabah secara atas talian.
Pejabat Hal Ehwal Dalam
Negeri & Penyelidikan .
11 Sistem E-Warta Atas Talian Merekod menjejak status permohonan projek berkaitan pengambilan tanah di Negeri Sabah
Pejabat Hasil Bumi.
9
Ringkasan Aktiviti / Projek
Objektif Aktiviti / Projek
Menaiktaraf Sistem Permit Kutipan Awam kepada secara atas talian untuk Pejabat HEDNP
1. 2.
Menyimpan rekod permohonan mengadakan kutipan awam Pemohon membuat permohonan dan menyemak status secara online
Menaiktaraf Sistem Permit Hiburan kepada secara atas talian untuk Pejabat HEDNP
1. 2.
Menyimpan rekod permohonan mengadakan pertunjukan hiburan Pemohon membuat permohonan dan menyemak status secara online
Membangunkan sistem Permit Penggambaran untuk kegunaan Pejabat HEDNP
Merekodkan status permohonan permit penggambaran filem di negeri Sabah.
- Digabungkan dan dinamakan sistem ePermit. - Demo kepada pengguna pada 27 Sept 2013 dan dalam proses semakan. - Dalam proses semakan perlu penambahbaikan mengikut keperluan pengguna
Pelaksanaan Sistem e-Kurnia untuk Pejabat HEDNP (http://www.ekurnia.sabah.gov.my/)
1. 2.
Pencalonan penerima Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormatan bagi Kakitangan Awam dibuat secara atas talian Merekod senarai penerima Darjah Kebesaran dan Bintang Kehormatan negeri Sabah.
- Demo kepada semua CIO Kementerian dan Jabatan pada 19 Julai 2013 - Perlu penambahbaikan mengikut keperluan pengguna
Pelancaran Laman Web Rasmi Pejabat HEDNP
Laman Web Rasmi Pejabat HEDNP diubahsuai mengikut keperluan pejabat dan memenuhi syarat-syarat piawai yang ditetapkan MAMPU.
Penambahbaikan sistem e-Warta untuk kegunaan Pejabat Hasil Bumi
Merekod serta menjejak status permohonan projek berkaitan pengambilan tanah di negeri Sabah
10
Ringkasan Aktiviti / Projek
Objektif Aktiviti / Projek
Tempoh Pelaksanaan
Pelaksanaan Sistem e-Permit untuk Pejabat HEDNP
1. 2.
Menyimpan rekod permohonan mengadakan kutipan awam, pertunjukan hiburan dan penggambaran. Pemohon membuat permohonan dan menyemak status secara online
Januari – Februari 2014
Menaiktaraf Sistem Penduduk Tetap kepada secara atas talian untuk Pejabat HEDNP
Menyimpan rekod permohonan permit untuk tinggal tetap di negeri Sabah (pemohon bukan orang Sabah).
April – Jun 2014
Seminar ICT JKM 2014
Pendedahan ICT yang berterusan kepada kakitangan penjawat awam dibawah JKM
15 April 2014
Membangunkan Sistem Kuari secara atas talian untuk Pejabat Hasil Bumi
Merekodkan permohonan Projek Kuari di negeri Sabah dan diakses secara atas talian oleh pegawai berkaitan.
Januari – Februari 2014
Membangunkan sistem Conversion secara atas talian untuk Pejabat Hasil Bumi
Merekodkan permohonan penukaran syarat guna tanah dan tambah guna syarat guna tanah di negeri Sabah dan diakses secara atas talian oleh pegawai berkaitan.
Mac – April 2014
Membangunkan Sistem Permohonan Tanah secara atas talian untuk Pejabat Hasil Bumi
Merekodkan permohonan tanah oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di negeri Sabah dan diakses secara atas talian oleh pegawai berkaitan.
Mei – Jun 2014
Latihan –Latihan yang telah dilaksanakan KSIT-SKN untuk tahun 2013
Latihan MyMeeting kepada Pejabat SKN dan Pejabat HEDNP pada 19 Februari 2013.
Latihan SISPHANS kepada Pegawai Aset JKM pada 20 Ogos 2013 di Makmal Latihan, INSAN
Seminar ICT JKM pada 3 Oktober 2013 di Shangri-La's Tanjung Aru Resort (STAR)
11
Joslyne
Sariwan
Adrian
• Seminar Move From Good To Great: YES YOU CAN ( 16 Januari 2013 ) – Ballroom1, Level 1,The Pacific Sutera, Kota Kinabalu.
• Information Systems in Developing Country ( 14 Februari 2013 ) – Hotel Le Meridien Kota Kinabalu
• Kursus Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) ( 27 Februari - 1 March 2013 ) – Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Kewangan
• Kursus The making of Great Leader ( 22 - 23 Mei 2013 ) – Hotel Park Royal, Kuala Lumpur
• Kursus Pengenalan Pertolongan Cemas Dan CPR ( 11 June 2013 ) – Bilik Persidangan Setiuasaha Kerajaan Negeri, Wisma Innoprise
• Konvensyen Kumpulan Inovasi & Kreatif ( 29 Ogos 2013 ) – Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Kewangan
• Software Testing Conference (Softec) 2013 ( 2 - 5 September 2013 ) – Sunway Resot & SPA ,Kuala Lumpur
• Latihan Pementoran Jabatan (JPKN) ( 19 september 2013 ) – Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Kewangan
• Kursus PHP & MySQL (Asas & Pertengahan) ( 23 - 26 September 2013 ) – Jom Training Center, 1 Puchong Business Center, Selangor
• Kursus PHP 101 ( 7 - 10 Oktober 2013 ) – Makmal Latihan ICT, Tingkat 2 JPKN
• Bengkel JPKN 2013 ( 24 - 26 Oktober 2013 ) – Hotel D Bayu, Tabung Haji, Kota Kinabalu.
• Persidangan Keselamatan ICT ( 13 - 14 November 2013 ) – Grand Ballroom, Ming Garden Hotel & Residence, Kota Kinabalu
• Lawatan Sambil Belajar ke Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan Tahun 2013 (30 November-3 Disember 2013) – Borneo Convention Center, Kuching Sarawak
• Lawatan Teknikal & Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ( 9 - 10 Disember 2013 ) – Kudat Golf & Marina Resort Kudat.
• Taklimat Tatacara Pindaan Dokumentasi MS ISO 9001:2008 ( 11 Januari 2013 ) – Makmal ICT, Tingkat 2, JPKN • JPKN Info Sharing Siri 2/2013: Audit Kualiti Sistem Aplikasi ( 18 March 2013 ) – Makmal ICT, Tingkat 2, JPKN
• Kursus Blue Ocean Strategi ( 7 - 8 Mei 2013 ) – Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Kewangan
• Kursus Pengenalan Pertolongan Cemas Dan CPR ( 11 June 2013 ) – Bilik Persidangan Setiuasaha Kerajaan Negeri, Wisma Innoprise.
• Taklimat Content Collaboration & Unified Communication ( 24 June 2013 ) – Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Kewangan
• Latihan Sistem Pengurusan Harta Awam Negeri ( 20 Ogos 2013 ) – Makmal Komputer INSAN, Tingkat 1, Blok B, Wisma MUIS.
• Taklimat My Mesyuarat ( 21 Ogos 2013 ) – Makmal ICT, Tingkat 2 JPKN
• Seminar ICT Peringkat Negeri Sabah 2013 ( 10 September 2013 ) – Dewan Resital, Sekolah Pengajian Seni UMS
• Seminar ICT 2013 Peringkat Jabatan Ketua Menteri ( 17 Septembar 2013 ) – Shangri-La Tanjung Aru Resort
• Bengkel JPKN 2013 ( 24 - 26 Oktober 2013 ) – Hotel D Bayu, Tabung Haji, Kota Kinabalu.
• Seminar Sabah Trend Micro OfficeScan ( 5 Disember 2013 ) – Ming Garden Hotel & Residence, Kota Kinabalu
• Seminar Sophos Mobile Control 2.5 simplify the process of managing and protecting mobile devices and data. ( 22 Jan 2013 ) Dewan Mataking, Aras Bawah, Perpustakaan Negeri Sabah
• JPKN Info Sharing Siri 1/2013 ( 28 Jan 2013 ) – Makmal Latihan ICT, Tingkat 2, JPKN
• Kursus Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) JPKN ( 27 Feb 2013 -1 Mac 2013 ) – Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan
• Kursus "Blue Ocean Strategy" Siri 1/2013 ( 2 - 3 Apr 2013 ) – Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan
• Persidangan CIO Agensi Kerajaan Negeri Sabah 2013 & Mesyuarat Ketua-Ketua Pegawai Maklumat (CIO) ke 24 ( 2 - 3 Jul 2013 ) – Grand Ballroom, Sabah Hotel, Sandakan.
• Seminar ICT Peringkat Negeri Sabah 2013 ( 10 Sep 2013 ) – Dewan Resital, Sekolah Pengajian Seni, UMS
• Seminar ICT 2013 Peringkat Jabatan Ketua Menteri ( 17 Septembar 2013 ) – Shangri-La Tanjung Aru Resort
• Bengkel JPKN 2013 ( 24-26 Okt 2013 ) Hotel Taha D Bayu, Tabung Haji, kota Kinabalu
• Seminar Sehari Trend Micro OfficeScan 10.6 ( 5 Dis 2013 ) – Ming Garden Hotel & Residences, Kota Kinabalu
• Kursus PHP 101 ( Kumpulan 2 ) ( 9 -13 Dis 2013 ) – Makmal Latihan IT INSAN. Tingkat 1, Blok A, Wisma MUIS
12
• Kursus Keselamatan ICT ( 2 - 3 September 2013 ) – Bilik Kuliah Utama INSAN, tingkat 8, Blok A, Wisma MUIS
• Konvensyen Juruteknik komputer Sektor Awam Negeri ( 18 September 2013 ) The Palace Hotel, Kota Kinabalu
• Bengkel JPKN 2013 ( 24 - 26 Oktober 2013 ) – Hotel Taha D Bayu, Tabung Haji, Kota Kinabalu.
• Program Bicara Eksekutif Bersama Institut Integriti Malaysia ( 8 November 2013 ) Auditorium Tun Datu Mustapha, Kampus INTAN Sabah
• Seminar Pemantapan Perkhidmatan Pelanggan ( 20 November 2013 ) Auditorium Tun Datu Mustapha, Kampus INTAN Sabah
• Program Kesedaran Pengguna (Penjawat Awam);Kepentingan Menjaga Kesihatan Ke Arah Bersama Menerajui Kecemerlangan Perkhidmatan Awam ( 26 November 2013 ) Auditorium Tun Ahmad Raffae, Yayasan Sabah
• Ceramah Agama - Diambang Ramadhan ( 28 June 2013 ) Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Kewangan.
• Kursus Kecemerlangan Diri & Kerja ( 3-4 September 2013 ) Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Kewangan.
• Konvensyen Juruteknik komputer Sektor Awam Negeri ( 18 September 2013 ) The Palace Hotel, Kota Kinabalu
• Seminar ICT 2013 Peringkat Jabatan Ketua Menteri ( 17 Septembar 2013 ) Shangri-La Tanjung Aru Resort
• Bengkel JPKN 2013 ( 24-26 Oktober 2013 ) – Hotel Taha D Bayu, Tabung Haji, Kota Kinabalu.
• Program Bicara Eksekutif Bersama Institut Integriti Malaysia (8 November 2013 ) Auditorium Tun Datu Mustapha, Kampus INTAN Sabah
• Team Building Program OBS ( 20-22 Mei 2013 ) – OBS Kinarut
• Kursus Keselamatan ICT ( 2-3 September 2013 ) – Bilik Kuliah Utama INSAN, tingkat 8, Blok A, Wisma MUIS
• Konvensyen Juruteknik komputer Sektor Awam Negeri ( 18 September 2013 ) – The Palace Hotel, Kota Kinabalu
• Latihan Pementoran Jabatan (JPKN) ( 19 september 2013 ) – Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Kewangan
• Seminar ICT 2013 Peringkat Jabatan Ketua Menteri ( 17 Septembar 2013 ) – Shangri-La Tanjung Aru Resort
• Bengkel JPKN 2013 ( 24-26 Oktober 2013 ) – Hotel Taha D Bayu, Tabung Haji, Kota Kinabalu.
• Program Kesedaran Pengguna (Penjawat Awam);Kepentingan Menjaga Kesihatan Ke Arah Bersama Menerajui Kecemerlangan Perkhidmatan Awam ( 26 November 2013 ) Auditorium Tun Ahmad Raffae, Yayasan Sabah
Rohana
Ali
Nooramalia
13
22 hb Januari 2013 merupakan satu tarikh bersejarah dalam dairi Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri Dan Penyelidikan kerana ini merupakan tarikh pelancaran Laman Web baru Pejabat HENDP.
Majlis Pelancaran Laman Web Pejabat HEDNP ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat HEDNP, tingkat 4, Wisma Innoprise, Kota Kinabalu. Serentak dengan itu juga Mesyuarat CIO juga dijalankan. Seramai 26 kakitangan yang hadir menyaksikan pelancaran tersebut. En.Tuan Hj. Moktar Bin Ajam telah merasmikan majlis dan seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa CIO jabatan.
Dalam mesyuarat CIO jabatan pada kali ini En. Sariwan dan En. Adrian telah diberikan Sijil Penghargaan atas usaha dan kerjasama yang diberikan dalam membina laman web Pejabat HEDNP. Mereka juga telah dilantik menjadi sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa CIO Pejabat Hal Ehwal Dalam
Negeri Dan Penyelidikan.
14
Seminar ICT Jabatan Ketua Menteri 2013 Sektor Awam Negeri
telah diadakan pada 3 Oktober 2013 bertempat di Shangri-La
Tanjung Aru Resort. Seminar ini dianjurkan dengan gabungan
kerjasama antara KSIT-SKN, KSIT-JPAN dan KSIT-TSKN (D).
Program ini mensasarkan para CIO jabatan dan kakitangan-
kakitangan kerajaan di bawah naungan Jabatan Ketua Menteri
gred 41 ke bawah di sekitar Kota Kinabalu.
Dengan bertemakan Pemantapan Peranan Penjawat Awam
melalui ICT” untuk tahun 2013, seminar ini merupakan
program tahunan bagi Jabatan Ketua Menteri dan semua
jabatan di bawahnya sebagai satu inisiatif untuk menambah
kesedaran dan pengetahuan ICT kepada kakitangan sektor
awam di peringkat Jabatan Ketua Menteri agar mereka dapat
mengikuti perkembangan ICT semasa dan seterusnya
menanamkan sifat cintakan ICT dalam diri setiap penjawat
awam. Selain itu seminar ini juga memberi kesedaran dan
pendedahan terhadap pembaharuan dan penambahbaikan
dalam penyampaian perkhidmatan awam negeri yang
dilaksanakan melalui ICT.
Objektif seminar pada tahun ini adalah :-
1) Memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran:
• terhadap pembaharuan dan penambahbaikan dalam penyampaian perkhidmatan awam negeri yang dilaksanakan melalui ICT;
• terhadap peranan penjawat awam dalam penggunaan ICT seiring dengan tranformasi yang berlaku dalam sektor awam negeri; dan
• terhadap keperluan memanfaatkan keupayaan teknologi terkini secara optimum.
2) Sebagai platfom:
• untuk meningkatkan pengetahuan selari dengan perkembangan ICT global;
• untuk mendapatkan maklumbalas mengenai isu dan cabaran dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif ICT; dan
• untuk memperatkan jalinan hubungan (networking) di kalangan penjawat awam dalam pertemuan tahunan penjawat awam di peringkat wilayah.
Antara tetamu khas yang hadir ialah
TSKN(Pembangunan) Datuk Joseph Guntavid yang telah
merasmikan seminar tersebut, Tuan Hj. Ahmad Shah
Mohd. Talip, CIO Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
mewakili Pengarah JPAN dan Dr. Hj. Mingu Hj. Jumaan,
Pengarah JPKN.
Seminar dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan
Sabah Tanah AirKu. Seterusnya Bacaan Doa oleh
kakitangan JHEAINS dan ucapan alu-aluan oleh
Pengarah Program En. Ajman Bin Jumadai, KKSIT JPAN.
Acara dirasmikan dengan Ucapan Perasmian oleh Datuk
Joseph Guntavid. Antara topic-topik yang dibawa pada
hari tersebut ialah Pemantapan Peranan Penjawat
Awam Melalui ICT dibentangkan oleh Dr Hj Mingu
Jumaan, Pengarah JPKN, topic Inovasi Dalam Sistem
Penyampaian Perkhidmatan Awam oleh En. David
Augustine, Ketua BPS, JPKN, En. Ralih Karto @ Roslee,
Ketua Unit ICT, INSAN membentangkan Latihan ICT –
Pemantapan Penjawat Awam, isu Disposable E –
Waste Management dibawa oleh Pn. Cornelia Gregory
Han, Ketua BRN dan akhir sekali isu Keselamatan ICT
diberikan penekanan oleh Encik Daniel Ng Chai Chong,
Ketua BSK, JPKN
Seminar tamat pada sekitar jam 5 petang dengan para
peserta membawa pulang ‘Goodies Bag’ berisi ’Thumb
Drive’ . Adalah diharapkan seminar ini memberikan
manfaat kepada semua pihak yang terlibat dan memenuhi
objektif demi untuk memartabatkan perkhidmatan awam
negeri khususnya di Jabatan Ketua Menteri.
............sambungan mukasurat 23
15
Konvensyen KIK- Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif
Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Tahun 2013 telah diadakan
pada 10 Oktober 2013 bertempat di Mini Teater Tun Hamdan,
Yayasan Sabah. Acara dirasmikan oleh Pengarah Jabatan
Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
Konvensyen ini adalah anjuran Kerajaan Negeri Sabah dan
dilaksanakan oleh Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan
Negeri (Pentadbiran). KSIT-SKN telah terlibat sebagai
sebahagian AJK Pelaksana dalam memberikan bantuan ICT
yang diperlukan untuk menjayakan konvensyen tersebut.
Program ini disertai oleh 8 kumpulan dari 5 agensi kerajaan
negeri antaranya Kumpulan Powook dari Jabatan Perpustakaan
Negeri Sabah, Kumpulan B.A.H dari Jabatan Perkhidmatan
Awam Negeri, Kumpulan KIK Strategi dari Jabatan Pengairan
Dan Saliran, Daerah Kota Belud, Kumpulan TAGAL dari Ko-
Nelayan, Kumpulan M-16 dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan &
Perusahaan Ternak. Akhir sekali Jabatan Perkhidmatan
Komputer Negeri yang telah menghantar pasukan teramai
sebanyak 3 kumpulan iaitu Kumpulan KIK BPS, Kumpulan Maya
dan Kumpulan Krenomax.
Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Sabah
mempertandingkan 2 kategori iaitu Kategori Pengurusan dan
Kategori Teknikal. Kategori Pengurusan telah dijuarai oleh
Kumpulan Poowok, Kumpulan B.A.H di tempat kedua manakala
Kumpulan Krenomax JPKN di tempat ketiga. Bagi Kategori
Pengurusan, Kumpulan Poowok telah mewakili Sabah ke
Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Peringkat Kebangsaan
yang diadakan di Kuching Sarawak pada 30 November hingga 4
Disember 2013 manakala Kategori Teknikal telah diwakili oleh
Kumpulan M-16.
Kumpulan Krenomax JPKN
…………sambungan mukasurat 23
16
-
-
Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) adalah merujuk kepada sekumpulan kecil pekerja daripada unit kerja yang sama atau melintasi jabatan, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja dan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan pihak pengurusan serta melaksanakan keputusan tersebut setelah dipersetujui.
Berdasarkan Panduan KIK dari MAMPU, ianya didefinasikan sebagai kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktivit sesuatu organisasi. Idea-idea ini boleh menrangkumi apa-apa
perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.
DEFINISI INOVATIF
PENGENALAN
1. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada staf-staf yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan KIK membuat persembahan
2. Membuktikan dan memberi keyakinan kepada Perkhidmatan Awam bahawa KIK boleh dilaksanakan dalam sektor awam;
3. Meyakinkan bahawa KIK dapat membantu Pengurusan menyelesaikan masalah berkaitan kerja dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan; dan
4. Mendapatkan maklumbalas mengenai masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan KIK dalam sektor awam bagi tujuan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan program KIK.
5. Dalam proses mengenalpasti projek/masalah, kumpulan KIK adalah dinasihatkan supaya tidak membincangkan beberapa perkara berikut iaitu:
• Dasar Jabatan;
• Perjanjian Kesatuan;
• Perkara mengenai tindakan tatatertib;
• Hal-hal peribadi;
• Gaji dan elaun-elaun;
• Belanjawan jabatan;
• Syarat-syarat perkhidmatan;
• Pembahagian tugas;
• Dasar kenaikan pangkat dan;
• Perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan masalah kerja.
OBJEKTIF KIK
KIK merupakan mekanisme pengurusan yang berkesan untuk membina modal insan dalam Perkhidmatan
Awam yang berketerampilan tinggi bagi merealisasikan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi Kerajaan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Di samping itu, KIK juga mempunyai prinsip asas yang mengiktiraf pekerja sebagai sumber paling bernilai dalam organisasi dan menyediakan forum kepada mereka untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dan seterusnya melaksanakan tindakan yang diputuskan secara berpasukan.
17
Assalamualaikum wbth.
Terlebih dahulu syukur alhamdulillah diucapkan kerana
PERKIS JPKN telah diberi kepercayaan oleh staff JPKN
dan keluarga untuk mengurus Ibadah Qurban dan Aqiqah
saudara-saudari. Semoga AJK yang terlibat diberi
kekuatan untuk meneruskan aktiviti ini di masa-masa yang
mendatang demi mengimarahkan program ibadah qurban
yang telah di syariatkan kepada Umat Islam.
Program ini telah dijalankan pada 2 peringkat iaitu;
Penyembelihan Lembu dan aktiviti melapah dan
menimbang pada 18 Oktober 2013 di Pusat Teknologi
Daging, Kinarut dan Penyerahan Daging Qurban pada 19
Oktober 2013 di Surau Islah Kg. Lobou, Menggatal.
Program pada 18 Oktober 2013 (Hari Tasyrik yang ke-3)
telah bermula pada jam 7.30 pagi, berkumpul di rumah Kak
Asmah Din Kassim untuk bersarapan pagi sambil
silaturrahim dan menyusun strategi bersama Pengerusi
Saudara Sariwan Jamanih. Selesai bersarapan pagi kami
bergerak ke Pusat Teknologi Daging, Kinarut untuk proses
penyembelihan daging Qurban. Pada tahun ini sebanyak 4
ekor lembu telah dikorbankan yang melibatkan 25 bahagian
untuk Ibadah Qurban staff atau keluarga dan 3 bahagian
lagi untuk aqiqah anak staff JPKN yang terdiri daripada
kakitangan di Kota Kinabalu, Tawau, Keningau dan
Sandakan. (Nama saya tak laporkan untuk menjamin
keikhlasan ibadah kepada Allah s.w.t semata-mata) laporan
terperinci dengan Bendahari PERKIS JPKN.
Selesai penyembelihan, melapah dan menimbang, daging
lembu telah dihantar ke pusat pendinginan swasta di
Kinarut untuk penyimpanan. ....sambungan mukasurat 24
18
Kursus The Making of Great Leader pada 22 - 23 Mei 2013 bertempat di
Hotel Park Royal, Kuala Lumpur
Menghadiri Kursus Pengenalan Pertolongan Cemas Dan CPR pada 11 June 2013 bertempat di Bilik Persidangan Setiausaha Kerajaan Negeri, Wisma Innoprise.
19
Persidangan CIO Agensi Kerajaan Negeri Sabah 2013 & Mesyuarat Ketua-Ketua Pegawai Maklumat (CIO) ke 24 ( 2 - 3 Jul 2013 ) – Grand Ballroom, Sabah Hotel, Sandakan.
Mesyuarat KSIT-SKN bil 1/2013 bertempat di Bilik Persidangan, Tkt 1, Wisma Innoprise.
20
Bertugas semasa Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri Tahun 2013/ 1434 Masihi Kepada Pasukan Keselamatan
( 25 Julai 2013 ) bertempat di Auditorium Tun Ahmad Raffae.
Latihan SISPHANS kepada Pegawai Aset JKM diadakan pada 20 Ogos 2013 bertempat di Makmal Latihan, INSAN
21
Seminar ICT Peringkat Negeri Sabah 2013 pada 10 Sep 203
bertempat di Dewan Resital, Sekolah Pengajian Seni, UMS
22
Konvensyen Juruteknik Komputer Sektor Awam Negeri diadakan pada
18 September 2013 bertempat di Palace Hotel, Kota Kinabalu
23
Seminar ICT Jabatan Ketua Menteri 2013 Sektor Awam Negeri pada 3 Oktober 2013
bertempat di Shangri-La Tanjung Aru Resort.
24
Konvensyen KIK Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Tahun 2013 10 Oktober 2013
Mini Teater Tun Hamdan, Yayasan Sabah.
para panel juri
perserta pemenang
AJK program
25
Program Ibadah Qurban & Dakwah 18 Oktober 2013 - Penyembelihan Lembu dan aktiviti melapah dan menimbang di Pusat Teknologi Daging, Kinarut
19 Oktober 2013 - Penyerahan Daging Qurban pada di Surau Islah Kg. Lobou, Menggatal.
26
Bengkel JPKN 2013 ( 24 - 26 Oktober 2013 ) – Hotel Taha D Bayu, Tabung Haji, Kota Kinabalu.
27
Bertugas semasa Program Kesedaran Pengguna (Penjawat Awam); Kepentingan Menjaga Kesihatan Ke Arah Bersama Menerajui Kecemerlangan Perkhidmatan Awam pada 26 November 2013 bertempat di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Yayasan Sabah
28
Kursus PHP 101 anjuran JPKN kepada kakitangan jabatan telah diadakan pada 9-11
Disember 2013 bertempat di Maklmal ICT INSAN, Tingkat 1, Blok A, Wims MUIS
29
Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan
terima kasih kepada semua yang terlibat
samada secara langsung dan tidak
langsung dalam usaha menerbitkan
majalah KSIT-SKN 2013 ini.
Sekalung Penghargaan
top related