stpm pa pbs 2014
Post on 22-Jul-2016
92 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
TYPE YOUR IC HERE
1.0 Abstrak
PANDANGAN PENDUDUK SETEMPAT TERHADAP PENCEMARAN
AIR DI SUNGAI GOMBAK, GOMBAK, KUALA LUMPUR
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui pandangan penduduk setempat terhadap
pencemaran air di Sungai Gombak, Gombak, Kuala Lumpur. Kajian ini mengandungi
dua objektif kajian. Objektif pertama adalah untuk mengenal pasti faktor pencemaran
air di Sungai Gombak dan objektif kedua adalah untuk mengkaji kesan negatif
pencemaran air di sungai kepada penduduk setempat. Beberapa metadologi seperti
kaedah pemerhatian, kaedah rujukan dan kaedah soal selidik telah dilaksanakan untuk
menghasilkan kajian ini. Seramai 50 orang yang tinggal berhampiran dengan Sungai
Gombak telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Kebanyakan daripada
responden saya adalah berumur 31 hingga 50 tahun dan 27 orang responden ialah
perempuan. Majoriti daripada mereka adalah berbangsa Cina dan pekerjaannya adalah
sebagai suri rumah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa peyelengaraan yang tidak
sistematik merupakan punca utama yang mendorong kepada pencemaran air dan
kesan negatif yang paling ketara ialah bau busuk. Analisis lanjutan bagi hasil kajian
saya turut dibincangkan dengan disertakan rajah, jadual dan gambar.
1
TYPE YOUR IC HERE
2.0 Kandungan
BIL TOPIK MUKA SURAT
1. Abstrak 1
2. Kandungan 2
3. Penghargaan 3
4. Pengenalan 4 - 6
5. Objektif Kajian 7
6. Lokasi Kajian 8 - 9
7. Kaedah Kajian 10
8. Dapatan Kajian dan Perbincangan 11 - 30
9. Rumusan 31
10. Rujukan 32
11. Lampiran 33 - 37
3.0 Penghargaan
2
TYPE YOUR IC HERE
Hasil kajian kerja kursus Pengajian Am ini adalah atas komitmen daripada
bantuan pelbagai pihak. Oleh itu, saya dapat menyiapkan kerja kursus saya dengan
lancar. Penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada puan pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan XX, Puan XXX yang telah mengizinkan saya untuk
menjalankan kerja kursus ini.
Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada Puan XXX
selaku guru Pengajian Am saya kerana beliau telah banyak memberi bimbingan,
dorongan, tunjuk ajar serta bantuan kepada saya untuk menjayakan kajian ini.
Begitu juga, saya ingin menyampaikan ribuan terima kasih kepada bapa saya,
XXX dan ibu saya, XXX serta semua ahli keluarga saya yang telah memberi banyak
dorongan dan sokongan moral kepada saya ketika saya menjalankan kajian ini. Selain
itu, mereka juga memberi bantuan dari segi material dan kewangan kepada saya
selama ini.
Seterusnya, terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan oleh semua
rakan seperjuangan yang sudi membincang, memberi pandangan serta sokongan
kepada saya untuk menghasilkan kajian ini. Begitu juga,saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada responden-responden iaitu penduduk setempat yang berhampiran
dengan Sungai Gombak kerana sudi memberi kerjasama dengan menjawab borang
soal selidik yang disediakan.
Akhir sekali, penghargaan juga ditunjukkan kepada semua yang terlibat secara
langsung mahupun tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan
idea dalam menjalankan penyelidikan ini.
4.0 Pengenalan
3
TYPE YOUR IC HERE
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia sedang mengalami
proses pembangunan yang pesat. Taraf hidup rakyat Malaysia telah ditingkatkan
dengan pembangunan pesat sektor ekonomi dan perindustrian serta kestabilan politik
dan sosial. Namun begitu, beberapa masalah sampingan telah timbul dan itu telah
memudaratkan kehidupan masyarakat. Pada penghujuang abad ke-20 ini, banyak
laporan daripada pihak-pihak berkenaan telah menunjukkan betapa keadaan alam
sekitar di seluruh dunia semakin parah tercemar. Krisis tersebut telah memberi
implikasi langsung yang negatif terhadap seluruh komponen mikro serta makro alam
sekitar sama ada di negara membangun atau di negara maju. Secara ironinya, masalah
pencemaran di Malaysia bukanlah suatu perkara yang baru, malah berlakunya
pencemaran telah menyebabkan pelbagai masalah lain terutamanya masalah kesihatan
dan ancaman terhadap manusia dan alam sekitar.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, halaman 260, pencemaran adalah
suatu perbuatan yang mencemarkan atau mengotorkan kebersihan alam sekeliling
dengan sampah sarap. Pencemaran terbahagi kepada dua jenis iaitu pencemaran yang
disebabkan oleh faktor semula jadi dan pencemaran yang disebabkan oleh faktor
manusia. Pencemaran-pencemaran yang disebabkan oleh faktor semula jadi adalah
pencemaran yang berlaku dengan sendirinya seperti gempa bumi atau letusan gunung
berapi. Pencemaran-pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah
pencemaran yang dilakukan oleh manusia seperti pencemaran air, pencemaran bunyi,
pencemaran udara, pencemaran tanah, pencemaran haba dan pencemaran sinaran.
Pencemaran air merupakan masalah yang sangat serius di Malaysia. Pencemaran
air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna
sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan negatif terhadap manusia apabila
digunakan. Pencemaran air bukan hanya berlaku di sungai, tetapi juga di tasik dan
laut. Punca pencemaran air terjadi apabila sumber air dicemari oleh bahan buangan
seperti ammonia, sianida dan sisa-sisa asid. Bahan buangan tersebut telah
menyebabkan keracunan kepada hidupan sungai dan laut. Begitu juga, aktiviti
perkilangan seperti pembuangan sisa toksik organik dan tidak organik ke dalam laut,
tasik dan sungai juga telah menyebabkan pencemaran air.
Pencemaran bunyi adalah keadaan di mana sesuatu bunyi itu tidak disukai kerana
memberi ketidakselesaan terhadap pendengaran. Pencemaran bunyi biasanya melebihi
4
TYPE YOUR IC HERE
80 desibel. Punca pertama yang memyebabkan pencemaran bunyi adalah daripada
bunyi kenderaan bermotor. Peningkatan penggunaan kenderaan di jalan raya telah
membawa kepada pencemaran bunyi. Fenomena ini dapat ditunjukkan dengan
jelasnya dengan bunyi bising kenderaan 24 jam seperti di Jalan Loke Yew, Kuala
Lumpur dan lebuhraya–lebuhraya di Malaysia. Selain itu, bunyi bising dari kilang dan
kuari juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran bunyi. Penggunaan mesin
yang besar seperti gerudi, proses pemecahan batu dan aktiviti pembuatan di kawasan
industri turut menjadi punca pencemaran ini.
Pencemaran udara merupakan pengotoran udara dengan bahan cemar pada
kepekatan yang dapat menganggu kebolehan penyerakan udara secara normal. Punca
yang mendorong kepada pencemaran udara adalah asap daripada aktiviti perindustrian
dan pembangunan. Industri sering melepaskan pencemar yang mengandungi pelbagai
kompaun yang berasaskan nitrogen dan sulfur, mana gas-gas ini akan menjejaskan
kesihatan manusia dengan menganggu system pernapasan manusia. Aktiviti
pembakaran sampah secara terbuka dan asap yang dikeluarkan oleh kenderan
bermotor juga telah menyebabkan pencemaran udara. Karbon monosida dan carbon
dioksida merupakan gas utama yang menyumbangkan kepada pencemaran udara dan
gas-gas tersebut boleh mengakibatkan berlakunya rumah hijau dan perubahan iklim
seluruh dunia.
Pencemaran tanah adalah kerusakan lapisan tipis bumi yang bermanfaat untuk
menumbuhkan tanaman sebagai sumber bahan makanan. Pencemaran tanah
diakibatkan oleh tumpahan minyak dan sisa kimia. Tumpahan minyak dan sisa kimia
tersebut telah menukarkan pH tanah dan itu turut menyebabkan tanah menjadi tidak
sesuai untuk tumbuhan hidup. Sebagai contoh, tumpahan minyak di kawasan padang
telah menyebabkan rumput tidak boleh hidup. Selain itu, hakisan tanah diakibatkan
oleh aktiviti pengongolan bukit juga merupakan antara sejenis pencemaran tanah.
Aktiviti pembersihan dan pembajakan serum bukit menyebabkan tiada tumbuhan
yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama dengan air apabila hujan lebat.
Pencemaran haba merupakan pencemaran yang diakibatkan oleh peningkatan
suhu terutamanya dalam proses-proses industri. Pencemaran terma akan mengubah
suhu air dan udara, yang seterusnya akan memberi kesan negatif terhadap organisma
akuatik. Sebagai contoh, haba yang dibebaskan dari janakuasa akan memanaskan air
5
TYPE YOUR IC HERE
sungai secara tidak langsung. Ini telah menyebabkan pertumbuhan bakteria dan
mengurangkan jumlah oksigen di dalam air. Fenomena ini akan menyebal ikan-ikan
di dalam sungai mati sebagai implikasinya.
Pencemaran sinaran berlaku apabila aktiviti pembakaran terbuka dijalankan.
Pembakaran terbuka menyebabkan sinaran terjejas akibat jerebu, jarak penglihatan
rendah dan fotosintesis kurang berkesan. Pembinaan bangunan yang tinggi juga boleh
menyebabkan cahaya tidak dapat sampai ke tanah dan ini menyebabkan permasalahan
bagi tumbuh-tumbuhan untuk melakukan proses fotosintesis. Radioaktif juga
menyumbang kepada berlakunya pencemaran sinaran.
Kesimpulannya, berlakunya pencemaran telah membawa ketidakselesaan kepada
masyarakat. Pencemaran bukan sahaja menjejaskan kesihatan manusia, malah juga
telah menyebabkan manusia tidak dapat menjalakan aktiviti seharian seperti biasa.
Malangnya, keadaan pencemaran di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur semakin
serius dari masa ke masa. Oleh itu, pihak berkenaan dan masyarakat haruslah
berganding bahu untuk menangani masalah pencemaran bukan sahaja di Kuala
Lumpur malah di seluruh Malaysia demi kesihatan masyarakat dan keselesaan hidup.
5.0 Objektif Kajian
6
TYPE YOUR IC HERE
Saya telah menjalankan Kerja Kursus Pengajian Am dan saya telah memilih
Ekologi: Persekitaran sebagai tema kajian saya. Tajuk kajian saya ialah
pandangan penduduk setempat terhadap pencemaran air di Sungai Gombak,
Gombak, Kuala Lumpur.
Objektif kajian adalah untuk:
1) Mengenal pasti faktor pencemaran air di Sungai Gombak, Kuala Lumpur.
2) Mengkaji kesan negatif pencemaran air di Sungai Gombak kepada penduduk
setempat.
6.0 Lokasi Kajian
7
TYPE YOUR IC HERE
Lokasi kajian merupakan elemen yang penting dalam melaksanakan kajian ini.
Kajian ini telah memberi tumpuan di Sungai Gombak, Gombak, Kuala Lumpur.
Gombak merupakan salah satu daerah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
bersempadanan dengan Daerah Hulu Selangor di sebelah Utara. Keluasan Daerah
Gombak merangkumi 65,008 hektar. Sungai Gombak merupakan sebatang sungai
yang mengalir melalui Selangor dan Kuala Lumpur di Malaysia. Sungai Gombak
merupakan anak Sungai Kelang, mana bertemu dengan Sungai Kelang di Kuala
Lumpur.
Peta 1, peta 2 dan gambar 1 menunjukkan lokasi kajian saya di Sungai
Gombak.
Peta 1: Peta Daerah Gombak
Sumber: Laman Web Google, www.google.com
8
TYPE YOUR IC HERE
Peta 2: Peta kawasan Sungai Gombak di Gombak
Sumber: Laman Web Google, www.google.com
Gambar 1: Lokasi kajian di Sungai Gombak
9
TYPE YOUR IC HERE
Sumber: Kajian lapangan 2014
7.0 Kaedah Kajian
Selepas memilih tajuk kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk
mendapatkan maklumat yang tepat dan benar. Berikut adalah kaedah kajian yang
telah saya laksanakan.
7.1 Kaedah Soal Selidik
Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada 50 orang responden yang
tinggal berdekatan dengan Sungai Gombak. Tujuannya adalah untuk melihat dan
memudahkan saya untuk mengkaji data yang diberikan sama ada positif atau
sebaliknya. Semua responden ini telah dipilih secara random tanpa kira umur, jantina,
bangsa dan pekerjaannya. Tiada masalah yang dialami sepanjang saya menjalankan
sesi soal selidik ini. Semua responden telah memberi kerjasama yang amat baik
kepada saya semasa saya melaksanakan kajian ini.
7.2 Kaedah Pemerhatian
Melalui kaedah pemerhatian, saya telah memerhati situasi di lokasi kajian
dengan teliti dan menggunakan kamera untuk mengambil gambar sebagai bukti
menunjukkan keadaan pencemaran air di Sungai Gombak, Gombak, Kuala Lumpur.
Kaedah ini juga digunakan untuk menganalisis kesan-kesan negatif yang dihadapi
oleh penduduk setempat akibat daripada pencemaran air di Sungai Gombak.
Pemerhatian di kawasan kajian saya telah dijalankan selama sehari pada 17/2/2014
yang lalu.
7.3 Kaedah Rujukan
Bagi melengkapkan lagi kajian saya, saya telah membuat rujukan dengan
menggunakan internet dan banyak informasi yang telah saya dapat daripada internet.
Selain itu, saya juga mendapatkan maklumat tentang pencemaran daripada karja
penulis dan suratkhabar yang terdapat di perpustakaan. Di samping itu, Kamus Dewan
Edisi Keempat dengan halaman 260, juga digunakan untuk mencari definisi perkataan
yang sering saya gunakan dalam kajian ini. Begitu juga, saya telah menggunakan
Nota Pembelajaran Pengajian Am STPM Penggal 2 sebagai rujukan untuk membantu
saya menyempurnakan kajian ini dalam waktu yang telah ditetapkan oleh cikgu.
10
TYPE YOUR IC HERE
8.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan
Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan
kajian yang dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh responden-
responden. Rasional kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor pencemaran air di
Sungai Gombak, Gombak, Kuala Lumpur dan mengkaji kesan negatif pencemaran air
kepada penduduk setempat.
8.1 Demografi Responden
Seramai 50 orang responden iaitu penduduk setempat yang tinggal
berhampiran dengan Sungai Gombak telah menjalankan proses soal selidik. Huraian
analisis latar belakang responden melibatkan umur, jantina, bangsa dan pekerjaannya.
` 8.1.1 Umur
UMUR BILANGAN ORANG PERATUSAN (%)
Bawah 18 tahun 5 10
18 hingga 30 tahun 11 22
31 hingga 50 tahun 22 44
51 hingga 70 tahun 9 18
71 tahun dan ke atas 3 6
Jumlah 50 100
Jadual 1: Taburan responden berdasarkan peratusan umur
Sumber: Kajian lapangan 2014
11
TYPE YOUR IC HERE
10%
22%
44%
18%
6%
Lingkungan Umur
< 18 tahun18 - 30 tahun31 -50 tahun51 - 70 tahun> 70 tahun
Petunjuk:
Rajah 1: Rajah ini menunjukkan lingkungan umur bagi 50 orang responden
Sumber: Kajian lapangan 2014
Berdasarkan jadual 1 dan rajah 1, lingkungan umur bagi 50 orang responden terbahagi
kepada lima kategori. Terdapat 5 orang responden bersamaan dengan 10% berada
dalam lingkungan umur bawah 18 tahun dan seramai 11 orang responden atau 22%
berada dalam lingkungan umur 18 hingga 30 tahu. Manakala bagi lingkungan umur
31 hingga 50 tahun pula, kategori ini mempunyai bilangan responden yang paling
banyak, iaitu 22 orang responden bersamaan dengan 44% daripada 50 orang
responden. Seramai 9 orang bersamaan dengan 18% berada dalam lingkungan umur
51 hingga 70 tahun dan yang selebihnya 3 orang responden dengan kadar peratusan
6% adalah 71 tahun dan ke atas.
12
TYPE YOUR IC HERE
8.1.2 Jantina
JANTINA BILANGAN ORANG PERATUSAN (%)
Lelaki 23 46
Perempuan 27 54
Jumlah 50 100
Jadual 2: Taburan responden berdasarkan peratusan jantina
Sumber: Kajian lapangan 2014
Rajah 2: Rajah ini menunjukkan jenis jantina bagi 50 orang responden
Sumber: Kajian lapangan 2014
Berdasarkan jadual 2 dan rajah 2, saya mendapati bahawa golongan perempuan telah
menunjukkan bilangan yang paling banyak pergi ke Sungai Gombak. Golongan
perempuan mencatatkan bilangan sebanyak 27 orang dengan kadar peratusan 54%
manakala golongan lelaki pula mencatatkan sebanyak 23 orang dengan kadar
peratusan 46%.
13
Lelaki Perempuan21
22
23
24
25
26
27
28
46%
54%
Jantina
Jantina
Bila
ngan
pen
dudu
k
Petunjuk:
TYPE YOUR IC HERE
8.1.3 Bangsa
BANGSA BILANGAN ORANG PERATUSAN (%)
Melayu 16 32
Cina 18 36
India 13 26
Lain-lain 3 6
Jumlah 50 100
Jadual 3: Taburan responden berdasarkan peratusan bangsa
Sumber: Kajian lapangan 2014
32%
36%
26%
6%
Bangsa
MelayuCinaIndiaLain-lain
Petunjuk:
Rajah 3: Rajah ini menunjukkan jenis bangsa bagi 50 orang responden
Sumber: Kajian lapangan 2014
Berdasarkan jadual 3 dan rajah 3, responden yang berbangsa Cina merupakan
responden dominan dengan mencatatkan bilangan 18 orang atau 36% daripada 50
orang responden. Responden yang berbangsa Melayu mencatatkan seramai 16 orang
bersamaan dengan 32%, dan responden yang berbangsa India pula mencatatkan
seramai 13 orang bersamaan dengan 26%. Responden yang berbangsa lain-lain telah
mencatatkan bilangan sebanyak 3 orang dengan kadar peratusan 6%.
14
TYPE YOUR IC HERE
8.1.4 Pekerjaan
PEKERJAAN BILANGAN ORANG PERATUSAN (%)
Penjawat awam 11 22
Pekerja swasta 12 24
Suri rumah 16 32
Pelajar 5 10
Lain-lain 6 12
Jumlah 50 100
Jadual 4: Taburan responden berdasarkan peratusan pekerjaan
Sumber: Kajian lapangan 2014
Penjawat awam
Pekerja swasta
Suri Rumah Pelajar Lain-lain02468
1012141618
22%24%
32%
10%12%
Pekerjaan
Pekerjaan
Bila
ngan
pen
dudu
k
Petunjuk:
Rajah 4: Rajah ini menunjukkan pekerjaan bagi 50 orang responden.
Sumber: Kajian lapangan 2014
Berdasarkan jadual 4 dan rajah 4, terdapat 11 orang responden bersamaan dengan
22% ialah penjawat awam dan 12 orang responden bersamaan dengan 24% ialah
pekerja swasta. Suri rumah pula mencatat bilangan responden yang paling banyak,
iaitu seramai 16 orang atau 32%. Pelajar telah mencatat sebanyak 5 orang dengan
kadar peratusan 10% dan yang lain-lain pula mencatat sebanyak 6 orang dengan kadar
peratusan 12%.
15
TYPE YOUR IC HERE
Bil
Skala
Punca
Sangat
setuju
Setuju Kurang
setuju
Tidak
setuju
Tidak
berkenaan
Bil (%) Bil (%) Bil (%) Bil (%) Bil (%)
1. Sikap penduduk
setempat yang suka
membuang sampah
25 50 17 34 6 12 2 4 - -
2. Sikap golongan
masyarakat yang
tidak prihatin
14 28 21 42 8 16 4 8 3 6
3. Kelonggaran
penguatkuasaan
undang-undang
terhadap pesalah
yang membuang
sampah di sungai
11 22 25 50 10 20 3 6 1 2
4. Penyelenggaraan
yang tidak
sistematik
27 54 16 32 4 8 1 2 2 4
5. Masyarakat kurang
ilmu pengetahuan
tentang kepentingan
mengekalkan
kebersihan sungai
17 34 22 44 7 14 2 4 2 4
Jadual 5: Punca-punca yang menyebabkan pencemaran air di Sungai Gombak,
Gombak, Kuala Lumpur.
Sumber: Kajian lapangan 2014
Rajah 5: Punca pencemaran air di Sungai Gombak.
Sumber: Kajian lapangan 2014
Berdasarkan rajah 5, terdapat 25 orang responden atau 50% sangat setuju dan
17 orang responden bersamaan dengan 34% setuju bahawa membuang sampah
16
0
5
10
15
20
25
30Sikap penduduk yang suka membuang sampah
Sangat setuju
Setuju
Kurang setuju
Tidak setuju
Tidak berkenaanBila
ngan
pen
dudu
k
Petunjuk:
TYPE YOUR IC HERE
merupakan punca pencemaran air di Sungai Gombak. 6 orang responden bersamaan
dengan 12% kurang setuju ke atas punca ini. Hanya 2 orang responden dengan kadar
peratusan 4% tidak setuju dan tidak ada responden yang menyatakan membuang
sampah adalah tidak berkenaan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, halaman 260, pencemaran
adalah suatu perbuatan yang mencemarkan atau mengotorkan kebersihan alam
sekeliling dengan sampah sarap. Lokasi berair sering disalah anggap sebagai tempat
pembuang sampah terutamanya di kawasan perumahan. Penduduk yang tinggal
berhampiran dengan Sungai Gombak sering membuangkan sampah yang tidak mesra
alam seperti minyak, tin-tin minuman atau beg plastik ke dalam sungai tersebut.
Sampah tersebut bukan sahaja tidak dipedulikan, malah semakin banyak penduduk
setempat membuang sampah ke sungai tersebut dari masa ke masa tanpa menyedari
kesan negatif yang akan dibawanya.
Secara ironinya, najis manusia dan najis binatang ternakan seperti ayam, itik
dan lembu juga dibuang ke dalam Sungai Gombak selain daripada tin-tin minuman
dan beg plastik. Pembuangan najis ke Sungai Gombak telah menyebabkan sungai
tersebut berbau busuk dan warna airnya berubah. Ini telah menyebabkan perubahan
kandungan, warna, keadaan dan kualiti air di Sungai Gombak sehingga tidak sesuai
untuk digunakan.
17
TYPE YOUR IC HERE
Rajah 6: Punca pencemaran air di Sungai Gombak
Sumber: Kajian lapangan 2014
Berdasarkan rajah 6, terdapat 14 orang responden bersamaan dengan 28%
sangat setuju dan 21 orang responden bersamaan dengan 42% setuju bahawa sikap
masyarakat yang tidak prihatin merupakan akar umbi pencemaran air di Sungai
Gombak. 8 orang responden bersamaan dengan 16% kurang setuju dan 4 orang
responden bersamaan dengan 8% tidak setuju sikap prihatin telah menyebabkan
pencemaran air di Sungai Gombak. 3 orang responden bersamaan dengan 6%
menyatakan tidak prihatin tidak ada berkenaan dengan pencemaran air di sungai
tersebut.
Penduduk yang tidak mempunyai sikap penyayang dan mementingkan diri itu
tidak mengambil tahu akan kesan negatif yang dibawa akibat daripada perbuatannya
yang membuang sampah ke dalam Sungai Gombak. Sikap mereka yang mengambil
mudah terhadap alam sekitar mendorong mereka membuang bahan-bahan buangan
seperti sampah, minyak, tin-tin minuman dan beg plastik ke sungai. Begitu juga,
terdapat sesetengah penduduk setempat yang tidak bertanggungjawab membuang
najis haiwan dan sisa makanan ternakan mereka ke sungai. Perbuatan mereka yang
18
0
5
10
15
20
25
Sikap masyarakat yang tidak prihatin
Sangat setujuSetujuKurang setujuTidak setujuTidak berkenaan
Bila
ngan
pen
dudu
k
Petuntjuk:
TYPE YOUR IC HERE
tidak prihatin ini telah menyebabkan pengaliran Sungai Gombak disekat oleh bahan
sukar lupus, air menjadi kotor dan hidupan di dalamnya mati. Selain itu, sikap
penduduk yang hanya bergantung kepada pihak berkuasa untuk membersihkan
kawasan mereka juga menyebabkan kebersihan dan pencemaran air di Sungai
Gombak semakin merosot.
Selain daripada sikap penduduk setempat yang tidak prihatin, sikap kontraktor
yang tidak prihatin juga mendorong kepada pencemaran air di sungai tersebut.
Menurut berita Utusan Melaysia pada 12 Ogos 2009, Sungai Gombak telah
mengalami pencemaran air yang serius diakibatkan daripada kerja-kerja mengorek
pasir di tebing sungai berkenaan. Kerja-kerja mencuci pasir tanpa kebenaran di tebing
Sungai Gombak telah menjadi punca Sungai Gombak terhakis, airnya tercemar
manakala aliran airnya menjadi semakin perlahan.
19
TYPE YOUR IC HERE
Rajah 7: Punca pencemaran air di Sungai Gombak
Sumber: Kajian lapangan 2014
Berdasarkan rajah 7, terdapat 11 orang responden bersamaan dengan 22%
sangat setuju dan 25 orang responden bersamaan dengan 50% setuju bahawa
kelonggaran undang-undang terhadap pesalah yang mencemarkan sungai adalah
faktor pencemaran air di Sungai Gombak. 10 orang responden bersamaan dengan
20% kurang setuju dan 3 orang responden bersamaan dengan 6% tidak setuju
kelonggaran undang-undang telah menyebabkan pencemaran air di sungai tersebut.
Hanya 1 orang responden bersamaan dengan 2% yang menyatakan ini tidak
berkenaan dengan masalah pencemaran air di Sungai Gombak.
Menurut kepada pemerhatian saya di Sungai Gombak, segelintir pihak yang
membuang sampah ke Sungai Gombak telah ditegur atas perbuatannya yang salah.
Walaubagaimanapun, pesalah langsung tidak ambil kisah terhadap perbuatan mereka
yang salah itu kerana mereka mengetahui tiada hukuman atau dendaan yang akan
dikenakan kepada mereka.
Kelalaian Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menyebabkan pencemaran air di
Sungai Gombak semakin serius dari masa ke masa. JAS tidak mengambil berat
terhadap pesalah yang mencemarkan sungai dan tidak memberi maklumbalas positif
kepada penduduk setempat apabila aduan telah dibuatnya. Amaran tidak diberi
kepada pesalah dan hukuman serta dendaan yang setimpal juga tidak dikenakan
20
0
5
10
15
20
25
30
Kelonggaran penguatkuasaan undang-undang terhadap pesalah
Sangat setujuSetujuKurang setujuTidak setujuTidak berkenaan
Bila
ngan
pen
dudu
k Petunjuk:
TYPE YOUR IC HERE
kepada pesalah. Ini telah menyebabkan pesalah tidak berasa bersalah atas perbuatan
mereka.
Rajah 8: Punca pencemaran air di Sungai Gombak
Sumber: Kajian lapangan 2014
Berdasarkan rajah 8, terdapat 27 orang responden bersamaan dengan 54%
sangat setuju dan 16 orang responden bersamaan dengan 32% setuju bahawa
penyelenggaraan yang tidak sistematik telah menyebabkan pencemaran air. 4 orang
responden bersamaan dengan 8% kurang setuju dan 1 orang responden dengan kadar
peratusan 2% tidak setuju terhadap punca ini. Hanya 2 orang responden bersamaan
dengan 4% yang menyatakan punca ini tidak berkenaan dengan masalah pencemaran
air di sungai tersebut.
Secara umum, pihak berkuasa tempatan (PBT) merupakan pihak yang
bertanggungjawab bagi pembinaan dan penyelenggaraan sistem saliran tempatan
manakala Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bertanggungjawab bagi sungai-sungai
yang mungkin mengalir di dalam dan di luar kawasan pihak berkuasa tempatan.
Kelalaian pihak berkuasa tempatan telah menyebabkan Sungai Gombak kurang
dengan penyelengaraan yang sistematik, menyebabkan pencemaran air di sungai
tersebut semakin serius dari masa ke masa.
Penyelenggaraan Sungai Gombak hanya dilakukan beberapa kali setahun, dan
bilangan penyelengaraan yang sedikit ini tidak dapat membantu penduduk setempat
untuk menangani pencemaran air di Sungai Gombak. Pengumpulan sampah di Sungai
Gombak telah menimbulkan banyak kesan negatif kepada penduduk tempatan, seperti
bau busuk, tidak dapat memancing akibat kehidupan akuatik terjejas, menjejaskan
21
0
5
10
15
20
25
30Penyelenggaraan yang tidak sistematik
Sangat setujuSetujuKurang setujuTidak setujuTidak berkenaan
Bila
ngan
pen
dudu
k Petunjuk:
TYPE YOUR IC HERE
kesihatan pengguna air Sungai Gombak dan penduduk tidak dapat menggunakan
sumber air di sungai tersebut untuk menjalankan aktiviti seharian.
Rajah 9: Punca pencemaran air di Sungai Gombak
Sumber: Kajian lapangan 2014
Berdasarkan rajah 9, terdapat 17 orang responden bersamaan dengan 34%
sangat setuju bahawa masyarakat yang kurang ilmu pengetahuan tentang kepentingan
untuk mengekalkan kebersihan sungai merupakan punca pencemaran air di Sungai
Gombak. 22 orang responden dengan kadar peratusan 44% setuju dengan pernyataan
ini. Terdapat 7 orang responden atau 14% memilih kategori kurang setuju dan 2 orang
responden bersamaan dengan 4% memilih kategori tidak setuju untuk pernyataan ini.
Hanya 2 orang responden atau 4% menyatakan punca ini adalah tidak berkenaan.
Tidak boleh dinafikan ilmu pengetahuan adalah sangat penting kepada
seseorang pada zaman ini. Terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempunyai
pendidikan yang sempurna sejak kecil telah menyebabkan mereka kurang ilmu
pengetahuan yang penting. Mereka tidak mengetahui kesan negatif yang akan
dibawanya akibat perbuatan mereka yang mencemarkan air di sungai.
Sebagai contoh, seorang suri rumah tangga yang tidak mempunyai pendidikan
yang sempurna membuang sampah dan menumpah sisa-sisa makanan ke dalam
sungai. Suri rumah tangga tersebut tidak mengetahui bahawa perbuatannya akan
menyebabkan bau busuk dan akan menjejaskan kehidupan akuatik di sungai tersebut
sehingga dia diberitahui kesan negatif ke atas perbuatannya. Peristiwa ini telah jelas
22
0
5
10
15
20
25Masyarakat kurang ilmu pengetahuan
Sangat setujuSetujuKurang setujuTidak setujuTidak berkenaan
Bila
ngan
pen
dudu
k Petunjuk:
TYPE YOUR IC HERE
menunjukkan kekurangan ilmu pengetahuan yang penting akan menyebabkan
pencemaran air di sungai.
Bil Skala
Kesan
Sangat
setuju
Setuju Kurang
setuju
Tidak
setuju
Tidak
berkenaan
Bil (%) Bi
l
(%) Bil (%) Bil (%) Bil (%)
1. Bau busuk
12 24 23 46 10 20 1 2 4 8
2. Membataskan
aktiviti rekreasi
penduduk setempat
11 22 19 38 9 18 8 16 3 6
3. Penduduk setempat
tidak dapat
menggunakan air di
sungai untuk
menjalankan
aktiviti seharian
16 32 12 24 11 22 4 8 7 14
4. Menjejaskan
kesihatan penduduk
setempat
9 18 23 46 8 16 4 8 6 12
5. Memberi kesan
kepada kehidupan
akuatik
17 34 15 30 8 16 6 12 4 8
Jadual 6: Kesan-kesan negatif pencemaran air di Sungai Gombak kepada penduduk
setempat
Sumber: Kajian lapangan 2014
23
TYPE YOUR IC HERE
Rajah 10: Kesan negatif akibat pencemaran air di Sungai Gombak.
Sumber: Kajian lapangan 2014
Berdasarkan rajah 10, 12 orang responden bersamaan dengan 24% sangat
setuju dan 23 orang responden bersamaan dengan 46% setuju bahawa pencemaran air
di Sungai Gombak telah memyebabkan bau busuk yang mendatangkan ketidaselesaan
kepada penduduk di kawasan yang berdekatan dengan sungai tersebut. 10 orang
responden bersamaan dengan 20% kurang setuju dan 1 orang responden dengan kadar
peratusan 2% tidak setuju dengan kesan negatif ini. Hanya 4 orang responden
bersamaan dengan 8% menyatakan bau busuk tidak berkenaan dengan kesan negatif
yang dibawanya.
Dari segi kesejahteraan penduduk dan kemerosotan kualiti hidup, bau busuk
merupakan impak yang terbesar diakibatkan daripada pencemaran air dan jelas dirasai
oleh penduduk yang tinggal berhampiran dengan Sungai Gombak. Pembuangan
sampah yang sukar untuk dilupus akan terkumpul di sungai, menyebabkan air sungai
yang tercemar itu menjejaskan ekosistem akuatik serta memusnahkan pelbagai spesis.
Kualiti air sungai tercemar biasanya diukur melalui nilai Biological Oxygen Demand
(BOD). Paras BOD yang tinggi di Sungai Gombak menggambarkan air sungai
berkenaan kotor dan tercemar serta memberi bau yang busuk.
24
24%
46%
20%
2% 8%
Bau busuk
Sangat setujuSetujuKurang setujuTidak setujuTidak berkenaan
Petunjuk:
TYPE YOUR IC HERE
Menurut pemerhatian saya di kawasan berhampiran dengan Sungai Gombak,
saya mendapati bahawa banyak penduduk setempat sudah tidak dapat tahan dengan
bau busuk yang terpaksa dihidu setiap hari. Bau busuk yang mendatangkan
ketidakselesaan itu turut menyebabkan penduduk setempat terpaksa untuk
membataskan aktiviti luaran mereka dan ini telah menggangu kehidupan penduduk.
Mereka juga bimbang bau busuk tersebut akan mengundang penyakit kepada mereka
terutamanya kepada kanak-kanak.
25
TYPE YOUR IC HERE
Rajah 11: Kesan negatif akibat pencemaran air di Sungai Gombak
Sumber: Kajian lapangan 2014
Berdasarkan rajah 11, pencemaran air di Sungai Gombak telah menyebabkan
penduduk setempat terpaksa membataskan aktiviti rekreasi mereka. Pernyataan ini
sangat dipersetujui oleh 11 orang responden bersamaan dengan 22% dan disetujui
oleh 19 orang responden bersamaan dengan 38%. 9 orang responden bersamaan
dengan 18% kurang setuju dan 8 orang responden dengan kadar peratusan 16% tidak
setuju ke atas pernyataan ini. Seramai 3 orang responden bersamaan dengan 6%
menyatakan kesan ini adalah tidak berkenaan.
Kawasan tepi sungai merupakan tempat penduduk setempat yang selalu
digunakan untuk menjalankan aktiviti rekreasi. Penduduk setempat selalunya
berjalan-jalan di tepi sungai selepas makan malam mereka dan ini telah menjadi tabiat
hidup mereka. Pencemaran air di Sungai Gombak telah menyebabkan bau busuk di
sekelilingnya, menyebabkan penduduk setempat berasa tidak selesa apabila mereka
berjalan-jalan di tepi sungai.
Begitu juga, aktiviti seperti menunggang basikal, berjoging, berenang dan
memancing turut tidak dapat dijalankan akibat daripada pencemaran air di Sungai
Gombak. Tidak boleh dinafikan bau busuk di sekeliling Sungai Gombak adalah
sangat menjijikkan, penduduk setempat tidak sampai hati untuk berenang di sungai
tersebut. Aktiviti memancing turut dibataskan akibat daripada bau busuk yang
mendatang ketidakselesaan dan kehidupan akuatik di sungai tersebut telah dijejas
kerana sungai mengalami masalah pencemaran air.
26
22%
38%
18%
16%
6%
Membataskan aktiviti rekreasi
Sangat setujuSetujuKurang setujuTidak setujuTidak berkenaan
Petunjuk:
TYPE YOUR IC HERE
Rajah 12: Kesan negatif akibat pencemaran air di Sungai Gombak
Sumber: Kajian lapangan 2014
Berdasarkan rajah 12, terdapat 16 orang responden atau 32% sangat setuju dan
12 orang responden bersamaan dengan 24% setuju bahawa pencemaran air di Sungai
Gombak telah menyebabkan penduduk setempat tidak dapat menggunakan air di
sungai untuk melakukan aktiviti seharian. 11 orang responden bersamaan dengan 22%
kurang setuju dan 4 orang responden dengan kadar peratusan 8% tidak setuju dengan
pernyataan ini. Daripada 50 orang responden dalam kajian ini, terdapat 7 orang
responden bersamaan dengan 14% menyatakan bahawa kesan negatif ini adalah tidak
berkenaan.
Kini, negara kita menghadapi masalah kekurangan air sedangkan negara kita
mempunyai banyak sungai yang airnya sepatutnya boleh digunakan dengan selamat.
Penduduk setempat menggunakan air di Sungai Gombak untuk menjalankan aktiviti
seharian mereka. Perbuatan ini bukan sahaja disebabkan oleh masalah kekurangan air,
tetapi juga untuk menjimatkan kos bil air.
Penduduk setempat menggunakan air di sungai untuk membasuh pakaian,
mandi, minum atau untuk menyiramkan tumbuhan-tumbahan di rumah mereka.
Pencemaran air di Sungai Gombak menyebabkan sumber air di tersebut tidak lagi
sesuai dan selamat untuk digunakan, malah ini telah mengehadkan bekalan air
penduduk setempat untuk menjalankan aktiviti seharian mereka.
27
32%
24%
22%
8%
14%
Tidak dapat menggunakan air di sungai untuk aktiviti seharian
Sangat setujuSetujuKurang setujuTidak setujuTidak berkenaan
Petunjuk:
TYPE YOUR IC HERE
18%
46%
16%
8%
12%
Menjejaskan kesihatan penduduk setempat
Sangat setujuSetujuKurang setujuSetujuTidak berkenaan
Petunjuk:
Rajah 13: Kesan negatif akibat pencemaran air di Sungai Gombak
Sumber: Kajian lapangan 2014
Berdasarkan rajah 13, pernyataan yang mengatakan pencemaran air akan
menjejaskan kesihatan pengguna air Sungai Gombak sangat dipersetujui oleh 9 orang
responden bersamaan dengan 18% dan disetujui oleh 23 orang responden atau 46%. 8
orang responden dengan kadar peratusan 16% kurang setuju dan 4 orang responden
bersamaan dengan 8% tidak setuju terhadap pernyataan ini. Selebihnya, seramai 6
orang responden bersamaan dengan 12% menyatakan pernyataan ini adalah tidak
berkenaan dengan kesan negatif yang dibawanya.
Sampah-sarap seperti tayar buruk dan tin-tin minuman yang terkumpul di
sungai telah menjadikan sungai sebagai satu lubuk pembiakan nyamuk aedes.
Nyamuk aedes membiak di tempat yang ada air terkumpul dan membiak dengan
cepat. Pembiakan nyamuk aedes di sungai telah meningkatkan peluang penduduk
setempat mendapat jankitan penyakit denggi terutmanya pada waktu siang apabila
mereka menjalankan aktiviti seharian mereka.
Begitu juga, penggunaan air yang tidak bersih akibat pencemaran air juga
menyebabkan pengguna tersebar kepada penyakit taun. Pengguna akan dijangkiti
penyakit taun dengan simpton cirit-birit dan muntah apabila mereka minum air yang
tercemar. Dalam kes teruk, penyakit taun boleh menyebabkan kematian.
28
TYPE YOUR IC HERE
Rajah 14: Kesan negatif akibat pencemaran air di Sungai Gombak
Sumber: Kajian lapangan 2014
Berdasarkan rajah 14, pencemaran air di Sungai Gombak telah memberi kesan
kepada kehidupan akuatik. Pernyataan ini sangat dipersetujui oleh 17 orang responden
bersamaan dengan 34% dan disetujui oleh 15 orang responden bersamaan dengan
30%. 8 orang responden bersamaan dengan 16% kurang setuju dan 6 orang responden
dengan kadar peratusan 12% tidak setuju ke atas pernyataan ini. Selebihnya yang
seramai 4 orang responden bersamaan dengan 8% menyatakan kesan ini adalah tidak
berkenaan.
Pencemaran air yang berleluasa akan memberi kesan kepada spesies yang
menggunakan sungai sebagai habitat. Sebahagian bahan pembuangan di sungai
mempunyai bahan kimia seperti fosforus yang boleh menjejaskan populasi binatang
marin dan tumbuhan akuatik sungai.
Setiap hidupan air mempunyai hubungan saling bergantung antara satu sama
lain. Hidupan akuatik seperti ikan dan udang akan terjejas kerana pencemaran sungai
telah memusnahkan kawasan habitat hidupan akuatik. Sebagai implikasinya, ini akan
mengakibatkan kepupusan hidupan akuatik di sungai Gombak dan menyebabkan
ketidakstabilan rantaian makanan.
29
34%
30%
16%
12%
8%
Memberi kesan kepada kehidupan akuatik
Sangat setujuSetujuKurang setujuTidak setujuTidak berkenaan
Petunjuk:
TYPE YOUR IC HERE
9.0 Rumusan
Kajian ini telah dilaksanakan dengan menepati objektif kajian yang
ditentukan. Seramai 50 orang yang tinggal berhampiran dengan Sungai Gombak telah
dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Dapatan kajian telah menganalisis punca-
punca pencemaran air di Sungai Gombak dan kesan-kesan negatif yang dihadapi oleh
penduduk setempat akibat daripada pencemaran air di Sungai Gombak.
Terdapat banyak punca yang mendorong kepada pencemaran air di sungai dan
kesan negatif yang dibawa akibat pencemaran tersebut. Berdasarkan sesi borang soal
selidik yang telah dilakukan, penyelengaraan yang tidak sistematik merupakan punca
utama yang menyebabkan pencemaran air di sungai. Kelalaian pihak berkenaan telah
menyebabkan pencemaran air di Sungai Gombak. Dari segi kesan negatif yang
dibawa akibat pencemaran air di sungai pula, bau busuk merupakan kesan negatif
yang jelas dirasai oleh penduduk setempat berbanding dengan kesan negatif yang lain.
Bau busuk yang akibat daripada pencemaran air di sungai telah membawa
ketidakselesaan kepada penduduk setempat dan kehidupan hariannya juga diganggu.
Kesimpulannya, harap penduduk setempat dan pihak berkenaan boleh
berganding bahu untuk menangani masalah pencemaran air di Sungai Gombak supaya
pencemaran air di sungai tersebut dapat dikurangkan. Dengan ini, kehidupan yang
selesa dapat dijaminkan dan imej kawasan tersebut dapat dijaga secara langsung.
30
TYPE YOUR IC HERE
10.0 Rujukan
1. Anis Nabilla Md Wazilah. “5 aduan bau busuk tiada tindakan” dlm. Berita
Harian, 4 Mac 2014.
2. En. Amran Bin Idris, En. Ismail Bin Kosman dan TN. HJ. Md Lasa Bin
Yahya, 2014. Nota Pembelajaran dan Lembaran Praktis Pengajian Am STPM
Penggal 2. Selangor: Local Publication
3. Inas Saffiya. “RAS: Bendung Pencemaran Alam” dlm. Dewan Siswa, hlm 6-7,
Julai 2012.
4. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
5. Roslah Othman. “Sungai Gombak dicemari lagi” dlm. Utusan Malaysia, 12
Ogos 2009.
6. Sa’adiah Shuib. “Mengapa kita gagal jaga sungai” dlm. Berita Harian, 11 Mac
2014.
31
TYPE YOUR IC HERE
11.0 Lampiran
Lampiran 1
Peta 1: Peta Daerah Gombak
Sumber: Laman Web Google, www.google.com
Lampiran 2
32
TYPE YOUR IC HERE
Peta 2: Peta kawasan Sungai Gombak di Gombak
Sumber: Laman Web Google, www.google.com
Lampiran 3
Gambar 1: Nombor
adaun untuk Sungai
Gombak
Sumber: Kajian
lapangan 2014
Lampiran 4
33
TYPE YOUR IC HERE
Gambar 2: Masalah
pembuangan sampah
di Sungai Gombak
Sumber: Kajian
lapangan 2014
Lampiran 5
Gambar 3: Sampah sarap yang dapat dilihati dengan jelas di Sungai Gombak.
Sumber: Kajian lapangan 2014
34
TYPE YOUR IC HERE
Lampiran 6
Gambar 4: Warna sungai sudah berubah akibat daripada pencemaran air di sungai
tersebut.
Sumber: Kajian lapangan 2014
Lampiran 7
Tajuk: Pandangan penduduk setempat terhadap pencemaran air di Sungai Gombak,
Gombak, Kuala Lumpur.
Borang Soal Selidik
Tandakan ( √ ) pada petak yang berkenaan.
Bahagian A
Umur: Pekerjaan:
□ <18 tahun □ Penjawat awam
□ 18-30 tahun □ Pekerja swasta
□ 31-50 tahun □ Suri rumah
□ 51-70 tahun □ Pelajar
□ >70 tahun □ Lain-lain
Jantina: Bangsa:
□ Lelaki □ Melayu
□ Perempuan □ Cina
□ India
□ Lain-lain
Bahagian B
Sila tandakan ( √ ) bagi berdasarkan skala yang telah disediakan.
35
TYPE YOUR IC HERE
1 2 3 4 5
Sangat setuju Setuju Kurang setuju Tidak setuju Tidak
berkenaan
Bil Kenyataan 1 2 3 4 5
1. Sikap penduduk setempat yang suka membuang sampah
ke sungai telah menyebabkan pencemaran air di sungai.
2. Sikap golongan masyarakat yang tidak prihatin tentang
pencemaran air di Sungai Gombak telah menyebabkan
masalah pencemaran air di sungai semakin serius.
3. Kelonggaran undang-undang terhadap pesalah yang
membuang sampah di sungai telah mengakibatkan
pencemaran air di sungai.
4. Sistem penyelenggaraan yang tidak sistematik
merupakan punca pencemaran air di sungai.
5. Masyarakat yang kurang ilmu pengetahuan tentang
kepentingan mengekalkan kebersihan sungai telah
menyebabkan pencemaran air di sungai.
6. Pencemaran air di sungai telah menyebabkan bau busuk.
7. Pencemaran air di sungai telah membataskan aktiviti
rekreasi penduduk setempat.
8. Penduduk setempat tidak dapat menggunakan air
daripada sungai untuk menjalankan aktiviti seharian
disebabkan pencemaran air yang serius.
9. Pencemaran air di sungai telah menjejaskan kesihatan
penduduk setempat.
10. Pencemaran air di sungai memberi kesan kepada
kehidupan akuatik.
Soalan tamat. Terima kasih atas kerjasama anda.
36
top related