teka silang kata siri 2 serlahkan kebolehan berpantun · pantun bertemakan “patriotis me”...
Post on 10-Mar-2019
285 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Pasukan pemantun Telekom Malaysia Berhad (TM) dinobatkan sebagai Johan
sekali gus mengalahkan 15 pasukan sektor swasta dalam Festival Pantun Korporat 2007. Festival buat kali kedua ini dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Festival berbalas pantun yang berlangsung pada 6, 13 hingga 16 Februari lalu diadakan di Auditorium DBP dan Pusat Pelancongan Malaysia turut disertai oleh Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Malaysia Airlines System, ASTRO, Proton Holdings Berhad, Permodalan Nasional Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Bank Simpanan Nasional, Nestle Manufacturing (M) Sdn. Bhd., HiTech Padu Berhad, Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd., Alaf 21
Sdn. Bhd., Nusa Raya Company, Pos Malaysia Berhad, Perodua Manufacturing Sdn. Bhd dan MBF Printing Sdn. Bhd.
Pasukan TM diwakili oleh Mohd Abdul Kadir Jailani, Afizan Azman, Nor Azlina Abu Bakar dan Hasfariza Abu Hassan, manakala pasukan PNB pula diwakili Mohd Taqiyuddin Mohd Asri, Muhammad Mazli Alias, Siti Asmah Abdul Hamid dan Suraya Ismail. Kebolehan mereka berpantun teruji sejak pusingan pertama apabila mereka menjual dan membeli pantun berdasarkan tema yang diundi secara rawak dalam masa 80 saat.
Pada pusingan spontan ini pemantun menampilkan kebolehan berpantun dengan kepelbagaian tema mencakupi “pandu cermat jiwa selamat”, “masyarakat penyayang negara terbilang”, “keamanan sejagat”, “budaya cerminan masyarakat”, “ibu bapa model idola” dan “akhlak terpuji asas insan bestari”. Dalam pusingan kedua, mereka diminta untuk berbalas
pantun bertemakan “patriotisme” mengambil semangat 50 tahun kemerdekaan negara pada tahun ini. Tema “jenaka” pada pusingan akhir telah berjaya mencuit hati para penonton.
Namun terdapat beberapa kelemahan yang dikesan walaupun pertandingan akhir pada malam tersebut berjalan dengan jayanya. Menurut Ketua Juri, Dr. Harun Mat Piah, kelemahan pemantun yang paling ketara ialah kegagalan menghasilkan pantun yang mempunyai rima yang baik. Selain itu, sesetengah pantun tiada langsung kaitan yang logik antara pembayang pantun dengan maksud pantun. Hal ini kerana, bukan senang untuk mencipta pantun yang baik dalam waktu yang singkat.
Johan menerima Piala Pusingan Menteri KeKKWa dan wang tunai berjumlah RM5,000. Naib Johan pula dimenangi oleh Pasukan TV3 dan menerima wang tunai berjumlah RM3,000 manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan Alaf 21 Sdn.Bhd. yang menerima wang tunai berjumlah RM2,500.
Hadiah telah disampaikan oleh isteri Menteri KeKKWa, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Datin Seri Masnah Rais. Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Haji Abdullah, Ketua Setiausaha KeKKWa, Datuk Zakiah Ahmad, dan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli.
Festival ini menunjukkan bahawa sektor swasta juga turut mempunyai peranan penting dalam memartabatkan bahasa dan sastera kebangsaan. Usaha menganjurkan pertandingan ini bukan sahaja untuk mengekalkan tradisi berpantun tetapi juga untuk mendekatkan kakitangan sektor swasta dengan budaya berpantun.
PEMENANG PERADUAN TEKA SILANG KATA SIRI 1
BERITA HARIAN Rabu, 21 Mac 2007 Halaman Sembilan
KEGIATAN DBP DI SANA SINIBH PILIH L9 21 (emel)
DBP SETENGAH ABAD Pantun Korporat Serlahkan Kebolehan Berpantun
PERADUAN
Melintang1. Persembahan yang wajib
dibayar kepada raja atau negara yang berkuasa.
7. Melihat dengan memejamkan sebelah mata, membidik.
8. Unit ukuran cecair yang ber-samaan dengan dua pain atau suku gelen.
9. Perkataan simile berasal dari-pada bahasa ...
11. Singkatan bagi fail MPEG lapisan-3.
15. Bahasa diraja bagi anak perem-puan.
17. Pengarah pementasan teater Tamu di Bukit Kenny pada tahun 1967.
18. Dialek Pulau Pinang yang ber-maksud kawasan takungan air buangan.
Menegak2. Pemenang Sayembara
Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP.
3. Nama asal novel Salina karya Datuk Dr. A. Samad Said.
4. Akronim bagi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.
5. Terjemahan bagi “apple of one’s eye” ialah buah ...
6. Gelaran bagi guru agama, orang yang warak.
10. Johan Festival Pantun Korporat.12. Dulu ..., kini kompleks di
Putrajaya.13. Jiwa, nyawa.14. Konsep Jepun bagi peningkatan
yang berterusan demi men-capai tahap kecemerlangan.
16. Unit bagi kuantiti yang berjum-lah seribu juta.
Oleh: Muhamad Ikhram Fadhly Hussin
2 31
711
9
8
6
7
54 5
7 8
6
3
14
9 10 11 12
14 15
13
18 19
15
24
11
17
18
18
1412 16
TEKA SILANG KATA SIRI 2
19
21
711
9
8
6
7
45
5 9
3
14
10
12 8
7
11
18 19
15
20 21
24
11
15 16
7
1817
141312
23
Jawapan Peraduan Teka Silang Kata Siri 1
26
19
22
K
O
K
O
P
I
A
K
R
O
N
I
M
A
O
K
O
R
I
R
A
E
R
O
A
I
M
L
I
N
G
K
A
R
A
N
A
D
A
M
I
I
M
A
O
K
O
K
I
J
A
A
R
O
M
I
A
D
R
K
Z
A
B
A
K
H
A
T
N
I
R
E
E
K
O
T
I
A
A
K
R
O
P
I
E
W
I
S
A
T
A
I
L
A
K
A
O
E
I
N
A
A
K
O
P
I
I
V
K
C
E
R
I
A
T
H
K
O
P
I
H
E
K
U
O
S
I
W
A
O
K
K
A
T
A
R
K
M
O
A
I
A
K
O
K
O
P
I
J
A
K
R
O
N
I
T
A
D
A
N
O
E
D
I
T
O
R
R
J
A
W
I
Encik Mohd. Shahir Abdullah, J-2-18, Jln. PP-16, Pangsapuri Putra Indah, Taman Penggiran Putra, 43300 Seri Kembangan, Selangor. No. K/P: 830901-10-5153
Pemenang Sagu Hati Peraduan Teka Silang Kata Siri 1:
1. Puan Musriah Surip, Kg. Batu Muda, Kuala Lumpur. No. K.P.: 460503-10-5582
2. Encik Abdul Bari Shamsuddin, Kg. Pasir Hulu Kelang, Ampang. No. K.P.: 880204-14-5569
3. Puan Nur Zahirah Rahim, SMK Penanti, Bukit Mertajam. No. K.P.: 930917-07-5882
4. Encik Mohd. Hakim Zakaria, MA6 404, Kolej 11, Skudai. No. K.P.: 841127-07-5031
5. Puan Hasnah Sahidin, 1527 Bukit Indra Muda,
Butterworth. No. K.P.: 620611-07-5202
6. Encik Zakaria Saad, Gas Pantai Timur Sdn. Bhd., Butterworth. No. K.P.: 540423-07-5619
7. Puan Sarina Harun @ Hassan, Pangsapuri Sri Impian, Ampang. No. K.P.: 751017-03-5574
8. Encik Muhamad Ariff Zakaria, Sek. Men. Sains Sultan Muhamad
Jiwa, Sg. Petani. No. K.P.: 940305-07-5311
9. Encik Mohd Fairuz Shamsuddin, Kg. Melayu Sg. Sering, Ampang. No. K.P.: 830817-10-5353
Syarat Penyertaan:Penyertaan terbuka kepada semua pembaca Klik DBP. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 11 April 2007. Keputusan pengadil adalah muktamad. Hantarkan jawapan anda berserta nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat anda kepada:
Peraduan Teka Silang Kata Siri 2, Timbalan Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Tingkat 25, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel .: 03-2148 2898Faks: 03-2142 2029
Pemenang akan menerima cek ber-nilai RM100.00, manakala Hadiah Sagu Hati akan menerima cek ber-nilai RM50.00. Kesemua pemenang akan menerima hadiah langganan setahun majalah Dewan Budaya sumbangan Dawama Sdn. Bhd.
PASUKAN Telekom Malaysia menjuarai Festival Pesta Pantun Korporat 2007.
top related