teks hebahan operasi cukai bandar majlis
Post on 14-Feb-2017
301 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TEKS HEBAHAN OPERASI CUKAI BANDAR
MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU
BANDAR RAYA ISLAM
TINDAKAN TEGAS MENANTI PEMBAYAR INGKAR
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) tidak akan teragak-agak
untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap pembayar cukai yang enggan menjelaskan
cukai tertunggak mereka.
Operasi Sita (Waran F) dan Operasi Door to Door (D2D) telah dan sedang dijalankan pada
tiap-tiap hari bekerja (termasuk hari Sabtu) untuk menuntut tunggakan cukai yang
membolehkan pihak Majlis MENYITA atau MENAHAN APA-APA HARTA ALIH
KEPUNYAAN PEMILIK sebagaimana peruntukan seksyen 148 Akta Kerajaan Tempatan
1976 (Akta 171).
Oleh demikian semua pemilik dinasihatkan supaya membuat semakan dan MENJELASKAN
CUKAI DAN TUNGGAKAN CUKAI dengan segera sebelum dikenakan sebarang tindakan
undang-undang.
Bagi penyewa mana-mana premis yang dikenakan cukai – lindungilah harta anda dari
dikenakan sebarang tindakan undang-undang (NOTIS/ SITA) dengan cara membayar sewa
bulanan anda secara terus kepada pihak Majlis bagi maksud menyelesaikan tunggakan
cukai tersebut (seksyen 151 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)).
Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi talian 09-745 4030, 09-745 4037, dan 09-
745 4127.
** BAYAR SEGERA ELAKKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG **
(page 1)
MAJLIS PERBANDARAN KOTA BHARU
BANDAR RAYA ISLAM
DI MANA CUKAI BANDAR BOLEH DIBAYAR
Bayaran cukai boleh dibuat melalui:
a. Kaunter pejabat MPKB-BRI
b. Kaunter Pos Malaysia Bhd, kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), kaunter Bank
Kerjasama Rakyat, dan kaunter Public Bank
c. Mesin ‘pay-quick’ yang ditempatkan di luar pejabat MPKB, beroperasi pada setiap
hari dari jam 7.00 pagi – 10.00 malam
Bayaran secara on-line juga boleh dibuat melalui bank-bank berikut:
a. Maybank - www.maybank2u.com.my
b. Ambank - ambg.com.my
c. RHB Bank - www.rhbbank.com.my
d. Pos Malaysia Bhd - www.posonline.com.my
e. CIMB - www.cimbclick.com.my
f. Public Bank - www.pbebank.com.my
g. BSN - www.mybsn.com.my
h. Bank Muamalat - www.bankmuamalat.com.my
i. Jompay - di 42 bank yang menggunakan perkhidmatan ini
Bayaran cukai diterima samada secara:
a. Tunai
b. Kad kredit
c. Kad debit
d. Cek
e. Post dated cheque
f. Bank draf
g. Kiriman Wang Pos
TERKINI, anda boleh membayar cukai bandar anda di kaunter MPKB di UTC (URBAN
TRANSFORMATION CENTRE) yang telah memulakan operasi pada setiap hari (Ahad –
Sabtu, kecuali cuti umum) dari jam 8.30 pagi – 10.00 malam
** BAYAR SEGERA ELAKKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG **
(page 2)
ANTARA OPERASI MENYITA PREMIS DI SEKITAR KOTA BHARU OLEH
PENGUATKUASA MPKB-BRI
OPERASI MEMUNGUT CUKAI PINTU KE PINTU
KAUNTER BAYARAN CUKAI BANDAR DI SEDIAKAN DI TEMPAT TUMPUAN AWAM
UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN PEMBAYARAN CUKAI.
ANGGOTA SKUAD CUKAI BANDAR
top related