universiti teknologi malaysia - faculty of … binti idris... · psz 19:16 (pind. 1/97) universiti...
Post on 26-May-2018
227 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2012/2013 Saya MASTURA BT. IDRIS
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/DoktorFalsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milikUniversitiTeknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Silatandakan ( / )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamtan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
/ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat tetap: PRD 62, Parit Raja Darat, Jln. Datuk Hj. Kusai, 84000 Muar, Johor Tarikh: _____________
(TANDATANGAN PENYELIA)
DR. KHADIJAH BT. DAUD (NamaPenyelia)
Tarikh: _____________
CATATAN: * Potong yang tidakberkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
# Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
AMALAN RANGKA KEPIMPINAN PENGETUA SERTA HUBUNG KAITNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH KLUSTER KECEMERLANGAN DI DAERAH MUAR
AMALAN RANGKA KEPIMPINAN PENGETUA SERTA
HUBUNG KAITNYA DENGAN KOMITMEN GURU DI DUA BUAH
SEKOLAH MENENGAH KLUSTER KECEMERLANGAN DI DAERAH
MUAR
MASTURA BT. IDRIS
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan
( Pengurusan dan Pentadbiran)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEI 2013
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan).”
Tandatangan: ..................................................................................
Nama Penyelia: DR. KHADIJAH BT. DAUD
Tarikh: ..................................................................................
ii
PENGAKUAN
“ Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan: .......................................................
Nama Penulis: MASTURA BT. IDRIS
Tarikh: .......................................................
vi
DEDIKASI
Titipan khas penuh kasih sayang buat :
Keluarga tercinta yang sentiasa memberi sokongan dan sabar menanti hingga ke
hujung perjuangan ini
Suami yang amat memahami,
Mohd Zaki bin Abdullah
Bonda tercinta yang banyak berkorban sejak dulu hingga kini ,
Mahani Hj. Hussin
Ibu dan bapa mertua yang disayangi,
Mejar (B) Abdullah Sidek dan Anis Hj. Abdul Hamid
Anak-anak kesayanganku yang menjadi inspirasi diri ini,
Muhammad Irfan, Nur Farhana, Ahmad Tirmizi, Nur Fatimah Aliah,
Muhammad Daniel Iman, dan Muhammad Zikri Hakim
Sejambak kasih atas segala sokongan
buat semua pensyarah, istimewa Dr. Khadijah, rakan-rakan pengajian dan
rakan-rakan sekerja di SMKA Maahad Muar .
vi
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya, kajian ini telah dapat
disempurnakan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Dr.
Khadijah bt. Daud selaku penyelia kajian atas panduan, nasihat, bimbingan dan
dorongan yang berterusan sepanjang pelaksanaan kajian ini.
Ucapan penghargaan ini juga ditujukan kepada para pustakawan di
Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia, pustakawan di
UKM Bangi, kakitangan di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pelajaran Malaysia, dan seluruh warga Pejabat
Pelajaran Daerah Muar, Johor atas kerjasama dan bantuan yang amat bernilai dalam
menjayakan kajian ini.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada rakan-rakan
seperjuangan, terutamanya Husnul Khatimah, Halizah, Raihana, Erma, serta para
pensyarah atas sokongan padu yang tidak pernah putus. Terima kasih juga diucapkan
kepada seluruh ahli keluarga dan semua pihak yang telah teribat secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan kajian ini. Semoga kalian beroleh kesejahteraan
dan rahmat-Nya.
vi
ABSTRAK
Kajian deskriptif secara tinjauan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji
amalan rangka kepimpinan pengetua dan hubung kaitnya dengan komitmen guru di
dua buah sekolah menengah kluster di daerah Muar. Kajian ini melibatkan sampel
seramai 75 orang guru di dua buah sekolah menengah kluster kecemerlangan di
daerah Muar. Data dikumpul melalui soal selidik MLBQ yang telah diterjemahkan
ke Bahasa Melayu dan digunakan oleh Lokman (2007) serta soal selidik berdasarkan
model Komitmen Mowday (1979) yang telah digunakan oleh Patimah Ibrahim
(2002). Kebolehpercayaan soal selidik diuji melalui kajian rintis terhadap 20 orang
guru di sebuah sekolah berprestasi tinggi iaitu Sekolah Kebangsaan Convent Muar
yang mempunyai persamaan ciri dengan sekolah yang dikaji. Hasil kajian rintis
menunjukkan kebolehpercayaan item yang tinggi iaitu dengan nilai alpha croanbach
0.873 bagi amalan kerangka kepimpinan pengetua dan 0.905 bagi komitmen guru .
Semua data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for
Social Sciences (SPSS) versi 17.0. Hasil kajian mendapati bahawa pengetua sekolah
menengah kluster kecemerlangan daerah Muar mengamalkan kempat-empat
kerangka kepimpinan yang diperkenalkan oleh Bolman dan Deal (1991; 2003).
Dapatan juga menunjukkan komitmen guru berada pada tahap tinggi. Dapatan turut
menunjukkan bahaw hubung kait amalan rangka kepimpinan pengetua dan komitmen
guru di sekolah yang dikaji adalah pada tahap sangat tinggi. Dapatan aspek
demografi kajian juga menunjukkan kebanyakan guru adalah guru berpengalaman .
Akhirnya, cadangan agar pihak pentadbir pendidikan diberikan lebih banyak
pendedahan tenatng stail kepimpinan dalam mengurus sekolah agar mereka dapat
memimpin sekolah dengan lebih berkesan.
vi
ABSTRACT
This descriptive survey study was conducted in order to examine the
framework leadership practice of Principals Secondry Cluster Schools in Muar and
how it effects teacher’s commitment level. The study involved a sample of 75
teachers in Secondry Cluster School in Muar. The questionnaires consist of three
sections with the aim of obtaining background information, leadership framework
and teachers commitment level. The study instrument was tested on 20 teachers
from one of the ‘Sekolah Berprestasi Tinggi’ in Muar. The study showed a high item
reliability, 0.873 for principal’s leadership framework and 0.905 for motivation.
The research data was analyzed using SPSS version 17.0 to obtain the mean,
standard deviation, percentage and spearman rho correlation. The research finding
indicated that the main leadership practice was the structural framework and the
teacher’s commitment level is high. The analysis showed a significant relationship
between resource, symbolic, politic and structural leadership framework and
teacher’s commitment level. Finally, a few suggestions have been made for futher
research in future.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
1.0
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
SENARAI KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SIMBOL
SENARAI LAMPIRAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Hipotesis Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Skop Dan Batasan Kajian
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xiii
xvi
xix
xx
1
7
16
17
17
18
18
19
viii
1.9 Kerangka Kajian
1.9.1 Kerangka Teori Kajian
1.9.2 Kerangka Konseptual Kajian
1.10 Definisi Istilah
1.10.1 Amalan /Gaya Kepimpinan
1.10.2 Rangka kepimpinan Dominan
20
23
24
24
25
2.0
1.10.3 Pengetua
1.10.4 Sekolah Kluster Kecemerlangan
1.10.5 Komitmen
1.11 Kesimpulan
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
2.2 Konsep Kepimpinan
2.3 Pendekatan Rangka Kepimpinan Bolman dan Deal
2.3.1 Kepimpinan Struktural
2.3.2 Kepimpinan Sumber Manusia
2.3.3 Kepimpinan Politik
2.3.4 Kepimpinan Simbolik
2.4 Kajian Berkaitan Model Bolman dan Deal
2.5 Komitmen
2.5.1 Konsep Komitmen
2.5.2 Kajian Berkaitan Gaya Kepimpinan dan
Komitmen
2.6 Kajian Lepas Berkaitan Hubungan Rangka Kepimpinan
Bolman dan Deal dengan Komitmen.
25
26
28
29
30
30
35
39
41
45
46
48
50
53
56
ix
3.0
4.0
METADOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Populasi dan Sampel
3.4 Instrumen Kajian
3.4.1 Bahagian A – Latar belakang Responden
3.4.2 Bahagian B – Amalan Kepimpinan Pengetua
3.4.3 Bahagian C – Komitmen Guru
3.5 Kajian Rintis
3.6 Kebolehpercayaan dan Kesahan
3.6.1 Kebolehpercayaan dan Kesahan Soal Selidik
Leadership Oreintation
3.6.2 Kebolehpercayaan dan Kesahan Soal Selidik
Organizational Commitment Questionaire
3.7 Pemboleh ubah Kajian
3.8 Tatacara Pemungutan Data
3.9 Tatacara Penganalisisan Data
3.9 Kesimpulan
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Latar Belakang Responden
4.2.1 Jantina
4.2.2 Status Pendidikan
4.2.3 Pengalaman Mengajar
4.2.4 Jenis Sekolah Kajian
59
59
60
63
63
64
65
66
67
69
69
70
71
73
74
75
75
76
77
78
x
5.0
4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian
4..3.1 Analisis Tahap Amalan Kepimpinan Dominan
yang diamalkan oleh Pengetua .
4.3.1.1 Kerangka Kepimpinan Sumber Manusia
4.3.1.2 Kerangka Kepimpinan Politik
4.3.1.3 Kerangka Kepimpinan Simbolik
4.3.1.4 Kerangka Kepimpinan Struktural
4.4 Analisis Tahap Komitmen Guru
4.5 Analisis Berdasarkan Hipotesis Kajian
4.5.1 Hubungan Antara Kerangka Sumber Manusia
Pengetua dengan Komitmen Guru.
4.5.2 Hubungan Antara Kerangka Simbolik Pengetua
dengan Komitmen Guru.
4.5.3 Hubungan Antara Rangka Politik Pengetua
dengan Komitmen Guru.
4.5.4 Hubungan Antara Rangka Struktural Pengetua
dengan Komitmen Guru.
4.6 Kesimpulan
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan Kajian
5.3 Perbincangan dan Kesimpulan
5.3.1 Tahap Amalan Kerangka Kepimpinan Pengetua
Sekolah
5.3.2 Tahap Komitmen Guru Terhadap Organisasi
5.3.3 Hubung kait Antara Amalan Rangka Kepimpinan
Pengetua dengan Tahap Komitmen Guru.
78
79
80
83
86
88
91
93
95
96
97
98
99
100
100
104
104
108
114
xi
5.4 Cadangan Kajian
5.5 Penutup
114
117
Rujukan
Lampiran
119
125
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 3.1
Jadual 3.2
Jadual 3.3
Jadual 3.4
Jadual 3.5
Jadual 3.6
Jadual 3.7
Jadual 3.8
Jadual 4.1
Jadual 4.2
Jadual 4.3
Jadual 4.4
Taburan Sampel Guru
Taburan Item Amalan Kepimpinan Pengetua Mengikut
Taburan item Komitmen
Nilai Alfa Berdasarkan Bahagian dalam Soal Selidik
Nilai Alfa Berdasarkan Kerangka Kepimpinan
Tahap Analisis Min
Klasifikasi Kekuatan Korelasi
Tatacara Penganalisisan Soalan Kajian
Taburan Responden Mengikut Jantina
Taburan Responden Mengikut Status Pendidikan
Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar
Jenis Sekolah kajian
61
64
65
68
68
72
72
73
76
76
77
78
xiv
Jadual 4.5
Jadual 4.6
Jadual 4.7
Jadual 4.8
Jadual 4.9
Jadual 4.10
Jadual 4.11
Jadual 4.12
Jadual 4.13
Jadual 4.14
Jadual 5.1
Analisis Tahap Amalan Kepimpinan Dominan Pengetua
Maklum Balas Responden Bagi Item Kerangka Sumber
Manusia
Maklum Balas Responden Bagi Item Kerangka Politik
Maklum Balas Responden Bagi Item Kerangka Simbolik
Maklum Balas Responden Bagi Item Kerangka Struktural
Analisis Tahap Komitmen Guru
Korelasi Antara Kerangka Sumber Manusia dengan
Komitmen Guru
Korelasi Antara Kerangka Simbolik dengan Komitmen
Guru
Korelasi Antara kerangka Politik dengan Komitmen Guru
Korelasi Antara Kerangka Struktural dengan Komitmen
Guru
Rumusan Perhubungan Antara Dua Pembolehubah Kajian
79
80
83
86
88
91
95
96
97
98
111
xv
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut kenyataan Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin
April 2013, di Ranau Sabah, kerajaan telah berjaya melengkapkan dasar
pendidikan negara yang sempurna bagi melahirkan modal insan menjelang
Malaysia menjadi negara maju pada 2020. Bagi merealisasikan hasrat tersebut,
pelbagai program dan pelan pendidikan telah digubal dan dilaksanakan oleh pihak
kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Antaranya program yang telah
disusun oleh pihak kerajaan ialah Program Pelan Transformasi Kerajaan yang
dilancarkan pada awal tahun 2012 telah menggariskan beberapa pelan tindakan
berkaitan sistem pendidikan negara.
Antara sasaran utama dalam program transformasi tersebut adalah untuk
meningkatkan pencapaian pelajar dan bidang yang menjadi tumpuan adalah
prasekolah, kemahiran asas literasi dan numerasi, Sekolah berprestasi Tinggi
(SBT), dan peningkatan prestasi pengetua dan guru besar. Selanjutnya, dalam
ucapan sempena Hari Guru 2012, Datuk Abd. Ghafar Mahmud selaku Ketua
Pengarah Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia
telah melancarkan pelbagai dasar, polisi dan pembaharuan pendidikan bagi
memantapkan proses dan pengendalian pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
2
Antaranya beliau menekankan peranan dan komitmen guru dalam menjayakan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) di samping memastikan keberkesanan dasar memartabatkan
Bahasa melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan dasar I Murid 1
Sukan (1M1S).
Oleh itu, guru-guru di sekolah dan pengetua atau guru besar di sekolah adalah
penting bagi memastikan program transformasi pendidikan itu dapat dilaksanakan
dengan sebaik mungkin. Sebagai pemimpin utama di sekolah, pengetua merupakan
individu paling penting dan berpengaruh di dalam sesebuah sekolah. Beliau adalah
merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap semua aktiviti dan perkara yang
berlaku di sekolah terutamanya dalam hal-hal atau program yang berkaitan dengan
dasar-dasar penting dalam pendidikan. Pengetua merupakan elemen atau individu
yang sangat penting dalam menentukan kejayaan serta pembaharuan positif di
sekolah (Edmonds; 1979, Thomas; 1997). Oleh itu, kemahiran kepimpinan harus
dimiliki oleh pengetua atau guru besar agar urusan pentadbiran sekolah dapat
berjalan dengan lancar dan berkesan.
Kepimpinan ialah suatu proses yang melibatkan kebolehan seseorang ketua
untuk membawa ahli organisasinya agar sama-sama menghayati matlamat organisasi
yang telah ditetapkan. Penyataan ini menjelaskan bahawa kepimpinan adalah
merupakan satu proses interaksi dan mempengaruhi dalam sekumpulan manusia
untuk mengubah tingkah laku seseorang ke arah mencapai sesuatu matlamat ( Yulk;
2006, Hughes et. Al;2002). Pendapat tersebut juga selari dengan Kouzes dan
Posner (2003), yang menyatakan bahawa kepimpinan ialah suatu proses interaksi
antara pemimpin dan pengikut untuk mencapai objektif. Oleh itu, hal ini
mengukuhkan andaian bahawa pemimpin dan pengikut serta usaha mempengaruhi
adalah elemen penting dalam proses kepimpinan.
Dalam konteks dunia pendidikan di Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum
(2001), turut menjelaskan kepimpinan sebagai suatu proses mempengaruhi tingkah
3
laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu
matlamat yang ditetapkan. Kepimpinan diamalkan mengikut kesesuaian pemimpin
untuk mengawal dan memimpin organisasi bergantung kepada situasi. Mungkin
lebih daripada satu jenis kepimpinan, namun ada satu amalan yang dominan dalam
kepimpinannya.
Dalam konteks kepimpinan di sekolah, pengetua adalah peneraju utama ke arah
merealisasikan hasrat pendidikan yang berkesan. Menurut Lokman et. al (2011),
dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara, kepemimpinan pengetua
berperanan sebagai tunggak utama kepada pembangunan pendidikan. Pendapat ini
diperkukuh lagi dengan kenyataan Abas Awang & Balasundram A. Ramaiah, (2002)
bahawa pengetua selaku ketua jabatan di sekolah diberi diberi amanah untuk
merealisasikan aspirasi dan pembangunan negara dan bertanggungjawab terhadap
kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah. Malah, banyak kajian dan literatur
menegaskan bahawa kejayaan sesebuah sekolah terletak di bahu pengetua yang
mempunyai amalan kepemimpinan yang berkesan (Amoroso, 2003; Drake & Row,
1999; Lim Lee Hean, 2005; Lunenberg, 2001; Miller & Rowan, 2003; Portin
et.al., 2003; Sergiovanni, 2003; Seyfarth, 1999; Speck, 1999 dalam Lokman et. al
, 2011). Hal ini jelas menunjukkan bahawa tingkah laku kepimpinan pengetua
mempengaruhi usaha untuk melahirkan sekolah yang berkesan atau sekolah yang
cemerlang.
Sekolah merupakan institusi penting dalam usaha untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang seperti yang dihasratkan dalam Teras kedua Bab 9 Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan Negara. Rahimah Hj. Ahmad (2005), menyatakan sekolah
merupakan agen yang penting dalam pembinaan masa depan. Selain itu, dalam
ucapan Y.A.B. Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak bersama Anggota
Pentadbiran dan Penjawat Awam serta GLC, 2009 telah menyatakan bahawa bidang
pendidikan juga terlibat secara langsung dalam NKRA yang ketiga iaitu meluaskan
akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Sehubungan dengan hal itu,
dalam ucapannya juga beliau telah menyatakan bahawa kepimpinan sekolah di
4
peringkat rendah dan menengah perlu menyedari bahawa mereka adalah peneraju
tapak semaian modal insan nasional. Beliau telah memperkenalkan konsep New Deal
atau Bai’ah Baru kepada semua pengetua dan sekolah dengan janji ganjaran
berasaskan pencapaian sekolah serta memperkenalkan sekolah berprestasi tinggi.
Sehubungan dengan hal ini, peranan pemimpin sekolah sangat penting dalam
usaha untuk memperkasa peranan sekolah sebagai institusi ilmu dan pembentukan
modal insan cemerlang. Usaha memperkasa sekolah amat perlu kerana sekolah
merupakan institusi atau unsur penting dalam pembinaan masa depan (Rahimah Hj.
Ahmad 2005). Siapakah individu yang paling berperanan dalam usaha memperkasa
keberkesanan institusi sekolah? Pastinya, pengetua atau guru besar memberikan
pengaruh yang kuat terhadap keberkesanan sesebuah sekolah (Benis, 1985).
Apakah bidang tugas pengetua atau guru besar di sekolah sehingga peranan
mereka dilihat begitu memberi kesan terhadap sekolah yang dipimpin? Mereka
bertanggungjawab secara langsung dalam melaksanakan segala program pendidikan
di sekolah. Tugas mereka meliputi tugas-tugas sebagai pentadbir, pengurus,
penyelia, pengarah, pewakil, pemudah cara, penyelaras, pemberangsang dan
penilai. Bagi melaksanakan tanggungjawab itu, mereka perlu menggerakkan segala
bentuk sumber dan modal insan di sekolah terutamanya guru supaya guru-guru
dapat berkhidmat dengan komited dan efektif ( Mc.Nulty et.al ;2005 dalam Lokman
Tahir , 2008).
Oleh itu, cara mereka berperanan dalam mengurus sekolah akan menjadikan
sekolah yang dipimpin oleh mereka berkesan atau sebaliknya. Secara ringkasnya,
dapatlah dikatakan bahawa pemimpin dan proses kepemimpinan merupakan teraju
utama dalam menjadikan matlamat satu realiti, menentukan ‘jatuh bangun’ dan
kejayaan bukan sahaja kepada sebuah entiti masyarakat malah kepada sebuah negara
(Yulk 2006; Kouzes & Posner 2003).
5
Jelasnya, pemimpin sekolah perlu mempelbagaikan strategi dan gaya
kepimpinan bagi meluaskan pengaruh kepimpinannya terhadap setiap ahli dalam
organisasi sekolah. Hal ini kerana sekolah terdiri daripada pelbagai peringkat ahli
dan organisasi yang unik. Setiap orang di sekolah mempunyai mood dan perasaan
berbeza. Jaafar Muhammad (2003), menyatakan bahawa dari hari kelahirannya
setiap orang adalah unik dan pengalaman-pengalaman individu selepas lahir
membuatkan manusia menjadi jauh lebih berbeza. Oleh itu, sebagai seorang
pemimpin di sekolah, pengetua dan guru besar perlu mempunyai kemahiran
mengurus dan memimpin manusia untuk menghasilkan sekolah yang cemerlang. Hal
ini kerana menurut Hussein Mahmood (2005); Mortimore (1997), kejayaan sesebuah
sekolah bergantung kepada corak kepimpinan yang diamalkan di sesebuah sekolah
itu.
Oleh itu, sewajarnya seseorang pengetua dan guru besar itu menggunakan
pendekatan kepimpinan yang sesuai mengikut situasi, jenis sekolah dan keperluan
ketika memimpin bagi mendapatkan sokongan warga sekolah terhadap kepimpinan
beliau. Abdul Rafie Mahat (2002) menjelaskan bahawa amalan kepimpinan yang
pelbagai dan fleksible mampu membawa ke arah keberkesanan kepemimpinan
berbanding amalan satu stail kepimpinan sahaja. Merujuk kenyataan seterusnya,
kepimpinan diamalkan mengikut kesesuaian pemimpin untuk mengawal dan
memimpin bergantung kepada situasi. Mungkin lebih daripada satu jenis
kepimpinan namun mungkin ada satu amalan yang dominan dalam kepimpinannya
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Namun, ada pendapat mengatakan
bahawa belum ada satu gaya kepimpinan khusus yang dikatakan terbaik untuk
diguna pakai oleh pengetua dan guru besar di sekolah. Oleh itu, dapat dirumuskan
bahawa pemimpin sekolah perlu kreatif dalam menyesuaikan diri dengan amalan
kepimpinan yang terbaik untuk sekolah mereka.
Beberapa kajian tentang sekolah dan keberkesanan kepimpinan menunjukkan
bahawa organisasi sekolah yang semakin kompleks memerlukan anjakan amalan
6
dan penyesuaian dari perspektif kepimpinan (Harris, B.,2007), . Antara faktor
sesebuah sekolah mencapai prestasi tinggi dalam bidang akademik adalah kerana
faktor kepimpinan pengetua yang berkesan (Atan Long, 1991). Oleh itu, apakah
pendekatan kepimpinan berkesan yang harus digunakan oleh pengetua bagi
membolehkan amalan kepimpinan tersebut dapat menjana ke arah kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah sekolah? Berkaitan dengan hal ini, pakar pengurusan
dan psikologi menjelaskan bahawa tiada satu bentuk kepimpinan yang tertentu bagi
mencapai matlamat organisasi. Oleh itu, kepimpinan terbuka kepada perubahan dan
keadaan persekitaran.
Namun Bolman dan Deal (1991; 2003), memperkenalkan pendekatan empat
rangka kepimpinan yang boleh diamalkan pemimpin organisasi iaitu kepimpinan
sumber manusia, kepimpinan struktural, kepimpinan politik, dan kepimpinan
simbolik. Apakah gaya kepimpinan dominan yang diamalkan oleh seorang pengetua
dan guru besar hingga berjaya mengekalkan prestasi sekolah dan diiktiraf sebagai
sekolah yang berkesan? Bilakah dan dalam situasi yang bagaimanakah pengetua
harus menggunakan pendekatan kepimpinan tersebut? Secara jelasnya, setiap rangka
kepimpinan tersebut perlu diamalkan mengikut jangka hayat sesebuah organisasi
(Daft, 1999). Oleh itu, jelaslah bahawa pengetua dan guru besar perlu menggunakan
pendekatan kepimpinan yang sesuai dengan situasi dan sumber di sekolah, bagi
mendapatkan sokongan dan komitmen guru-guru dalam mencapai matlamat sekolah
yang cemerlang.
Sekolah yang cemerlang antaranya ialah sekolah yang berjaya mendapatkan
tahap kepercayaan dan komitmen tinggi daripada stafnya. Komitmen dalam konteks
organisasi ini boleh dijelaskan sebagai kepercayaan seseorang dan penerimaannya
terhadap matlamat dan nilai organisasi, kesanggupan membuat sesuatu bagi pihak
organisasi dan mempunyai hasrat yang tinggi untuk mengekalkan keanggotaannya
dalam organisasi ( Lokman etl., 2008 ). Hal ini selari dengan kenyataan bahawa
komitmen juga dapat memberi interpretasi awal tentang penerimaan pekerja terhadap
organisasi melalui tingkah laku yang menjurus kepada peningkatan dalam
7
produktiviti ( Meyer & Allen 1997, Murray et. Al 1991). Berkaitan dengan
komitmen guru juga, tindakan pengetua mampu membentuk satu pasukan yang kerja
yang mantap dan berkesan (Khalidah, 2002 ; Messer, 2002; Ross, 2006). Kenyataan
para sarjana ini menunjukkan bahawa terdapatnya perkaitan antara pendekatan
kepimpinan pengetua dan guru besar yang berkesan dengan komitmen guru-guru di
sekolah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pengetua pada hari ini menghadapi pelbagai cabaran dalam era pendidikan
global pada hari ini. Bagi menyahut cabaran pendidikan dunia global pada hari ini,
pengetua terpaksa berdepan dengan pelbagai perkara baru yang pastinya menuntut
komitmen yang besar dan mempunyai kemahiran kepimpinan dalam melaksanakan
tugas mereka sebagai seorang pemimpin. Hal ini demikian kerana faktor kepimpinan
akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi atau sebaliknya (David, 2007)
kerana segala keputusan yang dibuat oleh organisasi adalah bergantung kepada visi
dan misi yang ingin dicapai oleh pemimpin dalam sesuatu organisasi.
Berkaitan dengan hal ini, apakah pendekatan kepimpinan yang telah digunakan
oleh pengetua di Malaysia bagi memastikan mereka memainkan peranan terbaik
sebagai pemimpin tertinggi di sekolah? Seorang pengetua yang berkesan dan
mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi akan berjaya memperoleh komitmen
guru-guru ke arah pencapaian matlamat (Stodgill, 1974). Menurut Ishak (2004;
2001) dan Flath & Findley (1992), pengetua dan guru besar adalah orang yang
penting di sekolah kerana mereka adalah ketua pengurus dan juga pemimpin.
Sebagai seorang pemimpin sewajarnya mereka mempunyai keupayaan
mempengaruhi guru-guru dalam melaksanakan tugas di sekolah. Namun, masih
terdapat isu yang menunjukkan kelemahan dalam kepimpinan pengetua di sekolah
8
apabila masih terdapat guru-guru yang tidak menunjukkan komitmen seperti
melanggar disiplin, mengabaikan tanggungjawab dan ingkar akan arahan ketua.
(Sarvinder, 2008). Hal ini menyebabkan usaha pengetua dalam menjayakan program
pendidikan di sekolah kurang berkesan.
Selain itu, terdapat beberapa perkara yang sering dikaitkan dengan kelemahan
kepimpinan di sekolah. Antara isu yang sering dibangkitkan ialah isu tentang
kewibawaan pengetua dan guru besar yang dilantik. Berkaitan dengan hal ini, kajian
oleh Fullan (2001), Deal dan Peterson (2000) serta Abdul Shukor Abdullah (2004)
dalam Lokman et. al (2008), menunjukkan terdapatnya beberapa kelemahan dalam
kepemimpinan pengetua yang berupaya mengendalakan pengurusan sekolah untuk
berfungsi dengan berkesan. Antaranya ialah stail kepimpinan pengetua yang sentiasa
merujuk kepada model birokratik menyebabkan mereka kabur akan peranan mereka
sebagai pemimpin yang perlu menjana komitmen guru terhadap sekolah. Contoh
amalan birokratik diamalkan di sekolah adalah dalam aspek penyampaian maklumat
terutama pengedaran surat-menyurat daripada pihak PPD atau JPN. Surat tersebut
akan dimaklumkan oleh pengetua kepada guru kanan untuk dimaklumkan oleh ketua
panitia kepada guru-guru yang lain. Akibatnya, berlakunya pembaziran masa dan
tenaga terutama apabila makluman tersebut berkaitan dengan tindakan segera. Oleh
itu, pengetua harus menggurangkan penggunaan model kepimpinan birokratik di
sekolah supaya supaya urusan sekolah dapat berjalan dengan lebih lancar.
Selain itu, kajian Azlin Norhani Mansor (2006), Foo Say Fooi (2003) dan
Daresh (2001) juga menunjukkan bahawa terdapat ramai pengetua yang masih
mendokong model pengurusan klasik sebagai model terbaik untuk mengurus
sekolah. Akibatnya, mereka cenderung kepada stail kepimpinan autokratik
menerusi peraturan formal, mengabaikan kehendak psikologi guru, terlalu
mengutamakan pencapaian akademik dan mengetepikan peranan sebagai pemimpin
yang dapat menjana modal insan yang berkualiti untuk tujuan pembangunan
pendidikan (Chan Yuen Fook 2004; Herbert 2006).
9
Hal tersebut sewajarnya diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan kerana stail
kepimpinan autokratik yang diamalkan oleh pengetua dan guru besar boleh
membawa kepada penekanan terhadap tugas semata-mata dan mengabaikan
keperluan unsur-unsur kemanusiaan terhadap stafnya. Seterusnya mengakibatkan
kurangnya komitmen dan kepuasan kerja guru terhadap kepimpinan pengetua atau
guru besar dan malah memberi tekanan kepada guru-guru . Menurut Abd. Rahim
(2006), meningkatkan kepuasan kerja guru adalah amat penting bagi mengurangkan
masalah di dalam pengurusan sumber manusia di tempat kerja. Lanjutan daripada
pandangan tersebut, Abd. Aziz Yusof (2006), menyatakan bahawa matlamat
memperkasa subordinat amat penting untuk membangunkan imaginasi, kreativiti
dan inovasi pekerja bagi meningkatkan prestasi organisasi. Pelaksanaan matlamat ini
akan membolehkan keputusan dapat dibuat dengan efektif, masalah dapat
diselesaikan dengan cepat dan tepat, mewujudkan pekerjaan yang mencabar,
memperkaya pekerjaan, memberi peluang kepada pentadbir menumpukan perhatian
terhadap tugas yang lebih kritikal dan meningkatkan motivasi, semangat kepimpinan
serta semangat bekerjasama. Pandangan tersebut memberikan gamabaran bahawa
pengetua dan guru besar juga seharusnya turut menggunakan pendekatan sumber
manusia di sekolah terutamanya berkaitan dengan pembangunan potensi guru dalam
usaha meningkatkan kualiti tugas mereka.
Menurut Lokman et.al (2008), laporan oleh Ariffin Ba’ada (2001) dan
Vischalache Balakrishnan telah melaporkan bahawa pengetua di Malaysia masih
mengamalkan komunikasi yang sehala, kurang berinteraksi dengan guru, tidak
melaksanakan autonomi guru malah jarang melaksanakan pengurusan pengupayaan
dianggap menjadi punca penurunan tahap komitmen guru terhadap sekolah ( Mansor
Abd. Aziz 2001; Harsat Abdul Rahman 2001). Hal ini tidak seharusnya dibiarkan
berterusan demikian. Bagi merealisasikan amalan kepimpinan yang berkesan,
kajian menunjukkan bahawa pengetua seharusnya sering menunjukkan tingkah laku
yang menekankan kepada tugas, tetapi dalam masa yang sama didapati pengetua
yang berkesan juga mengamalkan tingkah laku kemanusiaan seperti mesra, mudah
10
didekati, mudah diajak berbincang dan suka memberi perhatian kepada guru-guru
( Ishak Sin, 2004).
Amalan kepimpinan pengetua yang berkesan juga menekankan ciri pendekatan
politik dan simbolik dalam amalan kepimpinan. Antaranya ciri tersebut ialah
pengetua menghormati dan menghargai guru sebagai individu yang professional,
adil,, jujur, mengamalkan dasar pintu terbuka dan sedia mendengar apa-apa yang
dikatakan oleh guru-guru. Kepimpinan pengetua yang berkesan sentiasa menyokong
guru dalam hal-hal yang berkaitan dengan disiplin murid, sering menggalakkan
guru-guru meningkatkan amalan pengajaran di bilik darjah, sentiasa menetapkan
standard pencapaian yang tinggi, betindak sebagai motivator dan pembina pasukan
( Richards, 2003). Persoalannya, tidak semua mempunyai kemahiran sedemikian
dan sebahagian besar mereka tidak menerima latihan secukupnya sebelum dilantik
sebagai seorang pengetua. Oleh itu, sebagai seorang pengetua, harus menggunakan
pendekatan kepimpinan yang dapat menjalinkan hubungan yang baik antara pengetua
dengan guru seperti penggunaan kepimpinan sumber manusia.
Merujuk tentang kelemahan dalam kepimpinan pengetua, kajian tentang gaya
kepimpinan juga sering dikaitkan dengan stress dan ‘burnout’ di kalangan guru
(Adams 1988; Diehl 1999). Secara keseluruhan, dapatan kajian mereka
membuktikan bahawa peranan pengetua di sekolah kini hanya sebagai pentadbir dan
bukan pemimpin pendidikan profesional seperti yang diinginkan oleh Pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu mencakupi peranan sebagai pendidik,
pembimbing guru serta pemimpin yang dapat menjana kesetiaan guru supaya lebih
komited dan produktif (Abdul Shukor, 2004). Pengetua disarankan agar tidak hanya
bekerja sebagai pengurus dan pentadbir yang berkurung di biliknya mengeluarkan
arahan dan surat siaran (Hussein (1991) dalam Juhana Zailah (2007). Maka, isu ini
harus diatasi agar pengetua mampu memainkan peranan sebagai pemimpin bukan
pengurus semata-mata.
11
Kemahiran dan keterampilan kepimpinan pengetua telah diterima sebagai faktor
kritikal dalam menambah baik keberkesanan sekolah (Blase & Blase 2001). Oleh
itu, pengetua dan guru besar harus memimpin secara kreatif dan mempelbagaikan
stail kepimpinan agar dapat mempamerkan kepimpinan yang berkesan. Merujuk
Rahimah (2003); Ross (2006), dalam Lokman Tahir et.al (2008), pengetua dituntut
untuk mengamalkan stail kepimpinan yang pelbagai kerana setiap model
mempunyai kelemahan tersendiri. dan tidak semua model mampu digunakan dalam
semua konteks dan situasi. Pengetua yang bijak didapati mampu mengamalkan stail
kepimpinan yang sesuai berdasarkan situasi tanpa berpegang kepada satu stail
kepimpinan sahaja (Dunford et.al 2000). Hal ini demikian supaya pengetua dapat
memimpin sekolah ke arah kecemerlangan kerana kecemerlangan dan kejayaan
sekolah banyak dipengaruhi dan disebabkan oleh kepimpinan pengetua atau guru
besar yang berkesan ( Shahril, 2000).
Kajian tentang gaya atau stail kepimpinan pengetua dan guru besar
kebanyakannya berdasarkan tiga gaya utama iaitu kepimpinan demokratik,
kepimpinan autokratik, dan kepimpinan laissezfair. Selain itu, untuk menghadapi
isu-isu kepimpinan, Azamri (2007), dan Norhannan (2007), dan Jamaliah (2006)
dalam David etl. (2008) telah mencadangkan agar pengetua menggunakan
pendekatan gaya kepimpinan yang pelbagai dalam menyelesaikan sesuatu isu seperti
penaklukan, bekerjasama, penjauhan konflik, mengalah, bertolak ansur, dan gaya
komunikasi. Oleh itu, kajian lanjut tentang kepelbagaian stail kepimpinan pengetua
dan guru besar, diharapkan dapat menambah luas kajian tentang kelebihan
mengamalkan kepelbagaian stail kepimpinan supaya dapat membantu ke arah
kepelbagaian stail atau amalan kepimpinan pengetua di sekolah. Bolman dan deal
(1991; 2003) telah memperkenalkan model empat kerangka kepimpinan yang boleh
digunakan oleh pengetua berdasarkan situasi dan keperluan organisasi. Kajian
kepelbagaian stail kepimpinan berdasarkan empat kerangka kepimpinan Bolman dan
Deal di Malaysia kebanyakannya dipelopori oleh penyelidik dari UTM, Skudai.
12
Istilah kepimpinan berkait rapat dengan proses mempengaruhi. Keberkesanan
gaya kepimpinan seseorang boleh dilihat melalui komitmen yang diberikan oleh
pekerja terhadap organisasi. Ryska (2002), menyatakan bahawa gaya kepimpinan
banyak mempengaruhi tingkah laku pekerja dalam bekerja. Pendapat ini selari
dengan kenyataan Feinstein (2001) bahawa kesan dari komitmen yang tinggi dari
pekerja akan menampakkan hasil kerja yang berkualiti dan pekerja akan bekerja
dengan penuh bersemangat untuk mencapai matlamat organisasi.
Pendapat seterusnya berkaitan dengan hal ini, pihak pengurusan sesebuah
organisasi percaya bahawa bahawa apabila pekerja mempunyai komitmen yang
tinggi terhadap organisasi, secara tidak langsung mereka akan mempamerkan rasa
gembira di tempat kerja, mengurangkan masa yang tidak berfaedah dan tidak
cenderung untuk meninggalkan organisasi seterusnya aka memberi kesan kepada
produktiviti dan kualiti kerja yang positif (Singh dan Vinincomber, 2000).
Sebaliknya, sekiranya pekerja tidak memberikan komitmen sepenuhnya terhadap
organisasi pelbagai masalah yang akan timbul. Antaranya ialah datang lambat ke
pejabat, kerap ponteng kerja dan membuat kerja sambil lewa (Pelled, 1999).
Tuntasnya, kajian lanjut tentang pengaruh kepelbagaian kepimpinan pengetua dan
guru besar terhadap komitmen guru adalah perlu bagi menjana sekolah yang
berkesan dan cemerlang.
Kajian tentang kepimpinan juga telah membuktikan bahawa kepimpinan
memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk menjadikan sesebuah sekolah
itu berjaya dan mencapai prestasi yang tinggi ( Jo et. Al, 2010; Simone &
Uchiyama, 2003) dalam Jamilah etl. (2011). Kajian lepas telah menunjukkan
bahawa wujudnya hubungan antara kepimpinan dan pencapaian murid adalah secara
tidak langsung dan ia dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti penglibatan guru dan
kakitangan, budaya sekolah, penglibatan pelajar di sekolah, penglibatan ibu bapa,
komuniti, pihak pendidikan daerah dan negeri (Yu, Leithwood & Janthzi, 2002;
Swan, 2003). Ringkasnya, pemimpin sekolah secara tidak langsung perlu
mempunyai kemahiran politik dalam kepimpinannya bagi mendapatkan sokongan
13
pelbagai pihak di luar dan dalam organisasi untuk menjayakan matlamat sekolah.
Maka, kajian tentang kepelbagaian kepimpinan ini adalah perlu untuk melihat
adakah pengetua atau guru besar mengamalkan kepimpinan politik di samping stail
kepimpinan yang pelbagai.
Kepimpinan berkesan juga sering dikaitkan dengan ciri-ciri peribadi yang
dimiliki oleh seseorang pengetua atau guru besar. Banyak faktor yang boleh
dikaitkan dengan stail dan keupayaan seseorang pemimpin itu seperti faktor latar
belakang atau demografi pemimpin seperti jantina, latihan pengurusan, pengalaman,
dan sebagainya. Memetik daripada Lokman (2008) tentang pendapat beberapa
pengkaji dari luar negara (Pierce & Newstrome 2006; Rosser 2003; Rosser et. Al.
2003; Jury et. al. 1999; Pounder et. al. 2005; Fauske & Johnson 2003) menyatakan
bahawa faktor latar belakang pengetua seperti jantina, latihan pengurusan,
pengalaman pentadbiran dan jenis sekolah adalah pemboleh ubah yang dianggap
sering mempengaruhi stail kepimpinan pengetua. Berdasarkan kajian di Malaysia,
banyak kajian tentang faktor demografi pengetua dan guru besar. Namun, dalam
kajian ini, pengkaji akan melihat adakah latar belakang responden mempengaruhi
persepsi mereka terhadap amalan kepimpinan dominan yang diamalkan oleh
pengetua.
Antara isu berkaitan dengan kelemahan kepimpinan pengetua, Ariffin (2001)
mendapati bahawa pengetua di Malaysia masih mengamalkan komunikasi yang
sehala, kurang berinteraksi dengan guru, tidak melaksanakan autonomi guru malah
jarang-jarang melaksanakan pengurusan pengupayaan. Hal ini dianggap sebagai
punca kemerosotan tahap komitmen guru di sekolah. ( Harsat ; Mansor, dalam
Lokman 2007). Hubungan atau komunikasi yang jelas antara pengetua dan guru
amat penting bagi menjamin keberkesanan organisasi sekolah. Hubungan pemimpin
dengan pengikutnya dalam usaha pemimpin untuk mengawal situasi ke arah
matlamat dan objektif organisai merupakan faktor yang penting kerana taat setia,
pergantungan dan sokongan orang-orang yang bekerja di bawah seseorang pemimpin
14
adalah ditentukan oleh hubungan antara pemimpin dan subordinatnya. ( Fiedler ,
1967 dalam Ab. Kadir , 2000),
Isu lain berkaitan dengan kelemahan kepimpinan pengetua di sekolah ialah
amalan birokrasi dalam organisasi pendidikan. Ahli sosiologi Jerman Max Weber,
mengemukakan model birokrasi sebagai teori untuk mencari keberkesanan dan
efisiensi dalam pentas pengurusan organisasi. Dalam organisasi pendidikan di
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan organisasi berpusat yang
terbesar dengan lapisan hierarki sekolah, daerah, negeri, bahagian, dan kementerian,
mengandungi 300,000 ahli, 6 juta murid dan 10,000 sekolah. Kesan daripada
pembirokrasian yang berlebihan menjejaskan fungsi pengetua sebagai ‘site –
manager’. Hal ini menyebabkan konsep ‘lets manager manage’ telah terancam dari
menjadi amalan pengurusan (Abdul Shukor, 2004). Oleh itu, birokrasi harus
dikawal melalui pengupayaan dan pengurusan setempat. Dalam konteks di sekolah
pengetua harus menggunakan pendekatan kepimpinan yang sesuai dan pelbagai
untuk mengatasi kerenah birokrasi di sekolah.
Selain itu, dunia pendidikan pada hari ini juga mengalami gelombang
perubahan yang besar yang ditakrifkan sebagai “ Organizational Big Bang” ( Seriex,
1993). Dalam konteks pendidikan di negara kita, gelombang perubahan dalam
dunia pendidikan turut berlaku. Antaranya dengan kewujudan konsep sekolah
bestari yang menekankan kepada perubahan teknologi dan penggunaan computer
dalam pendidikan. Begitu juga kewujudan penarafan sekolah berdasarkan standard
kualiti pendidikan Malaysia, penganugerahan sekolah kluster, sekolah berprestasi
tinggi dan juga anugerah bai’ah atau ‘New Deal’ kepada sekolah-sekolah yang
berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dan terbilang dalam bidang akademik,
kokurikulum dan kemenjadian murid. Oleh itu, pengetua sekolah harus membina
kebolehan untuk mereka bentuk (The power of reframing) dan pelbagai rangka
pemikiran ( Multi-frame thinking) seperti yang dinyatakan oleh Bolman dan Deal
(1997) dalam penulisannya bertajuk “ The Power of Multi-Frame Thinking).
15
Dalam membincangkan peranan pengetua di sekolah, pengetua seharusnya
berusaha untuk untuk membina iklim dan budaya organisasi yang kondusif dan
seterusnya menjadikan beliau sebagai pemimpin yang unggul di sekolah (Abdul
Shukor, 2004). Hal ini demikian kerana pengetua dan iklim organisasi saling
mempengaruhi. Kajian menunjukkan stail atau amalan kepimpinan pengetua
menentukan keberkesanan sesebuah organisasi sekolah.
Dalam membincangkan komitmen guru, kajian emperikal menunjukkan
bahawa komitmen guru dalam bekerja banyak dipengaruhi oleh polisi pengurusan
atasan sekolah dan suasana kerja (Baron dan Greenberg, 1990 dalam Yahzanon etl.,
2011) . Kepimpinan sekolah yang tidak berkesan boleh memberi impak negatif
kepada komitmen guru. Ramai guru merasa tidak puas hati terhadap kepimpinan
sekolah tidak hadir ke sekolah, ponteng kelas, iaitu gejala yang dapat merosakkan
kemurnian profesionalisme keguruan di Malaysia (Zubaidah, 1999 dalam Lokman ,
2007).
Sejauh manakah kemerosotan tahap komitmen guru boleh memberi impak
negatif terhadap profesion perguruan? Dapatan Ibrahim Saad daripada Ishak (2001)
mendapati bahawa bahawa guru-guru yang baru tamat latihan kurang berdaya usaha,
kurang lasak dan mengada-ngada. Selanjutnya Awang Had dalam Lokman (2007),
ramai guru mempunyai sikap yang negatif terhadap tugas sebagai pendidik dan gagal
menerapkan elemen kasih sayang. Adakah kepimpinan pengetua antara faktor utama
hal ini berlaku? Chan (2000), terdapat pengetua yang kurang mempercayai guru,
tiada elemen kasih sayang dan tidak mempraktikkan autonomi guru ketika di sekolah
dalam kepimpinan mereka.
Maka, dalam menggalakkan prestasi serta komitmen kerja dan kepuasan kerja
yang tinggi, sokongan pihak pentadbir amat diperlukan ( Miskel,1997 dalam
Yahzanon etl. 2011 ). Hal ini demikian menjelaskan perkaitan antara pengurusan
16
atau kepimpinan yang berkesan dengan tahap komitmen guru. Guru-guru yang
mempunyai tahap komitmen yang tinggi sudah tentu dapat menyumbang ke arah
kecemerlangan sekolah.
Di Malaysia, kajian tentang kepimpinan pengetua dan komitmen guru belum
begitu menyeluruh. Antaranya kajian tentang gaya kepimpinan guru besar wanita
dan hubungannya dengan komitmen guru oleh Hassan (2009) , kajian tentang
oreintasi kepimpinan pengetua sekolah negeri Johor dan hubungannya dengan
komitmen guru oleh Lokman (2007). Kajian oleh Beh (2004), Yahzanon (2011)
dan Sharifah Noor (2001). Maka, kajian lanjut tentang hubung kait antara amalan
kepimpinan pengetua dan komitmen guru harus dikaji dengan lebih mendalam agar
faktor-faktor yang menjatuhkan komitmen guru dapat dikenal pasti dan seterusnya
pihak pengurusan sekolah dapat menyusun pelbagai langkah untuk menyuburkan
komitmen guru demi keberkesanan kepimpinan di sekolah.
Kamarudin Musa (1997), dalam kajiannya mendapati bahawa tidak terdapat
perkaitan yang signifikan antara kepimpinan pendidikan dengan pengurusan sumber
manusia. Hal ini menyebabkan kebanyakan guru di sekolah yang dikaji menghadapi
tugas dalam keadaan tertekan. Selanjutnya, perkara ini menyebabkan wujudnya
sikap negatif guru terhadap organisasi, ketiadaan kepuasan kerja, motivasi yang
rendah, pengabaian terhadap latihan, bakat dan minat terbiar dan ketiadaan
peningkatan mutu kerja. Oleh itu, dapatan itu memberi gambaran bahawa sebagai
seorang pemimpin di sekolah, pengetua tidak harus memfokus kepada tugas semata-
mata tetapi turut menggunakan pendekatan sumber manusia yang tidak menafikan
fitrah keinsanan dalam jiwa orang bawahannya.
Konklusinya, berdasarkan beberapa isu yang dinyatakan tentang stail
kepimpinan pengetua di sekolah, kajian ini akan membincangkan kepelbagaian stail
kepimpinan pengetua berdasarkan model empat kerangka kepimpinan Bolman dan
17
Deal (1999 ; 2003) dan cuba melihat hubungan antara amalan kerangka kepimpinan
multi dimensi itu dengan tahap komitmen guru di sekolah.
1.3 Penyataan Masaalah
Berdasarkan latar belakang masalah ini, jelas menunjukkan bahawa
kepelbagaian stail kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan komitmen guru
perlu dikaji dengan lebih teliti. Kepelbagaian stail kepimpinan pengetua dan guru
besar akan menyumbang kepada keberkesanan kepimpinan di sekolah dan seterusnya
mewujudkan sekolah yang cemerlang untuk bersaing dengan cabaran pendidikan
abad ke-21. Kajian ini akan melihat kepelbagaian stail kepimpinan pengetua dan
guru besar berdasarkan model empat kerangka kepimpinan. Kajian ini juga akan
melihat komitmen guru di sekolah yang dikaji dan melihat perkaitan dengan stail
kepimpinan dominan yang diamalkan oleh pengetua dan guru besar.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
1.4.1 Mengenal pasti amalan rangka kepimpinan yang paling dominan diamalkan
oleh pengetua dan guru besar di dua buah sekolah kluster kecemerlangan di
daerah Muar berdasarkan teori empat kerangka kepimpinan Bolman and
Deal.
1.4.2 Mengenal pasti tahap komitmen guru di dua buah sekolah di daerah Muar
berdasarkan empat rangka kepimpinan Bolman and Deal .
18
1.4.3 Mengenal pasti hubung kait antara amalan kerangka kepimpinan pengetua
dengan komitmen guru di dua buah sekolah menengah kluster di Daerah
Muar.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah amalan kerangka kepimpinan yang paling dominan diamalkan oleh
pengetua di dua buah sekolah menengah kluster di daerah Muar berdasarkan
teori kerangka kepimpinan Bolman and Deal?.
1.5.2 Apakah tahap komitmen kerja guru di dua buah sekolah menengah kluster
kecemerlangan di Daerah Muar?
1.5.3 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kerangka
kepimpinan pengetua dengan komitmen guru di dua buah sekolah menengah
kluster di Daerah Muar?
1.6 Hipotesis Kajian
Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerangka kepimpinan
sumber manusia pengetua dengan komitmen guru.
Ho2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerangka kepimpinan
politik pengetua dengan tahap komitmen guru.
Ho3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerangka kepimpinan
simbolik pengetua dengan tahap komitmen guru .
Ho4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kerangka kepimpinan
struktural pengetua dengan komitmen guru .
19
1.7 Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah salah satu usaha untuk menambah serta mengembangkan
pengetahuan tentang kepentingan kepelbagaian amalan kepimpinan oleh pengetua
dan guru besar di sekolah seterusnya membolehkan mereka bertindak untuk
melaksanakan tanggungjawabnya dalam suasana yang harmoni dan efisyen bagi
mendapatkan komitmen yang tinggi daripada guru-guru. Kajian juga diharapkan
menjadi panduan penyeliaan dan penilaian serta mencari beberapa alternatif dalam
menangani isu kepimpinan yang kurang berkesan.
Kajian ini juga diharapkan memberikan kepentingan kepada guru-guru. Guru-
guru akan lebih memahami kepelbagaian corak pengurusan dan pendekatan
kepimpinan pengetua. Oleh itu, guru-guru akan dapat mentafsirkan mengapa
pengetua mengamalkan tingkah laku sedemikian di sekolah. Dengan adanya sikap
saling memahami antara pemimpin dan guru-guru di sekolah, akan mewujudkan
satu pasukan kerja yang berkomitmen tinggi bagi menjayakan matlamat sekolah.
Kajian ini juga diharapkan dapat menjadi memberikan gambaran kepada pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk merangka kursus atau program yang
bersesuaian dengan keperluan guru besar atau pengetua di sekolah bagi
meningkatkan kredibiliti dan pengetahuan mereka tentang kepimpinan berkesan.
Selain itu, pengkaji-pengkaji akan datang juga diharapkan dapat memanfaatkan
kajian ini sebagai literatur tambahan jika mereka mengkaji isu yang sama atau yang
berkaitan dengannya. Mungkin juga kajian ini akan disambung oleh pengkaji akan
datang untuk melihat hubungan yang seterusnya.
20
1.8 Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan dalam kalangan guru-guru yang mengajar di dua buah
sekolah menengah kluster kecemerlangan di daerah Muar, Johor. Skop dan batasan
kajian hanya meninjau kepelbagaian amalan kerangka kepimpinan pengetua di
sekolah terlibat berdasarkan model empat rangka kepimpinan yang
diperkenalkan oleh Bolman dan Deal (1991; 2003). Tahap komitmen guru pula
diukur berdasarkan model Mowday et. al (1979). Seterusnya, melihat jika terdapat
perkaitan antara stail kepimpinan pengetua dengan tahap komitmen guru.
1.9 Kerangka Kajian
Kerangka kajian ini terdiri daripada dua aspek perbincangan iaitu kerangka
teori dan kerangka konseptual kajian. Kerangka konseptual kajian ini dibina
berdasarkan dua model iaitu Model Empat Kerangka Kepimpinan oleh Bolman dan
Deal (1991; 2003) dan Model Komitmen Organisasi oleh Mowday (1979).
1.9.1. Kerangka Teori kajian
Teori yang digunakan untuk kajian ini ialah Teori kepelbagaian kerangka
kepimpinan yang diperkenalkan oleh Bolman dan Deal (1991; 2003). Pengkaji
21
memilih model ini adalah kerana mendapati bahawa model ini dapat memberikan
gambaran yang lebih menyeluruh tentang kepelbagaian bentuk amalan kepimpinan
oleh pengetua. Hal ini demikian kerana berdasarkan model ini, Bolman dan Deal
91991; 2003) menyatakan bahawa kepimpinan sesebuah organisasi memerlukan
sebuah model kepimpinan yang lebih menyeluruh dan relevan dengan keperluan
organisasi pada era global ini yang semakin kompleks.
Model ini adalah lanjutan daripada model dua dimensi iaitu dimensi struktur
tugas dan timbang rasa yang telah diperkenalkan oleh beberapa orang pengkaji
sarjana kepimpinan seperti Fiedler, Hersey dan Blanchard serta Blake dan
Mouton ( dalam Lokman 2007). Bolman dan Deal (1991), berpendapat bahawa
model kepimpinan dua dimensi kurang relevan kerana model tersebut tidak
menerapkan dimensi politik dan simbolik dalam kerangka kepimpinan mereka.
Bolman dan Deal (1991) berpendapat bahawa amalan kepimpinan multi –dimensi
dapat membantu seseorang pemimpin untuk memahami dan menyelesaikan masalah
organisasi dengan lebih jelas dan terperinci. Oleh itu, Bolman dan Deal (1991),
telah menghasilkan empat rangka kepimpinan seperti berikut :
i. Kepimpinan Struktural yang merujuk kepada tingkah laku
pemimpin yang mengutamakan produktiviti dan pengurusan yang
cekap. Organisasi yang cekap dianggap mempunyai matlamat yang
jelas, melaksanakan pengkhususan berdasarkan tugasan dan hubungan
formal. Pemimpin juga memberi penjelasan tentang sesuatu tugas serta
menuntut akauntabiliti pengikut terhadap hasilan. Pemimpin turut
menguatkuasakan peraturan organisasi sebagai proses penghasilan tenaga
kerja yang berdisiplin dan dedikasi. Proses penilaian pula dilakukan
bertujuan memastikan setiap tugas dilaksana mengikut piawaian dan
kerangka yang betul.
22
ii. Kepimpinan Sumber Manusia merujuk kepada tingkah laku
pemimpin yang menumpukan perhatian kepada keperluan staf organisasi,
iaitu merupakan sumber utama dalam mencapai kejayaan organisasi.
Pemimpin perlu menitikberatkan hubungan dengan pekerja melalui
gelagat kepimpinan termasuk memberi motivasi, membimbing dan
mempraktikkan automoni pekerja dalam tugas serta melaksanakan
pengupayaan.
iii. Kepimpinan Politik menganggap organisasi sebagai arena untuk
menguasai sumber yang terhad. Konflik dalam organisasi adalah suatu
fenomena biasa yang tidak dapat dielakkan dan kuasa adalah merupakan
sumber utama kepada pemimpin dalam meluaskan pengaruhnya.
Pemimpin akan menggunakan pendekatan kepimpinan politik untuk
menangani konflik dalam organisasi melalui sokongan, perundingan,
membina hubungan, melakukan penyatuan dengan staf dan
membugarkan hubungan dengan individu berpengaruh serta institusi di
sekitarnya. Tindakan politik juga dirujuk sebagai keperluan mengurus dan
menyelesaikan konflik dalam organisasi.
iv. Kepimpinan Simbolik merujuk kepada situasi apabila pemimpin melihat
organisasi sebagai realiti sosial yang mementingkan budaya. Organisasi
dianggap beroperasi sebagai ‘pentas’ dan pemimpin serta staf adalah
watak utamanya. Pemimpin juga berperanan membina kepercayaan,
menerapkan nilai murni dan ketaatan melalui budaya organisasi yang
membawa kepada perkongsian matlamat melalui upacara organisasi.
Pemimpin juga menekankan konsep kesatuan identiti melalui matlamat
dan upacara organisasi.
Seterusnya, bagi mengukur aspek komitmen guru terhadap organisasi pengkaji
telah menggunakan Model Komitmen Mowday et. al (1979) yang digunakan dalam
kajian oleh Patimah Ibrahim (2007). Mowday menjelaskan komitmen sebagai
elemen psikologi hasil interaksi pekerja dengan pemimpin melalui proses
23
kepimpinan. Menurut beliau, apabila wujud hubungan positif antara pekerja dengan
gaya kepimpinan pengetua, kepuasan kerja akan terhasil dan komitmen pekerja
terhadap organisasi akan meningkat. Mowday et. al (1982), telah membahagikan
model komitmen ini kepada tiga dimensi utama iaitu :
i. kepercayaan dan penerimaan terhadap matlamat organisasi.
ii. kesanggupan berusaha untuk organisasi.
iii. keinginan untuk mengekalkan keahlian.
Dalam mengukur aspek komitmen guru, soal selidik terdiri daripada 28 item
yang merangkumi komitmen guru terhadap tugas guru, komitmen terhadap tugas
mengajar, komitmen terhadap profesion perguruan , dan komitmen terhadap
kumpulan kerja yang secara keseluruhannya menggambarkan tahap komitmen
seseorang terhadap organisasi.
1.9.2 Kerangka Konseptual Kajian
Bagi tujuan kajian penulisan ini, berdasarkan penggunaan Model Kepimpinan
Bolman dan Deal (1991; 2003) dan Model Komitmen Organisasi oleh Mowday et. al
(1979), kerangka konsep kajian yang dicadangkan adalah seperti berikut dalam
rajah 1.1 :
24
Rajah 1.1 Sumber : Ubah suai daripada Model Bolman and Deal (1991;2003) dan
model komitmen oleh Mowday et al.(1979)
Secara ringkasnya, kerangka konsep kajian ini terdiri daripada dua komponen
utama iaitu amalan kerangka kepimpinan dominan yang diamalkan oleh pengetua
yang diukur dengan menggunakan model Bolman dan Deal (1991; 2003). Perincian
kerangka model kepimpinan ini adalah berlandaskan empat kerangka kepimpinan
yang dicadangkan iaitu kepimpinan politik, sumber manusia, simbolik dan
struktural seperti yang telah dijelaskan dalam kerangka teori kajian.
Kerangka konsep komitmen pula adalah merujuk kepada tahap komitmen
guru-guru di sekolah dan akhirnya melihat hubung kait antara amalan kerangka
AMALAN KERANGKA KEPIMPINAN DOMINAN
PENGETUA
(BOLMAN DAN DEAL, 1991;2003)
STRUKTURAL (Pengurusan yang cekap)
POLITIK (Konflik dan persaingan )
SUMBER
MANUSIA (Keperluan individu)
SIMBOLIK
(Budaya dan
identiti)
KOMITMEN GURU TERHADAP SEKOLAH
‐ Penerimaan terhadap matlamat sekolah ‐ Keinginan mengekalkan keahlian dalam sekolah ‐ Kesanggupan berusaha untuk sekolah.
Hubungkait
25
kepimpinan dominan dengan komitmen guru. Berdasarkan dapatan pengkaji sebelum
ini, kepelbagaian stail kepimpinan pengetua turut mempengaruhi komitmen guru.
.
1.10 Definisi Istilah
1.10.1 Amalan Kepimpinan
Ainon (2005), menjelaskan gaya kepimpinan sebagai cara seseorang itu
berfikir, sikapnya dan tingkah lakunya dan amalan kepimpinan yang baik bergantung
kepada amalan kepimpinan seseorang pengetua. Seterusnya, Aminuddin (1994)
merujuk gaya kepimpinan sebagai ketekalan matlamat dan keperluan dalam situasi-
situasi yang berbeza. Ahmad Atory (1986), merujuk amalan gaya kepimpinan
sebagai kejayaan seseorang memimpin orang lain untuk melaksanakan satu-satu
kerja yang diarahkan, pencapaian satu-satu objektif atau matlamat.
Jelasnya, amalan kepimpinan merupakan cara seseorang pemimpin
menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi pekerja supaya
bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. Selain itu, amalan kepimpinan
merupakan perlakuan, stail, cara atau orientasi kepimpinan pemimpin dalam
mengurus, memimpin dan mentadbir organisasi ke arah mencapai matlamat, visi dan
misi sesebuah organisasi. Dalam kajian ini merujuk kepada amalan stail kepimpinan
pelbagai berdasarkan empat kerangka kepimpinan Bolman dan Deal iaitu melimputi
kepimpinan sumber manusia, kepimpinan struktural, kepimpinan politik dan
kepimpinan simbolik.
26
1.10.2 Kerangka kepimpinan Dominan
Rangka kepimpinan dominan bermaksud stail atau amalan kepimpinan yang
paling kerap diamalkan oleh pengetua beradasrkan penilaian guru. Rangka
kepimpinan dominan adalah diukur berdasarkan nilai skor min yang tertinggi dan
terdiri samaada daripada kerangka sumber manusia, struktural, politik, dan
simbolik.
1.10.3 Pengetua
Pengetua ialah orang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan proses
tindakan, menentuakn matlamat dan proses menggerakkan anggota bagi memastikan
operasi harian di sekolah dapat berjalan dengan lancar dan berkesan (Azlin, 2004).
Pengetua sekolah adalah merupakan kakitangan yang terpenting di peringkat
sekolah kerana peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus sekolah.
Pengetua merupakan jawatan yang tertinggi di peringkat sekolah menengah, dilantik
oleh Kementerian Pendidikan, bertanggungjawab atas apa yang berlaku di sekolah
dan persekitarannya (Jemaah Nazir Sekolah-sekolah Persekutuan, kementerian
Pendidikan, 1993). Secara ringkasnya, peranan pengetua sebagai pemimpin di
sekolah adalah dalam konteks yang sama seperti yang dinyatakan di atas.
Dalam kajian ini, pengetua berfungsi sebagai ketua dalam mengurus dan
mentadbir sesebuah sekolah. Setiap pengetua mempunyai gaya kepimpinan
tersendiri yang diimplikasikan dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Pengetua
yang dikaji ialah pengetua di dua buah sekolah menengah Kluster kecemerlangan di
daerah Muar.
27
1.10.4 Sekolah Kluster Kecemerlangan
Hussein Mahmood (1993), menyatakan bahawa sekolah cemerlang
bukanlah sekolah yang establish atau primer tetapi sekolah yang dapat menghasilkan
pencapaian akademik yang tinggi, kurang menghadapi masalah disiplin dan
mendapat kepercayaan di kalangan masyarakat dan guru-guru merasa puas hati
bekerja. Sekolah yang cemerlang menurut Abd. Karim Md. Noor (1993), adalah
sekolah yang efektif atau sekolah berkesan. Oleh itu dalam konteks di Malaysia,
antara sekolah yang cemerlang ialah sekolah yang telah diberikan pengiktirafan
sebagai sekolah berprestasi tinggi (SBT) dan sekolah kluster untuk dijadikan sebagai
penanda aras kepada sekolah lain.
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti
cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan dan kemenjadian murid.
Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam
sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh
sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya. Pemilihan
sekolah kluster perlu memenuhi prasyarat dan syarat berikut :
i. Sekolah mestilah mencapai sekurang-kurangnya taraf cemerlang
berdasarkan Standard kualiti pendidikan Malaysia (SKPM).
ii. Bagi sekolah menengah, gred purata sekolah (GPS) untuk
peperiksaan awam Penilaian Menengah rendah (PMR) dan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) 3 tahun berturut-turut :
• SBP : GPS 2.50 dan ke bawah.
• SMKA : GPS 3.00 dan ke bawah
• SMT : GPS 4.00 dan ke bawah
• SM Harian : GPS 4.00 dan ke bawah.
28
Bagi sekolah rendah ,
• 80% dan ke atas murid lulus semua mata pelajaran dalam Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR);
• Peratus kelulusan menunjukkan peningkatan, atau
• GPS UPSR ialah 2.00 dan ke bawah dalam tempoh 3 tahun
kebelakangan berturut-turut.
Syarat pemilihan bagi sekolah kluster iaitu :
• Kecemerlangan murid dalam aspek akademik, kokurikulum dan
sahsiah.
• Pengurusan sekolah berwawasan dan berkesan.
• Pembangunan sumber terurus dan digunakan secara optimum.
• Pemimpin sekolah mengamalkan kepimpinan berkualiti.
• Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
• Iklim sekolah kondusif untuk pembangunan modal insan.
• Keberkesanan pelaksanaan program kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM).
• Sekolah berperwatakan.
Dalam kajian ini, sekolah kluster yang akan dikaji adalah merujuk kepada dua
buah sekolah menengah kluster di daerah Muar.
1.10.5 Komitmen Kerja Guru
Komitmen menurut Mowday, et al. (1982), merupakan satu kesetiaan
penerimaan terhadap matlamat dan nilai sesebuah sekolah. Hal ini demikian ,
bermaksud bahawa setiap guru perlu mempunyai kesediaan untuk menyumbangkan
29
tenaga dalam pelbagai bentuk bagi pihak sekolah dan penerimaan mereka untuk
kekal sebagai ahli atau pekerja dalam sekolah yang diwakili.
Konsep komitmen dalam kajian ini dilihat dari segi komitmen guru di dua buah
sekolah menengah kluster kecemerlangan yang dikaji.
1.10 Kesimpulan
Konklusinya, kepimpinan yang pelbagai dijangkakan dapat menyumbang
kepada keberkesanan sekolah. Kepimpinan guru besar dan pengetua yang pelbagai
akan menghasilkan organisasi sekolah yang berkesan dan mencapai matlamatnya.
Kesannya, pelbagai perubahan positif akan berlaku di sekolah. Sehubungan dengan
hal ini, kajian ini diharapkan akan dapat memberi panduan kepada guru besar dan
pengetua tentang pentingnya kepelbagaian amalan kepimpinan ketika melaksanakan
tugas mereka sebagai pemimpin di sekolah dan secara tidak langsung, isu yang
dibincangkan dalam kajian ini akan berguna untuk pihak kementerian bagi
menambah baik latihan kepimpinan yang diberikan kepada guru besar dan pengetua.
Hal ini penting kerana guru besar dan pengetua dalam era pendidikan global ini
terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan daya saing yang tinggi dalam usaha
merealisasikan hasrat pendidikan negara pada alaf baru.
top related