utpsz 19:16 (pind.1/97)€¦ · di sekolah menengah kebangsaan akademik di zon melaka tengah,...
Post on 14-Jul-2020
28 Views
Preview:
TRANSCRIPT
1
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN
RENDAH DALAM MATAPELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA.
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya HASSURIYAWATI BINTI JOHARY (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh
________ ___ ______ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: 641-1 BATU 2 ¾ , ENCIK AMIRMUDIN BIN UDIN KAMPUNG PADANG TEMU 75050 MELAKA. Tarikh: __12 MAC 2004_____ Tarikh:_ 12 MAC 2004_____
2
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)”.
Tandatangan : .
Nama Penyelia : EN. AMIRMUDIN BIN UDIN
Tarikh : 12 MAC 2004 .
i
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN RENDAH
DALAM MATAPELAJARAN LUKISAN KEJURUTERAAN
DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AKADEMIK
DI ZON MELAKA TENGAH, MELAKA
HASSURIYAWATI BINTI JOHARY
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan ( Kejuruteraan Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nurkilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .
Nama Penulis : HASSURIYAWATI BINTI JOHARY
Tarikh : 12 MAC 2004 .
iii
DEDIKASI
Teristimewa buat bonda,
Rogaya Binti Khamis
Dikaulah segalanya bagiku
Akan ku kenang jasa budimu
Akan ku abadikan kasih sayangmu
Buat kekanda serta adinda-adinda ku
yang amat dikasihi,
terima kasih atas segala sokongan kalian
Untuk yang disayangi
Salamulamin Bin Mohd Amin serta keluarga
Dikaulah penyeri hidupku, penawar resahku
Kejayaan ini milik kita bersama
Teman-teman seperjuangan
Kalian adalah semangatku
Terima kasih segalanya
Ya Rahman Ya Rahim
Maha Pemurah Maha Penyayang
iv
Ku Bersyukur kehadrat Mu, Ya Allah
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek
Sarjana Muda, Encik Amirmudin bin Udin atas bimbingan dan dorongan yang diberi
sepanjang tempoh penyelidikan projek Sarjana Muda ini.
Ribuan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri
Melaka yang telah memberi keizinan untuk menjalankan penyelidikan ini.
Kerjasama daripada pihak sekolah yang terlibat bagi pihak pengetua-
pengetua, guru-guru, pelajar-pelajar dan rakan-rakan seperjuangan amatlah dihargai.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Matapelajaran Lukisan Kejuruteraan telah diperkenalkan di sekolah-sekolah
akademik biasa mulai tahun 1995. tetapi pencapaian pelajar dalam matapelajaran ini
masih berada pada tahap rendah. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor
yang mempengaruhi pencapaian rendah pelajar dalam matapelajaran Lukisan
Kejuruteran. Sampel kajian adalah terdiri daripada 165 orang pelajar tingkatan 4
yang mengikuti kelas Lukisan Kejuruteraan di Sekolah Menengah Kebangsaan
Sungai Rambai, Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum, Sekolah Menengah
Kebangsaan Klebang Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka,
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi
Perempuan Melaka dan Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara.
Penyelidik telah memilih kaedah tinjauan menggunakan instrumen soal selidik. Data-
data diproses dan dianalisis menggukan Statistical Package For Social Science
(SPSS) 11.5 for windows dan dinyatakan dalam bentuk peratus dan min. Kajian ini
mendapati tiga faktor yang telah ditetapkan oleh penyelidik iaitu faktor ibu bapa,
pengajaran guru dan persekitaran kelas mempengaruhi pencapaian rendah pelajar
dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan. Manakala hanya faktor minat sahaja
tidak mempengaruhi pencapaian rendah pelajar dalam matapelajaran Lukisan
Kejuruteraan.
vi
ABSTRACT
Technical drawing was first introduced to ordinary academic schools since
1995, but the students’ achievement on the subject was still below average. This
study was conducted to identify the main factors that influence the studens’ low
achievement on the subject. Research samples are 165 form 4 student who took the
technical drawing class in Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Rambai, Sekolah
Menengah Kebangsaan Dang Anum, Sekolah Menengah Kebangsaan Klebang
Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka, Sekolah Menengah
Kebangsaan Seri Kota, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaka
and Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara. Researcher has decided to use
questionnaire as survey method. All data are processed and analyzed using the
Statistical Package for Science Social 11.5 (SPSS) and shown as percentage and
average. For this study, researcher has recognized three main factors that gave
influence on the students’ low achievement in the technical drawing subject. The
factors are parent, teaching and learning and also class environment. Meanwhile only
students’ interest did not influence the low achievement in technical drawing subject.
vii
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT
Halaman Judul i
Halaman Pengakuan ii
Halaman Dedikasi iii
Halaman Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Halaman Kandungan vii
Senarai Jadual xi
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Persoalan Kajian 5
1.5 Objektif Kajian 6
1.6 Skop Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Kepentingan Kajian 7
viii
1.9 Definisi Istilah 9
1.9.1 Sekoleah Menengah Kebangsaan Akademik 9
1.9.2 Lukisan Kejuruteraan 9
1.9.3 Pencapaian 10
1.9.4 Pelajar 10
1.9.5 Minat 10
1.9.6 Pengajaran 11
1.9.7 Keluarga 11
1.9.8 Persekitaran 12
1.10 Penutup 12
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 13
2.2 Faktor Minat Pelajar 14
2.3 Faktor Pengajaran guru 16
2.4 Faktor Dorongan Ibu Bapa 19
2.5 Persekitaran Sekolah 21
2.6 Penutup 22
BAB III METODOLOGI
3.1 Pendahuluan 23
3.2 Reka Bentuk Kajian 24
3.3 Tempat Kajian 24
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 24
3.5 Instrumen Kajian 25
3.5.1 Bahagian A 26
3.5.2 Bahagian B 26
3.6 Prosedur Kajian 27
3.7 Kajian Rintis 28
ix
3.8 Kaedah Analisis Data 29
3.8.1 Kaedah Analisis Data Bahagian A 29
3.8.2 Kaedah Analisis Data Bahagian B 30
3.9 Penutup 32
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pendahuluan 33
4.2 Analisis Data 34
4.2.1 Keputusan Analisis Data Bahagian A 34
4.2.1.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 35
4.2.1.2 Taburan Responden Mengikut 36
Jantina
4.2.1.3 Taburan Responden Mengikut 37
Keturunan/Bangsa
4.2.1.4 Taburan Responden Mengikut 38
Tempat Tinggal
4.2.1.5 Taburan Responden Mengikut 39
Pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun
2003Lukisan Kejuruteraan Terkini
4.2.2 Keputusan Analisis Data Bahagian B 40
4.2.2.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 41
4.2.2.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 44
4.2.2.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 47
4.2.2.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 50
4.2.2.5 Dapatan Persoalan Kajian 5 53
4.3 Penutup 54
x
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 55
5.2 Rumusan Dapatan kajian 55
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 56
5.3.1 Perbincangan Persoalan 1 57
5.3.2 Perbincangan Persoalan 2 58
5.3.3 Perbincangan Persoalan 3 60
5.3.4 Perbincangan Persoalan 4 62
5.4 Cadangan Kajian 63
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64
5.6 Penutup 65
RUJUKAN 66
LAMPIRAN A - Data JPN Melaka 71
LAMPIRAN B - Analisis Data 76
LAMPIRAN C - Surat Kebenaran Bhagian EPRD 82
Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri
Surat Perakuan Diri Fakulti Pendidikan
LAMPIRAN D - Soal Selidik 88
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Peratus mengikut gred bagi matapelajaran Lukisan 4
Kejuruteraan di dalam peperiksaan SPM dari tahun
1999 hingga 2002
3.1 Taburan Bilangan Sampel Mengikut Sekolah 25
3.2 Taburan No Item Soalan Mengikut Persoalan Kajian 26
3.3 Skala Lima Mata Berdasarkan Skala Likert 27
3.4 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratus 30
3.5 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peringkat 30
Skala Lima Mata
3.6 Tahap Penilaian Berdasarkan Min 31
4.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 35
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 36
4.3 Taburan Responden Mengikut Keturunan/Bangsa 37
4.4 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 38
xii
4.5 Taburan Responden Mengikut Pencapaian Lukisan 39
Kejuruteraan Terkini
4.6 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi 41
Pengaruh Minat Terhadap Pencapaian Lukisan
Kejuruteraan
4.7 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi 44
Pengaruh Pengajaran GuruTerhadap Pencapaian
Lukisan Kejuruteraan
4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi 47
Pengaruh Ibu BapaTerhadap Pencapaian Lukisan
Kejuruteraan
4.9 Taburan Responden Mengikut Peratus Dan Min Bagi 50
Pengaruh Persekitaran KelasTerhadap Pencapaian
Lukisan Kejuruteraan
4.10 Hubungan Di Antara Faktor Yang Dikaji Dengan 53
Pencapaian Lukisan Kejuruteraan
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Wawasan 2020, menghasratkan kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara
perindustrian dengan masyarakat bersatupadu, progresif dan makmur, dinamis serta
mempunyai keyakinan diri dan daya ketahanan yang tinggi. Antara kriteria penting
yang perlu diambil kira ialah dengan melahirkan tenaga mahir yang bersesuaian dan
mencukupi bagi menampung perkembangan sektor perindustrian yang semakin
berkembang. Bagi merealisasikan usaha ini, pendidikan memainkan peranan yang
penting dalam membina semangat jati diri setiap individu bagi mengejar kemajuan
dalam semua bidang kehidupan sejajar dengan perkembangan dan kemajuan teknologi
semasa. Negara memerlukan masyarakat yang celik terhadap sains dan teknologi, serta
mempunyai daya saing yang tinggi dan berpandangan luas. Di samping itu, kita juga
perlu mampu menjadi pengguna teknologi yang bijak serta dapat menyumbangkan
tenaga kepada tamadun saintifik dan teknologi pada masa depan.
Di Malaysia, pendidikan teknik dan vokasional bermula semenjak tahun 1930
yang diberi nama sebagai Technical Trade School. Berasaskan daripada Technical
Trade School inilah Sekolah Menengah Vokasional (kini dikenali sebagai Sekolah
Menengah Teknik) mula ditubuhkan selepas Sistem Pendidikan Aneka Jurusan
diperkenalkan pada tahun 1965 (Mok Soon Sang, 2002).
2
Memandangkan sistem pendidikan banyak dipengaruhi oleh perkembangan dan
perubahan teknologi, matapelajaran Teknikal dan Vokasional adalah merupakan salah
satu daripada kursus yang penting dalam melahirkan generasi berteknologi untuk negara.
Sehubungan dengan itu, perancangan kurikulum yang baik perlulah mengambil kira
pelbagai pertimbangan, pandangan, keperluan, maklumbalas dan lain-lain perkara bagi
mencapai matlamat pelajaran itu sendiri. Kurikulum yang baik dan mantap perlu
diubahsuai dari masa ke semasa bagi mengikut keperluan dan perkembangan teknologi
moden..
Lukisan Kejuruteraan adalah merupakan satu matapelajaran yang penting kepada
para pelajar yang mengikuti aliran Teknikal dan Vokasional. Namun begitu bagi
pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Akademik selain daripada mengambil
matapelajaran teras, mereka juga terpaksa mengambil matapelajaran elektif. Antara
matapelajaran elektif yang di tawarkan dalam persijilan terbuka ialah matapelajaran
Lukisan Kejuruteraan.
Objektif penawaran mata pelajaran elektif kejuruteraan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Akademik adalah supaya pelajar aliran akademik dapat bersaing dengan
pelajar sekolah teknik dalam pengajiannya dalam bidang kejuruteraan di pusat pengajian
tinggi di peringkat awalnya. Disamping itu juga memberi peluang kepada pelajar
sekolah akademik mengambil matapelajaran kejuruteraan walaupun tidak mampu untuk
meneruskan pengajian di aliran kejuruteraan di sekolah teknik.
Memandangkan matapelajaran Lukisan Kejuruteraan merupakan cabang
kejuruteraan dan matapelajaran aliran teknikal. Oleh itu, tahap pencapaian pelajar di
Sekolah Menengah Kebangsaan Akademik harus dipantau. Bertujuan melihat
kesesuaian matapelajaran teknikal itu diajar serta keberkesanannya bagi melahirkan
generasi yang celik terhadap sains dan teknologi.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Perkembangan dan Pembangunan Kurikulum dalam Kementerian Pendidikan
telah merancang dan menggubal semula kurikulum yang diajar di sekolah-sekolah bagi
meningkatkan lagi tahap pembelajaran sedia ada. Matapelajaran Lukisan Kejuruteraan
merupakan salah satu matapelajaran elektif baru dalam Kumpulan II (Vokasional dan
Teknikal) mula diperkenalkan bagi Tingkatan 4 dan 5 dalam Program Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di sekolah-sekolah akademik harian mulai pada
tahun 1995 (Kementerian Pendidikan, 1993).
Pencapaian akademik seseorang pelajar biasanya berkait rapat dengan
pencapaian peperiksaan. Hasil peperiksaan biasanya dicatatkan dalam sijil atau
dokumen yang disahkan. Adalah menjadi hasrat semua, di mana pencapaian dalam
akedemik merupakan matlamat utama hasil dari pengajaran dan pembelajaran di
sekolah.
Pencapaian akademik pula berkait rapat dengan proses pengajaran dan
pembelajaran yang dipengaruhi oleh berbagai faktor dalaman dan juga luaran. Faktor-
faktor dalaman ini lebih dikenali sebagai pengaruh psikologi di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Menurut Suradi (1991), antara faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik ialah faktor kualiti pembelajaran, kedudukan sosio ekonomi,
kecukupan kelengkapan dan kemudahan belajar, sikap dan tabiat belajar dan keadaan
persekitaran.
Pelajar yang pintar adalah pelajar yang dapat merancang aktiviti dengan betul
sama ada kegiatan akademik mahu pun sosial. Kemahiran pembelajaran yang berkesan
juga turut memainkan peranan yang penting bagi mengelakkan pembaziran tenaga dan
masa (Hassan,1997). Minat terhadap aktiviti pembelajaran perlu ditekankan dari
peringkat awal sesuatu pembelajaran kerana ia merupakan tunjang pada usaha yang
dilakukan. Pengaruh ibu bapa juga penting untuk menggerakkan seseorang bagi
meningkatkan pencapaian akademik mereka.
4
Setelah sembilan tahun matapelajaran Lukisan Kejuruteraan ini diperkenalkan,
pencapaian masih pada tahap yang rendah. Ini adalah berdasarkan analisis keputusan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan di tiga buah
Sekolah Menengah Kebangsaan Akademik yang dipilih untuk 4 tahun iaitu dari 1999
hingga 2002 disertakan untuk pemerhatian (Rujuk Lampiran A).
Jadual 1.1 : Peratus mengikut gred bagi matapelajaran Lukisan Kejuruteraan di
dalam peperiksaan SPM dari tahun 1999 hingga 2002.
GRED (%)
SEKOLAH
1A – 2A
(%)
3B – 6C
(%)
7D – 8E
(%)
9G (%)
1999 0.0 13.8 24.1 62.1
2000 0.0 13.8 31.0 55.2
2001 0.0 23.3 33.3 43.4
SMK SUNGAI
RAMBAI
2002 0.0 46.3 17.9 35.7
1999 0.0 17.6 41.2 41.2
2000 8.3 83.3 8.3 0.0
2001 0.0 13.3 20.0 66.7
SMK
NYALAS
2002 0.0 8.3 33.3 58.4
1999 0.0 19.0 23.8 52.7
2000 0.0 27.3 22.7 50.0
2001 4.6 13.6 40.9 42.9
SMK DATO
HAJI TALIB
KARIM 2002 0.0 27.8 55.6 16.7
Sumber : Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.
Jadual 1.1 menunjukkan analisis keputusan peperiksaan SPM bagi mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan dari tahun 1999 hingga 2002 bagi tiga buah sekolah
menengah sekitar Melaka. Merujuk kepada jadual di atas dapat dilihat dengan jelas
bahawa peratus pencapaian bagi ketiga-tiga sekolah, 9G (gagal) mencatatkan peratus
5
tertinggi secara keseluruhan bagi empat tahun. Manakala peratus bagi pencapaian 1A-
2A mencatatkan peratusan yang paling rendah sehingga 0.0%. Ini jelas menunjukkan
pencapaian SPM bagi matapelajaran Lukisan Kejuruteraan di Sekolah Menengah
Kebangsaan Akademik di Negeri Melaka masih berada pada tahap rendah.
Adakah pencapaian seperti ini perlu dibiarkan? Melihat kepada masalah ini
penyelidik amat berminat untuk mencari dan mengenalpasti punca sebenar masalah
pencapaian pelajar dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan ini. Penyelidik ingin
mengkaji faktor yang mungkin dapat mempengaruhi pencapaian pembelajaran pelajar
seperti faktor minat, pengajaran guru, ibu bapa dan keadaan persekitaran kelas.
Penyelidik akan merangka dan menilai semua maklumat yang bakal dikutip. Analisis
yang lebih mendalam akan dibuat untuk tujuan mencari penyebab sebenar fenomena ini.
Penyataan dan kesimpulan yang didapati akan digunakan sebagai landasan bagi
mengurangkan kelemahan ini dan seterusnya mengambil tindakan susulan bagi
membendung masalah ini di masa depan.
1.3 Penyataan Masalah
Apakah faktor-faktor yang menyebabkan tahap pencapaian pelajar- pelajar
tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Akademik di Melaka dalam mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan berada pada tahap rendah?.
1.4 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini penulis mengemukakan beberapa persoalan bagi menentukan
objektif kajian tercapai di antaranya ialah:
6
i) Adakah faktor minat mempengaruhi pencapaian rendah pelajar dalam
matapelajaran Lukisan Kejuruteraan ?
ii) Adakah faktor pengajaran guru mempengaruhi pencapaian rendah pelajar
dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan ?
iii) Adakah faktor ibu bapa mempengaruhi pencapaian rendah pelajar dalam
matapelajaran Lukisan Kejuruteraan ?
iv) Adakah faktor persekitaran kelas mempengaruhi pencapaian rendah pelajar
dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan.
v) Adakah terdapat hubungan di antara keempat- empat faktor yang dikaji
dengan tahap pencapaian pelajar dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan.
1.5 Objektif Kajian
Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Akademik di Negeri Melaka. Secara khususnya kajian
bertujuan untuk:
i) Mengenalpasti minat pelajar terhadap matapelajaran Lukisan Kejuruteraan.
ii) Mengenalpasti penerimaan pelajar terhadap teknik pengajaran guru dalam
matapelajaran Lukisan Kejuruteraan.
iii) Mengenalpasti pengaruh ibu bapa terhadap pelajar dalam matapelajaran
Lukisan Kejuruteraan.
iv) Mengenalpasti keadaan persekitaran kelas untuk proses pengajaran dan
pembelajaran Lukisan Kejuruteraan.
top related