wasatiyyah dalam konteks kebebasan beragama
Post on 27-Jan-2016
66 Views
Preview:
TRANSCRIPT
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
1. PENDAHULUAN
Islam sebagai agama rahmatan lil alamin atau yang membawa rahmat dan kesejahteraan kepada
seluruh alam semesta. Firman Allah Taala dalam surah Al-Anbiya ayat 107 yang bermaksud :
“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi
semesta alam”
Ini menunjukkan Islam membwa bersamanya keamanan dan keadilan kepada semua makhluk
Allah termasuk yang dinamakan manusia. Manusia diberikan amanah oleh Nya untuk menjadi
Khalifah atau pemimpin di dunia ini bagi melaksanakan syariatnya demi mendapat keredhaan
Allah. Sebagai pemimpin, seseorang itu perlu memahami konsep keadilan dan melihat
pendekatan yang terbaik untuk digunakan dalam menjaga kebajikan rakyat dan negara. Islam
telah menyediakan panduan yang telah sesuai untuk manusia untuk diadaptasi oleh insan yang
diberikan amanah sebagai pemimpin.
Di Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abd Razak telah diberi amanah sebagai
Perdana Menteri yang keenam sejak tahun 2009 telah memperkenalkan pendekatan wasatiyyah
melalui Gagasan 1 Malaysia telah membawa dimensi baru dalam pentadbirannya. Pendekatan
wasatiyyah ini dilihat sebagai medium integrasi dan toleransi antara rakyat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan bagi memastikan masyarakat sentiasa dalam
keadaan harmoni dan aman. Pendekatan ini merupakan kesinambungan daripada apa yang telah
dibawa oleh mantan-mantan Perdana Menteri terdahulu dengan objektif yang sama iaitu
menyatupadukan rakyat dan memperkasakan negara ke arah mencapai Wawasan 2020.
1
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
2. DEFINISI AGAMA
Kebebasan beragama ditakrif secara undang-undang didalam Dictionary of Law sebagai hak
untuk seseorang individu itu memilih atau mengikut kepercayaan agama untuk dirinya, hak
untuk menyatakan pegangan agamanya secara terbuka tanpa ketakutan atau halangan akan
dikenakan sesuatu tindakan serta hak untuk mengisytiharkan kepercayaan melalui pemujaan dan
amalan, ajaran dan sebaran. (Curzon, 2001)
Merujuk kepada bahasa, agama berkaitan dengan fenomena spiritual dan melibatkan
kepercayaan, amalan dan nilai-nilai yang berkaitan dengan spiritual. Perihal agama ini dilihat
sebagai hak peribadi seseorang individu tersebut. Kebebasan pula dirujuk sebagai hak untuk
melakukan sesuatu tanpa halangan, sekatan atau gangguan serta kapasiti untuk melakukan
kehendak diri. Jika gabungan kedua-dua maksud tersebut iaitu kebebasan beragama ianya
membawa pengertian kepada setiap individu itu bebas menyembah Tuhan pilihannya (termasuk
hak untuk tidak menyembah mana-mana Tuhan) dalam cara yang dipilih. Ianya juga boleh
membawa maksud kebebasan untuk menyertai mana-mana persatuan agama pilihannya tanpa
ketakutan akan didakwa atau didiskriminasikan.
3. KONSEP WASATIYAH
Sehubungan dengan itu konsep wasatiyah telah diperkenalkan dan diaplikasikan dalam sistem
pentadbiran negara kita. Konsep Wasatiyyah telah lahir bersama Islam yang diperkenalkan oleh
Nabi Muhamaad .ملسو هيلع هللا ىلص Konsep ini merujuk kepada sikap tidak melampau, bersifat adil dan
bersederhana dalam usaha mendapatkan keredhaan Allah Taala. Masyarakat Kota Madinah
menjadi contoh kepada masyarakat kini akan kejayaan konsep wasatiyyah ini. Wasatiyyah
merupakan perkataan dari bahasa Arab. Wasatiyyah dari segi bahasanya kata terbitan dari ‘al
2
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
wasat’. Dari perkataan ‘al wasat’ ini terbit pula perkataan ‘al awsat is tafdil’ yang bermaksud
sangat adil dan tidak melampau. Ini merujuk kepada firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah
ayat 143 yang bermaksud :
Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan
pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul
(Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan
kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya
nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh
(pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah
diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu.
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.
Banyak ayat-ayat Allah dalam Al-Quran yang merujuk kepada tafsiran wasatiyyah ini seperti
firman Allah dalam surat al-Furqan ayat 67 yang bermaksud:
Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan,
dan tidak (pula) kedekut, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara
yang demikian.
Terdapat banyak lagi tafsiran ‘wasata’ yang dibuat oleh para sarjana Islam seperti :
1. Al-Tabariy (1992:8-10) mentafsirkan sebagai maksud terbaik, yang dipilih, adil.
2. Ibnu Khatir (1992:196-197) mentafsirkan sebagai terbaik, humble dan adil
3. Al-Qurtubiy (1993:104-105) mentafsirkan sebagai terbaik dan adil serta tidak memilih
untuk meletakkan diri diantara kebaikan dan kejahatan.
3
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
4. Al-Raziy (1996:132) mentafsirkan sebagai adil yang tidak memihak dalam 2 konflik,
terbaik, humble dan sempurna serta tidak ekstrim.
5. Al-Nasafiy (1996:132) mentafsirkan sebagai terbaik dan adil kerana meletakkan diri
ditengah-tengah.
6. Al-Zamakhsyariy (1995:1997) mentafsirkan sebagai terbaik dan bersikap paling adil.
Dengan meletakkan diri condong ke mana-mana pihak membawa kepada kejahatan dan
kemusnahan.
7. Qutb (1987:81) mentafsirkan sebagai baik, humble, sederhana, tidak menyebelahi dan
mementingkan balasan akhirat.
8. Hijazi (1992:81) mentafsirkan sebagai terbaik yang merujuk kepada pegangan aqidah dan
paling adil serta tidak ekstrim dalam agama. Ditafsirkan juga sebagai tidak menzalimi
dan menekan.
9. Al-Zulhaliy (1991:8-9) mentafsirkan sebagai adil, patuh kepada ajaran Islam dan tidak
ekstrim.
Kesemua sarjana ini bersependapat bahawa ‘wasata’ ditafsirkan sebagai paling adil, terbaik serta
bersederhana dalam pendekatan sosial terutamanya dalam pendekatan agama. Ianya hendaklah
selari dengan syariat Islam serta istiqamah dalam pelaksanaannya. Terma wasatiyyah ini
digunakan berkait dengan ‘ummatan wasatan’ yang merujuk kepada masyarakat Islam yang
uninersal yang terdiri daripada keadilan, kecemerlangan dan seimbang dalam memenuhi amanah
yang Allah berikan. Terma ini juga boleh diterjemahkan sebagai kualiti keadilan yang seimbang
dalam Islam. Namu begitu dunia barat lebih selesa mengaitkan wasatiyyah ini dengan sederhana
atau moderation.
4
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
Namun begitu wasatiyyah ini tidak boleh disalahertikan sebagai sebagai berada ditengah-
tengah antara dua perkara yang dapat dijelaskan dalam Islam seperti berada antara halal dan
haram atau keberanian dan ketakutan dan lain-lain. Namun begitu makna wasatiyyah ini boleh
diterima berada diantara dua kepercayaan iaitu kepercayaan terhadap banyak Tuhan dan
kepercayaan tiadanya Tuhan dengan aqidah Islam yang mempercayai bahawa keEsaan Allah
SWT. (Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 2011)
Terma wasatiyyah ini juga diperluaskan dalam konsep masyarakat yang unggul yang
dikenali sebagai ummatan wasatan. Ummatan wasatan ini juga didefinasikan sebagai
sekumpulan manusia yang hidup dalam kesederhanaan, yang berlaku adil dan seimbang dalam
hubungan kehidupan di dunia dan di akhirat. (Dato Seri Najib Tun Razak, 2013) Pendekatan
wasatiyyah diamalkan dalam kehidupan seharian samada secara peribadi ataupun dalam
kehidupan sosial. Ini adalah kerana konsep wasatiyyah ini menolak kaedah atau perlakuan yang
melampau dalam pengamalan samada dalam kehidupan atau dalam beribadat. Ini dapat dilihat
dalam sabda Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص yang bermaksud:
“Sebaik-baik perkara itu adalah pertengahannya”
(Hadis riwayat Al-Baihaqi)
Namun begitu konsep ‘al-wasat’ ini tidak boleh dilihat sebagai mengambil kedudukan ditengah-
tengah atau 50-50 dalam perkara-perkara yang bersifat jelas seperti memilih antara kebaikan dan
keburukan, kemiskinan dan kekayaan, keamanan dan peperangan serta berbagai lagi sifat-sifat
yang jelas untuk seseorang yang waras itu memilihnya. Dalam perkara-perkara seperti tadi,
5
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
seharusnya masyarakat memilih dan cenderung kepada nilai-nilai yang positif seperti memilih
kepada kebaikan, keamanan dan kekayaan kerana ini adalah dituntut oleh Islam.
“Wasatiyyah does not mean compromise; it means confidence and right
balancing to bring justice to its place” (Nasharudin Mat Isa, 2013)
Namun begitu dalam mencapai kebaikan, keamanan dan kekayaan ini, harus dielakkan unsur-
unsur penindasan atau kezaliman. Sebagai contoh dalam memilih untuk mengumpulkan
kekayaan, adalah haram jika ianya hasil daripada penindasan atau ketamakan.
Konsep wasatiyyah ini juga penting dalam pengurusan kehidupan dalam sebuah
masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Masyarakat majmuk negara ini yang terdiri daripada
pelbagai bangsa, agama dan warga memerlukan satu kefahaman yang amat tinggi akan keperluan
masing-masing dalam mengekalkan keharmonian. Konsep ini dilihat penting untuk menangani
apa yang dunia barat labelkan sebagai ekstremis agama dan juga liberalisasi agama dikalangan
umat Islam yang telah mencalarkan imej Islam dikalangan bukan Islam di seluruh dunia.
Sepertimana terma jihad dan syariah yang kini bukan sahaja dipandang negatif oleh dunia bukan
Islam malah umat Islam yang terdiri daripada para sekular Islam dan liberal Islam. Golongan ini
telah membawa fahaman yang baru yang menolak pandangan ulama Islam yang dilihat sebagai
ortodok atas nama demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan individu serta lain-lain konsep yang
siiras dengan gerakan liberasasi barat. Ini tidak termasuk golongan yang membawa kepada
perpecahan dari aspek fahaman mazhab seperti syiah yang menjadi cabaran umat Islam pada
masa kini. Ini adalah antara pati dalam konsep Wasatiyyah ini yang dituntut oleh Allah keatas
umat Islam. Dengan pengamalan konsep wasatiyyah ini secara total tanpa membatasi
6
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
pengamalan tersebut dalam masyarakat Islam sahaja juga diamalkan oleh masyarakat yang
bukan Islam membolehkan semua kaum yang berbilang agama dapat hidup dalam harmoni.
Ini adalah kerana Islam mendidik agar umatnya melakukan kebaikan demi mendapat
keredhaan Allah. Pembalasan yang diterima bagi semua perbuatan samada baik atau buruk pasti
hadir keatas semua makhluk dan mereka hendaklah bertanggungjawab atas apa yang telah
dilakukan. Masyarakat yang menerapkan nilai-nilai dalam konsep wasatiyyah ini menerima
sepenuhnya syariat yang dibawa oleh Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص merupakan masyarakat yang terpilih dan
menegakkan keadilan. Wasatiyyah juga menuntut agar umat Islam membawa kebaikan dan
menjadi contoh teladan. Oleh itu apabila membincangkan berkaitan konsep wasatiyyah ini ianya
perlu dilihat sebagai satu obligasi keatas umat Islam untuk menjadi lebih bertaqwa, bermoral
tinggi dan menjadi contoh kepada manusia dengan menerapkan nilai-nilai keadilan dan
kecemerlangan moral sebagai asas. Allah berfirman dalam Surah an-Nahl ayat 90 yang
bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan,
memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji,
kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu
dapat mengambil pelajaran.”
Ini yang telah digariskan dalam salah satu tanggungjawab sebagai umat Islam iaitu amal ma’ruf
atau mengajak kepada kebaikan dan nahi mungkar atau mencegah kemungkaran. Ianya
merupakan amanah yang diberikan oleh Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص kepada umatnya sebagai pengamalan
bagi mendapatkan keredhaan Allah. Sabda Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص yang bermaksud:
“Kumpulan yang unggul adalah yang menepati peganganku dan pegangan para sahabatku.”
7
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
Hadis riwayat At-Tarmizi No.2641
“Ucaplah yang benar walaupun pahit”
Hadis riwayat Al-Baihaqi No.2233 dalam Kitab Al-Targhib wa Al-Tarhib
Mohammad Hashim Kamali berpendapat bahawa konsep wasatiyyah ini hendaklah dilihat
dengan lebih meluas dan komprehensif dari aspek moral, perundangan, ekonomi dan
antarabangsa malah boleh diterapkan sebagai falsafah hidup. Pendekatan wasatiyyah ini
mendidik seseorang itu untuk berfikir dan bertindak dengan bijak, tidak fanatik atau obses
dengan sesuatu pendapat, dengan seseorang atau sesuatu kumpulan tanpa mengambilkira fakta
dan ilmu. (Mohammad Hashim Kamali , 2010)
Konsep wasatiyyah ini mengelakkan dari berlakunya persengketaan antara sesama manusia. Sifat
lawan kepada konsep wasatiyyah adalah Ghuluww atau berlebih-lebihan dalam penghayatan
agama. Islam menolak sifat ekstrim dalam samada dalam perbuatan seharian ataupun ibadah.
Sifat ghuluww yang dimaksudkan adalah sifat yang berlebihan sehinggakan melampaui apa yang
dikehendaki oleh syariat. Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 77 yang bermaksud:
"Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara
tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-
orang yang telah sesat dahulu (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah
menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus"
Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص juga pernah bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas
ra :
"Pada pagi hari di Jumratul Aqabah ketika itu Rasulullah berada ملسو هيلع هللا ىلص di atas
kenderaan, Baginda berkata kepadaku: “Ambillah beberapa buah batu untukku!”
8
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
Maka aku pun mengambil tujuh buah batu untuk Baginda yang akan digunakan
melontar jumrah. Kemudian Baginda berkata:
“Lemparlah dengan batu seperti ini!” kemudian Baginda melanjutkan:
“Wahai sekalian manusia, jauhilah sikap ghuluw (melampaui batas) dalam agama.
Sesungguhnya perkara yang membinasakan umat sebelum kalian adalah sikap
ghuluw mereka dalam agama.”
Faktor-faktor yang menjadi punca kepada ghuluww ini adalah jahil dalam kehendak agama,
terikut-ikut, menurut hawa nafsu serta bersandarkan hadis-hadis lemah dan palsu. Akibat sifat
ghuluww ini mendorong kepada seseorang individu itu cenderung untuk melakukan kezaliman
dan kerosakan kepada dirinya sendiri dan masyarakat. Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud
Ashour dalam bukunya Ummatan Wasata melabelkan golongan ghuluww ini sebagai golongan
yang terlalu ekstrim dan melampau dalam beribadat lalu tergelincir ke kanan dengan melakukan
perkara-perkara bid’ah dalam agama atau mereka-reka amalan tertentu dalam ibadat. (Syeikh
Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, 2013)
Ini adalah kerana akibat sikap ghuluww tersebut individu tersebut menyangka
tindakannya itu adalah suci disisi Allah kerana dilakukan atas kehendak syariat. Inilah yang
berlaku dalam insiden-insiden seluruh dunia yang kononnya pihak Barat menyatakan ianya
dilakukan oleh orang Islam atas nama perjuangan Islam yang akhirnya membawa kepada salah
faham terhadap agama yang suci ini. Sifat ghuluww ini menghalang daripada penganut agama
lain melihat keindahan Islam yang sentiasa mengajak semua makhluk Allah ini hidup dalam
keamanan. Islam sentiasa mengajar umatnya bersederhana dan tidak melampaui batas dalam
setiap urusan kehidupan. Setiap perkara yang dilakukan dengan wasatiyyah adalah untuk
9
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
mendapat keredhaan Allah bersandarkan metodologi atau manhaj Rasulullah serta ملسو هيلع هللا ىلص
melaksanakan suruhan Allah sepertimana dalam firmanNya dalam surah Al-An’am ayat 153 :
“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka
hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan
(yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu
dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya
bertaqwa”.
Satu lagi sifat negatif yang hadir dalam masyarakat yang boleh menimbulkan konflik adalah
taksub dan fanatik. Sifat-sifat ini akan mendorong kepada ektremisme dalam diri seseorang atau
dalam sesuatu kumpulan yang boleh membawa kepada perlakuan yang membawa kerosakan
kepada masyarakat dan negara. Ketika kebanyakan kemusnahan angkara pengganas dikaitkan
dengan Islam walaupun tiada bukti yang nyata dan jelas, penting bagi umat Islam di seluruh
dunia meningkatkan kembali persepsi positif terhadap Islam dengan menggunakan pendekatan
wasatiyyah. Ini bagi menentang cubaan pihak berkepentingan di Barat yang dalam usaha
melaksanakan penjajahan moden keatas negara-negara Islam bagi melemahkan aqidah umat
Islam. Altaf Gauhar, seorang pemikir Pakistan menyatakan berkaitan usaha penjajahan ini :
“Sasaran utama penjajahan Barat ini adalah kepercayaan terhadap Islam dan
budayanya di seluruh Eropah, Asia Tengah, Asia Selatan dan Africa.
Kebudayaan yang mewakili kepercayaan, nilai murni, perlakuan dan adab
dalam sesebuah masyarakat yang memperlihat kemorosotan disebabkan oleh
usaha penjajahan pihak Barat. Kemusnahan identiti umat Islam merupakan
sasaran utama penjajahan Barat untuk abad ke 18 dan 19” (Gauhar, 1977)
10
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
Dalam menangani cabaran ini, umat Islam hendaklah dilihat sebagai satu komuniti yang bersatu
dan ia hendaklah bermula dengan kembali memahami syariat yang telah dibawa oleh Islam itu
sendiri. Nasharudin Mat Isa menyatakan :
“ Kita akan melihat dalam abad akan datang dimana cabaran bagi Islam untuk
diangkat sebagai satu doktrin sebagai jalan penyelesaian kepada keadilan
sosial, kebenaran dalam amalan demokrasi, pencetus kepada keamanan,
pembangunan yang mapan dan sebagai Oder Baru Dunia” (Nasharudin Mat
Isa, 2013)
Islam sentiasa melihat kepada kebebasan, keadilan, keamanan dan kesamaan terhadap semua
insan. Nilai-nilai ini adalah merupakan nilai asas yang perlu ada dalam lapisan masyarakat
samada rakyat atau pemimpin. Islam tidak boleh dilihat sebagai agama yang berasaskan
penjajahan atau menekan kepada rakyat. Sebaliknya Islam tersebar atas dasar kasih sayang
namun ia tidak menghalang kepada penganutan agama-agama lain. Atas nilai-nilai ini,
masyarakat dalam sesebuah negara boleh memacu kearah kestabilan politik, kemakmuran
ekonomi dan mencapai keharmonian dalam sosial. Seharusnya ini menjadi teladan kepada dunia
Barat serta para “islamophobia” akan konsep pemerintahan Islam yang sebenar.
“Kita seharusnya menjadi yang pertama dan mendepani dalam usaha
memperbetulkan diri sebelum menjadi contoh kepada yang lain sepertimana yang
dilakukan oleh umat Islam terdahulu. Ini memerlukan kita untuk melihat kembali
dalam diri dan mengambil tindakan memperbaikinya. Jelas, isu yang dihadapi oleh
umat Islam adalah isu dalaman dan walaupun menghadapi cabaran dalam
menanganinya, penyelesaiannya telah ada didepan kita yang memerlukan kita
kembali kepada ajaran Islam yang sebenar” (Dato Seri Najib Tun Razak, 2013)
11
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
Sebagai contoh apabila jika dilihat kembali sejarah dimana tentera Rom menakluki Palestin,
bangsa Yahudi telah dihalau keluar, tetapi apabila Khalifah Umar Al-Khattab menakluki
Palestin, para penganut Kristian dan Yahudi dilindungi dan diberikan layanan sebagai rakyat
negara itu. Dizaman kegemilangan Islam, Khulafa Ar Rasyidin tidak menzalimi rakyatnya yang
bukan Islam dan tidak menghalang mereka daripada menerima kemakmuran ekonomi.
4. KEBEBASAN BERAGAMA
Menurut Abdul Monir Yaacob dalam tulisan dalam bukunya “Islam dan Kebebasan Beragama
Menurut Perlembagaan Persekutuan” yang menjelaskan prinsip pertama Rukun Negara iaitu
Kepercayaan kepada Tuhan memperlihat betapa toleransi merupakan nadi dalam hidup
bermasyarakat di Malaysia. Penduduk Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk di mana
semua rakyat negara ini diberikan kebebasan dalam mengamalkan agama masing-masing
sepertimana yang termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan :
“Agama Islam ialah agama rasmi bagi persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai dalam mana-mana bahagian Persekutuan”
Ini menunjukkan kebebasan beragama dalam negara ini memberikan hak kepada penganut
agama-agama masing-masing untuk mengamalkannya dan ini perlu dihormati oleh semua pihak
yang berlain agama. Tiada paksaan dalam Islam dan tiada paksaan dalam menganutnya
walaupun ia agama rasmi di Malaysia.
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dengan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dayak, Orang Asal dan Sikh antara bangsa yang
membentuk masayarakat majmuk di Malaysia manakala selain Islam, Buddha, Hindu dan
12
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
Kristian adalah agama yang dianuti di negara ini. Majoriti rakyat Malaysia menganut agama
Islam dan mengamalkan budaya Melayu namun dalam masa yang sama bangsa dan penganut
agama lain dibenarkan mengamalkan agam masing-masing. Secara umumnya bangsa Melayu
adalah Muslim, bangsa Cina menganut agama Buddha dan Taoism manakala India menganut
agama Hindu. Agama Kristian dianuti oleh pelbagai bangsa di mana kebanyakannya adalah Cina
dan Dayak di Sabah dan Sarawak. Dengan pelbagai agama yang dianuti, semua bangsa hidup
dalam sebuah masyarakat yang harmoni. Oleh itu toleransi antara agama perlu dipupuk dan
diberikan ruang untuk wujud secara harmoni dalam masyarakat.
5. ISU KEBEBASAN BERAGAMA
Isu-isu yang melibatkan kebebasan beragama di Malaysia telah lama dibincangkan ekoran
banyak kes-kes perundangan yang telah menimbulkan pelbagai persepsi dan konflik dalam
masyarakat negara ini. Kes-kes yang melibat perebutan hak penjagaan anak-anak bagi ibu bapa
yang salah seorangnya memeluk agama Islam, tuntutan mayat atau jenazah oleh keluarga akibat
daripada pertukaran agama yang tidak didaftarkan, kes permohonan pertukaran agama dan
terbaru kes yang melibatkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut dan gereja Kristian
mencetuskan polemik dalam masyarakat. Ini adalah kerana tafsiran undang-undang yang berbeza
terhadap Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan :
“Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan , tertakluk
kepada Fasal (4) mengembangkannya”.
Peruntukan ini mengiktiraf kewujudan pelbagai agama dalam masyarakat dan menjadi hujahan
bagi setiap perdebatan apabila wujud isu-isu yang melibatkan kebebasan beragama timbul. Perlu
ada penerapan dalan pendekatan yang sederhana dalam menangani isu-isu ini kerana secara
13
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
perundangannya Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan terbuka dan tersirat maksudnya
bergantung kepada pentafsiran.
Walaupun terdapat kebebasan dalam bersuara serta kebebasan beragama sepertimana
yang diperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia, masyarakat harus tahu dimana had dan
sempadannya. Ini adalah untuk memelihara keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat
sekaligus mewujudkan keamanan dalam negara ini. Ini adalah antara intipati yang perlu difahami
jika kita mengambil sikap bertoleransi dengan menghormati dan memahami antara satu sama
lain.
Ini menunjukkan dengan meletakkan Islam sebagai asas dalam pemerintahan, ia
tidak menafikan kehadiran agama dan budaya lain dalam masyarakat. Ini adalah kerana Islam
mendidik umatnya agar menghormati dan memberikan kebebasan kepada agama dan budaya lain
selagi ianya tidak menimbulkan impak negatif dalam masyarakat atau negara. Firman Allah
Taala dalam Surah al-An’am ayat 108 yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain daripada
Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan
ketiadaan pengetahuan.”
Firman Allah lagi dalam surah Al-Kafirun ayat 1 – 6 yang bermaksud :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan
menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah apa yang aku
sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan
kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. Untukmu
agamamu, dan untukku agamaku.”
14
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
Ini juga dapat dilihat daripada sirah Rasulullah dimana ملسو هيلع هللا ىلص Perjanjian Hudaibiyyah yang
memperlihatkan toleransi Baginda bersetuju dalam menggunakan nama Baginda sebagai
Muhammad bin Abdullah walaupun selayaknya nama Baginda dituliskan Muhammad Rasulullah
seperti yang diusulkan oleh para sahabat. Golongan kafir menentang penggunaan nama ملسو هيلع هللا ىلص
Muhammad Rasulullah kerana pada golongan ini mereka tidak mempercayai kerasulan ملسو هيلع هللا ىلص
Baginda. Rasulullah tidak ملسو هيلع هللا ىلص menuruti usul para sahabat. Ini adalah kerana Rasulullah
melihat kepada tercapainya objektif perjanjian tersebut daripada berkrisis atas sesuatu isu yang
boleh menggagalkan usaha tersebut.
6. AMALAN WASATIYYAH
Dalam mengetengahkan konsep Wasatiyyah ini dalam pemerintahan negara adalah amat penting
ianya memberi fokus kepada memperbetulkan kembali persepsi dunia terutama pihak Barat dan
para Islamophobia terhadap Islam. Islam tidak boleh dilihat sebagai mengokong dan taksub
sehinggakan wujud apa yang dikatakan ‘keganasan Islam’. Sedangkan apa yang terpapar kini,
kebanyakan keganasan di seluruh dunia wujud akibat daripada campurtangan pihak Barat dan
Yahudi. Keganasan di Timur Tengah, Perang Saudara di Syria, penjajahan Iraq dan banyak lagi
kejadian yang berlaku disebabkan oleh pihak Barat dan Yahudi. Tidak lupa penjajahan dan
pencerobohan Palestine yang memperlihatkan bagaimana sebuah negara haram Israel tertubuh
sejak tahun 1948. Ketaksuban terhadap kuasa dan ketakutan kepada Islam sebagai New World
Order bukan dilahirkan oleh Islam tetapi pihak Barat yang tidak mengikut ajaran Kristian dan
Yahudi yang sebenar.
15
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
Walaupun terdapat beberapa insiden yang melibatkan perselisihan berkaitan dengan
agama seperti yang berlaku di Kampung Rawa Pulau Pinang pada tahun 1998, serangan ke atas
gereja pada tahun 2010 dan bantahan terhadap lambang salib pada gereja di Taman Medan
memperlihatkan bagaimana masyarakat di negara ini diuji akibat daripada kurangnya
pemahaman serta toleransi sesetengah pihak. Ini menunjukkan kepentingan bagi semua lapisan
masyarakat memahami keperluan untuk menerima dan memberi dalam aspek kebebasan
beragama bagi mewujudkan masyarakat yang stabil dan harmoni. Ini adalah kerana sebuah
masyarakat majmuk ini, isu yang melibatkan agama merupakan isu yang amat sensitif dan perlu
ditangani dengan baik.
7. USAHA PIHAK KERAJAAN
Oleh itu usaha untuk mengamalkan konsep wasatiyyah di Malaysia telah dilakukan oleh pihak
kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Jika dilihat daripada usaha yang
dilakukan oleh pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri
telah menjadi pencetus kepada idea ‘modernist islam’ dalam pentadbiran dengan penerapan
nilai-nilai murni Islam. Ini dapat dilihat dari aspek penubuhan institusi perbankan Islam dan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Penerapan nilai Islam ini diteruskan dengan Tun
Abdullah Badawi dengan memperkenalkan Islam Hadhari yang bertujuan untuk membawa
semua rakyat Malaysia bersama dalam 10 prinsip Islam Hadhari. Kedua-dua pemimpin ini telah
membuka ruang kepada masyarakat bukan Islam melihat bahawa Islam bukanlah dianuti sebagai
kepercayaan semata-mata tetapi ianya juga merupakan panduan bagi melaksanakan pentadbiran
yang berkesan.
16
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
Usaha tersebut tidak terhenti begitu sahaja kerana ianya diteruskan oleh Perdana
Menteri Malaysia ketika ini, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Dato’ Seri Najib telah membawa
masyarakat negara ini kepada pengembangan terhadap pemahaman pendekatan Islam yang lebih
meluas iaitu dengan memperkenalkan konsep Wasatiyyah melalui idea beliau 1 Malaysia 1
Ummah. Beliau mempercayai bahawa konsep Wasatiyyah ini perlu diterapkan secara bersepadu
bagi menangani isu-isu yang melibatkan kaum dan agama serta masalah sosial dalam
masyarakat. Walaupun konsep Wasatiyyah ini tidak diperhebahkan secara meluas sepertimana
yang dilakukan dalam konsep Islam Hadhari ianya tidak dipinggirkan dalam usaha-usaha
kerajaan. Dengan menjadikan Rasulullah ملسو هيلع هللا ىلص dalam pentadbiran Kota Madinah sebagai model
serta Sahifat al-Madinah atau Pelembagaan Madinah sebagai rujukan, ianya dikupas dan diolah
bagi membolehkan ianya mudah difahami dan seterusnya diterima oleh masyarakat Malaysia.
Prinsip-prinsip Islam serta nilai-nilai perlu sentiasa dan secara konsisten diterapkan dalam
kehidupan dan masyarakat tanpa meminggirkan penganut agama lain yang mengamalkan nilai
dan tradisi agama masing-masing. (Dato Seri Najib Tun Razak, 2013)
Perlembagaan Madinah dalam Fasal 25 menyatakan :
“bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu umat bersama orang-orang
beriman, mereka (orang Yahudi) dengan agama mereka dan kaum Muslimin dengan
agama mereka, begitu juga dengan orang-orang yang bersekutu dengan mereka,
kecuali orang-orang yang zalim dan berbuat dosa maka hal ini akan menimpa diri
dan keluarga mereka”.
Kebijakan Rasulullah dalam ملسو هيلع هللا ىلص membawa kesatuan diantara penduduk Madinah
membolehkan mereka hidup dalam keadaan yang tenteram dan teratur. Walaupun Rasulullah
membawa ملسو هيلع هللا ىلص Islam bersama Baginda semasa peristiwa Hijrah namun begitu penduduk
17
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
Madinah yang berlainan agama tidak terikat untuk melaksanakan amalan mereka. Sedangkan
pada masa itu, penduduk Madianh terdiri daripada 2 golongan utama iaitu Ansar dan Muhajirin
serta terdiri daripada pelbagai kaum seperti Quraisy, Yahudi, Parsi dan lain-lain yang tidak
memungkin toleransi terhadap Rasulullah .ملسو هيلع هللا ىلص Malah kaum Yahudi dijamin kedudukan
mereka berdasarkan Perlembagaan Madinah sepertimana yang dinyatakan dalam Fasal 47 :
“bahawa sahifah ini tidak boleh digunakan bagi melindungi orang-orang zalim dan
berdosa (bersalah), bahawa (dari saat ini) sesiapa (di antara anggotanya) keluar
dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya
kecuali orang-orang yang zalim dan berdosa (bersalah). Sesungguhnya Allah
melindungi orang-orang yang membuat kebajikan dan bertakwa, dan sesungguhnya
Muhammad adalah Pesuruh Allah”.
Ini menunjukkan Piagam Madinah atau Sahifat al-Madinah yang dibentuk dengan konsep
wasatiyyah ini memberi impak yang positif dalam kehidupan sosial masyarakat pelbagai kaum.
Contoh ini menjadi model kepada kerajaan Islam yang unggul untuk diteladani oleh masyarakat
kini.
8. INSTITUT WASATIYYAH MALAYSIA
Institut Wasatiyyah Malaysia telah beroperasi pada 3 Disember 2012 dan dirasmikan pada Mac
2013 sejajar dengan iltizam YAB Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak untuk
mengetengahkan pendekatan kesederhanaan ataupun wasatiyyah. Institut Wasatiyyah Malaysia
atau IWM berperanan menggerakkan pendekatan wasatiyyah ke segenap lapisan masyarakat
merangkumi golongan profesional, pemimpin masyarakat, kelompok cendekiawan, pertubuhan
bukan kerajaan, orang awam dan pelajar. Selain itu Institut ini juga berperanan sebagai pusat
18
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
memberikan khidmat nasihat kepada agensi kerajaan, swasta, IPT dan NGO mengenai program-
program dan strategi bagi meningkatkan budaya wasatiyyah dalam setiap aspek kehidupan serta
mewujudkan jaringan kerjasama dengan organisasi-organisasi serupa di peringkat kebangsaan
dan antarabangsa.
Antara program yang telah dilaksanakan oleh IWK ialah wacana bersama mahasiswa
UiTM Puncak Perdana pada 30 Jun 2015 . Ahli panel wacana ini ialah YBhg. Prof. Dato’ Dr.
Sidek bin Baba yang merupakan Profesor Pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) dan YBrs. Dr. Mushaddad bin Hasbullah, Timbalan Pengarah, Institut
Wasatiyyah Malaysia (IWM ). Antara topik yang dibincangkan ialah Pendekatan Wasatiyyah
Menuju Ummah yang Cemerlang.
9. BUKU
Selain daripada itu banyak buku diterbitkan bertemakan wasattiyah. Buku –buku tersebut adalah
Islam dan Wasatiyah ditulis oleh oleh Muhammad Mustaqim Mohd Zarif, Paimah Atoma dan
Hariza Mohd Yusof. Manakala buku yang bertajuk Penghayatan Wasatiyyah dalam
Pentadbiran Malaysia telah ditulis oleh Dr Abdullah B.Moohd Zin. Sehubungan dengan
penerapan konsep wasatiyyah ini juga sebuah buku yang ditranslasikan daripada bahasa Inggeris
ke Bahasa Malaysia telah dilancarkan. Buku yang bertajuk Wasatiyyah Dalam Al-Quran itu
hasil inisiatif Tan Sri Dr. Syed Hamid Albar yang telah diterjemahkan daripada buku
bertajuk Moderation and Balance in Islam : The Quranic Principle of Wassatiyyah, sebuah karya
tokoh akademik Dr. Mohammad Hashim Kamali. Dengan adanya buku- buku tersebut, ia dapat
meningkatkan kefahaman masyarakat Malaysia tentang konsep wasatiyyah iaitu mengutamakan
19
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
kesederhanaan dalam memimpin tingkah laku, peradaban pentadbiran dan segala urusan kita
seharian.
10. SEMINAR
Bagi meningkatkan pemahaman konsep wasatiyyah dalam kalangan golongan muda di negara ini
beberapa seminar turut dianjurkan iaitu Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2015 yang bertajuk
“Islam dan Generasi Muda: Cabaran & Harapan”. Seminar ini berlangsung pada 18 hingga 19
Ogos 2015 bertempat di Dewan Institut Penilaian Negara (INSPEN), Kajang, Selangor. Bagi
meningkatkan pemahaman para guru, satu seminar bertajuk Pendekatan Wasatiyyah Sebagai
Dasar Negara telah dilaksanakan di Ipoh, Perak pada 27 April 2015. Seminar ini dianjurkan
oleh Institut Wasatiyyah Malaysia. Dengan adanya seminar ini diharap konsep wasatiyyah dapat
diimplimentasikan hingga ke akar umbi. Seterusnya menjadi satu budaya masyarakat Malaysia.
11. PENUTUP
Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa dalam era globalisasi dan maklumat yang tiada sempadan,
semua pihak perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan isu-isu yang melibatkan
agama ini tidak menimbulkan ketegangan atau menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Namun
begitu isu-isu yang sensitif sebegini tidak pula harus disenyapkan atau dielakkan daripada
dibincangkan. Keperluan untuk dibincangkan atau dicerna perlu diadakan secara bersama untuk
meningkatkan persefahaman. Pemimpin samada dari pihak kerajaan atau bukan kerajaan perlu
sentiasa melihat peranan mereka dalam memberikan ruang bagi isu-isu yang melibatkan agama
ini diberikan keadilan sebaiknya. Islam dijadikan panduan dan asas dalam memberikan ruang
kepada isu-isu yang melibatkan agama-agama lain untuk diselesaikan dengan pendekatan yang
sederhana di Malaysia.
20
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
Pemahaman terhadap Islam yang sebenar terhadap masyarakat Islam dan bukan
Islam boleh membantu dalam proses penerimaan Islam sebagai ‘way of life’ seterusnya menjadi
panduan dalam pemerintahan. Selain daripada menghormati antara satu sama lain, prinsip-
prinsip yang lain yang perlu wujud dalam masyarakat adalah mengelakkan gejala-gejala buruk
yang boleh menghasilkan benih-benih keganasan iaitu ekstremisme, chauvinisme dan
fanatisisme. Selain daripada itu pelbagai pihak yang berlainan agama perlu sentiasa berdialog
dan berinteraksi bagi mewujudkan persefahaman antara satu sama lain.Ini adalah untuk
memahami persamaan dan perbezaan antara satu sama lain dan mencari titik perpaduan. Konsep
wasatiyyah juga menolak sikap mencemuh terhadap agama serta perdebatan berasaskan cuba
mendoktinisasikan agama. Masyarakat Islam perlu memiliki sikap toleransi terhadap yang
bukan Islam dalam konteks menerima kepelbagaian agama lain dan amalan mereka tanpa
mengorbankan aqidah Islam. Sikap yang murni yang ditunjukkan oleh umat Islam dengan
mengenepikan sensitiviti keagamaan dalam menghormati kebebasan beragama dan cara hidup
adalah faktor yang boleh meninggikan martabat Islam di mata masyarakat.
Oleh itu dengan membawa konsep wasatiyyah dalam kebebasan beragama,
masyarakat Malaysia perlu secara bersama bergerak ke hadapan tanpa mengambilkira warna
kulit, bangsa atau agama dalam mewujudkan kesatuan dan menutup jurang perbezaan.
Wasatiyyah memerlukan persefahaman dan sifat hormat-menghormati antara satu sama lain dan
tidak menjadikan agama sebagai sebab untuk perpecahan sebaliknya menjana perpaduan.
Sebarang pertikaian atau perdebatan yang timbul berkaitan dengan isu agama hendaklah
diselesaikan dengan cara yang berilmu dan berhemah bagi memastikan ianya dapat diterima oleh
21
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
semua pihak. Kehidupan dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum dan agama ini
merupakan landasan untuk manusia saling mengenali antara satu sama lain. Firman Allah Taala
dalam surah Al-Hujarat ayat 13 yang bermaksud :
"Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami
jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal.
Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara
kamu."
Firman Allah ini jelas menunjukkan bahawa syariat untuk bersefahaman dan hidup dalam
keharmonian menjadi teras dalam sebuah masyarakat yang majmuk. Masyarakat bukan Islam
tidak dipaksa untuk menganut Islam melalui pendekatan wasatiyyah ini tetapi diajak utnuk
menghayati keindahan Islam. Wasatiyyah juga mengajak kita untuk mencari kebersamaan demi
untuk mencapai kesatuan antara warga masyarakat. Masyarakat Malaysia perlu membina nilai-
nilai bersama yang mewujudkan kepada pembentukan bangsa Malaysia. Dalam meraikan
kepelbagaian dan perbezaan dalam beragama, konsep wasatiyyah ini diharap dapat memelihara
kesucian Islam dengan mengekalkan prinsip-prinsip Islam. Ini adalah bagi memastikan matlamat
kehidupan sebagai makhluk Allah dicapai dan mendapat keredhaanNya.
22
JKA 314 : AGAMA DAN MASYARAKAT
RujukanAl Quran : Teks Asal dan Terjemahan. (2010). Kuala Lumpur: Saba Islamic Media.
Azyati Azhani Mohd Marzuki; Wan Kamal Mujani; Azmi Aziz; Army Azziaty Rozali. (2013). Aplikasi Konsep Wasatiyyah Dalam Pembentukan Piagam Madinah. International Journal of West Asian Studies, 1.
Curzon, L. (2001). Dictionary Of Law. United Kingdom: Longman / Pearson.
Dato Seri Najib Tun Razak. (2013). Wasatiyyah Approach and Its Impelementation in Malaysia. Putrajaya: Institut Wasatiyyah Malaysia.
Dr Mushaddad Hasbullah; Mohd Asri Abdullah. (2013). Wasatiyyah Pemacu Peradaban Negara. Putrajaya: Institut Wasatityyah Negera.
Gauhar, A. (1977). Western Cultural Imperialism - An Old Problem, A New Challenge. Kuala Lumpur.
Kumpulan Hadis Bukhari dan Muslim. (2003). Jakarta: Gema Insani.
Mohammad Hashim Kamali . (2010). Wasatiyyah, Moderation and Balance in Islam: The Quranic Principle of. Kuala Lumpur: International Institute of Advance Islamic Studies.
Nasharudin Mat Isa. (2013). Wasatiyyah AS The Peace Solution. Putrajaya: Institut Wasatiyyah Malaysia.
Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour. (2013). Ummatan Wasata. Putrajaya: Institut Wasatiyyah Malaysia.
Wan Kamal Mujani; Ermy Azziaty Rozali; Nor Jamaniah Zakaria. (2015). The Wasatiyyah (Moderation) Concept : Its Implementation in Malaysia. Mediterranean Journal of Social Sciences, 66.
Yaacob, A. M. (2012). Islam dan Kebebasan Beragama Menurut Perlembagaan Persekutuan. Kuala Lumpur: Techknowlogic Trading.
Zulkifli Mohamad Al-Bakri. (2011). Wasatiyyah : Konsep dan Pelaksanaan. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
23
top related