an analysis of internet addiction levels of individuals according to various variable

6
PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB ANALISA JURNAL BERASASKAN KAJIAN MENGENAI E-PEMBELAJARAN AN ANALYSIS OF INTERNET ADDICTION LEVELS OF INDIVIDUALS ACCORDING TO VARIOUS VARIABLES KPT 6044 IDA NORINI BINTI MAHAMAD TAJUDIN NOMBOR MATRIK : M20121000502 PENSYARAH: PROF. MADYA DR. ABD LATIF BIN GAPOR TARIKH SERAHAN : 30 NOVEMBER 2013

Upload: ida-norini-mahamad-tajudin

Post on 30-Jun-2015

76 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: An analysis of internet addiction levels of individuals according to various variable

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

ANALISA JURNAL BERASASKAN KAJIAN MENGENAI E-PEMBELAJARAN

AN ANALYSIS OF INTERNET ADDICTION LEVELS OF INDIVIDUALS ACCORDING TO

VARIOUS VARIABLES

KPT 6044

IDA NORINI BINTI MAHAMAD TAJUDIN

NOMBOR MATRIK : M20121000502

PENSYARAH: PROF. MADYA DR. ABD LATIF BIN GAPOR

TARIKH SERAHAN : 30 NOVEMBER 2013

Page 2: An analysis of internet addiction levels of individuals according to various variable

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB KPT 6044

1.0 PENGENALAN

Jurnal yang dikaji ialah “An Analysis of Internet Addiction Levels of Individuals

According to Various Variables’. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap

ketagihan internet di kalangan pengguna internet dari kumpulan umur yang berbeza. Jurnal ini

ditulis oleh Cengiz ŞAHİN dari Universiti Ahi Evran di Kırşehir, Turki.

Ketagihan internet merujuk kepada penggunaan internet secara berlebihan yang

seterusnya menyebabkan pelbagai masalah di kalangan individu dari kumpulan sosial dan taraf

profesional masing-masing. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap ketagihan internet

di kalangan pengguna-pengguna internet dari kumpulan umur dan jantina serta taraf sosial dan

profesional yang berbeza.

2.0 PERSOALAN KAJIAN

Menerusi jurnal ini, persoalan pertama yang yang dijadikan persoalan utama ialah

melihat tahap ketagihan internet di kalangan setiap individu yang dikaji. Persoalan lain yang

dinyatakan menerusi jurnal ini penilaian terhadap tahap ketagihan internet individu dengan

kumpulan umur yang berbeza. Manakala persoalan yang ketiga yang disentuh adalah melihat

hubungan di antara tahap ketagihan internet individu dengan taraf profesional masing-masing.

Seterusnya, pengkaji juga ialah melihat tahap ketagihan internet di kalangan individu dengan

jantina masing-masing.

3.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini adalah kajian berbentuk deskriptif iaitu menggunakan kaedah model kajian

atau ‘survey model’. Kumpulan kajian ditentukan dengan menggunakan kaedah persampelan

rawak mudah di mana responden kajian adalah terdiri daripada sejumlah 596 individu dari

kumpulan umur yang berbeza yang menetap di Kırşehir iaitu salah satu pusat bandar di Turki.

Min, sisihan piawai, persampelan rawak dan ujian-t, ANOVA dan ujian aritmetik LSD dilakukan

ke atas data yang dikumpul.

Page 3: An analysis of internet addiction levels of individuals according to various variable

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB KPT 6044

Instrumen kajian yang digunakan ialah Borang Maklumat Peribadi (Personal Information Form)

dan Skala Ketagihan Internet (Internet Addiction Scale) untuk mengumpul data. Borang

Maklumat Peribadi (Personal Information Form) adalah terdiri daripada empat soalan ke atas

pembolehubah bebas kajian. Skala Internet Ketagihan (Internet Addiction Scale/ IAS) pula

digunakan bertujuan untuk menentukan tahap ketagihan internet individu. Skala ini

mengandungi 19 item dan 3 faktor. Faktor yang pertama ialah “Loss of Control-LC”; faktor

yang kedua ialah “Tolerance Development-TD” dan faktor yang ketiga ialah “Negative

Consequences for Social Relationships-NCSR”.

Setiap item dalam skala ketagihan internet menggunakan Skala Likert iaitu sebagai Tidak

Pernah (1), Jarang-Jarang (2), Kadang-kadang (3), Pernah (4) dan Selalu (5). Purata yang tinggi

menunjukkan tahap ketagihan internet yang tinggi manakala purata yang rendah menunjukkan

tahap ketagihan yang rendah.

4.0 DAPATAN KAJIAN

Melalui Borang Maklumat Peribadi (Personal Information Form) yang diedarkan kepada

individu-individu dalam kumpulan kajian itu, 284 (47.7%) adalah lelaki, 312 (52.3%) adalah

wanita. Bagi pengagihan kumpulan kajian mengikut kumpulan umur; sejumlah 109 (18.3%)

dipunyai oleh kumpulan usia 19 tahun dan ke bawah; 98 (16.4%) adalah kumpulan umur 20-29;

155 (26.0%) adalah kumpulan umur 30-39; 141 (23.7%) dipunyai oleh kumpulan umur 40-49

dan 93 (15.6) dipunyai oleh kumpulan umur 50 tahun dan ke atas. Bagi pengagihan responden

mengikut taraf profesional, didapati bahawa 191 (32.0%) adalah pelajar; 221(37.1%) bekerja di

pelbagai profesion; 39 (6.5%) adalah menganggur; 119 (20.0%) adalah suri rumah dan 26 (4.4%)

telah bersara.

Apabila dikaji tahap ketagihan Internet pada keseluruhan individu secara amnya didapati

tahap ketagihan Internet di kalangan pengguna Internet yang dikaji adalah rendah tetapi apabila

dibezakan individu tersebut mengikut 5 kumpulan umur iaitu kumpulan usia 19 tahun dan ke

bawah, kumpulan umur 20-29, kumpulan umur 30-39, kumpulan umur 40-49 dan kumpulan

Page 4: An analysis of internet addiction levels of individuals according to various variable

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB KPT 6044

umur 50 tahun dan ke atas didapati bahawa tahap ketagihan internet adalah berbeza mengikut

kumpulan umur dan sub-sub skala yang lain.

Setelah analisis dijalankan, beliau telah mendapati bahawa tahap ketagihan internet bagi

golongan individu berumur 19 tahun dan ke bawah adalah lebih tinggi dari kumpulan umur yang

lain. Ini disokong oleh kajian dari Choi et al., (2008) melaporkan bahawa ketagihan internet

adalah lebih biasa di kalangan orang muda, dan dengan sebab ini, golongan muda perlu dipantau

selama-lamanya. Ozturk et al., (2007) melaporkan bahawa ketagihan internet ternyata menjadi

faktor risiko yang serius terutamanya bagi kumpulan umur 12-18 tahun. Hahn dan Jerusalem

(2001) melaporkan bahawa individu-individu yang dalam kumpulan umur 20-29 tahun

menggunakan internet secara sederhana sementara skor ketagihan internet individu yang

dipunyai oleh kumpulan 19 tahun dan ke bawah adalah lebih tinggi daripada kumpulan-

kumpulan lain.

Daripada analisis beliau juga didapati bahawa skor ketagihan internet di kalangan pelajar

adalah lebih tinggi berbanding dengan kumpulan yang lain seperti yang bekerja di pelbagai

profesion, menganggur, suri rumah dan yang telah bersara. Ini disokong oleh kajian Seville et al,

(2010) yang dijalankan ke atas pelajar-pelajar sekolah tinggi melaporkan bahawa ketagihan

internet di kalangan pelajar-pelajar yang baru memasuki sekolah tinggi adalah lebih tinggi

daripada pelajar-pelajar senior yang lain. Chin-Chung dan Sunny (2003) melaporkan keputusan

yang sama.

Didapati juga dari analisis yang dilakukan pengkaji, tahap ketagihan Internet lelaki

adalah lebih tinggi daripada orang-orang perempuan. Penemuan ini disokong oleh kajian yang

dijalankan oleh Choi et al., (2008) ia telah melaporkan bahawa kes ketagihan internet adalah

lebih biasa di kalangan pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan. Karaman dan Kurtoğlu

(2009) mendapati bahawa guru-guru pra-perkhidmatan lelaki lebih ketagih kepada internet

daripada perempuan pra-perkhidmatan guru. Hahn dan Jerusalem (2001) melaporkan bahawa

lelaki menggunakan internet lebih banyak berbanding perempuan; Walau bagaimanapun,

menurut Hahn dan Jerusalem, tahap penggunaan internet perempuan adalah meningkat dalam

beberapa tahun.

Page 5: An analysis of internet addiction levels of individuals according to various variable

PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB KPT 6044

5.0 PENUTUP

Ketagihan Internet juga digambarkan sebagai penggunaan internet dalam jumlah masa

yang semakin banyak untuk mencapai kepuasan masing-masing. Penggunaan Internet yang

bebas tanpa kawalan dalam semua sektor pekerjaan bukan sahaja telah memberikan impak yang

positif tetapi turut membawa bersama gejala negatif yang akhirnya menjadi beban kepada

masyarakat di seluruh dunia.Ketagihan Internet merupakan masalah baru yang mula menular

daripada masalah inidividu kepada masalah organisasi.

Kajian menunjukkan bahawa ketagihan Internet menimbulkan masalah peribadi,

keluarga, akademik, kewangan, dan pekerjaan. Ini kerana penagih Internet menghadapi

kesukaran dalam meminimakan penggunaan Internet. Teknik terapi dan kaunseling boleh

digunakan untuk membantu mereka untuk lebih bermotivasi untuk mengurangkan penggunaan

Internet mereka dan untuk menyedarkan mereka bagaimana untuk berdepan dengan masalah

mereka ini. Atas sebab ini, di sesetengah negara, pusat-pusat terapi ditubuhkan untuk mengenal

pasti dan merawat ketagihan Internet ini .

Ibu bapa juga perlu sedar akan tanda-tanda ketagihan Internet untuk membantu anak-

anak mereka. Sekolah juga berperanan juga untuk mengatasi masalah ini dengan menganjurkan

seminar seperti gejala-gejala ketagihan internet dan menjalankan teknik komunikasi yang

berkesan untuk mengurangkan ketagihan ini.

RUJUKAN

Cengiz ŞAHİN (2011). An Analysis of Internet Addiction Levels of Individuals According to

Various Variables. Universiti Ahi Evran, Kırşehir, Turki. The Turkish Online Journal of

Educational Technology. Dicapai di http://www.tojet.net/ (12.10.13).