anak bumi tercinta
TRANSCRIPT
Haron A.H. atau nama sebenarnya Haron Awang Hamat ialah antara penyair yang mendapat tempat mulai pertengahan 1970-an. Pada awal pengkaryaan, puisinya tersiar dalam Mingguan Timur, Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Utusan Zaman dan Mastika. Puisinya kini kerap memenuhi ruangan sastera akhbar dan majalah utama tanah air termasuk dalam jurnal puisi Malaysia, PERISA serta dalam beberapa antologi puisi. Pada tahun 1995, 1996 dan 1997 beliau memenangi Hadiah Sastera Utusan Melayu – Public Bank bagi kategori puisi. Kini beliau ialah Ketua 1 PPK sejak tahun 1992.
Telah kita siapkan rumah baru
Untuk anak – anak berteduh
Mendewasakan mereka
Menjadi warga bijaksana
Menjelang tahun wawasan
Telah kita siapkan rumah baru
Di atas tiang muafakat
Air, pasir dan simen
Dari pelbagai bangsa
Negara yang tumbuh
Atas bumi toleransi
Telah kita siapkan rumah baru
Berwajah kebangsaan
Agar penghuni saling ramah
Rajin member dan menerima
Juadah kesejahteraan
Sampai akhir zaman.
Rangkap 1
Rangkap 2
Rangkap 3
Sebuah negara berwajah baru disediakan untuk masyarakat negara ini. Dengan negara yang berwajah baru, generasi sekarang dapat hidup dengan aman dan menjadi generasi yang bijaksana.
Negara baru wujud hasil daripada permuafakatan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Sikap tolak ansur ini telah membangunkan negara.
Negara baru yang diwujudkan adalah berwajah kebangsaan. Penduduk hidup dalam keadaan mesra dan rajin serta pemurah. Semua ini akan menjadi asas kepada kesejahteraan hidup dalam jangka masa yang panjang.
Tema sajak ‘Rumah Baru’ karya Haron A.H. ini ialah tugas memajukan negara yang dipikul oleh masyarakat.
Huraian Negara kita bakal menempuh Wawasan 2020. Untuk mencapai matlamat ini, generasi muda diharap dapat berusaha membangunkan negara demi kesejahteraan hidup masyarakat keseluruhan.
Cinta akan tanah air
Kesejahteraan hidup
Perpaduan kaum
Sikap mencintai tanah air
di kalangan
rakyat
Kesejahteraan yang
dapat menjamin keamanan
negara
Perpaduan kaum di
negara kita
Rakyat berusaha sedaya-upaya
untuk membangunkan
negara dan
Rakyat negara ini mahukan
kesejahteraan hidup dalam jangka
masa yang panjang.
Rakyat negara ini yang terdiri
daripada kaum Melayu, Cina, dan India bersatu padu
Sajak ‘Rumah Baru’ karya Haron A.H. mempunyai bentuk sajak jenis BEBAS.
Antara bukti yang terdapat dalam sajak ini ialah :
Mempunyai 3 rangkap- Kesemua rangkap mempunyai 6 baris iaitu
berbentuk sestet. Rima bagi sajak ini tidak terikat dengan puisi
lama.- Contohnya, rima bagi rangkap kedua adalah
a, b, c, d, e, f. Jumlah perkataan dalam baris tidak menepati
cirri puisi lama.- Contohnya, jumlah perkataan dalam rangkap
Patriotik
Sajak ini menekankan saranan agar rakyat menyayangi dan mencintai tanah air
Metafora - tiang muafakat
- bumi toleransi- juadah kesejahteraan
Perulangan Perulangan kalimah ‘telah kita siapkan rumah baru’
sebanyak tiga kali.
Lambang ‘Rumah baru’ membawa maksud negara yang berwajah baru.
Inversi Kalimah ‘telah kita siapkan rumah baru’.
Asonansi
a – kerana kita diamanah i - rajin memberi dan
menerima
Aliterasi
t – di atas tiang muafakat g – dari tangan pelbagai
bangsa r – rajin member dan
menerima
Nilai Huraian/Contoh
Tanggungjawab
- Tanggungjawab terhadap negara.
- Bertanggungjawab memaju dan menjadikan negara gemilang suatu hari nanti.
Bekerjasama - Bekerjasama memajukan negara.
- Semua rakyat bekerjasama dalam usaha mencapai wawasan negara.
Perpaduan - Perpaduan di kalangan masyarakat.
- Semua rakyat tidak kira apa kaum bersatu padu membangunkan negara.
Pengajaran Huraian/ContohKita mesti
hidup bersatu padu
- Bersatu padu antara semua kaum di dalam sbuah negara.
- Penduduk di negara kita mengamalkan sikap bersatu padu.
Kita mesti menanam
sifat menyayangi
dan cinta
- Semangat yang perlu ada pada setiap rakyat negara.
- Dengan adanya semangat sebegini, hidup akan dalam
akan tanah air
kesejahteraan dan negaraakan pesat membangun.
kita mesti bertanggungj
awab memajukan
negara
- Tanggungjawab yang perlu dipikul bersama.
- Dengan adanya tanggungjawab ini, negara akan maju dan mudah mencapai wawasan.