analisis pembangunan pelancongan mapan di lundu, … pembangunan pelanc… · “analisis...
TRANSCRIPT
ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, SARAWAK
Noor Syafiqah Bt Mohd
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian ( Pengurusan Seni )
2017
ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU, SARAWAK
NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD
49853
PROJEK INI MERUPAKAN SALAH SATU KEPERLUAN UNTUK
IJAZAH SARJANA SENI GUNAAN DENGAN KEPUJIAN
(pENGURUSAN SENI)
FAKULTI SENI GUNAAN DAN KREATIF
UNIVERSITl MALAYSIA SARA W AK
2017
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Grade: ___ _
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: “ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI LUNDU,
SARAWAK”
SESI PENGAJIAN: 2014 / 2015
Saya: NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD
mengaku membenarkan *tesis ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti
Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
5. **sila tandakan
SULIT SULIT
TERHA TERHAD
TIDAK TIDAK TERHAD
Disahkan oleh:
_________________________ __________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap:
164-B Kampung Kubang Panjang,
21400 Kuala Terengganu,
Terengganu
Tarikh : ___________________ Tarikh : __________________
Catatan: * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa / organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
(mengandungi maklumat yang berdarjah
keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(mengandungi maklumat terhad yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)
Projek bertajuk “Analisis Pembangunan Pelancongan Mapan di Lundu, Sarawak” telah
disediakan oleh Noor Syafiqah Binti Mohd dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan
dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan
Kepujian (Pengurusan Seni).
Diterima untuk diperiksa oleh:
......................................................
En. Shaik Azahar B. Shaik Hussain
Penyelia Program Pengurusan Seni
Tarikh:......................................
iii
Projek bertajuk “ANALISIS PEMBANGUNAN PELANCONGAN MAPAN DI
LUNDU, SARAWAK” telah disediakan oleh NOOR SYAFIQAH BINTI MOHD dan
telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.
Diterima untuk diperiksa oleh:
_______________________________
(En Shaik Azahar Shaik Hussain)
Tarikh:
______________________________
iv
PENGAKUAN
Saya mengaku bahawa bahagian daripada penyelidikan ini telah digunakan sebagai bahan
sokongan untuk sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti ini atau institut
penganjian tinggi lain.
……..……………………...
(NOOR SYAFIQAH BT MOHD)
49853
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Dalam bab 1, pengkaji akan mengulas secara terperinci mengenai tajuk kajian iaitu
“Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak” untuk projek akhir.
Kebanyakan maklumat yang diperolehi adalah daripada sumber bacaan buku, jurnal
serta laman web yang ada untuk dijadikan bahan rujukan. Kepelbagaian pendapat
dalam setiap definisi perkataan atau tajuk memberikan pengkaji peluang untuk
berkongsi lebih lagi mengenai kewujudan teori atau kenyataan daripada mana-mana
buku dan para ahli dunia. Pengkaji memilih tajuk berkenaan kerana ianya
sememangnya melibatkan komuniti di sesebuah tempat dan yang paling penting ianya
berada di bawah industri pelancongan.
2
1.1 Definisi
1.1.1 Definisi Pembangunan
Riyadi dan Bratakusumah (2005) “pembangunan merupakan proses untuk melakukan
perubahan”. Pada awal pemikiran masyarakat tentang pembangunan, mereka sering
mengatakan atau mendefinisikan pembangunan merupakan perkembangan atau proses
modernisasi.
“Pembangunan sebagai suatu perubahan, mewujudkan suatu keadaan kehidupan
bernegara dan bermasyarakat yang lebih baik dari keadaan sekarang, sedangkan
pembangunan sebagai suatu pertumbuhan menunjukkan kemampuan suatu kelompok
untuk terus berkembang, baik secara kualitatif maupun kuantitatif dan merupakan
sesuatu yang mutlak yang harus terjadi dalam pembangunan”.
Siagian (1983)
Pembangunan menunjukkan terjadinya suatu proses kemajuan yang berasaskan
kekuatan sendiri dan bergantung kepada manusia atau struktur sosialnya untuk
menerima sebarang perubahan dan kemajuan yang berlaku. Pearce (1989)
mendefinisikan pembangunan sebagai,
"Pembangunan biasanya telah dianggap sebagai satu proses, iaitu sesuatu
jenis perubahan sosial. Walau bagaimanapun, pembangunan juga keadaan di mana
apabila sesuatu masyarakat itu dipanggil maju atau mundur, kita merujuk kepada
keadaan semasa. Begitu juga, apabila pembangunan diisytiharkan sebagai matlamat
utama negara-negara Dunia Ketiga, kiasan ini adalah untuk keadaan terminal, bukan
satu proses. Oleh itu, istilah 'pembangunan' merujuk kedua-dua destinasi perjalanan
dan perjalanan itu sendiri"
3
Berdasarkan kepada destinasi yang dinyatakan di atas, dapat dirumuskan bahawa
pembangunan merupakan satu proses perubahan yang berlaku secara evolusi untuk
mencapai kemajuan yang lebih baik berbanding sebelumnya. Ianya meliputi semua
aspek kehidupan manusia, kegiatan ekonomi, dan lain-lain
1.1.2 Definisi pelancongan
Seterusnya, Leiper, (1981), mendefinisikan pelancongan sebagai suatu sistem terbuka
yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas, elemen manusia iaitu
pelancong, elemen kawasan iaitu industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu
terdiri daripada individu yang mengembara bagi tujuan berehat selama lebih kurang
satu hari. World Tourism Organization (WTO) mendefinisikan pelancongan sebagai
aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat dimana individu tersebut
keluar daripada tempat asalnya dan menetap di suatu tempat tidak lebih daripada
setahun bagi tujuan rehat. Definisi WTO ini secara langsung membawa kepada
pengertian pelancongan antarabangsa, pelancongan dalaman, pelancongan domestik
dan pelancongan kebangsaan.
Harrison, (2001), pelancongan boleh dilihat sebagai suatu bentuk permodenan,
perpindahan modal, teknologi, kepakaran dan nilai-nilai moden dari barat. Turner and
Turner, (1978), membuat kenyataan bahawa pelancong adalah sebahagian daripada
Jemaah haji jika Jemaah haji adalah sebahagian pelancong dan Graburn, (1983)
menyebut pelancongan sebagai suatu perjalanan yang suci.
4
Pelancong pula bermaksud mereka yang keluar ke sesuatu destinasi lain bagi beberapa
tujuan. Selain itu, pelancong juga didefinisikan sebagai pelawat sementara sekurang-
kurangnya 24 jam di negara yang dilawati dan tujuan lawatan tersebut boleh
dikelompakkan seperti masa lapang, perniagaan, keluarga dan mesyuarat.
Di Malaysia, industri pelancongan mula muncul pada akhir tahun 1960. Pada tahun
1970, kerajaan Malaysia mula membangunkan industri pelancongan untuk memenuhi
beberapa objektif seperti meningkatkan pendapatan dalam pertukaran mata wang
asing, meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan negara. Secara umumnya,
konsep pelancongan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pelancongan
konvensional dan pelancongan alternatif.
1.1.3 Definisi Pembangunan Mapan
Pembangunan mapan merupakan satu konsep pembangunan yang menekankan
kesepaduan dan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dengan keperluan sosial
dan alam sekitar bagi memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keupayaan
memenuhi keperluan pada masa depan. Dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan
(RMKe-9) sebanyak RM 1.8 billion telah diperuntukkan kepada sektor pelancongan
untuk mempakej semula tarikan sedia ada seperti menaiktaraf infrastruktur dan
menyediakan kemudahan pelancongan serta membangunkan lebih banyak produk dan
perkhidmatan pelancongan yang inovatif. Aktiviti pemasaran dan promosi akan
dipergiatkan juga bagi menaikkan imej Malaysia dan meningkatkan jumlah pelancong
domestik dan antarabangsa (Malaysia, 2006).
5
Impak globalisasi akibat kecanggihan serta pembangunan teknologi dan sistem
komunikasi menyebabkan jurang masa dan jarak semakin singkat sementara
kekaburan sempadan antara tempat semakin meningkat (Fatimah & Morshidi, 2003).
Akibat trend semasa, gaya hidup dan permintaan yang berubah maka pihak
pengurusan destinasi pelancongan perlu peka, menaiktaraf dan menambah nilai
terhadap produk dan perkhidmatan pelancongan yang disediakan. Fokus pembangunan
dalam konsep pembangunan lestari menekankan kepada kepentingan peningkatan
kualiti yang lebih baik kepada semua entiti muka bumi termasuklah manusia, muka
bumi dan kehidupan lain. Oleh itu, setiap pembangunan pelancongan yang bakal
dijalankan perlu menekankan kepentingan mengekalkan alam sekitar dan kehidupan
masyarakat.
Justeru itu konsep pembangunan lestari perlu dilihat dalam perspektif yang
komprehensif dan bersepadu serta mengimbangkan keperluan dalam semua aspek
pertumbuhan ekonomi, sosial dan alam sekitar. Sehingga kini telah wujud pelbagai
takrif mengenai konsep pembangunan mampan ini. Antaranya yang terkenal ialah
yang dikemukakan oleh Our Common Future iaitu:
"Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa
menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka
sendiri"
Selain dari itu, ianya juga didefinisikan sebagai,
"Kelestarian adalah jangka panjang kesihatan budaya, ekonomi dan alam
sekitar dan daya hidup "dengan memberi penekanan kepada jangka panjang,"
bersama-sama dengan kepentingan menghubungkan sosial, kewangan, dan alam
sekitar kesejahteraan kita"
Sumber: (Aronsson, 2000)
6
1.2 Latar Belakang Kajian
1.2.1 Latar Belakang Lundu
Lundu terletak di bahagian barat daya Bahagian Kuching dan bersempadan dengan
Kalimantan Barat, Indonesia. Lundu merupakan sebuah daerah yang meliputi kawasan
seluas 1962.2 km persegi. Pusat pentadbiran Daerah Lundu terletak di Pekan Lundu
manakala Pekan Sematan sebagai Pusat Daerah Kecil. Daerah Lundu juga terdapat 80
daripada 99 kampung yang terdapat di daerah Lundu termasuk daerah kecil Sematan.
Lundu berperanan penting dalam sejarah awal Sarawak yang wujud sebelum
erapemerintahan keluarga Brooke lagi.
Lundu termasuk daerah kecil Sematan yang mempunyai keluasan kira-kira 1,916km
persegi dengan anggaran penduduk sekitar 37,000 dan ianya telah wujud lebih seribu
tahun lalu. Kebanyakan kampung di daerah Lundu mendapat nama sempena nama
pokok terdapat di daerah itu, malah ada yang dinamakan mengikut sejarah
penghijrahan masyarakat dari satu tempat ke satu tempat (Bujang, 2011). Terdapat
juga kampung-kampung yang mendapat nama daripada seseorang yang berpengaruh
atau tersohor mula-mula menetap di sesuatu kawasan sebagai contoh Kampung Bajo.
Daerah Lundu telah wujud sekian lamanya, sejak zaman era pemerintahan Keluarga
Brooke lagi. Mr Henry Fitzgibbon merupakan Pegawai Daerah Lundu yang pertama
pada era Brooke. Beliau mentadbir Daerah Lundu pada tahun 1877. Berdasarkan
penceritaan dari warga tua, Lundu mendapat namanya dari sejenis spesis ikan
tempatan yang dikenali sebagai ikan lundu ataupun nama sentifiknya Macrones Guilo.
Menurut cerita penduduk tempatan, pada masa dahulu bilangan Ikan Lundu iaitu
sejenis spesis ikan sembilang ini boleh didapati dengan banyaknya di sepanjang sungai
7
Batang Kayan Lundu. Hinggakan Ikan Lundu boleh didapati dengan mudahnya
semasa air pasang (Portal Kerajaan, 2008).
Daerah Lundu sememangnya terkenal dengan pasarana pelancongan dan ini
merupakan kelebihan Daerah Lundu berbanding dengan kawasan-kawasan lain di
Sarawak. Kawasan menarik tersebut adalah seperti Taman Negara Gading Lundu,
Program Homestay seperti di Telok Melano, Telok Serabang dan Rumah Panjang
Pueh di Sematan. Ulat Sutra di Silk Farm, Sematan. Deer Farm dan Bird Nest di
Kampung Siru, Sematan. Industri Penternakan Ketam, Sematan. Industri-industri
kecil-kecilan seperti keropok ikan, keropok udang, keropok ubi dan kuih tradisional,
kraftangan dan sebagainya.
Lundu akan berubah wajah dalam masa 10 tahun akan datang dengan terlaksananya
Pelan Pembangunan Pesisir Pantai Lundu yang turut akan membangunkan
pelancongan serta perikanan di kawasan itu. Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib
Mahmud yang mendedahkan perkara itu berkata, bagi mencapai matlamat berkenaan
kerajaan akan memperuntukkan geran mulai tahun depan untuk menjalankan kajian
mengenai pembangunan terbabit (Borneo Post Online, 2012). Pelbagai projek disalur
di kawasan ini meliputi aspek infrastruktur, pendidikan, pelancongan dan lain-lain
projek memanfaat bagi penduduk Lundu.
Jelaslah bahawa masyarakat Lundu akan menerima pelbagai pembangunan dalam
masa terdekat untuk pembangunan masyarakat dan pelancongan. Lundu bukan sahaja
memiliki panorama yang indah tetapi juga penuh dengan sejarah dan legendanya yang
harus dikaji potensi itu dari segi pelancongan. Lundu bukan sahaja menjadi kawasan
yang paling cantik di Sarawak tetapi juga menjadi kawasan yang paling
membanggakan.
8
Rajah 1.1 Pecahan Penduduk di Daerah Lundu Sumber: Google (2014)
Bilangan penduduk Daerah Lundu menurut Banci 2010 ialah seramai 34,576 orang
yang terdiri daripada kaum Bidayuh (Jagoi, Selako dan Lara), Cina, Melayu, Iban dan
lain-lain. Kaum majoritinya ialah kaum Bidayuh. Kepadatan penduduk sebanyak 17.6
orang setiap kilometer persegi (Majlis Daerah Lundu, 2016). Berdasarkan rajah 1.1,
45% daripada carta pecahan penduduk merupakan penduduk yang berbangsa Bidayuh.
Penduduk Bidayuh mencatatkan jumlah yang paling tinggi berbanding bangsa lain.
Kemudian diikuti dengan 28% penduduk yang berbangsa Melayu dan seterusnya 15%
iaitu penduduk berbangsa Iban. Jumlah yang mencatatkan bilangan yang paling rendah
ialah 10% iaitu bangsa Cina dan diikuti 2% iaitu warga asing.
9
Peta 1.1 Daerah Lundu dan Daerah Kecil Sematan Sumber: Google (2014)
Keluasan Daerah Lundu adalah 1,812 km per segi dan jika merangkumi Daerah kecil
Sematan, keseluruhan kawasan adalah 1,962 km persegi. Di Lundu, hampir 80%
daripada penduduk di daerah Lundu bergiat di dalam sektor pertanian, dan
kebanyakan daripada mereka terdiri daripada penanaman koko, lada hitam, padi, buah-
buahan dan kelapa sawit. Manakala kawasan persisiran pantai pula kebanyakannya
adalah kaum nelayan. Kemajuan sektor pertanian banyak mendapat bantuan daripada
agensi-agensi kerajaan dan swasta, seperti Jabatan Pertanian, Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan (FELDA), Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation
Authority (SALCRA), Persatuan Peladang, Lembaga Penyatuan dan Pemuliharaan
Tanah Persekutuan (FELCRA) dan lain-lain. Selain daripada itu, aktiviti pembalakan,
pengilangan papan, Pemeliharaan Ulat Sutera, Pemeliharaan Ketam, Udang Harimau,
Ikan Air Tawar dan pengambilan pasir Silika juga dijalankan sebagai salah satu
daripada sumber ekonomi penduduk di sini.
10
1.2.2 Latar Belakang Sarawak
Negeri Sarawak dikenali sebagai Bumi Kenyalang dan merupakan negeri yang
terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 124,449.51 km2 dan terletak di Pulau
Borneo iaitu di Malaysia Timur. Kuching merupakan ibu negerinya dan Sungai
Rajang yang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia terdapat di negeri ini.
Sarawak terkenal dengan pecahan kumpulan etnik yang tersendiri iaitu kira-kira 27
kumpulan.
Antara etnik yang terdapat di Sarawak ialah Iban, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah,
Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan,
Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan
lain-lain. Sarawak mempunyai 31 kawasan Parlimen, 71 Dewan Undangan Negeri dan
11 Bahagian meliputi 28 daerah seperti Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Sarikei,
Limbang, Kapit, Bintulu, Samarahan, Mukah dan Betong. Anggaran penduduknya
pada tahun 2010 adalah seramai 2,506,500 orang.
Asal nama sebenar Sarawak tidak dapat dibuktikan secara saintifik dan mutlak. Walau
bagaimanapun terdapat beberapa pendapat yang menyatakan asal usul nama Sarawak,
antaranya ialah nama Sarawak berasal daripada nama Batang Sarawak atau Sungai
Sarawak. Batang Sarawak meliputi kawasan di sekitar Kuching hingga ke seluruh
Sarawak. Sarawak ialah salah satu negeri di Asia Tenggara yang diduduki oleh
manusia. Ia berlaku kira-kira 40 000 tahun dahulu. Penemuan arkeologi seperti tulang
manusia, tembikar, dan bekas perkuburan membuktikan bahawa manusia telah
mendiami Sarawak sejak sebelum Masihi lagi.
11
Terdapat banyak tempat atau bangunan bersejarah yang terdapat di Sarawak yang
merupakan salah satu tarikan pelancong datang ke negeri Sarawak. setiap daerah yang
terdapat di Sarawak berpotensi sebagai destinasi pelancongan yang mampu
menyumbang kepada ekonomi masyarakat dan negeri tersebut.
1.3 Permasalahan Kajian
Permasalahan kajian merupakan permasalahan atau isu yang berlaku di sesuatu tempat
kajian. Melalui permasalahan, pengkaji dapat mengenalpasti tajuk dan objektif kajian.
Objektif kajian dan persoalan kajian dapat dikenalpasti dengan permasalahan yang
berlaku di sesebuah tempat. Lundu.
Jelaslah bahawa masyarakat Lundu akan menerima pelbagai pembangunan dalam
masa terdekat untuk pembangunan masyarakat dan pelancongan. Lundu bukan sahaja
menjadi kawasan yang paling cantik di Sarawak tetapi juga menjadi kawasan yang
paling membanggakan. Terdahulu Tan Sri Adenan dalam ucapannya berkata, Lundu
bukan sahaja memiliki panorama yang indah tetapi juga penuh dengan sejarah dan
legendanya yang harus dikaji potensi itu dari segi pelancongan. “Lundu adalah tempat
yang paling dekat dengan Kuching dan mudah dicapai, bagaimanapun untuk
menjadikan ia satu kawasan yang membangun, kita memerlukan satu kajian terutama
dari segi pelancongan (Borneo Post Online, 2016).
Perkembangan industri pelancongan juga dilihat dapat memberikan impak yang positif
dari sudut pembangunan ekonomi, sosial dan fizikal kepada semua pihak yang
berkaitan. Lundu berpotensi sebagai destinasi pelancongan dengan daya tarikan
semula jadi (Berita Malaysia, 2013). Oleh itu, Lundu berpontensi dijadikan sebagai
destinasi pelancongan yang mapan selari dengan pelancongan antarabangsa.
12
Melalui pembangunan ini, keterlibatan masyarakat kampung terhadap pembangunan
pelancongan di Lundu, Sarawak sangat penting. Dalam konteks negara membangun,
Getz (1983) mengatakan bahawa sokongan yang padu daripada penduduk tempatan
akan menggalakkan lagi pembangunan pelancongan. Inskeep (1991), juga
mengesyorkan pendekatan komuniti iaitu dengan menggalakkan penyertaan penduduk
tempatan dalam proses perancangan pelancongan seperti terlibat dalam membuat
keputusan.
Selain daripada itu, setiap pembangunan pelancongan yang dibangunkan
sememangnya memberi manfaat dan kesan terhadap penduduk setempat di kawasan
membangun tersebut. Pernyataan ini disokong oleh Man, Zahari dan Omar (2009) di
dalam kajiannya di mana kajian ini bertujuan untuk mengupas isu dan cabaran yang
dihadapi komuniti Batek kesan daripada perkembangan industri pelancongan di Kuala
Tahan, Pahang. Oleh itu, setiap pembangunan pelancongan yang dibangunkan pasti
akan memberikan impak dalam aspek alam sekitar, sosial, ekonomi, politik dan
perundangan. Pernyataan ini disokong oleh Jahi (2009), merupakan pengkaji yang
mengkaji tentang pembangunan pelancongan yang memberi impak kepada fizikal
pinggir pantai.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah meliputi kepada tujuan keseluruhan sesebuah kajian yang akan
dijalankan oleh pengkaji.Antara objektif kajian tersebut ialah:
Mengenalpasti impak pembangunan pelancongan terhadap masyarakat di
Lundu, Sarawak
Menganalisis keterlibatan masyarakat kampung terhadap pembangunan
pelancongan di Lundu, Sarawak
Mengkaji potensi Lundu, Sarawak sebagai lokasi pembangunan pelancongan
yang mapan
13
1.5 Soalan Kajian
Berdasarkan kajian yang dilakukan, terdapat beberapa persoalan yang akan
dikemukakan dalam kajian ini bagi menyempurnakan penyelidikan dan untuk
mendapatkan data kajian. Antara persoalannya adalah:
i. Apakah impak pembangunan pelancongan kepada penduduk daripada sudut
impak terhadap sosial, ekonomi dan alam sekitar?
ii. Bagaimanakah sambutan atau penerimaan penduduk terhadap pembangunan
yang sedang dibangunkan atau yang akan dibangunkan Lundu?
iii. Apakah potensi Lundu sebagai lokasi pelancongan yang mapan yang
merangkumi pembangunan pelancongan yang bakal dijalankan atau telah
dijalankan di Lundu?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian yang bertajuk “Analisis pembangunan pelancongan mapan di Lundu, Sarawak”
diharap dapat memberi pencerahan tentang kajian yang dilakukan ini adalah untuk
menyelesaikan isu atau permasalahan yang berlaku di lokasi kajian. Kajian yang
dijalankan ini bukan sahaja penting kepada pengkaji sendiri, malahan kepada
masyarakat kampung dan juga kepada pengkaji pada masa akan datang juga.
i. Kepentingan Kajian Terhadap Pengkaji
Kajian yang dilakukan ini dapat memberi pengkaji kepentingan dari sudut ilmu
pengetahuan iaitu pengkaji dapat meluaskan lagi pengetahuan. Untuk menyiapkan
kajian ini, pengkaji harus gigih membaca dan mengkaji buku atau tesis kajian lepas
untuk mendapatkan lebih maklumat tentang tajuk yang dibuat. Selain itu, pengkaji
dapat mengkaji dengan lebih mendalam mengenai sejarah tempat, pembangunan
pelancongan dan potensi sesebuah kawasan sebagai kawasan pembangunan
pelancongan.
14
ii. Kepentingan Kajian Terhadap Penduduk Setempat
Bagi penduduk setempat di lokasi kajian, penduduk mendapat penjelasan dengan lebih
mendalam tentang perancangan pembangunan di samping dapat mendedahkan kepada
penduduk setempat tentang nilai pembangunan yang dapat memberi manfaat kepada
generasi akan datang.
iii. Kepentingan Kajian Terhadap Pengkaji Akan Datang
Disamping itu, pengkaji akan datang juga akan memperoleh kepentingan daripada
kajian yang dijalankan ini. Kajian ini penting sebagai rujukan kepada pengkaji pada
masa akan datang. Pengkaji dapat menggunakan aspek-aspek atau kaedah yang
digunakan dalam proses menyiapkan kajian ini untuk dipraktikkan dalam kajian pada
masa akan datang.
1.7 Skop Kajian
Skop kajian merupakan perkara yang difokuskan dalam sesebuah kajian. Fokus ini
yang akan menentukan arah batasan dalam penulisan. Untuk kajian ini, skop tugasan
lebih fokus kepada lokasi kajian iaitu dalam kawasan perkampungan Lundu di
Sarawak. Kajian ini akan dijalankan di Sarawak berikutan isu atau permasalahan
dikesan di kawasan tersebut dan disebabkan terdapat banyak sumber yang boleh
diperolehi. Skop kajian harus dipandang serius bagi mengelakkan data yang diperolehi
berlainan dengan perkara atau objektif yang difokuskan dalam kajian ini. Kajian ini
akan dilakukan terhadap penduduk kawasan Lundu, Sarawak. Kajian ini akan dibuat
tanpa mengira demografi seperti jantina, umur, bangsa, taraf pendidikan dan taraf
pekerjaan. Ketua Kampung juga merupakan keutamaan dalam kajian untuk
mendapatkan maklumat tentang kajian yang dibuat.
15
1.8 Limitasi Kajian
Pengkaji akan menghadapi pelbagai limitasi sepanjang tempoh menyiapkan kajian
yang dijalankan ini. Limitasi kajian merupakan perkara yang menyukarkan pengkaji
untuk menyiapkan kajian atau dengan lebih tepat cabaran atau halangan yang akan
dihadapi pengkaji sepanjang kajian dijalankan. Antara limitasi yang sering dihadapi
pengkaji ialah pihak-pihak yang akan ditemuramah tidak dapat memberikan kerjasama
kerana kesibukkan atau tiada di kawasan kajian sewaktu sesi temu ramah dijalankan,
maka pengkaji harus mencari alternatif lain untuk mendapatkan hasil dapatan kajian.
Selain itu, pengkaji juga menghadapi kekangan untuk berulang alik dari kolej ke
kawasan kajian iaitu di Lundu, Sarawak ekoran jarak yang agak jauh. Pengkaji
terpaksa memikirkan alternatif lain untuk memudahkan proses pengumpulan dapatan
maklumat berjalan dengan lancar. Pengkaji juga banyak merujuk sumber buku yang
menggunakan Bahasa Inggeris dalam mengumpul maklumat.
Hal ini berlaku kerana tidak banyak buku yang berkaitan dengan tajuk pengkaji yang
diterbitkan dalam Bahasa Melayu. Rujukan sumber buku yang berbahasa Inggeris
menyukarkan pengkaji untuk menterjemahkan maklumat yang diperolehi daripada
buku tersebut. Berikut merupakan limitasi lain yang dihadapi pengkaji sepanjang
tempoh kajian dijalankan:
Pengangkutan
Pengkaji berhadapan dengan limitasi daripada sudut pengangkutan kerana pengkaji
tidak mempunyai kenderaan yang tetap serta tidak mempunyai lesen memandu.
Limitasi ini menyebabkan pengkaji menghabiskan banyak masa dengan menunggu
pengangkutan awam untuk menuju ke lokasi kajian yang terletak agak jauh dari rumah
pengkaji. Selain itu, pengkaji juga berhadapan risiko keselamatan dan ketersampaian
16
jika menunggang ke lokasi kajian kerana tidak terlalu mahir dengan selok belok lokasi
kajian. oleh itu, pengkaji harus berhati-hati jika menunggang motosikal atau
menggunakan kenderaan lain untuk ke lokasi kajian.
Penginapan
Pengkaji juga mengalami masalah penginapan ekoran kerana jarak jauh kediaman
dengan lokasi kajian. Pengkaji akan berada di lokasi kajian melebihi seminggu dan
menyukarkan pengkaji untuk berulang alik ke kediaman. Masalah penginapan ini
boleh diselesaikan jika pengkaji mempunyai saudara mara terdekat yang tingal
berdekatan dengan lokasi kajian. Pengkaji memerlukan kos yang tinggi jika ingin
tinggal sementara di lokasi kajian untuk memudahkan proses dapatan kajian
dijalankan.
Kewangan
Limitasi seterusnya ialah pengkaji mengalami masalah daripada sudut kewangan.
Pengkaji memerlukan kos yang tinggi untuk pergi ke lokasi kajian ekoran lokasi agak
jauh daripada kediaman pengkaj. Pengkaji memerlukan kos yang tinggi untuk
kegunaan sepanjang kajian dijalankan untuk mengelak daripada sebarang masalah
lain. Keadaan pengkaji yang tidak mempunyai pekerjaan atau gaji menyukarkan
pengkaji untuk menjalankan kajian dengan lancar kerana semua perkara yang
dilakukan akan melibatkan duit.
17
Penglibatan Masyarakat
Limitasi ini merupakan masalah yang paling digeruni oleh pengkaji. Setiap pengkaji
mengharapkan bantuan atau kerjasama yang mantap daripada para responden untuk
memudahkan data dikutip ketika menjalankan kajian di lokasi kajian. penglibatan
yang baik oleh masyarakat atau responden dapat memudahkan pengkaji dan
menjimatkan masa pengkaji berada di lokasi kajian.
Pengkaji sedia maklum, sebarang kajian yang dijalankan akan berhadapan dengan
masalah penglibatan masyarakat. Oleh itu, pengkaji harus memikirkan alternatif lain
untuk mengatasi masalah ini. Pengkaji memerlukan 350 responden dalam usaha
mendapatkan hasil dapatan kajian yang melibatkan masyarakat di lokasi kajian.
pengkaji mungkin akan berhadapan dengan limitasi ini kerana tidak semua responden
dapat meluangkan masa dengan pengkaji sepanjang kajian dijalankan.
1.9 Lokasi Kajian
Pengkaji telah memilih Lundu sebagai lokasi kajian berikutan isu dan permasalahan
yang berlaku di lokasi tersebut. Lundu merupakan sebuah daerah yang meliputi
kawasan seluas 1962.2 km persegi dan jarak Pusat Bandar Lundu dari Bandaraya
Kuching ialah 100 km.
Daerah Lundu sememangnya terkenal dengan pasarana pelancongan dan ini
merupakan kelebihan Daerah Lundu berbanding dengan kawasan-kawasan lain di
Sarawak. Lokasi yang dipilih pengkaji terletak di Sarawak iaitu di negeri pengkaji
bermastautin bagi memudahkan kajian dibuat dan untuk menjimatkan kos kajian.
Lokasi yang dipilih merupakan tempat permasalahan yang telah dikesan oleh pengkaji
iaitu Lundu, Sarawak.
18
Peta 1.2 Menunjukkan peta Daerah Lundu Sumber: (Google, 2016)
1.10 Metodologi Kajian
Dalam membuat sesuatu penyelidikan, beberapa kaedah metodologi akan digunakan
pengkaji untuk mendapatkan hasil dapatan kajian dengan lebih terperinci. Bahan atau
sumber yang digunakan iaitu sama ada daripada individu atau daripada bacaan
langsung seperti tesis, jurnal dan buku. Pengkaji akan menggunakan kaedah data
primer dan sekunder untuk mendapatkan analisis kajian yang tepat.
Kajian ini juga menggunakan kaedah metodologi yang terdiri daripada kawasan
kajian, persampelan, kaedah pengumpulan data yang merangkumi data primer dan
data sekunder serta instrumen kajian yang digunakan. Metodologi juga melibatkan
proses penganalisaan data dan hipotesis kajian.Pada peringkat akhir kajian ini,
pengkaji akan mengulas hasil daripada pengumpulan data melalui kaedah kuantitatif
dan kualitatif untuk dijadikan dapatan kajian.