analisis swot guru sebagai profesion

6
ANALISIS SWOT GURU SEBAGAI PROFESION NAMA PELAJAR : SYAHFIQAH BINTI MOHD DAUD S- STRENGTHS 1. Membentuk diri seorang guru agar menjadi suri tedalan yang dapat menjalankan tugas seperti yang dihasratkan kerajaan dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG) iaitu “Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif fan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik,progresif dan berdisiplin”. 2. Profesion keguruan merupakan satu medium utama untuk mendidik dan melahirkan anak bangsa yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,rohani dan intelek(JERI) agar generasi akan datang bersedia untuk menempuh segala cabaran hidup dan apa juga masalah yang timbul. 3. Menjadi seorang guru banyak manfaatnya seperti dapat membina hubungan yang erat dengan masyarakat. Tugas guru mengajar di sekolah amat disegani oleh semua pihak termasuklah masyarakat setempat. Hubungan yang mesra antara guru dan masyarakat dapat dibina melalui program-program yang melibatkan ibu bapa mahupun penduduk berhamprian sekolah. 4. Guru bukan setakat mengajar di dalam bilik darjah, namun profesion perguruan ini dapat mengembangkan idea guru seperti

Upload: yuyu-liplap

Post on 08-Jul-2016

658 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

m

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Swot Guru Sebagai Profesion

ANALISIS SWOT GURU SEBAGAI PROFESION

NAMA PELAJAR : SYAHFIQAH BINTI MOHD DAUD

S- STRENGTHS

1. Membentuk diri seorang guru agar menjadi suri tedalan yang dapat menjalankan

tugas seperti yang dihasratkan kerajaan dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG) iaitu

“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif fan saintifik, bersedia menjunjung

aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin

perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu

padu,demokratik,progresif dan berdisiplin”.

2. Profesion keguruan merupakan satu medium utama untuk mendidik dan melahirkan

anak bangsa yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,rohani dan

intelek(JERI) agar generasi akan datang bersedia untuk menempuh segala cabaran

hidup dan apa juga masalah yang timbul.

3. Menjadi seorang guru banyak manfaatnya seperti dapat membina hubungan yang

erat dengan masyarakat. Tugas guru mengajar di sekolah amat disegani oleh semua

pihak termasuklah masyarakat setempat. Hubungan yang mesra antara guru dan

masyarakat dapat dibina melalui program-program yang melibatkan ibu bapa mahupun

penduduk berhamprian sekolah.

4. Guru bukan setakat mengajar di dalam bilik darjah, namun profesion perguruan ini

dapat mengembangkan idea guru seperti contoh apabila guru-guru mengalami maslaah

dalam mengajar, maka guru-guru akan berbincang dan membuat bengkel untuk

mewujudkan modul-modul pengajaran yang dapat membantu ke arah memperkasakan

sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini sekaligus memudahkan guru-guru

dalam melaksanakan PdP mengikut subjek yang diajar.

5. Kelebihan menjadi seorang guru adalah guru berkebolehan dalam semua bidang.

Hal ini demikian kerana, seorang guru akan menjadi doktor, jurulatih bola sepak dan

ahli bomba di sekolah. Apabila murid mengadu sakit perut, gurulah yang akan

Page 2: Analisis Swot Guru Sebagai Profesion

menguruskan murid dan merawat murid. Pada sebelah petang pula, guru akan menjadi

jurulatih bola sepak untuk pasukan bola sepak sekolah. Oleh itu, seorang guru

berkebolehan dalam apa jua bidang tugas yang diberi.

W- WEAKNESSES

1. Terbeban dengan tugas. Guru pada alaf 21 terbeban dengan bidang tugas yang

tiada hentinya. Pengenalan kepada sistem PBS (pentaksiran Bersepadu Sekolah) dan

Sistem Maklumat Murid Online telah menambahkan lagi beban tugas guru yang sedia

ada. Masa yang terhad menyebabkan guru tidak sempat membuat penilaian dan ada

kalanya terdapat sebahagian tajuk tidak sempat diajar.

2. Pada November 2012, kerajaan telah mengumumkan bahawa sistem waktu bekerja

seorang guru di sekolah adalah 9 jam. Namun , apa yang dilihat kini, adakalanya guru

terpaksa bekerja lebih masa untuk menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan. Seperti

contoh kelas tambahan, membuat kostum murid untuk pertandingan, latihan menari,

mendaftar masuk prestasi murid secara online dan sebagainya. Oleh itu, guru banyak

menghabiskan masa di sekolah berbanding di rumah.

3. Guru juga harus berdepan dengan karenah ibu bapa yang pelbagai. Adakalanya ibu

bapa tidak suka dengan cara guru mengajar anaknya dan mempertikaikan kebolehan

guru.

4. Kemudahan terhad. Terkini, setiap guru perlu mendaftar pencapaian murid secara

online. Oleh itu, penggunaan ICT amatlah diperlukan. Namun malangnya, guru-guru

tidak disediakan dengan kelengkapan ICT yang mencukupi di sekolah mengakibatkan

guru terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan komputer. Bagi guru yang

mempunyai komputer riba, masalah yang sering dihadapi adalah sistem capaian

internet yang lemah di sekolah. Akhirnya, guru terpaksa menyambung kerja di rumah

untuk mendapatkan pautan internet.

5. Guru terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membuat bahan bantu belajar kerana

tiada peruntukkan ataupun elaun khas untuk bahan bantu belajar murid.

Page 3: Analisis Swot Guru Sebagai Profesion

O- OPPORTUNITIES

1. Menjadi seorang guru dapat membuka banyak peluang kepada guru untuk

mempelajari ilmu baharu. Hal ini kerana, guru seharusnya peka dengan setiap perkara

yang terjadi agar ilmu baharu dapat disampaikan kepada murid. Malahan, guru juga

adakalanya akan belajar sesuatu daripada murid. Hal ini sekaligus membuat guru lebih

berpengetahuan dalam pelbagai aspek.

2. Profesion perguruan adalah satu pekerjaan yang akan berjumpa dengan ramai

orang. Hal ini kerana, kita akan berjumpa dengan murid yang berbeza setiap tahun, ibu

bapa yang pelbagai. Oleh itu, guru berpeluang untuk mendapat lebih ramai kenalan.

3. Guru akan menjadi peka terhadap arus pemodenan negara. Hal ini kerana, guru

akan belajar banyak daripada murid-murid yang dikenali sebagai generasi Y. Murid-

murid kini lebih maju ke hadapan dan kita sebagai seorang guru haruslah bijak

menggunakan peluang untuk sama-sama seiring dengan murid agar tidak menjadi isu “

guru ketinggalan zaman” dan murid tidak menjadi bosan di dalam bilik darjah. Malahan,

4. Prestasi dapat ditingkatkan dengan mengikuti kursus-kursus dalam dan diluar

sekolah untuk melahirkan seorang guru yang kompeten. Guru-guru akan dibekalkan

dengan pelbagai aspek kemahiran seperti bidang pengurusan, mata pelajaran dan

kokurikulum. Seperti contoh, Latihan dalam Perkhidmatan (LDK) juga merupakan satu

iniasiatif sekolah untuk membekalkan guru dengan ilmu semasa dan kemahiran-

kemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang guru.

T-THREATS

1. Akibat daripada beban kerja yang terlalu banyak, guru terdedah dengan stress. Hal

ini pernah berlaku di sebuah sekolah di Kota Kinabalu,Sabah. Seorang guru secara

tiba-tiba mengamuk dengan mengambil sebilah samurai ketika mengajar di dalam bilik

Page 4: Analisis Swot Guru Sebagai Profesion

darjah. Perkara sebegini yang dikhuatiri apabila guru menjadi terlalu terbeban dengan

tugas yang banyak.

2. Sistem pendidikan sering berubah menjadikan guru terpaksa mengikut sahaja apa

yang diarah. Namun begitu, guru sendiri akan mengalami kesukaran untuk mengubah

cara mengajar dan kadang kala terpaksa membuat bahan bantu belajar (BBB) yang

baharu.

3. Di sekolah guru akan berdepan dengan masalah disiplin murid yang pelbagai. Dari

kes yang paling ringan dan juga yang paling berat seperti cubaan membunuh dan

sebagainya. Malahan, guru juga harus bersedia kerana murid-murid yang mengalami

masalah disiplin ini berani bertindak untuk merosakkan kereta guru dan sebagainya.

Oleh itu guru haruslah peka dan berjaga-jaga.

4. Guru juga harus berdepan dengan murid yang bijak dalam menggunakan ICT. Dalam

situasi sekolah, kadang kala guru akan berdepan dengan murid yang pakar dalam

bidang ICT. Oleh itu, guru haruslah bersedia dan memastikan kemahiran ICT sudah

diperkasakan agar tidak menjadi bualan murid sebagai guru yang tidak tahu ICT.

5. Selain daripada itu, guru juga perlu bersedia dengan desakan sekolah yang

kekurangan guru bagi sesetengah mata pelajaran. Apabila berlakunya kekurangan

guru, maka guru yang asalnya tidak mengajar mata pelajaran tersebut diminta untuk

mengajar mata pelajaran tersebut.