antologi puisi semalam-1...prolog:’! semalaman,! aku!menulis,! dengan!harap,!!...
TRANSCRIPT
[Document Title]
Semalam Ada
Pelangi
Penulis: Asyraf Farique Editor: Fatin Iffah
Designer: Ammar Raji
Hak Cipta Terpelihara: ABS.corp
Prolog: Semalaman, Aku menulis, Dengan harap, Ada hati tersentuh, Ada kalbu terbuka, Memeluk erat hidayah Dalam redup kasih Ilahi. Semalaman, Aku menulis, Dengan harap, Agar Engkau memandang, Agar Engkau redha, Akan usahaku yang kecil ini, Semalaman, Aku menulis, Dengan harap, Pemuda itu, Lekas bangkit, Bingkas bangun, Dari lamunan panjang Bangkit bersiap, Berangkat pergi, Ke medan Juang
Dua, Empat2 Tiga & Empat Dua, Empat, Empat, Tiga dan Empat, Tiada penat yang kau dapat, Melainkan semuanya rahmat. -‐ABS-‐ Sebelum Asar
Pelangi Itu Bila ditanya mengapa pelangi itu mewarnai ufuk langit usai hujan turun tanpa henti, dihias indah tujuh spektrum cahaya tanpa ada satu cacat cela.. Mengapa? Ditanya berulang kali. Mengapa? Ditanya berulang kali lagi. Mengapa? Bukalah mata hati wahai diri. Untuk apa? Supaya engkau temui Dia Siapa Dia? Si Pencipta alam, Allah yang Esa! -‐ABS-‐ Usai Hujan
Kerana Hati itu Masih Punya Iman Kerana hati itu punya iman. Yang halal dicari. Yang haram dijauhi. Kerana hati itu punya iman. Lisan terpuji, daripada mengeji Kerana hati itu punya iman. Pandangan dibatasi, takut hati kan mati. Kerana hati itu punya iman. Sekuat hati. Kali ini. Dari lubuk hati. Aku hamba Ilahi !!!!!!! -‐ABS-‐ 3.38pm
Kala Kecil Kala Kecil, Guruku selalu berpesan, Kalau takut hantu 'Doa' Kalau nak berjaya 'Doa' Kalau nak makan 'Doa' Kalau nak tidur 'Doa' Kalau nak tengok cermin 'Doa' Apa-‐apa mesti kena 'Doa' "Jangan lupa!!!!!!" Pesan Guru Bila besar, Aku jadi malas, Jadi liat, Aku rasa Allah jauh, Jauh dari aku. Entah apa silap, Batin aku merintih, Aku perlukan perhatian, Aku mengadu pada Maya, Bukan Maya Karin, Tapi alam Maya, Puas sudah aku buka semua cerita di sana, Nampak macam seronok, Aku dapat perhatian, tapi batin aku sakit. Sakit sebab……
Aku lupa akan janji itu. Janji Yang Satu "Berdoalah kepada Ku, Nescaya akan Aku Perkenankan" (Al Ghaafir: 60) -‐ABS-‐ 5.25pm
Hati ini Keras Hati ini bisa keras, Lembutkan ia dengan mengingati Allah, Tuhan pencipta. Percayalah. “Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang” (Al-‐Ra’d : 28) -‐ABS-‐ 5.31pm
Aku Si Pendosa Jika wajahku tertulis aib atas segala dosa, Nescaya, tidak mampulah aku berjalan di atas muka bumi ini penuh bangga, Bersorak tempik bahawa akulah pejuang agama, Sedangkan jauh dari sudut hati tidak disedari bahawa akulah si pendosa, -‐ABS-‐ 30/4/2012
Kawan itu Kawan itu, Dia menyapaku, Dari jauh, Sayup-‐sayup, Entah siapa dia.. Tidak pernah aku kenal sebelumnya. Rona matanya bersinar, Meski belum kenal isi hatinya, Aku tahu dia ikhlas, Ikhlas mahu membawaku ke lembah kebaikan. Lantas aku sambut tangannya, Berlari bersama, Menuju daerah asing, Terbang menggapai redha Ilahi. -‐ABS-‐ 5.39pm
Bodohmu Sombong Apa salahnya engkau luangkan sedikit masa, Untuk mendengar ceramah itu? Ceramah kebaikan.. Barang sekejap cuma? Bukan lama mana. Lima minit sahaja. Apa engkau tidak mahu menolong akhiratmu? Jika tidak mahu, Biarkan sahaja dirimu ditenggelami kebodohanmu yang maha sombong. -‐ABS-‐ 5.41pm
Mujahidah Palestina Dia, lelaki biasa persis kita, Orangnya bertubuh sederhana, Cita-‐citanya besar, Hijrahnya jauh beribu-‐ribu batu. Tidak terfikir dek jangkauan akal, Tidak tercapai dek pandangan mata, Sungguh dia ada cita-‐cita itu, Dan hari ini, pada usia 32 tahun, Allah kabulkan hajatmu Akh, Mabruk. Mujahidah Palestina untukmu. Membersamai perjuanganmu sehidup semati, Moga degan lafaz ini, terciptanya barakah. “Barakallahulakuma wa Baraka alaikum wa jama’a bainakuma fil khair” -‐ABS-‐ 5.45pm
Pergilah Pergilah engkau kembara jauh beribu batu, Nescaya engkau tidak akan temui barang seorang wanita sesempurna dia. Pergilah engkau kembara jauh beribu batu, Nescaya engkau tidak akan temui siapa-‐siapa persis dia. Pergilah engkau kembara jauh beribu batu, Nescaya engkau tidak akan temui bidadari-‐bidadari seperti dia, Pergilah engkau wahai diri, Pergilah engkau, Nescaya yang engkau dapat hanya penat dan kecewa. Pergilah.. Sungguh, tiada wanita yang sesempurna dia yang engkau impikan. Kerna hakikat, dia itu hanyalah mimpimu di siang hari. Akuilah -‐ABS-‐ 5.52pm
Sibuk Pemuda jika tidak sibuk, Syaitan akan memunculkan diri, Dari kiri, depan, tepi, belakang, bawah dan atas juga. Bahaya... Pohonlah pada Allah wahai pemuda, Jangan dibiarkan waktumu berlalu di atas tilam, Pohonlah pada Allah wahai pemuda, jangan dibiarkan waktumu berlalu di dalam bar, di dalam pub, di dalam kelab malam, di dalam wayang, di dalam rumah urut, di hadapan computer, di dalam Kandang-‐kandang maksiat, Jangan biarkan Jangan biarkan Waktumu berlalu sahaja. Pemuda jika tidak sibuk Ingat rumus ini. Syaitan pasti akan memunculkan diri. Dicucuk-‐cucuk hatimu supaya melakukan, Apa yang dikata “MAKSIAT”!!!!! -‐ABS-‐ 6.00pm
Paksi dan Graviti Paksi dan graviti. Begitu dua itu saling terkait. Di sebut, Syeikh Ahmad Ar Rasyid “Jikalau matahari beserta bumi punya paksi dan graviti, manusia juga begitu. Paksi dan graviti manusia adalah agama (Islam). Apabila agama ini (Islam) hilang dari manusia, akan pincanglah seluruh kehidupannya” Benar! Tiada ragu. -‐ABS-‐ 6.05pm
Kerana ukuran telapak kaki kita tidak sama Kerana ukuran telapak kaki kita tidak sama, Aku seringkali memaksa engkau memakai kasut yang sama Kerana ukuran telapak kaki kita tidak sama, Bertahun engkau berduka berjalan bersama. Namun engkau tahankan sahaja.. Sedang aku masih lagi terlupa .. Ukuran telapak kaki kita tidak sama. -‐ABS-‐ 6.07pm p/s: Inspirasi daripada tajuk buku tulisan Salim Fillah, “Karena ukuran kita tak sama”
Muda Muda, Usah malu berbicara soal muda. Bila muda, terkait banyak hal dengan seks. Mengapa ya? Kata Syeikh Muhammad Qutb, Muda, waktu ini waktu kemuncak kepada nafsu seks, Muda, waktu ini waktu jiwa berontakan, Jika nafsu tidak dipenuhi, tidak keruannya bukan kepalang, Seluruh tenaga, bahkan fikirannya akan tertumpu kea rah yang satu... SEKS Justeru bagaimana? Wahai muda. Salurkan nafsumu itu pada tempat yang halal . Menikahlah. Jika belum mampu, berpuasalah -‐ABS-‐ 6.13pm
Paksa Diri Aku paksa sungguh-‐sungguh, Aku lawan sampai mati, Walau aku tidak suka, Walau aku benci sungguh, Tapi inilah hakikat yang perlu aku tempuh. Supaya nanti aku tidak terjatuh, Dalam lembah orang-‐orang bodoh -‐ABS-‐ 6.33pm
Hidup kerdil mati Kerdil Hidup jika sekadar untuk hidup, Babi di hutan juga hidup. Begitu pesan Bapak Hamka. Hidup jika sekadar untuk perut, Maka perutlah tujuannya, Dapat rehat puas-‐puas, Dapat tidur nyenyak-‐nyenyak, Dapat makan kenyang-‐kenyang, Atas sofa empuk, Atas tilam hangat, Atas meja makan selesa, Hidup jika sekadar untuk diri, Maka kerdil lah hidup, kerdil lah matinya, Tetapi hidup jika untuk , Maka besarlah hidupnya, besarlah matinya Begitu pesan Syed Qutb, -‐ABS-‐ 6.42pm
Hujung Jari Kini, segalanya di hujung jari. Engkau boleh pilih yang mana. Mahu tonton KBS? Atau mahu baca ABS? Engkau boleh pilih. Segalanya di hujung jari. -‐ABS-‐ 6.45pm p/s: KBS (KBS WORLD), ABS( AKU BUKAN SUPARMEN)
Majnun Heiiii Majnun! Seperti itu engkau dihina mereka Heiiii ahli Nujum! Seperti itu engkau dimaki mereka. Heiii tukang sihir! Seperti itu engkau dicerca mereka. Walhal, engkau Nabi Engkaulah Rasul, Engkaulah kekasih Allah. Engkau wahai Nabi, masih tetap sabar, mengharung segala derita, Diherdik dicaci, Dihina dimaki, Engkau tetap sabar. Diammu itu mendoakan, Agar nanti, setiap jiwa-‐jiwa yang kafir itu, akan beroleh nikmat Islam. Oh Rasul, Betapa indahnya akhlakmu. Sungguh, aku jatuh cinta -‐ABS-‐ 9.27pm
Cinta Mengingati tidak beerti mencintai. Mengingati itu ada ketikanya, ada waktunya, tetapi mencintai itu tidak mengenal waktu dan ketika. Setiap masa, setiap ketika. Di setiap helaan nafas, di setiap denyut jantung. Ia hadir membelai diri. Terasa kebersamaan yang dekat bila saling mencintai. Mencintai itu tidak beerti harus memiliki. Namun, bila memiliki harus mencintai. Mencintai itu akan membawa hati jauh dari Ilahi jika asasnya bukan kerana Ilahi. Mencintai itu membutuhkan pengorbanan, menuntut kesetiaan, mewarnai kebahagiaan dan melupakan kekurangan. Mencintai itu … ia rasa hati. Tidak boleh dipaksa, tidak boleh disuruh. Ia hadir dengan sendiri. Bila saatnya harus mencintai. Cinta pasti akan hadir. Dengan izin dari Nya. -‐ABS-‐ 4.00 a.m 27January 2009
Durian Oh durian, Baumu semerbak harum, Menusuk tajam hidungku, Menyengat-‐nyengat ... Mujurlah hadirmu bermusim, Jika tidak, pasti akan pengsan aku dibuatmu. Ops tapi ... Walaupun hadirmu bermusim, ingin aku tegaskan di sini, tanpa ada sebarang angin mahupun ribut yang membawa kisah ini.. Memboikot Mc D tak kan pernah bermusim. Malah hari-‐hari, hingat mati menjemput. InshaAllah -‐ABS-‐ 9.41pm
Hidup Lagi Alhamdulillah, Sudah hampir 4 tahun aku sudah tidak makan Mac D, Hidup lagi. Bukannya mati kalau tidak makan Mac D, banyak lagi alternatif lain. Tegarkah engkau menjadi penyumbang utama kepada Israel? Yang menembak saban hari rakyat-‐rakyat Palestin yang tidak bersalah? Tegarkah engkau? Ohh! Aku jadi pelik dengan engkau. Bayangkan engkau sedang memakan daging saudaramu sendiri? Nyum-‐nyum-‐nyum... Tahniah! Ops? Lap dulu mulutmu usai makan Mac D tu... Mulutmu kini dipenuhi darah. Darah siapa? Darah saudaramu sendiri. -‐ABS-‐ 9.48pm
Jangan tunggu lama-‐lama Jangan tunggu lama-‐lama, nanti lama-‐lama dia diambil orang, Diislamisasikan. Jangan tungu lama-‐lama, nanti lama-‐lama iman dirosak syaitan. (Ustaz Pahrol Md Juoi) -‐ABS-‐ 9.51pm
Kelibat Itu Kelibat itu, aku masih ingat. Tua. Ya, tua sudah! Dengan peluh yang membasahi wajah, dengan tongkat yang setia ditangan, jiwanya kental, hatinya tabah, demi apa yang dipanggil. Secebis ilmu. Digagahinya berjalan berpuluh-‐puluh kilometer, meski umur sudah menginjak tua. Dimamah usia, dimakan hari. Aku jadi kagum pada sosok itu. Moga Allah ganjari sebesar-‐besar pahala buatnya, kerana bersusah mencari ilmu di usia tua. Duhai.... Anak muda. Malulah kamu. Yang masih bersenang lenang dengan usia -‐ABS-‐ 9.54pm
Backstage Hero Batman, begitulah orang menggelarmu. Supaya lebih tepat, hero di balik tabir. Engkau beraksi tanpa mengharapkan ganjaran, Terus, menerus dan berterusan melakukan kebaikan meski tidak dikenali dan dihargai. Engkau, hero di balik tabir, Kadangkala disalah tafsir sebagai penjahat, Tetapi engkau tetap meneruskan kerja murnimu. Sebetulnya, inilah sifat sebenar superhero sejati. Berjuang meski tidak dikenali, Berkorban meski tidak dihargai. Engkaulah hero di balik tabir! -‐ABS-‐ 10.01pm
Kaca Mata Tanpa kaca mata, dunia aku jadi kabur. Yang jelas jadi kabur, yang terang jadi suram, yang silau jadi ... Menyakitkan. Itu sebabnya aku sangat perlukan kaca mata. Supaya aku dapat melihat dengan jelas perspektif dunia. Hijau daun, biru langit, dan merah darah. Dalam konteks dakwah.., seorang daie wajib memakai kaca mata! Kaca mata apa? Kaca mata dakwah. Supaya apa? Supaya dirimu wahai daie, tidak akan kabur lagi, dan dapat melihat sesuatu yang berlaku, dalam kerangka dan perspektif dakwah. Hatta menegur adik kecil di taman permainan, juga boleh dijadikan peristiwa dakwahmu. Itulah erti kaca mata sebenar bagi seorang daie. -‐ABS-‐ 10.05pm
Serdadu Kumbang Sekolah rendah saya dulu, sekolah kampung, Sebelah parit, sebelah hutan.. Orang kata memang banyak hantu, Saya ok kan aje… Tempat mengaji saya dulu dalam kebun getah, Lepas mengaji kutip biji getah, buat lastik.. Main perang-‐perang, Tembak anak kambing.. Namun, perkara yang paling unik di kampung adalah gurunya.. ****** Guru di kampung lain. Garang ! Sangat garang ! Kena tarik sideburn sampai tercabut rambut, Kena cubit sampai berdarah baju, Kena rotan sampai patah pembaris, Tapi, itulah yang mencorak kami anak-‐anak kampung, Guru begitu dihormati, ******** Di kampung lain, Pelajar tak mampu biaya tuisyen luar, Jadi setiap hari cikgu buat Tuisyen Kampung, Sepuluh ringgit sahaja yuran bagi satu subjek,
Mereka berkorban diri siang dan malam, Hanya untuk melihat anak murid mereka berjaya. Jujur, jasa guru tiada tandingannya. Meski sudah lama masa berlalu, Memori ini tetap dikenang, Air mata mengalir. Terima kasih guru. Tiada apa yang mampu dibalas. Moga Allah mengurniakan syurga buatmu. -‐ABS-‐ 10.13pm
Zero Kepada Hero Manusia itu pada asalnya tidak punya apa-‐apa, “Zero” “Null” “Kosong” Maka dalam proses merubah angka dari “Zero” kepada yang lebih besar, Pelbagai mehnah ia tempuhi, Seringkali menyimpang siurkan arah tujuan, Maka kesabaran yang amat tinggi sangat diperlukan, Jangan pernah putus asa, kerna, “Hero” itu matlamat terakhir, Berjaya di dunia, jua di akhirat, -‐ABS-‐ 10.15pm
Fiesta Ibadah Jika berbicara tentang fiesta, jujur, semua gembira. Namun, tika berbicara tentang ibadah, sungguh, semua jadi lesu. Skeptik, Minda “toing-‐toing”, Pemikiran, Ubahlah.. Ayuh, kita hiasi Ramadhan ini dengan fiesta Ibadah. Ikhlas, istiqamah, terus menerus.. Anda mahu jadi anak didik Ramadhan yang berjaya ? Hasilnya Jangan dilihat semasa Ramadhan. tetapi. selepas 30 hari nanti. Adakah kita istiqamah ? Sama-‐sama nantikan. -‐ABS-‐ 10.17pm
Lelaki Tuff Lelaki yang kuat bukannya dilihat pada tuffnya tubuh badan, Tidak! Tetapi lelaki yang kuat dilihat pada tuffnya iman! Bisa menepis godaan nafsu dan syaitan meski dipujuk rayu, Itulah sebenar-‐benar lelaki tuff bergaya lagi maskulin. -‐ABS-‐
Tanganku adalah kaki juga Jari jemari ini dibelek beberapa kali, Alhamdulillah, Cukup serba serbi, Tidak kurang satu mahupun terlebih dua, Namun, hati kecil ini berkata ************* Namaku Daisuki, Berumur 43 tahun, Seorang Suami kepada Isteri yang sempurna, Seorang bapa kepada anak yang sempurna (1 tahun 6 bulan) Tiada kedua-‐dua belah kaki, Melukis sebagai mata pencarian. Masjid Al-‐Amin, Waktu Asar, 21hb Jun 2011 *************** Hati kecil ini rancak berkata sejurus melihat, Tidak ada jiwa yang pernah khusyuk tatkala memikirkan keadaan insan sebegitu rupa, Tanpa kedua-‐dua belah kaki sejak lahir, Dia sangat bersyukur, malah gigih berusaha.. Walaupun saya tahu hatinya seringkali dilukai, Tetapi, dia sangat tabah Namun,
Anda ? Saya ? Kita sering mengeluh, “Saya tak hensem lah” “Saya tak tinggi” “Saya berwajah gelap lah” “Saya tak pandai” “Saya tak kaya” “Saya ni gempal lah” p/s : Ya Allah, jadikanlah hati-‐hati ini qanaah kepada Mu, senantiasa bersyukur dengan apa yang ada, sentiasa menghargai apa yang tersisa, Moga denganNya, kami dimatikan dalam iman, lalu dihidupkan pula dalam Islam. Memilih Islam sebagai jalan hidup. Menjadikan hidup atas landasan Islam. Tidak pernah keluh, tidak pernah kesah. Walaupun manusia itu diciptakan bersifat keluh kesah. Amin. -‐ABS-‐ 10.25pm
Cinta Dakwah Orang kata, jika kita mula mencintai, semuanya jadi serba tak kena, Dari mula mencelikkan mata hingga kepada merenung, berfikir, makan, minum, malahan ketika layar mimpi beraksi, semuanya tentang apa yang dicintai itu.. Tidak keterlaluan jika dikatakan, “magnet” cinta itu terlalu kuat kesannya hingga mampu menarik sesiapa sahaja. Bersyukurlah, Jika cintanya itu adalah dakwah Menyeru manusia kejalan yang diredhai Allah -‐ABS-‐ 10.30pm
Berfikir Kenapa perlu jadi umat yang berfikir? Berfikir itu tandanya bijak, Bijak menghargai anugerah Allah, Bijak menyuluh jalan kebenaran, dan.. bijak menegakkan yang haq dan menidakkan yang batil Bahkan berfikir itu adalah zikir yang paling tinggi seperti kata, Asy Syahid Imam Hassan Al Banna. Befikirlah umatku! -‐ABS-‐ 10.45pm
Rintik Hujan Rintik hujan mengusarkan hati, Masih adakah sinar buat umat bertuah ini? Saban hari dikecam dan dicemuh, Dihina dan dimaki, Mana batang tubuh pemuda yang ingin membela nasib umat ini? Mana dirimu duhai pemuda? Mana? Tunjukkanlah dirimu. Ya Allah, aku pohon Moga dunia ini sentiasa diterangi terangnya cahaya Islam, dan dimekari dengan mekarnya bunga tarbiyah. Agar debunganya nanti tertanam subur di hati para pemuda kami. InshaAllah. -‐ABS-‐ 10.49pm
Sang Pemimpi Berlarilah wahai Sang Pemimpi…. Pelangi benar-‐benar di hadapanmu….. -‐ABS-‐ 10.53
Nikmat Sihat & Waktu Lapang Dua nikmat yang sering manusia lupakan, nikmat sihat, jua nikmat sewaktu lapang, Dua nikmat yang sering manusia lupakan, nikmat sihat, jua nikmat sewaktu lapang, Dua nikmat yang sering manusia lupakan, nikmat sihat, jua nikmat sewaktu lapang, Dua nikmat yang sering manusia lupakan, nikmat sihat, jua nikmat sewaktu lapang, Dua nikmat yang sering manusia lupakan, nikmat sihat, jua nikmat sewaktu lapang, Dua nikmat yang sering manusia lupakan, nikmat sihat, jua nikmat sewaktu lapang, Dua nikmat yang sering manusia lupakan, nikmat sihat, jua nikmat sewaktu lapang, Kenapa diulang berkali-‐kali? Supaya nanti saya dan kamu tidak akan pernah terlupa lagi. Kerna hakikat manusia itu sering terlupa. -‐ABS-‐ 10.59pm
Merancang Hidup ini mesti penuh dengan perancangan, Meski satu, dua dan tiga pun gagal, Sekurang-‐kurangnya kita telah berusaha untuk merancang, Namun, Allah jualah yang menentukan, Ingat, keajaiban yang paling indah adalah pabila kita, menyerahkan segala takdir bulat-‐bulat kepada Allah setelah berusaha dan berdoa. Pohon dikuatkan hati agar, tidak perlu bersedih dan kecewa. Kerna, kita merancang, Allah jua merancang, tetapi perancangan Allah adalah sebaik-‐baiknya. -‐ABS-‐ 11.00pm
Baik-‐baik Jangan disangka semua orang yang "baik-‐baik" itu soleh-‐soleh belaka, Jangan disangka, semua orang yang “nakal” itu, jahat-‐jahat belaka, Anda bisa tersilap, Anda mungkin betul, Jangan dikaburi oleh pandangan pertama, Kelak, anda akan menyesal, Kemudian malu.. Juga, nasihat buat diri, -‐ABS-‐ 11.04pm
Ukhuwah Fillah Ukhuwwah pabila didasari atas dasar iman, Maka cinta akan memunculkan diri, Ukhuwwah pabila didasari atas dasar cinta, Maka itsar akan menjadi realiti, Ukhuwah fillah ya ikhwah.. -‐ABS-‐ 11.05
Adat Letih, jujur letih.. Bukan kerana tidak terjaga sahur.. Mungkin kerna kurang ibadah.. Kurang barakah.. Berpuasa sekadar adat.. Hilang penghayatan ibadah.. Berpuasa sebab duit kosong di dompet, Maka, puasa apakah itu? Justeru, jangan marah, jika dikatakan puasa itu hanya sekadar peroleh lapar dan dahaga. Tidak lebih dari itu. -‐ABS-‐ 11.08pm
Aku ingin mencintaimu dengan sederhana Aku ingin mencintaimu dengan sederhana, Dengan kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada api yang menjadikannya abu, Aku ingin mencintaimu dengan sederhana Dengan isyarat yang tak sempat disampaikan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada, Supardi Djoko (1989) -‐terpasak kemas-‐ ABS -‐11.10pm-‐
Tunggu kamu Terkesima, Terkedu, Hairan ? Inikah saudara seagamaku ? Merekakah bangsaku ? Tiada apa yang mampu terucap lagi, Kamu rasa seronok di dunia kamu, Dunia yang dipenuhi “malaikat-‐malaikat” dunia, Lalu, Kamu tinggalkan mereka keciciran di goda “syaitan-‐syaitan” dunia. Tegarkah kamu, daurah sana sini, usrah sana sini, mesyuarat minggu-‐minggu, program bulan-‐bulan, ijtima’ tahun-‐tahun, Tapi dengan siapa ? Keluarlah dari dunia kamu, pergilah menapak di bumi, universalkan dakwah kamu, Sungguh, dakwah ini bukan untuk orang bijak pandai sahaja, Orang-‐orang kolej persedian, orang-‐orang universiti,
Tetapi, dakwah ini untuk mereka… Maka, mulai saat ini, saya mewakafkan masa cuti saya nanti untuk kamu.. Saya janji. Tunggu “adik-‐adikku”.. InsyaAllah -‐ABS-‐ 11.20pm
Pitam Tidak semua masalah yang boleh kita ceritakan pada insan lain. Meski, ada telinga yang mampu mendengar, mereka tetap manusia, Sandaran harapan hanya kepada makhluk adalah sia-‐sia, Pengharapan bulatkan benar-‐benar kepada Allah, hanya Dia sahajalah yang bisa membantu, Curahkan segala perasaan hanya untuk yang Esa, Sangat-‐sangat mengharap agar Allah, tunjuki jalan terbaik bagi diri ini meniru bulat-‐bulat Qudwah Sang Nabi, Meniru sahaja sangat sukar, sampai mahu pitam, Mulianya akhlak mu , tiada tolak taranya. Mahu tidur, Semoga bertemu sang Nabi dalam mimpi -‐ABS-‐ 11.26pm
Kampungku Di sini aku lihat banyak perkara, Adik tahfiz yang menahan kemahuan dirinya kerana Allah, Masyarakat kampung yang berpecah belah Budaya Islam yang masih sugul di kampung-‐kampung Kefahaman Islam yang masih rendah Krisis identiti yang ketara Surau yang kosong Jujur aku rindu untuk memtarbiyah mereka ya Allah Mana perginya pemuda tiang Agama ? Aku masih lagi dalam proses mentarbiyah diri Aku mahu kelihatan dewasa. Aku mohon dihormati.. Aku masih lagi mencari diri Maaf andai aku masih tidak sempurna, -‐ABS-‐ 11.32pm
Sangat ajaib bukan? Ramai orang mengaku kewujudan Allah, Mengaku cinta Allah, Tapi, Tidak sesekali pun belajar erti untuk mengenal Allah, Allah hanya dikenalinya tika susah, tiada waktu-‐waktu lain. Walaupun, Allah itu tidak dapat dilihat, Hadirkan diri Nya dalam setiap ruang hati-‐hati kita, Pejamkan mata, bayangkan kekuasaanya. PenciptaaNya, Sangat Ajaib bukan ? -‐ABS-‐ 11.35pm
Peperiksaan dunia 1 Cuba menenangkan fikiran dan perasaan sebaik mungkin, Nafas dihela setenang yang boleh, Kaki dirapatkan, minda difokuskan, Jantung kekal berdenyut laju.. Perasaan takut menghadapi peperiksaan dunia. 10 minit sebelum peperiksaan bermula, Mengandaikan jika “ketakutan” ini adalah “ketakutan” yang sama, Sama ketika peperiksaan terakhir, Di soal Mungkar dan Nakir, Tiada boleh lagi angkat tangat “minta diexempted” Ataupun jawab dengan selaju yang boleh tanpa, menyemak kembali. Lalu, terfikir, apakah bekalan ? Persediaan…?
Persediaan…? Persediaan…? Cukupkah…? Mujur “peperiksaan” dunia, Jika akhirat, pasti aku akan gagal, walaupun peperiksaan dunia ini.. Entahla.. Allah lebih mengetahui. -‐ABS-‐ 11.38pm
Peperiksaan dunia 2 Sekali lagi peperiksaan benar-‐benar menjadi medan tarbiyah dan ujian bagiku, Seribu pengertian tersembunyi ibrah dari setiap bait pergerakan, Ketakutan berseorangan, kesejukan bersendirian, termenung menanti jawapan, mendongkak ke atas, lalu melakar jawapan di awanan kosong, Semua itu barangkali punyai kesia-‐siaan, Namun aku fikiri, Nasib ku di sana, mungkin nanti sama seperti ini, Keseorangan di alam kubur, kedinginan, kegelapan, Kadangkala, menitip cahaya dari “jiran” sebelah, Cemburu !!! Cemburu melihat “jiranku” tenang menjawab di dalam exam hall, Juga mungkin nanti “cemburu” melihat jiranku di alam kubur, Bercahaya ditemani amalan mulianya,
Sedarlah diri, pada waktu dan ketika itu, tiada siapa bisa membantu, hanya Allah ! hanya Allah ! hanya Allah .. -‐ABS-‐ 11.38pm
Orang-‐orang Ratusan sudah buku dirimu baca, Hadam, fahami, iktibari, Namun, adakalanya aku juga jadi pelik sama dirimu, Kenapa sangat susah untuk kamu benar-‐benar berubah ? Tidak cukupkah hanya dengan membaca sepintas lalu, Kamu baca kedua kalinya. Biar sedikit, tetapi kuantiti dan hasil itu dapat kamu semai, Beginilah, kamu baca, biar lambat , biar perlahan, Kamu praktikkan dahulu. Sungguh, bukan mudah untuk jadi manusia baik, Kala banyak anasir luar menganggu, Kala diri kurang disiplin hidup, Semangat tergugah saat membacanya sahaja, Dua..., lima minit selepas itu, entahlah..
Terbang melayang. Aku jadi malu pada keteranganku. Si ulat buku tanpa jadi buku bergerak, Umpama “orang-‐orang” di sawahan padi, Walaupun punya guna, Akhirnya tetap omongan. -‐ABS-‐ 11.41pm
Hijabkan mata hati kami Tidak salah ingin berpuisi kala hati sedang berbunga, Tidak salah, Islam tidak sekejam itu, Tiada fitrah yang disekat, Juga dihalang, Namun .. Ada Jalannya, Jalan kebahagiaan itu jangan sekali engkau susahkan, Mudahkan, Romantik mu itu sia-‐sia, Jika tidak halal, Kata-‐kata mu itu dusta, Jika tiada akad, Aku sedar bahawa, Aku juga lelaki sepertimu, Adam persismu, Pria lihatmu,
Tahanlah hatimu duhai lelaki, Duhai adam, Duhai pria, Mahupun ku tahu, di luar, ada seribu jalan, pilihlah hanya jalan itu, jalan yang halal, Meski, Wajah yang manis itu kala, Menggugat imanmu, Meruntuh egomu, Akhlak yang sopan itu, Menyentuh hatimu, Merayu dirmu, Sedarlah ia, Anugerah Ilahi, Jangan sesekali. Juga dua kali, Tiga, mahupun empat dan keribuan kalinya. Katakan iya Biarlah perasaan itu pergi dibawa angin, Andai dirimu fikir tidak mampu untuk mengotakan janji,
Jangan berjanji kosong, Kelak dirimu merana, Sahabat, Aku berpesan kerana aku pria, kamu juga pria, lemahnya iman bila digoda wanita, Maaf wanita aku bukan ingin menyalahkanmu, Panahan hati ini benar-‐benar perlukan istighfar yang panjang, Jujur, aku bernama lelaki, Perlukan kekuatan persis seorang Adam, Persis juga seorang Pria yang hanya dibantu Ilahi. Hijabkan mata kami dari melihat keindahan wanita, Sebelum masanya. Ya Rabb Hambamu Tersangat memohon. -‐ABS-‐ 11.44pm
Ajari anak kijang itu Zaman satu bangsa yang hina tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana! Mereka dipecah belahkan dengan berbagai ideologi tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana: Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut dan mereka hapuskan kisah-‐kisah singa pada bicara zaman silam Cita-‐cita mereka, mengembirakan hamba dengan perhambaan Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan. (Muhammad Iqbal) -‐ABS-‐ 11.50pm
Bangun! Bangun! Seakan itulah kalimah yang mengegar jiwa, mengejut sanubari Terkejut lalu terjaga, Sungguh masa rehat telah berlalu. Seperti kalam Ilahi dalam surah Al Muzzammil. Ayuh pemuda! Bingkas bangkit dan bangun dari lenamu, Keluarlah dari kepompong keselesaan, kita bangkit berjuang. Jangan biar suara mudamu tenggelam dipuput takut, bangunlah jika engkau benar seorang pemuda! Bangun! Mari kita berlari mengejar cita! Apa kau mahu mati nanti, tanpa ada apa-‐apa sumbangan untuk ummah? -‐ABS-‐ 11.55pm
Ibu ayah Dengan linangan air mata pena ini tercoret, Tertumpah butir indah kekaca tangis, Sungguh, maaf ayah dan bonda, Hingga saat ini, anakmu belum pernah membahagiakan, Hadirku hanya penyebab dirimu menangis di malam hari, Bermunajat pada Allah, agar hidupku diberkati, Namun apa balasku? Aku belum pernah membahagiakanmu. Maafkan aku ayah dan bonda. Hanya nanti, Allah sahajalah yang mampu membalas segala kesabaranmu dalam membesarkanku. -‐ABS-‐ 12.13am
Carilah erti muda mu Carilah erti muda mu.. Sebelum matamu tertutup melihat mentari Carilah erti muda mu.. Sebelum jasad terkujur kaku tanpa roh Carilah erti muda mu.. Sebelum esak tangis di alam kubur Carilah erti muda mu.. Sebelum esok tiada lagi.. Carilah erti mudamu.. Agar kamu tahu untuk apa kamu hidup. Carilah erti mudamu.. Agar ........... Hatimu tahu, engkau merindui syurga itu.. -‐ABS-‐ 12.15am
Misai & Janggut Jika engkau merasakan dengan adanya misai engkau sudah matang, mungkin engkau belum cukup matang lagi Jika engkau merasakan dengan adanya janggut engkau sudah cukup soleh, mungkin engkau belum cukup soleh lagi, Jika engkau merasakan dengan mencukur misai engkau tidak maskulin, mungkin itu hanya fesyen ikut-‐ikutan Jika engkau merasakan dengan mencukur janggut engkau kelihatan muda, mungkin engkau tersilap lagaknya, Jika engkau merasakan dengan adanya misai dan janggut engkau sudah cukup lelaki, mungkin engkau belum cukup lelaki gamaknya. Misai dan janggut. Benar ia aset. Namun jangan sampai aset jadi fitnah. Hangus dibakar api riya’ kemaskulinanmu. -‐ABS-‐ 12.25am
Kalau Nafsu dah kata suka Jangan tipulah! Nafsu bila kata suka, semua boleh. Yang haram jadi halal, yang halal jadi haram. Ustaz ini kata couple haruslah, Pak Lebai itu kata merokok itu bolehlah, Abang Naqib kata, main permainan video banyak faedah lah, Apa-‐apa sahajalah! Kalau nafsu dah kata suka, semua pun boleh lah. Apa Allah kata, apa Allah larang, nanti dululah! -‐ABS-‐ 12.31am
Mungkin Mungkin kerana dosa yang mengaburi mata, Mungkin kerana hati yang gersang dari agama, Mungkin kerana hijab maksiat yang membutakan, Mungkin kerana itu hati jadi semakin kering, Seperti manusia yang laparkan makanan, dahagakan minuman, tapi itu roh! Sungguh, roh itu sedang lapar! Mana ingin aku carikan makanan buatmu? Mana? Mana? Arghh!!!!!!! Rohku sedang menjerit kelaparan! Tolong aku Ya Allah!!!!!! -‐ABS-‐ 12.35am
Pergi Pergilah pergi, pergilah duhai diri Pergilah pergi, pergilah mencari redha Ilahi Pergilah pergi, pergilah duhai diri Pergilah pergi, pergilah mencari hakikat insani Pergilah pergi, pergilah duhai diri Pergilah pergi, pergilah merantau ke sana ke mari Pergilah pergi, pergilah duhai diri Pergilah pergi, pergilah mencari ilmu untuk ditaburi Pergilah pergi, Pergilah duhai diri, Pergilah pergi, pergilah segera sebelum kubur menjemput kembali. -‐ABS-‐ 12.48am
Jahil Walau jahil, walau buruk , Dia tetap manusia, Yang selayaknya didakap ikhlas, penuh kasih sayang, Dibelai mesra dengan siraman ilmu, Disambut hangat dengan pelukan cahaya. Walau jahil, walau buruk, Dia tetap manusia. Mungkin boleh jadi hidayah Allah itu buat dirinya? Siapa tahu? -‐ABS-‐ 12.54am
Hangat Hangat, masih terasa hangat tangamu ibu Membelai mesra diriku, Ku tatap diari milikmu. Ku lihat gambar wajahmu Ku rasakan kehangatan kasih sayangmu. Ibu. Aku rindukan hangat tanganmu ini. Teringin benar mahu menyiumnya sekali lagi. Tapi apa daya, Allah lebih menyayangimu. Semoga kita bertemu di syurga nanti. -‐ABS-‐ 1.17am
Lemah Semangat Hari-‐hari, Pagi dan petang, Zikir Mathurat ini aku baca, Terkandung banyak kata-‐kata motivasi buat para pejuang, Hindarkan kami dari rundungan sedih dan duka, lemah dan malas, bacul dan kikir, beban hutang serta penindasan orang, Ya Allah. Hari-‐hari, Pagi dan petang, Aku pohon pada Allah, Kerana aku sedar, penyakit utama orang berjuang ialah sikap malas dan lemah semangat. -‐ABS-‐ 9.39am
Jari Jari Jariku seakan-‐akan mahu menari, Izinkan ia menari dalam iman, Jariku seakan-‐akan mahu berlari, Izinkan ia berlari dalam iman, Jariku seakan-‐akan mahu terbang, Izinkan ia terbang dalam iman, Jariku ini punya nafsu, Ia menulis suka disanjung, Ia menulis suka dipuji, Dalam riya’ dalam takbur, Ia berbangga, Jariku ini punya iman, Ia menulis kerana Allah, Ia menulis kerana ikhlas, Dalam sujud dalam lelap, Ia tertangis Mengenang nasib diri dibakar, Ia takut, Ia lari, Jariku ini punya cinta, Ia mahu menyulam bait, agar lahir nasihat Iman,
Segar bugar, Membangkitkan jiwa. Menyemangatkan pemuda, Jari, Ia mahu merubah dunia, dengan jari ini, Jari yang sepuluh, Moga digandakan sepuluh kebaikan, Satu abjad jadi kata, Satu kata jadi baris, Satu baris jadi nasihat, Seperti itulah jari ini mahu berbakti kepada Allah Rabbul Izzati -‐ABS-‐ 9.41am
Seleksi Seleksi atas nama nafsu itu terkadang membutakan, Suka jadi benci, benci jadi suka. Semua kerna nafsu. Seleksi atas nama Ilahi itulah yang menyuluhkan. Suka kerna Allah, benci kerna Allah, Kerna Allah tempat satu-‐satunya mencari erti, sebuah seleksi -‐ABS-‐ 9.47am
Cantik Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik Dan tidak perlu memuji-‐muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia. Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua serta hidup bahagia Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain Itulah hakikat manusia! Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu. Itulah dia Tuhanku! -‐Almarhum Syeikh Al Tantawi-‐
Sanjungan Jika sanjungan yang engkau mahukan dalam jalan dakwah ini, maka tiada apa yang akan engkau dapat melainkan amal yang terbang bagaikan debuan, Jika pangkat yang engkau mahukan dalam jalan dakwah ini, maka tiada apa yang engkau akan dapat melainkan sikap tamak haloba mengejar jawatan mencantas kawan Jika wanita yang engkau mahukan dalam jalan dakwah ini, maka tiada apa yang engkau akan dapat melainkan hanya seorang wanita Tetapi bukan itu sepertinya yang kau mahukan dalam jalan dakwah ini. Jalan dakwah yang kau tapaki akan membawa hati-‐hatimu semakin dekat dengan Ilahi, jika dasar pengorbanan dan perjuangan ini hanya kerana Ilahi. Untuk ummat yang dicintai, seperti itulah hati-‐hatimu siap siaga berkorban. -‐ABS-‐ 10.10am
Mata “Matalah segala punca segala kelakuan yang ganjil-‐ganjil” “Api bernyala asalnya dari percikannya yang kecil” “Betapa banyak penglihatan yang menganggu hati tuannya !” “Laksana panah yang menikam jantung menembusi sanubarinya” “Selama manusia mempunyai mata yang selalu mempermain-‐mainkannya” Ingatlah ! “Merenung pandangan ke mata jelitawan tetap membahayakannya” “Matalah yang bergembira namun hati yang menerima padahnya” “Biar tidak gembira kiranya diri yang ditimpa mudaratnya “ (Syeikh Abdullah Nasih Ulwan)
Awas Awas! Jalan hidup ini jalan yang bervoltan tinggi Tapakilah ia dengan sabar dan penuh istiqamah Awas! Jalan hidup ini jalan yang berliku dan beraltitud tinggi Tapakilah ia dengan hati-‐hati penuh berani Awas! Jalan hidup ini jalan yang penuh dengan dunia yang berahi Tapakilah ia dengan iman agar nafsu mampu dikuasai Awas! Jalan hidup ini jalan yang sunyi Tapakilah ia dengan teman bersama mencari redha Ilahi Awas! Lihatlah kanan dan kiri. Sebelum melangkah ke dunia satu lagi. -‐ABS-‐ 10.31am
Superman Tidak perlu jadi superman untuk selamatkan manusia, Perlu hanya jadi manusia kenal pencipta, Tidak perlu jadi superman untuk selamatkan manusia, Perlu hanya jadi hamba pada Rabb yang esa, Tidak perlu jadi superman untuk selamatkan manusia, Perlu hanya jadi manusia punya iman tegak di dada Tidak perlu jadi superman untuk selamatkan manusia, Sedang engkau, aku dan seisi manusia semua tahu, Kita semua bukan superman. Kita hanyalah manusia biasa. -‐ABS-‐ 10.45am
Khamis Hari ini hari Khamis, Berikanlah hak kepada perut untuk berehat, Hak kepada mata untuk menundukkan pandangannya, Hak kepada telinga daripada mendengar perkara yang dusta, Hak kepada lidah untuk tidak mengumpat dan mengeji Hak kepada nafsu untuk menundukkan syahwatnya Hak kepada diri untuk lebih mendekatkan kepada Ilahi. -‐ABS-‐ 10.50am
Ice Skating Tarbiyah itu umpama bermain ice skating. Seringkali seseorang itu akan Jatuh, bangun, jatuh, bangun, jatuh, bangun dan akhirnya setelah melalui beberapa sesi yang panjang, barulah dia dapat bermain ice skating dengan lancar dan baik. Itupun kadang-‐kadang jatuh juga -‐ABS-‐ 11.02am
Nasihat Nasihat itu mudah, Yang susah adalah untuk menerimanya, Begitu pesan Imam Al Ghazali, -‐ABS-‐ 11.22am
Gwiyomi Kalau engkau mahu cepat popular tetapi kemudiannya dipandang rendah , buatlah satu video gwiyomi kemudian, terus masukkan ke laman youtube. Pasti esok sudah famous. Kalau engkau mahu lambat popular tetapi kekal dihormati, bacalah buku tuntutlah ilmu.. InsyaAllah darjat anda akan ditinggikan dengan ilmu tersebut.. Di dunia, juga di akhirat. -‐ABS-‐ 11.25am
Semut api
Bila melihat kesan lebam kecil di tangan ,teringat peristiwa yang berlaku saat sedang berkafilah dakwah, Auchhh... Sakit!!! Tanganku di gigit semut api.. Gigitan itu membuatku sedar, bahawa ujian yang menimpaku di jalan dakwah ini hanyalah sekecil semut api itu tadi. Justeru, kenapa banyak mengeluh ? -‐ABS-‐ 11.30am
Angan terlampau Ha, ini gila! Pernahkah engkau mengalami penyakit angau terlampau? Pabila diri berada dalam keadaan angau melampau maka segalanya menjadi fanatik. Fanatik hingga membelakangkan amanah dan juga membelakangkan suruhan Allah Fanatik sehingga menukarkan perkara yang baik menjadi satu tayangan syahwat. Angau sehingga, selusuri setiap isi maklumat tentang orang yang di “angau”kan, setiap hari, masa dan ketika akan melihat perkembangan status si dia? Pernahkah begitu? Ini sangat bahaya. Nasihatnya, Tiada cara lain. Tazkiyatun Nafs dan Mujahadah an Nafs adalah solusi terbaik
Rawatlah hati yang kering dengan rawatan penyucian jiwa. Hati ini perlu dirawat. Katakan tidak pada angau melampau! Katakan tidak pada taksub melampau! -‐ABS-‐ 11.40am
Mati itu pasti
Dalam hidup ini, sesuatu yang wajib kita percaya, Kita akan kehilangan orang yang sangat kita cintai.. Mak, ayah, adik, isteri, anak-‐anak. Bila-‐bila masa sahaja Allah boleh ambil nyawa kita dan nyawa dia. Cuma waktu dan ketikanya sahaja kita tidak tahu. Justeru, Sediakan ruang dalam hati kita untuk menerimanya dengan redha Letakkan kecintaan hakiki pada Ilahi, Kerna hakikat manusia, Pasti akan meninggalkan kita suatu hari nanti. -‐ABS-‐ 11.45am
Karat Jahiliyah
Sukarnya hendak menggores karat jahiliyah yang masih terlekat dalam diri umpama susahnya menyental kotoran degil pada baju, pinggan mangkuk ataupun periuk. Selain memerlukan sabun pencuci yang bagus, ianya perlu dilakukan beberapa kali sebelum kembali bersinar... Paling penting perlu ada usaha dan tawakal yang berterusan. Di samping sedikit rasa sabar. -‐ABS-‐ 11.50am
Mendidik
Daie itu mendidik bukan mencekik Cerdik bukan herdik.. Connect sebelum correct Kasih sayang sebelum kebenaran.. p/s: Nukilan sahabatku dari Brunei -‐ABS-‐ 11.51am
Berkat Berkat itu membawakan senyuman walaupun air mata menitis-‐nitis jatuh Berkat itu adalah keajaiban. Keajaiban orang beriman yang menyelusuri jalannya dgn sabar. Berkat itu menyediakan kelapangan dan kelembutan saat dada kita sesak dgn masalah Berkat itu tidak dapat diukur dengan wang ringgit, gelak ketawa mahupun kedudukan pangkat, Tetapi berkat itu adalah anugerah Allah. Sesuatu yg subjektif yg tidak dapat dinilai dgn kaca mata kita yang terhad kuasanya p/s: Terinspirasi daripada puisi Salim Fillah -‐ABS-‐ 11.52am
Sopan Orang Islam itu, cakapnya halus, budinya lembut, tuturnya sopan Dalam memberi nasihat, egonya diletakkan di bawah Tawaduk di atas Sombong dihujung Ikhlas di sisi Kerana Allah di hati -‐ABS-‐ 11.55am
Masjid
Masjid, Tempat ini menemukan aku dengan ramai insan baik-‐baik yang luar biasa. Kawan-‐kawan yang mengajak kepada kebaikan, pak cik masjid yang melayan diri seperti anak sendiri, adik down syndrome yang istiqamah solat di masjid, bakal bapa mertua??? Erk.. Yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam mencorakan siapa aku sekarang. Justeru jangan pandan enteng pada masjid, Rumah Allah ini penuh barakah, penuh rahmat Jika ingin berubah, Masjidlah tempat pertama yang harus engkau pergi dulu. Cubalah -‐ABS-‐ 11.58am
Dakwah
Dunia dakwah ini bukan dunia selebriti. Aku engkau, sama sahaja. Kita sama. Aku buat status bukan untuk dilike. Tetapi supaya mesej sampai. Jika hanya untuk dilike, Terbakarlah amalanku ini. Sia-‐sia. Akhirat nanti, aku jadi orang yang paling rugi. -‐ABS-‐ 1.30pm
Ikan Guppy
"Janganlah jadi seperti ikan guppy yang 'mewarnakan' dirinya secara berlebih-‐lebihan semata-‐mata ingin kelihatan cantik dan menawan. Walaupun pada hakikatnya menarik perhatian ikan guppy yang berlainan jantina, tetapi, 'warna' dirinya yang cantik itu sebenarnya mengundang bahaya yang jauh lebih besar iaitu...." Dikejar pemangsa !!! جن وولا بیيوتكن في ووقرنن جج تبر االأوولى االجاھھھهلیية تبر Dan tetaplah di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkahlaku (tabarruj) seperti orang-‐orang jahiliah dahulu". (Al-‐Ahzab:33) -‐ABS-‐ 1.32pm
Bujang
Marilah kita menjadi orang bujang,
yang masa mudanya dipenuhi ketaatan kepada Allah..
Bujang,
Bilamana rohaninya tenang,
luarnya pasti senang.
-‐ABS-‐
Pahit
Sahabat, dalam menyusun kata melontar bicara, berkatalah yang benar.
Ucaplah walaupun pahit. Berbahasalah walau perit. Kerana dalam kepahitan itu, terkandung penawar bagi hati. Persis ubat, pahitnya sekejap cuma, leganya bertahan lama. -‐ABS-‐
Riak Tahukah engkau..? Sifat riak mampu membakar amal-‐amal kita. Seumpama api kecil yang membakar dedaunan. Lalunya marak.. Apinya merebak... hingga membawa bahana buat dirimu akhirnya. -‐ABS
Globalisasi Nafsu Kuatkan kami Ya Allah untuk mengharungi globalisasi nafsu, Yang mengatakan wanita itu cantik atas paras rupa dan bukannya agama
Angin Malam Angin malam menghembus sayup pipi, membelai lembut hati, seolah-‐olah tahu ada jiwa yang sedang resah meniti mimpi. Mimpi indah bertemankan pelangi di malam hari yang tak kan pernah memunculkan diri. Barang sekali. Ya, barang sekali! Jiwa yang resah ini, sebenarnya lupa yang dirinya bertuan. Punya Tuhan untuk diinfakkan segala denyut nadinya, hela nafas, derap langkah dan keringat peluh. Dia lupa barangkali. Sehingga agenda duniawi yang sementara mengecilkan lagi, cita-‐cita ukhrawinya yang besar. Mungkin benar, situasi umat sekarang begitu mencabar. Tetapi dirinya perlu beringat, dia tidak harus tengelam sama, dalam lautan materialistik yang sarat dengan kefanaan dunia. Bebaskan Ruh yang terisi dalam tubuh manusia ini dari segala kongkongan dunia, beruzulah lah daripada lautan jahiliyah yang dipenuhi dengan agenda yang mengenyangkan nafsu manusia. Keluarlah daripada kongkongannya yang mengila!
Bebaskan ruhmu! Bebaskan jiwamu! Terbanglah! Terbanglah tinggi mengejar cita-‐cita ukhrawimu! Kerna, jauh dari satu sudut yang seringkali tidak diperasani, Syurga sedang tersenyum menantimu. Meski perjalanan menujunya penuh dengan... tangis. Tabahlah wahai hati. Sesungguhnya, janji Allah itu benar. -‐ABS-‐ 10.56pm
Andai satu saat nanti Andai satu saat nanti, Kau pergi membawa diri Bawalah hati bersama pergi Terbang tinggi ke ufuk mimpi Andai satu saat nanti, Kau pulang membawa diri, Bawalah ilmu kurnia Ilahi, Kepada generasi kau tabur budi Andai satu saat nanti, Kau pergi bertemu Ilahi, Bawalah sekali kerehatan sejati, Kerna saat itu, Ilmumu sudah terpatri kukuh, terpasak indah, tertanam mekar, dalam hati generasi. ABS -‐2.00pm-‐ Usai Kelas.
Hujan bawa pergi awan kelabu. Kaki langit mulai jernih. Sang mentari tiba-‐tiba mencelah dari jendela, seraya berkata, "esok, pasti aku kan bersinar dengan terangnya!!" Biidznillah Sekian. Terima kasih
Dapatkan di kedai-‐kedai buku berhampiran anda. 1) Aku Bukan Superman: Aku Bukan Pemuda Luar Biasa. (RM 22)
2) Usrah Ini Semua Poyo (RM 20)
Pembelian secara online boleh layari: www.humarairabookstores.com www.imanshoppe.com www.mphonline.com