apa itu ubiquitous city? ubiquitous berasal dari perkataan latin iaitu

5
1 Apa itu Ubiquitous City? Ubiquitous berasal dari perkataan latin iaitu “Ubique” yang bermaksud berada di mana sahaja pada bila-bila masa. Seiring dengan perkembangan teknologi canggih masa kini, pembangunan dan perancangan bandar telah mengalami satu perubahan inovasi baru di mana segalanya saling berkaitan dan dikongsi serta-merta samada maklumat, komputer dan manusia. Konsep Ubiquitous City Konsep ini merupakan konsep baru yang berasaskan teknologi di mana ianya menekankan aspek integarsi di antara hubungan manusia dan komputer berbanding konsep tradisional bandar lama yang lebih memberi fokus kepada seni gaya hidup masyarakat terdahulu. Melalui konsep ini, daya saing bandar dapat dipertingkatkan dengan teknologi tinggi yang membawa pengurusan bandar ke arah lebih cekap dan efisyen. Secara khususnya, konsep ini memberi penekanan kepada 4 aspek penting iaitu keselesaan, kesihatan, keselamatan dan kebersihan. Setiap aspek ini menawarkan pelbagai perkhidmatan mengikut kategori tersendiri dengan disokong oleh pembangunan Infrastruktur seperti Rajah 1.1: Rajah 1.1 : Empat aspek penting di dalam Ubiquitois City. Sumber : Korean Ubiquitous City Association, 2011

Upload: phungkiet

Post on 20-Jan-2017

227 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

1

Apa itu Ubiquitous City?

Ubiquitous berasal dari perkataan latin iaitu “Ubique” yang bermaksud berada di

mana sahaja pada bila-bila masa. Seiring dengan perkembangan teknologi canggih

masa kini, pembangunan dan perancangan bandar telah mengalami satu perubahan

inovasi baru di mana segalanya saling berkaitan dan dikongsi serta-merta samada

maklumat, komputer dan manusia.

Konsep Ubiquitous City

Konsep ini merupakan konsep baru yang berasaskan teknologi di mana ianya

menekankan aspek integarsi di antara hubungan manusia dan komputer berbanding

konsep tradisional bandar lama yang lebih memberi fokus kepada seni gaya hidup

masyarakat terdahulu. Melalui konsep ini, daya saing bandar dapat dipertingkatkan

dengan teknologi tinggi yang membawa pengurusan bandar ke arah lebih cekap dan

efisyen. Secara khususnya, konsep ini memberi penekanan kepada 4 aspek penting

iaitu keselesaan, kesihatan, keselamatan dan kebersihan. Setiap aspek ini

menawarkan pelbagai perkhidmatan mengikut kategori tersendiri dengan disokong

oleh pembangunan Infrastruktur seperti Rajah 1.1:

Rajah 1.1 : Empat aspek penting di dalam Ubiquitois City.

Sumber : Korean Ubiquitous City Association, 2011

2

Komponen Ubiquitous City

Konsep bandar ini terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu Infrastruktur dan utiliti,

teknologi maklumat dan kemudahan awam. Setiap komponen ini, dibangunkan

secara serentak dan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan sebagai pusat kawalan.

Melalui pusat kawalan ini, semua aktiviti yang melibatkan kemudahan dan utiliti dapat

dipantau secara langsung seperti bangunan, lalulintas, papan kenyataan, kenderaan,

tempat letak kereta, sistem komunikasi, sistem keselamatan dan lain-lain (rujuk

Rajah 1.2).

Rajah 1.2 : Tiga komponen utama Ubiquitous City.

Sumber : Ubiquitous City, Buzz That Is Here to Stay, 2006

Peringkat Pelaksanaan Ubiquitous City.

Secara dasarnya, pelaksanaan konsep bandar baru ini melibatkan 3 peringkat utama

iaitu pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan maklumat. Pada setiap peringkat

pelaksanaan, kriteria-kriteria penting seperti infrastruktur bandar, kemudahan

teknologi maklumat dan sistem pengurusan berintegrasi perlu diambilkira dalam

mewujudkan perkhidmatan yang pelbagai berasaskan “Ubique” bagi membolehkan

pengguna menggunakan perkhidmatan pada bila-bila masa di mana sahaja mereka

berada di dalam bandar (rujuk Rajah 1.3).

Tempat Letak Kereta

Kemudahan Rehat

Sistem Ramalan Cuaca

Sistem Pengesan Kenderaan

Papan Pesanan Interaktif

Sistem Pengesan Kenderaan

CCTV Telefon

Kecemasan

Sistem Bangunan Bestari

Papan Pesanan Interaktif

Stesen Multimedia

Pengurusan Perkhidmatan Teknologi

Maklumat/Infrastruktur

Pusat Data

Telekomunikasi Papan Pesanan Interaktif

Peralatan Pengukuran

Perkhidmatan Digital

Pusat Perkhidmatan

Digital

Pusat Pengurusan U-Life

ETC

Pengurusan Kemudahan Pengurusan Utiliti Pengurusan Teknologi Maklumat

3

Rajah 1.3 : Peringkat Penyediaan mengikut konsep Ubiquitous City

Pelaksanaan Ubiquitous City di luar negara

Terdapat beberapa negara yang telah melaksanakan konsep ini seperti Korea

Selatan, Amerika Syarikat, Singapura dan lain-lain negara;

1. Korea Selatan

Mula diperkenalkan melalui

pembangunan 15 bandar

disekitarnya. Bandar pertama

ialah bandar Hwaseong

Dongtan yang kini telah

separuh siap dan mula

beroperasi pada tahun 2007.

Bandar Ubiquitous Hwaseong Dongtan yang kini separuh siap perlaksanaannya

Sumber : Korea Herald "U-City : Future of Urban Planning, Management", 2010

i. Rangkaian Jalanraya ii. Guna tanah

iii. Kemudahan Awam iv. Infrastruktur dan Utiliti

i. Papan Maklumat interaktif/ percuma ii. Rangkaian CCTV

iii. Sistem Pencarian Lokasi iv. Pusat Maklumat setempat v. Pusat Kawalan Kualiti air (USN) vi. Pemantauan Ekologi Air Bawah Tanah

Infrastruktur Bandar Teknologi Ubiquitous City

Penyediaan perkhidmatan yang pelbagai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja

Intelligent Facilites Integrated City Operation Center Infrastruktur ICT

Infrastruktur Bandar Ubiquitous

Penggunaan

Maklumat

Pemprosesan

Maklumat

Penggumpulan Maklumat

4

Antara perkhidmatan yang diperkenalkan ialah U-trafik, U

parking, dan U perkhidmatan pencegahan jenayah. Bandar

lain yang sedang giat dibangunkan adalah bandar Songdo,

Incheon dan Daejeon.

2. Amerika Syarikat

Di Amerika Syarikat, sebuah

syarikat iaitu LG CNS telah

membangunkan sebuah bandar

di Manhattan Harbour iaitu

Dayton, Kentucky yang

menggunapakai konsep ini.

Projek ini yang berkeluasan 142

ekar terletak di sepanjang di

tebing Sungai Ohio menjadi bandar pertama menggunakan lebih dari 100

konsep Ubiquitous dalam melaksanakan projek tersebut.

Papan Informasi Interaksi sebagai medium menyampaikan maklumat kepada pengguna.

Pemandangan Bandar Dayton, Kentucky dari Sungai Ohio.

Pelan Susunatur Bandar Dayton, Kentucky

5

Usaha ke arah penerapan Ubiquitous City di Malaysia

Terdapat beberapa usaha yang dijalankan untuk menerapkan konsep ini di dalam

perancangan bandar di Malaysia, antaranya;

1. Membangunkan Sistem maklumat Geografi

(GIS) dan pangkalan data di setiap negeri

untuk digunapakai samada untuk proses

perancangan dan pembangunan serta

pemantauan pembangunan semasa;

2. Mewujudkan Polisi Data Geospatial

menetapkan prinsip-prinsip, tanggungjawab

dan keperluan untuk mengumpul dan

menguruskan data geospatial yang digunakan

dalam program persekitaran dan projek-projek

di Malaysia;

3. Membangunkan konsep bandar selamat

(NKRA) yang menggunapakai teknologi terkini

dalam mewujudkan persekitaran selamat di

samping pencegahan jenayah melalui Web

Base Crime System; dan

4. Mewujudkan lebih banyak Sistem Antara Muka

(EIS) di bangunan-bangunan kerajaan dalam

menyampaikan informasi perancangan kepada

pengguna dengan lebih cepat dan efisyen.

Penutup

Kesimpulannya, konsep ini mampu meningkatkan kualiti dan gaya hidup dan daya

saing sesuatu bandar. Secara langsung, melalui kriteria-kriteria yang diperkenalkan

dapat memberi impak yang baik kepada keberkesanan pengurusan bandar,

pertumbuhan bandar baru dan kemajuan perkhidmatan bandar.

Sistem maklumat Geografi (GIS) dan Pangkalan data

Sistem Pemantauan Berpusat bagi pencegahan

jenayah (NKRA).

Sistem Antara Muka (EIS) untuk informasi

Perancangan