a.pengertian thaharah (bersuci )

8
A. PENGERTIAN THAHARAH (BERSUCI) Di dalam kitab I’ANATUTTALIBIN dijielaskan bahwa gaslu (bersuci) merupakan suatu kegiatan membasuhkan air pada suatu perkara disertai dengan niat. Sehingga dalam setiap rukun selalu ada niat. Walaupun tidak dijelaskan dalam al-qur’an. Thaharah itu sendiri terbagi dua yaitu thaharah lahir dan batin. Thaharah batin ialah membersihkan jiwa dari pengaruh-pengaruh dosa, dan maksiat dengan bertaubat secara benar dari semua dosa dan maksiat. Dan membersihkan hati dari semua kotoran syirik, ragu-ragu, dengki, sombong, dan sebagainya. Dengan ikhlas, keyakinan, cinta kebaikan, lemah-lembut, tawadlu, dan menginginkan keridhaan Allah dengan semua niat dan amal shaleh. Sedangkan Thaharah lahir ialah menghilangkan hadas dan najis dari badan, pakaian dan tempat supaya dapat menunaikan ibadah khususnya ibadah solat. Bersuci itu adalah sesuatu yang wajib di dalam ajaran islam.Tanpa bersuci ibadah tidak diterima.Di antara cara bersuci ialah wudu , mandi dan membersihkan najis dari badan dan pakaian B. JENIS-JENIS BERSUCI 1. Menyucikan badan dari hadas kecil yaitu menyucikan badan daripada hadas kecil dengan berwudu atau bertayammum. Orang yang berhadas kecil diharamkam mengerjakan solat atau menyentuh al- Quran. Sebagai mana hadist Rasulullah Saw. “tidak sah shalat seseorang yang tidak mempunyai wudu” 1 Menyucikan badan dari hadas besar Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah membersihkan dirinya dengan mandi.Mereka yang berhadas besar ialah mereka yang melakukan persetubuhan ,orang yang haid dan nifas. Orang yang berhadas besar juga diharamkan mengerjakan solat,puasa,haji,duduk di dalam masjid,menyentuh dan membaca al-Quran. 1 Alwi abbbas al-maliki, ibaanatul ahkam hlm: 100

Upload: dede-syarifudin

Post on 20-Dec-2015

238 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

IO

TRANSCRIPT

Page 1: A.pengertian Thaharah (Bersuci )

A. PENGERTIAN THAHARAH (BERSUCI)

Di dalam kitab I’ANATUTTALIBIN dijielaskan bahwa gaslu (bersuci) merupakan suatu

kegiatan membasuhkan air pada suatu perkara disertai dengan niat. Sehingga dalam setiap rukun selalu

ada niat. Walaupun tidak dijelaskan dalam al-qur’an.

Thaharah itu sendiri terbagi dua yaitu thaharah lahir dan batin. Thaharah batin ialah

membersihkan jiwa dari pengaruh-pengaruh dosa, dan maksiat dengan bertaubat secara benar dari semua

dosa dan maksiat. Dan membersihkan hati dari semua kotoran syirik, ragu-ragu, dengki, sombong, dan

sebagainya. Dengan ikhlas, keyakinan, cinta kebaikan, lemah-lembut, tawadlu, dan menginginkan

keridhaan Allah dengan semua niat dan amal shaleh.

Sedangkan Thaharah lahir ialah menghilangkan hadas dan najis dari badan, pakaian dan tempat

supaya dapat menunaikan ibadah khususnya ibadah solat. Bersuci itu adalah sesuatu yang wajib di dalam

ajaran islam.Tanpa bersuci ibadah tidak diterima.Di antara cara bersuci ialah wudu , mandi dan

membersihkan najis dari badan dan pakaian

B. JENIS-JENIS BERSUCI

1. Menyucikan badan dari hadas kecil yaitu menyucikan badan daripada hadas kecil dengan

berwudu atau bertayammum. Orang yang berhadas kecil diharamkam mengerjakan solat atau

menyentuh al-Quran. Sebagai mana hadist Rasulullah Saw.

“tidak sah shalat seseorang yang tidak mempunyai wudu” 1

Menyucikan badan dari hadas besar Orang yang berjunub atau berhadas besar hendaklah

membersihkan dirinya dengan mandi.Mereka yang berhadas besar ialah mereka yang melakukan

persetubuhan ,orang yang haid dan nifas. Orang yang berhadas besar juga diharamkan

mengerjakan solat,puasa,haji,duduk di dalam masjid,menyentuh dan membaca al-Quran.

2. Istinja’ Menghilangkan kotoran setara najis kecil (kencing) atau najis besar(tahi) dari tempat

keluarnya dengan sesuatu yang bersih seperti air,kertas,batu,tisu dan sebagainya sehingga najis

itu bersih. Istinja’ itu mestilah menghilangkan najis,baunya dan rasanya.

Cara-cara beristinja

a) Istinja’ itu mestilah 3 kali ulang,kalau masih belum suci boleh di ulangi lagi sehingga bersih.

Atau sebagaimana yang dijelaskan dalam hadist bahwa beristinja dilakukan dengan yang ganjil.

b) Alat dibuat istinja itu mestilah dapat membersihkan tempat najis yang keluar.

c) Sekiranya batu mestilah diambil sekurang-kurangnya 3 biji .

C. JENIS-JENIS AIR

1. Air Mutlak ( Air yang suci lagi menyucikan )

1 Alwi abbbas al-maliki, ibaanatul ahkam hlm: 100

Page 2: A.pengertian Thaharah (Bersuci )

Air ini boleh digunakan untuk minum,mandi dan berwuduk dan boleh juga digunakan untuk

membasuh.contoh air mutlak ialah air telaga,air sungai,air hujan,air mata air,air laut dan

sebagainya.

2. Air Musta’mal (Air yang telah digunakan )

Yaitu Air yang suci tetapi tidak boleh menyucikan Yaitu air yang telah berubah salah satu

sifatnya,contoh seperti air kopi,air teh dan sebagainya.Termasuk juga dalam golongan ini air yang

kurang dari dua kolah yaitu air yang sudah digunakan untuk berwudhu atau menghilangkan najis.

3. Air Mutannajis ( Air yang kotor)

Air yang najis yaitu air yang sudah berubah semua sifatnya warna,rasa atau baunya dan

bercampur dengan najis.

4. Air Musyammas (air yang berjemur pada matahari)

Ialah air yang makruh untuk digunakan yaitu air yang terjemur pada terik matahari dalam bejana

selain bejana yang terbuat dari emas atau perak. Air ini makruh digunakan untuk badan tetapi

boleh digunakan untuk membasuh pakaian.

D. JENIS – JENIS NAJIS

1) Najis Mughallazah (najis berat)

Najis yang berat yaitu najis anjing dan babi.Cara mencuci barang –barang yang terkena najis ini

ialah dengan menyamak yaitu membasuh dengan air sebanyak 7 kali. Basuhan pertama

hendaklah dengan air bercampur dengan tanah.

2) Najis mukhaffafah (najis ringan)

Yaitu najis yang ringan seperti kencing bayi yang berusia 2 tahun kebawahyang hanya minum

susu ibunya saja.Cara menyucinya ialah dengan merenjis air di tempat terkena kencing itu.

3) Najis Mutawassitah (najis pertengahan)

Yaitu najis pertengahan .Termasuk dalam kumpulan ini ialah air kencing ,tahi,

darah,nanah,muntah,air mazi (yaitu air putih jernih yang keluar dari kemaluan ketika nafsu

berahi meningkat),wadi (yaitu air putih jernih yang keluar dari kemaluan sesudah buang air kecil

ketika kerja berat),arak dan susu binatang yang tidak boleh dimakan.Cara menyucinya ialah

basuh dengan air bersih hingga hilang baunya,rasanya,dan warnanya.Jika sudah dibasuh

berulang-ulang kali tetapi baud an warnanya tidak juga hilang adalah dimaafkan.

E. WUDU

1. Pengertian wudu

Wudu menurut bahasa artinya bersih dan indah. Menurut syarak artinya membersihkan anggota

wudu untuk menghilangkan hadas kecil. Bagi orang yang hendak menunaikan solat wajiblah

baginya berwudu dahulu karena berwudu adalah syarat sahnya solat.

2. Fardu Wudu

Fardu Wudu ada enam perkara

1. Niat.

Page 3: A.pengertian Thaharah (Bersuci )

Yaitulah berniat dalam hati ketika membasuh sebahagian muka.

2. Membasuh muka

Yaitu membasuh dari sekeliling tempat tumbuhnya rambut kepala hinggga ke bawah dagu

dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri.

3. Membasuh kedua tangan hingga kesiku dimulai dengan tangan kanan kemudian tangan kiri.

4. Membasuh atau menyapu sebahagian dari kepala. Sekurang-kurangnya membasahkan 3

helai rambut dikepala.

5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali dimulai dari kaki kaki kemudian kaki kiri.

6. Tertib yaitu melakukan wuduk mengikut turutan dan berturut-turut.

3. Syarat-Syarat Sah Wudu

1. Beragama islam

2. Mumaiyiz yaitu seseorang yang telah dapat membedakan antara yang bersih dengan yang

kotor.

3. Suci dari haid dan nifas

4. Dengan air yang suci lagi menyucikan

5. Tidak ada sesuatu yang dapat menghalang air sampai ke kulit (anggota wuduk) seperti

getah,minyak dan sebagainya.

6. Mengetahui yang mana wajib dan yang mana sunat.

7. masuk waktu shalat bagi yang selalu berhadas.

4. Sunat-Sunat Wudu

1. Membaca Bismillah

Seperti Yang disabdakan rasulullah saw. Bahwa tidak ada wudu bagi seseorang kecuali dengan

membaca asmaallah.2

2. Membasuh kedua tangan sehingga ke pergelangan tangan

3. Berkumur-kumur

4. Memasukkan air kehidung

2 hasan Ibn ali ibnu abibakrin abdul halil arrasidin  Al-hidayah, sarah bidayatulmubda, hlm : 31

Page 4: A.pengertian Thaharah (Bersuci )

5. Menyapu seluruh kepala

6. Menyapu air kedua-dua telinga luar dan dalam

7. membasuh tiap-tiap anggota wuduk tiga kali

8. Tidak bercakap-cakap ketika berwuduk

9. Bersugi

10. Membaca doa selepas berwuduk

5. Perkara-Perkara Yang Membatalkan Wudu

1. Keluar sesuatu dari dua jalan yaitu qubul dan dubur seperti  kentut, kencing dsbnya.

2. Hilang ingatan dengan sebab gila atau pitam atau tidur yang tidak tetap kedudukannya

3. Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrimnya.

4. menyentuh kemaluan dengan tapak tangan ataau perut anak jari.samada kemaluan sendiri atau

orang lain.

F. TAYAMMUM

1. Pengertian

Tayammum ialah menyapu tanah dan kedua tangan hingga ke siku dengan beberapa syarat

tertentu .Tayammun adalah sebagai ganti wuduk atau mandi wajib khususnya bagi mereka yang

tidak boleh menggunakan air kerana sebab-sebab tertentu yaitu:

Tanah yang disebut di atas adalah tanah yang suci sebagaimana talah dijelaskan bahwa

sesungguhnya Allah telah menjadikan tanah suci seperti air yang suci. (wasaiilu si’atu ila taqh silu

masailu syariah, alimamsyeh Muhammad bin hasan rahil’amil:99)

2. Syarat-syarat sah tayamun.

Uzur kerana sakit yang tidak boleh terkena air

Tiada air atau ada air yang cukup untuk minum saja.

Masuk waktu solat sedangkan air tidak ada,

Tidak ada air walaupun sudah berusaha mencarinya.

Tanah suci dan berdebu

Menghilangkan najis dari badannya dengan beristinja’ sebelum bertayammum.

2.Rukun Tayammum

 Berniat untuk bertayammum

 Menekankan kedua tapak tangan ke atas bedu yang suci.

 Menyapu muka dengan tebu tadi.

Page 5: A.pengertian Thaharah (Bersuci )

 Menekan kedua tapak tangan ke atas debu sekali lagi kemudian menyapu dua tapak tangan

sampai kesiku.

 Tertib

3.Sunat Tayammum

Membaca Basmalah

Mengadap kiblat

Mendahului menyapu anggota kanan

Mengerjakan dengan berturut-berturut

4.Perkara yang membatalkan Tayammum

Semua perkara yang membatalkan wuduk

Mendapatkan air sebelum memulakan solat(bagi orang yang tidak uzur)

Apabila orang yang uzur boleh menggunakan air.

G. MANDI WAJIB ATAU MANDI JUNUB

Mandi wajib ialah mandi yang wajib dilakukan bagi mengangkat hadas yang besar setelah

berlaku salah satu daripada sebab-sebab yang menyebabkan wajibnya mandi wajib seperti

bersetubuh.

1. Sebab-sebab wajib mandi

Melakukan persetubuhan yaitu memasukkan kepala hasafah ke dalam faraj meskipun tidak

keluar air mani.

Keluar air mani walaupun tidak bersetubuh

Mati kecuali mati syahid

Suci daripada Haid.apabila seseorang perempuan telah suci daripada haidnya maka wajiblah dia

mandi dengan segera.

 Suci dari darah nifas yaitu darah yang keluar sesudah melahirkan anak.

Wiladah yaitu melahirkan anak

2.Rukun Mandi Wajib

Niat yaitu dengan lafaz niatnya:

Menghilangkan semua najis daripada anggota badan.

Meratakan air ke seluruh badan

3.Sunat-sunat mandi wajib

Membaca bismillah.

Mencuci faraj dan dubur dengan air bersih

Kalau ada najis ditubuh badan hendaklah dibersihkan terlebih   dahulu.

Sunat berwuduk

Page 6: A.pengertian Thaharah (Bersuci )

Menjirus air kebadan dimulakan dari sebelah kanan.

4.Perkara yang dilarang bagi orang yang berhadas besar.

Mengerjakan solat, termasuk juga sujud syukur, sujud tilawah,membaca khutbah jumaat.

Melakukan tawaf di Baitullah.

Menyentuh dan membaca al-Quran

Berhenti di dalam masjid atau berulang-alik di dalamnya.

Berpuasa dan sebagainya.

 

Kewajiban mandi jinub sepert yang dijelaskan oleh Q.S Al-maidah : 6 yang artinya “jika kamu

junub maka bersucilah.”

Hikmah mandi junub seperti yang dikatakan oleh imam ibnu qoyyim: ”itu merupakan kebesaran

syariat islam dan semua rahmat, hikmah serta kemaslahatan yang tercakup di dalamnya. Air mani keluar

dari seluruh bagian tubuh, karena itu alllah menamainya sulallah, karena air mani   memang keluar dari

sekujur badan. Pada saat air mani keluar pengaruhnya di badan terasa jauh lebih besar daripada, mandi

sangat besar faedahnya bagi badan, hati dan jiwa. Tiga-tiganya akan menjadi segar kembali setelah

mandi. Mandi akan memulihkan sesuatu ayng terasa hilang akibat keluarnya air mani. Yang hanya dapat

diketahui dengan rasa (sense). Junub menimbulkan perasaan berat dan malas. Dengan mandi orang akan

merasakan kembali keringanan dan kesegaran badannya. Karena dari itu abu dzar pernah berkata setelah

mandi junub “seolah-olah beban berat kulemparkan dari pundakku.” Mandi junub adalah suatu maslahat

ayng sangat dibutuhkan untuk menyegarkan badan.3

3 AL-QARDHAWI, YUSUF, Fatwa-fatwa Mutakhir, penerjemah Al-hamid Al-husaini, pustaka hidayah,2000: bandung hlm: 300