aplikasi rumus dalam pengajaran nahu · pdf filepenulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1)...
TRANSCRIPT
1
APLIKASI RUMUS DALAM PENGAJARAN NAHU BAHASA ARAB
Mat Nawi Mat Jusoh,1 Hakim Zainal,
2
Kaseh Abu Bakar,3
[email protected] 1 Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu,
2,3 Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abstrak: Beberapa kajian berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia
melaporkan bahawa, antara sebab kemerosotan pencapaian pelajar dalam bahasa Arab adalah
kerana kesukaran menguasai kaedah nahunya. Justeru, kajian ini mengemukakan pendekatan
rumus dalam memudahkan penguasaan terhadap nahu. Fokus utama kajian ini adalah untuk
meletakkan rumus sebagai antara metode dalam pembelajaran nahu bahasa Arab. Metode
kajian yang digunakan ialah developmental research, iaitu membina sebuah modul untuk
pengajaran dan pembelajaran nahu bahasa Arab berasaskan rumus. Objektif kajian ini adalah
untuk melihat kesesuaian penggunaan modul dalam pengajaran dan pembelajaran, khususnya
yang berkaitan dengan rumus. Matlamat utama adalah untuk membina satu kaedah baharu
pembelajaran nahu bahasa Arab yang cepat, mudah dan kekal dalam ingatan. Sampel bagi
kajian ini adalah pelajar sekolah menengah yang telah mempelajari perkara asas dalam nahu
bahasa. Pengkaji juga mendatangkan beberapa kaedah rumus yang diguna pakai dalam modul
yang berasaskan rumus. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan penguasaan
pelajar dalam mempelajari nahu bahasa Arab menggunakan kaedah rumus dengan nilai
minnya sebanyak 4.11. Hasil kajian ini diharap dapat berfungsi sebagai cara yang mudah dan
senang untuk memahami dan menguasai nahu bahasa Arab. Para pengkaji berharap agar
kaedah yang dikemukakan ini dapat merealisasikan objektif pembelajaran nahu bahasa Arab
untuk para pelajar di Malaysia secara mudah dan berkesan.
PENGENALAN
Nahu Arab mula diperkenal dan diajar kepada penduduk rantau ini sejak lama dahulu dan
berkemungkinan besar kemunculannya bersama-sama kedatangan Islam. Ia bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi masyarakat di Malaysia khususnya bagi mereka yang berbangsa
Melayu (Ishak, 1992: 225).
Namun, usia bahasa Arab (BA) di Tanah Melayu yang telah menjangkau 500 tahun,
bermula pada zaman kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka masih lagi menjadi perbahasan
hangat dalam kalangan pencinta bahasa ini. Inti kepada perbincangan tersebut adalah
penguasaan ilmu nahu yang dikatakan sangat susah untuk dipelajari, khususnya oleh para
pelajar Melayu.
Ekoran daripada itu, para pengkaji membincangkan pendekatan pengajaran nahu
hendaklah diberi penekanan utama supaya ia membentuk tabiat berbahasa yang berteraskan
Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.
Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, Unisza • ISBN 978-967-5478-78-9
2
kemahiran bahasa secara wazīfī (fungsian), bukannya sekadar mengajar secara tradisional
yang lebih menekankan definisi dan muhtawayātnya (isi kandungan) semata-mata. Menurut
Rushdi Τuᶜaymah (2001:25) semasa mengariskan kurikulum pengajaran BA bagi murid-
murid sekolah, katanya:
".التجرد من النظرة التقليدية لتدريس النحو العربي"
Maksudnya: Menghindari pengajaran nahu Arab yang dibayangi cara tradisional.
Nahu wazīfī berkonsepkan bahasa sebagai alat tutur bicara. Penutur pula memiliki
kemampuan bertutur untuk berkomunikasi. Manakala binaan ayat adalah sama dan boleh
distrukturkan mengikut pola-pola tertentu. Menurut Ahmad Mutawakkil (1985),terdapat
keperluan untuk mempolakan nahu Arab kepada bu’rah (subjek) dan mihwar (predikat).
Menerusi pandangan praktikal ini, ia mampu merangsang para pelajar untuk membina
seberapa banyak ayat lain berdasarkan pola ini.
Sistem ini akan memberi metode baharu kepada nahu Arab untuk dipelajari di pusat-
pusat pengajian yang menawarkan mata pelajaran tersebut di negara kita, terutamanya kepada
murid-murid peringkat sekolah.
ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Para pengkaji BA mengakui pentingnya nahu bagi menguasai sesuatu bahasa. Hasil usaha
para sarjana terdahulu telah membuka lembaran baharu dalam mempelajari BA. Namun,
penguasaan nahu itu masih perlu dikaji dan dikupas lantaran perbahasannya agak merumitkan
bagi generasi kini. Menurut Kamal Syahin (2002: 181) terdapat lima ciri kesukaran dalam
penulisan nahu bagi sarjana silam iaitu: (1) sukar, (2) tiada penjelasan terhadap kaedah yang
digunakan, (3) ada pengecualian, (4) terpisah-pisah dan (5) tidak tersusun.
Justeru, penguasaan nahu Arab hendaklah dijelmakan dalam bentuk yang mudah dan
mesra pelajar. Berdasarkan pengalaman salah seorang pengkaji yang mengendalikan kelas
Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) mendapati, purata pencapaian
pelajar dalam nahu BA berada di tahap 60% semasa ujian akhir semester pertama pengajian
mereka. Meskipun mereka telah melalui proses pembelajaran BA sewaktu di alam
persekolahan.
Tahap kemahiran berbahasa Arab dalam kalangan para pelajar yang telah
menamatkan pengajiannya di sekolah menengah adalah rendah. Mereka masih gagal untuk
membaca dengan betul dari segi tatabahasa, sebutan huruf dan tidak mampu membina ayat
yang betul mengikut kaedah sebenar BA (Ishak 1992).
Sebenarnya, isu inilah yang dibangkitkan kembali oleh Mat Taib Pa (2007: 24) ketika
membicarakan realiti pengajaran nahu Arab di Malaysia, kerana masih ada dalam kalangan
guru yang mengajar secara tradisional di samping banyak menekankan aspek definisi dan
i’rab secara terperinci. Meskipun terdapat percubaan untuk membuat perubahan kepada cara
pengajaran BA amnya dan pengajaran nahu khususnya, tetapi apabila dilihat kepada
kurikulum dan buku teks berkaitan, ia masih lagi dibayangi oleh cara tradisional tersebut.
Berikut adalah antara isu yang diperolehi daripada soal selidik yang diedarkan:-
3
1. Persepsi Pelajar
Dapatan kajian mengenai persepsi pelajar terhadap penguasaan nahu BA dapat ditunjukkan
menerusi Jadual 1 di bawah:
Konstruk N Ya Tidak
Bahan pengajaran yang ringkas, mudah dan menarik
membantu untuk menguasai nahu BA
94 93
(98.9%)
1
(1.1%)
Sesiapa yang menguasai nahu, maka senanglah
mempelajari BA
94 88
(93.6%)
6
(6.4%)
Saya seronok belajar BA 94 87
(92.5%)
7
(7.5%)
Penambahbaikan kepada bahan p&p yang sedia ada
perlu dilakukan
94 87
(92.5%)
7
(7.5%)
Kesukaran menguasai nahu berpunca daripada bahan
pengajaran yang disediakan.
94 53
(56.4%)
41
(43.6%)
Saya dapat menguasai nahu dengan mudah 94 23
(24.5%)
71
(75.5%)
JUMLAH 71.84% 22.16%
Jadual 1: Persepsi Pelajar Terhadap Penguasaan Nahu BA Mengikut Keutamaan
Berdasarkan Jadual 1 di atas, persepsi pelajar mengenai bahan pengajaran yang ringkas,
mudah dan menarik dapat membantu untuk menguasai nahu BA berada pada kedudukan yang
teratas dengan nilai peratusnya 98.9% (93). Manakala persepsi pelajar mengenai penguasaan
nahu dengan mudah pula berada pada tahap yang paling rendah dengan nilai peratusnya
24.5% (23). Namun begitu, secara keseluruhannya, persepsi pelajar terhadap penguasaan
nahu BA berada pada tahap yang tinggi, iaitu nilai peratusnya 71.84%.
2. Persepsi Guru
Seramai enam daripada tujuh orang (6/7) memilih cara-cara untuk meningkatkan penguasaan
nahu BA ialah melalui pembinaan bahan pengajaran yang mudah, ringkas dan bersistematik.
Dari segi penambahbaikan bahan pengajaran yang sedia ada, didapati semua guru (7/7)
bersetuju mengenainya. Dapatan ini menunjukkan bahawa suatu usaha perlu dilakukan bagi
mengenalpasti permasalahan yang timbul dan cara penyelesaian yang perlu diambil.
Menyentuh tentang format bahan pengajaran yang diharapkan oleh para guru, dapatan
kajian menunjukkan ciri-ciri bahan pengajaran itu hendaklah membicarakan kaedah nahu
4
secara mudah dan ringkas (6/7), ada peta minda (4/7), juga perlu mempunyai latihan yang
pelbagai aras beserta contoh (3/7).
INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DILAKSANAKAN
Aplikasi Rumus
Rumus ini terdiri daripada huruf atau huruf-huruf yang mewakili sesuatu perkataan.
Perkataan tersebut terdapat secara langsung dalam pembelajaran nahu BA. Sebagai
contohnya, kata nama (اسم) dilabelkan dengan huruf (س) dan begitulah seterusnya contoh-
contoh yang lain sebagaimana yang ditunjukkan dalam Jadual 2 berikut:
رمزها الكلمة
س االسم
مذ المذكر
مؤ المؤنث
مف المفرد
مث المثنى
ون-ج جمع المذكر السالم
Jadual 2: Rumus bagi Kata Nama
Peranan Rumus
Rumus yang telah diwakilkan itu digunakan untuk menghuraikan setiap kaedah nahu yang
terdapat dalam tajuk pembelajaran nahu BA. Jadual 3 di bawah dapat menjelaskan keadaan
demikian.
اإلعراب الجملة (2)س (1)س عدد
(منع –نع ) تلميذ مطيع (-) (-) 1
التلميذ المطيع (ال) (ال) 2
(خ –م ) التلميذ مطيع (-) (ال) 3
(مضا –مض ) تلميذ المدرسة (ال) (-) 4
Jadual 3: Contoh Aplikasi Rumus bagi Jumlah Ismiah
5
Rumus dalam jadual 3 ini menjelaskan bahawa apabila sin 1 (kata nama) itu dikuti dengan sin
2 dalam sesuatu ayat, maka kaedah nahunya dapat dilihat dalam tiga keadaan: sama ada naᶜat
dan mancūt atau mubtada’ dan khabar ataupun juga mudhaf dan mudhāf ilayh.
Pembinaan Modul Berasaskan Rumus
Rajah 1 di bawah menerangkan model kajian dengan menggunakan kaedah rumus.
Kesediaan
Luaran
Murid
Pra
Dalaman
Mentalis
Membangun
Mekanis
Rumus
Interaksi
Kaedah Pendekatan
Semasa Pengajaran
Rumus
Contoh
6
Pelaksanaan
Ulangan
Latihan
Pasca Penilaian dan
Pelajar
Penambahbaikan
Rumus
Rajah 1: Model Modul
Penjelasan Model
Langkah 1: Bahan Pengajaran (Modul)
Modul ini merupakan kombinasi pendekatan mentalis, mekanis dan juga interaksi.
(1) Mentalis - Ia melibatkan akal, pemikiran dan juga proses intelektual. Pada Siri 1
modul ini membantu murid untuk menguasai nahu BA secara mudah untuk difahami
dan diingat berasaskan pendekatan rumus.
(2) Mekanis – Setelah itu, murid akan berada pada Siri 2 iaitu latihan dan ulangan yang
menjurus ke arah pengguasaan tajuk nahu tersebut sehinggalah ia menjadi satu
kebiasaan dan terhindar dari melakukan kesilapan semasa penggunaannya.
(3) Interaksi – Seterusnya murid didedahkan dengan Siri 3 yang lebih memberi
penekanan kepada penggunaan rumus dalam kehidupan harian mereka.
Langkah 2: Kesediaan Murid
Kesediaan murid bermaksud setiap murid yang mengikuti subjek yang diajar hendaklah
memiliki persiapan diri dari segi dalaman dan luaran.
(1) Kesediaan Dalaman - Sebelum masuk ke kelas, murid perlulah memperbetulkan
niatnya, mampu mengawal emosinya, menghindarkan diri daripada segala sifat keji,
seperti dendam, benci dan irihati, sama ada kepada subjek, kawan-kawan dan lebih-
lebih lagi kepada guru.
(2) Kesediaan Luaran – Murid tersebut menunjukkan penampilan diri yang kemas,
membuat persiapan alatan belajar yang mencukupi, membantu dalam mewujudkan
suasana pembelajaran yang harmoni dan kondusif.
Langkah 3: Pendekatan Pengajaran
7
Pembelajaran yang berkualiti bermula dari kaedah pengajaran yang berkesan. Untuk itu,
maka guru mengambil beberapa pendekatan dalam menjayakan kaedah pengajaran yang
berasaskan rumus ini.
(1) Membina Hubungan Baik – Ini bagi memastikan murid yang hadir ke kelas tersebut
disedari oleh guru. Kehadiran mereka amat diharapkan dan penglibatan mereka dialu-
alukan.
(2) Membina Peraturan Kelas – Guru bersama murid akan berkongsi idea dan kemahuan
bagi mencapai objektif masing-masing. Guru berobjektifkan ilmunya sampai kepada
murid dan murid pula inginkan kepuasan dalam mempelajari ilmu tersebut.
(3) Menetapkan Objektif Diri – Ini dilakukan supaya masa yang digunakan bersama
murid-murid itu amat bermakna, maka guru hendaklah meminta murid-muridnya
menetapkan sasaran diri masing-masing.
Langkah 4: Pengukuhan
Langkah ini menuntut murid tersebut melakukan apa yang telah dibincangkan dengan guru.
Ia berlaku dalam tiga keadaan yang berbeza, namun saling lengkap melengkapi antara satu
sama lain.
(1) Rumus - Ia dilaksanakan secara huraian dan pemahaman rumus yang digunakan.
Sebagai membantu murid, maka murid dibekalkan dengan satu set mudah yang
merangkumi semua rumus dan diletakkan di sisi murid tersebut semasa proses
pemahaman dilaksanakan.
(2) Ulangan - Murid didedahkan dengan contoh-contoh yang dekat dalam kehidupan
harian mereka. Proses ulangan (drill) ini membantu murid untuk mengingati rumus
secara tidak langsung.
(3) Latihan – Latihan ini bertindak sebagai pengukuhan terhadap apa yang telah
dipelajari. Ini juga mendedahkan murid terhadap tahap penguasaan tajuk yang diajar.
Latihan ini berbentuk lisan dan juga bertulis.
Langkah 5: Hasil Pembelajaran
Langkah ini bertujuan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan pembelajaran pelajar agar
tindakan susulan yang sesuai dapat dilaksanakan. Hasil pembelajaran ini dapat dilihat
berdasarkan prestasi atau perubahan tingkah laku yang berkaitan dengan aktiviti
pembelajaran yang telah mereka pelajari. Untuk itu, hasil pembelajaran ini dapat dinilai
dalam dua keadaan:
(1) Formatif – Ia dilaksanakan secara tidak formal (pemerhatian dan soal jawab) atau
formal (ujian kertas-pensel dalam masa yang singkat). Cara ini digunakan bagi
mengesan penguasaan dan kemajuan pelajar untuk terus membaiki kelemahan itu
dengan serta merta.
(2) Sumatif – Ini akan dilaksanakan secara formal dalam jangkaan masa yang sesuai
sebaik sahaja sesi pembelajaran bagi sesuatu unit itu selesai. Jenis ini dapat memberi
maklumat untuk mengred dan menempatkan pelajar serta mengubahsuai modul yang
diajar.
Langkah 6: Penambahbaikan
Setelah murid melakukan sesuatu yang baik, guru perlu memberi pengiktirafan kepada murid
atas kejayaannya, walaupun ia adalah suatu yang kecil terhadap peningkatan diri yang murid
8
tersebut lalui. Walaupun begitu, guru tidak perlu merasa kecewa dan menganggap murid
tersebut tidak boleh berubah. Ini memerlukan muhasabah dan penambahbaikan terhadap:
(1) Murid - Melihat pengaruh ke atas murid tersebut. Ini termasuklah pengaruh
persekitaran , latar belakang keluarga ataupun juga rakan sebaya.
(2) Modul – Melihat tahap kesahan dan kebolehgunaan serta tahap kesesuaian dengan
aras keupayaan murid yang diajar. Rujukan pakar dan maklumat bacaan adalah
amat diperlukan bagi menangani permasalahan tersebut.
Kandungan Modul
المفعول به: الدرس األول -1
المفعول المطلق: الدرس الثاني -2
المفعول ألجله: الدرس الثالث -3
المفعول معه: الدرس الرابع -4
المفعول فيه: الدرس الخامس -5
الحال: الدرس السادس -6
Panel Semakan Modul
BIL PANEL JAWATAN
1. PN. MAIMUN BTE AZIZ Pensyarah Cemerlang (DG54)
Tempoh Berkhidmat: 25 Tahun
Bidang: Pendidikan Islam dan Psikologi
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
2. UST. MOHD. RIZUAN BIN HJ.
ABD. RASIP
Ketua Jabatan (DG48)
Tempoh Berkhidmat: 22 Tahun
Bidang: Bahasa Arab
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka
3. DR. ABD RAZAK BIN ABU
CHIK
Pensyarah Kanan (DG52)
Tempoh Berkhidmat: 21 Tahun
Bidang: Bahasa Arab
IPG Kampus Raja Melewar Negeri Sembilan
4. UST. WAN MOHARANI BIN
MOHAMMAD
Pensyarah Kanan (DS52)
Tempoh Berkhidmat: 12 Tahun
Bidang: Bahasa Arab
Universiti Sain Islam Malaysia (USIM)
5. UST. MOHD. EZANI BIN
YAACOB
Guru Kanan (DG44)
Tempoh Berkhidmat: 20 Tahun
Bidang: Bahasa Arab
SABK Tarbiah Islamiah, Kelantan
6. UST. SABRI BIN ALI Guru Pen. Kanan HEM (DG44)
Tempoh Berkhidmat: 17 Tahun
Bidang: Bahasa Arab
SMKA Maahad Muar, Johor
7. UST. ZAMRI BIN ABDUL
RAHIM
Penolong Pengarah (DG44)
Tempoh Berkhidmat: 17 Tahun
Bidang: Pendidikan Islam
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Putrajaya
8. UST. ZULHAZMI BIN ANWAR Penolong Pengarah (DG44)
9
Tempoh Berkhidmat: 8 Tahun
Bidang: Bahasa Arab
Bahagian Pendidikan Islam, Cyberjaya
Proses Pendedahan Modul
Modul yang telah siap dibangunkan akan diuji bagi melihat kesesuaiannya kepada pelajar. Ini
setelah mengambil kira prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia. Begitu juga, setelah mengambil kira dan membuat penambahbaikan berdasarkan
cadangan dan ulasan dari tenaga pengajar bahasa Arab dan mereka yang pakar dalam bidang
tersebut.
Berikut adalah Jadual Pendedahan Modul seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.
Lokasi : Sek. Men. Keb. Agama Tun Perak, Jasin, Melaka.
Sasaran : Pelajar Tingkatan empat
Bilangan : 19 orang pelajar
Anggota : 3 orang
Kos : Tiada
Nama Modul : Pengajaran Nahu Bahasa Arab Berasaskan Rumus.
Tajuk : al-Mansubat
Cadangan Waktu Mengajar: 10 jam
Tempoh Ujian Awalan dan Akhiran: 1 jam 30 minit
Tarikh Pendedahan: 5hb. dan 6hb. April 2013 (Jumaat & Sabtu)
ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
1. Konstruk Kesesuaian Modul Menurut Pelajar
Dapatan kajian mengenai kandungan modul berasaskan rumus membantu penguasaan pelajar
dalam menguasai nahu BA dapat ditunjukkan menerusi Jadual 5 di bawah:
Konstruk N Minimum Maksimum Min Sisihan
Piawai
Peta minda 19 3.80 5.00 4.27 0.466
Mesra pelajar 19 3.33 5.00 4.27 0.602
Latih tubi 19 3.25 5.00 4.17 0.580
Kandungan 19 3.50 5.00 4.15 0.530
Teks pelajaran 19 3.28 5.00 4.12 0.615
Rumus nahu 19 3.17 5.00 4.11 0.564
10
Min Keseluruhan 4.18
Jadual 4: Konstruk Kesesuaian Modul Menurut Pelajar
Berdasarkan Jadual 4 di atas, peta minda berada pada kedudukan yang teratas dengan nilai
minnya 4.27. Manakala rumus nahu berada pada tahap yang paling rendah dengan nilai
minnya 4.11. Namun begitu, secara keseluruhannya, nilai min bagi kandungan modul
berasaskan rumus dapat membantu penguasaan pelajar dalam menguasai nahu BA tetap
berada pada tahap yang tinggi, iaitu nilai minnya 4.18.
2. Rumus Nahu
Dapatan kajian menunjukkan nilai min keseluruhan bagi rumus nahu iaitu 4.11 berada pada
tahap yang tinggi, meskipun pada kedudukan yang paling bawah seperti dalam Jadual 5.
Konstruk N Minimum Maksimum Min Sisihan
Piawai
Rumus nahu mudah saya fahami 19 3.00 5.00 4.11 0.658
Rumus nahu senang saya pelajari 19 3.00 5.00 4.21 0.631
Rumus nahu jelas 19 3.00 5.00 4.26 0.562
Saya kuasai rumus dengan cepat 19 3.00 5.00 3.68 0.582
Rumus menarik minat saya 19 3.00 5.00 4.21 0.535
Rumus mengekalkan motivasi saya 19 4.00 5.00 4.21 0.419
Min Keseluruhan 4.11
Jadual 5: Konstruk Rumus Nahu
3. Konstruk ciri-ciri modul berasaskan rumus berdasarkan ulasan pakar
Maklum balas dalam soal selidik berdasarkan ulasan pakar menunjukkan nilai min
keseluruhan modul berada pada tahap yang tinggi, iaitu 4.55. Ini dapat ditunjukkan menerusi
Jadual 6 di bawah:
Konstruk N Minimum Maksimum Min Sisihan
Piawai
Peta minda 8 3.80 5.00 4.75 0.487
Ujian 8 3.86 5.00 4.61 0.537
Mesra pelajar 8 4.00 5.00 4.61 0.506
Muka tajuk 8 4.00 5.00 4.60 0.474
11
Teks pelajaran 8 3.71 5.00 4.57 0.564
Rumus nahu 8 4.00 5.00 4.50 0.469
Latih tubi 8 3.67 5.00 4.48 0.589
Muka depan 8 3.75 5.00 4.31 0.573
Min Keseluruhan 4.55
Jadual 6: Konstruk Kesesuaian Modul Menurut Pakar
Konstruk peta minda menduduki tahap teratas dengan nilai min 4.75. Manakala konstruk
muka depan pula berada pada tahap yang terendah, iaitu nilai min 4.31 dengan beza minnya
sebanyak 0.44 seperti yang ditunjukkan Rajah 2 di bawah:
Rajah 2: Min Kesesuaian Modul Menurut
Pakar
4. Rumus Nahu Menurut Pakar
Melalui analisis data soal selidik dalam bab ini, boleh dirumuskan bahawa pakar meletakkan
nilai min keseluruhan berada pada aras yang tinggi, iaitu 4.50. Ini dapat ditunjukkan menerusi
Jadual 7 di bawah:
Konstruk N Minimum Maksimum Min Sisihan
Piawai
Rumus menarik minat pelajar 8 4.00 5.00 4.88 0.354
Rumus nahu jelas 8 4.00 5.00 4.62 0.518
Rumus nahu mudah difahami 8 4.00 5.00 4.50 0.535
Rumus mengekalkan motivasi 8 4.00 5.00 4.50 0.535
12
Rumus nahu senang dipelajari 8 4.00 5.00 4.38 0.518
Pelajar kuasai rumus dengan cepat 8 4.00 5.00 4.13 0.354
Min Keseluruhan 4.50
Jadual 7: Konstruk Rumus Nahu
Analisis juga telah memperlihatkan konstruk rumus mampu menarik minat pelajar berada
pada tahap yang teratas, iaitu 4.88. Manakala konstruk pelajar dapat menguasai rumus
dengan cepat berada pada aras yang terendah, iaitu nilai minnya 4.13 dengan beza minnya
sebanyak 0.75 seperti yang ditunjukkan Rajah 3 di bawah:
KEADAAN SELEPAS PELAKSANAAN MODUL BERASASKAN RUMUS
1. Prestasi Pencapaian Pelajar Meningkat
Merujuk kepada ujian pra dan pasca yang dijalankan ke atas kumpulan eksperimen seramai
19 orang yang menerima modul nahu BA berasaskan rumus, markah perolehan dapat
ditunjukkan dalam Jadual 8 di bawah:
Konstruk PMR
2012
Ujian Awalan
(100)
Ujian Akhiran
(100)
+/-
Pelajar 1 C 33 60 27
Pelajar 2 D 35 38 3
Pelajar 3 D 35 43 8
Pelajar 4 D 35 43 8
13
Pelajar 5 D 40 33 (7)
Pelajar 6 C 35 43 8
Pelajar 7 C 45 58 13
Pelajar 8 C 43 63 20
Pelajar 9 B 38 43 5
Pelajar 10 C 60 68 8
Pelajar 10 C 33 53 20
Pelajar 12 C 35 25 (10)
Pelajar 13 C 35 50 15
Pelajar 14 C 35 38 3
Pelajar 15 C 50 63 13
Pelajar 16 D 43 55 12
Pelajar 17 D 33 50 17
Pelajar 18 D 30 28 (2)
Pelajar 19 D 43 55 12
Min 38.74 50.10
JADUAL 8: Markah Ujian Pra dan Pasca
Berdasarkan Jadual 8 di atas mendapati seramai 7 orang yang lulus (7/19) pada ujian pra
berbanding 14 orang pada ujian pasca (14/19) . Nilai min pada ujian pra iaitu 38.74,
manakala pada ujian pasca ialah 50.10.
Jumlah peningkatan nilai min sebanyak 11.36 seperti yang ditunjukkan menerusi
Rajah 4 di bawah:
14
RAJAH 4: Min Pencapaian Pelajar Ujian Pra dan Pasca
Manakala bilangan pelajar yang lulus seramai 14 orang berbanding 7 orang pada ujian pra.
Pertambahan sebanyak 50% (7/14).
2. Kekuatan Rumus Menurut Pakar
Berdasarkan ulasan pakar, kekuatan rumus yang digunakan di dalam modul ini mampu
memberikan kemudahan kepada pelajar untuk meningkatkan penguasaan nahu BA, sekaligus
dapat membantu mereka dalam mengulangkaji pelajaran serta mengekalkan ingatan terhadap
seseuatu topik yang dipelajari.
3.Kesan Penggunaan Rumus Kepada Mahasiswa
Satu kajian yang berasingan telah dijalankan ke atas sekumpulan mahasiswa Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendapati nilai minnya telah meningkat daripada 4.11 kepada
4.46 dengan peningkatan sebanyak 0.35 seperi yang diterangkan dalam Jadual 10 di bawah.
Konstruk N Minimum Maksimum Min Sisihan
Piawai
Rumus menarik minat saya 19 4.00 5.00 4.71 0.460
Rumus nahu senang dipelajari 19 4.00 5.00 4.61 0.497
Rumus nahu mudah difahami 19 4.00 5.00 4.46 0.508
Huraian rumus nahu jelas 19 3.00 5.00 4.39 0.567
Saya kuasai rumus dengan cepat 19 3.00 5.00 4.11 0.497
Min Keseluruhan 4.46
Jadual 9: Konstruk Rumus Menurut Mahasiswa UPSI
Jumlah peningkatan nilai min sebanyak 0.35 seperti yang ditunjukkan menerusi Rajah 5 di
bawah:
15
Rajah 5:Peningkatan Nilai Min Antara Pelajar dan Mahasiswa
KESIMPULAN
Ringkasnya, aplikasi rumus dalam penguasaan nahu BA dalam kalangan pelajar
menunjukkan peningkatan dan kesannya dapat dilihat pada pencapaian pelajar dan minat
yang mereka tunjukkan. Ini menerangkan bahawa penggunaan rumus sesuai diaplikasikan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan bagi mengelak daripada timbulnya
rasa bimbang dan takut untuk mempelajari BA. Bahkan pula, pelajar akan berasa seronok dan
berkeyakinan tinggi untuk menguasai bahasa Arab tersebut.
RUJUKAN
Ahmad Mutawakkil. 1985. al-Wazā’if al-tadawuliyah fi al-lughah al-ᶜarabiyah. Dar al-
Baida’: Dar Al-Thaqafah.
al-Anbāri, Abu al-Barakat. 1957. Asrar al-ᶜarabiyah. Suntingan Muhammad Bahjah al-
Baytar. Dimashq: t.pt.
Chomsky, N. (a) 1971. Syntactic structures. 9th Ed. Paris: The Hague.
Chomsky, N. (b) 1981. Lectures on government and binding. Holland: Foris Publications
al-Fihri, ᶜAbd al-Qadir al-Fāsi. 1985. al-Lisaniyat wa al-lughah al-ᶜarabiyah. 1 ed. al-
Maghribi: Dar al-Tubqal li al-Nashr.
al-Fihri, ᶜAbd al-Qadir al-Fāsi. 1990. al-Bina’ al-muwāzi. 1 ed. al-Maghribi: Dar al-Tubqal li
al- Nashr.
Fu’ad Niᶜmah. t.th. Mulakhkhas qawaᶜid al-lughah al-ᶜarabiyah. Dimashq: Dar al-Hikmah.
Ishak M.R. 1992. Suntingan Ismail Ab. Rahman. Masalah yang dihadapi oleh sekolah-
sekolah menengah kebangsaan agama di Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ibn ᶜAqil. t.th. Sharh ibn ᶜAqil. Beirut: Dar al-Fikr.
Ibn Jinni, Abu al-Fath ‘Usman. 1952-1956. al-Khasā’is. Suntingan Muhammad ᶜAli al-
Najjar. al-Qahirah: Dar al-Kutub al-Misriyah.
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM). 2004. Resolusi seminar jawi, al-Quran,
bahasa Arab dan fardu ain, peringkat kebangsaan. Kementerian Pelajaran Malaysia.
16
Kamarul Shukri Mat Teh. 2009. Penggunaan Strategi Pembelajaran bahasa Arab Dalam
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Kamarulzaman Abdul Ghani & Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff. 2005. Menilai
kebolehbacaan buku teks
Bahasa Arab Tinggi: Ke arah meningkatkan kemahiran membaca pelajar. Prosiding
wacana pendidikan Islam siri 4, hlm. 345-354
Kamus Dewan Edisi Ke-4. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mat Taib Pa & Mohd Rosdi Ismail. 2007. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di
Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Nik Safiah Karim. 1988. Sosiolinguistik bahasa Melayu dan pengajaran. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir. 2009. Teori Bahasa: Implikasinya terhadap pengajaran
tatabahasa. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nik Muhammad Rahimi Nik Yusof , Kamaruzzaman Abd. Ghani & Muwaffaq Abdullah al-
Qusyairi. 2008. Fann tadris al-lughah al-ᶜarbiah li ghair al-ᶜArab. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rushdi Τuᶜaymah. 2001. Manāhij tadrīs al-lughah al-ᶜarabiyah bi al-taᶜlim al-asāsi.
Kaherah: Darul al-Fikri al-Arabī.
al-Usayli, ᶜAbd ᶜAziz ibn Ibrahim. 2008. Min khasā’is al-lughah al-ᶜarabiyah. al-Riyad: al-
Jamᶜiah al-ᶜIlmiyah al-Sucudiyah li al-Lughah al-ᶜArabiyah.