aqidah islamiyah ahmad rafaei bin a rashid.odt

Download Aqidah Islamiyah Ahmad Rafaei bin A Rashid.odt

If you can't read please download the document

Upload: rifaei-al-australiyy

Post on 17-Sep-2015

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tajuk Pembentangan Kuliah Ilham2014Soalan pilihan3. Kecintaan kepada Rasulullah S.A.Wasas kesempurnaan iman. Bagaimana seorang mukmin membuktikan kecintaan kepada Rasulullah S.A.W.

Jawapan

Kecintaan kepada Rasulullah SAW merupakan asas kepada kesempurnaan iman. Tanpa kecintaan yang sejati kepada baginda, maka cacatlah keimanan seseorang itu.Pelbagai cara yang membuktikan kecintaan kita kepada Rasulullah S. A.W. Di dalam ayat Al Quran di dalam surah Ali Imran,31, Allah menyebutkan bahawa diantara syarat kecintaan seseorang kepada Allah adalah denganpertamanya, mengikuti jejak langkah Rasulullah SAW.Sementara dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa Rasulullah SAW berkata kepada Anas bin Malik: "Wahai anakku, bila engkau sanggup melepaskan dendam di hatimu terhadap siapa pun juga pada pagi hari dan malam hari, maka lakukanlah." Kemudian Rasullulah SAW menambah:Wahai anakku, itu (tidak dendam kepada siapa pun) adalah sunnahku. Barang siapa yang menghidupkan sunnahku maka dia sungguh telah mencintaiku dan barang siapa yang mencintaiku, maka dia akan bersamaku di dalam syurga." (riwayat Tirmidzi).Nabi S.A.W menunjukkan contoh terbaik bagi ikutan kita terutamanya contoh berkaitan akhlak. Sepertimana hadis yang disebutkan diatas, sifat melepaskan dendam sepertimana yang ditunjukkan oleh baginda SAW menjadi sunnah yang besar yang menyebabkan seseorang itu masuk ke dalam syurga bersama baginda.Selain daripada contoh diatas, banyak lagi contoh-contoh sunnah nabi yang perlu menjadi ikutan kita yang merangkumi sunnah secara sendirian (individu), keluarga, masyarakat dan juga negara. Ini menunjukkan kesyumulan ajaran Islam kerana ajarannya merangkumi segenap aspek kehidupan manusia.Jadi, seseorang itu boleh membuktikan kecintaannya kepada baginda nabi SAW dengan mengikuti sunnah-sunnah baginda dalam kehidupan seseorang itu.

Keduanya, seseorang itu boleh membuktikan kecintaannya kepada Rasulullah SAW dengan menyukai segala hukum-hukum yang ditetapkan oleh baginda melebihi daripada peraturan, hukum yang dibuat oleh hawa nafsu dan keinginan sendiri.

Dalam ayat surah Al Ahzab,36diatas, menyebutkan bahawa seseorang yang cinta kepada Rasulullah SAW akan senantiasa mendahulukan perintah baginda meskipun berlawanan dengan kehendak dirinya sendiri.Contoh kecintaan tersebut dizahirkan oleh para sahabat Ansar kepada baginda Nabi SAW sepertimana dinukilkan oleh Allah di dalam surah Al Hasyr, ayat9.

Setelah itu Allah memuji kaum Anshar serta menjelaskan keunggulan, kemuliaan, keagungan, dan kesucian diri mereka dari rasa iri, serta tindakan mereka mendahulukan orang lain atas diri mereka sendiri, padahal mereka lebih memerlukannya, Allah berfirman yang maksudnyaDan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman [Anshar] sebelum [kedatangan] mereka [Muhajirin].yaitu, mereka telah mendiami negeri Madinah sebelum kaum Muhajirin itu datang dan mereka telah beriman sebelum kebanyakan dari mereka beriman.

Umar berkata:Aku wasiatkan kepada khalifah setelahku agar memperhatikan kaum Muhajirin generai pertama, hendaknya dia mengetahui hak mereka dan memelihara kehormatan mereka. Dan aku wasiatkan kepadanya agar memperlakukan orang-orang Anshar dengan baik, agar menerima siapa yang berbuat kebaikan dari mereka dan memaafkan siapa yang berbuat kesalahan dari mereka.Demikian yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

Firman Allah: yuhibbuuna man Haajara ilaiHim (Mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka.) maksudnya, karena kemuliaan dan keagungan jiwa mereka, mereka mencintai kaum Muhajirin dan memberikan bantuan dengan harta benda mereka.

Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Yahya bin Said, ia mendengar Anas bin Malik berkata ketika keluar bersamanya untuk menemui al-Walid bahwa Nabi SAW pernah mengundang para shahabat Ansar agar beliau dapat memberikan hasil negeri Bahrain kepada mereka. Mereka berkata:Tidak, kecuali jika engkau memberikan hasil yang sama dengannya kepada saudara-saudara kami dari kaum Muhajirin.Beliau bersabda:Apabila tidak [kalian terima], maka bersabarlah sehingga kalian menjumpaiku. Sesungguhnya pengutamaan atas kalian akan terjadi setelahku.(HR al-Bukhari)

Imam Al-Bukhari juga meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia bercerita, kaum Anshar berkata:Bagilah kebun kurma antara kami dan mereka [kaum Muhajirin].Beliau bersabda:Tidak.Maka mereka berkata:Apakah kalian dapat memenuhi bahan makanan kami dan kami akan bersekutu dengan kalian dalam memetik buahnya.Kemudian mereka berkata:Kami mendengar dan kami taat.(HR al-Bukhari).

Firman Allah lagi dalam ayat iniDan mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka.Ini maksudnya mereka sama sekali tidak menaruh rasa dengki terhadap kaum Muhajirin atas keutamaan yang dikaruniakan Allah kepada mereka berupa kedudukan, kemuliaan dan penyebutan lebih awal, serta urutan.Berdasarkan contoh yang ditunjukkan oleh para sahabat Nabi SAW ini, kita dapat mengambil pengajaran bahawa mereka amat patuh kepada perintah nabi walaupun berlawanan dengan kehendak mereka. Moga-moga sifat mereka itu dapat kita hayati lebih-lebih lagi kita yang berada dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) ini.

Ketiga, tanda orang yang mencintai baginda adalah selalu mengingat dan menyebut-nyebut namanya iaitu dengan berselawat kepada baginda. Hasan bin Ali menceritakan bahwa Rasulullah bersabda:"Di manapun kamu berada, maka berselawatlah kamu kepadaku, kerana sesungguhnya selawat kamu itu akan disampaikan kepadaku." (riwayat Ibnu Abi Syaibah dan Nasai)."Barang siapa melupakan selawat kepadaku maka dia telah melupakan jalan menuju syurga." (riwayat al- Baihaqi ).Begitu juga dengan hadis bermaksud:"Orang bakhil adalah orang yang tidak mengucapkan selawat kepadaku ketika mendengar namaku disebutkan kepadanya." (riwayat Tirmidzi, Baihaqi dan Nasai)Firman Allah SWT :

Surah Al-Ahzab (33) ayat56)Sesungguhnya Allah Taala memberi rahmat kepada Nabi Muhammad SAWdan para malaikat memohonkan ampunan untuk Nabi, maka Allah menganjurkan kepada seluruh umat Islam supaya berselawat pula untuk Nabi SAW dan supaya mengucapkan salam dengan penuh penghormatan kepadanya.Diriwayatkan oleh Bukhari dari Kaab bin Ujrah yang bertanya: "Wahai Rasulullah, adapun pemberian salam kepadamu kami telah mengetahuinya. Bagaimana kami harus membaca selawat?".Nabi SAW menjawab, ucapkanlah: , , . .Dan diriwayatkan oleh Abdullah bin Abu Talhah dari ayahnya; bahwa Rasulullah SAW datang pada suatu hari sedang tanda-tanda kegembiraan terlihat pada wajahnya. Lalu kami bertanya: "Kami telah melihat tanda-tanda kegembiraan di wajahmu". Nabi menjawab: "Memang Jibril telah datang kepadaku dan berkata "Wahai Muhammad sesungguhnya Tuhanmu telah menyampaikan salam kepadamu dan berfirman: "Tidakkah kamu merasa puas bahawa tidak ada seorang dari umatnya yang membaca selawat untukmu melainkan Aku membalasnya dengan sepuluh kali ganda. Dan tidak seorang yang menyampaikan salam kepadamu dari umatmu melainkan Allah membalas dengan salam sepuluh kali ganda.Dalam Tafsir Jalalain yang membicarakan ayat56Surah Al Ahzab ini,"(Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi) untuk Nabi Muhammad SAW. (Wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kalian untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya) iaitu katakanlah oleh kalian, "Allaahumma Shalli 'Alaa Sayyidinaa Muhammad Wa Sallim", ertinya, "Ya Allah! Limpahkanlah salawat dan Salam-Mu kepada junjungan kami Nabi Muhammad."Selawat ()adalah perkataan Arab berasal daripada kata kerjashallayang bererti telah bersembahyang. Ianya mengandungi persamaan dengan sembahyang dari sudut memuji-muji, di mana di dalam sembahyang kita memuji-muji Allah Subhanahu Wa Taala, sedangkan dalam selawat kita memuji-muji Rasulullah SAW.Dari segi bahasa pula, selawat bererti doa serta pengurniaan rahmat daripada Allah SWT.Didalam ayat tersebut juga sebenarnya terdapat perbezaan maksud di antara selawat Allah SWT dan selawat para malaikat kepada Nabi SAW.Abu al-' Aliyah menafsirkan selawat Allah kepada Nabi SAW dengandi maksudkan pujian terhadap baginda. Sedangkan selawat para malaikat ditafsirkan dengan doa mereka untuk Nabi SAW. Penafsiran ini ada disebutkan juga oleh Imam al-Bukhari di dalam kitabnya Shahih al-Bukhari.Imam al-Bukhari setelah menyebut tentang penafsiran Abu al- 'Aliyah, menukilkan pula penafsiran Ibnu 'Abbas radhiallahu 'anhuma iaitu: Selawat para malaikat bererti memohon kepada Allah SWT agar Dia memberikan barakah kepada Rasulullah SAW, sedangkan selawat Allah kepada NabiNya ditafsirkan dengan pengampunan dan kasih sayang.Terdapat18Kelebihan dan kebaikan berselawat kepada baginda :1.Allah SWT akan berselawat kepada kita10kali apabila kita berselawat kepada Nabi SAW., di hapuskan10dosa dan di angkatkan10darjat.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i, sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

( )

Maksudnya: "Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat baginya sepuluh darjat. (Hadis riwayat an-Nasai)

Kedua : Kedudukannya dekat dengan Nabi SAW.

Antara kelebihan yang boleh kita perolehi juga, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi menyebutkan:

( )

Maksudnya: "Selawat umatku dihadapkan kepadaku pada setiap hari Jumaat, maka sesiapa yang paling banyak berselawat kepadaku, dialah yang akan mempunyai kedudukan yang paling dekat kepadaku. (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Rasulullah SallallahuAlaihi Wassalam bersabda:

: : .( )

Maksudnya: "Apabila seseorang kamu masuk ke dalam maka hendaklah dia mengucapkan salam kepada Nabi (selawat dan salam), kemudian hendaklah dia membaca: (wahai Tuhanku, bukakanlah untukku segala pintu rahmatMu), dan apabila dia hendak keluar, hendaklah dia membaca (selepas berselawat): (wahai Tuhan memohon kepadaMu limpahan rahmatMu) .

Ketiga : Selawat ketika membaca tahiyyat akhir di dalam sembahyang.

Menurut mazhab Syafie, selawat adalah wajib dibaca pada akhir di dalam sembahyang. Bermakna, sembahyang tidak sah tidak dibaca selawat dalam tahiyat akhir.

Rasulullah SallallahuAlaihi Wassalam bersabda:

: .( )

Maksudnya: "Apabila salah seorang kamu bertasyahhud di dalam sembahyang, maka hendaklah dia mengucapkan ." (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Keempat : Di dalam sembahyang jenazah.

Didalam sembahyang jenazah . Menurut Imam Syafie dalam Al-Musnad :SunnahRasulullah s.a.w dalam melaksanakan sembahyang jenazah adalah bertakbir padapermulaannya , setelah itu ia membaca fatihah lalu takbir kedua dan sesudahnyamembaca selawat dan kemudian bertakbir lagi kali ketiga.

Kelima: Di antara takbir-takbir sembahyang Hari Raya.

Diantaratakbir-takbir sembahyang sunat hari raya . Berkata sebahagian ulamak adalahlebih baik jika membaca selawat mengiringi takbir hari raya seperti yangbermaksudMaha suci Allah segala puji dan sanjungan bagi Allah jua . TiadaTuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar. Ya Allah , muliakan olehmuNabi Muhammad dan keluarganya. Ya Allah ampuni aku dan berilah rahmat kepadaku.

Keenam: Pada permulaan doa dan akhirnya.

Dipermulaan dan akhir doa . Nabi bersabda :Sesungguhnya doa itu berhentiantara langit dan bumi . tiada naik , barang sedikit jua daripadanya sehinggakamu berselawat kepada Nabimu.( Hadis RiwayatAt-Tirmidzi )

Ketujuh: Ketika hendak memulai sesuatu urusan penting.

Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaanyang baik atau penting . Sabda Nabi s.a.w :Setiap pekerjaan yang baik yangtidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat , maka pekerjaan atauurusan itu terputus dan hilang barkahnya .( Hadis Riwayat Ar-Rahawi )

Kelapan: Pada akhir qunut.

Diakhir qunut dalam sembahyang . Diriwayatkan oleh An-Nasai bahawa disukaiseseorang mengakhiri qunut dengan membaca selawat yg bermaksudDanmudah-mudahan Allah melimpahkan selawat (rahmat) atas Muhammad .

Kesembilan: Pada malam hari Jumaat dan siangnya.

Malam dan di hari Jumaat . Sabda Nabi SAWyg bermaksudBanyakkanlah olehmumembaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itudikemukakan kepadaku .(Hadis Riwayat Thabarani )

Kesepuluh: di dalam khutbah solat Jumaat.

Didalam khutbah Jumaat . Dalam mazhab Syafie para khatib wajib membaca selawatkepada Nabi Muhammad SAW pada permulaan kutbah , sesudah membaca thamid danjuga sebelum akhir khutbah Jumaat .

Menurut Mazhab Syafie, para khatib wajib membaca selawat untuk Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam pada permulaan khutbah, sesudah membaca tahmid.

Kesebelas: Ketika berziarah ke makam Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam.

Ketika berziarah di makam ataukubur Nabi Muhammad SAW. Sabda Nabi SAW :Tidak seorang pun di antarakamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku , melainkan Allahmengembalikan kepadaku ruhku untuk menjawab salamnya.( Hadis RiwayatAbu Daud )

Kedua belas: Setelah selesai membaca talbiyah.

Sesudah bertalbiah . Sabda NabiSAW :Memang disuruh seseorang membaca selawat untuk Nabi ketika ia telahselesai talbiahnya dalam segala keadaan .( Hadis Riwayat Syafii&Daraquthni )

Ketiga belas: Ketika telinga berdengung.

Ketika telinga berdengung . SabdaNabi SAW :Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung , maka hendaklahia mengingati dan berselawat kepadaku .( Hadis Riwayat Ibnu Sunni )

Keempat belas: Pada setiap kali mengadakan majlis.

Ketika setiap mengadakan majlisatau keramaian . Sabda Nabi SAW :Tiadalah duduk suatu kaum di dalamsesuatu majlis sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah Taala dan tiadaberselawat ke atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah akan menyeksamereka dan jika Allah menghendaki nescaya akan mengampuni mereka .(HadisRiwayat At-Tirmidzi & Abu Daud)

Kelima belas: Tatkala ditimpa kesusahan dan kerisauan.

Ketika mengalami kesusahan dankebimbangan . Diberitakan oleh Ubay bin Kaab bahawa seorang lelaki bertanyakepada Rasulullah , ujurnya :Ya Rasulullah bagaimana pendapat engkausekiranya aku jadikan selawat untuk engkau semua? Jawap Rasulullah s.a.wKalau demikian Allah akan memelihara engkau baik mengenai dunia mahu punmengenai akhiratmu.( Hadis Riwayat Ahmad )

Keenam belas: Pada setiap pagi dan petang.

Setiap waktu pagi dan petang .Sabda Nabi SAW :Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kalidan waktu petang sepuluh kali , maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat.( Hadis Riwayat Thabarani )

Ketujuh belas: Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan kawankawan.

Kelapan belas: Ketika mendengar orang lain menyebut nama Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wasallam.

Inilah tempat-tempat dan waktu-waktu yang ditentukan oleh syarak, supaya kita berselawat kepada Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasalam ketika kita berada pada tempat, waktu atau keadaan tersebut.

Sahabat yang dikasihi,Marilah kita memperbanyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW tanda kita kasih dan cinta kepada baginda. Sesungguhnya sesiapa dikalangan umatnya yang banyak berselawat semasa di dunia nanti di akhirat dia akan mendapat syafaat dan pertolongan daripada Nabi SAW.

Sabda Nabi SAW. maksudnya : "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" (Hadis Riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Hibban)

_______________________

Keempat, Memuliakannya dengan ketundukan hati untuk melaksanakan segala perintahnya dan merasakan kerendahan diri walaupun ketika mendengar namanya. Sejarawan Islam Ishaq menceritakan: Sebaik sahaja sahabat mendengar nama Nabi disebutkan setelah kewafatan baginda, maka mereka merasakan kerendahan diri, sehingga badan mereka gemetar."

Kelima, Cinta kepada al-Quran, sebagaimana dinyatakan oleh Sahal ibnu Abdilah:Tanda cinta kepada Allah adalah mencintai al-Quran. Tanda cinta kepada al-Quran adalah cinta kepada Rasulullah. Tanda cinta kepada Rasulullah adalah mencintai sunnah-sunnahnya. Tanda mencintai sunnah-sunnahnya adalah mencintai kehidupan akhirat. Tanda mencintai kehidupan akhirat adalah kebencian (tidak tergoda) oleh kehidupan dunia. Tanda benci dunia adalah engkau tidak menyimpannya kecuali untuk bekal hidup di dunia sehingga engkau datang dengan selamat dalam kehidupan akhirat."

Keenam, Cinta kepada keluarga nabi dan sahabat-sahabatnya. Nabi bersabda: Barang siapa mencintai mereka (Hasan dan Husein, cucu nabi), sesungguhnya telah mencintai aku. (riwayat Bukhari)Mencintai orang yang mencintai Rasulullah SAW, termasuk ahlul bait (keluarga Rasul), dan para sahabat Muhajirin dan Anshar, serta membenci orang membenci dan menghina mereka. Rasulullah SAW bersabda dalam masalah Hasan dan Husein:

Barang siapa mencintai keduanya, maka ia benar-benar mencintaiku. Dan barang siapa mencintaiku, maka benar-benar mencintai Allah. Dan Barang siapa membenci keduanya, maka ia benar-benar membenciku. Barang siapa membenciku, maka benar-benar telah membenci Allah SWT.

Mengenai para sahabat, Rasulullah SAW bersabda:

Allah, Allah dalam sahabatku. Jangan kalian jadikan mereka sasaran sesudahku. Maka barang siapa mencintai mereka, maka dengan cintaku ia mencintaimereka. Dan barang siapa membenci mereka, maka dengan kebencian kepadaku ia membenci mereka. Barang siapa menyakiti mereka, maka ia telah menyakitiku dan barang siapa menyakitiku maka ia benar-benar telah menyakiti Allah. Barang siapa menyakiti Allah, maka Allah akan menyiksanya.

Keenam, bersikap lemah lembut dan mempunyai kasih sayang kepada umat Rasulullah, memberi mereka nasehat dan berusaha dalam memberikan kesejahteraan mereka dan menghilangkan mara bahaya dari mereka, seperti halnya Rasulullah SAW yang mempunyai kasih sayang kepada orang-orang yang beriman.

Sumber: As-Syifa bi tarif huquq al-mustafa