arkib untuk kemiskinan ( pgk)

39
8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK) http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 1/39 ARKIB : 03/05/2009 Melayu masih ketinggalan Anuar AHMAD Seperti yang dijangkakan, sekali lagi berlaku kejutan di Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009. Sejumlah 999 juta unit saham yang diperuntukkan kepada masyarakat Cina habis terjual dalam masa 36 jam selepas pelancaran. Situasi yang sama pernah berlaku apabila satu bilion unit saham kuota bukan bumiputera dibuka dua tahun lalu habis dilanggan oleh masyarakat Cina dalam masa satu hari sahaja. Seperti selalu juga, unit saham yang diperuntukkan untuk bumiputera Melayu mendapat sambutan dingin. Bayangkan daripada sejumlah 1.665 bilion unit untuk bumiputera hanya 7.65 juta unit saham atau 0.4 peratus sahaja yang berjaya dijual. Apa yang boleh difahami daripada senario ini ialah orang Melayu terbukti masih tidak  berupaya untuk memiliki tahap ekonomi yang baik. Mereka bukan sahaja tidak mempunyai wang lebihan bagi membeli unit-unit pelaburan malah ramai di antara orang Melayu tidak mempunyai simpanan mencukupi untuk digunakan pada hari-hari ‘hujan’ mereka. Jauh sekali memiliki saham syarikat tersenarai atau simpanan tetap dalam jumlah yang besar. Kerajaan telah menyediakan pelbagai sokongan serta peluang untuk memajukan orang Melayu. Pelaksanaan DEB (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan kini Dasar Wawasan Nasional (2001-2010). Walaupun dasar-dasar ini ditujukan untuk semua rakyat, tidak dinafikan orang Melayu merupakan fokus utama kepada pelaksanaan dasar- dasar ini. Malangnya, semua dasar ini seperti ‘mencurah air ke daun keladi’ sahaja. Malah kerajaan  juga telah banyak mengeluarkan peruntukan bagi melaksanakan pelbagai program ekonomi untuk meningkatkan keupayaan ekonomi orang Melayu. Antara tahun 2006 hingga 2010 sahaja, kerajaan telah membelanjakan jumlah wang yang  besar kepada Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (RM4.4 bilion), Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (RM340 juta), Skim Penanaman Semula Getah dan Kelapa Sawit (RM1 bilion), Program Pemulihan dan Penyatuan Tanah (RM1 bilion), Pembangunan Keusahawanan Tani (RM414 juta), Pembangunan Tanah Pribumi dan Adat (RM100 juta), Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (RM 2 bilion) dan Pembangunan Tanah Wakaf dan Bumiputera (RM250 juta). Manakala jutaan ringgit lagi program untuk orang Melayu diperuntukkan oleh MARA, TEKUN dan GLC utama negara. Data-data daripada dokumen RMK-9 2006-2010 jelas menunjukkan orang Melayu masih dalam kemiskinan dan jauh ketinggalan dalam ekonomi berbanding bukan Melayu khasnya orang Cina di Semenanjung Malaysia. Di kalangan negeri yang tahap kemiskinan melebihi 5

Upload: syabil-fahim

Post on 09-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 1/39

ARKIB : 03/05/2009

Melayu masih ketinggalan

Anuar AHMAD

Seperti yang dijangkakan, sekali lagi berlaku kejutan di Minggu Saham Amanah Malaysia(MSAM) 2009. Sejumlah 999 juta unit saham yang diperuntukkan kepada masyarakat Cina

habis terjual dalam masa 36 jam selepas pelancaran. Situasi yang sama pernah berlaku

apabila satu bilion unit saham kuota bukan bumiputera dibuka dua tahun lalu habis dilangganoleh masyarakat Cina dalam masa satu hari sahaja.

Seperti selalu juga, unit saham yang diperuntukkan untuk bumiputera Melayu mendapat

sambutan dingin. Bayangkan daripada sejumlah 1.665 bilion unit untuk bumiputera hanya

7.65 juta unit saham atau 0.4 peratus sahaja yang berjaya dijual.

Apa yang boleh difahami daripada senario ini ialah orang Melayu terbukti masih tidak 

 berupaya untuk memiliki tahap ekonomi yang baik. Mereka bukan sahaja tidak mempunyai

wang lebihan bagi membeli unit-unit pelaburan malah ramai di antara orang Melayu tidak 

mempunyai simpanan mencukupi untuk digunakan pada hari-hari ‘hujan’ mereka. Jauhsekali memiliki saham syarikat tersenarai atau simpanan tetap dalam jumlah yang besar.

Kerajaan telah menyediakan pelbagai sokongan serta peluang untuk memajukan orang

Melayu. Pelaksanaan DEB (1971-1990), Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan kiniDasar Wawasan Nasional (2001-2010). Walaupun dasar-dasar ini ditujukan untuk semua

rakyat, tidak dinafikan orang Melayu merupakan fokus utama kepada pelaksanaan dasar-

dasar ini.

Malangnya, semua dasar ini seperti ‘mencurah air ke daun keladi’ sahaja. Malah kerajaan juga telah banyak mengeluarkan peruntukan bagi melaksanakan pelbagai program ekonomi

untuk meningkatkan keupayaan ekonomi orang Melayu.

Antara tahun 2006 hingga 2010 sahaja, kerajaan telah membelanjakan jumlah wang yang

 besar kepada Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (RM4.4 bilion), ProgramPembasmian Kemiskinan Bandar (RM340 juta), Skim Penanaman Semula Getah dan Kelapa

Sawit (RM1 bilion), Program Pemulihan dan Penyatuan Tanah (RM1 bilion), Pembangunan

Keusahawanan Tani (RM414 juta), Pembangunan Tanah Pribumi dan Adat (RM100 juta),

Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (RM 2 bilion) dan Pembangunan Tanah Wakaf danBumiputera (RM250 juta). Manakala jutaan ringgit lagi program untuk orang Melayu

diperuntukkan oleh MARA, TEKUN dan GLC utama negara.

Data-data daripada dokumen RMK-9 2006-2010 jelas menunjukkan orang Melayu masihdalam kemiskinan dan jauh ketinggalan dalam ekonomi berbanding bukan Melayu khasnya

orang Cina di Semenanjung Malaysia. Di kalangan negeri yang tahap kemiskinan melebihi 5

Page 2: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 2/39

 peratus, semua negeri tersebut majoriti besarnya adalah orang Melayu. Negeri itu ialah

Kedah 7 peratus, Kelantan (10.6 peratus), Perlis (6.3 peratus), Terengganu (15.4 peratus).

Manakala bagi negeri dominasi bukan Melayu menunjukkan tahap kemiskinan yang jauhlebih rendah seperti Pulau Pinang 0.3 peratus, Selangor (1 peratus) dan Kuala Lumpur (1.5

 peratus).

Manakala perbezaan antara kemiskinan bandar dan luar bandar juga jelas menunjukkan

 betapa jauhnya orang Melayu ketinggalan dalam bidang ekonomi.

Data pada tahun 2004 menunjukkan kadar kemiskinan di luar bandar (majoriti orang Melayutinggal di kawasan luar bandar ) adalah 14.8 peratus berbanding kemiskinan di bandar 

(majoriti penduduk adalah bukan Melayu) sekitar 3.3 peratus.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di

http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Page 3: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 3/39

Apakah sebenarnya golongan berpendapatan rendah

sampai tahap 80% isi rumah?Columnists

Written by Jayanath Appudurai

Wednesday, 26 May 2010 16:27

Share Link:

Dalam tempoh empat bulan yang lepas, kerajaan telah

mengumumkan dua dasar awam yang penting

 berkenaan golongan berpendapatan rendah.

Pengumuman tersebut terkandung dalam Program

Transformasi Kerajaan (PTK) pada Januari 2010 dan

Model Ekonomi Baru (MEB) pada Mac 2010.

PTK yang diterajui oleh Pemandu, yakni UnitPengurusan Prestasi di dalam Jabatan Perdana Menteri,

menggunakan definasi berikut:

 

“Isirumah Berpendapatan Rendah (LIH) adalah isirumah yang mempunyai jumlah

 pendapatan kurang daripada atau bersamaan dengan RM2,000 sebulan, yang mewakili 75%

median pendapatan di Malaysia. Ia ditakrifkan sebagai jumlah purata nasional.” 1

 

MEB yang diterajui oleh MTEN ataupun Majlis Tindakan Ekonomi Negara pula

mendefinasikan isi rumah berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan sebagaikumpulan sasaran.2

Dalam pada itu, Bajet 2010 yang dibentangkan pada Oktober 2009 telah menafsirkan isi

rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 sebagai golongan

 berpendapatan rendah.3

Jelas bahawa dokumen-dokumen tersebut menggunakan definasi berlainan untuk menghuraikan golongan yang sama. Kenapa ada perbezaan ini?

Adakah ianya disebabkan tiada penyelerasan antara Pemandu, MTEN dan Kementerian

Kewangan walaupun ketiga-tiga badan ini berada di bawah penyeliaan Perdana Menteri?Apakah MTEN tidak mengetahui tafsiran yang digunakan oleh Bajet 2010 dan PTK?

Yang lebih penting, adakah ini menunjukkan suatu percanggahan di antara kaedah

Page 4: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 4/39

 pemantauan ketiga-tiga agensi pusat tersebut?

Ke arah Rancangan M’sia Ke-10

Walau apapun alasannya, perbezaan-perbezaan yang disebutkan membawa implikasi bahawatidak wujud penyeragaman definasi mengenai golongan berpendapatan rendah.

• Kumpulan Sasaran – pasti akan timbul kekeliruan di antara agensi pelaksana tentangsiapa sebenarnya pelanggan mereka?

• Dasar Pembangunan – apakah kriteria perancangan yang akan digunakan dalam

membentuk program dan projek pembangunan Rancangan Malaysia Ke-10 [tahun2011-2015]?

• Sistem Penyampaian Perkhidmatan – agensi manakah yang akan

dipertanggungjawabkan untuk menerajui pelaksanaan program bagi golongan berpendapatan rendah? 4

Rancangan Malaysia Ke-10 yang lazimnya diterajui oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU)

harus menggunakan satu definasi yang jitu supaya tidak timbul kekeliruan di kalangan agensi-

agensi dan para pegawai kerajaaan yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program dan projek kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.

Dalam konteks ini pernyataan masalah yang dirumuskan oleh MTEN (sedutan Bahasa Inggeris di bawah) dalam MEB mengenai pendapatan isi rumah adalah amat penting.

Memang benar masalah pokok ialah jurang perbezaan pendapatan di antara golongan isirumah dalam negara. Maklumat yang terkandung dalam gambarajah graf (Fig. 19) harusdigunakan sebagai rujukan bagi memahami masalah sebenar yang dihadapi oleh rakyat jelata.

Page 5: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 5/39

 

Pada 2009, jumlah isi rumah dalam negara ialah 6.2 juta. Pembahagian isi rumah berasaskan

 purata pendapatan bulanan adalah seperti di dalam jadual berikut:

GOLONGAN JUMLAH ISI RUMAH

(juta)

PURATA PENDAPATAN BULANAN

(RM)20% teratas 1.2 8,157

40% pertengahan 2.4 2,957

40% terbawah 2.4 1,222

Rumusan daripada data di atas ialah:

• Sejumlah 2.4 juta isi rumah boleh diklasifikasi sebagai golongan berpendapatan

rendah dengan purata pendapatan bulanan RM1,222.

• Jurang perbezaan di antara 20% teratas dan 40% terbawah ialah 85%.• Sekiranya RM2,000 yang didefinasikan oleh PTK digunakan maka adalah

dianggarkan bahawa sejumlah 3.2 juta atau 55 peratus isi rumah dalam negara harusdiklasifikasikan sebagai golongan berpendapatan rendah.

• Sekiranya RM3,000 yang diumumkan melalui Bajet 2010 digunakan sebagai garis

 panduan, maka sejumlah 4.8 juta atau 80 peratus isi rumah dalam negara harusdiklasifikasikan sebagai golongan berpendapatan rendah!

Page 6: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 6/39

Jelas bahawa satu definasi yang jitu harus digunapakai oleh kerajaan untuk menjayakan

matlamat meningkatkan kualiti hidup rakyat golongan berpendapatan rendah.

Syor bagi membasmi kemiskinan teras

MEB memperkenalkan satu pendekatan ‘baru’ yang menekankan “inclusive, pro-poor 

 growth”.5 

Walaupun kerangka yang diketengahkan oleh NEAC bukan satu perkara baru, namun pihak 

kerajaan harus beri pujian kerana MEB sanggup mengakui kelemahan-kelemahan yang ada

dalam dasar dan pelaksanaannya selama ini.

“Inclusive pro-poor growth” bermakna kerajaan harus menetapkan kriteria yang sahihsebelum menggubal program dan projek untuk menangani masalah jurang perbezaan

 pendapatan.

Adalah disyorkan bahawa pihak penggubal Rancangan Malaysia Ke-10 menggunakan kriteria

yang sahih dan relevan dalam mentafsirkan:

• Golongan miskin mengikut strata ‘Bandar’ dan ‘Luar Bandar’ di setiap daerah

 pentadbiran

• Golongan berpendapatan rendah mengikut strata tersebut yang sama

Definasi yang bakal digunakan harus berasaskan data pendapatan dan perbelanjaan yangdijanakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mengikut strata tersebut.

Pemetaan data perlu dibuat mengikut golongan miskin dan berpendapatan rendah di setiap

daerah pentadbiran, iaitu di peringkat pejabat daerah atau jajahan serta pihak berkuasa

tempatan. Ini akan memudahkan agensi pelaksana benar-benar memahami persekitaran dan

Page 7: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 7/39

kehendak khusus kumpulan sasar di peringkat akar-umbi.

Peralihan paradigma dalam menangani masalah pokok ketidakseimbangan pendapatan isi

rumah harus dilakukan sekiranya hasrat MEB supaya terdapatnya “inclusive pro-poor 

 growth” akan dicapai.

Dengan demikian, cogankata PTK supaya “tiada rakyat yang ketinggalan” mungkin boleh

 berpijak di bumi nyata.

 ____________________________________ 

Definasi Kemiskinan

Kemiskinan biasanya ditakrifkan secara relatif mengikut keadaan masyarakat di sesebuahnegara. Dua konsep kemiskinan yang biasa digunakan adalah kemiskinan mutlak yang

merupakan konsep dinamik dan kemiskinan relatif yang merupakan konsep ketidaksamaan pendapatan. Pengukuran yang kerap digunakan bagi mengukur kemiskinan mutlak adalah

kadar kemiskinan yang merupakan peratus penduduk atau isirumah yang berpendapatan di

 bawah garis kemiskinan.

Kemiskinan Mutlak 

Ditakrifkan sebagai satu keadaan di mana pendapatan kasar bulanan tidak mencukupi untuk 

membeli keperluan minimum sesebuah isirumah yang diukur berdasarkan tahap perbelanjaan

minimum atau pendapatan garis kemiskinan (PGK).

Kemiskinan Relatif 

Ditakrifkan sebagai ketidaksamaan pendapatan antara kumpulan. Ianya diukur denganmenggunakan nisbah perbezaan pendapatan kumpulan pendapatan, kumpulan etnik dan

 penghuni bandar dan luar bandar.

Satu lagi pengukur kemiskinan relatif yang sering digunakan adalah peratus isirumah dengan pendapatan misalnya kurang daripada separuh pendapatan penengah atau purata.

Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) - PGK ditakrifkan sebagai pendapatan yang hanya

mencukupi untuk membeli keperluan minimum sekumpulan barangan makanan untuk mengekalkan ahli-ahli isirumah dalam keadaan zat pemakanan yang baik dan keperluan asasyang lain seperti pakaian dan kasut, sewa rumah, bahan api dan tenaga, pengangkutan dan

komunikasi, penjagaan kesihatan, pendidikan dan rekreasi. PGK dikemaskini setiap tahun

 berdasarkan Indeks Harga Pengguna.

KawasanMiskin Miskin Tegar 

Isi Rumah Per Kapita (RM) Isi Rumah Per Kapita

Page 8: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 8/39

(RM) (RM) (RM)

Semenanjung 660 150 400 90

Sabah 900 170 500 100

Sarawak 770 170 450 100

Sumber : Majlis Taklimat Pemantapan Jentera Penyelarasan Program Pembasmian

Kemiskinan Selangor 13 Dis 2007.

PGK Makanan - Komponen makanan bagi PGK yang dikaji semula adalah berasaskankepada pandangan pakar pemakanan, pakar diet dan pakar perubatan. Keperluan harian

kilokalori setiap individu mengambil kira makanan seimbang yang meliputi: bijirin dan hasil

 bijirin (beras dan gandum); ayam, telur dan ikan; susu; minyak lelemak; gula; sayur-sayurandan buah-buahan; dan kekacang (dal, kacang hijau).

PGK Bukan Makanan - Pola perbelanjaan komponen PGK bukan makanan yang terdiri

daripada pakaian, perumahan, pengangkutan dan perbelanjaan lain adalah dikira berasaskankepada penyiasatan perbelanjaan isi rumah (HES).

Golongan Miskin Tegar - Berdasarkan Metodologi 2005, sesebuah isi rumah dianggap

miskin tegar sekiranya pendapatan kasar bulanan kasar isi rumah tersebut kurang daripada

PGK makanan. Kadar Kemiskinan dan Kemiskinan Tegar, Malaysia 1970-2004 adalah

seperti berikut

Tahun 1970 1990 1997 1999 2004

Kadar Kemiskinan 49.3% 16.5% 6.1% 7.5% 4.3%

Bandar 22.3% 7.1% 2.1% 3.4% 1.6%

Luar Bandar 60.0% 21.1% 10.9% 12.4% 9.6%

Kadar Kemiskinan Tegar - 3.9% 1.4% 1.4% 0.7%

Bandar - 1.3% 0.4% 0.5% 0.2%

Luar Bandar - 5.2% 2.5% 2.4% 1.5%

Bilangan KIR Miskin x Negeri, Malaysia 2002, 2005

  Negeri Bil. KIR Miskin Tegar PGK 2002 (Metodologi 1977)

Bil. KIR Miskin Tegar PGK 2005 (Metodologi 2005)

Kelantan 12,145 21,359

Perak 7,372 4,792

Pahang 7,345 2,992

Terengganu 7,137 10,985

Kedah 2,646 6,563

Johor 1,207 1,665

Selangor 965 1,008

Page 9: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 9/39

Perlis 822 1,534

 Negeri Sembilan 685 1,235

Melaka 594 1,348

Pulau Pinang 231 641

Semenajung Malaysia 41,149 54,122Sabah 19,534 21,581

Sarawak 7,610 10,165

Malaysia 68,293 85,868

Kadar Kemiskinan, Kemiskinan Tegar x Kumpulan Etnik, 2004

Butiran Bumiputera Cina India Total

Kemiskinan Tegar 1.9% 0.1% 0.3% 0.7%

Bandar 0.7% neg¹ 0.2% 0.2%

Luar Bandar 3.3% 0.3% 0.5% 1.5%Kemiskinan 8.3% 0.6% 2.9% 4.3%

Bandar 4.1% 0.4% 2.4% 1.6%

Luar Bandar 13.4% 0.3% 5.4% 9.6%

 

AKHBAR /NEWSPAPER

: MINGGUAN MALAYSIA SEKSYEN /SECTION

:

TARIKH /DATE

: 30-May-2004 HARI / DAY : AHAD

ISU / ISSUE : PEMBASMIAN KEMISKINANBANDAR

MUKASURAT /PAGE

: 10

TAJUK / TITLE : Ukuran kemiskinan ketinggalan?

Teks Keratan Keratan Akhbar 

ISU kemiskinan timbul semula. Utusan Malaysia dalam Laporan Khasyang disiarkan selama dua hari berturut-turut pada 4 dan 5 Mei yang

lepas telah mengupas berbagai-bagai aspek mengenai kemiskinan. Initermasuk aspek konsep dan ukuran kemiskinan serta perancangan dan

prestasi perlaksanaan strategi pembasmian kemiskinan di negara ini.Berasaskan kepada beberapa pendapat yang telah dikemukakan olehpelbagai pihak, didapati sebahagian daripada ulasan tersebut adalah

tepat dan benar sementara sebahagian yang lain menggambarkankekeliruan serta kekurangan objektiviti dan kefahaman tentang isu

kemiskinan ini walaupun hasrat dan semangatnya adalah sama dan

murni.Sebagai contoh, ada pihak yang keliru dengan konsep kemiskinan mutlak

Page 10: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 10/39

dan kemiskinan relatif serta kriteria yang digunakan untuk mengukurinsiden kemiskinan tersebut.

Dari segi kriteria kemiskinan, ada pihak yang menggunakan asaspendapatan perseorangan untuk mengukur tahap kesejahteraan. Ada

 juga yang merujuk kepada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) tetapi

tidak faham sepenuhnya ciri-ciri dan kegunaan PGK tersebut. Oleh sebabitu, ulasan dan cadangan mereka adalah kurang tepat.

Rencana ini akan menjelaskan secara ringkas dan mudah dua aspekmengenai kemiskinan: Konsep kemiskinan dan pengukuran insiden

kemiskinan.

Umumnya terdapat dua jenis kemiskinan: Kemiskinan mutlak dankemiskinan relatif.

Kemiskinan mutlak merujuk kepada keadaan di mana seseorang individuatau sebuah isi rumah yang tidak berupaya mendapatkan keperluan asas

untuk menikmati tahap kesejahteraan hidup yang minimum dan

munasabah. Di antara keperluan asas tersebut termasuklah makanan,pakaian, tempat kediaman, pendidikan, perubatan dan sebagainya.

Ada di kalangan mereka kebuluran, tiada tempat perlindungan yangtetap, buta huruf, melarat serta berpenyakit. Lebih 80 peratus golongan

ini terdapat di Afrika, India dan China.Bagi Malaysia ukuran keperluan asas ini adalah barang dan perkhidmatan

yang dapat dibeli dengan pendapatan garis kemiskinan isi rumah (dan

bukannya pendapatan individu). Jika pendapatan bulanan sesebuah isirumah adalah kurang daripada PGK maka isu rumah ini dianggap miskin.

Peratusan isi rumah miskin dalam keseluruhan bilangan isi rumah yangterdapat di Malaysia dirujuk sebagai insiden kemiskinan.

Di Malaysia, terdapat konsep golongan termiskin. Golongan termiskin ini(hardcore poor) ialah golongan isi rumah yang memperoleh pendapatansetengah bulan daripada PGK.

Berdasarkan teori kemiskinan ini, kemiskinan yang kerap dirujuk diMalaysia ialah kemiskinan mutlak kerana pendapatan mereka

dibandingkan dengan PGK yang perlu untuk mendapatkan keperluan asas

yang minimum di Malaysia.Satu lagi konsep kemiskinan ialah kemiskinan relatif. la merujuk kepada

perbezaan taraf hidup, kesejahteraan atau kebajikan isi rumahberbanding dengan isi rumah yang lain. Contohnya taraf hidup kumpulan

isi rumah yang berpendapatan 20 peratus terendah dibandingkan dengantaraf hidup kumpulan isi rumah yang berpendapatan 10 peratus teratas.Taraf hidup kumpulan isi rumah yang berpendapatan 20 peratus

terbawah adalah secara relatifnya miskin dibandingkan dengan kumpulanisi rumah berpendapatan 10 peratus tertinggi.Kemiskinan relatif akan

sentiasa wujud dan tidak mungkin dapat dihapuskan walaupun baginegara-negara maju kecuali terdapat agihan, pendapatan yang

egalitarian. Lagi tinggi ketidaksamaan agihari pendapatan lagi serius

Page 11: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 11/39

masalah kemiskinan relatif walaupun kemiskinan mutlak telah dibasmisepenuhnya.

Untuk mengurangkan insiden kemiskinan relatif, dasar yang sesuai ialahuntuk memperbaiki agihan pendapatan di kalangan isi rumah. Ukuran

agihan pendapatan ialah angkali Gini (Gini (]oefficient) yang bernilai dari

0 hingga ke 1. Angkali Gini yang hampir kosong menggambarkan agihanyang semakin setara serta kemiskinan relatif yang rendah. Angkali Gini

yang menghampiri satu menunjukkan agihan pendapatan yang amattidak setara serta kemiskinan relatif yang tinggi. Ini mempunyai implikasi

sebahagian besar daripada pendapatan negara dibolot oleh segelintir isi

rumah sahaja.

Saiz purata

Sekarang kita lihat konsep dan ciri-ciri pendapatan garis kemiskinan di

Malaysia. PGK bagi Semenanjung Malaysia pada tahun 1999 adalahsebanyak RM510 sebulan, bagi saiz purata isi rumah seramai 4.6 orang

sementara bagi Sabah ialah RM685 sebulan bagi saiz purata isi rumahseramai 4.9 orang. Bagi Sarawak pula ialah RM584 dengan saiz purata isi

rumah 4.8 orang (Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005, Jadual 3-2).

Bagi tahun 2002 pula PGK untuk Semenanjung Malaysia ialah RM529,Sabah RM690 dan Sarawak RM600 (Kajian Separuh Penggal, Rancangan

Malaysia Kelapan). Tidak pula dinyatakan saiz purata isi rumah bagiketiga-tiga kawasan berkenaan.

PGK dianggarkan berasaskan keperluan minimum isi rumah untuk tiga

komponen utama iaitu makanan, pakaian dan alas kaki dan butiran

bukan makanan Yang lain seperti sewa, bahan api dan tenaga, perabotdan kelengkapan rumah, perbelanjaan perubatan dan kesihatan,pengangkutan, komunikasi dan perkhidmatan rekreasi, pendidikan dan

kebudayaan.

Bagi komponen makanan, perbelanjaan minimum adalah berdasarkankeperluan harian sebanyak 9,910 kalori sehari untuk keluarga yang

mengandungi lima orang. Keperluan minimum untuk pakaian dan alaskaki adalah berdasarkan piawaian yang ditentukan oleh Jabatan

Kebajikan Masyarakat untuk rumah kebajikan. Butiran bukan makanan

yang lain adalah berdasarkan tahap perbelanjaan isi rumahberpendapatan rendah seperti yang dilaporkan dalam Penyiasatan

Perbelanjaan Isi Rumah.Berasaskan kepada ciri-ciri PGK di atas tidak hairanlah banyak pihak

mengkritik bahawa PGK yang digunakan adalah terlalu rendah dan tidak

relevan lagi untuk mengukur tahap dan insiden kemiskinan Malaysia padamasa sekarang.

Dalam keadaan di atas, kedua-dua pihak kerajaan dan masyarakat tidakbersalah. Kedua-dua pihak betul. Yang timbul masalah ialah kerana

Page 12: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 12/39

kekeliruan dan kekurangan fahaman tentang ciri-ciri PGK tersebut.Berasaskan kepada tahap sara hidup sekarang, jumlah pendapatan sama

ada pendapatan individu atau isi rumah bagi sebahagian besar golonganpara pekerja yang berpendapatan rendah, petani dan nelayan, setinggan

serta penduduk luar bandar malah di bandar tidak mencukupi untuk

perbelanjaan asas. Pendek kata PGK adalah terlalu rendah untukdigunakan sebagai kriteria bagi menentukan sama ada sesebuah isi

rumah tersebut miskin atau sebaliknya.Tetapi di sebaliknya, kita perlu meneliti jenis dan kualiti perbelanjaan

yang ditampung oleh PGK.

Pertama, PGK juga merujuk kepada saiz purata isi rumah sebagaimanaditerangkan di atas iaitu 4.6 orang bagi Semenanjung Malaysia, 4.9 orang

bagi Sabah dan 4.8 orang bagi Sarawak; Oleh sebab ini, sesebuah isirumah yang mempunyai pendapatan RM1,000 sebulan tetapi mempunyai

seramai 10 orang ahli keluarga, juga dianggap miskin walaupun

pendapatannya melebihi PGK.Kedua, PGK menekankan keperluan minimum isi rumah. Makanan hanya

setakat 9,910 kalori sehari untuk keluarga yang mengandungi lima orang.Keperluan pakaian dan alas kaki adalah berasaskan piawaian yang

ditentukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk rumah kebajikan.Keperluan yang lain adalah berasaskan perbelanjaan isi rumah

berpendapatan paling rendah.

Begitu juga keperluan pendidikan, kesihatan dan lain-lain secara implisitia berkemungkinan dianggap rendah atau mungkin percuma. Golongan ini

dijangka mendapat pendidikan, rawatan kesihatan dan lain-lainperkhidmatan awam secara percuma kerana disediakan oleh kerajaan.

Jika sekiranya sesebuah isi rumah menggunakan lebih banyak makanandaripada keperluan asas, membeIi pakaian yang berjenama sedikit sudahtentulah bukan sahaja PGK malah pendapatan sebenar sesebuah isi

rumah tersebut tidak mencukupi untuk berbelanja keperluan asasberkenaan.

Pendek kata, PGK yang digunakan adalah pendapatan untuk perbelanjaan

bagi keperluan minimum semata-mata serta betul-betul asas sahaja.Tidak ada sedikit ruang pun untuk bermewah. Menghantar anak ke

sekolah swasta atau kelas tuisyen, mendapat rawatan perubatan dariklinik swasta atau makan di restoran A&W, Kentucky Fried Chicken (KFC)

adalah dianggap melebihi daripada keperluan asas. Itulah sebabnya PGKterlalu rendah.Sebagaimana yang diterangkan di atas, kekeliruan timbul sebab pengulas

tidak memahami konsep, ciri-ciri serta implikasi PGK tersebut dalammenentukan tahap kesejahteraan atau kemiskinan sesebuah isi rumah.

Saya percaya bukan setakat orang awam malah di kalangan pegawaipelaksana dasar pembasmian kemiskinan serta beberapa pakar

kemiskinan juga kurang faham tentang perkara ini. Inilah juga salah satu

Page 13: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 13/39

sebab mengapa terdapat banyak projek dan program pembasmiankemiskinan tersasar dar-pada matlamat.

Maka dalam konteks ini, beberapa cadangan untuk mengkaji semulakonsep ini, beberapa cadangan untuk mengkaji semula konsep dan

penganggaran PGK ini bertepatan dengan masanya supaya ia lebih

objektif, mudah difahami dan dilaksanakan serta menetapi sasaran.Kadar Kemiskinan: Antara

Retorik dan RealitiColumnists

Written by Jayanath Appudurai

Wednesday, 08 April 2009 00:00

Share Link:Malaysia telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam menangani dan mengurangkan

kadar kemiskinan. Sejak tahun kemerdekaan, kadar kemiskinan telah dikurangkan daripada

50 peratus kepada 3.6 peratus pada 2007.

Tambahan pula, pencapaian yang luar biasa ini diiktirafkan oleh pertubuhan antarabangsa.Malaysia adalah sesebuah negara yang telah berjaya mengatasi penandarasan kemiskinan 8.25

 peratus yang ditetapkan oleh UNDP di bawah Millennium Development Goals bagi tahun

2015.

Inilah kenyataan yang sering dikeluarkan oleh para pemimpin dan pegawai kerajaan bagimembuktikan kejayaan negara kita dalam membasmi kemiskinan.

Adakah kenyataan ini satu yang tepat dan jitu? Apakah data yang diketengahkan untuk 

menyokong pendirian ini?

Data rasmi kadar kemiskinan dan isi rumah yang terlibat adalah seperti dalam  Jadual 1

 berikut:-

 Jadual 1: Kadar Kemiskinan dan Bilangan Isi Rumah Miskin

Tahun Jumlah Isi

Rumah

{Juta}

Bil. Isi

Rumah

Miskin

Kadar Kemiskinan

Keseluruhan {%}

Bil.Isirumah

Miskin Tegar 

Kadar 

Kemiskinan

Tegar 

{%}

1999 4.8 409,300 8.5 91.700 1.92005 5.4 311,300 5.8 67,300 1.2

2007 5.8 208,800 3.6 40,600 0.7

Memang benar Malaysia telah mencapai kejayaan yang ketara dalam menangani masalah

kemiskinan. Tetapi ’kejayaan’ yang dimaksudkan itu adalah berdasarkan Pendapatan Garis

Page 14: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 14/39

Kemiskinan [PGK] atau Poverty Line Income [PLI] yang ditetapkan oleh kerajaan sendiri.

PGK yang ditetapkan adalah berdasarkan pendapatan sesebuah isirumah yang didefinasikan

sebagai satu unit yang mengandungi 4.6 orang. Dalam Kajian Semula Rancangan Malaysia

Ke-Sembilan, PGK yang digunakan adalah seperti Jadual 2 berikut:

 Jadual 2: Pendapatan Garis Kemiskinan Mengikut Wilayah

Wilayah Kemiskinan Keseluruhan

{RM sebulan}

Kemiskinan Tegar 

{RM sebulan}

Semanunjung 720 430

Sabah 960 540

Sarawak 830 520

Soalnya, adakah PGK yang digunakan selama ini satu yang sewajar dan realistik? Sebagaicontoh, sesebuah isi rumah di Semenanjung yang memperolehi pendapatan RM750 sebulan,yang nyata melepasi PGK, dikategorikan sebagai tidak miskin. Mengikut kriteria dan rasional

PGK, isi rumah tersebut dapat menampung segala keperluan asas makanan, perumahan,

 pakaian dan pengangkutan dengan purata RM25 sehari! Adakah ini satu angka yang realistik?

Jawapannya terdapat dalam laporan berita mengenai penderitaan yang dialami oleh duakeluarga berpendapatan RM800 sebulan! Masalah yang dihadapi oleh keluarga-keluarga

tersebut juga dialami oleh sebahagian besar keluarga lain di negara kita.

Jelas bahawa penggunaan satu PGK yang lebih sesuai dengan realiti kehidupan ekonomi

semasa akan memberi gambaran yang berlainan.

Sekiranya PGK RM1,000 digunakan sejumlah 8.6 peratus isi rumah boleh dikategorikan

miskin berbeza dengan 3.6 peratus yang dituntut oleh kerajaan.

Sekiranya PGK RM1,500 digunakan angka ini akan melibatkan sejumlah 1.2 juta isi rumah

iaitu 21 peratus isi rumah dalam negara.

Sekiranya PGK RM2,000 digunakan angka ini akan melompat kepada sejumlah 2.2 juta isirumah iaitu 38 peratus isi rumah keseluruhan.

Berdasarkan PGK berlainan, unjuran kadar kemiskinan adalah seperti dalam Jadual 3 berikut:

   Jadual 3: Unjuran Isi Rumah Miskin dengan PGK berlainan

PGK 

{RM}

Purata Seharian {RM} Isi Rumah Miskin {Bil.} Kadar Kemiskinan {%}

1000 33 496,580 8.6

Page 15: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 15/39

1500 50 1,218,000 21.0

2000 68 1,695,759 37.95

Unjuran dan perkiraan ini adalah lebih tepat dengan jurang ketidaksamaan pendapatan[income inequality] antara kumpulan isi rumah 20 peratus teratas dan 40 peratus terendah.

Pihak Kerajaan sendiri telah mengakui perkara ini dalam membentangkan RancanganMalaysia Ke-Sembilan, seperti berikut:

  Bahagian pendapatan isi rumah 40 peratus terendah berkurangan daripada 14 peratus pada

tahun 1999 kepada 13.5 peratus pada 2004 manakala bagi isi rumah 20 peratus teratas,

bahagiannya meningkat daripada 50.5 peatus kepada 51.2 peratus. Berikutan ini pekali Gini[Gini Coefficient] merosot daripada 0.452 pada tahun 1999 kepada 0.462 pada tahun 2004.

Mengikut Banci Perbelanjaan Isi Rumah [2004-2005] yang dijalankan oleh Jabatan Statistik,secara purata sesebuah isi rumah di Bandar memerlukan RM2,503 sebulan manakala angka

untuk Luar Bandar adalah RM1,209. Anggaran secara kasar menunjukkan bahawa sesebuah

isi rumah memerlukan pendapatan di antara RM1,200 dan RM1,500 sebulan bagimenampung keperluan asas.

Secara tidak langsung data tersebut menyokong pendapat para akademik dan pemerhati

 bahawa PGK yang digunakan oleh kerajaan adalah tidak realistik. Maka penggunaan satu

PGK yang mencerminkan realiti kehidupan semasa adalah amat penting sekiranya kerajaan benar-benar komited kepada menangani masalah kemiskinan negara.

Di samping itu, kerajaan dalam penggubalan dasar dan program untuk mengatasi masalah

kemiskinan perlu juga mengambil berat faktor-faktor berikut:

 

• Fakta demografi bahawa nisbah penduduk bandar dan luar bandar telah jauh berubahsejak tahun 1970-an dan kini dua pertiga penduduk bermastautin di bandar;

• Terdapat perbezaan ketara antara kos kehidupan di bandar dan luar bandar;

• Penggunaan PGK yang realistik perlu juga disesuaikan setiap tahun berasaskan Indeks

Harga Pengguna [CPI];• Peruntukan sumber bagi membasmi kemiskinan yang sekian lama lebih tertumpu

kepada warga luar bandar perlu diagihkan semula kepada warga di bandar.

Dalam konteks ini adalah diperhatikan bahawa untuk pertama kali hakikat perubahan ketaradalam demografi telah diakui oleh pemimpin negara. Dalam ucapannya kepada di

Perhimpunan Agong UMNO 2009, Dato Seri Najib telah mengingatkan para pewakilan

 bahawa :

“Hari ini kira-kira dua pertiga rakyat Malaysia tinggal di kawasan bandar. Atas kejayaan

dasar-dasar yang digubal oleh Umno juga sebahagian besar masyarakat Melayu telah

Page 16: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 16/39

menjadi masyarakat bandar. Sehubungan dengan perkembangan ini, Umno bukan sahaja

 perlu terus memperkasa usaha memerangi kemiskinan di luar bandar tetapi juga perlu pekadengan masalah kemiskinan bandar. Perlu difahami bahawa sebilangan keluarga di bandar 

 yang berpendapatan rendah kini sukar untuk memenuhi tuntutan kehidupan

 seharian........Sekarang tibalah masanya kita mengulangi kejayaan itu dalam membasmikemiskinan bandar bersesuaian dengan konteks semasa.....”

Ini adalah satu nasihat yang bernas yang patut juga diterima oleh pegawai di sektor awam.Dasar dan program pembasmian kemiskinan serta pengagihan peruntukan pembangunan perlu

dikaji semula supaya realiti warga miskin di bandar dapat ditangani.

Ianya harus dilaksanakan berdasarkan keperluan sebenar kumpulan sasaran, sejajar dengan

falsafah Dasar Ekonomi Baru, iaitu untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum!

 UCAPAN MENGGULUNG PERBAHASAN BAJET 2009 DI PERINGKAT DASAR 

BAGI KEMENTERIAN KEWANGAN DI DEWAN RAKYAT PADA 4 NOVEMBER 

2008

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Tuan Yang DiPertua,

1. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormatyang telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Bajet 2009, khususnya yang

membabitkan perkara-perkara di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan. Banyak 

 perkara yang telah ditimbulkan semasa perbahasan tersebut dan Kementerian Kewanganakan memberi perhatian terhadap semua teguran dan berusaha melaksanakan cadangan yang

sesuai yang telah dikemukakan. Ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan Bajet 2009

dapat mencapai matlamat yang dinyatakan dalam Ucapan Bajet oleh YAB Perdana Menteri pada 29 Ogos 2008 yang lalu.

2. Penggulungan pada kali ini mencatat sejarah kerana jawatan Menteri Kewangan Malaysia beralih selepas pembentangan Bajet 2009 dan sebelum penggulungannya. Di sini izinkan

saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri di atas

keyakinan beliau melantik saya mengambil alih porfolio Menteri Kewangan. YAB juga telah berjaya menguruskan sebuah ekonomi yang mempunyai asas yang kukuh dan berdaya tahan.

Page 17: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 17/39

3. Keduanya, kerana tercetus ledakan krisis kewangan global selepas pembentangan Bajet

2009 di Amerika Syarikat dan Eropah yang bahangnya sedang dirasai oleh dunia termasuk 

Malaysia. Justeru itu, Tuan Yang Dipertua, saya tidak akan mengambil sikap untuk semata-mata menjawab semua teguran dan cadangan seperti amalan biasa waktu perbahasan

 penggulungan. Sebaliknya di samping melakukan perkara tersebut, saya bercadang untuk 

membentang langkah-langkah tambahan sebagai & "Policy Response" terhadap krisiskewangan dunia agar ekonomi Malaysia terjamin pertumbuhan dan rakyat Malaysia tidak 

terlalu tertekan. Kerajaan beriltizam untuk melakukan segala yang termampu untuk terus

membela rakyat dan menyelamatkan ekonomi negara.

4. Ingin dimaklumkan bahawa saya berhasrat untuk memberi laluan penjelasan hanya selepas

saya membentangkan langkah-langkah tambahan bagi Bajet 2009.

5. Semasa awal perbahasan Bajet 2009 ini, beberapa Ahli Yang Berhormat daripada pihak 

 pembangkang telah menyarankan agar Bajet 2009 dikaji sepenuhnya dan dibentangkansemula kepada Parlimen, berikutan perubahan iklim ekonomi dunia sejak akhir-akhir ini.

Kerajaan tidak akan membentangkan bajet baru 2009. Desakan untuk merobah keseluruhandan membentang semula Bajet 2009 hanya akan membantutkan usaha Kerajaan untuk 

memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat dicapai.

Kerajaan akan terus menumpukan perhatian kepada usaha mengurus hal ehwal negara dan

memperbaiki kehidupan rakyat agar ekonomi negara tidak akan melanda kemelesetan. Oleh

yang demikian, adalah penting untuk meneruskan rancangan perbelanjaan Kerajaan bagitahun 2009 demi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan untuk kesejahteraan rakyat.

6. Saya ingin menegaskan kepada Dewan yang mulia ini bahawa Kerajaan sentiasa sedar dan

memantau rapi perkembangan ekonomi di peringkat global dan domestik. Ketidaktentuandan impak krisis kewangan global ini telah membawa implikasi negatif kepada pasaran

kewangan negara kita. Alhamdulillah, dasar, kawalselia serta langkah berhemah Kerajaan

yang telah dipraktikkan sebelum ini telah menjadikan asas-asas kewangan negara kekal

kukuh.

7. Tidak seperti krisis kewangan Asia 1997/98 dulu, pasaran kewangan dan hartanahMalaysia tidak dibelenggu petanda-petanda (symptoms) "speculative bubble" di dalam

 pasaran kewangan dan hartanah domestik. Selain itu, Malaysia tidak terdedah kepada

 penularan produk kewangan inovatif yang kompleks dan tidak dikawal, yang merupakanantara punca utama krisis subprima dan kewangan di peringkat antarabangsa. Sementara itu,

sebahagian aset pasaran modal di Malaysia adalah berteraskan prinsip syariah yang

mengamalkan tahap hutang dan pengurusan kewangan yang berhemah.

Page 18: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 18/39

8. Tambahan lagi, jumlah tabungan negara berada pada paras yang tinggi iaitu sebanyak 37

 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini mencerminkan negaramempunyai lebihan mudah tunai yang boleh digunakan untuk menjana aktiviti ekonomi.

Sektor perbankan kekal kukuh dengan hutang tak berbayar (NPL) yang rendah iaitu 2.5

 peratus dan nisbah modal berwajaran risiko (RWCR) sebanyak 13.2 peratus, jauh melebihi paras 8 peratus dalam piawaian antarabangsa.

9. Semua pencapaian ini tidak berlaku secara kebetulan. Selain daripada kepimpinan politik 

yang berhemah dan bijaksana, kerajaan juga mengiktiraf peranan badan kawalselia seperti

Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti yang telah melaksanakan tugas mereka secara

 profesional bagi mengawal-selia sistem kewangan agar sentiasa berada di landasan yang betul. Pendekatan kerajaan yang menguruskan ekonomi yang dulunya di anggap unorthodox

(melawan arus), tetapi kini telah diiktiraf sebagai satu keperluan bagi mengatasi kemelut

ekonomi terkini yang melanda ekonomi negara besar dunia.

10. Namun yang demikian, kerajaan bukannya "in denial" ataupun menidakkan yang nyatadan benar sebagaimana tuduhan pembangkang. Walaupun Malaysia tidak mengalami krisis

kewangan secara langsung dan mempunyai asas-asas kewangan yang kukuh, kita sedar 

 bahawa Malaysia tidak terkecuali atau terlindung daripada menghadapi risiko perkembangan

global yang amat mencabar ini.

11. Bajet 2009 telah dirangka dengan mengambil kira pelbagai faktor dan ianya tidak perludikaji semula sepenuhnya. Bajet 2009 sememangnya sudahpun mengunjurkan pertumbuhan

ekonomi yang lebih perlahan bagi tahun 2009.

Sebagai Kerajaan yang prihatin, penekanan telah diberi kepada pembangunan sosioekonomi

masyarakat, terutamanya yang miskin dan berpendapatan rendah selain daripadamemberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi yang mapan. Dalam perkara ini, penekanan

telah diberi kepada perluasan Jaringan Keselamatan Sosial untuk menyokong golongan

miskin dan berpendapatan rendah, di desa dan di kota, di pekan kecil dan kampung terpencil.

12. Ini selari dengan hasrat kita untuk menghapuskan kemiskinan tegar menjelang 2010,

seperti yang disasarkan oleh YAB Perdana Menteri. Sebagai pengganti beliau diKementerian Kewangan, saya akan pastikan hasrat murni ini akan tercapai. Ini juga secara

langsung dapat meningkatkan kuasa beli rakyat dan merangsang pertumbuhan permintaan

dalam negeri. Penekanan juga diberi kepada pelaksanaan program dan projek RancanganMalaysia Kesembilan terutamanya yang berimpak tinggi untuk menjana pertumbuhan

ekonomi negara yang berdaya tahan.

Page 19: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 19/39

13. Dengan itu, Kerajaan komited untuk mengambil langkah-langkah yang sesuai bagi

mengukuhkan tahap keyakinan di dalam negeri dan terus menjamin kesejahteraan rakyat.

Walaupun hasil Kerajaan akan berkurangan ketika penurunan harga komoditi yangmendadak serta permintaan global yang lembab, Kerajaan akan terus melaksanakan langkah

 perbelanjaan yang telah dirancangkan. Ini termasuk memperluaskan program Jaringan

Keselamatan Sosial, memperkasakan pendidikan, membangunkan infrastruktur sokongan danmembangunkan kawasan luar bandar, termasuk di Sabah dan Sarawak.

14. Kerajaan yakin ekonomi negara pada tahun ini mempunyai daya tahan untuk menghadapi

 persekitaran global yang mencabar kerana momentum pertumbuhan ekonomi negara terus

kukuh. Pertumbuhan ekonomi domestik disokong, terutamanya oleh peningkatan

 perbelanjaan permintaan dalam negeri. Berdasarkan senario ini, saya yakin dan percayanegara akan mencapai sekurang-kurangnya 5 peratus pertumbuhan KDNK bagi tahun 2008.

15. Penunjuk ekonomi global sejak akhir-akhir ini semakin membimbangkan yang dijangkamemberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi global dan perdagangan antarabangsa

 pada tahun hadapan. Berikutan itu, banyak negara termasuk di rantau Asia, telah menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK kepada paras yang lebih rendah. Ini termasuklah

Singapura yang telah menurunkan anggaran pertumbuhan KDNK daripada 4 atau 5 peratus

kepada 3 peratus bagi tahun 2008. Bagi tahun 2009, negara India juga telah menurunkan

anggaran pertumbuhan daripada 8.5 peratus kepada 7.7 peratus, manakala pertumbuhannegara China dijangka menurun daripada 9.7 peratus kepada 9.3 peratus.

16. Dengan mengambil kira kesemua faktor global dan domestik serta pelaksanaan langkah-

langkah tambahan Bajet 2009, saya dengan ini mengumumkan bahawa sasaran pertumbuhan

KDNK yang dikaji semula pada tahun 2009 ialah 3.5 peratus. Ini masih ditahap yangmemuaskan berdasarkan kepada senario ekonomi global semasa.

17. Sementara itu defisit fiskal Kerajaan bagi tahun 2009 masih ditahap yang terkawal yang

dianggarkan sebanyak 4.8 peratus. Punca defisit ini ialah kerana kerajaan memilih untuk 

terus mengadakan bajet yang mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi. Tahap ini

adalah serupa dengan anggaran defisit tahun 2008.

Defisit 4.8 peratus ini adalah bersifat sementara, dalam lingkungan yang munasabahmemandangkan negara mempunyai kecairan yang mencukupi untuk meminjam daripada

 pelbagai sumber dalaman.

18. Kerajaan akan mengamalkan dasar "expansionary", sepertimana juga yang diamalkan

oleh negara-negara lain pada masa kini. Dalam konteks Bajet 2009 yang telah dibentangkan,

Kerajaan mempunyai fleksibiliti untuk melaksanakan projek-projek tambahan berimpak 

Page 20: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 20/39

tinggi berikutan daripada penjimatan subsidi minyak. Melalui penjimatan ini, sukacita

diumumkan bahawa Kerajaan akan melaksanakan pelbagai inisiatif melibatkan suntikan

 peruntukan sebanyak 7 bilion ringgit. Ini adalah penting untuk memangkinkan aktivitiekonomi dalam negeri, serta merangsang keyakinan sektor swasta dan menjamin

kesejahteraan rakyat.

19. Kerajaan sedar bahawa harga barang masih ditahap yang membebankan pengguna.

 Namun langkah-langkah proaktif sedang diambil seperti kempen penurunan harga barangoleh pasaraya yang berkaitan. Apabila harga minyak turun, sewajarnya harga barang juga

turun. Oleh itu, para peniaga disaran agar lebih bertanggungjawab dengan tidak terlalu

mengaut keuntungan di samping pengguna wajar mengambil langkah bijak ketika berbelanja.

Kadar inflasi pada 2009 dijangka berada pada tahap 3 hingga 4 peratus, jika harga minyak sedunia kekal dalam trend menurun sebagaimana sekarang.

20. Mengenai penstabilan harga kelapa sawit, Malaysia dan Indonesia akan terus bekerjasama rapat. Antara langkah yang diambil ialah megurangkan bekalan sawit melalui

 program penanaman semula. Selain itu, usaha untuk mengeluarkan biodiesel daripada sawit,iaitu adunan 5 peratus biobahan api sawit (metil ester) dengan diesel fosil, akan sentiasa

dipertingkatkan bagi menambah

 permintaan terhadap sawit. Mulai bulan Februari 2009, biodiesel ini akan digunakan bermula

dengan kenderaan-kenderaan Kerajaan, diikuti dengan sektor industri dan sektor  pengangkutan. Pengadunan ini dianggarkan akan memerlukan sebanyak 500,000 tan minyak 

sawit setahun apabila dilaksanakan sepenuhnya pada awal tahun 2010.

21. Kerajaan memang memberi perhatian kepada p ekebun kecil terutamanya yang terlibat

dalam sektor pertanian. Bagi mengurangkan kos input pertanian terutamanya baja, Kerajaan bersetuju memansuhkan duti import sebanyak 5 peratus yang dikenakan ke atas 7 jenis baja.

Ini adalah tambahan kepada penghapusan duti import ke atas satu jenis baja semasa

 pembentangan Bajet 2009. Dengan langkah ini, semua baja mineral yang diimport tidak lagidikenakan duti. Di samping itu, dengan penurunan harga minyak mentah, pihak industri

 pengeluar baja tempatan telah bersetuju untuk membantu usaha kerajaan dalam

mengurangkan sekurang-kurangnya 15 peratus harga baja dengan serta merta.

22. Dalam usaha memperkukuhkan daya tahan negara dan mengekalkan momentum

 pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi persekitaran global yang semakin mencabar,Kerajaan akan melaksanakan langkah-langkah tambahan dalam Bajet 2009.

Penekanan akan diberi untuk menggalakkan aktiviti ekonomi domestik bagi menjana

 pertumbuhan ekonomi. Dasar "export-led recovery", yang diamalkan semasa krisis kewangan

1997/98 dengan jayanya, tidak dapat dilaksanakan dalam suasana kini, memandangkan

keadaan permintaan dan perdagangan antarabangsa semakin lembab.

Page 21: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 21/39

23. Pembentangan Bajet 2009 yang lalu telah mengambilkira dan mengunjurkan senarioglobal yang mencabar bagi tahun 2009. Namun, perubahan perkembangan ekonomi global

yang mendadak sejak akhir-akhir ini memerlukan kita mengambil tindakan proaktif untuk 

menangani kesan daripada krisis global masa kini.

Keadaan yang luar biasa memerlukan tindakan yang juga luar biasa ataupun dengan izin,"extraordinary times, require extraordinary measures".

24. Kerajaan sedar bahawa langkah-langkah tambahan biasanya tidak diumumkan dalamucapan penggulungan. Walaupun pengumuman langkah tambahan ini mungkin merupakan

tindakan "unprecedented", ini perlu dalam suasana global yang semakin getir. Perlu

ditekankan bahawa jumlah perbelanjaan yang dibentang pada Bajet 2009 masih tidak 

 berubah. Segala perbelanjaan yang digunakan untuk langkah-langkah tambahan ini adalahhasil penjimatan dari subsidi minyak.

25. Pembangkang telah mencadangkan suatu bajet alternatif yang bersifat menguncup

(contractionary) dengan potongan sebanyak 24 bilion ringgit daripada jumlah Bajet 2009. Ini

adalah suatu cadangan yang akan membawa ke lembah kehancuran ekonomi sebagaimanayang pernah dicadangkan pada tahun 1997 oleh Menteri Kewangan ketika itu. Sebaliknya,

cadangan yang diumumkan ini adalah bersifat expansionary sebagai penjana pertumbuhan

yang berganda sifatnya.

Ketika ekonomi dunia menguncup, langkah yang tepat ialah menyuntik dana tambahan agar ekonomi tidak mengalami kemelesetan, sebaliknya boleh terus berkembang. Inilah

 perbezaan yang amat ketara antara cadangan bernas kerajaan dan cadangan hampas pihak 

 pembangkang.

26. Kerajaan akan melaksanakan dasar fiskal yang mengembang (expansionary). Untuk ini,

Kerajaan akan menyemak semula projek-projek dengan tujuan untuk memberi keutamaankepada projek yang boleh dilaksanakan segera serta mempunyai kesan pengganda yang

tinggi (high multiplier effect) dan kandungan import yang rendah. Ini akan dilaksanakan

tanpa menjejaskan jumlah perbelanjaan pembangunan yang telah diperuntukkan bagi tahun2009 sebelum ini. Sebagai contoh, Kerajaan telah menangguhkan pembelian helikopter untuk 

Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri, supaya penjimatan ini boleh

digunakan bagi projek pembangunan yang lain.

Tuan Yang Dipertua,

Page 22: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 22/39

27. Sebagai tanda dan bukti kerajaan amat prihatin te ntang kesejahteraan rakyat, maka

 penjimatan 7 bilion ringgit daripada subsidi minyak akan disalurkan seperti berikut:

Pertama:

* Untuk memastikan lebih ramai rakyat mampu untuk memiliki rumah, sebanyak 1.2 billionringgit diperuntukkan bagi membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana.

* Dengan peruntukan tambahan ini, sebanyak 6,500 unit rumah akan dibina oleh SyarikatPerumahan Negara Berhad, sebanyak 4,000 unit rumah akan dibina di bawah Program

Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan 15,000

unit rumah yang bernilai diantara 30 ribu ringgit hingga 35 ribu ringgit sebuah untuk 

Semenanajung dan di antara 35 ribu ringgit hingga 40 ribu ringgit untuk Sabah dan Sarawak.Rumah ini akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin di bawah

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dianggarkan secara purata, sebanyak 100 buah rumah PPRT akan dibina di setiap daerah di seluruh negara.

* Program Amal Jariah, yang dikendalikan oleh Prokhas, anak syarikat Menteri KewanganDiperbadankan, adalah bertujuan membaikpulih rumah usang rakyat miskin tegar supaya

mereka dapat menikmati rumah yang selesa dan selamat didiami.

Program yang mula dilancarkan pada awal tahun ini, telah berjaya membaik pulih 7,000 unit

rumah yang dianggar melibatkan peruntukan sebanyak 40 juta ringgit. Pada tahun 2009,Prokhas akan membaiki 15,000 unit rumah sementara Khazanah Nasional akan

menyelaraskan usaha-usaha syarikat GLC untuk melaksanakan Program Sejahtera yang

melibatkan pembaikan 5,000 buah rumah.

* Selain itu, untuk memudahkan golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai

 pendapatan tetap mendapatkan pinjaman perumahan , Kerajaan telah menyediakan SkimJaminan Kredit Perumahan bagi pinjaman perolehan rumah sehingga 100 ribu ringgit.

Semenjak dilancarkan, sebanyak 800 peminjam, termasuk peniaga kecil, petani dan nelayan,

telah diluluskan pinjaman berjumlah 35 juta ringgit.

Kedua:

* Bagi mengiktiraf peranan anggota keselamatan dan menjaga kebajikan mereka, sebanyak 

500 juta ringgit diperuntukkan bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai

Page 23: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 23/39

dan kuarters polis serta kem dan kuarters tentera iaitu 250 juta ringgit untuk polis dan 250

 juta ringgit juga untuk tentera.

* Projek ini akan dilaksanakan dengan segera kerana pada pandangan kerajaan, kebajikan

anggota pasukan keselamatan wajar sentiasa didahulukan.

Ketiga:

* Sebanyak 600 juta ringgit diperuntukkan bagi projek-projek kecil di bawah program

Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS), contohnyamenyenggara jalan kampung, membina balai raya dan jambatan kecil.

* Peruntukan ini akan dapat juga membantu kontraktor-kontraktor kecil bagi menyelesaikanmasalah kekurangan projek pembinaan. Selain itu, ia dapat memberikan prasarana yang lebih

sempurna kepada rakyat, khasnya di luar bandar.

Keempat:

* Sebanyak 500 juta ringgit diperuntukkan bagi menyenggara dan membaik pulih

kemudahan awam; antaranya sekolah, hospital dan jalanraya.

Kelima:

* Sebanyak 500 juta ringgit akan diperuntukan untuk membina, menaiktaraf jalan-jalan diluar bandar, jalan-jalan kampung dan jalan-jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak.

* Sekali lagi ini melambangkan keprihatinan kerajaan bagi mengembangkan sektor  pembinaan yang mempunyai kesan gandaan tinggi selain memastikan budaya

 penyelenggaraan dijadikan amalan. Pada ketika yang sama, kebajikan rakyat dalam

 pendidikan, perubatan dan perhubungan dapat diperbaiki.

Keenam:

* Untuk merangsangkan lagi pendidikan negara dan mengambil kira kehendak semua kaum,

maka kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 200 juta ringgit kepada empat kumpulan

Page 24: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 24/39

sekolah, iaitu 50 juta ringgit untuk sekolah agama bantuan kerajaan, 50 juta ringgit untuk 

"mission school", 50 juta ringgit untuk SJK Cina dan 50 juta ringgit untuk SJK Tamil.

Ketujuh:

* Sebanyak 300 juta ringgit diperuntukkan bagi menubuhkan dana untuk melaksanakan

 program latihan kemahiran yang ditumpukan ke arah memenuhi keperluan majikan danindustri, terutamanya di Koridor-koridor Pembangunan. Agihan dana ini akan diselaraskan

dengan pihak berkuasa koridor pertumbuhan, Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri dan

lain-lain organisasi yang berkaitan. Sektor yang akan diberi tumpuan untuk latihan tersebut

adalah sektor pelancongan, kesihatan, pembinaan dan "business process outsourcing".

Kelapan:

* Kerajaan amat sedar bahawa kos sara hidup di bandar adalah tinggi termasuk untuk menampung kos pengangkutan. Oleh itu, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 500 juta

ringgit bagi menyelenggara dan memantapkan lagi sistem pengangkutan awam khususnya

sistem LRT, Komuter dan sistem bas di bandar-bandar utama.

* Seperti yang dibentang oleh YAB Perdana Menteri, kerajaan adalah komited untuk 

meperluaskan sistem pengangkutan awam agar lebih cekap dan "reliable", termasuk melaksanakan projek utama seperti penambahan sistem LRT, meningkatkan kapasiti aliran

Kelana Jaya dan aliran Ampang, memperluaskan lagi perkhidmatan rel di Lembah Klang dan

mengujudkan satu aliran baru dari Kota Damansara ke Cheras. Kesemua usaha ini akanmemberi manfaat kepada lebih 1 juta pengguna.

Kesembilan:

* Sebanyak 1.5 bilion ringgit diperuntukkan bagi menubuhkan Dana Pelaburan untuk menarik lebih banyak pelaburan sektor swasta;

* Dana ini adalah bertujuan menarik aktiviti pelaburan swasta yang berdaya maju. Tumpuan

akan diberi kepada sektor strategik yang bernilai tambah tinggi dan projek berimpak besar 

dari segi nilai pelaburan, teknologi dan "knowledge workers".

* Dana ini akan digunakan untuk memberi geran, pinjaman mudah atau modal ekuiti kepada

 pelabur. Pendekatan sebegini telah berjaya menarik pelabur dalam sektor perkhidmatan

Page 25: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 25/39

 berteknologi tinggi, seperti Dell, Hewlett Packard dan Satyam, ke Cyberjaya serta dalam

sektor pembuatan bernilai tambah yang tinggi, seperti pengeluaran panel solar, industri

aeroangkasa dan komponen kapal terbang.

Kesepuluh:

* Sebanyak 400 juta ringgit diperuntukkan bagi menyegerakan pelaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi.

* Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi ini adalah penting untuk memastikan daya saingnegara pada masa hadapan. Prasarana sebegini akan meningkatkan kecekapan dan

keberkesanan aktiviti ekonomi, perniagaan dan seterusnya melonjakkan negara ke tahap nilai

tambah yang lebih tinggi.

Selain itu, pelaksanaan projek ini akan meningkatkan kualiti hidup rakyat di sampingmenjadi pemangkin kepada pelaburan swasta dalam sektor berteknologi tinggi. Ia juga akan

menyumbang kepada pertumbuhan KDNK dan menambahkan peluang pekerjaan. Menjelang

akhir 2009, perkhidmatan ini akan dapat disediakan kepada 300,000 premis, terutamanya di

Lembah Klang dan juga kawasan industri seperti di Bayan Baru, Senai dan Kulim.

* Pihak pembangkang telah mencadangkan agar projek ini dikaji semula. Sebenarnya, jikakita lambat untuk melaksanakannya, negara akan terus tertinggal ke belakang di dalam arus

kepesatan teknologi moden, selaras dengan keperluan pembangunan ekonomi masa kini.

Kesebelas:

* Untuk membina modal insan melalui program-program latihan yang diurus oleh

kementerian yang berkaitan, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 200 juta ringgit. Ini

adalah peruntukan bagi membiayai program daripada institusi latihan swasta dan pesertanyaterdiri daripada golonga n belia dan beliawanis daripada semua kaum. Nama-nama pelatih

 boleh dikemukakan oleh kementerian yang berkenaan seperti Kementerian Belia dan Sukan,

Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sumber Manusia serta Pembangunan Wanita danKeluarga.

Keduabelas:

* Untuk memperkasakan golongan belia melalui program program baru, kerajaan akan

Page 26: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 26/39

memperuntukkan sebanyak 100 juta ringgit. Antara program yang terlibat ialah rakan muda

sekolah, rakan muda sektoral yang melibatkan kampung baru Cina, estet untuk kaum India,

kampung orang asli dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.

Ketigabelas:

* Untuk menggerakkan semula projek perumahan yang terbengkalai di kawasan-kawasanstrategik terpilih dan berdaya maju, kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan sebanyak 200

 juta ringgit. Projek ini akan diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Keempatbelas:

* Untuk menambahkan premis perniagaan di samping memperindahkan suasana pekan- pekan kecil yang terpilih di seluruh negara, kerajaan akan memperuntukkan sebanyak 100

 juta ringgit. Ini akan dapat menambah bilangan usahawan kecil dan sederhana, termasuk memasarkan produk keluaran tempatan. Program ini akan dilaksanakan oleh MARA di

 bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Kelimabelas:

* Untuk melahirkan generasi masa hadapan yang lebih berkualiti, sebanyak 200 juta ringgit

diperuntukkan untuk pendidikan awal kanak-kanak di peringkat umur 1 hingga 6 tahun. Ini

termasuk program seperti PERMATA negara, Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan dan kelasPra Sekolah.

28. Penjimatan 7 billion yang diperolehi daripada subsidi ini akan diperuntukkan semula oleh

Kementerian Kewangan untuk melaksanakan projek-projek yang telah disebutkan.

Penjimatan ini merupakan suatu rahmat untuk diagihkan kepada rakyat di samping dapat

menjana pertumbuhan ekonomi. Usaha-usaha ini akan memberikan kesan positif antara laindalam sektor pembinaan, perumahan, pengangkutan, pelaburan, latihan dan teknologi

maklumat.

29. Kerajaan sedar bahawa di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, kepantasan

 bertindak untuk melaksanakan semua program yang baru disebutkan tadi adalah amatkritikal. Oleh itu, kerajaan akan menubuhkan Unit Pengurusan Projek (Project Management

Unit - PMU) di bawah Kementerian Kewangan untuk memantau dan menyelaras

 pelaksanaan projek kritikal dan berimpak tinggi, ke arah memastikan pelaksanaan yang

cekap dan berkesan.

Page 27: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 27/39

Tumpuan akan diberi bagi projek yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi sertakritikal bagi menjana pertumbuhan ekonomi. Unit ini akan melapor terus kepada Menteri

Kewangan dan dianggotai oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan, badan kawal selia, dan

syarikat berkaitan kerajaan yang terpilih.

30. Sebagai satu langkah baru untuk menjana pendapatan tambahan dan mencetuskankegiatan ekonomi tempatan yang lebih rancak, Kerajaan bercadang untuk memaksimumkan

 pulangan daripada semua aset yang sedia ada termasuk tanah-tanah yang belum dibangunkan

lagi. Antara aset tersebut ialah tanah di lokasi strategik yang boleh dimajukan. Sehubungan

dengan ini, kerajaan bercadang untuk menggunakan kaedah baru, iaitu dengan memanggiltender terbuka, yang melibatkan sektor swasta dan GLC bagi memajukan tanah tersebut.

Kerajaan akan menentukan kriteria dan skop pelan pembangunan yang akan disertai dalamsyarat syarat tawaran. Sekiranya konsep pembangunan ini dapat dilaksanakan, kerajaan

dijangka akan memperolehi pendapatan yang besar. Kerajaan akan mengenal pastiaset-aset, dalam bentuk tanah-tanah yang strategik, yang boleh ditawarkan di bawah inisiatif 

ini termasuk tanah Lembaga Getah Malaysia di Sungai Buloh, tanah Kerajaan di Jalan

Cochrane dan Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur.

31. Walaupun kita menghadapi kemelut ekonomi global, Kerajaan akan tetap mampu untuk 

memperluaskan liputan Jaringan Keselamatan Sosial ke arah meningkatkan pendapatan dankuasa beli rakyat yang miskin dan berpendapatan rendah. Dalam hal ini, usaha sedang

dilaksanakan ke arah pendaftaran serta liputan penuh penerima bantuan berdasarkan tahap

kelayakan baru yang diumumkan pada pembentangan Bajet 2009 yang lalu.

Syarat asas pemberian Bantuan Kebajikan Bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) telah di naikkan daripada 400 ringgit kepada 720 ringgit untuk Semenanjung

Malaysia, 830 ringgit untuk Sarawak dan 960 ringgit untuk Sabah, selaras dengan

Pendapatan Garis Kemiskinan. Dengan ini, bilangan isirumah yang akan menerima bantuan

akan meningkat daripada 55,000 kepada 110,000 orang. Kerajaan mensasarkan liputan penuhakan dicapai pada akhir tahun ini.

32. Pada masa ini, caruman majikan kepada KWSP adalah 12 peratus manakala caruman

 pekerja adalah 11 peratus. Sebagai langkah untuk menambah pendapatan boleh guna pekerja,

Kerajaan akan membenarkan pekerja untuk mengurangkan potongan caruman pekerja KWSPsecara sukarela sebanyak 3 peratus selama 2 tahun, mulai 1 Januari 2009.

Dengan penurunan ini, jumlah caruman masih pada tahap munasabah 20 peratus, iaitu 12

Page 28: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 28/39

 peratus majikan dan 8 peratus pekerja. Seseorang yang berpendapatan 2,000 ringgit sebulan

akan memperolehi pendapatan boleh guna

tambahan sebanyak 60 ringgit sebulan, manakala seseorang yang berpendapatan 6,000ringgit sebulan akan memperolehi pendapatan boleh guna tambahan sebanyak 180 ringgit

sebulan.

Sekiranya semua pencarum memilih untuk mengurangkan caruman, jumlah yang terlibat

adalah 4.8 bilion ringgit setahun. Sekiranya kita mengandaikan bahawa hanya 50 peratusdaripada pencarum akan menggunakan kemudahan ini, perbelanjaan penggunaan swasta

dijangka meningkat sebanyak 2.4 bilion ringgit.

33. Untuk memudahkan penjawat awam memiliki kereta, Kerajaan akan meningkatkan had

kelayakan pinjaman kereta bagi penjawat awam seperti berikut:

* Bagi gred JUSA, had kelayakan dinaikkan daripada 60,000 ringgit kepada 70,000 ringgit;

* Bagi gred 41 hingga 54, had kelayakan dinaikkan daripada 55,000 ringgit kepada 65,000

ringgit; dan

* Bagi kumpulan sokongan, had kelayakan dinaikkan daripada 45,000 ringgit kepada 55,000

ringgit.

Penjawat awam juga akan diberi kebenaran untuk mengambil pinjaman perumahan bagihartanah di pasaran sekunder di mana hakmilik strata belum dikeluarkan.

34. Kerajaan telah mengumumkan tempoh bayaran balik bagi pinjaman perumahan baru

kakitangan Kerajaan dilanjutkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun. Untuk memastikan

 peminjam sedia ada mendapat kemudahan yang sama, peminjam diberi pilihan untuk 

melanjutkan tempoh pinjaman kepada 30 tahun. Langkah ini akan dapat membantumenambah pendapatan boleh guna peminjam.

Sebagai contoh, seorang penjawat awam yang kini mempunyai pinjaman sebanyak 190,000

ringgit selama 25

tahun, dan telah pun menjelaskan pinjaman beliau selama 10 tahun, dengan melanjutkantempoh pinjamannya, beliau dapat mengurangkan ansuran bulanannya daripada 1,000 ringgit

sebulan kepada 820 ringgit sebulan ataupun lebihan pendapatan boleh guna sebanyak 180

ringgit sebulan.

Page 29: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 29/39

Pihak kerajaan, melalui Bank Negara, juga akan menyaran dan menggesa pihak bank 

mengambil inisiatif untuk memberi kelonggaran dan menstrukturkan semula pinjaman bagi peminjam-peminjam yang

memerlukan.

35. Untuk menggalakan perkembangan perniagaan runcit dan industri pelancongan domestik,

maka kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,memberi kebenaran untuk pasar raya besar (hypermarkets) melanjutkan masa perniagaan

sehingga jam 11 malam pada hari biasa. Pada hujung minggu pula, ia boleh dibuka sehingga

 jam 1 pagi. Untuk pasar raya di pusat membeli belah, premis ini boleh dibuka sepanjang

masa tertakluk kepada kebenaran kerajaan tempatan.

Selain itu, langkah ini adalah selaras dengan objektif untuk menjadikan negara sebagai

destinasi membeli-belah yang menarik. Kerajaan berharap dengan langkah ini, kompleksmembeli-belah akan terus menyambut dengan baik usaha kempen penurunan harga barang

yang telah dimulakan baru-baru ini.

36. Kerajaan juga komited kepada usaha meliberalisasikan sektor perkhidmatan di bawah

Perjanjian Rangka Kerja Perkhidmatan ASEAN (AFAS)Pertubuhan Perdagangan Dunia(WTO) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) di peringkat dua hala dan serantau. Di

 bawah AFAS, semua sektor perkhidmatan akan dibuka sehingga 70 peratus pegangan asing

 pada 2015. Antara sektor yang akan dibuka termasuklah sektor logistik, aktiviti-akitivititertentu dalam sektor telekomunikasi, pelancongan, perkhidmatan hospital swasta dan sektor 

 pengajian tinggi.

Kerajaan akan membuat pengumuman terperinci setelah mendapat kelulusan Kabinet

 berasaskan cadangan daripada Kementerian Perdagagangan Antarabangsa dan Industri.

37. Dalam hal ini, Kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan

dan modal insan. Kapasiti sektor perkhidmatan akan ditingkatkan melalui program latihan pekerja tempatan serta memudahkan pengaliran masuk pekerja mahir dan profesional asing.

38. Pelancongan kesihatan dan pendidikan merupakan subsektor yang berpotensi besar dalam

sektor perkhidmatan. Untuk terus merangsang dalam subsektor 

tersebut, Kerajaan akan menyediakan garis panduan untuk memudahcara pengambilan profesional dan pelatih asing, memudahkan pengiktirafan kelayakan asing, memudahcara

 proses visa bagi pesakit dan keluarga serta menyelaras syarat-syarat berkaitan dengan

 penubuhan dan operasi hospital dan pusat latihan kesihatan.

Page 30: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 30/39

Pendekatan yang serupa akan diambil bagi subsektor pelancongan pendidikan, termasuk 

 penubuhan sekolah swasta antarabangsa, dengan tumpuan diberi kepada koridor  pertumbuhan seperti Iskandar Malaysia.

39. Untuk menggalakkan aktiviti sektor swasta, langkah-langkah liberalisasi berikut akan

diambil:

Pertama:

* Menghapuskan duti import bagi simen dan keluaran besi keluli panjang (long iron and steel

 products) untuk sektor pembinaan dan pembuatan. Di samping itu, semua Approved Perm it

(AP) bagi keluaran besi keluli panjang akan dikecualikan.

Langkah ini akan dapat menyokong usaha Kerajaan untuk merangsang pertumbuhan sektor  pembinaan, di samping menyediakan persekitaran yang kompetitif dalam

industri bekalan bahan binaan negara;

Kedua:

* Membenarkan individu atau entiti asing untuk membeli hartanah komersil bernilai 500,000

ringgit atau lebih, tanpa memerlukan kelulusan FIC, dengan syarat hartanah tersebut adalah

untuk kegunaan sendiri. Langkah ini adalah untuk menggalakkan pelaburan, terutamanya pembangunan sektor hartanah negara;

Ketiga:

* Bagi memudahkan proses pengambilan pekerja asing berasaskan pengetahuan (knowledgeworker), permit kerja, yang pada masa ini diberi kepada majikan, akan juga diberi secara

langsung kepada pekerja tersebut. Oleh itu, langkah ini akan meningkatkan fleksibiliti

 pekerja demikian dalam pasaran kerja, kerana mereka tidak akan terikat dengan majikanmasing-masing.

40. Pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan akan membawa kepada penjanaan peluang

 pekerjaan yang lebih lembab dan juga pengangguran. Oleh itu, dalam usaha menyediakan

lebih banyak peluang latihan dan pekerjaan, Kerajaan akan mengambil langkah-langkah

 berikut:

Page 31: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 31/39

Pertama:

Kerajaan, melalui syarikat GLCs seperti Khazanah dan PNB akan melancarkan "GraduateEmployability Management Scheme" (GEMS), yang didasarkan kepada skim graduan

terdahulu yang telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat GLC dengan jayanya. Kerajaan

 bercadang untuk menyokong dan menyelaraskan usaha-usaha GLC dalam menanganimasalah graduan menganggur ini dengan mewujudkan satu program bagi meningkatkan

keupayaan dan kemahiran mereka sebelum mereka diserap atau mendapat pekerjaan di

syarikat GLC mahupun swasta. Sasaran program ini ialah

untuk melatih sehingga 12,000 graduan dalam jangkamasa dua tahun. Kerajaan yakin, progam ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan penggunaan domestik di samping

memberi pengalaman yang berharga kepada graduan terlibat.

Kedua: Mempercepatkan pengambilan kakitangan bagi jawatan yang kritikal dan amat

diperlukan dalam sektor awam. Pada masa ini, kekosongan jawatan kritikal dalamsektor awam adalah 18,000. Kekosongan ini akan diisi secara kontrak, sementara menunggu

 proses pelantikan secara tetap. Dalam tahun ini, lebih 1,300 kakitangan

telah dilantik secara kontrak bagi Jabatan Kerja Raya bagi meningkatkan keupayaannya

dalam melaksanakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Saya inginmengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa Kerajaan tidak bercadang untuk 

memberhentikan kakitangan kontrak di dalam perkhidmatan Kerajaan sebagaimana

dilaporkan dalam media.

41. Untuk membantu usahawan yang menjalankan perniagaan kecil, Bank Negara Malaysiaakan menyediakan pinjaman mudah sebanyak 200 juta ringgit bagi melaksanakan skim

mikro kredit. Dana tambahan ini akan diselaras dan diagihkan melalui saluran sedia ada.

Selain itu, Kerajaan juga telah menyediakan dana modal pusingan 100 juta ringgit untuk Program Kewangan Mikro Bandar.

Program ini diletakkan di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memandangkan kejayaan program yang sama bagi kawasan luar bandar. Semenjak dilancarkan awal tahun ini,

Program Kewangan Mikro Bandar sehingga kini telah mengeluarkan pembiayaan melebihi

setengah juta ringgit kepada hampir 200 peminjam.

42. Untuk merangsang aktiviti pasaran modal, saya telah mengumumkan penambahan danaValuecap sebanyak 5 bilion ringgit untuk pembelian ekuiti syarikat-syarikat yang

mempunyai asas yang kukuh tetapi nilai pasaran mereka

kini terjejas berikutan kesan pergolakan pasaran ekuiti global. Dana tambahan ini akan

diperolehi melalui pinjaman daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Page 32: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 32/39

(KWSP) yang dijamin oleh Kerajaan. Oleh itu, pinjaman ini bukan sahaja menjamin

 pulangan yang lebih tinggi daripada kadar deposit institusi perbankan, tetapi

 juga merupakan pelaburan yang mempunyai risiko yang paling minimum kepada KWSP.

43. Pemegang ekuiti Valuecap, iaitu Khazanah Malaysia, Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), merupakan agensi-agensi Kerajaan yang

mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan pelabur terbesar dalam pasaran ekuiti

negara. Valuecap ditubuhkan pada tahun 2003 dengan dana sebanyak 5 bilion ringgit.Sebagai pelabur jangka panjang, Valuecap melabur dalam syarikat-syarikat blue chips di

sektor-sektor utama seperti kewangan, perkhidmatan, perladangan, pembinaan, hartanah,

industri, tenaga, dan

komunikasi.

Valuecap mempunyai mandat untuk melabur dalam mana-mana syarikat dan bukan sahaja

dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs). Langkah yang serupa juga telah dilaksanakan di beberapa negara, seperti Tracker Fund of Hong Kong semasa krisis kewangan tahun 1998

dan baru-baru ini, oleh Qatar Investment Authority dan juga sebuah dana pencen terbesar diKorea.

44. Untuk melancarkan lagi proses perolehan kerajaan supaya lebih telus dan mendapat"value for money", kerajaan akan memastikan bahawa sebahagian besar 

 perolehan kerajaan akan dilakukan melalui tender terbuka dan tender terhad.

Perolehan kerajaan untuk kontrak-kontrak bumiputera juga akan ditenderkan melalui

"competitive bidding" di kalangan syarikat-syarikat bumiputera. Hasrat kerajaan ialah supayakontraktor-kontraktor bumi putera dapat bersaing dengan sihat dan meningkatkan lagi daya

tahan mereka. Walau bagaimanapun, kerajaan masih ada budi bicara untuk menimbangkan

rundingan terus atas pertimbangan tertentu. Pengecualian daripada dasar ini akan hanyadibuat di dalam keadaan tertentu sahaja.

45. Langkah-langkah yang diumumkan ini, Insya-Allah, akan dapat menangani impak daripada suasana global yang mencabar. Saya yakin kesejahteraan rakyat akan terus dapat

dijamin manakala pembangunan negara akan terus dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tuan Yang Dipertua,

46. Dengan penjelasan tentang senario ekonomi global dan domestik serta langkah-langkah

tambahan Bajet 2009 di atas, saya berpendapat beberapa isu utama berhubung Bajet 2009

yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Ketua Pembangkang dan Ahli-ahli Yang

Page 33: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 33/39

Berhormat yang lain telah dijawab. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk 

menjawab isu-isu lain yang telah dibangkitkan oleh ahli-ahli di Dewan yang mulia ini.

PENUTUP

Tuan Yang DiPertua,

47. Selama lebih 5 jam Ketua Pembangkang telah berhujah tentang Bajet 2009. Ia merupakan

sesuatu yang luar biasa jika dibanding cuma satu jam setengah masa pembentangan Bajet

2009 oleh YAB Perdana Menteri pada 29 Ogos 2008. Namun tuduhan-tuduhan PermatangPauh yang menyatakan Bajet 2009 ini tidak boleh digunapakai ternyata meleset. Malah usaha

 pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pada 16 Sept 2008 tidak lebih daripada suatu

fatamorgana, "mirage", impian yang tidak menjadi kenyataan.

48. Yang pasti, usaha itu telah menyebabkan berlakunya ketidakstabilan suasana harmonidan merenggangkan keyakinan pelabur asing kepada negara kita.

Sesungguhnya kerajaan Barisan Nasional akan terus kukuh bagi menjaga kepentingan pelbagai kaum di negara ini. Semangat Bajet 2009 iaitu Kerajaan Prihatin akan terus

menerajui perjuangan murni yang menjadi landasan teras kerajaan Barisan Nasional.

49. Dalam menghadapi persekitaran yang mencabar ini, saya menyeru kepada semua rakyat,

 baik di dalam atau luar negeri, untuk sama-sama menyumbang ke arah memastikan krisis iniditangani dengan jayanya. Kita perlu belajar daripada pengalaman yang lalu, di mana kita

 berjaya mengharungi setiap krisis dengan semangat bersatu padu dan kerjasama yang erat.

50. Semua pihak mempunyai peranan yang penting dalam memastikan negara kita terus

membangun dengan maju, tidak kira sektor awam, sektor swasta, badan bukan Kerajaan

(NGOs) mahupun parti politik. Saya yakin, gandingan dan usahasama yang jitu akanmembolehkan kita berjaya menangani cabaran yang kita sedang hadapi ini, Insya-Allah.

51. Sebesar mana dan setinggi mana pun rempuhan badai kemelesetan ekonomi dunia, akan

kita hadapi dengan persiapan rapi. Benteng pertahanan kita wajar semakin tegap dengan

sokongan akrab dan dokongan mantap dari semua pihak.

Marilah kita menggalas amanah dengan penuh tanggungjawab untuk membina ekonomi

negara melalui Bajet 2009 ini. Hasrat murni kita ini dilandasi dengan penuh

Page 34: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 34/39

sifat berhemah dan bijaksana demi mengutamakan kepentingan negara tercinta dan membela

rakyat jelata.

ISU:

TRANSFORMASI EKONOMI MALAYSIAKE ARAH PERSAINGAN KOMPETETIF

Disediakan oleh:

Majlis Perwakilan PelajarUniversiti Malaysia Pahang(UMP) sesi 2008/2009

PENGENALAN

Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang diilhamkan Allahyarham Tun Abdul Razak telahbanyak memberikan kebaikan dan membuka ruang-ruang ekonomi kepada rakyatMalaysia. Namun begitu, dasar yang banyak menaungi sebahagian besar orangmelayu ini dikatakan tidak mencapai sasaran yang diingini kerana dimonopoli olehgolongan-golongan tertentu. Hasrat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib TunRazak yang menyatakan semangat DEB sewajarnya diteruskan perlu dipandangserius dari segi pelaksanaannya supaya perkara yang sama tidak berulang. Krisisekonomi yang melanda Amerika Syarikat telah memberi kesan langsung kepadasemua negara di seluruh dunia. Malaysia yang masih bergantung kepada eksportdan import dagangan dunia memerlukan pakej rangsangan ekonomi yangmembantu menjana prestasi ekonomi negara. Stimulus pakej rangsangan ekonomike dua sebanyak RM 60 billion yang diumumkan oleh Menteri Kewangan, Dato’ SeriNajib Tun Razak pada 10 Mac 2009 di parlimen mengejutkan banyak pihak danmemberikan keyakinan baru kepada pelabur untuk terus menjadikan Malaysiasebagai destinasi utama pelaburan. Persoalannya, apakah komitmen pihakpemerintah untuk memastikan setiap usaha dan perancangan dilaksanakan denganbaik.

Antara kesan awal Transformasi Ekonomi Malaysia ialah membuka peluangpekerjaan seluas-luasnya kepada rakyat Malaysia. Persoalannya ialah sejauh manaanak-anak muda terutamanya dikalangan graduan tempatan merebut peluangmengisi kekosongan jawatan-jawatan yang sedia ada. Seterusnya mengurangkanjurang ekonomi antara kaum di Malaysia. Transformasi ekonomi akan membantumembahagikan kekayaan negara mengikut nisbah populasi setiap kaum. Denganslogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan akan memberiruang seluas-luasnya kepada transformasi ekonomi yang diharapkan dapatmembantu seluruh rakyat Malaysia. Kesan lain yang akan dialami oleh Malaysia

Page 35: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 35/39

ialah peningkatan aliran pelabur asing di Malaysia. Keyakinan pelabur asingseharusnya menjadi keutamaan pemerintah Malaysia dalam memastikan ekonomiterus berdaya saing dan mampan.

KESAN LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG

Kesan transformasi ekonomi ini secara langsung mampu meningkatkan peluangpekerjaan daripada pelbagai sektor. Kita dapat melihat pelbagai iklan-iklantawaran kerja dipaparkan di akhbar-akhbar tempatan menunjukkan ruang kerjayang meluas. Contohnya disektor kejuruteraan, peluang pekerjaan disediakan olehbanyak pihak seperti Petronas, Hicom dan Sime Darby. Ini juga disebabkan olehpeningkatan taraf pendidikan dikalangan masyarakat terutamanya pemuda-pemuditunjang negara pada masa akan hadapan. Di sini, lahirlah graduan-graduan yangberintelektual dan berdaya saing. Sumber tenaga kerja yang telah dibentuk amatdiperlukan disebabkan oleh persaingan kompetitif yang wujud dikalangan syarikat-syarikat yang ingin terus meningkatkan prestasi syarikat masing-masing. Syarikat

tempatan akan bersaing diantara satu sama lain bersama-sama dengan syarikatdari pelabur asing. Kesan pertambahan peluang pekerjaan ini juga mampumembasmi kemiskinan dan pengurangan kadar pengangguran disampingmeningkatnya taraf hidup di semua lapisan masyarakat. Kesan tidak langsung daripenyertaan pelaburan asing ke negara ini sedikit sebanyak memberi kesan kepadapenambahan ilmu kepakaran dan kemodenan dari segi infrastruktur.

Seterusnya, antara kesan lain ialah mengurangkan jurang ekonomi antara kaumkhususnya dari segi pendapatan isi rumah, pemegangan ekuiti, pemilikan harta,dan produktiviti.

Malaysia merangkumi tiga kaum utama iaitu Bumiputera sabanyak 65% dan bukanBumiputera yang mencangkupi Cina sebanyak 25% dan India sebanyak 7% danbakinya terdiri daripada kaum-kaum lain. Oleh itu dalam merealisasikantransformasi ekonomi, pembahagian harta kekayaan yang perlu dikuotakan dinegara kita seharusnya mengikut nisbah populasi kaum di negara ini bagi menjaminpembahagian harta secara adil dan seterusnya mengurangkan jurang antara kaumdi Malaysia.

Kita sedar bahawa dalam Rancangan Malaysia ke-9, pelbagai langkah telah diambiloleh pemerintah dalam membasmi kemiskinan yang secara tidak langsung dapatmengurangkan jurang ekonomi antara kaum. Pemerintah telah berjaya

mengurangkan kadar kemiskinan daripada 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 3.6peratus pada tahun 2007 dengan bermatlamatkan kemiskinan tegar dapatdihapuskan menjelang tahun 2010. Oleh itu, dalam membentuk transformasiekonomi kearah persaingan kompetetif, pemerintah seharusnya menukar bantuanyang diberikan untuk jangka masa pendek kepada bantuan yang dapatdiperkembangkan ibaratnya seperti memberi joran dan diajarkan kepada merekauntuk memancing ikan. Pada masa kini dibawah pemerintahan Dato’ Seri Najib TunAbdul Razak, Perdana Menteri yang baru, pemerintah akan membangunkan sektor

Page 36: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 36/39

perkhidmatan dan juga menggalakkan sektor pembuatan yang menjadi penerajukekayaan negara. Justeru, pengusaha perusahaan kecil sederhana (PKS) perlumengambil peluang ini dalam menjadi pengeluar yang kompetitif bagi memastikankelangsungan produk mereka kekal dalam pasaran dan seterusnya jurang antarakaum dapat dikurangkan dan memastikan pembangunan dan kemajuan negara

dalam keadaan stabil.

Salah satu kesan daripada transformasi ekonomi Malaysia ke arah persaingankompetetif adalah lebih banyak aliran pelaburan asing berlaku. Peningkatan alirankemasukan pelaburan asing akan membantu prestasi ekonomi sesebuah negara.Perpindahan teknologi dan kemasukan buruh mahir asing secara tdak langsungdapat meningkatkan pertumbuhan negara melalui perkongsian maklumat danperpindahan teknik-teknik pengeluaran yang cekap. Peluang pekerjaan domestikdan tenaga mahir serta separa mahir tempatan akan meningkat disebabkan olehaktiviti pelaburan oleh syarikat multinasional yang beroperasi di negara ini. Selainitu, kemasukan pelaburan asing akan meningkatkan defisit akaun pendapatan

pelaburan negara kerana penghantaran pulang pendapatan pelaburan oleh negaraasal. Tambahan pula, liberalisasi perdagangan dan liberalisasi kewangan yangberlaku menyebabkan aliran dana antara negara agak bebas bergerak dari satunegara ke negara yang lain.

KRITIKAN DAN PEKARA YANG PERLU DIAMBIL BERAT

Transformasi ekonomi merupakan agenda penting negara yang memerlukan usahadan komitmen berterusan terutamanya daripada pemerintah Malaysia. Rakyat padaamnya meletakkan harapan tinggi terhadap kepimpinan negara Malaysia di bawahPerdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak untuk memacu

pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada lebih stabil dan mampan. PemerintahMalaysia seharusnya mengambil berat soal daya tahan ekonomi Malaysia dalamjangka masa panjang dan pendek. Daya tahan ekonomi Malaysia terhadapspekulator asing yang mengancam kestabilan akan mempengaruhi pelabur asingmasuk ke dalam pasaran Malaysia. Antara langkah-langkah Transformasi Ekonomiyang perlu dilakukan terlebih dahulu ialah:

1. Kestabilan politik Malaysia

-Pihak pemerintah bersama-sama pihak pembangkang seharusnya lebih proaktif mencari titik persamaan dan membantu meningkatkan daya saing ekonomi

Malaysia. Parti pemerintah seharusnya mengamalkan semangat demokrasi yangtulen dalam usaha membantu kesenangan rakyat. Transformasi ekonomi hanyaakan berjaya apabila kestabilan politik dapat dicapai melalui pengamalansemangat demokrasi yang tulen.

2. Memperteguh sistem kehakiman dan perundangan negara

-Sistem kehakiman di negara kita seharuslah berada di tahap yang tertinggi dari

Page 37: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 37/39

sudut integriti demi menjamin kelangsungan ekonomi agar tumbuh dengan lebihmampan. Sistem kehakiman hari ini dapat dipertingkat dengan wujudnya sistemperlantikan hakim dengan lebih efisyen dan telus. Hal ini sangat penting keranaseseorang hakim merupakan tunjang kepada pembentukan integriti sesebuahnegara. Pelaksanaan sebarang denda dan hukuman wajarnya dilakukan dengan adil

dan saksama serta tidak wujudnya sebarang pilih kasih terutamanya dikalangangolongan atasan.

3. Pengukuhan institusi kewangan

Faktor yang menyuburkan potensi pertumbuhan di Malaysia ini adalah disebabkansistem kewangan yang kukuh dan stabil yang dikawalseliakan. Ini dapatmeyakinkan para pelabur asing untuk berurusan di negara ini kerana faktorkeselamatan dan kestabilan terjamin. Tindakan ini diharapkan agar sektorkewangan lebih efisyen dan seiring dengan keperluan ekonomi semasa.

4. Memperhalusi kaedah pelaksanaan di setiap Wilayah Pembangunan Koridor

Wilayah Pembangunan Iskandar(WPI), Wilayah Pembangunan EkonomiUtara(NCER), Wilayah Pembangunan Ekonomi Timur(ECER), Koridor PembangunanSabah(SDC) dan Sarawak Corridor of Renewable Energy(SCORE) seperti mana yangtelah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji AhmadBadawi seharusnya diperincikan kembali cara pelaksanaannya dalam memberiimpak yang maksima kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Projek mega ini jikadiperhalusi dapat memberikan pulangan yang lebih besar kepada Malaysia keranaia secara tidak langsung dapat menjamin kepercayaan pelabur-pelabur luar untukmencurahkan tenaga pakar mahupun melabur dari segi kewangan di negara ini.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Transformasi Ekonomi Malaysia merupakan satu cabaran yangperlu dilihat dari sudut yang positif. Transformasi Ekonomi Malaysia memerlukankomitmen padu dan strategi yang khusus agar segala aspek dapat disentuh dandibangunkan. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai potensi besardalam pelbagai sektor ekonomi. Pemerintah Malaysia yang diketuai oleh PerdanaMenteri Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak seharusnya bersama-sama barisankabinet melihat Trasnformasi Ekonomi Malaysia sebagai satu komitmen yang seriusdan mendatangkan impak jangka masa panjang terhadap ekonomi Malaysia. Pihak

pemerintah dan rakyat Malaysia perlu bersatu hati dan berusaha bersungguh-sungguh supaya setiap perancangan dapat diterjemahkan ke dalam bentukkeputusan iaitu sehingga prestasi ekonomi Malaysia berada pada tahap yang bolehdibanggakan.

Ringkasan Eksekutif 

Kertas kerja Transformasi Ekonomi Malaysia Ke Arah Persaingan Kompetetif 

Page 38: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 38/39

merupakan satu usaha kami,Majlis Perwakilan Pelajar Universiti MalaysiaPahang(MPP UMP) menyuarakan pandangan kami mengenai situasi ekonomi diMalaysia melalui kaca mata sebagai mahasiswa dan peranan pihak pemerintahuntuk bersama-sama mengambil tindakan demi kebaikan Malaysia. MPP UMPsebagai wakil kepada instituisi universiti teknikal perlu bersama-sama dengan

pihak pemerintah untuk kita bergandingan menyelesaikan kemelut masa kini.

Di dalam kertas kerja ini, kami MPP UMP menggariskan kesan kepada pelaksanaanTransformasi Ekonomi Malaysia yang akan membuka lebih banyak peluang kepadaseluruh rakyat Malaysia. Transformasi ekonomi Malaysia bukanlah ancaman kepadaor ang melayu malah inilah peluang kepada seluruh rakyat Malaysia kepada amalanpolitik baru dan sistem tadbir urus( governan) yang lebih adil dan bijaksana.

Kepercayaan dan tarikan pelabur asing bagi merancakkan ekonomi Malaysia sangatdi beratkan. Penilaian kepada setiap projek akan membantu Malaysia lebihberperanan dalam meyakinkan pelabur asing seterusnya mengangkat prestasi

ekonomi malaysia ke tahap tertinggi.

Dengan sumber asli yang banyak, Malaysia merupakan negara berpotensi besaruntuk berkembang lebih kehadapan.berbanding negara-negara lain. Malaysiamemerlukan Transformasi Ekonomi dari sudut sistem governan yang lebih efisyendan berdaya saing. Apabila sistem urus tadbir ditentukan oleh orang-orang yangmempunyai kepakaran, keyakinan pelabur akan bertambah dengan sendirinya.

Seharusnya, pemerintah Malaysia mesti mengambil tindakan serius agar dapat,mengatasi krisis ekonomi yang melanda hampir semua negara.

I : PENDAHULUAN 

1.01 Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) yang merupakan pembangunan

dekad kedua Wawasan 2020 menumpukan kepada meningkatkan keutuhan dan daya

saing negara. Dalam tempoh ini, usaha akan dilaksana untuk mempertingkatkan kualitipembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mampan supaya semua rakyat

dapat menikmati kemakmuran. Perpaduan negara akan terus menjadi tonggakpembangunan dan kepelbagaian masyarakat Malaysia dari segi kumpulan etnik, bahasa,

budaya dan agama akan diambil kira dalam memupuk sebuah masyarakat yang lebihharmoni, bertolak ansur dan dinamik. Dasar pembangunan sosioekonomi yang telah

menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup rakyat akan terus diberikan keutamaan.

1.02 Penggubalan RRJP3 telah mengambil kira penilaian semula kemajuan RangkaRancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) serta pengalaman yang dipelajari daripada

krisis kewangan Asia tahun 1997-1998. Dasar dan strategi yang dirangka adalah

bertujuan untuk memperkukuhkan kekuatan sedia ada, menangani kekurangan dankekangan serta menghadapi cabaran persaingan dunia. Seperti di masa lalu, Kerajaan

akan terus mengamalkan pendekatan yang menyeluruh dalam membangunkan ekonomidemi menjamin pertumbuhan yang stabil, menggalakkan keharmonian di kalangan

Page 39: ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

8/7/2019 ARKIB untuk kemiskinan ( PGK)

http://slidepdf.com/reader/full/arkib-untuk-kemiskinan-pgk 39/39

kumpulan etnik dan meningkatkan persepaduan nasional. Pelbagai pandangan dansumbangan telah dipertimbangkan termasuk laporan yang disediakan oleh Majlis

Perundingan Ekonomi Negara Kedua (MAPEN II) yang dianggotai oleh wakil daripadaberbagai kelompok masyarakat.

1.03 RRJP3 telah digubal berasaskan dasar yang dinamakan Dasar Wawasan Negara

(DWN). Perpaduan negara merupakan tonggak utama DWN yang bertujuan membinaBangsa Malaysia yang progresif dan makmur serta hidup dalam harmoni dan melibatkansemua pihak secara sepakat dan saksama. Pertumbuhan ekonomi akan digalak seiring

dengan usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.Ketidakseimbangan sosial, ekonomi dan wilayah akan dikurangkan. Dasar pembangunan

yang bertujuan untuk menambah kekayaan dan meningkatkan tahap kemakmuran akandisertai dengan usaha untuk menyemai nilai positif sosial dan kerohanian serta

keprihatinan terhadap alam sekitar untuk mengekalkan pembangunan negara yangmampan bagi tempoh jangka panjang. 

I : CABARAN TERHADAP PERTUMBUHAN JANGKA PANJANG 

Pembasmian Kemiskinan dan Pengagihan Pendapatan

1.29 Dalam tempoh RRJP3, isu kemiskinan bukan lagi merupakan isu utama

memandangkan kemajuan besar telah dicapai dalam membasmi kemiskinan dalam

tempoh rangka rancangan terdahulu. Kadar kemiskinan akan dikurangkan lagi kepada0.5 peratus menjelang akhir tahun 2005. Usaha akan ditumpukan ke arah membasmi

kemiskinan di kalangan kelompok kecil miskin di kawasan terpencil dan di kalangan

Orang Asli serta kumpulan minoriti Bumiputera yang lain di Sabah dan Sarawak sertameningkatkan pendapatan golongan yang berpendapatan rendah, khususnya mereka

dalam kumpulan pendapatan 30 peratus terendah. Kesemua program pembasmian

kemiskinan akan diperkemaskan di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyattermasuk mewujudkan projek yang dapat menjana pendapatan, meningkatkan peluangmemperolehi kemudahan asas dan memupuk sikap berdikari. Untuk mengurangkan

 jurang pendapatan di kalangan isi rumah, peluang untuk golongan yang berpendapatanrendah mengikuti program pendidikan dan latihan akan dipermudahkan lagi. Sektor

swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan digalak untuk menyokong danmelengkapkan usaha ini.