artikel bulan iniberita buletin berita buletin · artikel bulan iniberita buletin ... akhir...

20
Artikel Bulan Ini Maqasid Syariah: Huraian dan Kepentingannya: Bhgn Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Berita Buletin Seminar Kefahaman Falak Seminar Komunikasi Islam Program Santai Janji Sampai Ceramah Halalkah Makanan Kita Ceramah Maal Hijrah & MaulidurRasul Berita Buletin Ceramah Fiqh Wanita Kursus Sembelihan Halal 2 Program Fiqh Wanita i-HACE 2.0 i-HACE Kuala Pilah I-HACE Peringkat N.9 i-MAP Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan N. Sembilan <<< ACIS UiTMN9 / Edaran Dalaman >>> Rabiul Awal / Rabiul Akhir 1439 — November / Disember 2017

Upload: nguyenkhanh

Post on 05-Mar-2019

282 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

Artikel Bulan Ini

Maqasid Syariah: Huraian dan Kepentingannya: Bhgn

Akhir

Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan

Kewajiban Menuntut Ilmu

Agama

Berita Buletin Seminar Kefahaman Falak Seminar Komunikasi Islam Program Santai Janji Sampai Ceramah Halalkah Makanan Kita Ceramah Maal Hijrah & MaulidurRasul

Berita Buletin Ceramah Fiqh Wanita

Kursus Sembelihan Halal 2 Program Fiqh Wanita

i-HACE 2.0 i-HACE Kuala Pilah

I-HACE Peringkat N.9 i-MAP

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan N. Sembilan

<<< ACIS UiTMN9 / Edaran Dalaman >>>

Rabiul Awal / Rabiul Akhir 1439 — November / Disember 2017

Page 2: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada

pembaca budiman sekalian. Buletin ACIS siri

kelima berjaya diterbitkan dan merupakan Edisi

Bumper untuk penutup tahun 2017. Edisi kali

ini, memuatkan tiga artikel, iaitu “Maqasid Syari-

ah: Huraian dan Kepentingannya: Bhgn Akhir”,

“Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan” dan

“Kewajiban Menuntut Ilmu Agama”. Edisi kali ini

juga, kami menyajikan beberapa aktiviti yang

telah dianjurkan oleh ACIS, UiTM N.Sembilan

dan unit-unit lain dalam bentuk berita dan lensa.

Semoga Buletin kali ini dapat memberi manfaat

kepada semua warga UiTM. Selamat membaca.

Maqasid Syariah: Huraian dan Kepentingannya. Bhgn Akhir ( 3 - 8 )

Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan ( 14 - 15 )

Kewajiban Menuntut Ilmu Agama ( 20 )

Berita Buletin ACIS UiTM N9

Seminar Falak ( 9 )

Seminar Komunikasi ( 10 )

Program Santai ( 11 )

Ceramah Halalkah Makanan Kita ( 11 )

Ceramah Maal Hijrah & Maulidur Rasul (12 )

Ceramah Fiqh Wanita ( 12 )

Kursus Sembelihan Halal 2 ( 13 )

Program Fiqh Wanita ( 13 )

i-HACE 2.0 ( 16 )

i-HACE Kuala Pilah ( 17 )

i-HACE Peringkat N. Sembilan ( 18 )

i-MAP ( 19 )

Jika berminat untuk

menghantar sebarang artikel

atau komen, boleh email ke

[email protected]

Keterangan Gambar Cover

Gambar kenangan beberapa majlis penutup Program ACIS

UiTM Cawangan N. Sembilan. Gambar 1 (Majlis Penutup i-

HACE 2.0), Gambar 2 (Majlis penutup i-HACE Kuala Pilah),

Gambar 3, (Majlis Penutup i-HACE N.Sembilan di UiTM

Kampus Rembau) dan Gambar 4 (Majlis penutup i-MAP di

UiTM Kampus Seremban

SIDANG REDAKSI

Penaung:

Prof. Dr. Nasrudin Mohammed (Rektor)

Penasihat:

Hisam Satari

(Ketua Pusat Pengajian Acis )

Editor:

Mu’allim Bin Mohd Bakri

Sidang Pengarang:

Hisam Satari

Mohammad Faizul Abdan

Mu’allim Mohd Bakri

PENERBIT

UiTM Cawangan Negeri Sembilan

Kampus Seremban

Persiaran Seremban Tiga/1,

70300 Seremban 3,

Negeri Sembilan, Malaysia

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan N. Sembilan

Page 3: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

Dari segi bahasa maqasid syariah adalah perkataan laqab yang mengandungi dua perkataan yang disatukan iaitu maqasid dan syariah. Maqasid adalah per-kataan jama’ dari kalimah maqsad, iaitu qasad, yaqsud, qasdan dan maqsadan. Dari segi bahasa bermakna meminta sesuatu dan mendatangkannya, jalan yang lurus, lurus dan sederhana, keadilan dan kebenaran, keras dan paksa.

Syariah pula berasal dari kalimah syara’.

Dari segi bahasa ia bermaksud sumber air minuman yang menjadi tumpu-an orang ramai untuk meminumnya atau tujuan-tujuan lain. Secara literal perkataan syariah membawa dua maksud yang ber-beza tetapi mempunyai kefahaman yang saling berkait di antara satu sama lain. Per-tamanya, ia membawa maksud sumber air dan keduanya bererti pembawaan atau jalan yang jelas dan lurus. Syariah juga dikenali sebagi al-Din dan al-Millah. Kalimah syariah lazimnya digantikan dengan perkataan Islam atau Muhammad. Dari segi istilah iainya boleh difahami dalam tiga pengertian yang saling berkaitan iaitu rahsia atau hikmah, atau matlamat atau makna sesuatu hukum syarak yang

disyariatkan kepada manusia demi ke-baikan di dunia dan di akhirat.

Maqasid syariah merujuk kepada matlamat atau hikmah atau makna pen-syariatan sesuatu hukum sama ada yang umum atau khusus untuk kemaslahatan manusia di dunia dan akhirat. Oleh itu pemahaman nas melalui usul fiqh dan maqasid syariah akan melahirkan fiqh yang hidup dan semasa. Justeru fiqh tidak sahaja dilihat dari sudut usul semata-mata tetapi juga harus dilihat dari sudut maqasid bagi mengelakkan penggunaan fiqh zaman terdahulu semata-mata tanpa melihat realiti umat pada zaman ini. Menurut Imam Abu Ishak asy-Syatibi, selain dari untuk memelihara kemaslahatan atau kepentingan manusia dalam menjalani ke-hidupan di dunia, ia juga bertujuan untuk memelihara kepentingan manusia selepas kematian mereka.

Firman Allah Taala: “Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi ) rahmat bagi semesta alam”. (Al-Anbiaya’: 107). Ayat ini menjelaskan bahawa syariat diturunkan adalah untuk ke-maslahatan manusia. Justeru semua syariat diturunkan pasti akan mendatangkan kebaikan untuk manusia sejagat dan bukan kemudharatan.

Hikmah ditakrifkan sebagai men datangkan sesuatu kebaikan atau men yempurnakan kebaikan atau menolak kerosakan atau mengurangkan risiko kerosakan atau apa-apa yang berkaitan dengan kesudahan yang baik. Semua takrif ini merujuk kepada maqasid sesuatu hukum yang disyariatkan oleh Allah.

Manakala maslahah ialah sesuatu yang menghasilkan kebaikan iaitu per-buatan-perbuatan yang diperjuangkan manusia bagi menghasilkan kebaikan bagi dirinya dan orang lain. Maslahah men yentuh secara langsung kebaikan dan kepentingan sesuatu perkara. Imam asy-Syatibi mendefinisikan maslahah sebagai sesuatu yang difahami untuk

Oleh : Hisam Bin Satari (KPP ACIS UiTM Caw. N.Sembilan) Bahagian Akhir

Definasi Maqasid Syariah

3

Page 4: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

memeliharanya sebagai suatu hak hamba, bagi meraih kemaslahatan dan menolak kefasadan yang diketahuinya tidak didasarkan pada akal semata-mata, jika Allah Taala tidak memberikan penegasan ter-hadapnya, bahkan menolaknya, maka kaum muslimin hendaklah sepa-kat menolaknya sebagai kemasla-hatan. Definisi ini jelas me nunjuk-kan bahawa maslahah dari sudut istilah adalah mengambil manfaat dan menolak kerosakan yang tidak hanya berdasarkan kepada akal yang waras semata-mata, tetapi dalam kerangka memlihara hak hamba dan tidak ber-lawanan dengan nas syara’.

Imam al-Ghazali berpendapat ‘al-maslahah adalah suatu gambaran untuk mengambil manfaat atau menghindarkan kemudaratan, tapi bukan itu yang kami maksudkan, sebab meraih manfaat dan menghindarkan kemudaratan terse-but bukanlah tujuan kemaslahatan manusia dalam mencapai maksud-nya. Yang kami maksudkan dengan maslahah adalah memelihara tujuan syara’. Pendapat ini memberi petunjuk bahawa ada dua maslahah, iai-tu maslahah menurut manusia dan maslahah menurut syara’. Maslahah menurut manusia ukurannya adalah akal dan perasaan, manakala maslahah menurut syara’ ukurannya adalah wahyu.

Imam Al-Ghazali membahagikan maslahah kepada lima perkara pokok yang dikenali sebagai al-Usul al-Khamsah (lima dasar) iaitu memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Manakala Ibn Subkhi menambah satu lagi tujuan syariat iaitu memelihara ke-hormatan. Pandangan beliau dikenali sebagai al-Kulliyyah al-Sitt. Kebanyak-kan ulamak bersetuju menerima pandangan al-Ghazali.

a) Menjaga agama

Ianya dilakukan dengan membina asas aqidah yang kuat dan benar, serta menjauhi perkara yang melemah dan

merosakkannya. Penyelewengan aqidah wajib dibenteras. Membiarkan kerosakan berluasa hanya menerbitkan kerosakan akhlak dan moral serta hilang nilai integriti dan semangat petriotik dan jati diri. Inilah cabaran zaman ini yang ter dedah dengan berbagai bentuk fahaman aliran pemikiran seperti plurlisme, liberalisme, LGBT dan lain-lain lagi. Menghindari kepercayaan yang ber tentangan dengan aqidah suci Islam se-hingga membawa kepada kepercayaan khurafat dan karut serta membawa kepada isu yang lebih besar iaitu kesyirikkan kepada Allah Taala.

Memerhati dan berfikir serta mengambil iktibar dan menguasai unsur-unsur aqidah yang dinyatakan oleh al-Quran dan Sunnah. Adalah sangat di-tuntut agar menjauhi dosa-dosa besar dalam aqidah seperti syirik, nifak, riyak dan khurafat.

Menegakkan syiar ibadah-ibadah

wajib, menghayati dan beramal dengan

nilai-nilai atau akhlak Islam seperti jujur,

ikhlas, amanah dan mengerjakan amal

soleh. Seterusnya beramal dengan

Pembahagian Maslahah Berasaskan Maqasid Syariah

4

Page 5: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

amalan-amalan sunat muakkad serta

mengerjakan ibadah sunat, tazkiayah al-

nafs, bersedekah serta membuat kebajikan

seperti bersedekah, saling bantu

membantu (takaful).

b) Menjaga Nyawa

Islam mengaharamkan pertumpahan

darah dengan jalan yang tidak benar. Apa-

bila nyawa tidak terpelihara maka ke-

tenteraman dan kemanan akan hilang.

Hadis Rasulullah yang bermaksud

“Seseorang Islam itu ialah yang me-

nyelamatkan kaum muslimin melalui

lidah dan tangannya, dan orang yang

beriman pula ialah orang yang di-

percayai oleh orang lain dalam menja-

min nyawa dan harta benda

mereka” (Riwayat al-Tirmizi).

Selain dari mengharamkan pembunu-

han, penganiayaan serta bunuh diri syariat

juga memperuntukan hukuman bagi

mencegah perilaku-perilaku itu berlaku

dengan melaksanakan hukuman qisas,

takzir dan denda(diyah). Konsep menjaga

jiwa juga boleh difahamkan dengan usaha

menyediakan keperluan jasad dari segi

makanan, minuman, pakaian dan tempat

tinggal. Mengambil rukhsah ketika

dharurat, menjaga diri dari segala penyakit

dan mara bahaya.

c) Menjaga Akal

Akal wajib dipelihara dan dipupuk

dengan nilai-nilai mulia dan ilmu. Semua

perkara yang menjerumus kepada ke-

hilangan akal seperti arak, dadah wajib

dibenteras. Ini disebabkan segala

kemajuan tamadun manusia bermula

dengan lahirnya para ilmuan dan sarjana

yang mengaplikasi penggunaan akal yang

cerdas dan bersih. Akal mampu merubah

dan membangunkan potensi inovasi

berteraskan ilmu dan kemahiran. Men-

jauhkan tabiat yang merosak fungsi akal

seperti mengikut hawa nafsu, taqlid buta

dan menolak kebenaran walau disertakan

dengan dalil dan bukti yang nyata. Untuk

memastikan akal dapat berfungsi dengan

sebaik mungkin dan potensinya

dipertingkat dan dikembangkan, Islam

mensyariatkan ibadah dan amalan seperti

menuntut ilmu dan merangsang budaya

berfikir, memahami, mengingati,

memerhati, merenung, meneliti, mengkaji,

membuat analisa, menilai, membuat

kesimpulan serta mengambil pengajaran

dan iktibar.

d) Menjaga Keturunan

Keturunan wajib dipelihara demi

menjaga sistem sosial dalam masyarakat

Islam. Apabila keturunan telah rosak

dengan sebab menyalahi peraturan syariat

seperti lesbian, gay, dwiseksual dan se-

bagainya, maka struktur sosial akan men-

jadi kacau bilau dan seterusnya akan

runtuh dengan sendirinya. Memlihara

marwah dan kehormatan diri dan

keturunan dari dicabuli dan dicemari.

e) Menjaga Harta

Dalam menjaga harta, Islam telah

mengariskan prinsipnya iaitu al-adl wal

ihsan. Pendekatan Islam amat menitik

beratkan soal keadilan dengan

mengharamkan segala jenis penindasan,

amalan riba’, penipuan, rasuah, monopoli

yang tidak seimbang, manipulasi pasaran

5

Page 6: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

dan segala bentuk penyelewengan atau

yang merugikan sebahagian pihak. Firman

Allah Taala : “ Wahai orang-orang yang

beriman, janganlah kamu makan

(gunakan) harta-harta kamu sesama

kamu dengan jalan yang salah kecuali

dengan jalan perniagaan yang

dilakukan secara sukla di antara kamu,

dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan

sesama sendiri. Sesungguhnya Allah

sentiasa mengasihani kamu”.

(al_Nisa’:29)

Harta dari perspektif Islam adalah milik Al-

lah Taala, manusia menjadi khalifah men-

gurusnya dan ditugaskan memakmur

bumi. Justeru itu bekerja diwajibkan

dengan tujuan mendapatkan rezki dan

menjalankan tugas memakmur bumi.

Sebab itu disyariatkan akad-akad yang

membolehkan perpindahan harta dan hak

milik dengan cara berniaga, bekerja dan

mewarisi. Bagi memastikan harta diperoleh

dan diuruskan dengan baik, maka dijelas-

kan panduan mencari rezeki yang halal,

cara menafkahkan harta, hak-hak Allah

yang wajib ditunaikan serta larangan me-

makan harta secara batil.

Menuntut ilmu diwajibkan bagi mencapai

matlamat menjaga akal. Ia merupakan

fardhu ain dan fardhu kifayah mengikut

urutan berdasarkan kepada keperluan dan

kepentingan. Kepentingannya tidak hanya

terbatas kepada skop individu bahkan

menjangkau kepentingan masyarakat. Di-

peringkat individu menjaga akal dapat di-

capai dengan memperoleh ilmu dan

kemahiran yang lazim diperlukan untuk

membeolehkan manusia dapat menjalani

kehidupan. Manakala di peringkat

masyarakat, umat Islam perlu gigih

berusaha untuk menimba dan meluaskan

skop ilmu pengetahuan agar sampai tahap

berdikari dalam lingkungan bidang ke-

hidupan yang dharuri, hajiy dan tahsini.

Usaha ini perlu bertitik tolak dan didorong

oleh penghayatan nilai-nilai dan prinsip-

prinsip Islam. Manusia tidak semestinya

sama dengan kemampuan akal, sebahagi-

an mereka terhad di suatu peringkat

manakala yang sebahagiannya mampu

meningkatkan dirinya lebih jauh lagi. Di

kalangan mereka ada yang berupaya

untuk menguasai suatu ilmu sehingga

boleh menyumbang rekaan baru.

Imam as-Syatibi membahagikan

keutamaan maslahah kepada tiga, iaitu:

a) al-Dharuriyat

Iaitu keperluan sesuatu maslahah

sampai ke tahap yang sangat genting dan

mendesak sehingga berada dalam

keadaan yang merbahaya dan

mengancam seseorang. Oleh itu ke-

hilangan perkara dharuriyat akan

mengancam kebahagian hidup manusia.

Para ulamak merumuskan perkara

dharuriyat dalam kehidupan manusia ada-

lah agama, jiwa, keturunan, harta dan akal.

b) al-Hajiyyat

Iaitu suatu keperluan bagi kelegaan

dan menghilangkan kesempitan yang pada

lazimnya boleh membawa kepada

Tingkatan Maqasid Syariah

6

Page 7: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

kesusahan dan kesempitan tanpanya.

Dengan kata lain ia adalah sesuatu yang

berkaitan dengan keperluan hidup yang

umum dan tidak sampai ke tahap dharurah

dan tidak sampai ke tahap yang boleh

medatangkan fasad atau binasa pada

adatnya.

c) al-Tahsiniyyat

Iaitu sesuatu yang boleh mengelok-

kan keadaan mereka dan menjadikannya

serasi dengan kehendak maruah dan

akhlak yang mulia seperti kebersihan, me-

nutup aurat dan sebagainya.

Antara kepentingan maqasid syariah

dalam kehidupan umat Islam secara

khususnya dan umat manusia secara am-

nya ialah :

a) Melahirkan Kemampuan Intelek

Maqasid syariah akan melahirkan

insan yang sempurna dan seimbang dari

segi jasad, ruh dan akal bagi memenuhi

tujuan pengabdian diri kepada Allah Taala.

Dalam arus kemodenan yang menuntut

penguasaan dalam pelbagai bidang ilmu

seperti mengeluarkan fatwa yang berkaitan

isu-isu semasa, membentuk polisi dan

dasar kehidupan sesebuah tamadun,

pastinya amat diperlukan agar ada

seklompok dalam masyarakat yang

mempunyai kemahiran dan keupayaan

menjalankan tugas tersebut. Mampu

mengeluarkan tenaga kerja dan intelektual

ummah yang mampu berkhidmat kepada

masyarakat secara berkesan dan

berhemah mengikut bidang kemahiran

yang tertentu.

Ia juga mampu melahirkan golongan

ilmuan dan sarjana ynag boleh mem-

bangun dan mengembangkan sesuatu

disiplin keilmuan Islam moden. Masa

depan umat Islam boleh dikatakan antara

lainnya bergantung kepada golongan

ilmuan ini. Terlalu banyak ruang dan

peluang yang diperlukan oleh mereka yang

mahir dalam sesuatu bidang yang dikait-

kan dengan kepentingan maqasid syariah

seperti bidang sains kemasyarakatan, per-

bankan dan kewangan Islam, perubatan

dan sains hayat serta bioteknologi dan lain

-lain lagi disiplin ilmu sains dan teknologi.

b) Asas Kesatuan Ummah

Maqasid syariah yang merangkumi

tuntutan kehidupan manusia dari pelbagai

sudut, memberi gambaran serta cerminan

akan kecermerlangan tamadun Islam.

Dengan nilai intelek yang dipelopori oleh

sarjana-sarjana Islam telah meninggalkan

satu bentuk keinginan yang mendalam

kepada falsafah dan amalan bidang

keilmuan dan pemikiran intelektual muslim

terutamanya di dalam tamadun Islam

Andalusia. Mereka bersatu atas dasar

kecintaan kepada bidang ilmu yang tinggi

sehingga budaya ilmu berkembang dan

mendorong mereka secara tidak langsung

kepada kemurnian syariat Islam yang men-

jadi asas dan rujukan dalam pembinaan

kesatuan tersebut.

c) Memberi Kesegaran dan Pembaharuan

Konsep maqasid syariah menjadi

asas kepada pembaharuan pemikiran

hukum Islam. Mengikut pandangan Hasbi

al-Siddiqei, upaya memecahkan masalah

hukum Islam tidak cukup hanya tertumpu

kepada metode Qiyas semata-mata.

Tindakan ini bakal menyebabkan hukum

Islam tidak mampu memenuhi tuntutan pe-

rubahan zaman, bahkan seandainya

metode Qiyas ini dipaksakan pemakaian

nya dalam konteks zaman moden, ianya

bakal menyebabkan banyak kemaslahatan

manusia akan terabai. Atas dasar inilah

pentingnya penetapan hukum yang

berteraskan konsep maqasid syariah.

Kepentingan Maqasid Syariah

7

Page 8: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

d) Tuntutan Globalisasi

Era globalisasi telah mewujudkan

dimensi dakwah yang lebih luas. Hal ini

terbukti dengan reliti tersebarnya pelbagai

buku dan laman web tentang agama Islam

yang menerangkan tentang sikap ajaran

Islam yang menentang keras sebarang

amalan ekstremisme yang melampau.

Masyrakat barat telah mengkaji al-Quran

dan Sunnah, hasilnya mereka berasa

hairan kerana sebahagian besar daripada

ajaran Islam didapati penuh dengan sifat

rahmah yang amat baik, kemuncaknya

boleh dilihat dengan bertambah ramai

masyarakat Barat yang telah memeluk

Islam.

e) Memberi Ruang Pendekatan yang

Sesuai

Keperluan mengamalkan pendekatan yang

selektif terhadap prinsip hak asasi manusia

ala Barat yang sering disamakan dengan

maqasid syariah. Mengikut kupasan para

fuqaha Islam, kepentingan manusia dan

masyarakat yang dijamin oleh syariah

Islam di dorong oleh empat intipati yang

utama;

i. Jalb al-Masalih- mencapai kepentingan

di dalam kehidupan

ii. Dar al-mafasid – menolak kerosakan

yang bakal timbul dalam masyarakat

iii. Sadd al-Dharar – menyekat

kepentingan buruk

iv. Taghayyur al-Zaman – mementingkan

faktur peredaran zaman.

Jika dilihat kepada ruang kepentingan

yang cuba dipelihara oleh syariah islam,

secara jelasnya kepentingan ini terbahagi

kepada tiga bahagian;

i. Kepentingan awam masyrakat terbanyak

– ianya perlu sentiasa dijaga dan

diutamakan dalam setiap pensyariatan

hukum Islam.

ii. Kepentingan orang kebanyakan – ianya

perlu dijaga demi untuk memastikan

kebajikan masyarakat awam

iii. Kepentingan orang perseorangan –

ianya perlu dijaga selama mana tidak

menjejaskan kepentingan masyarakat

awam dan tidak bertentangan dengan

lunas-lunas Islam.

Mahmood Zuhdi Ab majid dan Paizah Ismail (2004), Penghantar Pengajian Syariah, Kuala Lum-pur: al-Bain Corporation sdn bhd.

Mohd Aizuddin Mohd Sani.(2002), Hak Asasi manusia menurut Pandangan Islam dan barat, Kua-la Lumpur: Utusan Publication.

“Islam Dalam Internet”, Dalam Majalah PC, Jilid 5.V, 1996, hlm 29.

Mahsun Fuad (2005), Hukum Islam Indonisia: Dari Nalar Partisipatoris hingga Emansipatoris, Yokya-karta: LKIS.

Rahimin Affendi et.all, kertas kerja : Pendekatan

Baru Maqasid Syariah Dalam Pengajian Syariah Di

Malaysia: Satu Analisis

Dr yusuf Al-Qardhawi,1998, Panduan Memahami

Syariat Islam. Pustaka Ilmi

Dr. Yusuf Al-Qardhawi. 2000. Penghantar

Pengetahuan Islam. As-Syabab media

Rujukan

8

Page 9: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

Pada 15 November 2017 yang lalu, satu

Program Pemantapan Akademik untuk kod

kursus CTU211 (Sains dan Teknologi Islam)

telah diadakan di UiTM Kampus Kuala Pilah.

Program ini telah memilih tajuk “Seminar

Kefahaman Falak” sebagai medium yang

sesuai dikongsikan dengan para pelajar

semua. Program ini telah dianjurkan oleh

pihak ACIS bersama-sama dengan Jabatan

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Seramai 187

orang pelajar yang terlibat dalam seminar ini.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran

Dato’ Haji Mohd Yusof Bin Hj. Ahmad (Mufti

Kerajaan Negeri Sembilan), Prof Madya Dr.

Abdul Halim Ramli (Timbalan Rektor HEA

UiTM Caw. Negeri Sembilan) dan Ust. Hisam

Satari (KPP ACIS UiTM Caw. Negeri Sembi-

lan).

Oleh : Mu’allim Bin Mohd Bakri (Pensyarah ACIS UiTM Kampus Seremban)

9

Page 10: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

Pada 9 Disember 2017, Sebuah

Program Pengukuhan Akademik untuk kod

kursus CTU271 (Islam dan Komunikasi)

telah diadakan di UiTM Kampus Rembau.

Program Pengukuhan ini dinamakan

sebagai “Seminar Komunikasi

Islam” (SKI). Seminar ini adalah hasil

kerjasama di antara ACIS UiTM Kampus

Rembau dan juga ACIS UiTM Kampus

Alor Gajah.

Seramai 410 orang pelajar terbabit

dalam seminar ini yang terdiri daripada

pelajar-pelajar yang mengambil kod kursus

CTU271 daripada kedua-dua kampus.

Seminar ini telah memberi

pendedahan kepada pelajar untuk

mengasah bakat dalam menulis dan mem-

bentang hasil tulisan dalam pelbagai topik

yang berkaitan dengan kod kursus

CTU271. Kaedah seminar ini merupakan

satu inovasi dalam pengajaran dan pem-

belajaran yang telah selesai dibina pada

20 Julai 2017 lalu.

Semoga seminar ini akan dapat

diteruskan untuk semester-semester yang

akan datang kerana seminar sebegini

dapat membuka minda pelajar dengan

lebih kreatif dalam menyelesaikan

tugasan yang diberi.

Oleh : Mu’allim Bin Mohd Bakri (Pensyarah ACIS UiTM Kampus Seremban)

10

Page 11: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

Pada 17 November 2017 bertempat di Bilik

Mesyuarat Pentadbiran UiTM Kampus Seremban,

Satu program bicara yang dinamakan “Program

Santai Janji Sampai” telah di anjurkan oleh HEI

ACIS UiTM Kampus Seremban. Program ini telah

disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Nor Bin

Mamat (ACIS, Uitm Shah Alam). Tajuk bual bicara

yang dipilih oleh beliau adalah “Suami Bekerja,

Isteri Bekerjaya”. Seramai hampir 30 orang staf

telah turut serta menyertai program bual bicara ini.

Pada 8 Disember 2017 yang lalu, sebuah ceramah

agama yang bertajuk “Halalkah Makanan Kita”.

Program diadakan di Pusat Islam Uitm Kampus Kuala

Pilah. Penceramah yang menyampaikan ceramah adalah

Da’I Wan Dazrin Bin Wan Din.

11

Page 12: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

Pada 7 November 2017 yang lalu, Satu ceramah

sempena Maal Hijrah dan Maulidur Rasul telah diada-

kan di Pusat Islam UiTM Kampus Rembau.

Penceramah yang dijemput adalah Ustaz Salahuddin

Azarei yang merupakan pegawai perhubungan

antarabangsa Yayasan Sofa.

Pada 14 Disember 2017, Ceramah Fiqh Wanita telah

diadakan di Pusat Islam UiTM Kampus Kuala Pilah. Tajuk yang

kali ini adalah berkaitan dengan “Haid dan Istihadhah”. Pen-

ceramah yang dijemput adalah Ustazah Nor Hanisah

Mohamad (Tenaga Pengajar Fardhu Ain & al-Quran Pusat

Pengajian dan Kecemerlangan Islam Baitussaadah)

12

Page 13: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

Pada 25 November 2017, Kursus Sembelihan Halal

telah dilaksanakan buat kali yang kedua di Pusat Islam

UiTM Kampus Kuala Pilah.

Pada 17 November 2017, Program Fiqh Wanita telah diadakan di Pusat Islam UiTM Kampus Rembau.

Ceramah kali ini telah disampaikan oleh Ustazah Nur Ilham Wan Abdullah (Pensyarah ACIS UiTM Kam-

pus Rembau. Tajuk yang disampaikan adalah “Persediaan Mati”

13

Page 14: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

Musim cuti persekolahan sering digunakan oleh masyarakat Islam di Malaysia untuk mengadakan majlis perkahwinan, berkhatan dan seumpama nya. Kenduri kahwin atau disebut juga ‘ walimatul urus ‘ menjadi medan pertemuan antara ahli keluarga. Pertemuan tersebut berlangsung beberapa kali sebelum tiba tarikh yang telah dipersetujui bersama. Penetapan tarikh perkahwinan tidak dibuat sewenang-wenangnya, ia ditentukan setelah tercapai persetujuan antara ahli keluarga. Lazimnya majlis perkahwinan diadakan semasa hari kelepasan awam, Sabtu atau Ahad dan ada juga semasa hari kelepasan awam. Setiap minggu tidak akan sunyi, daripada undangan majlis berkenaan. Malahan ada kalanya akan diterima lebih daripada satu kad undangan. Persoalannya, apakah benar hukum menghadiri undangan perkahwinan itu wajib ? Kalau ia wajib, apakah ada syarat-syarat mengenainya ?

Sebenarnya menghadiri undangan

perkahwinan itu suatu kewajipan, namun sejauh mana pemahaman masyarakat ter-hadap makna kewajipan itu perlu kepada huraian. Kemungkinan ianya dilihat dari sudut hubungan kemasyarakatan atau sememangnya syara` menghendaki demikian atau kedua-duanya sekali. Untuk itu dihuraikan hukum menghadiri kenduri

perkahwinan itu mengikut pandangan syara'. Hukum menghadiri atau memenuhi undangan perkahwinan itu adalah fardhu `ain iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini berdasarkan kepada sabda Nabi saw di dalam hadis-hadis Baginda, di antaranya sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud: "Apabila salah seorang diantara kamu diundang untuk menghadiri walimah (perkahwinan), maka hendaklah dia datang menghadirinya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Begitu juga sebuah hadis lain yang bermaksud (".......dan barangsiapa tidak memenuhi undangan (walimah pernikahan) maka dia telah melanggar perintah Allah dan Rasul-Nya."(Hadis riwayat Bukhari). Diperkuat-kan lagi dengan sebuah hadis lain yang bermaksud: "Apabila salah seorang di antara kamu diundang untuk menghadiri walimah perkahwinan, hendaklah dia memperkenankan (menghadiri jemputan itu)" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Melalui hadis-hadis yang telah di sebutkan, jelaslah kepada kita bahawa hukum menghadiri jemputan kahwin itu adalah fardhu `ain. Namun kewajipan untuk menghadiri jemputan itu bergantung kepada syarat-syarat yang tertentu. Antara syarat-syarat tersebut adalah:

Oleh : Mu’allim Bin Mohd Bakri (Pensyarah ACIS UiTM Kampus Seremban)

14

Page 15: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

i. Orang yang menjemput atau mengundang itu orang Islam, akan tetapi disunatkan menghadiri jemputan orang kafir dzimmi, jika kita mengharapkan agar dia masuk Islam.

ii. Hendaklah jemputan itu menyeluruh,

meliputi keluarga orang yang men-jemput atau jiran-jiran atau pekerja-pekerjanya dengan tidak membeza-bezakan di antara yang miskin dengan yang kaya.

iii. Hendaklah orang yang menjemput itu

menentukan orang yang dijemputnya tidak secara umum sama ada dengan cara menemuinya melalui kad jemputan atau dia mengutus seseorang untuk menjemputnya. Sekiranya orang yang menjemput itu membuka pintu rumahnya, lalu dia ber-kata : "Datanglah sesiapa saja yang mahu datang", maka tidak menjadi wajib menghadiri jemputannya.

iv. Orang yang dijemput hendaklah mem-

betulkan tujuan kehadirannya iaitu untuk merapatkan lagi hubungan yang sedia ada dan menambahkan ke-mesraan, bukan kerana takutkan orang yang menjemput atau kerana mencari dan mengharapkan faedah daripada kebesarannya atau untuk menolongnya ke arah kebatilan.

v. Jika jamuan itu dibuat tiga hari bagi

majlis yang sama, maka yang wajib dihadiri itu ialah jemputan pada hari petama, makruh dia hadir pada hari ketiga dan tidak lagi wajib dia hadir pa-da hari kedua. Sekiranya dia tidak dapat hadir pada hari pertama kerana sesuatu keuzuran seperti kerana ramainya orang yang berkunjung, maka wajib dia hadir pada hari kedua.

vi. Hendaklah orang dijemput tidak kuat

pada sangkaannya bahawa orang yang menjemput itu menggunakan hartanya yang haram untuk menyediakan hidangan yang disajikannya.

vii. Orang yang dipanggil itu tiada

keuzuran yang menghalangnya hadir. vii. Tidak ada jemputan lain mendahului

jemputan orang itu

ix. Tidak ada di tempat jemputan itu orang

yang menyakiti orang yang dijemput itu. x. Tidak ada di tempat jemputan itu sesua-

tu perkara mungkar seperti arak, alat bunyi-bunyian yang haram atau tari menari dan sebagainya.

xi. Jika kehadirannya di tempat jemputan

itu boleh membawa kepada terhalangnya perkara mungkar, maka wajiblah dia hadir supaya terhalang kemungkaran itu.

Jika terdapat salah satu perkara yang ber-

canggah dengan syarat-syarat di atas, maka gugurlah kewajipan kita untuk menghadiri undangan itu.

Kesimpulannya, menghadiri jemputan

perkahwinan adalah suatu kewajipan bagi setiap individu Muslim yang diundang, kerana dengan menghadiri jemputan itu kita dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara sesama insan di samping dapat mendedahkan diri kita ke dalam hidup bermasyarakat. Apatah lagi jika yang menjemput itu adalah jiran, ini sudah tentunya akan dapat menambahkan lagi kemesraan dan kasih sayang yang seterusnya akan dapat memupuk sifat bekerjasama, saling bantu membantu dan bergotong royong dalam membuat sesuatu pekerjaan.

RUJUKAN Ahmad bin 'Ali bin Hajr al-'Asqalani (2000),

Fath al-Bari Syarh Soheh al-Bukhori, Beirut Lubnan, Dar al-Kutub al-'Ilmiah

Hasan Ayob (2002), al-Suluk al-Ijtimaei, al-

Kaherah, Dar al-Salam Muhammad 'Ali al-Saboni, Tafsir Ayat al-

Ahkam min al-Quran, Beirut, Dar al-Kitab al-'Ilmiah, jilid 2, ms 246

Nawawi, al-, Imam Mahyudin Abi Zakaria

Yahya biun Sharaf al-Nawawi, Soheh Muslim bi Syarh al-Nawawi, al-Mansurah Mesir, Mak-tabah al-Iman

Wahbah Zuhaili (Prof.) (Dr.) (2002), al-Fiqh

al-Islami wa Adillatuhu, Beirut, Dar al-Fikr, jilid 4, ms 2619.

15

Page 16: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

Pada 16 November 2017 ACIS Uitm

Kampus Seremban telah menganjurkan

sebuah program yang dinamakan sebagai

Islamic Heritage and Culture Exhibition 2.0

(i-HACE). Program ini merupakan kali kedua

dianjurkan setelah kali pertama telah berjaya

dianjurkan pada semester yang lepas.

Program i-HACE 2.0 ini merupakan se-

buah program yang melibatkan para pelajar

degree yang mengambil kod kursus

CTU553/555 (Hubungan Etnik). Program di-

adakan untuk menilai dan memudahkan pem-

bentangan pelajar yang melibatkan

pemarkahan dalam subjek tersebut. Melalui

program ini, para pelajar telah diberi peluang

dan ruang untuk mengupas kandungan pem-

belajaran berkaitan kod kursus CTU553/555

dalam bentuk dokumentari video.

Bagi mendapatkan hasil video

dokumentari yang lebih berkualiti, program ini

diadakan seperti satu pertandingan dan ter-

dapat tiga kategori hadiah disediakan kepada

para pelajar.

Hadiah-hadiah tersebut meliputi kategori

gangsa, perak dan emas. Sebanyak lima

kumpulan telah terpilih untuk merangkul

kategori emas. Lantaran itu, secara tidak

langsungnya kelima-lima kumpulan pelajar ini

akan mewakili UiTM Kampus Seremban

untuk bertanding ke peringkat negeri yang

diadakan di UiTM Kampus Rembau.

Program ini telah diserikan dengan ke-

hadiran Dekan Fakulti Sains Pentadbiran

dan Pengajian Polisi, Prof. Dr. Posiah Mohd

Isa selaku merasmikan majlis penutup dan

menyampaikan Hadiah kepada para pelajar

yang memenangi pertandingan tersebut.

Oleh : Mu’allim Bin Mohd Bakri (Pensyarah ACIS UiTM Kampus Seremban)

16

Page 17: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

Pada 16 November 2017 ACIS Uitm Kampus

Kuala PIlah telah menganjurkan sebuah

program yang dinamakan sebagai Islamic

Heritage and Culture Exhibition (i-HACE).

Program ini dianjurkan rentetan hasil

daripada kejayaan i-HACE kali pertama yang

diadakan pada semester lepas di UiTM

Kampus Seremban.

Kaedah yang sama juga telah

dilaksanakan semasa program i-HACE ini

seperti yang diadakan di Kampus Seremban

cuma melibatkan pelajar yang berbeza dari

kampus yang berbeza bagi yang mengambil

kod kursus CTU 553/555 (Hubungan Etnik).

Semasa pertandingan ini, seramai 6

kumpulan yang terbaik telah terpilih untuk

mewakili kampus Kuala Pilah ke peringkat

Negeri yang diadakan di UiTM Kampus

Rembau.

Program ini diserikan dengan kehadiran

Prof Madya Dr. Abd. Halim Ramli selaku Tim.

Rektor HEA yang bertindak sebagai merasmi-

kan majlis penutup dan menyampaikan

hadiah kepada para pemenang.

Oleh : Mu’allim Bin Mohd Bakri (Pensyarah ACIS UiTM

Kampus Seremban)

17

Page 18: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

Pada 5 Disember 2017, Program i-HACE peringkat Negeri Sembilan telah diadakan di Dewan Biduanda UiTM Kampus Rembau. Program i-HACE Negeri Sembilan adalah kemuncak kesinambungan daripada program i-HACE peringkat Kampus yang telah diadakan di Kampus Seremban dan Kuala Pilah. Program ini melibatkan pelajar ijazah sarjana muda yang mengambil kursus Hubungan Etnik/ Sejarah Malaysia (CTU553/CTU555) terdiri daripada Kampus Kuala Pilah, Seremban dan Rembau.

Tujuan i-HACE peringkat Negeri Sembilan ini dianjurkan adalah sebagai membangunkan para pelajar yang mampu menguasai kemahiran insaniah (soft skill) dalam mem-beri impak pembelajaran sepanjang hayat. Program ini melibatkan pelajar ijazah sarjana muda yang mengambil kursus Hubungan Et-nik/ Sejarah Malaysia (CTU553/CTU555) terdiri daripada Kampus Kuala Pilah, Seremban dan Rembau. Pertandingan ini juga di adakan bagi menggalakkan per-saingan sihat dalam kalangan mahasiswa/i

yang melibatkan keseluruhan fakulti di Negeri Sembilan.

Sebagai memberi semangat persaingan antara para pelajar, 4 peringkat hadiah telah disediakan oleh pihak penganjur. Peringkat hadiah tersebut adalah Tempat ketiga (Gangsa), Tempat Kedua (Perak), Tempat Pertama (Emas) dan Utama (Diamond). Sebanyak 4 kumpulan telah mendapat anu-gerah Gangsa, 6 kumpulan pula mendapat anugerah Perak manakala 3 kumpulan mendapat anugerah emas. Anugerah Dia-mond atau juara keseluruhan telah berjaya di gondol oleh kumpulan daripada UiTM Kam-pus Seremban. Tajuk video dokumentari mereka adalah “7 Wasiat Raja-raja Melayu”.

Ustaz Hisam Bin Satari yang merupakan Ketua Pusat Pengajian (KPP) ACIS UiTM Caw. Negeri Sembilan telah diberikan penghormatan untuk merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah bagi program yang gilang gemilang ini.

Oleh : Mu’allim Bin Mohd Bakri (Pensyarah ACIS UiTM

Kampus Seremban)

18

Page 19: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

Pada 22 November 2017, Sebuah program yang dinamakan Islamic Management Presentation (i-MAP) telah diadakan. Program ini merupakan sebuah program yang julung-julung kali di anjurkan oleh pihak ACIS Kampus Seremban bagi menyahut hasrat agar sebuah program inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P) untuk pelajar diploma dapat dihasilkan.

Program ini bertujuan untuk menilai dan memudahkan pembentangan pelajar diploma Fakulti Sains Pengurusan Pentad-

biran dan Polisi (FSPPP) yang mengambil kod kursus CTU263 (Islam dan Penguru-san). Kategori yang dipertandingkan adalah berbentuk perbentangan slide mengikut kreativiti pelajar mengenai

institusi-institusi yang mereka kaji. Selain itu, melalui program ini boleh memudahkan pensyarah menilai hasil pembentangan pelajar dengan lebih terperinci.

Bagi mendapatkan hasil pem bentangan yang lebih berkualiti, program ini diadakan seperti satu pertandingan dan terdapat tiga kategori hadiah disediakan

kepada para pelajar. Hadiah-hadiah tersebut meliputi kategori gangsa, perak dan emas. Sebanyak lima kumpulan telah terpilih untuk merangkul kategori emas.

Program ini diserikan dengan ke-hadiran Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akad-emik) FSPPP Dr. Nor Hafizah Mohamed Harith dan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar) FSPPP Prof. Madya Norhayati Mohd Salleh selaku perasmi majlis penutup dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Oleh : Mu’allim Bin Mohd Bakri (Pensyarah ACIS UiTM Kampus Seremban)

19

Page 20: Artikel Bulan IniBerita Buletin Berita Buletin · Artikel Bulan IniBerita Buletin ... Akhir Wajibkah Hadiri Undangan Perkahwinan Kewajiban Menuntut Ilmu Agama Seminar Kefahaman Falak

Allah berfirman dalam al-Qur’an dalam Surah al-Nahl ayat 43 yang bermaksud: "…

bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan (agama) jika kamu tidak

mengetahuinya." ( An-Nahl :43).

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik – semoga Allah

merahmatinya - berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Menuntut ilmu (ilmu-ilmu yang asas)

adalah satu fardu ( wajib) atas tiap-tiap seorang Islam." (Ibnu Majah dan Lain-lainnya).

Huraiannya: Sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya

tidak dapat dilakukan dengan teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang

berkenaan dengannya, terutama dalam hal agama, maka tuntutan mempelajari hukum dan

peraturan Islam bagi amal ibadah yang hendak dilakukannya adalah wajib (fardu ain). Asas ilmu

agama yang wajib bagi setiap orang mukalaf (orang yang sudah baligh, berakal dan telah

mendengar dakwah Islam (dua kalimah syahadat)) pelajari dan ketahui, ialah berkaitan akidah,

masalah-masalah fekah, mulai dari cara bersuci hingga haji, beberapa hukum tentang muamalat,

kemudian tentang dosa-dosa hati dan anggota badan seperti lidah perut, kaki, tangan dan

lainnya.

Dalam kitab Al-Furuq dan "Tahzib al-Furuq" bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya-

'Ulumuddin" dan Imam Asy-Syafi'i dalam kitabnya "Ar-Risalah" menerangkan; Bahawa telah

sepakat alim ulama, tidak harus seseorang cuba melakukan sesuatu perkara sehingga ia

mengetahui lebih dahulu hukum-hukum Allah mengenai perkara yang hendak dilakukannya itu;

orang yang hendak berjual beli wajib mempelajari hukum mengenainya dan orang yang hendak

menyewa, memberi sewa, mengupah dan mengambil upah wajib mempelajari hukum yang

disyariatkan mengenainya. Demikian juga orang yang hendak solat wajib mempelajari hukum

berhubung hal solat. Demikian seterusnya, segala perkataan yang hendak dikatakan dan segala

amal yang hendak dikerjakan mestilah bersandarkan pada ilmu.

Sayugia diingat, bahawa ilmu agama itu bukan satu perkara yang mudah didapati bahkan

mestilah dipelajari dan diterima dari guru-guru yang betul-betul dan sah ilmunya serta jujur dan

adil dalam penyampaiannya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Rasulullah –selawat

dan salam atas baginda-. yang bermaksud: "Sesungguhnya ilmu (yang sah dan muktabar itu

tidak akan dapat dicapai melainkan) dengan dipelajari dari guru"; dan bukan semata-mata

dari buku-buku, lebih-lebih lagi yang dikarang oleh orang-orang orientalis, wahabi dan syiah yang

kebanyakannya menghidangkan madu bercampur racun.

Oleh : Mohammad Faizul Abdan (Peg. Hal Ehwal Islam ACIS UiTM Kampus Kuala Pilah)

20