asas 50 ditubuhkan

Upload: maliqrayhani

Post on 03-Apr-2018

214 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Asas 50 Ditubuhkan

    1/1

    ASAS 50 DITUBUHKAN

    Pada hari ini 6.8.1950, sebuah Persatuan Penulis yang dikenali sebagai Angkatan Sasterawan

    50 atau ringkasnya "ASAS 50" telah ditubuhkan di Singapura. Persatuan itu telah diasaskan

    oleh beberapa orang penulis Melayu Singapura dan sebahagian besarnya merupakan penulis-

    penulis dan pengarang-pengarang Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura akibat

    tekanan penjajah Inggeris terhadap kegiatan politik dan kreativiti mereka. Di antara tokoh-

    tokoh penting ASAS 50 ini ialah Kamaluddin Muhammad atau Kris Mas, Usman Awang atau

    Tongkat Waran, Masuri S.N., Mohd. Arif Ahmad atau MAS, Abdul Wahab Muhamad atau

    Awamil Sarkam, Asraf dan Hamzah.

    Secara umumnya penubuhan ASAS 50 ini ialah untuk :-

    1. Memperluas dan mempertinggikan mutu Sastera Melayu2. Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang dan3. Mengadakan pembaharuan dalam sastera.

    Ia bergerak dengan cita-cita memajukan bahasa dan sastera Melayu sebagai alat untuk

    menuju ke arah kemerdekaan, keadilan sosial dan kemajuan fikiran, selari dengan konsep

    perjuangannya, 'Seni Untuk Masyarakat' atau 'Seni Untuk Rakyat'. Berpegang kepada Konsep

    ini ASAS 50 telah berjaya membawa satu bentuk dalam bidang penulisan cerpen dan sajak.

    Pada umumnya tema cerpen dan sajak ASAS 50 adalah bersifat kritik masyarakat. Oleh itu

    banyak dari cerpen atau sajak yang mereka hasilkan adalah mengarah kepada menentang

    golongan atasan dan membela kaum buruh, petani dan nelayan. Penubuhan ASAS 50 pada

    hari ini dalam tahun 1950, meskipun terdapat kelemahan-kelemahan dan tentangan-tentangan

    terhadapnya, ASAS 50 telah berjaya memberi daya dan mewarnai kehidupan sastera

    zamannya dalam bentuknya sebagai sastera majalah dan surat khabar. Ia juga adalah pelopor

    pembaharuan kepada kesusasteraan melayu moden iaitu selepas Perang Dunis Kedua.