asas fotografi & dslr (basic & advance tips) v2.2 (renew).pdf

55
© 2011 Zahir Turion Photography 0 2011 MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI ZAHIR TURION PHOTOGRAPHY (TR0100122-P) Versi 2.3 ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS)

Upload: wan-norizan-wan-othman

Post on 19-Dec-2015

125 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 0

2011

MOHD ZAHIRUDDIN ZOLKIFELI

ZAHIR TURION PHOTOGRAPHY

(TR0100122-P)

Versi 2.3

ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS)

Page 2: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 1

Page 3: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 2

Page 4: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 3

Aperture :

Aperture adalah bukaan lens. Lebih besar aperture maka lebih besar bukaan lens iaitu nilai “f”adalah

kecil. Contohnya aperture f/2 adalah aperture besar. Manakala aperture kecil adalah nilai “f” yang lebih

tinggi contohnya f/8 atau f/22. Bukaan lens mempengaruhi karakteristik gambar yang diambil. Bukaan

lens memberikan 2 kesan utama iaitu :

Analogi : Ianya seperti menakung air di dalam baldi , jika paip (aperture/bukaan lens) adalah

besar maka air (cahaya) akan dapat memenuhi baldi (sensor) dalam masa yang singkat (shutter speed

akan menjadi tinggi). Dan sebaliknya.

- Lebih besar aperture (lebih kecil nilai f) maka lebih banyak cahaya masuk kerana bukaan

lens adalah besar. Dan ianya akan membolehkan penggunaan shutter speed yang lebih

tinggi untuk membekukan pergerakan atau penggunaan ISO yang rendah untuk

mengurangkan kesan noise pada gambar.

- Lebih besar aperture (lebih kecil nilai f) lebih kecil DOF (Depth of Field) maka lebih mudah

untuk menghasilkan gambar dengan subjek kelihatan sharp dan background/foreground

kelihatan blur (out of focus). Oleh kerana itulah lens yang mempunyai aperture contohnya

f/1.4 sangat mudah menghasilkan background blur yang cantik.

Contoh Gambar Menggunakan Aperture Berlainan

f/1.8

f/22

Page 5: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 4

Shutter Speed :

Shutter speed adalah kelajuan shutter (pengatup yang membenarkan cahaya sampai ke sensor). Shutter

speed memainkan peranan penting untuk menghasilkan gambar yang sharp kerana ianya melibatkan

tempoh kamera merakan imej yang dipaparkan oleh kanta. Shutter speed memberikan kesan berikut

dalam penghasilan gambar iaitu :

- Lebih tinggi shutter speed lebih cepat kamera merakam gambar. Pada kelajuan tinggi

kamera hanya sempat merakam gambar seolah – olah subjek kelihatan terhenti walaupun

ianya sedang bergerak. Jadi kelajuan shutter speed yang tinggi boleh membekukan

pergerakan subjek. Disamping itu penggunaan shutter speed yang tinggi juga boleh

mengelakkan gambar blur disebabkan gegeran yang terhasil dari tangan semasa mengambil

gambar. Apabila menggunakan shutter speed yang rendah ianya akan menyebabkan sensor

kamera merakam semua yang berlaku termasuk subjek yang bergerak jadi ini akan

menghasilkan gambar yang blur.

ISO :

ISO adalah kemampuan kamera untuk menguatkan isyarat yang sampai dari sensor supaya isyarat yang

lemah semasa kekurangan cahaya dapat dikuatkan untuk diproses dan menghasilkan gambar yang elok

dalam keadaan kekurangan cahaya. ISO ini sangat sukar difahami namun tips mudah adalah :

Analogi : Analoginya seperti isyarat radio yang diterima apabila anda tinggal di kawasan

pedalaman (ibarat kawasan kurang cahaya dalam istilah fizik) maka isyarat yang anda dapat adalah

sangat lemah (ibarat cahaya yang sampai ke sensor adalah sangat sedikit) dan anda terpaksa kuatkan

volume radio (ISO) untuk mendengar dengan lebih jelas. Semestinya anda dapat mendengar dengan

lebih jelas kerana lebih kuat (sensitiviti tinggi) tetapi bukan sekadar isyarat yang berguna sahaja yang

dikuatkan malah isyarat lain seperti bunyi bising seperti HISSS dan SSSS (noise) juga dapat didengar.

- Lebih tinggi ISO lebih tinggi shutter speed yang boleh digunakan atau lebih kecil aperture

yang boleh digunakan (untuk menambahkan Depth of Field).

- Lebih tinggi ISO lebih banyak noise (bintik – bintik) dalam gambar yang terhasil. Ini adalah

kelemahan apabila menggunakan ISO rendah. Jadi untuk menjaga kualiti gambar pastikan

anda menggunakan ISO yang bersesuaian dengan setiap keadaan semasa anda mengambil

gambar. Elakkan menggunakan ISO yang berlebihan.

Page 6: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 5

Formula Penting!!! (Aperture, Shutter Speed & ISO)

Aperture :

Page 7: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 6

Shutter Speed :

Page 8: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 7

ISO :

Page 9: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 8

Page 10: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 9

Page 11: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 10

Fungsi Butang EV :

Untuk pengetahuan anda butang EV adalah untuk mengawal tahap kecerahan dan kegelapan gambar

berbanding yang ditetapkan kamera. Mode ini boleh digunakan dalam mode P, A dan S kerana dalam

mode ini kamera akan menghasilkan gambar dengan kecerahan yang dirasakan mencukupi oleh

pemproses, tetapi kadang – kadang terdapat jugak kesilapan iaitu kamera menghasilkan gambar dengan

kecerahan yang berbeza dari yang sepatutnya. Untuk mencerahkan lagi gambar dari sepatutnya

pastikan nilai EV ini dilaraskan ke arah positif (+) dan sebaliknya.

oEV (kecerahan normal yang ditetapkan kamera)

+1EV (1 kali ganda lebih terang dari 0EV)

-1EV (1 kali ganda gelap terang dari 0EV)

Page 12: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 11

Page 13: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 12

- Untuk memudahkan anda memahami metering, ianya adalah cara kamera menganalisis dan

menentukan exposure (dedahan) yang sepatutnya untuk menghasilkan gambar yang

dirasakan sesuai dari segi kecerahan untuk sesuatu keadaan.

- Ianya adalah sangat penting kerana ianya menentukan ketepatan kecerahan gambar yang

sepatutnya dalam sesuatu keadaan (manusia juga boleh menentukan berapa nilai exposure

yang sesuai namun kamera lebih cepat dalam kebanyakan keadaan).

- Kebanyakan kamera baru mempunyai metering yang lebih tepat (biasanya dalam mode

Matrix Metering untuk Nikon dan Evaluative Metering untuk Canon) kerana lebih banyak

piksel pada setiap sensor metering dan pemproses imej yang lebih tepat dari masa ke

semasa. Jadi walaupun anda hanya menggunakan mode auto anda sudah mampu

mendapatkan gambar yang sesuai dari segi exposure walaupun dalam keadaan yang

mengelirukan dari segi kecerahan.

- Sebenarnya terdapat banyak jenis metering namun saya hanya menerangkan 2 jenis sahaja

yang penting dan secara menyeluruh. Ianya adalah :

Matrix Metering (Nikon) / Evaluative Metering (Canon) Dalam mode ini, kecerahan gambar yang sesuai ditentukan dengan berpandukan kecerahan

pada keseluruhan gambar. Jika imej itu mengandungi perbezaan kecerahan yang tidak

ketara antara kawasan cerah dan gelap maka kamera akan menghasilkan gambar dengan

kecerahan yang tepat atau hampir tepat. Namun jika lebih banyak kawasan yang terlalu

terang dalam gambar tersebut maka kamera akan membuat keputusan supaya keseluruhan

gambar perlu digelapkan untuk menjaga kawasan terang supaya tidak overexpose kerana

kawasan terang mewakili sebahagian besar dari gambar. Dan sebaliknya jika kawasan gelap

mewakili sebahagian besar dari gambar. Kamera akan membuat keputusan supaya

keseluruhan gambar dicerahkan untuk menjaga kawasan gelap dari underexpose.

Keadaan yang sesuai dengan mode ini adalah gambar indoor dalam rumah sama ada

memakai flash atau tidak. Gambar di persekitaran yang tidak banyak perbezaaan cerah dan

gelap seperti di taman permainan pada waktu pagi, di dapur, di taman bunga pada waktu

petang atau pagi di mana awan menutupi matahari.

Keadaan yang kurang sesuai dengan mode ini adalah keadaan di mana terdapat perbezaan

besar dari segi kecerahan antara subjek dengan background / foreground. Ini kerana kamera

akan memberikan keutamaan kepada salah satu sahaja sama ada kawasan cerah atau

kawasan gelap. Jadi di sini kita perlu gunakan satu lagi mode iaitu Spot Metering.

Page 14: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 13

Spot Metering

Spot metering ini sangat senang digunakan kerana tujuannya hanya satu iaitu mengarahkan

kamera supaya menentukan metering yang sepatutnya berdasarkan kawasan yang dipilih

sahaja. Dan kawasan yang dikehendaki itu dipilih dengan menggunakan focus point di dalam

viewfinder. Contohnya jika focus point kamera diletakkan pada kawasan cerah maka kamera

akan gelapkan gambar supaya kawasan di titik fokus itu tidak overexpose. Jadi keseluruhan

gambar kelihatan gelap kerana kamera hanya mengutamakan kawasan yang dipilih sahaja.

Dan sebaliknya.

Tujuan utama saya kongsikan berkenaan spot metering ini adalah untuk berkongsi cara

untuk mengambil gambar portrait yang mempunyai kecerahan sempurna pada bahagian

muka subjek walaupun diletakkan di dalam background yang mempunyai kecerahan yang

berbeza – beza. Jadi kamera akan hanya mengutamakan metering pada kawasan muka

subjek sahaja dan bukannya elemen lain.

Berikut adalah caranya :

1) Setkan metering mode ke SPOT METERING.

2) Frame dan compose subjek mengikut pilihan anda.

3) Setkan focus point ke muka subjek.

4) Tekan shutter release button jika anda menggunakan mode A (Av untuk Canon), S (Tv

untuk Canon) & P.

5) Jika anda menggunakan mode M sila pusing scroll wheel untuk melaras aperture dan

shutter speed supaya exposure bar di dalam viewfinder berada pada titik 0 atau berada di

tengah.

** Pastikan semasa mengambil metering focus point tetap berada di muka subjek. **

Page 15: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 14

Focal length :

Focal length juga memainkan peranan untuk menghasilkan ciri gambar yang berbeza. Terdapat banyak

julat focal length iaitu dari 8mm (fisheye) hinggalah 1200mm (supertelefoto). Namun di sini saya hanya

huraikan topik yang berkaitan dengan range biasa iaitu dari 18mm (28mm utk kamera DX) hingga

600mm (900mm untuk kamera DX). Lebih kecil focal length (lebih kecil nilai mm) maka lebih luas

gambar yang dihasilkan. Lebih tinggi focal length (lebih tinggi nilai mm) mala lebih sempit gambar yang

dihasilkan

Tips :

- Gunakan focal length yang tinggi contohnya 50mm dan ke atas untuk menghasilkan gambar

portrait dan close up yang cantik kerana depth of field adalah tipis dan sebarang objek yang

di luar jarak fokus akan menjadi blur. Ciri gambar yang sebegini sangat sesuai kerana hanya

subjek utama sahaja yang kelihatan sharp manakala selebihnya pula akan blur. Jadi mata

akan tertumpu pada subjek utama sahaja tanpa sebarang gangguan.

- Terdapat banyak kegunaan lens wide atau ultra wide. Selain boleh memuatkan semua

elemen dan background di dalam gambar ianya juga boleh menghasilkan kesan seperti kita

sedang berada di lokasi semasa sedang melihat gambar. Ini kerana dalam kehidupan

seharian kita melihat dengan menggunakan 2 mata jadi apa yang kita lihat setiap hari adalah

luas atau wide. Jadi jika gunakan lens wide angle kita seolah – olah dapat membayangkan

suasana semasa berada di lokasi di dalam gambar tersebut.

- Jika anda menggunakan lens ultra wide angle contohnya 21mm ke bawah seeloknya anda

mengambil gambar dari sudut berbeza, bukannya pada sudut biasa kerana salah satu ciri

lens ultra wide adalah distortion (gambar kelihatan melengkung dan ditarik ke sebelah

penjuru gambar), maka jika anda menggunakan angle yang ekstreme maka gambar yang

terhasil juga adalah unik. Contoh angle yang biasa diambil ialah kamera dan lens rendah ke

lantai, hampir – hampir ke siling atau atap, penjuru dinding, dekat dengan subjek. Sebagai

tips utama untuk gambar selain landscape adalah lens mesti dicondongkan semasa

mengambil gambar dan hampir dengan subjek atau mana – mana elemen di dalam

foreground.

Page 16: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 15

- Untuk mengambil gambar portrait dengan kit lens anda digalakkan untuk zoomkan lens

tersebut kepada focal length maksimum untuk menghasilkan gambar yang kelihatan

menarik. Contohnya apabila menggunakan lens Nikkor AFS 18-55mm f/3.5-5.6G VR anda

seeloknya menggunakannya pada 55mm untuk mengambil gambar portrait kerana hidung

akan kelihatan bulat, muka kelihatan seperti belon dan telinga kecil apabila

menggunakannya pada 18mm. Untuk contoh boleh rujuk gambar di bawah.

18mm

55mm

Sememangnya gambar portrait yang menggunakan focal length yang lebih tinggi menghasilkan

kesan menarik.

Cara Menghasilkan Background Blur (Bokeh*) Maksimum!!!

1) Gunakan aperture paling besar untuk tipiskan kawasan Depth of Field. Contohnya f/1.4, f1.8

dan sebagainya.

2) Gunakan focal length yang paling tinggi.

3) Pastikan jarak antara lens dan subjek adalah minimum.

4) Jarakkan subjek dari background.

Page 17: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 16

White Balance

White balance adalah cara kamera menyeimbangkan semula warna mengikut keadaan

pencahayaan berlainan dengan berpandukan warna putih. Maksudnya di sini di dalam keadaan

cahaya yang berlainan warna disebabkan suhu sumber cahaya berlainan kamera akan tetap

memastikan gambar kelihatan normal dengan cara mencari kawasan berwarna putih di dalam

gambar dan akan menyeimbangkan warna lain dengan bergantung kepada kawasan putih

tersebut. White balance adalah sangat penting dalam fotografi digital kerana ianya memainkan

peranan untuk menghasilkan gambar yang kelihatan hidup dengan warna atau suram dengan

warna yang terpesong sedikit dari sebenar. Jika anda menggunaka format JPEG kualiti gambar

akan berkurang apabila anda membetulkan WB semasa proses editting. Dan tidak menjadi

masalah apabila anda membetulkan WB semasa editting apabila anda menggunakan format

RAW kerana data yang berlebihan yang diperlukan untuk menghasilkan WB berlainan masih

disimpan.

Disebabkan metering kamera semakin elok dan ok jadi saya cadangkan kepada beginner untuk

menggunakan Auto WB sahaja kerana preset – preset yang disediakan mungkin tidak menepati

keadaan perncahayaan di negara kita kerana kamera tersebut dibina dan berpandukan cuaca

dengan iklim yang berlainan. Lagipun Auto WB sudah cukup tepat sekarang berbanding pada

zaman permulaan kamera digital.

Kelvin? Di sini saya tidak terangkan mengenai Kelvin kerana ianya tidak dimasukkan sekali dalam

kamera yang berada dalam kategori beginner. Ianya lebih advance dan saya cadangkan gunakan

Auto WB untuk mengelakkan masalah timbul.

Page 18: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 17

Gambar Pada Waktu Malam Untuk pengetahuan anda waktu malam adalah keadaan yang sangat mencabar kerana

kekurangan cahaya. Seperti yang kita semua tahu filem atau sensor digital kamera berfungsi utk

menghasilkan imej dengan cara mengumpul cahaya (foton). Jadi jika kekurangan cahaya imej

tidak dapat dihasilkan seperti biasa (seperti siang hari di mana cahaya mencukupi). Konsep asas

yang perlu diingat adalah mengumpul cahaya. Untuk menghasilkan gambar dengan kecerahan

yang dikhendaki, cahaya mestilah mencukupi. Jadi kita seringkali mengambil gambar yang biasa

(typical) pada waktu malam.

Contohnya jika anda menggunakan mode Auto pada kamera, flash akan dinaikkan dan

digunakan. Jadi gambar yang dihasilkan adalah biasa dengan keadaan subjek terang tetapi

suasana pada background hilang iaitu gelap walaupun apa yang kita nampak dengan mata kasar

kita berlainan. Ini kerana dalam mode Auto, apabila keadaan gelap flash akan dinaikkan dan

shutter speed minimum adalah 1/60s iaitu tahap kompromi untuk mengelakkan gambar blur

disebabkan pergerakan biasa subjek dan tangan bergegar. Jadi dalam keadaan gelap shutter

speed 1/60 ini tidak membenarkan cukup cahaya dari background masuk ke sensor dan hasilnya

gambar background menjadi gelap. Subjek kelihatan cerah kerana disinari lampu flash.

Disebabkan lampu flash tidak dapat sampai jauh dan untuk mengelakkan subjek overexposed

jadi lampu flash secara dasarnya hanya untuk subjek dan bukan background. Jadi dari sini kita

dapat simpulkan satu lagi tips penting iaitu :

“Dalam keadaan gelap, flash adalah untuk subjek dan dan shutter speed adalah untuk

ambient light / cahaya persekitaran / background / foreground”

Jadi pada waktu malam ada dua masalah yang saling berkaitan. Jika kita ingin subjek dan

background cerah maka flash perlu digunakan (untuk freezekan subjek supaya kelihatan sharp

dan untuk mencerahkan subjek) dan shutter speed perlu lebih rendah (bergantung kepada

keadaan persekitaran, mungkin mencecah 2 saat). Jika shutter speed terlalu rendah maka

gambar akan blur disebabkan tangan bergegar dan subjek yang bergerak (walaupun flash dapat

freezekan subjek tetapi jika terlalu lama pergerakan subjek juga dapat direkod dan hasilnya

adalah gambar blur).

Penyelesaian 1) Subjek Gelap : Gunakan flash (shutter speed juga membantu tetapi tidak banyak)

2) Background / foreground / ambient yang gelap : Gunakan shutter speed rendah.

* Aperture dan ISO tidak dinyatakan kerana ianya akan memberikan kesan kepada kedua –

dua subjek (flash) dan background*

** Dalam keadaan gelap shutter speed tidak memberikan kesan langsung kepada subjek

berbanding kepada background, jadi kita boleh simpulkan di sini jika keadaan gelap shutter

speed berfungsi mengawal kecerahan background sahaja**

*** Dalam keadaan biasa flash tidak memberikan kesan langsung kepada background

berbanding kepada subjek, jadi kita boleh simpulkan di sini jika keadaan biasa flash

berfungsi mengawal kecerahan subjek sahaja***

Page 19: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 18

Kesan Setting Terhadap Ciri Gambar (Senario Pada Waktu Malam)

1/60 , f/4, ISO800 (Tiada Flash) : Subjek dan background kelihatan gelap kerana setting ini

hanya membenarkan sedikit cahaya sampai ke sensor sedangkan pada waktu malam

perlukan banyak cahaya yang dikumpul.

1/60 , f/4, ISO800 (Menggunakan Flash) : Subjek kelihatan cerah kerana disinari cahaya

flash manakala background kelihatan gelap kerana setting ini hanya membenarkan sedikit

cahaya dari background dikumpul dan flash tidak menyinari background kerana flash hanya

disetkan oleh kamera untuk menyinari sehingga jarak subjek sahaja dan bukan background.

1/2 , f/4, ISO800 (Tiada Flash) : Background kelihatan sempurna dengan kecerahan yang

sepatutnya kerana shutter speed yang digunakan membenarkan cahaya dikumpul

secukupnya namun kawasan subjek masih gelap kerana terlindung dari cahaya background.

1/2 , f/4, ISO800 (Menggunakan Flash) : Background kelihatan sempurna dengan kecerahan

yang sepatutnya kerana shutter speed yang digunakan membenarkan cahaya dikumpul

secukupnya dan kawasan subjek kelihatan cerah kerana disinari flash secara mencukupi.

Page 20: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 19

Format Gambar

JPEG : Ini adalah format yang paling biasa digunakan pada DSLR. Format ini sangat popular

dan boleh dicetak terus di mana – mana kedai gambar atau di mana – mana sahaja. Kelebihan

utama format ini adalah ianya sangat kecil dalam saiznya kerana ianya menggunakan mampatan

yang sesuai untuk disimpan. Jadi lebih banyak gambar yang boleh disimpan dalam memory card

berbanding format lain. Tetapi kelemahan JPEG ialah kualiti gambar akan berkurang apabila

dibukan untuk diedit dan disavekan. Kerana setiap kali disave gambar tersebut akan terus

dimampat sehingga hilang data yang sepatutnya.

TIFF : Format ini adalah seperti JPEG namun ianya tidak menggunakan sebarang mampatan jadi

saiznya adalah sangat besar. Format ini jarang digunakan.

RAW (NEF untuk Nikon / CRW untuk Canon) : Format ini sangat penting dan

biasanya digunakan oleh professional atau sesiapa yang mementingkan kualiti gambar. Format

ini bukanlah gambar tetapi ianya adalah data yang boleh menghasilkan gambar. Ianya ibarat

kentah mentah (RAW). Pelbagai produk boleh dihasilkan darinya. Jika sudah menjadi kerepek

(JPEG) maka ianya tidak boleh diolah menjadi bentuk yang lain. Contohnya anda boleh

membetulkan WB, membetul dan menambah warna, sharpness dan sebagainya tanpa

merosakkan kualiti gambar. Namun format ini agak besar dan memerlukan codec dan perisian

yang sesuai untuk membukanya di dalam komputer.

Page 21: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 20

Gangguan Dalam Sebuah Gambar - Apa yang dimaksudkan dalam sebuah gambar pada pendapat saya adalah keadaan, elemen,

susunan atau pelbagai lagi yang berkait dengan COMPOSITION dan FRAMING dan mungkin

beberapa faktor lagi. Cuba bayangkan tujuan utama kita mengambil gambar, print dan

upload adalah untuk berkongsi dengan orang ramai atau untuk mengabadikan kenangan

supaya apabila masa berlalu kita dapat menghayati dan ingat keadaan semasa gambar

diambil pada masa dahulu. Jadi kata kunci di sini adalah MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN.

Jika anda berjaya menyampaikan mesej anda dalam gambar yang ingin dikongsikan maka

gambar anda dikira berjaya. Maksudnya apabila orang asing melihat gambar anda dia akan

tahu apa yang anda nak dia tahu dan rasa. Jadi gangguan adalah perkara yang menghalang

mesej anda dari disampaikan dengan berkesan.

Contoh – Contoh Gangguan

- Warna merah : Contohnya dalam sesebuah gambar subjek utama yang ingin

disampaikan adalah portrait manusia yang berbaju putih. Namun jika terdapat walaupun

hanya sebahagian kecil elemen yang berwarna merah di dalam gambar tersebut maka mata

akan terlebih dahulu ke kawasan warna merah berbanding subjek utama. Kerana warna

merah sangat – sangat menarik perhatian. Jadi elakkan dicemari oleh objek berwarna merah

pada background n foreground kecuali dalam kes – kes tertentu.

- Kecerahan yang melampau : Cuba anda bayangkan jika anda mengambil gambar

dengan subjek utama adalah sebuah pendrive. Apa agaknya yang akan anda jadi dengan

gambar apabila terdapat sebuah lampu suluh yang menyala di belakang pendrive itu,

walaupun lampu suluh itu blur? Semestinya mata akan terus tertumpu pada kawasan yang

sangat cerah itu berbanding pendrive tadi. Jadi kalau boleh cuba elakkan keadaan sebegini.

Cuba perhatikan gambar di atas seimbas lalu. Adakah mata anda terganggu semasa melihat

subjek utama iaitu botol tersebut? Ini disebabkan kawasan yang terlampu cerah di kawasan

matahari itu. Walaupun mata dipaksa fokus ke botol namun mata tetap ingin melihat ke

kawasan cerah walaupun sekejap. Ini adalah salah satu gangguan.

Page 22: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 21

- Terlalu banyak elemen / objek : Untuk mendapatkan gambar yang cantik dan

sedap dipandang pada pendapat saya gambar itu mestilah ringkas dan jelas maksudnya. Jadi

maksud ringkas di sini adalah kurangkan elemen – elemen yang tidak diperlukan. Ini akan

membolehkan mata kita memilih dengan tepat yang mana satukah subjek utama di dalam

gambar tersebut. Contohnya jika ingin mengambil gambar portrait muka, pastikan hanya

ada muka dan background sahaja. Dan kawasan background juga hendaklah bersih dan

ringkas dari segi warna, kecerahan dan beberapa faktor lagi.

Page 23: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 22

Teknikal Di Sebalik Gambar - Tujuan saya terbitkan segmen ini supaya anda semua dapat mengetahui apa yang perlu

dititikberatkan dari segi teknikal untuk menghasilkan gambar yang hampir sama dengan

gambar yang dikongsikan iaitu dari landskap hingga portrait. Atau lebih mudah penerangan

di sebalik setting yang digunakan untuk menghasilkan gambar – gambar tertentu.

Aperture : f/22 . Saya menggunakan f/22 dengan sebab utama untuk menghasilkan bentuk

matahari dengan pecahan yang menarik. Jika anda menggunakan nilai f yang lebih kecil agak

sukar untuk mendapatkan pecahayan cahaya yang menarik. Satu lagi sebabnya adalah untuk

mengelakkan gambar overexposed.

ISO : 100 . Sememangnya lebih rendah ISO yang digunakan lebih bagus kerana kualiti gambar

terjaga dan terjamin dari masalah noise. Jadi mudah sahaja, setkan ISO serendah mungkin

asalkan shutter speed tidak terlalu rendah sehingga berisiko menjadikan gambar blur.

Shutter Speed : 1/160 . Pada focal length 105mm (152.5mm equiv) di atas tripod shutter speed

ini sudah sesuai dan mencukupi. Namun jika anda memegang kamera dengan tangan seeloknya

pastikan shutter speed lebih tinggi.

Teknik : Setkan aperture, tentukan shutter speed tidak terlalu rendah dan setkan ISO serendah

mungkin selagi tidak menyebabkan shutter speed terlalu rendah. Pastikan VR ON jika lens

mempunyai VR semasa memegang dengan tangan. Sila pastikan anda autofokus ke kawasan

awak yang berada di sekitarnya dan jangan fokus ke arah matahari. Selepas selesai semuanya

anda jadikan manual fokus supaya kamera tetap fokus pada keadaan fokus semasa iaitu pada

infiniti. Kemudian halakan dengan cepat ke arah kawasan yang diingini dan terus snap. Jangan

halakan kamera dan merenung ke arah matahari terlalu lama kerana boleh merosakkan mata

dan dikhuatiri boleh merosakkan sensor autofokus kamera.

Page 24: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 23

Aperture : f/5.6 . Dalam keadaan gelap atau terlampau gelap cahaya yang cukup adalah lebih

penting dari depth of field yang besar jadi dalam keadaan seperti ini kita terpaksa guna aperture

yang besar. Pada 18mm aperture untuk kit lens boleh mencapai f/3.5 namun dalam gambar ini

saya mahukan semuanya kelihatan sharp jadi saya setkan aperture lebih kecil kepada f/5.6.

Anda boleh juga set lebih kecil contohnya f/8 tetapi perlu diingat shutter speed akan berkurang

dengan mendadak dan menyebabkan gambar bintang menjadi seperti jaluran.

ISO : 800 . Dalam keadaan ini ISO tinggi terpaksa digunakan untuk memastikan shutter speed

tidak berada pada tahap yang boleh menjadikan bintang kelihatan seperti jaluran. Namun

elakkan menggunakan ISO terlalu tinggi kerana dikhuatiri kehadiran noise yang banyak akan

mengganggu detail pada bintang – bintang di dalam gambar.

Shutter Speed : 13 saat . Pada focal length 18mm (27mm equiv) shutter speed yang digunakan

tiaklah perlu tinggi seperti menggunakan focal length tinggi. Jadi 13 saat adalah mencukupi.

Untuk mengetahui berapakah shutter speed minimum yang diperlukan sila rujuk TIPS STILL

STAR di bawah.

Teknik : Gunakan TRIPOD kerana shutter speed yang terlalu rendah. Gunakan self timer atau

remote control untuk trigger kamera kerana gegaran semasa menekan shutter release button

akan menyebabkan gambar blur. Untuk FOKUS setkan ke AF-S kemudian halakan titik fokus ke

bahagian yang cerah yang berada pada objek yang diingini kemudian setkan kepada MANUAL

supaya fokus tidak tersasar semasa kamera sedang self trigger dengan self timer.

TIPS STILL STAR : Sila ingat tips ini. Untuk menghasilkan gambar bintang yang pegun shutter

speed yang digunakan mestilah bersesuaian dengan focal length. Lagi luas focal length lagi

rendah shutter speed yang boleh digunakan dan sebaliknya. Untuk tips mudah :

Minimum shutter speed (s) = 600 / focal length (mm) Contoh : shutter speed minimum = 600 / 50mm

= 12 saat

Shutter speed minimum = 12 saat

Page 25: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 24

Kebanyakan dari kita sangat sukakan gambar yang jelas maksudnya dan ringkas. Jadi untuk

kebanyakan ‘product shot’ memerlukan gambar yang sangat ringkas tetapi dapat menonjolkan

mesej yang ingin disampaikan iaitu biasanya jenama produk. Jadi untuk menghasilkan gambar

yang ringkas kita perlu memastikan subjek kelihatan jelas dan menarik perhatian manakala

elemen lain hanya sebagai sampingan. Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan keadaan

tersebut. Dalam gambar ini saya menjadikan background blur supaya botol dengan jenama CK

itu kelihatan menyerlah dan tiada gangguan. Disebabkan botol itu berwarna putih dan

backgroundnya berwarna menarik (hijau & biru) maka kita mesti pandai menciptakan keadaan

supaya warna tersebut tidak menjadi daya tarikan sebaliknya hanyalah sebagai sampingan yang

bertindak mencantikan lagi gambar subjek.

Aperture : f/1.8 . Saya menggunakan aperture ini kerana pada setting ini background blur yang

terhasil dari lens ini adalah pada tahap maksimum dan background menjadi lembut (soft) dan

menyenangkan mata memandang kerana ianya menjadi warna yang rata.

ISO : 800 . Sememangnya lebih rendah ISO yang digunakan lebih bagus kerana kualiti gambar

terjaga dan terjamin dari masalah noise. Tetapi dalam keadaan ini iaitu di dalam kereta ianya

sangat gelap dan memerlukan sensitiviti kerana kita perlu setkan shutter speed yang agak tinggi

untuk memastikan subjek kelihatan tajam dan bebas dari ‘shaking’.

Shutter Speed : 1/200 . Saya menggunakan shutter speed ini untuk memastikan gambar yang

diambil sharp pada keadaan semasa. Saya tidak menggunakan shutter speed yang lebih rendah

untuk mengelakkan gambar blur disebabkan ‘shaking’ dan tidak menggunakan terlalu tinggi

untuk mengelakkan penggunaan ISO yang terlalu tinggi yang boleh mengakibatkan gambar

dipenuhi noise.

Teknik : Saya memastikan saya fokus setepat – tepatnya pada jenama di botol tersebut kerana

di situlah subjek utamanya. Pastikan gambar tidak terlalu gelap dan terlalu cerah di kawasan

botol sehingga menenggelamkan jenamanya. Jika setting yang digunakan sesuai untuk botol

tetapi terlalu gelap atau cerah pada background maka cari background lain untuk digunakan

supaya sesuai dari segi kecerahan dengan subjek dan tidak terlalu cerah sehingga menarik

perhatian mata dari subjek utama.

Page 26: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 25

Tips – Mengambil Gambar Di Hari Raya

- Seperti yang kita ketahui, untuk mengambil gambar di hari raya atau sebarang perayaan

atau sambutan, kita mestilah mengenalpasti 2 subjek utama di dalam gambar jenis ini iaitu

suasana dan subjek yang terlibat. Contohnya jika anda hanya mengambil gambar subjek

tetapi tidak sekali dengan suasana maka orang lain yang melihat gambar itu tidak akan

mengetahui itu adalah gambar yang diambil pada hari raya. Dan jika hanya gambar suasana

sahaja diambil ianya masih boleh diterima tetapi apa salahnya dimasukkan sekali dengan

subjek yang terlibat.

- Untuk bahagian suasana, banyak perkara yang boleh menunjukkan suasana ketika hari raya,

contohnya pelita, ketupat, baju yang berwarna – warni, perbuatan bersalaman, sampul duit,

mercun, bunga api, pemakaian baju bertema oleh keluarga, dan macam – macam lagi.

- Untuk bahagian subjek saya tekankan adalah manusia, bukan manusia pun boleh tetapi

seeloknya kita gabungkan sekali gambar subjek dan suasana supaya dapat dijadikan

kenangan akan datang. Kerana yang terlibat dengan perayaan adalah manusia, jadi alangkah

bagusnya jika kita dapat mengambil gambar yang disertakan sekali dengan emosi seseorang

ketika sedang menyambutnya.

- Untuk bahagian detail (perincian) seperti hanya pelita, sampul duit tanpa disertakan subjek

juga boleh diambil cuma seeloknya diutamakan gambar subjek dan suasana.

Page 27: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 26

Pastikan Perkara Ini Dahulu!!! - Pastikan lens bersih (di bahagian depan dan belakang).

- Bateri kamera dan flash dicaj penuh.

- Memory card telah dikosongkan.

- Bersihkan terminal bateri dari sebarang cap jari dan kotoran.

- Pastikan badan kamera bersih dan tidak melekit kerana salah satu perkara yang paling

mengganggu semasa mengambil gambar adalah rasa melekit.

- Bersihkan beg kamera anda dari sebarang habuk.

- Jangan lupa masukkan memori card dan bateri ke dalam kamera kerana saya dah banyak

kali terlupa, hasilnya agak mengecewakan. Terlepas gambar penting.

- Pastikan VR sentiasa di On kan. Walaupun kelihatan tidak memberikan kesan yang banyak

tetapi ianya sangat membantu.

- Jangan tinggalkan kamera merata – rata.

- Pastikan anda membawa charger dan memory card reader untuk persiapan jika bateri habis

atau memory card penuh.

- Ingat jika anda tersalah setting dan tak tahu apa yang terjadi dengan kamera anda gunakan

mode Auto dalam kes kecemasan. Sekurang – kurangnya anda masih boleh mengambil

gambar dengan hasil yang OK.

- Pastikan anda juga bergambar. Ini sangat penting!!!

Setting Apakah Yang Sesuai Untuk Bergambar Di Hari Raya?

Gambar Keluarga (Siang) - Aperture : f/8 – f/11 (untuk memaksimumkan DOF supaya semua kelihatan sharp)

- ISO : Serendah mungkin (ISO100 – ISO400) asalkan tidak menyebabkan shutter speed drop.

- Shutter Speed : 1/100s – 1/500s (dalam keadaan cahaya mencukupi pada waktu siang maka

setting ini boleh digunakan)

- Focal Length : Sememangnya bagus untuk menggunakan wide (18mm) tetapi untuk gambar

yang lebih menarik cuba gunakan focal length tinggi (50mm ke atas) jika ruang mencukupi,

dan anda akan mendapat gambar yang lain dari biasa dan kelihatan PERFECT.

Page 28: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 27

Gambar Keluarga (Malam) - Aperture : f/5.6 – f/8 (untuk memaksimumkan DOF supaya semua kelihatan sharp tetapi

dalam masa yang sama membearkan banyak cahaya yang masuk).

- ISO : Sekitar ISO800 – ISO3200. Jika menggunakan flash (direct / bounce) ISO yang

digunakan boleh diturunkan sehingga ISO800 kerana cahaya flash sudah membantu untuk

menerangi keseluruhan subjek.

- Shutter Speed : 1/30s – 1/200s. Jika menggunakan flash anda boleh menggunakan shutter

speed setinggi 1/200s kerana dalam keadaan kurang cahaya sumber cahaya utama yang

memasuki kamera adalah flash dan cahaya persekitaran hanya memberikan kesan yang

minimum sahaja. Jika tidak menggunakan flash anda boleh rendahkan shutter speed ke

1/30s untuk mengumpul cahaya supaya gambar tidak gelap. Namun seeloknya gunakan

tripod dan pastikan subjek tidak bergerak.

- Focal Length : Saya cadangkan guna setting luas (wide) kerana focal length yang tinggi akan

amplify segalanya termasuk gegaran. Jadi terpulang kepada anda untuk memilihnya.

- Flash : Jika anda mempunyai external flash, amat berguna jika anda bounce ke siling kerana

cahaya yang dipantulkan balik adalah rata dan lembut, gambar yang terhasil juga adalah

sangat cantik. Tetapi pastikan dinding atau sebarang permukaan yang dipantul itu adalah

putih. Jika anda hanya mempunyai flash di kamera sahaja maka gunakannya seperti biasa.

Gambar Candid (Siang) - Aperture : f/1.8 – f/8. Gunakan aperture besar (sekitar f/1.8) untuk merakan emosi subjek

(manusia) atau gambar detail seperti pelita dan sebagainya supaya background dan

foreground tidak mengganggu dan memudahkan orang yang melihat gambar memahami

motif gambar. Jika gambar itu mempunyai background dengan drama yang menarik seperti

gotong royong mengayam ketupat maka gunakan aperture kecil seperti f/8 supaya suasana

semasa dapat dirakan sekali.

- ISO : Serendah mungkin (ISO100 – ISO400) asalkan tidak menyebabkan shutter speed drop.

- Shutter Speed : 1/100s – 1/500s (dalam keadaan cahaya mencukupi pada waktu siang maka

setting ini boleh digunakan)

- Focal Length : Gunakan focal length rendah (wide) untuk merakam suasana subjek di dalam

persekitaran semasa dan gunakan focal length tinggi (tele) untuk merakam emosi subjek

supaya tidak terganggu dengan persekitarannya.

Page 29: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 28

Page 30: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 29

Setelah sekian lama saya berkongsi tips dan teknik untuk mahir menggunakan DSLR terutama

dalam mode PASM jadi saya anggap anda semua sudah mahir menggunakannya kerana ianya

amat mudah jika ada keinginan. Perkara yang perlu anda risaukan hanyalah Aperture (untuk

menentukan sama ada gambar itu mempunyai background / foreground blur atau tidak) dan

shutter speed (untuk menentukan sama ada gambar itu sharp atau mempunyai motion blur).

Jadi ternyata amat mudah untuk menggunakannya dan lebih berkesan apabila anda selalu

mengambil gambar setiap hari. Practice Make Perfect.

Baiklah kita terus ke topik utama iaitu Fotografi Perkahwinan. Perlu diingatkan bahawa semua

ini adalah sangat spesifik bergantung kepada jurugambar, dalam bab ini saya kongsikan dari

pandangan saya. Saya kongsikan pengalaman dan apa yang saya fikir dan alami sebagai seorang

jurugambar perkahwinan.

Untuk bidang fotografi ini ianya agak mencabar kerana bukan sahaja kamera yang terpaksa kita

kawal tetapi juga mental dan fizikal. Kita perlu berhadapan dengan orang ramai dan setiap

orang mempunyai cara pandangan masing – masing yang berbeza terhadap jurugambar, ada

yang menghormati kerjaya seorang jurugambar dan ada juga yang memandang profesyen ini

satu kerjaya yang hina. Jadi perlu diingatkan di sini bahawa anda perlu bersedia dengan

tomahan dari sesiapa. Dalam kebanyakan keadaan saya selalu mempunyai krisis dengan ahli

keluarga client yang mempunyai DSLR. Mereka kadang – kadang tidak menghormati kita

sebagai OP (Official Photographer) kerana mereka beranggapan mereka juga mampu

mengambil gambar yang hebat. Namun anda tidak perlu berputus asa, teruskan kerja anda

dengan tenang dan cuba hiburkan hati anda sepanjang proses mengambil gambar kerana perlu

diingatkan bahawa client telah membayar kita untuk mengambil gambar kahwin mereka. Jika

gambar tak menjadi maka kita akan dipersalahkan.

Jadi biar saya kongsi dan jawabkan beberapa isu yang mungkin menjadi tanda tanya anda

semua. Antaranya dari segi teknikal, artistik (berdasarkan pandangan peribadi saya) dan juga

beberapa tips yang mungkin berguna untuk anda semua.

DSLR Apakah Yang Sesuai Digunakan? Jika anda berfikir secara logik tentulah DSLR dan peralatan termahal yang akan memastikan

kualiti dan prestasi kerja yang terbaik. Namun tidak semua orang mampu memiliki DSLR dan

peralatan sebegitu. Jadi kita perlu berfikir dan belajar menghargai sesuatu yang telah ada

dengan kita dengan seadanya.

Sebenarnya DSLR dari siri entry level pun sudah mampu untuk mengambil gambar

perkahwinan. Namun kamera yang lebih murah sememangnya mempunyai banyak kekurangan.

Kemungkinan ada juga keadaan yang tidak sesuai untuk digunakan contohnya dalam keadaan

gelap iaitu kurang cahaya kerana DSLR siri rendah tidak mempunyai sensor AF yang sensitif jadi

dalam keadaan kurang cahaya kita akan mengalami masalah untuk autofokus. Dan pelbagai lagi

masalah yang mungkin dihadapi jika anda tidak mampu memikirkan jalan alternatif untuk

menyelesaikan masalah tersebut.

Page 31: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 30

Page 32: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 31

Page 33: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 32

Apakah Mode Autofokus Yang Sesuai Digunakan?

Di sini saya ingin mengingatkan bahawa keadaan di lokasi dan semasa bekerja adalah terlalu

jauh berbeza dari keadaan semasa shoot dalam keadaan santai. Dikelilingi oleh suasana yang

sentiasa bergerak jadi pengantin juga tidak akan kekal statik. Oleh itu pemilihan mode AF di

kamera juga penting kerana kamera perlulah mengesan dan mengikut pergerakan subjek untuk

mendapatkan fokus yang tepat. Jadi setkan ke setting berikut :

Focus Mode : AF-C

Focus Area : Dynamic Area

Tujuan menggunakan AF-C adalah untuk membolehkan kamera autofokus subjek sepanjang

masa kerana subjek tidak sentiasa statik. Walaupun mode ini menggunakan lebih kuasa bateri

namun ianya tidaklah begitu ketara dan mampu menjamin gambar tidak out of focus.

Dynamic Area pula digunakan kerana kamera akan membenarkan kita memilih satu – persatu

titik fokus yang diingini dan kamera akan menggunakan titik fokus lain di sekitar titik fokus yang

anda pilih untuk membantu fokus secara cepat dan tepat.

Flash / Speedlight (Basic)

- Dalam fotografi perkahwinan flash adalah antara Top 3 perkara paling penting. Setiap gambar

memerlukan cahaya yang cukup untuk memastikan gambar yang dihasilkan adalah mencukupi

dari segi kecerahan. Apa yang saya maksudkan di sini adalah gambar indoor. Kita semua tahu

bahawa kebanyakan keadaan indoor adalah kurang cahaya jadi kita perlukan cahaya yang

mencukupi. Jika anda mahu menggunakan ambient light (cahaya persekitaran) pun boleh tetapi

anda mungkin perlu menggunakan ISO yang terlalu tinggi sehingga timbul noise atau perlu

menggunakan shutter speed yang terlalu perlahan sehingga gambar berisiko menjadi blur

apabila terdapat gegaran atau pergerakan.

BOUNCE dan DIFFUSE adalah perkataan yang sangat penting manakala DIRECT adalah

perkataan yang sangat menyakitkan hati apabila kita menggunakan flash.

DIRECT adalah keadaan di mana flash tube (mentol flash) menghadap secara langsung kepada

subjek dan cahaya adalah terus ke subjek. Apabila keadaan ini terjadi gambar yang diambil

akan hilang faktor WOW. Ini disebabkan terjadinya pantulan pada subjek yang menyebabkan

muka kelihatan berkilat disebabkan flash. Disebabkan cahaya flash berwarna putih kebiruan

maka warna kulit manusia yang terkena cahaya flash akan kelihatan kusam.

Page 34: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 33

DIFFUSE adalah sekata atau rata. Maksudnya cahaya yang sampai kepada subjek adalah rata

dan lembut. Lebih besar sumber cahaya maka lebih lembut kesan liputan cahaya itu dan ianya

tidak menghasilkan kesan bayang yang ketara apabila dihadang. Lebih kecil sumber cahaya

maka kesan liputan cahaya adalah lebih kasar dan menghasilkan kawasan bayang yang sangat

ketara apabila dihadang. Dalam fotografi perkahwinan kesan cahaya yang lembut adalah sangat

penting kerana ianya berkaitan dengan warna dan tekstur kulit manusia. Jadi kesan cahaya

yang lembut dapat menghasilkan gambar dengan warna dan tekstur kulit yang licin.Kesan

cahaya yang kasar akan menghasilkan kesan bayang gelap yang sangat menggangu contohnya

bayang di bawah hidung dan sebagainya. Terdapat pelbagai cara untuk menghasilkan cahaya

yang diffuse. Konsepnya di sini adalah sumber cahaya yang besar. Jadi jika sumber cahaya itu

kecil kita boleh besarkannya. Contohnya jika lampu flash itu kecil maka kita boleh gunakan

diffuser supaya sumber cahaya itu menjadi lebih besar. Jika tiada diffuser anda boleh

menggunakan kertas surih (tracing paper) dan pasti anda akan dapat melihat perbezaannya.

Kilatan pada muka akan berkurang jika menggunakan sumber cahaya yang besar dan rata.

Antara kaedah lain untuk menghasilkan cahaya yang rata dan lembut (diffuse) adalah :

1. Penggunaan diffuser (seperti kotak putih kecil yang lutcahaya).

2. Penggunaan kertas surih (tracing paper).

3. Teknik bounce flash.

4. Penggunaan softbox, brolly (seperti payung), octabox, large diffuser.

Dari segi semulajadi terdapat sumber cahaya yang diffuse iaitu cahaya persekitaran. Contohnya

jika anda mengambil gambar di tepi tingkap ianya adalah sumber cahaya yang besar kerana

ianya mampu melitupi seluruh muka anda. Jika anda bandingkan mengambil gambar pada

keadaan panas terik dan tiada berawan berbanding cuaca berawan maka cahaya dari cuaca

berawan adalah lebih diffuse dan lembut kerana awan tersebut telah menghasilkan sumber

cahaya yang rata dan besar berbanding sumber cahaya yang kecil dari matahari (saiz relatif dari

bumi) pada cuaca elok yang tidak berawan. Jika anda perasan anda akan mendapati bahawa

gambar muka yang diambil pada cuaca berawan adalah lebih lembut dan kurang bayang.

Berbanding gambar muka yang kasar dan dipenuhi bayang gelap pada cuaca yang tidak

berawan.

BOUNCE adalah salah satu untuk diffuse cahaya dan menghasilkan sumber cahaya yang besar,

rata dan lembut. Fungsi bounce ini boleh didapati pada external / hot shoe flash kerana

bahagian atas flash boleh dipusing dan dicondongkan mengikut kehendak jurugambar. Untuk

bounce anda mestilah memastikan sumber cahaya dari lampu flash tidak sampai secara

langsung kepada subjek sebaliknya sampai ke subjek melalui pantulan pada permukaan yang

diingini. Sumber cahaya dari lampu flash adalah kecil lalu dipantulkan pada permukaan seperti

siling, dinding atau sebagainya jadi permukaan ini pula akan menjadi sumber cahaya yang besar

yang akan sampai ke subjek. Perlu diingatkan bahawa warna cahaya yang sampai ke subjek

adalah bergantung kepada warna permukaan yang dipantul. Jadi seeloknya pastikan

permukaan yang dipantul adalah berwarna putih jadi warna subjek tidak berubah menjadi

aneh.

Page 35: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 34

Apakah Setting Flash Yang Mudah & Sesuai Untuk Mendapat Gambar Yang

Cantik??

- Sebenarnya terdapat pelbagai setting dan cara untuk mendapatkan gambar yang cantik dan

superb apabila menggunakan flash. Tetapi buat permulaan saya akan terangkan setting yang

paling asas untuk mendapatkan gambar yang cantik tanpa perlu bersusah payah. Jadi saya ingin

terangkan beberapa perkara yang perlu difahami terlebih dahulu iaitu :

TTL : Ia bermaksud Trough The Lens (kuasa flash ditetapkan berdasarkan jarak fokus lens).

Contohnya jika subjek berada 3 meter dari lens maka kamera akan menetapkan bahawa kuasa

flash yang keluar mencukupi untuk subjek yang berjarak 3 meter. Jadi perlu saya ingatkan di

sini bahawa ketepatan flash sangat bergantung kepada fokus yang tepat. Jika anda fokus lebih

jauh dari subjek maka flash akan memberikan lebih kuasa untuk menerangi objek yang berada

pada jarak yang jauh dan mengakibatkan subjek utama yang lebih dekat kelihatan overexposed.

Dan begitulah juga sebaliknya.

Terdapat juga istilah lain seperti i-TTL, i-TTL BL, E-TTL dan bermacam – macam lagi. Namun

untuk setting yang mudah ikuti beberapa tips berikut :

1) Setkan flash ke mode TTL (Nikon & Canon) dan jangan sesekali set ke mode TTL BL (Nikon)

kerana ianya tidak sesuai dalam kebanyakan keadaan.

2) Pastikah flash head disetkan ke arah lain (bounce) selain dari subjek dan menghadap ke arah

siling atau dinding putih.

3) Pada kamera anda boleh gunakan apa jua mode kerana flash sudah disetkan seperti

sepatutnya untuk menghasilkan cahaya yang tepat (TTL) dan lembut (bounce). Namun saya

cadangkan anda menggunakan mode A atau M supaya lebih mahir dalam masa yang singkat

dan mendapat lebih kawalan ke atas kamera.

4) Untuk menjaga mentol flash dari selalu overheat dan supaya tahan lama elakkan dari teknik

mengambil gambar yang boleh membuatkan flash cepat panas. Contohnya gunakan ISO yang

lebih tinggi dari biasa kerana semakin sensitif sensor (semakin tinggi ISO), kuasa flash yang

digunakan juga berkutang.

5) Elakkan dari bounce ke atas jika siling setinggi dewan bangunan kerana flash terpaksa

keluarkan kuasa penuh (full power) kerana kamera tak dapat mengesan cahaya yang

sepatutnya turun dari siling yang dibounce kerana siling terlalu tinggi dan ini merupakan suatu

pembaziran dan kerja yang sia – sia.

6) Elakkan mengambil gambar di luar (tiada siling) pada waktu siang dengan menghalakan flash

ke atas kerana ini merupakan perbuatan yang sia – sia dan tidak mendatangkan kesan flash

kepada gambar. Cahaya yang dihalakan ke langit tidak akan turun (bounce) ke atas subjek

kerana tiada permukaan memantul (bounce surface) .

Page 36: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 35

Di Sebalik Gambar

Untuk gambar ini saya kategorikan sebagai Detail Shot kerana ianya tidak melibatkan muka / wajah.

Ianya Cuma melibatkan bahagian – bahagian tertentu dari anggota badan untuk menunjukkan perasaan

dan keadaan semasa agar sesiapa yang melihat gambar dapat rasa dan menghayati apa yang berlaku

sebenarnya walaupun dari sekeping gambar.

Saya shoot gambar ini menggunakan lens Nikkor AFS 105mm f/2.8G VR. Bagi saya lens ini sangat mahal

dan bukan semua orang mampu memilikinya. Jadi anda tak semestinya memaksa diri membeli lens ini.

Anda boleh menggunakan lens biasa seperti kit lens 18-105 untuk mendapatkan gambar hampir seperti

ini. Mudah sahaja, Cuma zoomkan ke 105mm dan aperture pada ketika ini akan menjadi f/5.6 untuk kit

lens. Kemudian dekatkan jarak antara lens dan subjek. Pastikan anda memengang kamera dengan stabil

kerana pada jarak dekat sebarang gegaran sangat berisiko untuk menghasilkan gambar blur.

Kenapa saya suka gambar ini blur pada background dan foreground? Subjek utama saya di sini adalah

tangan pengantin perempuan (orang lain boleh mengetahuinya melalui cincin di jari) dan tali leher

pengantin lelaki. Jadi jika saya ingin menguatkan mesej ini iaitu untuk merakamkan perasaan ketika ini

supaya orang lain yang melihat turut sama mendalami keadaan ini.

Pastikan anda ambil gambar dengan tangan yang stabil. Sharpness sangat penting!!!

Page 37: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 36

Untuk gambar sebegini seeloknya menggunakan lens wide / luas / focal length kecil kerana untuk

memasukkan banyak elemen dalam sekeping gambar dan untuk merasai kesan seperti berada di

dalam keadaan seperti dalam gambar ia memerlukan perspektif dari lens yang luas. Lens yang saya

gunakan ini adalah lens Tamron 10-24mm. Gambar ini diambil pada focal length 10mm iaitu 15mm

pada kamera DX. Namun saya menasihatkan anda menggunakan lens Tokina 11-16mm f/2.8 kerana

ianya lebih berkualiti dari segi sharpness dan aperture yang besar membolehkan gambar diambil

dalam keadaan yang lebih kelam dan mampu menghasilkan kesan bokeh yang baik.

Gambar sebegini adalah biasa / standard dalam fotografi perkahwinan. Jadi memang akan ada

persamaan dengan gambar – gambar lain. Jadi jangan pedulikan jika ada orang yang cuba

menjatuhkan anda dengan mengatakan anda mencuri hasil karya orang lain. Dalam fotografi

perkahwinan banyak persamaan yang akan ditempuhi.

Bagi mendapatkan gambar sebegini anda haruslah menggunakan focal length yang paling rendah

iaitu paling luas (kit lens masih boleh digunakan, jadikan focal length ke 18mm) kemudian pastikan

kedua – dua pengantin memegang tengkolok tersebut menggunakan tangan yang berada disebelah

luar. Tangan di sebelah kanan digunakan untuk memeluk pinggang pasangan masing – masing dan

pastikan ruangan di antara badan pengantin tidak kosong untuk mengelakkan gangguan pada

gambar. Pastikan kepala pengantin adalah rapat di tengah supaya pandangan mata tertumpu pada

bahagian tengah gambar. Bahagian bingkai gambar pula adalah tengkolok yang kelihatan seolah –

olah menjadi dinding bagi gambar tersebut. Untuk kesan yang terbaik seeloknya mengambil gambar

dari angle rendah atau tinggi supaya kesannya lebih dramatik.

Dalam keadaan ini bahagian muka akan menjadi gelap disebabkan gambar diambil di bawah teduhan

yang bersiling. Untuk mencerahkan kawasan muka pastikan flash dibounce ke atas supaya cahaya

dari atas sampai ke muka. Pastikan bahagian hadapan lens rapat dengan tengkolok untuk

memberikan kesan seolah – olah berada di dalam tengkolok.

Page 38: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 Zahir Turion Photography 37

Ini adalah gambar hantaran yang diambil pada majlis perkahwinan salah seorang pengantin. Untuk

gambar ini saya memutuskan untuk tidak menggunakan flash sebaliknya menggunakan ambient light

kerana penggunaan flash boleh mengakitbatkan pantulan cahaya pada plastik hantaran tersebut dan

seterusnya akan menghalang setiap huruf dari kelihatan jelas.

Dalam gambar ini saya menggunakan lens paling murah dalam siri lens DSLR iaitu 50mm f/1.8D.

Kelebihan lens ini adalah aperturenya yang besar iaitu f/1.8 dan disebabkan depth of field yang kecil

pada aperture f/1.8 mampu membuatkan objek di luar jarak fokus kelihatan blur. Kesan ini sangat

berguna untuk menghasilkan gambar yang cantik dan menarik perhatian.

Gambar ini saya ambil dari angle sedikit menyerong untuk menampakkan kesan blur pada bahagian

lain. Jika diambil dari depan iaitu sudut biasa ianya akan kelihatan membosankan. Jika anda

mempunyai kelapangan saya mencadangkan anda supaya mengambil gambar subjek yang sama dari

sudut yang berlainan untuk mengasah kreativiti dan pemahaman terhadap persekitaran.

Setting gambar ini adalah aperture f/1.8, ISO1250 dan shutter speed 1/160s. Tujuan saya gunakan

aperture besar adalah seperti yang telah dijelaskan di atas. Satu lagi sebabnya adalah bukaan lens

yang luas membolehkan lebih banyak cahaya memasuki kamera dan mengelakkan penggunaan

shutter speed yang terlalu rendah atau ISO yang terlalu tinggi. Pada keadaan ini saya menggunakan

ISO1250 untuk memastikan shutter speed tidak menjadi rendah sehingga menyebabkan gambar

menjadi blur.

Untuk white balance saya menggunakan Auto kerana dalam kebanyakan keadaan white balance

adalah hampir sama dengan keadaan sebenar. Jadi saya nasihatkan anda supaya tidak

mempertaruhkan gambar anda dengan setting white balance jika anda tidak mahir

menggunakannya. Dalam kebanyakan keadaan Auto White Balance adalah lebih selamat dan tepat.

Page 39: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

Gambar pantulan ini diambil di sekitar Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam Terengganu.

Sebenarnya banyak permukaan yang sesuai untuk menghasilkan gambar pantulan sebegini. Apa

yang penting untuk menghasilkan gambar pantulan sebegini adalah seeloknya gunakan lens

dengan focal length antara 50mm ke 100mm untuk mengelakkan elemen lain dari termasuk sama

dalam gambar.

Pastikan aperture serendah mungkin untuk gambar sebegini bagi memastikan gambar kelihatan

lembut untuk dipandang. Pada gambar ini saya gunakan aperture f/1.8. Hanya subjek yang difokus

iaitu pengantin perempuan sahaya kelihatan betul – betul sharp. Gambar lelaki dan pantulan

kesemuanya adalah sedikit blur. Dengan cara ini kita dapat mengetahui subjek utama kita adalah

pengantin perempuan sebenar.

Untuk gambar sebegini adalah sukar untuk mendapatkan pantulan yang betul – betul cantik

keranatahap kontras asal kamera adalah terlalu rendah dan pantulan di cermin akan kelihatan

kabur. Jadi pastikan anda setkan kontras pada kamera anda ke tahap yang lebih tinggi.

Dan disebabkan gambar pantulan ini memerlukan kontras maksimum dari lens untuk menghasilkan

pantulan yang jelas maka pastikan lens anda betul – betul bersih sebelum mengambil gambar.

Pastikan posisi pengantin perempuan menghadap kamera bagi menghasilkan 2 muka termasuk

pada pantulan. Untuk kesan posing yang lebih cantik anda boleh mengarahkan pengantin

perempuan untuk bersandar pada cermin untuk memastikan pengantin perempuan sebenar dan

pantulan adalah rapat dan tiada ruang kosong diantaranya.

Page 40: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 ZAHIR TURION PHOTOGRAPHY 39

Nikon D3100, 18mm (28mm equiv), f/5.6, ISO400, 1/160s

Gambar ini diambil untuk menunjukkan lokasi majlis mungkin / sedang atau telah berlangsung. Jika

diikutkan pada pandangan peribadi, saya kurang menyukai gambar sebegini kerana ianya tidak

kelihatan ekslusif. Namun atas beberapa faktor ianya terpaksa diambil.

Agak sukar untuk kita mengambil gambar pengantin di majlis yang berlangsung dengan

membolehkan sesiapa yang melihat gambar dapat mengetahui di mana majlis itu berlangsung.

Mungkin pada keadaan semasa ianya tidak begitu menarik. Namun jika telah lama berkahwin ianya

akan menjadi kenangan untuk kedua pasangan pengantin tersebut.

Untuk mengambil gambar sebegini kita perlu menggunakan focal length yang paling luas untuk

menyertakan semuanya termasuk alamat rumah di pagar dan pengantin yang sedang berjalan atau

berarak. Untuk kesan yang dramatik saya cadangkan anda mendekatkan lens anda dengan alamat

rumah tersebut untuk membolehkan setiap huruf besar dan jelas untuk dibaca dan dalam masa yang

sama ruangan yang lebih dalam gambar boleh digunakan untuk diisi dengan pengantin dan

rombongan.

Gambar ini diambil pada siang hari maka semestinya saya gunakan ISO yang paling rendah untuk

memastikan kualiti gambar tidak terjejas dan dalam masa yang sama shutter speed masih tidak

terlalu rendah sehingga berisiko untuk menjadikan gambar blur disebabkan gegeran atau pergerakan

subjek.

Berkenaan aperture pula ianya bergantung kepada anda untuk menentukannya. Sekiranya anda

inginkan segalanya kelihatan sharp makan gunakan aperture kecil. Jika anda hanya mahukan

sebahagian sahaja sharp dan lain – lainnya out of focus maka gunakan aperture besar.

Page 41: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 ZAHIR TURION PHOTOGRAPHY 40

Nikon D700, 50mm, f/2.2, 1/60s, ISO800, Flash Bounce Ke Atas (TTL)

Gambar sebegini adalah gambar kegemaran saya dan ianya amat mudah untuk diambil dan tidak

memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan gambar yang cantik darinya. Gambar ini hampir

sama dengan gambar di atas iaitu gambar di Masjid Kristal. Ianya diambil pada permukaan yang

boleh memantulkan imej seperti cermin, badan kenderaan, pintu almari dan sebagainya.

Gambar ini diambil di pintu almari di dalam bilik pengantin. Flash terpaksa digunakan di sini kerana

keadaan pencahayaan tidak begitu bagus di dalam bilik. Walaupun cahayanya kelihatan terang dan

rasional untuk mata kita melihatnya namun ia masih rendah bagi kamera dan memerlukan bantuan

pencahayaan dari flash.

Flash di bounce ke atas untuk mengelakkan bayang gelap di kawasan muka. Untuk flash saya hanya

setkan kepada TTL dan bounce ke atas tanpa apa – apa perubahan pada settingnya. Elakkan

menggunakan flash dalam mode manual jika anda masih tidak mahir menggunakannya kerana jika

tersilap set kuasa maka gambar anda sama ada terlalu gelap atau terlalu cerah sehingga tak dapat

diselamatkan walaupun dengan editting yang intensif.

Untuk gambar yang kelihatan hidup pastikan subjek tidak kaku dan terlalu statik. Anda boleh

bercakap – cakap dengan pengantin semasa posing untuk mengambil gambar yang dikehendaki dan

tidak semestinya anda membisu semasa mengambil gambar. Proses komunikasi yang baik dengan

pengantin dapat menghasilkan mimik muka yang diingini. Pastikan pengantin tenang dengan cara

anda berkomunikasi dengan mereka.

Page 42: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 ZAHIR TURION PHOTOGRAPHY 41

Gambar ini adalah gambar terbaru yang saya ambil pada sesi gambar outdoor yang diadakan pada 5

Disember 2011. Untuk pengetahuan anda semua gambar ini diambil menggunakan Canon 600D dan

lens 50mm f/1.4. Saya menggunakan Canon yang dipinjam dari jurugambar lain kerana terdapat

sedikit masalah dengan peralatan yang saya miliki.

Untuk pengetahuan anda semua tiada masalah untuk menggunakan mana – mana DSLR untuk

menghasilkan gambar yang cantik kerana setiap DSLR mempunyai setting yang hampir sama.

Pokoknya apa yang diperlukan untuk menghasilkan gambar dengan exposure yang cantik adalah

kemampuan untuk mengubah aperture, shutter speed dan ISO. Setiap DSLR mempunyai butang

untuk mengubah semua ini jadi tidak menjadi masalah walaupun sedikit.

Cuma anda perlu membiasakan diri dengan istilah, simbol serta kedudukan butang – butang yang

sepatutnya. Jika anda telah menguasainya maka sangat mudah bagi anda untuk menghasilkan

gambar yang cantik. Sememangnya akan terdapat sedikit perbezaan dari segi kualiti, warna dan

beberapa perkara lagi antara DSLR kerana sensor, cara memproses imej dan segalanya berlainan

namun ianya bukan perkara untuk dirisaukan.

Bagi menghasilkan gambar di atas ini saya menggunakan aperture f/1.4 untuk memastikan hanya

subjek betul – betul sharp supaya mata tertumpu kepada subjek apabila pertama kali melihat gambar

ini. Jika anda hanya mempunyai lens dengan aperture yang lebih kecil ianya tidak menjadi

penghalang kerana kedudukan subjek adalah pada kedudukan yang sesuai.

ISO 200 iaitu ISO paling rendah pada setting kamera semasa digunakan untuk menjamin kualiti

gambar dan mengelakkan gambar overexposed jika sensitiviti kamera terlalu tinggi disebabkan

shutter speed telah mencapai had 1/4000s (had maksimum kamera EOS 600D) apabila menggunakan

aperture yang terlalu besar dalam keadaan terik matahari.

Subjek diarahkan supaya mendongak ke atas sambil tersenyum ternampak gigi supaya kelihatan

seolah – olah sedang bermesra dengan pasangannya. Gambar sebegini akan kelihatan natural

walaupun sebenarnya keadaan dan situasi ini adalah direka.

Page 43: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 ZAHIR TURION PHOTOGRAPHY 42

Page 44: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 ZAHIR TURION PHOTOGRAPHY 43

Pada tahun 2009 yang lepas saya telah berkesempatan untuk berkerja bersama TV3 semasa

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 yang berlangsung di Arena Of Stars di Genting

Highland, namun bukan dalam bidang fotografi. Peluang ini saya gunakan untuk mengambil gambar

sebanyak – banyaknya.

Ketika ini saya hanya mampu memiliki DSLR Nikon D40 dan juga kit lens 18-55mm (non VR) yang

merupakan kit lens paling murah. Tetapi ianya bukan halangan kerana Nikon D40 dan semua DSLR

juga mempunyai mode untuk mengawal apeture, shutter speed dan ISO seperti yang ada pada DSLR

yang jauh lebih mahal (mode yang saya maksudkan adalah P, A, S & M untuk Nikon manakala mode

Av, Tv, P & M untuk Canon). Jadi tidak mustahil untuk kita menghasilkan gambar cantik.

Dalam keadaan eksreme (serba kekurangan iaitu hanya mempunyai DSLR basic dan kit lens basic) ini,

kita akan lebih peka dan kreatif kerana hanya satu sahaja mindset kita iaitu untuk menghasilkan

gambar yang terbaik walaupun dari kamera dan lens paling murah.

Dalam keadaan ini saya sangat galakkan anda membawa tripod bersama anda kerana pada

kebiasaannya suasana pada konsert dan anugerah sebegini adalah sangat gelap dan DSLR yang basic

hanya mampu menghasilkan gambar cantik pada ISO rendah jadi penggunaan shutter speed yang

sesuai, cara memegang kamera dan cara menekan shutter release button adalah sangat kritikal.

Jadi ayuh kita melihat beberapa penerangan di sebalik gambar – gambar yang diambil agar anda

dapat mengasah cara menentukan setting yang sesuai pada kamera anda jika anda berada dalam

keadaan sedemikian.

Untuk gambar ini saya menggunakan tripod kerana dalam keadaan ini kita tidak tergesa – gesa jadi

apa salahnya kita luangkan sedikit masa untuk menghasilkan gambar yang sharp dan berkualiti.

Apabila menggunakan tripod, shutter speed tidak lagi menjadi halangan utama kerana kamera

adalah pegun dan tidak bergerak. Jadi tak perlulah anda gunakan ISO tinggi untuk menjaga shutter

speed. Untuk gambar ini saya menggunakan ISO 200 sahaja untuk menjamin kualiti paling tinggi pada

gambar yang diambil. Aperture yang digunakan pula adalah f/13 untuk memastikan semua elemen

dari foreground ke background termasuk dalam fokus. Jika saya menggunakan aperture besar

Page 45: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 ZAHIR TURION PHOTOGRAPHY 44

contohnya f/4 maka hanya sebahagian sahaja elemen yang akan sharp manakala sebahagian yang

lain akan kabur. Apabila menggunakan ISO200 dan aperture f/13 maka secara logiknya shutter speed

akan menjadi sangat rendah dan dalam keadaan ini shutter speed adalah 3.6 saat. Tidak menjadi

masalah kerana kamera sangat stabil di atas tripod.

Apa yang saya ingin ingatkan di sini ialah walaupun kamera diletakkan di atas tripod namun gambar

masih berisiko untuk blur disebabkan tindakan anda menekan shutter release button akan

membuatkan kamera bergegar. Jadi saya nasihatkan setkan ke self timer dan tekan shutter release

button perlahan – lahan.

Dalam keadaan ini saya gunakan mode A , matrix metering (keranapurata kecerahan hampir saya di

seluruh kawasan gambar).

Dalam gambar ini saya mengikut Rule of Third iaitu subjek utama pentas berada di 1/3 bahagian kiri

gambar. Namun saya tidak meletakkan pentas pada 1/3 atas atau bawah gambar kerana pada

pendapat saya kedudukan pentas di tengah – tengah dari atas atau bawah adalah lebih elok.

Gambar ini pula diambil ketika crew audio visual sedang memasang sistem pencahayaan untuk

pentas. Dalam gambar ini saya berada di hujung sebelah kiri dewan iaitu bahagian atas. Saya

zoomkan kit lens saya ke 55mm dan saya hanya biarkan aperture f/5.6 kerana bagi saya untuk

gambar ini subjek utama terletak di tengah – tengah iaitu pentas itu sendiri. Jadi saya inginkan segala

objek di sekeliling pentas itu sedikit kabur untuk membolehkan mata fokus ke tengah – tengah

gambar iaitu subjek utama. Jadi saya tak perlu menggunakan aperture yang lebih kecil seperti f/11

untuk memastikan gambar sharp semuanya.

ISO pula saya setkan pada ISO 400 untuk menjadikan kamera lebih sensitif terhadap cahaya dan

dalam masa yang sama juga menjamin kualiti gambar. Jika ISO terlalu tinggi noise akan mudah

kelihatan terutama pada kawasan gelap dan warna merah.

Page 46: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 ZAHIR TURION PHOTOGRAPHY 45

Disebabkan saya gunakan mode A untuk keadaan ini jadi kamera menetapkan shutter speed 1.6 saat,

agak lama tetapi tidak menjadi masalah kerana saya menggunakan tripod. Untuk gambar ini saya

masih menggunakan Matrix Metering.

Untuk gambar di atas saya ingin mengambil gambar krew TV3 di belakang tabir sedang berbincang

untuk memastikan siaran dan video terbaik dari kamera yang diletakkan pada kren di sebelah kiri.

Untuk mengambil gambar ini kita perlu pastikan titik fokus tepat pada subjek. Jadi saya setkan fokus

ke AF-S, single area dan sebelum rendahkan kamera saya pra fokus kamera pada subjek dengan

kedudukan yang sama dengan sebenar nanti dan saya setkan ke manual fokus selepas fokus supaya

kamera tidak mencari titik fokus yang lain nanti. Saya rendahkan kamera ke lantai dalam keadaan

sedikit mendongak ke atas untuk mengambil gambar ini.

Setting yang paling penting pada gambar ini adalah shutter speed supaya tidak terlalu rendah hingga

menyebabkan gambar kabur jika terdapat sebarang pergerakan. Jadi saya gunakan mode M,

tetapkan shutter speed pada 1/100 (dianggarkan sesuai pada keadaan ini untuk mengelakkan

gambar blur jika subjek bergerak pada kadar yang rendah), setkan aperture ke paling besar iaitu f/3.5

(pada 18mm) dan ISO800 supaya gambar tidak menjadi terlalu gelap.

Mungkin ada dari anda bertanya kenapa saya tidak mengambil gambar lebih cerah? Dalam keadaan

di sebalik tabir ini salah satu keadaan yang penting adalah penuh misteri dan gelap. Sudah

mencukupi sekiranya ada sedikit cahaya menyuluh subjek utama walaupun tidak menampakkan

muka kerana apa yang penting adalah keadaan subjek dan persekitarannya.

Dalam gambar ini saya setkan kit lens ke 18mm (paling luas) untuk memastikan supaya orang yang

melihat gambar ini seperti sedang mengintai dari atas lantai, sama seperti keadaan kamera semasa

mengambil gambar.

Page 47: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 ZAHIR TURION PHOTOGRAPHY 46

PANDUAN MENGAMBIL GAMBAR KEBAKARAN

(Kurang Cahaya)

Page 48: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 ZAHIR TURION PHOTOGRAPHY 47

Terlebih dulu untuk mengambil gambar kebakaran mestilah mempunyai kamera dan lens. Dan seeloknya lens adalah fast lens iaitu aperture besar kerana seperti semua sedia maklum kebakaran biasanya berlaku dalam kegelapan kerana kebanyakan sambungan elektrik akan diputuskan untuk mengelakkan bencana lebih buruk. Sememangnya lens yang mempunyai aperture besar dapat membenarkan lebih banyak cahaya masuk ketika cuaca gelap. Dan seeloknya elakkan penggunaan flash untuk mengelakkan gangguan kepada pihak bomba, anda juga mungkin akan dihalau. Dan tak semua orang mampu memiliki kamera full frame atau kamera yang mempunyai kemampuan ISO yang tinggib. Jadi tidak perlu risau. kamera anda masih mampu digunakan dengan tambahan ISO walaupun tidak sehebat kamera lain yang lebih mahal. Cuba anda fikir mana anda mahukan? Gambar yang nampak sharp tetapi ada noise atau gambar yang blur disebabkan shutter speed terlalu rendah tetapi tak ada noise? Pada waktu sebegini apa yang penting adalah untuk mengambil gambar suasana yang sedang berlaki. Jika gambar blur ianya langsung tidak boleh digunakan. Jadi saya nasihatkan anda supaya tidak terikat dengan persepsi atau pandangan orang lain yang melarang penggunaan ISO yang tinggi, pada keadaan sedemikian gambar yang sharp adalah lebih penting. Fokus dalam keadaan gelap memang sangat sukar kerana sensor autofokus DSLR yang paling sensitif untuk DSLR normal adalah di tengah – tengah dan titik fokus di bahagian tepi tidak begitu sensitif dalam keadaan kurang cahaya. Jadi elakkan guna titik fokus selain titik fokus di tengah - tengah. Anda boleh recompose (reframing) semula selepas fokus jika anda tidak inginkan subjek berada di tengah gambar. Dalam keadaan gelap sebegini DSLR akan mengalami kesulitan untuk memfokus jadi pastikan anda memegang kamera anda dengan stabil semasa sedang fokus ke arah subjek. Berkenaan aperture pula seeloknya gunakan aperture yang paling besar yang bersesuaian untuk mengelakkan penggunaan ISO yang terlalu tinggi atau untuk mengelakkan gambar menjadi blur disebabkan shutter speed yang terlalu rendah. Dalam gambar di atas saya gunakan aperture f/2.2 walaupun aperture maksimum lens adalah f/1.8 .. Ini bagi megelakkan chromatic abberation yang akan mengurangkan sharpness dan kontras gambar. Berkenaan shutter speed pula, gunakan yang bersesuaian dengan kadar pergerakan subjek dalam gambar. Dalam gambar di atas saya gunakan sekitar 1/50 kerana jika terlalu rendah gambar akan blur apabila subjek bergerak. Jika terlalu tinggi gambar akan gelap. Berkenaan focal length saya nasihatkan anda gunakan seluas yang mungkin. Contohnya jika anda mempunyai lens 35mm f/1.8 dan 50mm f/1.8 saya cadangkan anda memilih 35mm f/1.8 kerana pada kebiasaannya kawasan kejadian hanya mempunyai ruang gerak yang sedikit dan terhad.

Page 49: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 ZAHIR TURION PHOTOGRAPHY 48

Berikut adalah gambar – gambar sampel yang sempat saya ambil semasa kebakaran sebuah rumah :

Nikon D700, 50mm, f/2.2, 1/40s, ISO3200

Nikon D700, 50mm, f/2.2, 1/50s, ISO3200

Page 50: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 ZAHIR TURION PHOTOGRAPHY 49

Nikon D700, 50mm, f/2.2, 1/40s, ISO4000

Nikon D700, 50mm, f/2.2, 1/40s, ISO3200

Page 51: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 ZAHIR TURION PHOTOGRAPHY 50

Page 52: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 ZAHIR TURION PHOTOGRAPHY 51

Nikon D700, 50mm, f/2.2, 1/50s, ISO4000

Nikon D700, 50mm, f/2.2, 1/50s, ISO4000

Page 53: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 ZAHIR TURION PHOTOGRAPHY 52

FAQ (Soalan Lazim)

Untuk ruangan ini saya akan memberikan jawapan dan pandangan saya terhadap segala persoalan

yang diutarakan oleh anda semua. Terlebih dahulu saya ingin ingatkan bahawa segala jawapan yang

diberi adalah berdasarkan pandangan dan pengalaman saya dan kadang – kadang ianya tidak

memuaskan hati sesetengah pihak. Jadi ambil yang jernih dan buang yang keruh.

Disebabkan terlalu banyak soalan yang diterima setiap hari jadi maafkan saya jika soalan anda tidak

terjawab. Saya akan cuba menjawab segala persoalan anda dengan ringkas dan padat. Semoga anda

mendapat faedah!!!

Untuk sebarang persoalan sila e – melkan ke alamat e-mel berikut :

[email protected]

Pastikan anda menghantar e – mel dengan format berikut pada ruangan subjek e-emel :

E-SOALAN : “persoalan anda”

Saya akan cuba menjawab persoalan anda dalam update e – book yang seterusnya jika masa

mengizinkan. Segala perhatian, kepercayaan dan kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima

kasih.

1) Soalan : Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada kamera DSLR original atau sebaliknya?

Jawapan : Mudah sahaja. Cuma periksa bahagian warranty kamera. Jika Nikon dari Nikon

Malaysia SDN BHD dan jika Canon adalah Canon Malaysia SDN BHD.

2) Soalan : Adakah mode Auto pada DSLR boleh digunakan untuk mengambil gambar yang

cantik?

Jawapan : Mode Auto adalah automatik sepenuhnya jadi ianya ditentukan oleh kamera

semata – mata kecuali beberapa setting yang ringkas dan biasanya tidak memainkan peranan

pentin dalam kualiti teknikal gambar jadi kita tidak dapat memastikan kamera dapat

menghasilkan gambar seperti yang kita mahukan. Dalam mode Auto kamera akan

menentukan setting yang sepatutnya agar gambar yang dihasilkan mempunyai exposure dan

fokus yang dirasakan tepat oleh kamera. Jika anda dalam kecemasan atau kelam kabut dan

tidak mengetahui setting yang sepatutnya digunakan maka anda boleh menggunakan mode

Auto kerana ianya telah direka supaya tidak memerlukan kawalan yang kompleks.

Page 54: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 ZAHIR TURION PHOTOGRAPHY 53

Tutorial Video (Sila Klik Link Di Bawah)

1. Kesan Menggunakan Circular Polariser (Untuk Menapis Pantulan Cahaya Ke Atas Objek)

- http://www.youtube.com/watch?v=J8SjItmEeho

2. Cara Mengambil Gambar Bintang (Komen Bergambar)

- http://www.youtube.com/watch?v=YkdmIQT1Hqw

3. Cara Mudah Menghasilkan Gambar High Key (Objek)

- http://www.youtube.com/watch?v=QNdFIgrjAAM

4. Cara Menghasilkan Gambar Panorama

- http://www.youtube.com/watch?v=FdP_LwDA-qQ

5. Cara Resize Gambar Menggunakan Nikon View NX

- http://www.youtube.com/watch?v=SUtTxJOFfqQ

6. Crop Untuk Kemaskan Gambar

- http://www.youtube.com/watch?v=D__o2080AkE

** E-Book ini masih belum siap sepenunya dan akan diupdate dari masa ke semasa dengan

kandungan dan tutorial video yang semakin bertambah supaya menjadi sebuah buku yang lengkap.

Jadi tahniah kepada anda yang membelinya pada peringkat awal kerana anda akan mendapat update

sehingga ianya lengkap dengan sekali sahaja bayaran. Apabila telah lengkap kesemuanya ianya akan

dijual pada harga lebih kurang RM50. InsyaAllah saya akan updatekan sekerap mungkin terutama

tutorial video agar anda dapat memahami DSLR anda dengan lebih mudah. Nantikan update

seterusnya secara percuma dengan password yang berlainan. Terima kasih atas sokongan anda.

Hidup MISTI ceria!!!**

***Artikel Ini Akan Sentiasa Disambung Dalam Masa Terdekat. Nantikan Update Terbaru!!!!***

Page 55: ASAS FOTOGRAFI & DSLR (BASIC & ADVANCE TIPS) v2.2 (Renew).pdf

© 2011 ZAHIR TURION PHOTOGRAPHY 54