asas pengurusan kewangan

28
© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM ASAS PENGURUSAN KEWANGAN Matlamat utama perniagaan adalah mendapatkan keuntungan dan meningkatkan nilai syarikat. Umumnya, keuntungan diperolehi hasil dari jualan tolak kos perniagaan. Apabila syarikat mendapat keuntungan maka ekuiti syarikat akan meningkat (iaitu nilai aset tolak tanggungan) dan syarikat akan bertambah kukuh kedudukan kewangannya. Sebaliknya, jika syarikat mengalami kerugian, kedudukan kewangan syarikat akan menjadi lemah. Untuk mengetahui dan memahami status dan prestasi kewangan, seseorang usahawan perlulah merekodkan semua transaksi kewangan dengan baik dan seterusnya membentangkannya dalam bentuk penyata kewangan. Melalui penyata kewangan ini, analisa boleh dibuat terhadap semua data kewangan seperti jumlah jualan, belian, perbelanjaan (gaji, sewa, belanja utiliti, faedah, peruntukan susut nilai), keuntungan, aliran tunai (jumlah pembayaran dan penerimaan tunai), jumlah aset (tunai, stok, harta, deposit), jumlah tanggungan hutang dan ekuiti (modal, untung terkumpul). Tanpa maklumat ini usahawan tidak mungkin boleh mengetahui sama ada prestasi perniagaan adalah baik atau buruk dan beliau juga tidak akan tahu samada status semasa lemah atau teguh. Usahawan sedemikian boleh diumpamakan sebagai seorang pemandu yang memandu dalam gelap dan beliau pasti akan terbabas.

Upload: amankun

Post on 02-Jul-2015

391 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

Matlamat utama perniagaan adalah mendapatkan keuntungan dan meningkatkan nilai syarikat. Umumnya, keuntungan diperolehi hasil dari jualan tolak kos perniagaan. Apabila syarikat mendapat keuntungan maka ekuiti syarikat akan meningkat (iaitu nilai aset tolak tanggungan) dan syarikat akan bertambah kukuh kedudukan kewangannya. Sebaliknya, jika syarikat mengalami kerugian, kedudukan kewangan syarikat akan menjadi lemah. Untuk mengetahui dan memahami status dan prestasi kewangan, seseorang usahawan perlulah merekodkan semua transaksi kewangan dengan baik dan seterusnya membentangkannya dalam bentuk penyata kewangan. Melalui penyata kewangan ini, analisa boleh dibuat terhadap semua data kewangan seperti jumlah jualan, belian, perbelanjaan (gaji, sewa, belanja utiliti, faedah, peruntukan susut nilai), keuntungan, aliran tunai (jumlah pembayaran dan penerimaan tunai), jumlah aset (tunai, stok, harta, deposit), jumlah tanggungan hutang dan ekuiti (modal, untung terkumpul). Tanpa maklumat ini usahawan tidak mungkin boleh mengetahui sama ada prestasi perniagaan adalah baik atau buruk dan beliau juga tidak akan tahu samada status semasa lemah atau teguh. Usahawan sedemikian boleh diumpamakan sebagai seorang pemandu yang memandu dalam gelap dan beliau pasti akan terbabas.

Page 2: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

Kos Pelaksanaan Projek Kos pelaksanaan projek terdiri daripada:-

- kos pembelian semua aset yang diperlukan seperti mesin, kenderaan, ubahsuai bangunan, alatan, papan tanda dan sebagainya.

- kos modal pusingan atau belanja bulanan seperti belian bahan mentah, gaji, sewa, overhed untuk utiliti seperti bil telefon, air, elektrik dan sebagainya.

- kos pra operasi seperti kos pendaftaran syarikat, cagaran sewa bangunan dan sebagainya.

- peruntukan luar jangka yang disediakan, katakan 10% dari jumlah modal pusingan.

Semua aset yang hendak digunakan dalam perniagaan perlu disenaraikan dan usahawan perlu mencari cara bagaimana mendapatkan aset ini dengan cara yang paling murah atau ekonomik. Antara cara yang boleh dibuat ialah membeli perniagaan yang dijual dengan harga yang murah, membeli alatan terpakai yang masih berkualiti, membina premis dengan reka bentuk kos pembinaan yang ekonomik. Ringkasnya, usahawan perlu kreatif dan “resourceful” untuk mencari kaedah-kaedah supaya kos aset memulakan perniagaan dapat di kurangkan ketahap seminima mungkin.

Kos modal pusingan pula boleh dikurangkan dengan menggunakan beberapa kaedah berikut:-

- mencari pembekal yang bersedia menjual barang secara kredit kepada usahawan

- mencari pembekal yang bersedia menghantar barang secara kirim jual, - stok barang dan jualan pula ditumpukan kepada barangan yang laris

terlebih dahulu dan kepada pembeli yang membeli secara tunai. - jika sesuai, permohonan kemudahan bank membiayai jualan boleh

dipohon khasnya apabila kontrak belian diperolehi dari kerajaan atau syarikat besar yang dipercayai.

- bilangan pekerja yang diambil hanyalah yang betul-betul perlu sahaja dan gaji yang dibayar pula selaras dengan harga pasaran.

Pendek kata, seberapa yang boleh perbelanjaan tetap bulanan perlu diusahakan supaya perniagaan boleh berjalan dengan peruntukan yang minimum. Bajet belanja bulanan perlu disediakan. Kemudiannya ramalan penyata untung rugi yang mengambil kira ramalan jualan, kos belian, anggaran perbelanjaan, peruntukan susut nilai dan keuntungan boleh disediakan. Penyedian ramalan penyata untung rugi ini perlukan pengetahuan tentang hubungan nisbah munasabah antara sais jualan dan item lain dalam penyata untung rugi tersebut. Mereka yang berpengalaman dalam industri berkaitan sahaja yang dapat membuat anggaran yang sesuai dan munasabah ini. Sebagai contoh, nisbah antara kos belian belian bahan mentah dan nilai jualan untuk perniagaan di kantin sekolah adalah sekitar 60% dan nisbah tersebut untuk perniagaan gerai makanan adalah sekitar 50% . Bagi perniagaan restoran pula adalah sekitar 40%. Nisbah jumlah pembayaran gaji pula adalah sekitar 20% dari nilai jualan. Maklumat dan pengetahuan seperti ini adalah kritikal dalam rancangan kewangan seseorang usahawan.

Page 3: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

“Kawal perbelanjaan kamu lebih dari pesaing kamu. Disinilah tempatnya kamu mudah menjumpai kelebihan persaingan. Sam Walton. “Antara ciri-ciri usahawan yang bijak ialah pandai mengunakan tuas kewangan atau menggunakan duit orang lain untuk mencari keuntungan bersama”. Penulis. “Rancangan perniagaan yang baik mempunyai unsur penggunaan tuas kewangan yang berkesan untuk menggandakan duit orang lain untuk diri sendiri”. Lillian Too

Page 4: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

A1. Modal tunai

A5. Membeli bahan mentah A4. Produk separa siap A3. Produk siap

B3. Belian tunai

T1. Akaun belum bayar B4. (belian kredit)

B5. Gaji pekerja, upah pekerja kontrak, bayaran sewa, utiliti, pengangkutan, penyelenggaraan, bayaran faedah pinjaman dan lain-lain.

J1. Jualan tunai

A2. Akaun belum terima J2. (jualan kredit)

E1. modal berbayar

E2. Untung terkumpul

Penyata keuntungan untuk sesuatu tempoh, katakan untuk tempoh sebulan ialah jumlah jualan (J) dalam tempoh tersebut iaitu; jualan tunai campur jualan kredit; J(1)+ J(2) ditolak jumlah belanja (B) dalam tempoh tersebut iaitu perkara B(3) + B(4) + B(5) +F (Faedah pinjaman) + SN(6). Perhatian: perkara SN(6) adalah peruntukan susut nilai aset dan bukan perbelanjaan sebenar.

Penyata kunci kira-kira atau penyata baki (balance sheet) pula ialah satu penyata status jumlah baki pada sesuatu ketika untuk aset (A), tanggungan hutang (T1 – akaun belum bayar & T2 – baki pinjaman) dan ekuiti (E – modal berbayar dan untung terkumpul ) biasanya pada hujung bulan atau hujung tahun.

Baki aset pada sesuatu masa; baki tunai A1, baki akaun belum terima A2, baki stok (A3, A4, A5), baki nilai buku aset A6.

Baki tanggungan; Akaun belum bayar (T1), Baki pinjaman (T2),

Baki ekuiti; modal berbayar E1 campur untung terkumpul E2 tolak ambilan dividen D3.

Usahawan perlu sedar bahawa kadar pusing ganti modal kerja perlu dipercepatkan. Lagi pantas ia berpusing maka lagi baiklah kesihatan kewangan. Sementara marjin keuntungan yang diperolehi setiap kali modal kerja berpusing perlu diawasi kerana keuntungan perniagaan bergantung kepada kadar pusing ganti modal kerja dharab marjin keuntungan. Jumlah aset yang digunakan untuk berniaga perlu dapat menjana keuntungan secara yang efisen. Rujuk nisbah pulangan atas modal

Jumlah akaun belum terima A2 perlu diawasi supaya jumlah hutang yang diberi terkawal dan tidak mengancam aliran tunai. Kuncinya ialah jumlahnya kecil dan masa kutipannya pantas.

Pinjaman

Bayaran pinjaman

Pembelian aset: ubah suai, mesin, alatan dsbnya

SN6. Peruntukan susutnilai aset, - A6. Nilai buku aset

T2. Baki pinjaman

D. Ambilan dividen

ALIRAN WANG DALAM PERNIAGAAN

Pokok

F -Faedah

Page 5: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

Sumber Pembiayaan Projek Setelah jumlah kos pelaksanaan projek diketahui, isu kedua ialah bagaimana membiayai kos tersebut. Sumber pembiayaan projek adalah sesuatu yang biasanya menjadi cabaran pertama kepada usahawan. Beliau perlu mengira berapakah wang sendiri yang boleh dipeolehi daripada wang simpanan, mencagar semula kereta atau barang kemas, pinjaman dari ahli keluarga terdekat atau kawan-kawan yang mempercayainya. Seterusnya beliau boleh cuba membuat pinjaman dari instusi kewangan dan agensi kerajaan yang ada menyediakan berbagai bentuk pinjaman kepada usahawan.

Oleh kerana modal adalah rintangan besar yang pertama, maka usaha mengurang kos pelaksanaan projek seperti yang diterangkan sebelum ini adalah penting agar projek dapat juga dilaksanakan dengan peruntukan sumber kewangan yang ada.

Apabila usahawan mendapatkan pinjaman, ia perlu faham bahawa pinjaman jangka panjang seperti pinjaman berjangka, sewa beli, sewa pajak dan seumpamanya adalah lebih sesuai untuk pinjaman pembelian aset dan pinjaman jangka pendek seperti kemudahan overdraf, pemfaktoran dan pembiayaan jualan/belian adalah untuk menampung keperluan modal pusingan. Penggunaan pinjaman jangka pendek untuk membeli aset adalah strategi kurang bijak dan boleh merumitkan pengurusan kewangan syarikat.

“Pengurusan organisasi perniagaan itu bagaikan permainan bola sepak, pasukan anda perlu dianggotai oleh pemain yang lebih handal dari pasukan lawan, matlamat akhir ialah kemenangan. Dalam perniagaan, anggota staf anda perlu lebih handal dari staf pesaing anda supaya jualan anda laris, kos pengeluaran adalah konpetitif dan matlamat akhir ialah keuntungan anda mengatasi keuntungan pesaing anda. Penulis

Page 6: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

Memahami Penyata Untung Rugi Dan Bagaimana Menguruskannya. Motivasi utama usahawan ialah untuk mencari untung. Untuk mendapat

keuntungan, usahawan perlu melariskan jualan melalui strategi pemasaran yang berkesan dan dalam masa yang sama berusaha mengurang dan mengawal kos perbelanjaan.

Untuk memahami pertalian antara jualan, perbelanjaan dan keuntungan, kita perlu boleh memahami dan menganalisa penyata untung rugi.

Penyata untung rugi bermula dengan jualan yang diperolehi untuk sesuatu tempoh ditolak dengan perbelanjaan untuk tempoh tersebut seperti kos belian bahan mentah, kos gaji, kos sewa, utiliti, faedah, peruntukan susut nilai yang mana menghasilkan bakinya sebagai keuntungan. Biasanya penyata ini di sediakan untuk satu tempuh operasi perniagaan sama ada 1 bulan, 3 bulan, 6 bulan atau setahun. Rajah di bawah menunjukkan rangka penyata untung rugi diikuti dengan komen tentang contoh strategi untuk mengawal unsur-unsur dalam penyata untung rugi tersebut.

Rajah 8 - PENYATA UNTUNG RUGI

Jualan (1) Tolak kos barang jualan /pembuatan (kos beli bahan mentah atau stok, kos buruh langsung dan lain-lain kos langsung) (2) Untung Kasar (3) Tolak perbelanjaan (gaji, sewa, overhed, pengiklanan, faedah, susut nilai mesin, dsbnya) (4) Untung Berseh Sebelum Cukai (5) Tolak Cukai (6) Untung Berseh Selepas Cukai (7) Daripada rajah di atas kita dapat lihat bahawa jualan tolak perbelanjaan akan menghasilkan keuntungan. Oleh itu seseorang usahawan akan cuba meningkatkan jualan (1), keuntungan kasar (3) dan keuntungan berseh selepas cukai (7) dan beliau akan cuba pula mengurangkan perkara kos barang jualan (2), perbelanjaan (4) dan cukai (6). Bagaimana pun, unsur tersebut berkait diantara satu sama lain. Umpamanya jika kos pengiklanan dikurangkan, ia mungkin akan mengurangkan jualan. Begitu juga jika kos bahan mentah dikurangkan dengan membeli bahan yang murah, mungkin kualiti produk terjejas dan jualan pun boleh turut terjejas. Usahawan yang bijak akan dapat mengolah peruntukan supaya keuntungan yang didapati adalah yang paling optima.

Page 7: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

Biasanya, bagi setiap jenis perniagaan yang sama, terdapat banyak persamaan antara nisbah jualan (1) dan perkara 2, 3, 4, 5, 6, 7. Oleh itu jika usahawan mengetahui nisbah biasa iaitu nisbah hitung panjang untuk industri berkenaan antara jualan dan perkara-perkara 2 hingga 7 ini, maka lebih mudah untuk beliau membuat unjuran untuk perniagaan yang beliau rancangkan. Sebagai contoh, katakan untuk perniagaan restoran, nisbah marjin keuntungan kasar dengan jualan adalah sekitar 50% dan nisbah keuntungan sebelum cukai dengan jualan adalah sekitar 20%, maka unjuran penyata untung rugi perniagaan restoran yang dirancang oleh usahawan seharusnya hampir kepada nisbah tersebut supaya ianya menjadi realistik. Sekiranya nisbah keuntungan kasar dengan jualan syarikat usahawan adalah jauh lebih rendah, maka ianya pertanda bahawa usahawan tidak mengurus perniagaan sebaik yang diuruskan oleh usahawan lain.

Katakan penyata untung rugi untuk sebulan bagi sebuah restoran adalah seperti berikut:-

Jualan RM 60,000.00 kos bahan RM30,000.00 Untung kasar RM30,000.00 Perbelanjaan:- Gaji RM 12,000.0 Sewa RM 3,000.00 Pengangkutan RM 500.00 Overhed RM 1,500.00 Faedah pinjaman RM 400.00 Susutnilai RM 600.00 RM18,000.00 Keuntungan RM 12,000.00 Rajah 9 – Penyata Untung Rugi

Berdasarkan penyata untung rugi diatas kita boleh mengira nisbah

berikut:- Kos bahan/ Jualan 30,000/60,000 = 0.5 Gaji/ jualan 9,000/60,000 = 0.15 Sewa/jualan 3,000/60,000 = 0.05 Overhed 1,500/60,000 = 0.025 Keuntungan/ jualan 12,000/60,000 =0.20 Berdasarkan nisbah yang dikira di atas seseorang usahawan dapat

membandingkan prestasinya dengan peniaga restoran lain jika nisbah sedemikian untuk perniagaan lain diperolehi. Nisbah ini juga boleh digunakan untuk membuat bandingan antara prestasi semasa syarikat berbanding dengan tempuh kewangan sebelumnya. Perbandingan ini boleh memberi petunjuk sama ada prestasi meningkat atau menurun.Sekarang mari kita lihat apa yang perlu dititikberatkan oleh usahawan supaya setiap unsur dalam penyata untung rugi dapat diuruskan dengan baik agar ianya dapat meningkatkan prestasi keuntungan.

“Kehidupan menjadi lebih rumit berhampiran dengan puncak, disana adalah lebih sejuk dan tanggung jawab pula bertambah”.

Friedrich Nietzsche

Page 8: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

Antara contoh strategi dan tindakan yang boleh mempengaruhi dan memperbaiki prestasi adalah:-

Rajah 10 – Item Dari Penyata Untung Rugi Dan Strategi Yang Berkaitan Item Strategi / tindakan

Jualan Tahap nilai jualan bergantung kepada

keberkesanan pengurusan dan strategi pemasaran berbanding strategi pemasaran pesaing.

Kos barang jualan / pembuatan Kos ini bergantung kepada keberkesanan

pengurusan dari pengurusan pembelian bahan mentah hinggalah bahan itu diuruskan dan diproses sehingga ianya habis dijual. Pembelian yang ekonomik, jumlah stok yang sesuai, simpanan yang tidak hilang dan penggunaan yang tidak membazir dan pusingganti stok yang efisen adalah antara perkara penting yang perlu dititik beratkan.

Perbelanjaan: Gaji Penentuan jenis dan bilangan pekerja sesuai

dengan keperluan dan tidak berlebihan. Gajinya pula ditentukan setanding dengan harga pasaran untuk jawatan berkenaan.

Sewa, Sewaan premis perlu dibuat pada lokasi yang sesuai dan pada harga sewaan yang ekonomik. Sewa yang mahal tetapi boleh menjana jualan yang tinggi adalah berbaloi.

Overhed (bil. api, air, telephone) Kawalan penggunaannya secara ekonomik dan kos efektif. Umpamanya kelulusan penggunaan telefon diberikan berdasarkan keperluan tugas.

Pengiklanan, Cara pengiklanan yang kos efektif iaitu mencapai matlamat promosi melalui media yang paling berkesan kos.

Faedah, Jumlah pinjaman boleh dikurangkan jika pembelian boleh dibuat secara kredit dan sebagainya.,

Susut nilai mesin, Pembelian aset pada harga yang ekonomik alatan yang jangka hayat yang lebih akan dengan sendirinya mengurangkan impak jumlah susut nilai tahunan.

Page 9: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

Secara ringkasnya, jualan perlu ditingkatkan manakala semua bentuk perbelanjaan sama ada untuk pembelian aset atau perbelanjaan bulanan perlu dibuat dengan cara yang paling ekonomik atau paling minimum. Cara demikian akan menyumbang kepada peningkatan keuntungan. Peratus nisbah keuntungan berseh dengan jualan hendaklah sentiasa diawasi supaya prestasi perniagaan terkawal. Pemotongan perbelanjaan secara sembarangan boleh menjejaskan jualan dan ini pula boleh mengurangkan keuntungan. Sebaliknya, peningkatan perbelanjaan mengikut strategi yang bijak akan meningkatkan jualan, seterusnya boleh menyumbang kepada peningkatan keuntungan perniagaan.

Sebahagian daripada strategi adalah berbentuk proaktif jangka panjang dan ada yang berbentuk reaktif jangka pendek. Strategi reaktif adalah strategi yang diambil sebagai tindak balas atau “response” kepada perubahan dan cabaran yang berlaku dalam persekitaran perniagaan tersebut atau untuk menyelesaikan masalah semasa. Sebagai contoh, sesuatu perlu dibuat apabila persaingan telah bertambah atau apabila cita rasa dan kehendak pelanggan sudah berubah.

Usahawan juga perlu memikirkan strategi jangka panjang untuk membina kekuatan strategik perniagaan. Persoalan seperti memilih lokasi baru atau membina cawangan baru, membina kekuatan kompetitif dari segi kualiti dan kos, menggembelingkan teknik pengeluaran terkini, mempelbagaikan produk, penggabungan dan kerjasama yang mempunyai sinergi dengan rakan perniagaan untuk sama sama untung dan sebagainya lebih merupakan isu-isu strategik yang mempunyai kesan jangka panjang.

“Usahawan yang bijak adalah mereka yang dapat mencari jalan bagaimana boleh memulakan sesuatu perniagaan itu dengan kos permulaan yang rendah dan juga risiko yang rendah”. Penulis “Hanya orang yang mengambil risiko untuk pergi jauh kehadapan sahaja yang boleh mengetahui sejauh mana beliau boleh pergi”. T.S. Eliot “Kehidupan itu berkembang atau menguncup selaras dengan keberanian seseorang.” Anais Nin

Page 10: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

7.4 Memahami Aliran Tunai Dan Bagaimana Menguruskannya. Pengurusan aliran wang tunai melibatkan urusan merancang supaya wang tunai cukup untuk membayar perbelanjaan perniagaan yang diperlukan setelah mengambil kira jangkaan penerimaan wang tunai dan pembayaran wang tunai. Antara jenis penerimaan wang ialah penerimaan modal serta pinjaman di peringkat awal, kutipan jualan tunai bulanan dan kutipan daripada jualan kredit. Sementara bayaran pula ialah untuk pembelian aset dan belanja bulanan untuk pembelian bahan mentah, pembayaran gaji, sewa, overhed dan sebagainya. Secara umumnya perniagaan akan sihat jika jumlah penerimaan melebihi jumlah pembayaran dan syarikat sentiasa ada wang untuk mebayar perbelanjaannya. Sebaliknya syarikat boleh menjadi “insolvent” atau tidak cukup wang tunai untuk membayar belanja yang dituntut dari syarikat dan ini boleh menyebabkan akhirnya muflis.

Antara strategi yang boleh membantu pencapaian objektif pengurusan aliran tunai ialah:-

- merancang dan memastikan wang cukup untuk urusan perniagaan dari bulan ke bulan dan jika perlu kemudahan pinjaman “overdraft” diperolehi bagi menampung kekurangan tunai.

- semua penerimaan khasnya kutipan jualan perlu diusahakan supaya diterima secepat mungkin, dengan demikian akan membantu aliran tunai syarikat.

- bayaran untuk belanja bulanan pula diuruskan supaya boleh dilewatkan sedikit masa pembayarannya melalui belian kredit dan perolehan barang jualan secara kirim jual dan sebagainya.

- stok perniagaan di semua peringkat perlu diawasi supaya sentiasa berada di tahap optima samada stok bahan mentah, stok barang separa siap, stok barang siap dan stok barang jualan. Stok yang berlebihan akan mengikat modal pusingan dan akan mengurangkan jumlah baki tunai di tangan. Bagi perniagaan seperti kedai runcit atau pasaraya, usahawan perlu memastikan stok untuk barang yang laris dijual sentiasa mencukupi. Sementara barang yang jualannya perlahan, jumlah stok yang perlu disimpan hendaklah sedikit sahaja.

- kumpulan sasaran pembeli pula perlu ditumpukan kepada mereka yang membeli secara tunai dan jualan kredit perlu dikawal. Hanya pelanggan yang berkelayakan sahaja dibenarkan membeli secara kredit dan mereka juga ditentukan had jumlah kredit dan had masa kredit yang dibenarkan.

Page 11: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

Sekiranya aliran tunai dirancang dengan baik, maka usahawan akan dapat menjangka bila akan berlakunya kekurangan tunai dan tindakan awal boleh diambil saperti memohon pinjaman “overdraft”, mendapatkan kemudahan kredit dari pembekal dan sebagainya. Secara ringkas, untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan aliran tunai, setiap ringgit yang dibelanjakan untuk membiayai modal pusingan perlu dipastikan ianya berpusing dengan pantas dan setiap kali ia berpusing, ianya menyumbangkan peratus marjin keuntungan kepada perniagaan.

“Dalam kebanyakan kes, keperluan kewangan tambahan timbul kerana pengurusan yang lemah, kesannya cuma sekadar membenarkan pengurus yang lemah meneruskan amalan pengurusan lemah itu lebih lama sedikit sahaja dan menangguhkan hari penentuan”. Henry Ford

Page 12: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

Memahami dan Mengurus Kunci Kira-kira (Aset, tanggungan dan ekuiti).

Penyata kunci kira-kira boleh diumpamakan seperti kita mengambil gambar

jumlah aset, jumlah tanggungan (hutang) dan jumlah ekuiti pada satu-satu masa dan biasanya ia dibuat pada hujung tahun, pertengahan tahun atau pada setiap hujung bulan. Melalui penyata ini usahawan akan dapat melihat perubahan yang telah berlaku kepada aset, tanggungan dan ekuiti. Usahawan perlu meneliti sama ada perubahan yang berlaku itu menunjukan perniagaan bertambah baik atau bertambah buruk. Berikut adalah persamaan kunci kira-kira. Aset = Tanggungan + Ekuiti (modal + untung terkumpul) Aset terdiri dari wang tunai, stok perniagaan, jumlah akaun belum terima iaitu bayaran yang belum diterima untuk jualan yang dibuat secara kredit kepada pelanggan, nilai harta tetap (seperti bangunan, kereta, mesin dan sebagainya) dan wang deposit. Tanggungan ialah liabilti usahawan kepada pihak lain seperti baki hutang pinjaman, hutang sewa beli, akaun belum bayar untuk pembelian secara kredit, bayaran gaji, upah atau bonus yang belum dibayar. Ekuiti ialah jumlah wang modal yang disuntik ke dalam perniagaan dicampurkan dengan jumlah untung terkumpul dari tahun sebelumnya. Bagi kes syarikat yang mengalami kerugian, ekuiti adalah modal setelah ditolak rugi terkumpul. Usahawan perlu faham bahawa walau apa pun urusan kewangan yang dibuat, persamaan antara aset di sebelah kiri dan tanggungan campur ekuiti disebelah kanan akan tetap kekal seimbang. Berikut dibawah ialah beberapa contoh urusan kewangan dan kesan perubahan yang berlaku pada kunci kira-kira; 1. Suntikan modal RM10,000.00 tunai;

Kunci Kira-kira Aset; Ekuiti; Tunai, RM 10,000.00 Modal, RM 10,000.00 RM 10,000.00 RM 10,000.00

2. Pembelian mesin; RM 7,000.00 tunai

Kunci Kira-kira

Aset; Ekuiti; Tunai, RM 3,000.00 Modal, RM 10,000.00 Mesin RM 7,000.00 RM 10,000.00 RM 10,000.00

Page 13: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

3. Pembelian bahan mentah secara kredit (hutang)

Kunci Kira-kira

Aset; Tanggungan & Ekuiti; Tunai, RM 3,000.00 Tanggungan RM 1,000.00 Mesin RM 7,000.00 Modal, RM 10,000.00 Stok RM 1,000.00

RM 11,000.00 RM 11,000.00

Dari contoh diatas kita dapat lihat bahawa apa jua urusan kewangan yang dibuat kesannya persamaan kunci kira tetap seimbang.

Usahawan perlu faham bahawa setiap unsur atau perkara dalam kunci kira-kira mempunyai kepentingannya tersendiri dan sebarang pertambahan atau pengurangan perlu di fahami implikasinya.

Secara umumnya, jika aset tunai bertambah, hutang ditanggung berkurangan dan ekuiti meningkat melalui peningkatan untung terkumpul, maka perniagaan bertambah sihat. Bagaimana pun, setiap sektor dan fasa perniagaaan, mempunyai keunikannya tersendiri. Umpamanya, apabila stok meningkat, ia mungkin satu petunjuk yang baik dimasa pertumbuhan jualan sedang meningkat dan oleh sebab itu stok barang perlu ditambah. Sebaliknya, ia mungkin petunjuk tidak baik dimasa jualan menurun dan stok pula berlebihan. Begitu juga dengan jumlah akaun belum terima, jika jumlah akaun belum terima meningkat kerana meningkatnya jualan secara kredit kepada pelanggan yang dipercayai mampu membayar hutang, ianya mungkin pertanda baik. Sebaliknya, jika akaun belum terima meningkat kerana ramai daripada pembeli secara berhutang tidak mampu membayar hutang mereka, maka ini adalah satu pertanda buruk.

Secara umum, apabila nilai nisbah jualan dengan aset meningkat maka perniagaan tersebut telah bertambah efisen. Aset adalah harta usahawan dan ia perlu diurus secara efisen supaya dapat memberi keuntungan terbaik kepadanya. Stok perniagaan perlu dipasti berada pada tahap yang minimum tetapi cukup untuk tujuan perniagaan. Barang yang laris perlu dipastikan stoknya sentiasa cukup sementara barang yang jumlah jualannya kecil memerlukan sedikit sahaja jumlah stok simpanan. Stok lama perlu dikaji supaya jangan disimpan terlalu lama sehingga nilainya jatuh. Dari masa ke semasa, elok juga dibuat jualan murah untuk menjual stok yang tidak bergerak. Dengan demikian sumber wang dapat dibebaskan untuk modal pusingan dan usahawan boleh membeli stok baru yang sesuai. Bagi perniagaan pembuatan, peningkatan stok dalam keadaan jualan menurun adalah petunjuk kurang baik. Sementara akaun belum terima atau jumlah penghutang perlu dikurangkan serendah mungkin. Usahawan perlu mengejar penghutang dengan tegas supaya mereka membayarnya secepat mungkin.

Page 14: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

Perkara yang lebih penting ialah semua jualan kredit perlu dikawal supaya hanya pelanggan yang layak berdasarkan kemampuan dan sifat amanah sahaja diberikan kemudahan belian kredit. Mereka yang diberi kemudahan kredit pula dikawal mengikut dasar had jumlah kredit maksimum dan tempuh masa maksimum. Dasar ini perlu dipatuhi dengan penuh istiqamah. Jualan kredit yang tidak dikawal adalah jalan pantas untuk menjadikan perniagaan tidak cukup wang tunai dan seterusnya golong tikar. Tanggungan adalah pinjaman yang perlu diurus dengan efisen. Usahawan perlu faham dan membuat pilihan bijak apabila membuat pinjaman kerana faedah yang dikenakan antara pinjaman berjangka, sewa beli, kemudahan kredit, factoring, overdraft dan seumpamanya adalah berbeza-beza.

Sementara itu jumlah untung terkumpul merupakan jumlah untung yang dikumpul dari tahun-tahun yang lepas dan jika perniagaan baik tentunya jumlah ini akan bertambah setiap tahun.

Jika usahawan mendahulukan wangnya atau membuat ambilan wang dari perniagaan, ia perlu direkodkan supaya integriti rekod kewangan tidak terjejas dan boleh dipercayai.

“ Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. Al-Quran, (Surah Alam Nasrah : 6)

Page 15: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

CONTOH RANCANGAN KEWANGAN Oleh: Ir. Sodri Ariffin, MEDEC, UiTM Berikut adalah satu kes contoh perancangan kewangan yang di permudahkan untuk membantu kefahaman anda.

Katakan seorang usahawan ingin berniaga menjual goreng pisang dengan gerai bergerak di sebuah bandar. Berikut adalah langkah-langkah perancangan yang diambil. 1. Pemasaran

Mengikut kajian pemasaran, jualan harian dijangka seperti berikut: 1. Jualan kepada penduduk tempatan

20 orang @ RM3.00 seorang = RM 60.00 2. Jualan kepada pekerja balik dari pejabat

20 orang @ RM3.00 seorang = RM 60.00 3. Jualan kepada penuntut dari kolej berdekatan

30 orang @ RM2.00 seorang = RM 60.00 Jumlah jualan sehari = RM 180.00 Jualan seminggu 180.00@5hari =RM 900.00

2. Kos Pelaksanaan projek; 2.1 Kos aset: Belian alatan RM 1,000.00 2.2 Kos modal kerja (modal pusingan) - peruntukan untuk seminggu:

2.2.1 Kos bahan dan gas untuk sehari 20% dari harga jualan iaitu: 20%@180@5hari seminggu = RM180.00

2.2.2 Kos upah pembantu RM 20.00 @ 2 orang@ 5hari =RM 200.00 2.2.3 Kos pengangkutan RM 10.00@ 5 hari = RM 50.00 Jumlah kos pelaksanaan projek 2.1+2.2.1+2.2.2 +2.2.3 = RM 1430.00

3. Sumber pembiayaan

Katakan untuk membiayai projek ini, usahawan mengeluarkan wang simpanannya sebanyak RM 1030.00 dan membuat pinjaman sebanyak RM400.00 menjadikan jumlahnya pembiayaan sebanyak RM1430.00 iaitu bersamaan dengan kos pelaksanaan projek.

3.1 Suntikan modal sendiri RM1030.00 3.2 Pinjaman RM 400.00 Jumlah RM1430.00 Katakan beliau dikenakan kadar faedah terhadap pinjaman sebanyak 24%

setahun atau 2% sebulan. Bayaran faedah keatas pinjaman RM400.00 untuk bulan pertama ialah RM8.00.

“Pihak bank lebih berminat kepada kemampuan anda membayar balik pinjaman dan keselamatan pinjaman mereka daripada cerita kejayaan dan kegagalan anda”. Irene Smith

Page 16: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

Proforma aliran tunai untuk 4 minggu, bulan pertama. Bil. Perkara Pra-

operasi RM

Minggu 1 RM

Minggu 2 RM

Minggu 3 RM

Minggu 4 RM

Jumlah RM

Penerimaan Baki c/o 430.00 800.00 1170.00 1540.00 1 Modal +

pinjaman 1430.00 1430.00

2 Jualan 900.00 900.00 900.00 900.00 3,600.00 3 Jumlah 1330.00 1700.00 2070.00 2440.00 5,030.00 Pembayaran 1 Beli alatan 1000.00 1000.00 2 Upah 200.00 200.00 200.00 200.00 800.00 3 Bahan & gas 180.00 180.00 180.00 180.00 720.00 4 Pengangkutan 50.00 50.00 50.00 50.00 200.00 5 Bayaran

pinjaman pokok 100.00 100.00 100.00 100.00 400.00

6 Bayaran faedah pinjaman

8.0 8.0

Jumlah bayaran 1000.00 530.00 530.00 530.00 538.00 3128.00 Baki 430.00 800.00 1170.00 1540.00 1902.00 1902.00

Penyata untung rugi bulan pertama; Jualan RM 3,600.00 Kos bahan dan gas RM 720.00 -------------------------------------------------- Untung kasar RM 2,880.00 Tolak perbelanjaan; Upah RM 800.00 Pengangkutan RM 200.00 Faedah RM 8.00 Susut nilai 2% sebulan RM 20.00 Jumlah perbelanjaan RM1028.00 Untung berseh RM1,852.00

Penyata kunci kira-kira hujung bulan pertama Aset: Wang tunai RM1,902.00 Alatan RM1,000.00 Peruntukan susutnilai berdasar tempoh hayat ekonomi alatan 50 bulan atau 2% sebulan, susutnilai 2%@1000

RM 20.00 Nilai buku alatan RM 980.00 Jumlah aset RM 2,882.00 Tangungan Hutang RM400 dan bayaran dibuat RM400 Baki hutang RM 0.00 Ekuiti; Modal berbayar RM1030.00 Untung terkumpul RM1852.00 Tanggungan+ Ekuiti

RM2,882.00

Page 17: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

Soalan ujian pemahaman pengurusan kewangan 1. Fauziah memulakan perniagaan gerai nasi ayam.

Kos pelaksnaan projek ialah RM20,000. Berikut ialah penyata untung rugi untuk bulan pertama Jualan RM20,000.00 100% Kos barang RM10,000.00 50% Untung kasar RM10,000.00 50% Perbelanjaan: Gaji RM2,500.00 12.5% Sewa RM1,000.00 5% Utiliti RM 500.00 2.5% Peruntukan s/nilai RM 500.00 2.5% Lain-lain RM 500.00 2.5% Jumlah belanja RM5,000.00 25% Untung sebelum cukai RM5,000.00 25%

B1. Jika peratus kos bahan mentah kekal dan jumlah belanja bulanan

kekal, berapa jualan titik pulang modal bulanan? Jawapan: RM5000/0.5= RM10,000.00 B2. Pada bulan berikutnya Puan Fauziah membuat promosi tambahan

dengan belanja tambahan RM500.00. Jika jualannya meningkat menjadi RM30,000.00 sebulan dan kadar

peratus nisbah bahan mentah dengan jualan maseh kekal pada 50% dan jumlah belanja bulanan untuk gaji, sewa, utiliti, peruntukan susut nilai dan lain-lain masih sama seperti bulan pertama, berapakah keuntungan bulan kedua? Jawapan: Untung Kasar RM30,000.00 – RM 15,000.00 = RM 15,000.00 Untung Bersih = RM15,000 – RM 5, 000.00 – RM 500.00 = RM 9,500.00

B3. Berikutan dengan persaingan, jualannya menurun kepada

RM15,000.00, berapa keuntungannya? Jawapan: Untung Kasar = RM15,000 – RM7,500 = RM7,5000

Untung bersih = RM7,500 – RM5,000.00 = RM 2,500.00 B4. Berapakah peratus pulangan atas modal untuk sebulan dan setahun

dalam kes B2. Jawapan:

% pulangan atas modal sebulan = 9,500/ 20,000 @100 = 47.5 % % pulangan atas modal setahun = 9,500 @ 12/20,000 @ 100 = 627%

Page 18: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

2. Berikut adalah penyata kunci kira untuk syarikat X Sdn. Berhad dan Y Sdn. Berhad yang berniaga dalam industri yang sama.

X Sdn. Bhd. Y Sdn. Bhd. Aset; Tunai RM 30,000.00 RM 30,000.00 Akaun belum terima RM 20,000.00 RM 40,000.00 Inventori RM 40,000.00 RM 60,000.00 Aset tetap RM 100,000.00 RM 180,000.00 -------------------- ------------------ Jumlah RM 190,000.00 RM 310,000.00 Tanggungan;

Akaun belum bayar RM 30,000.00 RM 40,000.00 Pinjaman Bank RM 50,000.00 RM 80,000.00 -------------------- ------------------ Total RM 80,000.00 RM 120,000.00

Ekuiti; Modal berbayar RM 60,000.00 RM 110,000.00 Untung Terkumpul RM 50,000.00 RM 80,000.00 -------------------- ------------------- Jumlah tanggungan & ekuiti RM 190,000.00 RM310,000.00 Katakan syarikat X Sdn. Bhd. menjual RM 60,000.00 sebulan dan untung

bersih ialah RM12,000.00 sebulan sementara syarikat Y Sdn. Bhd. pula menjual RM90,000.00 sebulan dan untung bersih sebulan RM RM 9,000.00

Kira nisbah berikut untuk kedua-dua syarikat, bandingkan dan komen. i) Marjin keuntungan syarikat (%). ii) Nisbah semasa. iii) Kadar pusing ganti inventori iv) Nisbah hutang berbanding jumlah aset (gearing ratio) v) Kadar pulang atas aset vi) Hitung panjang tempoh kutipan hutang

Bil. Perkara Formula Syarikat X Syarikat Y I Marjin

keuntungan =untung/jualan@100 12000/60000@100

=20%

Ii Nisbah semasa.

Aset semasa/tanggungan semasa

(30K+20K+40K)/30K =3

Iii Kadar pusing ganti inventori

Jualan/ inventori 60,000/40,000 = 1.5

Iv Nisbah hutang/aset

tanggungan / aset 80,000 / 190,000 = 0.42

V Kadar pulang atas aset

Keuntungan/aset @100% 12 K / 190 K @ 100 = 6.3 % sebulan

Vi Tempuh kutipan hutang

Akaun belum terima / hitung panjang jualan sehari

20,000/(60,000/30) =10 hari

Page 19: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

Berikut adalah contoh mudah bagi menerangkan kaedah di atas. Katakan seorang usahawan bercadang membuka sebuah restoran:-

Langkah pertama; Berdasarkan kajian dan rancangan pemasaran, kira ramalan jualan;

Berdasarkan lokasi restoran tersebut, kiraan saiz pasaran boleh dibuat berdasarkan jenis belian, kumpulan pelanggan sasar dan sais belian setiap individu berkenaan. Contohnya; Sais pasaran pada hari-hari biasa:- 1. Sarapan pagi (7.00 – 11.00);

i) Pekerja pejabat dan kilang 50 @ RM 5.00 250.00 ii) Pelancung (penghuni hotel berdekatan) 30 @ RM 20.00 600.00 iii) Penduduk tempatan 80 @ RM 12.00 960.00 iv) Penuntut dari kolej berdekatan 100 @RM 5.00 500.00

2. Makan Tengah Hari (11.00 – 3.00); i) Pekerja pejabat dan kilang 100 @ RM 15.00 1500.00 ii) Pelancung & pengunjung bandar 50@ RM 20.00 1,0 00.00 iii) Penduduk tempatan 100 @ RM 15.00 1,500.00 iv) Penuntut dari kolej berdekatan 50 @ RM8.00 400.00

3. Makan petang & malam (5.00 ptg.– 9.00 mlm.) i) Penduduk tempatan 100 @ RM 15.00 1,500.00 ii) Pelancung dan pengunjung bandar 30 @ RM 15.00 450.00 iii) Penuntut dari kolej tempatan 100 @ RM 6.00 600.00

4. Makanan ringan sepanjang hari seperti mi goreng, bihun dan lain-lain. i) Pekerja, pelancung, penuntut dsbnya. 100 @ RM 10.00 1 ,000.00 Jumlah saiz pasaran sehari RM10,260.00

Katakan terdapat 4 buah restoran pesaing yang beroperasi di sekitar

kawasan tersebut, berdasarkan strategi dan kekuatan pesaing, kataka usahawan menganggarkan bahawa jualan harian beliau adalah sekitar RM 1,500.00 iaitu 15% dari sais pasaran (15% @ RM10,000.00). Maka anggaran jualan sebulan ialah RM1,500 @ 26 hari= RM39,000.00 atau lebih kurang RM40,000.00 sebulan.

Langkah kedua; Anggar kos bahan jualan;

Kos harga bahan jualan untuk restoran biasanya adalah diantara 40% hingga 60% daripada jumlah jualan. Katakan kos bahan mentah ialah 50% daripada kos jualan; 50%@ RM40,000.00 = RM 20,000.00

Langkah ketiga;

Kira keuntungan kasar; RM 40,0000.00 – RM 20,000.00 = RM 20,000.00

Page 20: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

Langkah keempat; Berdasarkan keuntungan kasar iaitu RM 20,000.00, pecahkan peruntukan untuk gaji, sewa, utiliti, faedah, susut nilai dan sasaran keuntungan; Katakan keuntungan berseh yang disasarkan 15 % dari jualan iaitu RM 6,000.00 sebulan (angka ini perlu munasabah). Baki untuk peruntukan perbelanjaan ialah: = untung kasar – peruntukan sasaran keuntungan = RM 20,000 - RM 6,000.00 = RM 15,000.00

Bajet perbelanjaan boleh dianggarkan berdasarkan peratus anggaran nisbah antara item belanja berkenaan dan jumlah jualan seperti berikut:- Gaji berdasarkan 4 orang pekerja satu shif @ 2 shif @ gaji hitung panjang RM 1,000.00 seorang sebulan (termasuk EPF dan SOCSO dan bayaran lebih masa)

RM8,000.00 (20 % daripada jumlah jualan RM 40,000 adalah munasabah) Sewa mengikut pasaran (6.25% jualan) RM 2,500.00 Utiliti (letrik, telefon, air) (2.5% ” ) RM1,000.00 Pengangkutan (1.5% ” ) RM600.00 Anggaran faedah pinjaman , katakan kadar faedah 8 % setahun atau 8/12=0.66% sebulan dari jumlah angaran pinjaman sebanyak RM50,000.00 RM 330.00 Anggaran purata jangka hayat aset ialah lima tahun, susut nilai 20% setahun atau sekitar 1.6 % sebulan keatas aset yang dianggarkan bernilai RM80,000.00 (anggaran kasar awalan) RM 1,500.00 Jumlah bajet pentadbiran bulanan termasuk peruntukan susut nilai RM 13,930.00<RM15,000.00 (Catatan; jumlah bajet belanja bulanan masih lebih rendah dari had RM15,000.00) Langkah kelima

Berdasarkan peruntukan anggaran kasar seperti diatas, peruntukan terperinci untuk perbelanjaan aset dan perbelanjaan belanja bulanan boleh diteruskan. Struktur organisasi dan bilangan staf perlu diatur supaya keseluruhan gaji termasuk bayaran KWSP, SOCSO dan bayaran lebih masa tidak melebihi peruntukan RM10,000.00 sebulan. Dengan peruntukan kasar tersebut sebagai panduan, usahawan sudah boleh merancang keseluruhan rancangan kewangan perniagaan merangkumi kos pelaksanaan projek terdiri dari pembelian aset dan belanja bulanan (pusingan), sumber pembiayaan projek, jadual bayaran balek pinjaman, jadual susut nilai, proforma aliran tunai, proforma untung rugi dan proforma kunci kira-kira.

Page 21: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

Langkah keenam Untuk mengetahui keperluan kos pelaksanaan projek, pertama, usahawan

perlu mengira jumlah semua kos aset yang perlu dibeli, contohnya aset yang diperlukan untuk sebuah restoran: - ubah suai bangunan RM 20,000.00 - alatan dapur, petisejuk, pemanas & hidangan RM 20,000.00 - perabut meja, kerusi, RM 10,000.00 - alat pejabat; komputer, mesin wang RM 6,000.0 - van terpakai RM 25,000.00

Jumlah RM 81,000.00 Peruntukan kos pelaksanaan projek bukan sekadar untuk membeli aset di

atas sahaja. Usahawan perlu menyediakan wang modal pusingan untuk membayar berbagai belanja bulanan seperti gaji, pembelian bahan mentah, bayaran utuliti, sewa, pengangkutan, bayaran lebih masa pekerja, bayaran faedah dan sebagainya. Bagi perniagaan restoran di mana tempuh pusingan wang dari masa pembayaran pembelian bahan mentah hingga ke masa penerimaan tunai dari jualan adalah singkat iaitu sekitar 2 hari sahaja, peruntukan belanja pusingan untuk sebulan sahaja sudah lebih dari mencukupi.

Sebagai contoh, senarai keperluan modal pusingan untuk sebuah restoran: - Bajet belian bahan mentah kering dan basah untuk penggunaan sebulan

RM 20,000.00 - gaji sebulan RM10,000.00 - sewa sebulan dan 2 bulan deposit RM 7,500.00 - pengangkutan RM 500.00 - utiliti RM 1,200.00 - bayaran faedah pinjaman RM 500.00 - belanja di luar jangka RM 10,000.00

JUMLAH RM 49,700.00

Jumlah keseluruhan kos pelaksanaan projek: 1. Kos pembelian aset RM81,000.00 2. Peruntukan modal pusingan RM 49,700.00

JUMLAH KOS PELAKSANAAN PROJEK RM130,700.00

Dengan mengunakan sebahagian besar dari data di atas penulis telah menggunakan progran perancangan kewangan yang disediakan oleh Dr. Ismail Wahab, dari MEDEC, UiTM dan berikut adalah hasil kiraan tersebut.

“ Kegagalan merancang dan membuat persediaan adalah perancangan dan persediaan untuk gagal” Mike Murdock “Jika seseorang itu tidak tahu apa yang dihajatkan, masakan dia tahu apa yang perlu dibuat dan isu apa yang dihajatkan itu perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum isu lain difikirkan.” Penulis.

Page 22: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

4.10.1 Contoh Penyediaan Rancangan Kewangan Kos Pelaksanaan Projek Katakan perincian kos pelaksanaan projek adalah seperti berikut:-

Keperluan Aset Tetap

tempoh hayat (tahun) Kaedah susut nilai RM

(1= garis lurus 2= baki berkurang) - Ubahsuai bangunan 5 1 20,000 Alatan dapur dan hidangan 5 1 20,000 Perabut 5 1 10,000 Alatan pejabat 5 1 6,000 Van terpakai 4 1 25,000 Keperluan Modal Kerja

1 bulan

Belanja Pentadbiran Gaji bulanan 10,000 Sewa bulanan premis 2,500 Overhed; letrik, air, telefon, gas 1,000 Pengangkutan 600 Belanja Pemasaran Pengiklanan; brosur, poster, iklan berkala 300 Belanja Operasi Belian Stok 20,000 Keperluan Lain (sekali)

Deposit 5,000 Bayaran Pendaftaran 500 Insurans & Cukai Jalan 1,500 Pelbagai Belanja 2,000 Peruntukan Luar Jangka 10% 12,440

Jumlah Kos Projek 136,840

17.2 SUMBER PEMBIAYAAAN PROJEK Modal Sendiri: Tunai 64,810 Modal Sendiri: Bayaran Muka Sewa Beli 5,000 Modal Sendiri: Aset Tetap Sedia Ada (Tanah & Bangunan) - Modal Sendiri: Aset Tetap Sedia Ada (Pelbagai) - Sewa Beli Aset Tetap faedah 5%

tempoh 5 20,000

Pinjaman Bank faedah 8% tempoh

5 Kaedah

2 47,030

(1=tetap 2=baki tahunan)

Jumlah Sumber Pembiayaan Projek 136,840

* Contoh kiraan kewangan ini dibuat menggunakan perisian hasil ciptaan Dr. Ismail Wahab, MEDEC, UiTM.dan dicetak dengan kebenaran dan ehsan beliau. Ianya semata-mata untuk tujuan membantu pemahaman bab kewangan. Pembaca diingatkan bahawa setiap perniagaan mempunyai keunikan tersendiri yang perlu diberi perhatian.

Page 23: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

17.2 JADUAL SUSUT NILAI ASET TETAP & BAYARAN BALIK PINJAMAN

Jenis Aset Ubahsuai bangunan Jenis Aset Alatan dapur dan hidangan

Kos (RM) 20000 Kos 20000 Kadar Tahunan 20% Kadar

Tahunan 20%

Susut Nilai Susut Nilai Susut Nilai Susut Nilai

Tahun Tahunan Terkumpul Nilai Buku Tahun Tahunan Terkumpul Nilai Buku

0 - - 20,000

0 - - 20,000

1 4,000

4,000 16,000

1 4,000 4,000 16,000

2 4,000

8,000 12,000

2 4,000 8,000 12,000

3 4,000

12,000 8,000

3 4,000 12,000 8,000

4 4,000

16,000 4,000

4 4,000 16,000 4,000

5 4,000

20,000 - 5 4,000 20,000 -

Jenis Aset Perabut Jenis Aset Alatan pejabat Kos 10000 Kos 6000 Kadar Tahunan 20% Kadar

Tahunan 20%

Susut Nilai Susut Nilai Susut Nilai Susut Nilai

Tahun Tahunan Terkumpul Nilai Buku Tahun Tahunan Terkumpul Nilai Buku

0 - - 10,000

0 - - 6,000

1 2,000

2,000 8,000

1 1,200 1,200 4,800

2 2,000

4,000 6,000

2 1,200 2,400 3,600

3 2,000

6,000 4,000

3 1,200 3,600 2,400

4 2,000

8,000 2,000

4 1,200 4,800 1,200

5 2,000

10,000 - 5 1,200 6,000 -

Page 24: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

Jenis Aset Van terpakai Kos 25000 Kadar Tahunan 25%

Susut Nilai Susut Nilai

Tahun Tahunan Terkumpul Nilai Buku

0 - - 25,000

1 6,250

6,250 18,750

2 6,250

12,500 12,500

3 6,250

18,750 6,250

4 6,250

25,000 -

BAYARAN BALIK PINJAMAN BAYARAN BALIK SEWA BELI Jumlah Pinjaman 47030 Jumlah 20000 Kadar Faedah 8% Kadar Faedah 5% Tempoh (tahun) 5 Tempoh (tahun) 5 Kaedah Baki Tahunan

Baki Baki Tahun Pokok Faedah Pokok Tahun Pokok Faedah Pokok

0 - - 47,030

0 - - 20,000

1 8,017 3,762

39,013

1 4,000

1,000 16,000

2 8,658 3,121

30,356

2 4,000

1,000 12,000

3 9,351 2,428

21,005

3 4,000

1,000 8,000

4 10,099 1,680

10,906

4 4,000

4,000 4,000

5 10,906 873

0 5 4,000

1,000 -

Page 25: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

17.3 Unjuran Aliran Tunai Unjuran Aliran Tunai berdasarkan jualan RM40,000/= sebulan sahaja.

BULAN BULAN 1

BULAN

2

BULAN 3

BULAN 4

BULAN 5

BULAN 6

BULAN 7

BULAN 8

BULAN 9

BULAN 10

BULAN 11

BULAN 12

A. BAKI TUNAI AWAL BULAN

-

51,042

55,244

59,445

63,647

67,849

72,051

76,252

80,454

84,656

88,858

93,059

Modal Sendiri: Tunai

69,810

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Pinjaman Bank 47,030

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Jualan Tunai 40,000

40,000

40,000

40,000

40,000

40,000

40,000

40,000

40,000

40,000

40,000

40,000

Kutipan Akaun Belum Terima

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

JUMLAH PENERIMAAN TUNAI

156,840

40,000

40,000

40,000

40,000

40,000

40,000

40,000

40,000

40,000

40,000

40,000

C. PEMBAYARAN TUNAI

Gaji bulanan 10,000

10,000

10,000

10,000

10,000

10,000

10,000

10,000

10,000

10,000

10,000

10,000

Sewa bulanan premis

2,500

2,500

2,500

2,500

2,500

2,500

2,500

2,500

2,500

2,500

2,500

2,500

Overhed; letrik, air, telefon, gas

1,000

1,000

1,000

1,000

1,000

1,000

1,000

1,000

1,000

1,000

1,000

1,000

Pengangkutan 600

600

600

600

600

600

600

600

600

600

600

600

Pengiklanan; brosur, poster, iklan berkala

300

300

300

300

300

300

300

300

300

300

300

300

Belian Tunai 20,000

20,000

20,000

20,000

20,000

20,000

20,000

20,000

20,000

20,000

20,000

20,000

Bayaran Akaun Belum Bayar

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Deposit 5,000

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Pendaftaran, Insuran, cukai jalan & pelbagai belanja

4,000

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Belian Aset Tetap - Pelbagai

56,000

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Bayaran Muka Sewa Beli

5,000

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Bayaran Balik Sewa Beli; Pokok

333

333

333

333

333

333

333

333

333

333

333

333

Faedah 83

83

83

83

83

83

83

83

83

83

83

83

Bayaran Balik Pinjaman; Pokok

668

668

668

668

668

668

668

668

668

668

668

668

Faedah 314

314

314

314

314

314

314

314

314

314

314

314

JUMLAH PEMBAYARAN TUNAI

105,798

35,798

35,798

35,798

35,798

35,798

35,798

35,798

35,798

35,798

35,798

35,798

D. BAKI TUNAI AKHIR BULAN

51,042

55,244

59,445

63,647

67,849

72,051

76,252

80,454

84,656

88,858

93,059

97,261

Page 26: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

PENYATA PRO-FORMA UNTUNG RUGI Tahun 1

Jualan

480,000

tolak: Kos Jualan Stok Awal - campur: Belian 240,000 tolak: Stok Akhir - 240,000 Untung Kasar 240,000 Tolak: Perbelanjaan Belanja Pentadbiran 169,200 Belanja Pemasaran 3,600 Belanja Operasi - Pendaftaran & Perlesenan 500 Insurans & Cukai Jalan Kenderaan 1,500 Pelbagai Belanja 2,000 Faedah Sewa Beli 1,000 Faedah Pinjaman 3,762 Susut Nilai Aset Tetap 17,450 Jumlah Perbelanjaan 199,012 Untung Bersih Sebelum Cukai 40,988

Page 27: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

PRO-FORMA KUNCI KIRA-KIRA

Tahun 1 ASET ASET TETAP (Nilai Buku)

Tanah & Bangunan - Ubahsuai bangunan 16,000 Alatan dapur dan hidangan 16,000 Perabut 8,000 Alatan pejabat 4,800 Van terpakai 18,750 63,550 ASET SEMASA Baki Tunai 97,261 Deposit 5,000 Akaun Belum Terima - Stok Akhir - 102,261 JUMLAH ASET 165,811

EKUITI Modal Berbayar 69,810 Untung Terkumpul 40,988 110,798 LIABILITI Baki Sewa Beli 16,000 Baki Pinjaman 39,013 Akaun Belum Bayar - Cukai Belum Bayar 0 55,013 JUMLAH EKUITI & LIABILITI 165,811

Page 28: asas pengurusan kewangan

© Hak Cipta MEDEC/Tunas Mekar UiTM

ANALISIS KEWANGAN Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

Analisis Nisbah Kewangan Kecairan Nisbah Semasa 7.7 (Aset Semasa*/Liabiliti Semasa**) Nisbah Aset Cair (Ujian Asid) 7.7 (Aset Cair***/Liabiliti Semasa) Keberuntungan Pulangan Daripada Jualan 9% (Untung Bersih Selepas Cukai/Jualan) Pulangan Daripada Ekuiti 37% (Untung Bersih Selepas Cukai/Ekuiti) Pulangan Daripada Aset 25% (Untung Bersih Selepas Cukai/Aset) Hutang Hutang:Ekuiti 1.3 (Liabiliti/Ekuiti) (* Aset Semasa: tidak termasuk deposit) (**Liabiliti Semasa = Akaun Belum Bayar + Cukai Belum Bayar + Ansuran Pinjaman & Sewa Beli)

(*** Aset Cair: Aset semasa tolak stok) Analisis Pulangan Modal Jumlah Jualan 480,000 Kos Berubah: Bahan 240,000 Kos Tetap: Belanja Pentadbiran 169,200 Belanja Pemasaran 3,600 Belanja Operasi - Pendaftaran & Perlesenan 500 Insurans & Cukai Jalan Kenderaan 1,500 Pelbagai Belanja 2,000 Faedah Sewa Beli 1,000 Faedah Pinjaman 3,762 Susut Nilai Aset Tetap 17,450 199,012 Nisbah Sumbangan Jualan - Kos Berubah 0.50 Jualan Jumlah Jualan pada Titik Pulang Modal (RM) Kos Tetap 398,025 Nisbah Sumbangan Jumlah Jualan (bulanan) pada Titik Pulang Modal Belanja Tetap bulanan

Belanja tetap bulanan Nisbah sumbangan

33,168.66