asas pengurusan kewangan

24
ASAS PENGURUSAN KEWANGAN BAB 1 : SKOP DAN SIFAT PENGURUSAN KEWANGAN aishah_ukm@yah oo.com

Upload: aishahukm9425

Post on 12-Jun-2015

6.843 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

nota ringkas tentang asas pengurusan kewangan bab pengenalan dan pembuatan keputusan keputusan kewangan

TRANSCRIPT

Page 1: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

BAB 1 : SKOP DAN SIFAT PENGURUSAN KEWANGAN

[email protected]

Page 2: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

BENTUK ORGANISASI PERNIAGAAN

1. Perniagaan Tunggal <Dimiliki seorang pemilik> <Pemilik biasanya merupakan pengurus firma> <daftar bawah Pendaftar Perniagaan>

Kelebihan Paling mudah ditubuhkan Pendapatan perniagaan adalah merupakan pendapatan sendiri (xda bezanya) Kadar cukai lebih rendah berbanding kadar cukai syarikat Operasi boleh ditamatkan ikut kehendak pemilik atau sebaik pemilik sudah

meninggal dunia

Kelemahan Pemilik dan perniagaan adalah entiti yang sama Jika bisnes gagal, pemiutang boleh menuntut segala aset persendirian pemilik Dana modal terhad kepada harta yang dimiliki sahaja. Jika buat pinjaman, perlu atas nama pemilik dan cagaran adalah harta milik

pemilik Tanggungan terhad. Kekayaan pemilik terdedah kepada risiko perniagaan

Page 3: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

2. Perniagaan Perkongsian

• Terdiri dari 2 hingga 20 ahli ( perbankan=10, profesional= no limit )

• Mudah ditubuhkan kerana bebas dari kawalan undang-undang

• Daftar dengan Pendaftar Perniagaan

• Boleh ditubuhkan sebagai Perkongsian biasa (semua ahli adalah

ahli biasa dan mereka punyai kuasa dalam pengurusan perniagaan

itu) atau Perkongsian Berhad (ahli terdiri daripada perkongsian

biasa dan berhad, Berhad ni tiada kuasa dalam pengurusan hanya

sumbang pendapat dan check akaun bisnes)

• Tanggungan tidak terhad ( harta pemilik boleh dituntut pemiutang )

Page 4: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

• Modal hanya terhad kepada jumlah aset yang dimiliki pemilik untuk dicagarkan.

• Wujud kepakaran yang berbeza antara ahli

• Keharmonian antara ahli ~ada perjanjian dimeterai dalam Artikel Perkongsian~

• Artikel Perkongsian :-1. Pembahagian untung rugi2. Pembuatan kuasa dalam bisnes3. Langkah perlu jika bisnes ditamatkan, samada sukarela atau

terpaksa

• Pemilik dan bisnes adalah satu entiti, so pendapatan bisnes adalah pendapatan persendirisn, dan kadar cukai yang ditanggung oleh biasa adalah kadar cukai pendapatan persendirian

Page 5: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

3. Syarikat

• sebuah entiti yang sah ditubuhkan di bawah undang-undang

• Jadi syarikat boleh menandatangani kontrak perjanjian, memiliki harta atas

nama sendiri, disaman atau menyaman

• Daftar bisnes dengan Pendaftar Syarikat

• Pemilik dan pengurus bukan orang sama (entiti berasingan) memberikan

kelebihan :-

1. Usia bisnes yang tidak terhad (even pemilik atau pengurus mati coz

pemilikan boleh ditukar milik)

2. Pemilikan yang bertukarganti kerana pemilikan diwakili oleh jumlah

saham yang dimiliki

Page 6: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

3. Tanggungan terhad

Tanggungan risiko hanya terhad kepada jumlah modal

dilaburkan untuk beli saham syarikat

Syarikat boleh wujudkan ekuiti (dengan terbitkan saham baru)

atau wujudkan hutang dengan mudah untuk biayai sebarang

pelaburan ~ jika firma dapat buktikan prestasi kukuh~

Jika firma gagal, pemiutang hanya boleh tuntut apa yang

firma miliki sahaja, dan jika aset firma x mencukupi, harta

kekayaan pemilik x akan disentuh

Page 7: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

• Kelemahan syarikat :-

1. Percukaian dua kali ganda :- cukai pendapatan perniagaan dan cukai

pendapatan persendirian yang diperoleh oleh shareholder dalam

bentuk dividen. Dividen ni diperoleh daripada pendapatan bersih firma

setelah membayar cukai pendapatan perniagaan (nampak shareholder

kena bayar 2 kali cukai)

2. Proses penubuhan yang panjang lagi rumit, banyak borang diisi kerana

penubuhan syarikat dikawal di bawah Akta Syarikat 1965

Syarikat ada jenis

3. Syarikat Sendirian Berhad

4. Syarikat Berhad

Page 8: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

Syarikat Sendirian Berhad

• Didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat

• Dikenakan cukai pendapatan syarikat

• Sebuah entiti berasingan, tanggungan risiko terhad pada modal dilaburkan

dalam syarikat sahaja

• Perolehan modal: peroleh daripada jualan saham kepada sekumpulan orang

perseorangan sahaja

• Pemegang saham syarikat juga merupakan pemilik syarikat dan biasanya

setiap pemilik mengenali antara satu sama lain

• Bilangan min pemegang saham 2 dan terhad kepada 20 orang

• Kebanyakan syarikat ini punyai matlamat untuk disenaraikan di bursa saham

sebagai syarikat berhad dan ada juga yang mahu kekal kerana tak mahu

hilang kuasa pengurusan.

Page 9: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

Syarikat Berhad (pendaftaran sama dengan syarikat sdn.bhd)

• Diwajibkan simpan akaun dan segala rekod seperti dinyatakan dalam

Seksyen 167 Akta Syarikat 1965

• Bezanya ia telah disenaraikan di bursa saham

• Perolehan modal =terbit kan saham untuk orang ramai

• Kelebihan :-

1. Profil yang lebih menyerlah, senang dapat publisiti, akhbar dan

internet, ini menyumbang kepada pertumbuhan syarikat dan dapat

menarik peluang perniagaan baru

2. Kepercayaan Pelabur lebih kerana sebelum disenaraikan di Papan

Utama atau Papan Kedua BSKL, syarikat terlebih dahulu memenuhi

syarat penyenaraikan BSKL

Page 10: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

3. Dana Tambahan. Boleh mewujudkan kecairan di dalam sistem penilaian

yang cekap. Bila dah disenaraikan, pelabur boleh jual saham pada bila-

bila masa pada harga yang ditetapkan pasaran dan harga saham ini

diterima umum

4. Peluang untuk membesar.

Dana dari Pemegang saham dengan terbitkan hak dan saham

pinjaman.

Dana ini boleh digunakan untuk mengembangkan bisnes, untuk projek

baru, untuk keuntungan, atau untuk kurankan hutang

5. Peluang perniagaan baru

Bila disenaraikan senang dapat peluang untuk kembangkan bisnes

terutama di luar negeri kerana syarikat ini lebih dipercayai berbanding

dengan yang tidak disenaraikan

Page 11: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN
Page 12: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

MASALAH AjENSI…

• Ejen = pihak pengurusan, Prinsipal= pemilik saham..hubungan yang

terbentuk adalah hubungan ajensi

• Prinsipal nak maksimakan kekayaan mereka, so mereka mengharapkan

pihak pengurusan yang mereka lantik akan memaksimakan keuntungan

(x ambil sebarang risiko perniagaan dan kewangan yang tidak

munasabah) supaya pemilik saham memperoleh kekayaan yang tinggi

dalam bentuk dividen

• Jika pendapatan syarikat dan perolehan dividen meningkat,maka saham

syarikat akan meningkat dan membolehkan pemilik saham memperoleh

keuntungan dari segi pendapatan yang lebih tinggi (dari dividen) dan

keuntungan modal (dari harga saham yang tinggi)

Page 13: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

• Pengurus sememang akan bertindak untuk memaksimakan kekayaan

shareholder tetapi mereka juga ada matlamat tersendiri

• Pengurus tidak akan bekerja untuk shareholder sekiranya faedah

mereka tidak terpelihara

• Pengurus menginginkan gaji yang yang tinggi, faedah sampingan,

kenderaan, pejabat yang lebih mewah, bonus tetap setiap tahun dan

sebagainya. Jika pengurus selesa, mereka tidak akan mahu terlibat di

dalam sebarang pelaburan yang mempunyai risiko tinggi kerana jika

risiko tinggi, akan memberi kesan kepada pulangan, kedudukan mereka

juga akan terancam

Page 14: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

• Jika pengurus berniat untuk meningkatkan saham dirinya sendiri (untuk

dilamar syarikat lebih besar), mereka akan meluaskan kuasa syarikatnya

di pasaran dengan membuka banyak cawangan, hasilkan banyak

produk, buat pelaburan di luar negeri untuk lebih menonjolkan syarikat

dan juga dirinya (agresif) lalu membuka peluan untuk dirinya dilamar

syarikat besar lain, ini mendedahkan syarikat kepada risiko yang tinggi

• Kadang-kadang, hubungan ajensi ini disebut sebagai masalah ajensi

• Jika pihak pengurusan tidak memiliki ekuiti/sikit akuiti dalam syarikat,

pemilik saham akan terdedah kepada kos ajensi.

• Kos ajensi terdiri daripada kos langsung dan tidak langsung

• Contoh kos langsung

Page 15: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

• Contoh kos langsung

1.Kos pengawalan = wujud daripada perbelanjaan mengodit penyata

kewangan syarikat

2.Kos perbelanjaan pengurusan = pengurusan cenderung membazir

wang syarikat seperti beli kereta import mewah, bayar gaji pengurus

terlampau tinggi, cuti tahunan pengurus di tanggung syarikat dan lain-

lain. Juga pihak pengurusan nak amik alih syarikat lain dengan bayar

harga tinggi. Semua kos ini hanya beri faedah kepada pihak

pengurusan tetapi pemilik saham yang akan menanggungnya

• Contoh kos tidak langsung = kos lepas yang disebabkan pihak

pengurusan tidak selari matlamatnya dengan pemilik saham, maka

segala peluang yang menguntungkan mungkin dilepaskan begitu

sahaja.

Page 16: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

BAB 2 : keputusan-keputusan KEWANGAN

[email protected]

Page 17: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

JENIS-JENIS KEPUTUSAN KEWANGAN

1. Bahagian Pengawalan

Perancangan untuk kawalan = segala kos operasi firma harus dikawal

melalui dasar serta prosedur perakaunan dan kewangan agar matlamat

firma dapat dicapai

Melaporkan dan mentafsirkan = pengurus kewangan harus beupaya

menyediakan serta mentafsirkan data-data serta laporan perakaunan dan

kewangan dengan cepat dan tepat kerana pihak pengurusan atasan

memerlukan maklumat kemaskini ini untuk bersaing dengan berkesan

Penilaian dan penasihatan = pengurus kewangan menilai serta bincang

dengan pengurus lain tentang pencapaian firma serta keberkesanan dasar,

struktur serta peraturan firma.

Page 18: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

Pentadbiran cukai = bahagian kewangan firma bertanggungjawab

mentadbir dasar dan peraturan cukai dan pengurus kewangan perlu

mencari jalan untuk mengurangkan beban cukai syarikat

Laporan kerajaan = bahagian kewangan perlu sediakan semua laporan

yang telah ditetapkan kerajaan

Perlindungan Aset = melalui sistem kawalan dalaman yang berkesan,

aset firma dapat dilindungi dari berlaku kesilapan dari segi catatan dan

juga dari berlaku penipuan dan pencurian

Penilaian Ekonomi = Pengurus kewangan perlusentiasa mengawasi

kesan daripada tekanan ekonomi dan sosial terhadap kebajikan firma

Page 19: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

2.Bahagian Perbendaharaan

Penyediaan Modal = PK perlu dapatkan dan sediakan modal untuk perjalanan serta pertumbuhan firma pada kadar kos minimum

Perhubungan dengan Pelabur = perhubungan harmoni dengan pembekal

modal dan masyarakat perniagaan demi kepentingan firma

Pembiayaan Jangka Pendek = keperluaan kewangan jangka pendek harus

dipenuhi dengan tepat dan pada kos yang terendah, if not, perjalanan firma akan

tergendala dan firma terpaksa tanggung kos kewangan yang tinggi

Urusan Bank dan Penyimpanan = Pk terlibat dengan urusan bank bagi tujuan

menjaga keselamatan wang dan sekuriti firma

Kredit dan Pungutan = Pk buat aktiviti memberi dan memungut kredit

Pelaburan = Pk melaburkan dana firma ikut dasar yang ditetapkan B.O.D firma

Insurans = perlindungan insurans yang mencukupi perlu diambil untuk

melindungi sumber-sumber organisasi

Page 20: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

KEPUTUSAN PEMBIAYAAN Keputusan-keputusan yang diambil tentang masalah

pembiayaan aset ( firma perlukan aset untuk jalankan perniagaan)

Unsur-unsur utama yang perlu dipertimbangkan ialah :-

1.Tempoh aset digunakan Tempoh ini akan menentukan jenis pembiayaan yang akan

diperlukan. Jika aset itu digunakan untuk jangka panjang, sumber pembiayaannya juga harus berbentuk j/panjang. Jika tempoh masa pendek, pembiayaan j/pendek digunakan

2.Struktur Modal Struktur modal yang dikehendaki oleh pihak pengurusan

secara langsung menentukan sumber modal utama firma. Jika hutang, maka sumber modalnya adalah hutang. Jika struktur modal lebih kepada ekuiti, maka sumber modalnya ialah pendapatan tertahan dan saham biasa baru. Struktu modal yang dipilih juga bergantung kepada tahap risiko yang sanggup mereka tanggung

3. Kos Sumber Pembiayaan Pk boleh pilih sumber modal seperti hutang, saham biasa

baru, pendapatan tertahan atau saham keutamaan baru. Tapi tiap-tiap itu ada kos modalnya. So, Pk perlu tetapkan kos sumber modal yang digunakan dengan matlamat nak min kos modal. Ini dapat memaks nilai pasaran firma

Page 21: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

KEPUTUSAN PELABURAN (penting untuk maksimakan nilai pasaran saham biasa firma)

Untuk menentukan sumber-sumber pelaburan dana firma, jadi apa keputusan yang diambil untuk selesaikan masalah ini disebut Keputusan pelaburan

Pelaburan Dana firma boleh jadi untuk jangka pendek (aset semasa) atau jangka panjang (aset tetap)

Pelaburan jangka panjang :-• Kewujudan dan pertumbuhan firma sangat bergantung

pada pelaburan aset tetap firma• Pk perlu fikirkan dan tentukan pelaburan aset tetap yang

sesuai demi kepentinganj.panjang firma melalui aktiviti perbelanjawan modal

• Pk menilai peluang-peluang pelaburan berdasarkan keuntungan,nilai masa wang dan risiko analisisnya

Pelaburan jangka pendek :-• Pk perlu tentukan tahap optimum aset semasa yang

diperlukan untuk operasi harian• Berapa banyakkah tunai, inventori dan ABT yang harus

disimpan supaya kendalian firma tidak terganggu.• Faktor kos lepas juga mesti diambil kira kerana

penyimpanan aset semasa ini melibatkan modal tertanam dalam aset-aset tertentu

• Aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk memastikan pelaburan optimum dalam aset semasa disebut sebagai pengurusan modal kerja

Page 22: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

KEPUTUSAN PEMBIAYAAN DIVIDEN

Masalah pembiayaan dan masalah pembayaran dividen saling berkait kerana pembayaran dividen akan mengurangkan pendapatan tertahan firma yang akan digunakan untuk membiayai pelaburan-pelaburan lain

Contoh :- Pendapatan bersih selepas cukai = Rm150,000 (pndapatn tertahan)

(-) Dividen Biasa = Rm 40,000

Pendapatan bersih selepas Dividen = Rm 110,000

• Sebelum bayar dividen, firma mempunyai sumber pembiayaan yang tinggi tapi selepas dividen, firma kekurangan sumber pembiayaan. Ini menyebabkan firma perlu mencari sumber pembiayaan yang lain bagi menampung kekurangan itu atau kurangkan aktiviti pelaburan sebanyak Rm 40k itu.. Jika Pk xnak bayar dividen, dia kena fikir kesannya pada nilai pasaran saham biasa ( takut orang xnak beli)

• Keputusan pembayaran dividen termaktub dalam dasar dividen firma

Page 23: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

DASAR DIVIDEN FIRMA…1.Sikap Pelabur terhadap Dividen

- Pelabur dapat ganjaran melalui dividen dan laba modal- Ada yang suka dividen lebh dari laba modal dan sebaliknya- Jika ramai pelabur dalam firma tu suka dividen, Pk kena

pastikan keputusan pembayaran dividen akan memuaskan pemegang saham jenis ini

2.Kandungan Maklumat tentang pengumuman Dividen- Setiap kali pengisytiharan dividen dibuat, secara tidak

langsung memberi info kepada shareholders tentang potensi firma membayar dividen pada masa depan

- Jika pembayaran dibuat konsisten, mereka menjangkakan yang sama untuk akan datang

- Ini mengukuhkan kepercayaan mereka kepada firma3.Peluang-peluang Pelaburan

- Teori mencadangkan firma bayar dividen setelah kehabisan pelaburan dalam peluang-peluang pelaburan yang menguntungkan, so, pemegang saham akan dapat pembayaran dividen yang rendah

4.Keadaan Mudah Tunai- Firma bayar dividen hanya bila firma punyai tunai yang cukup bukan saja nak bayar dividen tapi untuk tampung keperluan tunai syarikat setiap hari

- Jika pengurusan tunai firm atak cekap, maybe pembayaran dividen kepada shareholder bermasalah

Page 24: ASAS PENGURUSAN KEWANGAN

KRITERIA MEMBUAT KEPUTUSAN KEWANGAN…

1. Haruslah berdasarkan kepentingan para pemilik

firma (shareholders)

2. Haruslah munasabah, jelas dan tepat

3. Dapat digunakan untuk semua jenis keputusan

kewangan termasuk keputusan pembiayaan,

keputusan pelaburan, dan keputusan pembayaraan

dividen

4. Kriteria ini adalah kriteria pemaksimuman kekayaan

pemegang saham

5. Pk perlu memilih alternatif optimum yang dapat

meningkatkan nilai pasaran pemilik syarikat dengan

banyak sekali

6. Semua keputusan kewangan firma harus berupaya

memaksimumkannilai pasaran saham syarikat