asg asas pyldkn
TRANSCRIPT
PPEX 3101
ASAS PENYELIDIKAN
DALAM PENDIDIKAN
TAJUK :
MASALAH PENGUASAAN BAHASA ARAB
KOMUNIKASI (BAK)
KUMPULAN INSPIRASI :
NOOR FAKHRYYAH ISMAIL (IEB 060084)
NORSHAIDATUL AZWANI LAUJI (IEB
060098)
NUR HAZWANI CHE IDRIS (IEB
060104)
UMMI NADZRAH ABD.RAHMAN (IEB
060153)
ABSTRAK
Kajian survey ini adalah berkenaan persepsi mahasiswa Universiti Malaysia
Terengganu (UMT) terhadap pendekatan kooperatif di universiti. Kajian ini telah
dijalankan di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu, Terengganu Darul
Iman. Seramai 290 orang mahasiswa dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah dipilih
sebagai responden. Fakulti ini terdiri daripada lima jabatan iaitu Jabatan Ekonomi,
Jabatan Pengurusan (Pemasaran), Jabatan Pengurusan (Polisi dan Sekitaran Sosial),
Jabatan Perakaunan dan Jabatan Kaunseling. Instrumen kajian ini ialah soal selidik dan
data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan SPSS versi 15.0. Kajian ini
bertujuan untuk mengetahui persepsi mahasiswa UMT terhadap pendekatan kooperatif
yang digunakan di universiti tersebut dan juga untuk mengetahui kaedah-kaedah
kooperatif yang digunakan di UMT dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta
untuk mengetahui kaedah kooperatif yang paling disukai oleh mahasiswa UMT. Dapatan
kajian menunjukkan persepsi mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
terhadap pendekatan kooperatif di universiti sangat positif di mana hampir semua
mahasiswa iaitu sebanyak 97.2% atau 282 orang daripada jumlah keseluruhan
responden faham tentang maksud pendekatan kooperatif dan pernah mengaplikasikan
pendekatan tersebut di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Manakala
dapatan kajian yang kedua menunjukkan kaedah-kaedah kooperatif yang digunakan
adalah kaedah Learning Together, Jigsaw, Think Pair Share, Group Investigation, In-
class Teams, Teams Game Tournament, TAPPS, Cooperative Note-Taking Pairs dan
STAD. Untuk dapatan ketiga pula, hasil kajian menunjukkan kaedah kooperatif yang
paling disukai oleh mahasiswa UMT ialah kaedah Jigsaw manakala kaedah yang kurang
diminati ialah kaedah Learning Together.
2
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji-pujian kehadrat Ilahi, selawat dan salam ke atas junjungan mulia
Nabi Muhammad S.A.W., sahabat-sahabat baginda serta sekalian umat Islam yang
mendapat hidayah dan mengikuti jalan baginda yang benar. Bersyukur juga kepada
Allah dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
Tugasan ini berkaitan satu kajian tinjauan di sebuah institusi pengajian tinggi
awam (IPTA) di Malaysia yang bertajuk “Persepsi Mahasiswa Universiti Malaysia
Terengganu TerhadapPendekatnKooperatif di Univesiti”.
Akhirnya kami mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Ustazah Tengku Sarina Aini bt. Tengku Kasim yang bertindak sebagai
pensyarah dan penasihat kami dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan
sehingga selesainya kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada pihak Universiti Malaysia
Terengganu serta semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung.
Semoga dengan selesainya tugasan ini dapat memberi manfaat kepada kami
khususnya dan kepada sahabat-sahabat umumnya.
3
DAFTAR ISI
PERKARA HALAMAN
Abstrak 2
Penghargaan 3
Daftar Isi 4
Senarai Jadual 8
Senarai Rajah
BAB SATU
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Kepentingan Kajian
1.6 Bidang Dan Skop Kajian
1.7 Definisi Konsep Dan Tajuk
4
1.7.1 Persepsi
1.7.2 Mahasiswa IPTA
1.7.3 Pendekatan Kooperatif
1.7.4 Universiti
BAB DUA
KAJIAN LEPAS
2.1 Pendahuluan
2.2 Kajian Literatur
2.3 Konsep Pendekatan Kooperatif
2.3.1 Definisi Kaedah Pembelajaran Kooperatif
2.3.2 Kaedah Pembelajaran Kooperatif
2.3.3 Bentuk-Bentuk Pembelajaran Kooperatif
2.3.4 Pelaksanaan Kaedah Kooperatif
2.3.5 Strategi Meningkatkan Keberkesanan Pembelajaran Kooperatif
5
2.4 Elemen Utama Kaedah Pembelajaran Kooperatif Dan Fungsinya
Dalam Kumpulan Kecil
2.5 Kelebihan Pembelajaran Kooperatif
2.6 Penutup
BAB TIGA
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Sampel Kajian
3.4 Lokasi Kajian
3.4.1 Sejarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
3.4.2 Objektif Penubuhan
3.4.3 Fungsi
3.5 Instrumen Kajian
3.6 Kajian Rintis
3.7 Prosedur Kajian
3.8 Analisis Data
3.9 Kesimpulan
BAB EMPAT
DAPATAN KAJIAN
6
4.1 Pendahuluan
4.2 Analisis Demografi Responden Kajian
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Bangsa, Jantina Dan Kursus
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Tahap Pengajian, Jantina
Dan Kursus
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur, Jantina
Dan Kursus
4.3 Persepsi Mahasiswa UMT Terhadap Pendekatan Kooperatif
4.3.1 Kefahaman Tentang Pendekatan Kooperatif
4.3.2 Kesan Positif Pendekatan Kooperatif
4.3.3 Kesan Negatif Pendekatan Kooperatif
4.3.4 Pandangan Mahasiswa Berkaitan Pendekatan Kooperatif
4.3.4.1 Pandangan Mahasiswa Kursus Sarjana Muda Ekonomi
4.3.4.2 Pandangan Mahasiswa Kursus Sarjana Muda Pengurusan
(Pemasaran)
4.3.4.3 Pandangan Mahasiswa Kursus Sarjana Muda Pengurusan
7
(Polisi Dan Sekitaran Sosial)
4.3.4.4 Pandangan Mahasiswa Kursus Sarjana Muda Perakaunan
4.3.4.5 Pandangan Mahasiswa Kursus Sarjana Muda Kaunseling
4.4 Kaedah-Kaedah Kooperatif Yang Dilaksanakan Di UMT
4.4.1 Kaedah-Kaedah Kooperatif Yang Dilaksanakan Mengikut Kursus
4.5 Kaedah Kooperatif Yang Diminati Oleh Mahasiswa UMT
4.6 Penutup
BAB LIMA
PENUTUP
5.1 Pendahuluan
5.2 Kesimpulan
5.3 Implikasi Dan Cadangan
5.3.1 Cadangan kepada UMT
5.3.2 Cadangan untuk kajian lanjut
5.4 Penutup
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
8
Jadual 3.1 : Jadual responden mengikut bangsa dan jantina bagi setiap kursus
Jadual 3.2 : Jadual item dan aspek
Jadual 3.3 : Jadual skala Likert yang mewakili min dan skor
Jadual 4.1 : Jadual taburan responden mengikut bangsa, jantina dan kursus
Jadual 4.2 : Jadual taburan responden mengikut tahap pengajian, jantina dan kursus
Jadual 4.3 : Jadual responden mengikut umur, jantina dan kursus
Jadual 4.4 : Jadual tabulasi-silang di antara jantina responden dengan kefahaman
responden mengenai pendekatan kooperatif (n:290)
Jadual 4.5 : Jadual tabulasi-silang di antara jantina responden dengan pandangan
positif
responden terhadap pendekatan kooperatif
Jadual 4.6 : Jadual tabulasi-silang di antara jantina responden dengan pandangan
negatif responden terhadap pendekatan kooperatif
Jadual 4.7 : Jadual kaedah kooperatif yang digunakan di UMT
Jadual 4.8 : Jadual tabulasi-silang di antara kaedah yang digunakan di UMT dengan
kursus
Jadual 4.9 : Jadual kaedah kooperatif yang disukai oleh mahasiswa UMT
Jadual 4.10 : Jadual kaedah kooperatif yang paling disukai oleh mahasiswa
Jadual 4.11 : Jadual tabulasi-silang antara kaedah yang paling disukai dengan jantina
Jadual 4.12 : Jadual tabulasi-silang antara kaedah yang paling disukai dengan
bangsa
Jadual 4.13 : Jadual tabulasi-silang antara kaedah yang paling disukai dengan kursus
SENARAI RAJAH
9
Rajah 4.1 : Rajah jantina responden
Rajah 4.2 : Rajah bangsa responden
Rajah 4.3 : Rajah umur responden
Rajah 4.4 : Rajah kursus responden
Rajah 4.5 : Rajah bangsa responden
10
BAB 1
( PENGENALAN )
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
11
Umat Islam perlu mengetahui, memahami dan mempelajari Bahasa Arab sebagai
bahasa Al-Quran, hadith dan bahasa rasmi perhubungan antarabangsa. Selain daripada
itu, ia juga telah menjadi wadah Islam dari segi akidah, siasah syar’iyyah dan kebudayaan
yang tidak boleh dipandang rendah oleh umat Islam seluruhnya. Kewujudannya akan
terus kekal bersama kekalnya Al-Quran dan umat Islam di atas muka bumi ini.
Firman Allah S.W.T:
ال,ك&ت(اب& ب&ين& و( &ن6ا2( ال,م3 ع(ل,ن(اه3 ) إ (ن<ا ج( آ ر, ب&يBا ق3 ل(ع(ل6ك3م, ع(ر(
ل3ون( )3( ت(ع,ق&
Maksudnya:
‘Demi kitab (Al-Quran) yang menerangkan sesungguhnya Kami menjadikan Al-Quran
dalam Bahasa Arab supaya kamu memahaminya.’ ( Surah Az-Zukhruf : 2-3 )
Bahasa Arab merupakan satu bahasa yang berjaya meletakkan dirinya di dunia
antarabangsa selari dengan perkembangan Islam. Bahasa Arab ialah bahasa yang
digunakan untuk membukukan segala hasil penulisan berbagai-bagai cabang ilmu
pengetahuan pada zaman silam dan juga pada masa kini walaupun keistimewaannya
dalam konteks perhubungan antarabangsa tidak mencapai tahap Bahasa Inggeris.
Bahasa Arab semakin mendapat perhatian yang khusus dari masyarakat Islam
sedunia. Mereka juga telah merasai bahang kepentingannya sejak kebelakangan ini. Di
Malaysia, Bahasa Arab dilihat sebagai salah satu bahasa yang sering dikaitkan dengan
agama Islam itu sendiri. Malah iajuga sering dikaitkan dengan bahasa ibadat. Para ilmuan
12
Islam pula berpendapat bahawa Bahasa Arab sebagai kunci kepada khazanah-khazanah
ilmu yang telah ditinggalkan oleh ulama’-ulama’ Islam yang terdahulu.
Pembelajaran Bahasa Arab telah berkembang dari semasa ke semasa dan mula
diajar dengan lebih teratur melalui sistem pondok dalam abad ke-19. Ia terus berkembang
sehingga sekarang melalui sistem persekolahan sama ada yang ditadbirkan secara
langsung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan-jabatan Agama Islam ataupun
sekolah-sekolah yang ditubuhkan secara persendirian. ( Ishak Mohd Rejab, 1984:227).
Kini Bahasa Arab telah dipelajari di setiap peringkat bermula dari peringkat pra-
sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah di peringkat pengajian tinggi.
Malah Bahasa Arab juga diajar di tempat-tempat yang tidak formal seperti di surau-surau
dan di masjid-masjid.
Bagi pelajar yang mempelajari Bahasa Arab secara formal, khususnya Bahasa
Arab Komunikasi, mereka harus mahir menguasai serta menggunakan empat kemahiran
utama dalam Bahasa Arab. Kemahiran-kemahiran tersebut ialah mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.
Di samping itu, pelajar harus mahir menguasai struktur berkomunikasi dalam
Bahasa Arab selari dengan kemahiran-kemahiran yang disebutkan tadi. Seseorang
penutur yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi mampu menguasai
struktur komunikasi yang betul, mampu menggunakan laras bahasa dengan nahu yang
betul dan juga mampu menyusun kata yang mudah difahami oleh si pendengar.
13
Lantaran menyedari betapa pentingnya kemahiran-kemahiran yang ada dalam
Bahasa Arab, maka di sini penulis akan cuba membuat satu kajian terhadap “Masalah
Penguasaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Tiga
di Beberapa Buah Sekolah Pelbagai Aliran di Pantai Timur”
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Pada tahun 1977, Kurikulum Bahasa Arab di sekolah menengah kebangsaan mula
digubal secara rasmi. Serentak dengan itu, sebanyak sebelas buah sekolah agama negeri
dan rakyat diambil alih pentadbirannya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah-
sekolah berkenaan kemudiannya dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA). Pada tahun 1988, Kementerian Pendidikan telah membuka Kelas Aliran Agama
(KAA) yang menawarkan mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah-sekolah menengah
kebangsaan harian. Sehingga kini terdapat 56 buah SMKA dan lebih dari 350 buah
sekolah menengah harian yang menawarkan KAA.
Pada 12 Jun 1991, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) telah memutuskan
supaya nama Bahasa Arab diubah kepada Bahasa Arab Komunikasi (BAK). Selain
daripada itu, JKP juga meluluskan mata pelajaran baru iaitu Bahasa Arab Tinggi (BAT)
dan dilaksanakan mulai tahun 1992. ( Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian
Pendidikan Malaysia).
14
Mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi ditawarkan pada peringkat Penilaian
Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia, sementara Bahasa Arab Tinggi hanya
ditawarkan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Kedua-dua mata pelajaran ini
mempunyai sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran yang berbeza. Begitu juga
dengan format peperiksaan dan buku teks.
Matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi ialah untuk membolehkan
pelajar menguasai dan menggunakan kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Persoalan yang timbul sekarang ialah pelajar-pelajar
yang telah melalui proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Arab
Komunikasi pada tahap menengah rendah masih gagal menguasai sepenuhnya kemahiran
bahasa tersebut.
1.3 PERNYATAAN MASALAH
Penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar pada masa kini pada keseluruhannya
sangat tidak memuaskan. Kebanyakan mereka bukan sahaja tidak boleh menulis dan
bercakap dalam bahasa tersebut, tetapi juga kebolehan mereka membaca dan memahami
juga menjadi tanda tanya. Malah penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar aliran
agama juga diragui. Kemampuan pelajar lepasan sekolah tempatan dalam Bahasa Arab
15
semakin hari semakin mundur ke belakang. Ramai yang tidak dapat bertutur dengan baik.
Mereka tidak dapat memahami dan membaca dengan betul, sama ada aspek tatabahasa
atau sebutan huruf. Mereka tidak mampu membentuk ayat dan menulis mengikut kaedah
tatabahasa dan penulisan Arab. (Abdul Hadi Mohd Salleh, 1998 )
Ada antara pelajar yang tidak tahu membaca, menulis Jawi dan Al-Quran.
Ada yang tidak berminat mungkin kerana Bahasa Arab kurang penting atau kaedah
mengajar yang kurang baik. Guru Bahasa Arab bertanggungjawab menanam minat
kepada murid dengan menjelaskan kepentingan Bahasa Arab terutama kepada pelajar
yang ingin menyambung pelajaran ke universiti yang menggunakan Bahasa Arab sebagai
bahasa pengantar. (Abdul Hadi Mohd Salleh, 1998 )
Beberapa kajian yang dijalankan telah membuktikan bahawa tahap penguasaan
pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi (BAK) masih lemah. Ini meliputi
pelbagai aspek terutamanya dalam memahami petikan teks, menulis karangan dan juga
aspek tatabahasa Arab. Menurut kajian Ismail Muda (1999) yang dilakukan terhadap
pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima di sebuah sekolah di Kelantan mendapati
bahawa pelajar-pelajar yang terlibat menghadapi masalah dari segi perbendaharaan kata
dan struktur ayat.
Selain itu, kajian Abd.Ghani Md. Hassan (1999) menyatakan bahawa pelajar
sekolah menengah tidak berminat dengan mata pelajaran Bahasa Arab Komunikas (BAK)
ekoran kelemahan penguasaan tatabahasa dan perbendaharaan kata. Begitu juga dengan
16
hasil kajian Zainol Abidin Ahmad (2003) yang mendapati pelajar Melayu tidak dapat
menguasai kemahiran menulis ayat Bahasa Arab dengan sempurna.
Mengapakah fenomena di atas terjadi? Hasil daripada kajian-kajian yang telah
dijalankan di atas mendapati bahawa terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan masalah
penguasaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) di kalangan pelajar. Antaranya ialah faktor
pelajar seperti kurang menghafal, malas mengulangkaji, tidak dapat mengingati tasrif
(sistem morfologi Bahasa Arab) dan tidak mengambil berat dengan suruhan guru.
Manakala terdapat juga faktor luaran seperti persekitaran, sikap guru dan juga kaedah
pengajaran dan pembelajaran.
Persoalannya, adakah tahap penguasaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) di
kalangan pelajar pada hari ini masih di tahap yang lemah? Apakah aspek yang paling
lemah tahap penguasaannya? Apakah faktor-faktor yang menjadi punca masalah
penguasaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) di kalangan pelajar tingkatan tiga di
pelbagai jenis sekolah? Adakah terdapat hubungkait antara aliran sekolah dengan tahap
penguasaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK)? Oleh sebab belum terdapat kajian yang
khusus yang dijalankan tentang masalah dalam penguasaan Bahasa Arab Komunikasi
(BAK) di kalangan pelajar pelbagai aliran sekolah, maka wajarlah satu kajian dijalankan
bagi menjawab segala persoalan-persoalan di atas.
1.4 OBJEKTIF KAJIAN
17
Dalam setiap kajian, pasti ada matlamat dan objektif yang ingin dicapai atau dicari.
Dalam kajian ini, objektifnya telah diringkaskan dalam bentuk yang tertera di bawah. Ini
untuk memudahkan rujukan balas dibuat apabila pembaca ingin melihat dapatan kajian
ini.
Objektif kajian ini ialah :
(1) untuk mengetahui aspek yang paling lemah tahap penguasannya di dalam Bahasa
Arab Komunikasi (BAK).
(2) untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan masalah penguasaan Bahasa
Arab Komunikasi (BAK) di kalangan pelajar tingkatan tiga di pelbagai aliran sekolah
(3) untuk melihat signifikan antara aliran sekolah dengan tahap penguasaan Bahasa Arab
Komunikasi (BAK).
1.5 SOALAN KAJIAN
Justeru, kajian ini diharapkan dapat menjawab beberapa persoalan yang
dirumuskan dalam bentuk soalan kajian seperti berikut :
(1) Aspek apakah yang paling lemah tahap penguasaannya di dalam Bahasa Arab
18
Komunikasi (BAK)?
(2) Apakah faktor yang menyebabkan masalah penguasaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) di kalangan pelajar tingkatan tiga di pelbagai jenis sekolah?
(3) Adakah terdapat hubungkait antara aliran sekolah dengan tahap penguasaan Bahasa
Arab Komunikasi (BAK) di kalangan pelajar?
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Sesuatu kajian adalah dianggap penting apabila hal-hal kajian dapat digunakan
bagi mengatasi masalah-masalah serta cabaran yang dihadapi oleh sesuatu organisasi itu.
Bertolak dari sinilah penyelidik merasakan perlunya satu kajian dijalankan untuk
mengetahui tentang penguasaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) dalam kalangan pelajar
tingkatan tiga di semua aliran sekolah sama ada dari aspek membaca, menulis atau
bertutur.
Kajian ini sangat penting kerana dapatannya akan menunjukkan sejauh manakah
pelajar-pelajar tingkatan tiga dapat menguasai aspek dalam Bahasa Arab Komunikasi
(BAK). Hasil kajian juga akan membuktikan aspek manakah yang paling lemah tahap
penguasaannya di dalam mata pelajaran tersebut. Seterusnya guru atau pendidik dapat
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas untuk
meningkatkan tahap penguasaan pelajar.
19
Selain daripada itu, kajian ini dibuat untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
menyebabkan masalah penguasaan Bahasa Arab Komunikasi(BAK) dalam kalangan
pelajar tingkatan tiga di pelbagai aliran. Hasil kajian akan menunjukkan faktor sebenar
yang menyebabkan masalah penguasaan pelajar dalam bahasa tersebut sama ada
disebabkan oleh pelbagai aliran ataupun tidak. Setelah itu, pelajar dan guru perlu
mencari pendekatan dan inisiatif yang terbaik untuk membantu mengatasinya.
Hasil yang paling penting dalam kajian ini adalah untuk melihat sejauh manakah
aliran sekolah dapat mempengaruhi tahap penguasaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK).
Ini perlu untuk memastikan adakah aliran sesebuah sekolah itu akan mempengaruhi
pelajar dalam menguasai sesuatu bahasa. Justeru itu, dapatan kajian ini diharapkan dapat
membantu para pendidik dalam mengubahsuai dan mempelbagaikan kaedah pengajaran
dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi (BAK) supaya proses
pembelajaran dapat dijalankan dalam suasana menyeronokkan dan bermakna sekaligus
pelajar dapat meningkatkan penguasaan dan pemahaman mereka dengan lebih berkesan.
1.7 BIDANG DAN SKOP KAJIAN
Sebagaimana yang telah dinyatakan, kajian ini akan merungkai persoalan
berkenaan masalah penguasaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) dalam kalangan pelajar
tingkatan tiga di pelbagai aliran sekolah. Oleh itu, kami akan menjelaskan perkara-
perkara yang menjadi fokus dalam kajian ini agar ia tidak tersasar daripada tajuk
perbahasan sebenar. Fokus atau skop kajian ini adalah seperti berikut.
20
1. Kajian ini akan dijalankan di tiga jenis aliran sekolah iaitu Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan
Sekolah Menengah Agama (SMA) di Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu
dan Pahang. Sampel yang kami pilih adalah pelajar tingkatan tiga sahaja.
2. Merujuk kepada tajuk kajian ini iaitu “Masalah Penguasaan Bahasa Arab
Komunikasi (BAK) Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Tiga di Beberapa Buah
Sekolah Pelbagai Aliran di Pantai Timur”, maka kajian ini lebih menjurus kepada
faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan pelajar dalam BAK.
3. Kajian ini dilaksanakan secara soal selidik yang diedarkan kepada pelajar
tingkatan tiga di beberapa buah sekolah yang terlibat. Set soal selidik tersebut
mempunyai 4 bahagian iaitu; bahagian A, B, C dan D.
1.8 DEFINISI KONSEP DAN TAJUK
Pengertian tajuk merupakan elemen penting yang perlu dijelaskan oleh penulis
untuk memberikan kefahaman yang mendalam dan gambaran yang jelas kepada pembaca
tentang tajuk kajiannya. Definisi konsep dan operasional yang dinyatakan di bawah ini
boleh membantu pihak ketiga yang membaca laporan kajian ini kelak dan
memudahkannya memahami kandungan kajian ini secara lebih jelas dan objektif lagi.
1.8.1 Masalah
21
Masalah ialah kesukaran yang dihadapi dalam sesuatu hal yang memerlukan
penyelesaian masalah. Contoh, dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab
Komunikasi (BAK), terdapat beberapa kesukaran dan permasalahan yang memerlukan
penyelesaian supaya para pelajar dapat menguasainya.
1.8.2 Penguasaan
Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (1994), penguasaan ialah perihal
menguasai atau mengetahui dengan mendalam menjadikan diri mahir dan
berpengetahuan tentang sesuatu.
1.8.3 Bahasa Arab Komunikasi
Bahasa Arab Komunikasi (BAK) merupakan salah satu daripada mata pelajaran
yang terlibat dengan program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata
pelajaran BAK diajar pada peringkat sekolah menengah. Pelajarannya lebih tertumpu
kepada penguasaan berbahasa dan berkomunikasi untuk melahirkan pelajar yang fasih
dan lancar dalam pertuturan, pandai dan cekap dalam pembacaan terutama al-Quran dan
hadis serta dapat menulis dengan baik.
1.8.4 Pelajar Tingkatan Tiga
Pelajar ialah individu yang belajar seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan
sebagainya atau individu yang mengaji (menyelidik ilmu). (Kamus Dewan, 1993). Selain
daripada itu, takrif pelajar boleh dirumuskan sebagi orang perseorangan yang masih
menuntut di mana-mana peringkat pengajian dari yang serendah-rendah hingga peringkat
yang tertinggi. Oleh itu, pelajar tingkatan tiga ialah pelajar yang belajar dalam tingkatan
22
tiga di peringkat menengah rendah di sekolah menengah dan majoritinya berusia 15
tahun.
1.8.5 Sekolah Pelbagai Aliran
Sekolah ialah tempat pelajar belajar dan menimba ilmu pengetahuan sebelum
menyambung ke peringkat yang lebih tinggi. Manakala pelbagai aliran pula merujuk
kepada sekolah yang mengandungi atau menyediakan aliran tertentu untuk memudahkan
pentadbiran dan pengurusan sekolah di samping membezakan antara satu sekolah dengan
sekolah yang lain berdasarkan alirannya. Contohnya sekolah menengah harian, sekolah
menengah agama negeri atau sekolah aliran sains.
23
BAB 2
( KAJIAN LEPAS )
BAB 2
TINJAUAN KAJIAN LEPAS
2.1 PENDAHULUAN
Sebagai permulaan penulisan ini, kami akan memberi gambaran awal berkenaan
proses sebelum kami membuat kajian. Pertama, di bahagian ini, penulisan
keseluruhannya adalah dalam rangka dan konsep teoratik. Kerangka teoratik yang
melandasi penulisan ini adalah bertitik tolak dari tinjauan kepustakaan. Tinjauan
kepustakaan ialah untuk membolehkan kami mengetahui sejauh mana kajian-kajian yang
24
telah dikaji dalam masalah itu dan apakah penemuan-penemuannya. Pengetahuan ini
akan membantu kami membuat rangka kajian yang boleh memperkemaskan dan
mengembangkan pengetahuan dalam bidang tersebut. Ia juga boleh menentukan sama
ada kajiannya nanti akan merupakan suatu penerokaan baru atau suatu duplikasi kepada
kajian yang lalu.
Melalui pembacaan kajian-kajian yang terdahulu, diharapkan akan membimbing
dan melandasi struktur penulisan dan pengkajian masalah ini. Justeru itu, di awal bab ini,
kami akan membuat tinjauan bacaan yang berkaitan dengan masalah tahap penguasaan
Bahasa Arab Komunikasi di kalangan pelajar sekolah. Kami juga melihat penulisan-
penulisan yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan
tersebut.
2.2 KAJIAN LITERATUR
Para pengkaji lalu adalah sumber utama yang dapat membantu mengerakkan
kajian dalam bidang yang dilakukan ini. Selain itu, kajian ini juga dapat melengkapkan
kajian-kajian yang telah dilakukan dahulu sekiranya terdapat persamaan. Tanpa kajian
terdahulu sudah tentu akan membebankan para pengkaji akan datang untuk mendapatkan
maklumat tambahan. Kajian terhadap permasalahan dalam pengajaarn dan pembelajaran
Bahasa Arab telah dikaji semenjak bertahun-tahun yang lalu iaitu sekitar 1991 lagi.
25
Hasil kajian terdahulu yang dijadikan rujukan untuk membantu kami dalam
membuat kajian adalah kajian yang bertajuk “Permasalahan Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah-sekolah Menengah Agama Kedah” yang ditulis
oleh Nailah Binti Haji Azizan pada tahun 1991. Hasil dapatan kajian beliau mendapati
bahawa pencapaian pelajar di dalam Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) pada tahun 1989 adalah sederhana. Antara punca permasalahan tersebut
ialah faktor guru Bahasa Arab, sikap pelajar, metodologi yang digunakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran, masa pembelajaran yang singkat, sikap ibubapa, kurang
bahan bacaan sampingan dan juga masalah kesuntukan masa untuk mengulangkaji
pelajaran.
Kajian yang kedua ialah kajian yang dilakukan oleh Ismail Muda pada tahun 1999
yang bertajuk “Penguasaan Bahasa Arab di kalangan Pelajar Sekolah Menengah
kebangsaan Pengkalan Chepa”. Kajian ini berkaitan dengan penguasaan Bahasa Arab di
kalangan pelajar tingkatan empat dan lima sahaja dari sekolah tersebut. Hasil dapatan
kajian beliau mendapati bahawa pelajar-pelajar yang terlibat menghadapi masalah dari
segi perbendaharaan kata dan struktur ayat. Punca kelemahan utama adalah faktor pelajar
yang kurang menghafal dan tidak dapat mengingati bahan yang didengar, malas
mengulangkaji pelajaran dan tidak mengambil berat akan suruhan guru.
Berdasarkan kajian yang bertajuk “Pembelajaran Bahasa Arab di peringkat
sekolah menengah di negeri Kelantan” yang dibuat oleh Wan Hassan Bin Wan Mat pada
tahun 1995 mendapati pembelajaran Bahasa Arab di peringkat sekolah menengah di
26
negeri Kelantan masih lagi menghadapi berbagai-bagai masalah di dalam beberapa aspek
seperti pelajar kurang berminat, kurang bermotivasi dan kurang kesedaran tentang
kepentingan Bahasa Arab. Manakala dari aspek guru tidak ramai guru yang
berpengalaman mengajar. Alat bantu mengajar yang digunakan juga hanya menggunakan
alat tradisional sahaja iaitu kapur dan papan tulis. Selain itu, aktiviti-aktiviti ko-
kurikulum yang berkaitan dengan Bahasa Arab tidak begitu berkesan.
Seterusnya ialah kajian yang bertajuk ”Perbandingan pengajaran Bahasa Arab
Tinggi dan Bahasa Arab Komunikasi : Satu kajian di sekolah menengah Arab” tulisan
Hamzah bin Hassan (1997) telah mengemukakan beberapa masalah yang meembelenggu
pelajar untuk menguasai Bahasa Arab. Di antara masalah tersebut ialah kurang
mempraktikkan pertuturan Bahasa Arab, kurang membiasakan diri dengan
perbendaharaan kata Bahasa Arab, kurang latihan dan membuat hafalan, tidak mahir
dalam kaedah tatabahasa Arab serta kurang mahir dalam membuat ayat.
Kajian lain yang berkaitan ialah kajian oleh Rosmiza bt Mohammad (1998) yang
bertajuk ”Kemahiran pengajaran Bahasa Arab : satu kajian di sekolah-sekolah agama
negeri Kelantan”. Hasil dapatan kajian ini telah menyenaraikan faktor-faktor yang
menjadi penghalang kepada pelajar untuk menguasai kemahiran Bahasa Arab. Antara
faktor tersebut ialah kekurangan bahan bantu mengajar, kekurangan bahan bacaan dan
rujukan dalam Bahasa Arab di sekolah dan di pasaran, masa belajar yang tidak
mencukupi, tiada dorongan ibubapa serta persekitaran yang tidak mendorong untuk
menggunakan Bahasa Arab.
27
Kami juga melihat kajian yang dilakukan oleh Abdul Hadi Mohd Salleh pada
tahun 1998 yang bertajuk “Pengajaran Bahasa Arab Komunikasi di Institut Teknologi
Mara:Masalah dan Penyelesaian”. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti
permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran di Institut Teknologi Mara. Kajian ini
lebih menjurus kepada penghuraian mengenai masalah-masalah atau rintangan yang
dihadapi oleh semua pihak yang terlibat di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Arab. Dapatan kajian ini secara amnya menunjukkan tahap penguasaan Bahasa
Arab dalam kalangan pelajar institut tersebut berada di tahap agak memuaskan.
Kajian seterusnya ialah kajian mengenai masalah dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Arab yang lebih memberi fokus di dalam aspek-aspek tertentu
sahaja. Antara kajian yang telah dilakukan ialah hasil penulisan oleh Abdul Ghani
Md.Hassan pada tahun 1999 yang bertajuk “Kesilapan membina ayat asas di kalangan
pelajar sekolah menengah”. Rumusan daripada kajian beliau mendapati bahawa rata-rata
pelajar tidak berminat dengan mata pelajaran Bahasa Arab. Keadaan ini timbul ekoran
kelemahan penguasaan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang didorong daripada sikap
malas menghafal dan tidak mampu mengingati tasrif (sistem morfologi Bahasa Arab).
Selain itu, Zainal Abidin Ahmad turut melakukan kajian yang bertajuk
“kemahiran menulis bahasa arab di kalangan pelajar Melayu : Satu kajian kes”. Kajian
yang dilakukan pada tahun 2003 ini fokus kepada aspek pembelajaran pelajar untuk
menguasai kemahiran menulis ayat Bahasa Arab serta menilai sejauh mana kaitannya
28
dengan pencapaian ujian bertulis mereka. Hasilnya menunjukkan bahawa kebanyakan
responden tidak mempelajari kemahiran menulis ayat Bahasa Arab dengan sempurna dan
tidak dapat menguasainya. Kelemahan ini disebabkan beberapa faktor seperti kaedah
pengajaran dan pembelajaran, pengaruh Bahasa Melayu serta pengolahan terhadap ayat
dalam buku teks dan sukatan pelajaran yang tidak meluas terhadap semua bentuk ayat
serta aspek-aspek yang berkaitan.
Manakala Norazman Mohd Nordin pula melakukan kajian dari aspek membaca
dalam Bahasa Arab iaitu kajian yang bertajuk “Penguasaan kemahiran membaca dalam
Bahasa Arab” merumuskan bahawa kebanyakan pelajar kajian mempunyai tahap sebenar
kebolehan membaca yang cemerlang (80%) dan baik (20%) menurut skala gred
pencapaian PMR. Seramai 27 orang daripada 50 orang pelajar berada pada skor yang
sama atau melebihi min iaitu 84.1. Meskipun demikian, mereka didapati lemah dari segi
membaca dengan sebutan huruf dan kaedah nahu Arab yang betul. Selain itu, semua guru
Bahasa Arab didapati memainkan peranan aktif dan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran serta membimbing pelajar membaca bahasa kedua.
Dari aspek pertuturan pula, kajian yang bertajuk “Pencapaian pelajar kelas aliran
agama dalam aspek pertuturan Bahasa Arab : Satu kajian kes” yang ditulis oleh Khalid
Mohd Latif pada tahun 2004 mendapati bahawa pencapaian pelajar dalam aspek
pertuturan berada dalam tahap sederhana. Tiada pelajar yang boleh dianggap mencapai
tahap penguasaan penuh dalam aspek pertuturan Bahasa Arab. Sebaliknya, ada pelajar
yang didapati tidak mampu untuk menguasai ungkapan yang paling asas dalam perbualan
29
Bahasa Arab. Faktor utama masalah tersebut ialah kekurangan perbendaharan kata selain
pelajar tidak diberi galakan dan motivasi untuk menggunakan Bahasa Arab dalam
perbualan harian
Sementara itu, untuk rujukan kajian lepas yang berkaitan dengan tahap
penguasaan pula, kami melihat kajian yang dibuat oleh Saifuddin Hussin pada tahun
2002 yang bertajuk, “Penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Arab di kalangan
pelajar-pelajar tingkatan tiga : satu kajian kes di Sekolah Menengah Kebangsaan
(Agama) Negeri Melaka”. Dapatan kajian beliau menunjukkan bahawa tahap pencapaian
perbendaharaan kata Bahasa Arab di kalangan pelajar masih di tahap yang lemah dan
memerlukan pemerhatian yang serius dari semua pihak. Antara faktor-faktor kelemahan
tersebut ialah guru yang mengajar kurang berpengalaman, pelajar pula tidak berminat
mempelajari Bahasa Arab. Manakala kaedah yang digunakan juga tidak dapat membantu
pelajar menguasai perbendaharan kata dan bahan bantu mengajar tidak digunakan secara
meluas. Selain itu juga, faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam usaha
membantu pelajar. Buku teks yang digunakan juga tidak sesuai dengan tahap pelajar.
Hasil kajian yang dibuat oleh Tuan Rashid Bin Tuan Mat yang bertajuk
“Penguasaan ganti nama Bahasa Arab di kalangan pelajar-pelajar di sekolah menengah
kebangsaan agama” pada tahun 2000 mendapati bahawa penguasaan pelajar-pelajar
terhadap kata ganti nama (dhamir) adalah berada pada tahap sederhana. Antara faktor
yang mempengaruhi penguasaan pelajar ialah faktor pelajar itu sendiri sama ada sikap,
30
minat atau latar belakang keluarga. Selain itu, faktor guru juga turut mempengaruhi tahap
penguasaan pelajar disamping kaedah-kaedah dan bahan yang digunakan semasa
pengajaran dan pembelajaran.
Kajian lain yang dijadikan rujukan oleh kami adalah bertajuk “Satu kajian
penguasaan nahu Bahasa Arab peringkat menengah di kalangan pelajar sekolah
menengah ugama Arab” hasil kajian Che Kamarudin Kamel Che Muhammad pada tahun
1999. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan pada keseluruhannya adalah lemah
dengan tidak menafikan bahawa terdapat segelintir pelajar berada di tahap terlalu lemah,
sederhana dan baik. Ini dibuktikan melalui keputusan kajiannya di mana 23 oarang
(57.5%) responden kajian gagal dalam ujian yang ditadbirkan. Antara punca kelemahan
yang dikesan ialah tidak mampu memahami kehendak soalan, kurang didedahkan dengan
soaln latihan, teknik pengajaran nahu yang membosankan, kesedaran tentang kepentingan
nahu rendah, asas nahu yang amat lemah dan masa yang diperuntukkan tidak mencukupi.
Seterusnya, kami juga membuat rujukan kajian lepas yang berkaitan dengan
faktor-faktor lain yang menjadi punca utama permasalahan dalam penguasaan Bahasa
Arab Komunikasi. Antara kajian yang menjadi rujukan ialah hasil kajian oleh Anida
Abdul Rahim pada tahun 2003 yang bertajuk “Strategi pembelajaran Bahasa Arab di
kalangan pelajar Melayu”. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti masalah yang
dihadapi pelajar semasa mempelajari Bahasa Arab, memerhatikan perlaksanaan strategi
pembelajaran bahasa serta menguji kesannya ke atas minat dan pencapaian pelajar dalam
Bahasa Arab. Hasilnya, responden yang tidak menggunakan startegi pembelajaran
didapat tdak mampu menguasai Bahasa Arab, tidak tahu cara berkesan untuk belajar,
31
kurang berminta, kecewa akibat kesukaran pembelajaran yang dihadapi serta tidak jelas
tujuan dan faedah mempelajari Bahasa Arab. Jika menggunakan strategi pembelajaran,
hasil pembelajaran menjadi sebaliknya.
Selain itu, faktor guru juga antara punca masalah penguasaan pelajar dalam
Bahasa Arab Komunikasi. Untuk itu, kami melihat kajian yang dibuat pada tahun 2002
oleh Sharifah Fatimah Wan Jamal yang bertajuk “Pengaruh Guru Terhadap
Pembelajaran Bahasa Arab : Satu Kajian Kes”. Kajian kes tersebut dijalankan di
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj.Othman Abdul Wahab, Kuching,
Sarawak. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa ciri suara dan pakaian seorang guru
mempunyai kaitan yang signifikan dengan tingkah laku dan minat pelajar dalam
mempelajari Bahasa Arab (84.58%) di samping pemilihan kaedah yang sesuai (79.19%).
Dari aspek alat bantu mengajar pula, Mohd Azidan Bin Abdul Jabar membuat
kajian yang bertajuk “Penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran Bahasa Arab”.
Berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan terdapat guru yang mengabaikan langsung
penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran Bahasa Arab kerana tidak tahu dan
tidak mahu menggunakannya terutamanya alat bantu mengajar yang terkini. Selain itu,
alat bantu mengajar yang terdapat di sekolah masih lagi berkurangan dan tidak pelbagai.
Guru juga kurang berkecenderungan untuk menggunakan alat bantu mengajar di dalam
kelas. Hasil kajian menunjukkan guru paling banyak menggunakan papan tulis, kemudian
diikuti oleh kamus, papan gulung, bahan edaran, gambar dan surat khabar. Seramai 55%
32
pelajar memberi respon sangat menarik terhadap alat bantu mengajar dan 45% lagi
menyatakan menarik.
Kesimpulannya, dapatlah kami rumuskan bahawa kajian yang lalu sangat penting
untuk diketahui supaya memudahkan kami dalam membuat kajian. Selain itu, ia juga
membantu kami untuk membuat hasil kajian yang berkualiti dan sempurna berkenaan
skop kajian kami nanti.
2.3 KERANGKA KONSEPTUAL
Pewakilan grafik dibawah menunjukkan hubungkait pemboleh ubah yang dikaji
I
33
SO
AL
AN
KA
JIA
NA
paka
h ka
edah
pen
gaja
ran
yang
pal
ing
kera
p di
guna
kan?
Apa
kah
kaed
ah p
enga
jara
n ya
ng p
alin
g di
min
ati o
leh
pela
jar
?A
paka
h ca
dang
an p
elaj
ar te
rhad
ap k
aeda
h pe
ngaj
aran
?
DEFINISI OPERASIONALMasalah penguasaan bahasa arab komunikasi dalam
kalangan pelajar tingkatan tiga di beberapa buah sekolah pelbagai aliran
OB
JEK
TIF
Men
gena
lpas
ti k
eker
apan
pen
ggun
aan
kaed
ah p
enga
jara
n.M
enge
nalp
asti
kae
dah
peng
ajar
an y
ang
pali
ng d
imin
ati o
leh
pela
jar.
3.
Men
yata
kan
cada
ngan
pel
ajar
terh
adap
kae
dah
peng
ajar
an
2.4 PENGENALAN BAHASA ARAB
Prof Madya Dr Ishak Mohd Rejab menyatakan Bahasa Arab telah mula
diperkenalkan kepada penduduk di rantau ini sejak lama dulu dan mungkin bersama
dengan kedatangan Islam pada abad ke 13 Masihi ke alam Melayu sebagai rahmat Allah
kepada penduduk di rantau ini.
34
MASALAH PENGUASAAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKAATN TIGA DI BEBERAPA BUAH SEKOLAH PELBAGAI ALIRAN DI
PANTAI TIMUR
KAEDAH KAJIANSoal selidik
'Agama Islam yang dibawa oleh pedagang Arab telah sampai ke dunia Melayu
dalam abad ke 13 dan kerajaan Melayu di Timur Sumatera adalah Negara pertama yang
menjadikan Islam sebagai satu agama.'
Bahasa Arab telah masuk ke Semenanjung Tanah Melayu melalui pedagang-
pedagang Arab. Proses pengajaran Bahasa Arab di Negara ini bermula di masjid, surau
dan madrasah. Pengajaran pada waktu ini mengikut pendekatan tradisional. Cara
pengajaran di peringkat awal ialah melalui kelas Al-Quran, bermula dari ayat dan surah
yang pendek seperti 'juz Amma' manakala huruf Arab diperkenalkan di peringkat awal
untuk membolehkan orang Melayu Islam membaca Al-Quran dengan baik dan mengenal
huruf Arab.
Pengajaran Bahasa Arab lebih teratur melalui system pondok. Cara pengajarnanya
ialah dengan tok guru membaca kitab dan menghurai satu persatu tanpa menggunakan
papan hitam dan bahan bantu mengajar secara moden. Pengajaran di pondok
menggunakan kaedah kuliah (syarah) berdasarkan kitab tertentu dalam satu pelajaran.
Pelajar mendengar kuliah tersebut di samping 'menadah kitab' yang digunakan dan
mencatat mana-mana maklumat yang diperlukan.
Tujuannya ialah untuk memberi pengetahuan yang cukup yang berkaitan dengan
bahasa itu untuk membolehkan mereka membaca kitab Arab yang menjadi sumber utama
bagi ilmu Islam.
35
Pengajaran Bahasa Arab di sekolah menengah telah menjangkau usia 31 tahun
sejak tertubuhnya mata pelajaran ini di sekolah menengah bermula pada tahun 1977.
Sejak dari itu hingga sekarang ini pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab telah
menghadapi berbagai peringkat perkembangan dan di pihak yang lain pula mutu
pencapaian serta penguasaan Bahasa Arab di kalangan para pelajar di sekolah
menghadapi keadaan turun naik.
Kurikulum Bahasa Arab untuk sekolah menengah menurut Zainal Abidin (1990)
mula digubal secara rasmi pada 1 Januari 1977 dengan pengambilan 11 buah sekolah
menengah agama negeri dan rakyat. Sekolah-sekolah berkenaan kemudiannya dinamakan
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). Sehingga tahun 2002, terdapat 56 buah
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama diseluruh negara. Pada tahun 1988, Kementerian
Pendidikan telah membuka kelas aliran agama (KAA) di sekolah-sekolah menengah
harian. Sehingga kini terdapat lebih 359 buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
harian yang menawarkan kelas aliran agama (KAA). ( BPI,KPM:1).
Dalam tempoh empat tahun pertama SMKA, Kurikulum Bahasa Arab adalah
berdasarkan prosedur peperiksaan mata pelajaran tersebut yang sedia ada di Lembaga
Peperiksaan Malaysia. Sehinggalah pada tahun 1981 apabila Bahagian Pendidikan Islam,
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua sukatan pelajaran Bahasa Arab, iaitu
satu untuk kegunaan di seluruh SMKA dan satu lagi digunakan di sekolah berasrama
penuh tertentu untuk tujuan pengajaran bahasa asing. Kandungan sukatan pelajaran
tersebut lebih tertumpu kepada penguasaan sorof (morfologi) dan nahu (sintaksis) dengan
36
objektif untuk membolehkan murid menguasai aspek bahasa seperti fonologi, morfologi,
tata bahasa dan makna perkataan. Murid juga diharap dapat menguasai kemahiran bahasa
seperti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Manakala matlamat tertinggi pula
adalah agar murid dapat memahami teks Al-Quran dan As-Sunnah. (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2001).
Segala aspek kurikulum Bahasa Arab ketika itu seperti sukatan pelajaran, huraian
sukatan pelajaran, kaedah pengajaran, pendekatan, buku teks, panduan guru, latihan guru
dan lain-lain masih menggunakan pendekatan tradisional iaitu kaedah nahu terjemahan.
Menyedari kelemahan pendekatan ini, dan kegagalan menguasai Bahasa Arab
sebagaimana yang dinyatakan dalam hasrat kurikulum, maka Kementerian Pelajaran
Malaysia mengambil usaha untuk menerima pendekatan komunikatif. Pendekatan ini
telah menjadi pendekatan pembelajaran dan pengajaran bahasa asing yang diterima ramai
ketika ini terutamanya dalam pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
(Kementerian Pendidikan Malaysia,2001)
Mulai tahun 1980, Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan latihan kursus
kepada guru-guru Bahasa Arab di dalam dan di luar negara termasuk di Arab Saudi dan
Sudan. Pada tahun 1984, pula Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama The
Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO) telah menganjurkan
beberapa siri kursus dalam perkhidmatan bagi guru Bahasa Arab. Melalui kursus-kursus
tersebut, guru Bahasa Arab mula didedahkan dengan pendekatan komunikatif dalam
pengajaran Bahasa Arab. (BPIKPM 2000:1)
37
Di samping itu, usaha bagi memantapkan buku teks Bahasa Arab menggunakan
pendekatan komunikatif telah dimulakan pada tahun 1986 dan usaha bagi menulis buku
panduan untuk buku teks tersebut juga telah dimulakan pada tahun 1988. Proses
penulisan buku tersebut telah dilakukan di bawah pengawasan pakar-pakar Bahasa Arab
dari ISESCO.
Apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilaksanakan,
kurikulum Bahasa Arab digubal semula. Sukatan pelajaran Bahasa Arab ini dilaksanakan
di semua sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), kelas aliran agama (KAA) dan
sekolah berasrama penuh (SBP) mulai tahun 1991. Pada peringkat awal, namanya kekal
dengan nama Bahasa Arab sehinggalah pada 12 Jun 1991, Jawatankuasa Kurikulum
Pusat (JKP) telah memutuskan supaya nama Bahasa Arab diubah kepada Bahasa Arab
Komunikasi (BAK). Selain itu, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) juga meluluskan
mata pelajaran baru iaitu Bahasa Arab TInggi (BAT) dan dilaksanakan pada tahun 1992.
Ini bermaksud BAK dan BAT mempunyai sukatan pelajaran dan huraian yang berbeza.
Begitu juga dengan format peperiksaan dan buku teks. (BPI,KPM:2)
2.5 BAHASA ARAB KOMUNIKASI (BAK)
Bahasa Arab Komunikasi (PMR) merupakan salah satu daripada mata pelajaran
yang terlibat dengan program Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Mata
pelajaran BAK diajar pada peringkat sekolah menengah. Pelajarannya lebih tumpuan
kepada penguasaan berbahasa dan berkomunikasi untuk melahirkan pelajar yang fasih
38
dan lancar dalam pertuturan, pandai dan cekap dalam pembacaan terutama al-Quran dan
hadis serta dapat menulis dengan baik.
Sukatan pelajaran BAK memberi penekanan kepada beberapa aspek seperti :
a. Penguasaan kemahiran-kemahiran bahasa
b. Sistem bahasa dan gaya dalam pelbagai situasi
c. Kefahaman teks
Skop bagi pemilihan topik-topik seperti yang terkandung dalam buku teks
tingkatan 1,2, dan 3. topik-topik tersebut terdiri daripada perkara-perkara yang berkaitan
dengan persekitaran rumah, sekolah, hal-hal masyarakat kampung dan bandar. Hal-hal
yang berkaitan dengan negeri dan negara Malaysia pada keseluruhannya juga didedahkan
kepada pelajar.
Perkembangan intelek yang akan dicapai melalui penyampaian bahan dan
kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Pemupukan nilai adalah bertujuan
membentuk peribadi pelajar supaya berakhlak mulia sesuai dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Isu-isu pelajaran berlandaskan latar belakang dan bahan tempatan, nilai-nilai
sejagat masyarakat Malaysia.
2.5.1 Sukatan Pelajaran
39
Sukatan pelajaran BAK disediakan oleh Kementerian Pendidikan dengan
kerjasama Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Di sini diterangkan secara ringkas
kandungan sukatan mengikut tingkatan seperti di bawah :
Tingkatan 1, 2 dan 3 :
1. kemahiran mendengar dan bertutur
2. kemahiran membaca
3. kemahiran menulis
4. sistem bunyi
5. tatabahasa
6. kata-kata hikmah
Secara terperinci mengenai sukatan pelajaran BAK dijelaskan dalam buku
panduan guru keluaran Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).
2.5.2 Masa BAK Dalam Jadual Waktu
Waktu minimum seminggu bagi mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi (BAK)
ialah 6 waktu x 40 minit dengan jumlah peruntukan waktu 240 minit seminggu. Di
sekolah berasrama penuh, masa belajar Bahasa Arab Komunikasi 3 kali seminggu dengan
jumlah waktu yang diperuntukan hanya 160 minit sahaja. Peruntukan waktu ini perlu
diisi dengan set aktiviti pembelajaran yang bertepatan dengan matlamat pengajaran BAK.
40
2.5.3 Buku teks
Antara tahun 1981-1989, Bahagian Pendidikan Islam telah menyediakan buku (al-
lughah al-‘arabiyyah) untuk tingkatan satu hingga tingkatan lima dan setelah disemak
semula, ia dikenali sebagai (al-jadid fi al-lughah al-‘arabiyyah) terbitan Pustaka
Margalan, Kuala Lumpur. Pada tahun 1986, Bahagian Pendidikan Islam telah mula
mengadakan kerjasama dengan ISESCO untuk menyusun buku teks baru yang lebih
memenuhi keperluan Bahasa Arab Komunikasi. Oleh itu, mulai pertengahan tahun 1989,
buku al-Arabiyah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka meliputi tingkatan satu hingga
lima telah digunakan secara rasmi. Mulai tahun 1994, buku al-Arabiyyah tingkatan empat
telah digunakan sementara buku al-Arabiyyah tingkatan lima diedarkan di pasaran dalam
bulan Mei 1999. Buku al-Arabiyyah untuk tingkatan satu hingga lima telah dimurnikan
semula dan diterbitkan dengan menggunakan nama al-lughah al-‘arabiyyah al-ittsolyyah
dari tingkatan satu hingga lima. Buku teks BAK tambahan ini dalam bentuk yang lebih
sesuai dengan perubahan pendidikan yang mutakhir ini. Buat pertama kali buku panduan
guru iaitu Mursyid al-Muallim yang meliputi panduan menggunakaan buku teks al-
Arabiyyah tingkatan satu hingga tingkatan lima telah dicetak dan diedarkan oleh
Bahagian Pendidikan Islam. Ini juga merupakan hasil bimbingan pakar Bahasa Arab dari
ISESCO.
2.6 KEDUDUKAN BAHASA ARAB SEKOLAH MENENGAH
41
Dalam Akta Pendidikan 1996, dinyatakan dengan jelas status Bahasa Arab.
Perkara yang dinyatakan adalah seperti berikut. (Kementerian Pendidikan Malaysia,
1996)
Seksyen 2. (d) di mana kemudahan bagi pengajaran Bahasa Arab, Jepun, Jerman
atau Perancis atau mana-mana bahasa asing lain boleh diadakan jika didapati
munasabah dan praktik berbuat sedemikian. (hlm. 17)
Pelaksanaan Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah dinyatakan
dalam Peraturan Pendidikan (Kurikulum Pendidikan) 1997 di mana Jadual 3, Jadual 8
dan Jadual 9 menyatakan bahawa Bahasa Arab Komunikasi adalah Mata Pelajaran
Tambahan, dan Bahasa Arab Tinggi pula adalah Mata Pelajaran Elektif. (Kementerian
Pendidikan Malaysia,1997)
2.7 PERKEMBANGAN KURIKULUM BAHASA ARAB DI MALAYSIA
Akta Pendidikan 1996 menyatakan dengan jelas status Bahasa Arab seperti
berikut:
Seksyen 2 (d) di mana kemudahan bagi pengajaran:-
42
(iii)… Bahasa Arab, Jepun, Jerman atau Perancis atau mana-mana bahasa asing lain
boleh diadakan jika didapati munasabah dan praktik berbuat demukian;
Pelaksananan Bahasa Arab sebagai salah satu mata pelajaran di sekolah
dinyatakan dalam jadual 33, jadual 8 dan jadual 9 peraturan-peraturan pendidikan
(kurikulum kebangsaan,1977) iaitu Bahasa Arab Komunikasi (BAK) dikategorikan
sebagai satu mata pelajaran tambahan dan Bahasa Arab Tinggi (BAT) pula dikategorikan
sebagai salah satu mata pelajaran elektif dalam kumpulan kemanusiaan.
Pembelajaran Bahasa Arab ditawarkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
(SMKA), kelas aliran agama di Sekolah Menengah Kebangsaan harian dan Sekolah
Berasrama Penuh (SBP) tertentu. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM), mata pelajaran BAK ditawarkan kepada pelajar tingkatan satu hingga lima dan
mata pelajaran BAT ditawarkan kepada pelajar menengah atas sahaja.
2.8 HASRAT KURIKULUM BAHASA ARAB SEKOLAH MENENGAH
Pada tahun 2000, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Komunikasi dan
Bahasa Arab Tinggi yang sedia ada telah disemak semula untuk dilaksanakan pada tahun
2003. Penyemakan semula kurikulum tersebut mengambil kira pemberatan kandungan
43
kurikulum, keseimbangan antara aspek akademik dengan aspek bukan akademik,
keperluan peperiksaan setara dengan kurikulum, tidak terlalu berideologi, penekanan
kepada kreativiti, estetik, sains dan teknologi. Penyemakan tersebut adalah berbentuk
penyesuaian dan bukan rombakan terhadap kurikulum (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2002)
Antara rasional semakan Kurikulum Bahasa Arab Komunikasi adalah agar ia
sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga untuk memenuhi
tuntutan Falsafah Pendidikan Islam. Bahasa Arab Komunikasi diharap dapat diajar dalam
bentuk yang lebih relevan, efisien dan lebih berkesan. Dengan itu, kurikulum tersebut
mampu untuk menghasilkan murid yang menguasai Bahasa Arab (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2002).
Matlamat pengajaran Bahasa Arab Komunikasi seperti yang dinyatakan dalam
Kementerian Pendidikan 2002 adalah separti berikut :
Pengajian Bahasa Arab di sekolah menengah bermatlamat untuk membolehkan
murid menguasai kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur,
membaca dan menulis dengan memberi perhatian kepada kemahiran bertuturm
menguasai perbendaharaan kata dan meningkatkan kepekaan mereka bagi
menggunakannya dengan tepat serta meningkatkan penghayatan akhlak mulia
dan nilai-nilai murni. (hlm 1)
44
Pernyataan matlamat di atas jelas menunjukkan bahawa matlamat Bahasa Arab
Komunikasi adalah untuk membolehkan murid berkomunikasi, terutamanya secara lisan
menggunakan Bahasa Arab. Ini bertepatan dengan pandangan Wilkins (1976) yang
mencadangkan agar takrif fungsian atau komunikatif bahasa digunakan sebagai asas
dalam membentuk kurikulum pengajaran bahasa. Keutamaan hendaklah diberikan kepada
analisis makna komunikatif dan bukan hanya terhad kepada rumus bahasa sahaja seperti
tata bahasa dan perbendaharaan kata. Keutamaan juga mestilah diberikan kepada
kemampuan murid untuk menyampaikan makna dengan menggunakan bahasa yang
dipelajarinya dari orang lain.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2002) pula telah menyatakan objektif Bahasa
Arab Komunikasi seperti yang berikut :
i. Membiasakan diri mendengar ayat Al-Quran dan Al-Hadith yang terpilih dan
memahami maknanya secara umum serta membicarakan tentangnya.
ii. Membiasakan diri mendengar siaran (bahan) Bahasa Arab dan memahaminya
serta membicarakan tentangnya.
iii. Bertutur dengan fasih dan lancar serta berkemampuan mengeluarkan pendapat
dan hujah dalam situasi tertentu.
iv. Membaca pelbagai bahan bacaan serta berkemampuan menganalisis, menilai
dan merumus serta membicarakan tentangnya.
v. Menulis pelbagai jenis penulisan dan membicarakan tentangnya
45
vi. Menguasai kemahiran menulis tiga bentuk khat Arab (Nasakh, Raq'ah dan
Thuluth) mengikut kaedah-kaedah yang betul
vii. Menguasai sekurang-kurangnya kaedah-kaedah yang betul.
viii. Menguasai sekurang-kurangnya 3000 patah perkataan Arab
ix. Berkemampuan menggunakan kamus Bahasa Arab
x. Membiasakan diri menggunakan teknologi maklumat terkini yang berkaitan
dengan Bahasa Arab.
Pernyataan objektif Bahasa Arab Komunikasi adalah menjurus kepada kemahiran
berbahasa yang membabitkan empat perkara iaitu mendengar, bertutur, membaca dan
menulis di samping penguasaan tata Bahasa Arab dan penambahan perbendaharaan kata.
Menurut Toimah (1989), kemahiran bahasa adalah merupakan asas utama dalam proses
berkomunikasi. Finocchiaro dan Brumfit (1983) pula mencadangkan agar sukatan
pelajaran meletakkan murid dan tujuan komunikatif sebagai teras bagi kurikulum.
Berdasarkan objektif pembelajaran yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa
Arab Komunikasi menekankan aspek bahasa yang terdiri daripada kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis.
i. Sistem bunyi. Tajuk yang berkaitan ialah konsonan (sowamit), vokal
(sowait), penekanan suara (nabr) dan intonasi (tanghim)
ii. Tata bahasa. Ia terdiri daripada sistem morfologi (sorf) dan sistem sintaksis
(nahu) yang mempunyai 29 tajuk
46
iii. Kata hikmah (hikam) dan perumpamaan (amthal). Terdapat 41 tajuk yang
berkaitan telah diberi untuk dipelajari
iv. Perbendaharaan kata. Murid dikehendaki mengetahui sekurang-kurangnya
3000 perkataan.
2.9 ASPEK-ASPEK PENGUASAAN BAHASA ARAB YANG DINILAI
Pengajian Bahasa Arab adalah mengikut sukatan pelajaran Bahasa Arab
Komunikasi tingkatan 1, 2, dan 3 yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
serta berpandukan kepada panduan buku guru ( المعلمين دليل ) yang dikeluarkan oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Ianya meliputi pelbagai aspek kemahiran yang
terdapat dalam sukatan pelajaran mengikut peringkat tertentu.
Aspek-aspek penguasaan bahasa mengandungi 3 bahagian:
a. kefahaman teks ( واالستيعاب ( الفهم
b. kemahiran penggunaan bahasa ( اللغوي االستعمال ( مهارات
c. menulis karangan ( / المقال النشاء ( كتابة
2.9.1 Kefahaman Teks
47
Dalam bahagian kefahaman teks, pelajar didedahkan dengan kemahiran tentang
pemahaman petikan karangan sama ada dalam bentuk perbualan (حوار ), cerita ( قص"ة ),
dan lain-lain. Melalui pemahaman petikan karangan ada 3 perkara dapat diuji untuk
penilaian penguasaan bahasa iaitu:
a. mengemukakan soalan-soalan kefahaman berdasarkan petikan karangan
b. mengemukakan soalan-soalan dalam bentuk perkataan seerti ( الكلمات ( معاني
berdasarkan petikan karangan berkenaan.
c. mengemukakan soalan-soalan berbentuk perkataan berlawanan ( الكلمات ( اضداد
Dalam bahagian kefahaman teks, perkara yang sangat ditekankan ialah pengajaran
perbendaharaan kata ( المفردات Sesetengah ahli bahasa berpendapat bahawa .( تدريس
mengajar bahasa bererti juga mengajar perbendaharan kata. Penekanan kepada
pengajaran perbendaharaan kata merangkumi dua perkara iaitu perkataan seerti dan
perkataan berlawanan.
a) Perkataan Seerti ( المترادفات )
Seorang pelajar apabila dikemukakan perkataan tertentu kemudian diberikan
beberapa perkataan lain yang sama erti dengannya membolehkan mereka mengetahui
banyak perkataan baru. Contohnya perkataan “baitun” ( diberi perkataan seerti ( بيت
dengannya manzil ( منزل ), dar ( دار ), dan maskan ( مسكن ).
Dengan menggunakan perkataan-perkataan di atas dapat dipelbagaikan contoh
ayat seperti:
48
ابي بيت هذا
كبير محمد منزل
b)Perkataan berlawanan (المتضادات )
Pengajaran perbendaharan kata dapat dilakukan dengan mengemukakan perkataan
berlawanan. Pelajar dapat mengetahui perkataan baru melalui perkataan berlawanan,
contonya:
قريب lawan بعيد
طويل lawan قصير
Pelajar perlu dilatih menggunakan kata penyambung ( والواط ( العطف dalam
membina ayat untuk menambahkan kemahiran dan penguasaan perbendaharaan kata,
contohnya perkataan , , لكن وبالعكس ذلك . مع
2.9.2 Kemahiran Penggunaan Bahasa
Dalam pengajaran mata pelajaran Bahaa Arab, pelajar didedahkan dengan
pelbagai aspek kemahiran penggunaan bahasa, antaranya:
a. kemahiran dalam penyusunan bercerai menjadi ayat yang lengkap
b. menterjemahkan ayat ke dalam Bahasa Melayu atau sebaliknya
49
c. kemahiran membina ayat dengan perkataan-perkataan yang disediakan
d. mengisi tempat kosong yang disediakan bagi setiap ayat atau petikan yang
lengkap dengan menggunakan perkataan yang sesuai.
e. membina soalan berpandukan kepada jawapan yang disediakan.
f. menyesuaikan perkataan atau ayat dengan gambar
g. menbina ayat atau idea berdasarkan kepada gambar
h. kemahiran penggunaan bahasa dari segi mengubah atau menukar ayat dalam
berbagai bentuk dan situasi, contohnya mengikut jenis jantina dan lain-lain.
2.9.3 Menulis Karangan
Ada 2 jenis karangan yang didedahkan kepada pelajar dalam proses pengajaran
Bahasa Arab iaitu karangan bebas ( الحر ( االنشاء dan karangan berpandu ( االنشاء
:Kedua-dua karangan ini merangkumi perkara-perkara berikut .( الموجه
a. mengenai tajuk tertentu
b. surat rasmi atau tidak rasmi
c. gambaran
d. ucapan
e. cerpen
f. iklan
g. ucapan terima kasih / tahniah / takziah
50
h. laporan / analisis data
i. penerangan
j. dialog
k. gambar bersiri / gamba rajah / graf
Dalam membuat penilaian terhadap penulisan karangan, perkara-perkara berikut
perlu diambil kira iaitu:
a. isi dan huraiannya
b. tatabahasa
c. gaya bahasa
d. tulisan
Menurut Dr. A. K. Khudain (1994), kaedah penulisan yang ideal terbahagi kepada
empat bahagian iaitu :
i. proses permulaan
ii. latihan
iii. ujian
iv. mengulangkaji semula apa yang ditulis
51
Kaedah ini akan menjadikan pengajaran penulisan suatu yang menyeronokkan
bukannya menjemukan pelajar. Pelajar lebih memain peranan dalam segala aspek
sementara guru hanyalah sebagai pembimbing sahaja.
2.10 PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
Sesuai dengan konsep Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM),
penilaian mata pelajaran ini perlu mempunyai ciri-ciri berikut ;
a) lebih bersifat formatif
b) menekankan tindakan susulan yang dijalankan
c) bersistematik dan berterusan
d) menggunakan pelbagai kaedah
e) dikendalikan oleh guru
f) menggalakkan penilaian kendiri oleh pelajar
Dari segi peperiksaan awam untuk mata pelajaran ini pada peringkat Penilaian
Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keputusannya bergantung
kepada pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau
bagaimanapun, perubahan perlu dibuat dalam peperiksaan tersebut terutamanya dari segi
struktur, bentuk dan penekanan kemahiran-kemahiran yang diuji sesuai dengan
kandungan sukatan pelajaran ini.
52
Rumusannya, BAK telah dipermudahkan mempunyai pelbagai matlamat yang
lebih umum dan terbuka, ia telah dicadangkan untuk ditawarkan kepada semua pelajar
yang berminat di sekolah-sekolah menengah kebangsaan. Tawaran ini akan dilaksanakan
secara berperingkat tertakluk kepada kemampuan menyediakan guru Bahasa Arab yang
mencukupi. Pelajar-pelajar yang menamatkan persekolahan mereka dengan mendapat
kepujian atau cemerkang dalam BAK adalah sesuai dan mampu melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi lagi di luar negara.
2.11 Dasar-Dasar Umum Pengajaran Bahasa Arab di Malaysia
Isu pengajaran Bahasa Arab secara umumnya mempunyai skop perbincangan
yang cukup luas. Ia merangkumi aspek kurikulum, buku teks, kaedah pengajaran,
peperiksaan, guru dan pelajar itu sendiri. Setiap aspek ini pula mempunyai pelbagai tajuk
dan perkara yang boleh dibincangkan kaedah-kaedah umum pengajaran bahasa,
pengajaran unsur-unsur bahasa, dan pengajaran kemahiran bahasa.
Berhubung dengan pengajaran Bahasa Arab di Malaysia, didapati masih banyak
masalah yang dihadapi dalam semua aspek, walaupun terdapat usaha-usaha yang boleh
dibanggakan untuk mengatasi masalah-masalah ini. Penguasaan Bahasa Arab di kalangan
pelajar Melayu dirasakan amat lemah. Kelemahan mereka pula lebih ketara berbanding
dengan pelajar-pelajar dahulu, walaupun dalam keadaan buku teks yang lebih baik,
kurikulum yang lebih mantap, dan guru yang lebih berkelayakan. Kelemahan ini juga
dirasakan semakin hari semakin ketara dan meningkat. Persoalan besar yang menghantui
53
pemikiran kita ialah apakah sebab berlakunya fenomena ini dan bagaimana cara
mengatasinya?
2.11.1 Kaedah Umum Pengajaran Bahasa
Terdapat beberapa kaedah umum dan utama dalam pengajaran bahasa, termasuk
Bahasa Arab. Antaranya ialah Kaedah Nahu-Terjemahan, Kaedah Langsung, Kaedah
Audio-Lingual dan Kaedah Komunikasi. Kaedah yang terawal digunakan ialah Kaedah
Nahu-Terjemahan. Kaedah-kaedah yang lahir selepas itu merupakan manifestasi daripada
perasaan tidak puas hati terhadap kaedah yang sebelumnya atau kekurangan yang
terdapat dalamnya. Kaedah yang terkini ialah kaedah komunikasi yang turut digunakan di
Malaysia buat masa ini.
Yang jelas ialah setiap kaedah ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang
tersendiri. Tiada satu kaedah pun yang boleh menyatakan bahawa ia adalah sebaik-baik
kaedah yang harus digunakan dalam pengajaran bahasa. Terdapat pendapat yang
mengatakan bahawa kaedah yang terbaik ialah kaedah pemilihan ( intiqaiyyat ) yang
memilih kelebihan dan meninggalkan kelemahan yang terdapat dalam semua kaedah
tersebut. Namun begitu, ia tidaklah semudah yang disebut kerana banyak perkara yang
harus diambil kira dan kejayaan pengajaran bahasa bukan hanya bergantung kepada
faktor pengajaran sahaja, malah ia berkait dengan pelbagai faktor lain sama ada secara
langsung seperti yang dijelaskan sebelum ini, atau secara langsung seperti budaya yang
terdapat dalam sesuatu masyarakat, perbezaan antara bahasa dan sebagainya. Oleh itu,
54
kaedah pemilihan itu juga masih belum tetap dan tidak dapat ditentukan ciri-cirinya
secara khusus.
Sebenarnya di samping kaedah umum terdapat cara-cara khusus pengajaran unsur
bahasa, iaitu huruf, perbendaharaan kata, soraf dan nahu. Kadang-kadang dimasukkan
juga balaghah dan adab. Begitu juga dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang empat,
iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Semuanya mempunyai cara pengajaran
yang tersendiri termasuk latihan-latihan yang semuanya ini banyak dibincangkan dalam
buku kaedah pengajaran.
2.11.2 Dasar-dasar Umum Pengajaran Bahasa Arab
Dasar-dasar yang harus diikuti dalam pengajaran bahasa mungkin banyak. Di sini
penulis cuba menyimpulkan dalam beberapa dasar yang menyentuh pelbagai sudut untuk
difikirkan dan dibincangkan.
a) Memberi Penekanan Utama kepada Perbendaharaan Kata
Kepentingan perbendaharaan kata dalam penguasaan bahasa memang jelas dan
tidak dapat dinafikan lagi. Penekanan yang paling utama harus diberikan dalam proses
pengajaran bahasa ialah perbendaharaan kata. Ini tidaklah bererti bahawa apa yang
terdapat sekarang tidak memberi penekanan kepada perbendaharaan kata, tetapi aspek-
aspek perancangan yang melibatkan perbendaharan kata. Dr. Hassan Basri menyatakan
55
bahawa pengajaran perbendaharaan kata agak diabaikan di sekolah-sekolah Malaysia,
kerana penekanan lebi diberikan kepada nahu dan tidak adanya mata pelajaran khusus
untuk perbendaharaan kata. Beliau mencadangkan ( secara tidak langsung ) supaya
dimasukkan mata pelajaran perbendaharaan kata dalam pengajaran bahasa Arab.
Ada beberapa persoalan yang sangat penting harus difikirkan dalam masalah
pengajaran perbendaharaan kata. Pertamanya bilangan perkataan ang hendak diajar.
Pakar pengajaran menyatakan bahawa bilangan perbendaharaan kata yang seharusnya
dimiliki oleh pelajar pada peringkat pertama adalah antara 1,000 – 1,500 perkataan, pada
peringkat kedua antara 1,500 – 2,500 perkataan, dan pada peringkat ketiga antara 2,500 –
3,500 perkataan. Dikatakan juga bahwa pelajar yang boleh menggunakan dengan baik
1,500 perkataan mampu untuk memahami dan melibatkan diri dalam perbualan yang
menyentuh tajuk-tajuk umum dan biasa. Persoalannya apakah pelajar-pelajar sekolah
menengah memiliki bilangan perbendaharaan kata sebanyak ini? Penulis melihat bahawa
Kementerian Pendidikan Malaysia telah pun mengambil kira asas ini dalam sukatan
pelajaran yang digubal.
Persoalan seterusnya ialah apakah ada dasar dan asas tertentu dalam pemilihan
perkataan Arab yang diketengahkan kepada pelajar? Dalam konteks ini, pakar pengajaran
bahasa menyatakan bahawa perkataan boleh digolongkan kepada beberapa bahagian,
iaitu perkataan yang selalu digunakan ( al-sya’i’at ), perkataan yang diperlukan ( al-
mutahat ), dan perkataan yang tinggi nilai bahasanya. Di samping itu, perkataan juga
boleh dilihat dari sudut lain, seperti konkrit dan abstrak, perkataan yang berkaitan dengan
budaya serta adat Melayu, dan perkataan yang berkaitan dengan agama Islam.
56
Antara perkara penting yang berkaitan dengan persoalan ini juga ialah makna
sarfi dan nahwi, kerana diperhatikan bahwa pelajar-pelajar Melayu pada kebiasaannya
hanya mengetahui makna umum yang mendatar sahaja dan bukannya makna detail
sesuatu perkataan, terutamanya makna sarfi. Mereka umpamanya tidak dapt membezakan
antara perkataan-perkataan , إرتفع , dan رفع , , إستلم سالم سلم أسلم
mereka mengetahui umpamanya makna مسلم tetapi tidak mengetahui makna أسلم
.
Persoalannya apakah pemilihan perbendaharaan kata yang diajar khususnya yang
terdapat dalam buku teks ada mengambil kira asas-asas tertentu? Ataupun paling
kurangnya apakah skop perbendaharaan kata itu ditentukan dalam pengajaran? Penulis
bimbang apa yang disuarakan oleh Dr. Rusydi Ta’imat berlaku di buku pengajaran
Bahasa Arab kepada bukan penuturnya adalah secara rambang tanpa ada dasar ilmiah
tertentu”.
Rentetan dari persoalan ini timbul persoalan ketiga yang juga amat penting, iaitu
bagaimana perkataan tersebut didedahkan kepada pelajar? Apakah didedahkan dalam
bentuk sistematik yang mengambil kira aspek-aspek yang telah disebutkan tadi. Dalam
kontaks ini, penulis berpendapat bahawa :
i. Pemilihan dan penentuan perkataan berdasarkan peringkat pengajian malah unit-unit
pelajaran harus dibuat secara sistematik dalam bentuk pemetaan.
57
ii. Perkataan al-sya’i’at dan al-mutahat hendaklah didahulukan berbanding dengan
perkataan yang tinggi nilai bahasanya.
iii. Perkataan konkrit hendaklah didahulukan berbanding dengan perkataan abstrak.
iv. Pentingnya diketengahkan perkataan Arab yang telah memasuki bahasa Melayu
pada
peringkat awal pengajaran.
v. Pentingnya diketengahkan perkataan yang berkaitan dengan Islam dan
masayrakat
Melayu.
vi. Penekanan hendaklah diberikan daripada awal lagi kepada makna sarfi dan
nahwi.
b) Menggunakan Pendekatan Komunikasi dan Agama
Pendekatan yang harus digunakan dalam pengajaran bahasa Arab di Malaysia
ialah pendekatan berkomunikasi dan agama. Pendekatan komunikasi patut digunakan
58
kerana bertitik tolak daripada fungsi asal bahasa adalah berkomunikasi dan bahasa ialah
penggunaan. Dr. Ishak Rejab berpendapat bahwa pendekatan komunikasi antara
pendekatan yang sesuai dan berkesan dalam pengajaran Bahasa Arab kepada pelajar-
pelajar Melayu.
Sementara alasan kenapa patut digunakan pendekatan agama pula adalah kerana
kuatnya pengaruh agama Islam dalam kehidupan orang Melayu. Di samping banyak
perkataan Arab yang telah memasuki bahasa Melayu, orang Melayu juga selalu
menggunakan ayat-ayat Arab dalam ibadat mereka dan mendengarnya dalam majlis-
majlis ilmu serta perayaan agama. Oleh sebab asas pembelajaran sesuatu bahasa itu ialah
penggunaan dan dalam konteks Malaysia Bahasa Arab hanya boleh didapati dalam
perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, maka disinilah terletaknya kepentingan
dan keperluan menggunakan pendekatan agama dalam pengajaran Bahasa Arab. Al ini
selaras dengan Dr. Arif Karkhi yang berpendapat bahawa Bahasa Arab di Malaysia
merupakan bahasa kedua dan bukannya bahasa asing, kerana huruf abjad bahasa Arab
dan banyak perkataannya telah memasuki bahasa Melayu, orang Malaysia
menggunakannya dengan disedari atau tanpa disedari dalam percakapan seharian mereka,
mengulanginya lima kali dalam sembahyang mereka, doa dan pelbagai ibadat mereka.
c) Menggunakan Pendekatan Wazifi/Functional
Pendekatan Wazifi bermaksud pengajaran bahasa dijadikan sebagai wasilah atau
cara untuk memperoleh kemahiran bahasa, iaitu mendengar, bercakap, membaca dan
59
menulis yang dengan itu seseorang itu dapat menggunakan bahasa dalam suasana sebenar
dengan betul. Akan tetapi apa yang berlaku ialah kadang-kadang pengajaran bahasa Arab
di Malaysia bukan menjadi wasilah, tetapi ghayat khususnya dalam pelajaran nahu.
Kemahiran-kemahiran ini harus diseimbangkan sekadar yang mampu supaya tiada
kecacatan dalam penguasaan bahasa. Walaupun begitu ada pendapat yang mengatakan
harus dimulakan dengan percakapan, kerana mengikut kajian yang dilakukan
menunjukkan bahawa kesan negatif akan berlaku sekiranya dimulakan dengan kemahiran
penulisan.
Persoalannya ialah bagaimanakah keempat-empat kemahiran ini harus
diketengahkan ? dalam persoalan ini terdapat dua cara yang pernah dilakukan, iaitu cara
wihdah dan furu’. Cara wihdah bermaksud semua unsur dan kemahiran bahasa diajar
serentak dalam satu maddah dan ia berteraskan kepada teks. Antara yang menyokong
pendapat ini ialah Dr. Ahmad Syalabiy yang berpendapat bahawa mutalaat merupakan
cara utama dalam pengajaran Bahasa Arab, kerana ia merangkumi pembacaan,
kefahaman, ta’bir syafawi, dan lisan. Cara ini lebih sesuai digunakan di peringkat awal,
kerana ia menggambarkan situasi sebenar bahasa. Namun aspek pemilihan teks yang
sesuai dan berkesan yang mengambil kira pelbagai perkara seperti perbendaharaan kata,
struktur ayat, kandungan yang sesuai dengan suasana dan tahap pembelajaran hendaklah
diberi penekanan, termasuk latihan-latihan.
60
Cara yang kedua ialah cara furu’ yang bermaksud pengajaran dibahagikan kepada
bahagian tertentu seperti nahu, mutalaah, dan sebagainya. Cara ini lebih sesuai
dilaksanakan di peringkat yang lebih tinggi untuk tujuan pengkhususan dengan syarat
guru hendaklah menyentuh sebanyak furu’ yang mungkin dalam setiap period dalam
bentuk yang bukan takalluf.
d) Memberi penekanan kepada Ciri-ciri Bahasa Arab itu Sendiri
Mempelajari sesuatu bahasa harus mengmabil kira ciri-ciri tersebut khususnya
ciri-ciri utamanya. Adalah menjadi satu kesilapan jika ciri ini diabaikan, malah menjadi
kesilapan yang lebih besar apabila dipelajari bahasa tersebut melalui pendekatan
pembelajaran bahasa lain yang mempunyai ciri yang berbeza dengannnya.
Dalam konteks ini ciri Bahasa Arab yang utama ialah isytiqaq dan i’rab yang
boleh disimpulkan sebagai perubahan-perubahan yang sering berlaku kepada perkataan
dan ayat. Pengabaian ciri ini merupakan antara faktor yang menyebabkan berlakunya
kelemahan dalam menguasai bahasa Arab. Berhubung dengan i’rab, kita tidak harus
melihatnya dari sudut yang sempit, iaitu perubahan baris akhir sahaja, tetapi yang
dimaksudkan ialah konsep umumnya yang berkaitan dengan perubahan-perubahan yang
berlaku. Secara umumnya i’rab boleh dibahagikan kepada dua, iaitu yang melibatkan
makna dan yang melibatkan bentuk sahaja. Pengajaran i’rab yang berkaitan dengan
makna harus dimulakan dahulu dan kemudiannya diikuti dengan i’rab yang berkaitan
61
dengan bentuk. Semuanya ini memerlukan perancangan dan pendedahan yang sesuai
mengikut tahap pelajar.
e) Mengambil faedah daripada Analisis Kesilapan dan Konstrasif
Kepentingan analisis kesilapan dalam pengajaran bahasa berdasarkan kenyataan
bahawa penguasaan bahasa khususnya dalam kalangan kanak-kanak antara lainnya
diperoleh daripada kesilapan yang dilakukan dari semasa ke semasa. Kepentingan
kontrasif pula didasari kepada gangguan bahasa ibunda dalam mempelajari bahasa
sasaran. Faedah daripada kedua-duanya boleh diambil, terutamanya dari aspek struktur
yang harus diberi penekanan dan didahulukan atau dikemudiankan. Sebagai contoh,
pembahagian tajuk-tajuk nahu kepada al-marfu’at, al-mansubat dan al-majrurat dalam
pengajaran nahu adalah tidak sesuai diketengahkan kepada pelajar-pelajar Melayu
berdasarkan analisis kesilapan dan kontrasif, kerana pembahagian tersebut lebih bersifat ”
bentuk” dariapada ”makna” yang lebih diperlukan oleh pelajar Melayu.
Walaupun tidak disebut dengan jelas hukum kombinasi nahuan, namun
kesalahan-kesalahan tersebut dapat dirumuskan di bawah kombinasi nahuan. Hal ini
menuntut supaya penekanan dan latih tubi harus diberikan kepada tajuk hukum
kombinasi nahuan dalam pengajaran Bahasa Arab. Begitu juga dengan tajuk al-na’t dan
al-idafat perlu diajar serentak atau berdekatan kerana pelajar Melayu selalu keliru antara
kedua-dua tajuk tersebut yang menyebabkan mereka selalu melakukan kesilapan ketika
menggunakannya.
62
Melalui kajian kontrasif pula umpamanya, boleh dinyatakan bahawa ciri-ciri dan
tajuk-tajuk nahu Arab yang tiada persamaan langsung atau yang berbeza dengan Bahasa
Melayu, hendaklah diberi penekanan yang lebih dan diperbanyakkan latih tubi, seperti
hukum kombinasi nahuan, aplikasi alif lam, kepelbagaian bentuk stuktur nahu seperti :
الخشب , , , من باب الخشبا باب الخشبي باب الخشب dengan mengambil perhatian باب
bahawa tajuk-tajuk ini tidak boleh diberi penekanan serentak pada peringkat awal, tetapi
hendaklah secara berperingkat dan hendaklah diketengahkan dalam perancangannya yang
sistematik contoh-contoh yang disebutkan tadi juga menuntut supaya tajuk-tajuk idafat,
na’at dan tamyiz perlu diajar berdekatan.
g) Mengambil Faedah daripada Teori-Teori Pembelajaran terutamanya
Pembelajaran Bahasa
Pengajaran Bahasa Arab juga sepatutnya mengambil kira teori-teori dan kajian-
kajian yang dibuat mengenai pembelajaran dan melaksanakannya mengikut kesesuaian.
Antaranya yang boleh disebut kenyataan bahawa hubungan antara hafalan dan kefahaman
antara kanak-kanak dengan orang dewasa adalah berbentuk menyilang. Maksudnya
kanak-kanak lebih senang menghafal daripada memahami berbanding dengan orang
dewasa dan begitulah sebaliknya. Oleh itu mengabaikan proses hafalan pada peringkat
kanak-anak bererti mensia-siakan satu potensi besar pada mereka yang sepatutnya
dieksploitasi. Kenyataan ini menjadi lebih penting apabila dikaitkan dengan Bahasa Arab
yang memerlukan proses mengingat banyak perkara, terutamanya tasrif.
63
Di samping itu, terdapat kajian yang menunjukkan betapa pentingnya hafalan dan
ingatan dalam pembelajaran. Kajian Kits umpamanya menunjukkan bahawa campuran
antara cara membaca dan tasmi’ adalah lebih baik daripada pengulangan membaca.
Tasmi’ iaah bacaan pertama yang diikuti dengan percubaan mengingat bahan yang dibaca
dalam keadaan tidak melihat kepada bahan yang dipelajari kecuali apabila tidak mampu
mengingat, aka elajar membenarkan dirinya meihat sepintas lalu buku yang boleh
membantunya meneruskan ingatan dan tasmi’.
Sebenarnya inilah antara cara yang digunakan oleh ulama tradisional dalam
pembelajaran. Hampir keseluruhan mereka menekankan betapa pentingnya hafalan dalam
mempelajari Bahasa Arab dan agama. Oleh itu, al-mahfuzat umapamanya merupakan
satu mata pelajaran yang dikhususkan untuk mempelajari Bahasa Arab suatu ketika
dahulu. Penulis sebenarnya bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa hafalan
adalah satu bentuk kemahiran dan merupakan salah satu daripada metode pembelajaran
serta mempunyai manfaat menajamkan kekuatan fikiran. Walau bagaimanapun, ia harus
diketengahkan dalam bentuk yang terancang dan mengambil kira faktor psikologi yang
melibatkan perasaan jemu dan malas. Antara yang boleh dicadangkan dalam kontaks ini
ialah pembacaan yang berulang kali sebanyak mungkin dan diikuti dengan percubaan
menghafal sehingga melekat di pemikiran.
h) Memperbanyak latih tubi
64
Latih tubi amat penting dalam proses pembelajaran bahasa untuk tujuan
kefahaman dan pembentukan “ al-adat al-Lughawiyyat “ ( kebiasaannya berbahasa ).
Kebanyakan pelajar selalu melakukan kesalahan dalam perkara-perkara yang sudah
diketahuinya disebabkan oleh kelalaian dan belum terbentuknya kebiasaan berbahasa
dalam diri mereka.
Kepentingan latih tubi dan pengulangan dalam pembelajaran bahasa amat jelas.
Ibn Khaldun telah menegaskan pentingnya pengulangan dengan katanya :
Bahasa menyerupai pekerjaan yang berbentuk kemahiran ( sina’at ) di mana ia
merupakan kemahiran lidah/bahasa untuk menyatakan makna...kemahiran ini tidak
diperoleh kecuali melalui penglangan perbuatan, kerana perbuatan itu yang berlaku
dahulu dan melalui kebiasaan ia akan menjadi sifat. Kemudian apabila diulang-ulang, ia
menjadi keadaan ( hal ). Keadaan itu beerti sifat yang tidak teguh. Kemudian apabila
ditambah pengulangan itu, ia akan menjadi kemahiran ( malakat ), iaitu sifat teguh.
Latih tubi yang dimaksudkan bukanlah hanya terbatas kepada latihan-latihan yag
diketengahkan, tetapi merangkumi peggunaan bahasa itu secara umunya terutamanya
pembacaan teks yang diajar. Hal ini selaras dengan pandangan Abdullah Tahmin yang
menyatakan bahawa sesuatu teks itu perlu diulang baca puluhan kali untuk membiasakan
mata dengan melihat perkataan, uslub dan ayat Bahasa Arab, membiasakan emikiran
untuk mengingat, membiasakan lidah untuk menyebut dan membiasakan telinga untuk
mendengar, malah digalakkan supaya pelajar membaca dengan penuh perasaan.
65
i) Menjadikan Bahasa Arab sebagai satu Mata Pelajaran yang Menarik
Asas ini amat penting kerana banyak pengalaman menunjukkan baawa ramai
yang kecundang di tengah jalan dalam proses mempelajari Bahasa Arab, walaupun
dimulakan dengan semangat yng berkobar-kobar kerana pembelajaran Bahasa Arab
dikatakan tidak menarik dan membebankan. Asas ini hendaklah dilakukan dalam
pelbagai aspek, antaranya ialah pengajaran, buku teks, dan latihan-latihan, malah
personaliti guru sendiri.
Antara cara yang boleh difikirkan untuk menjadikan bahawa Bahasa Arab itu
menarik ialah :
i. Pembelajaran yang berpusatkan pelajar .
Dalam proses ini, pelajar lebih banyak memainkan peranan dalam pembelajaran
berbanding dengan guru yang hanya berfungsi sebagai fasilitator sahaja. Walaupun
begitu, proses ini bergantung kepada banyak faktor, antaranya ialah persediaan dan
perancangan yang rapi oleh guru, buku teks, minat pelajar, dan sebagainya. Dalam
konteks ini, Dr Arif Karkhiy menegaskan:
Pentingnya bertukar idea tadris kepada idea ta’lim iaitu menganggap bahasa
sebagai kemahiran pelajar, kemudian pentingnya bertukar daripada idea ta’lim kepada
idea ta’allum ( belajar ), iaitu dengan menjadi pelajar sebagai pusat proses pendidikan,
66
kemudian bertukar daripada idea ta’allum kepada idea iktisab, iaitu mewujudkan
suasana / persekitaran bahasa yang sesuai dan hampir serupa dengan suasana orang Arab
mempelajari bahasa ibunda mereka.
ii) Pengajaran melalui masalah .
Antara yang boleh difikirkan juga dalam usaha untuk menjadikan pengajaran Bahasa
Arab menarik ialah pembelajaran melalui masalah. Dalam proses ini, guru dikehendaki
menyediakan suatu persoalan atau isu yang perlu diselesaikan oleh pelajar berdasarkan
apa-apa yang hendak diajar. Isu itu memerlukan pelajar berbincang sesama mereka
mengenainya dan mencari jawapnnya dan ia merangkumi pelbagai aspek yang
berteraskan tujuan atau objektif yang ingin dicapai.
j) Mengambil kira Aspek Tadarruj dan Masteri
Antara aspek yang perlu diberi penekanan ialak tadaruj atau berperingkat. Ia
merangkumi semua perkara yang diketengahkan kepada pelajar, terutamanya
perbendaharaan kata yang telah dibincangkan dan struktur nahu. Kecacatan dari aspek ini
akan memberi kesan negatif kepada kefahaman pelajar. Oleh itu penulis berpendapat
nahu dan saraf hendaklah digabungkan menjadi satu mata pelajaran dan tidak diasingkan
kerana kaitan yang terlalu rapat antara kedua-duanya. Sebagai contohnya pelajar tidak
akan dapat menguasai al-maf’ul li ajlih dan al-hal sekiranya mereka tidak menguasai al-
masdar dan al-wasf al-Musytaq. Dari sudut konsep yang lebih luas, ciri ini juga menuntut
supaya ada kesinambungan antara peringkat-peringkat pengajaran daripada sekolah
67
rendah hinggalah ke institusi pengajian tinggi, kerana buat masa ini boleh dikatakan
kurang ada penyelarasan antara peringkat-peringkat ini dan kadang-kadang terdapat
pertindihan antara satu sama lain.
Sehubungan dengan itu juga, di sinilah terletaknya kepentingan apa yang disebut
sebagai sistem masteri. Ia bermaksud bahawa pelajar tidak dibenarkan untuk berpindah
kepada sesuatu tajuk baru sekiranya belum dikuasai tajuk terdahulu. Perkara ini cukup
penting dalam pembelajaran bahasa khususnya penguasaan asas-asas perbendaharaan
kata dan struktur nahu pada peringkat awal, kerana ia akan memberi kesan negatif kepada
penguasaan bahasa. Di samping itu, ia juga ada kaitan dengan semangat untuk
meningkatkan pengetahuan dalm pembelajaran, kerana penulis berpendapat terdapat
kaitan yang amat rapat antara keinginan dengan kefahaman. Keinginan terhadap sesuatu
dan semangat untuk berhubung dengannya bergantung tinggi kepada sejauh mana
kefahaman seseorang mengenainya. Pepatah Melayu sendiri ada mengatakan bahawa tak
kenal, maka tak cinta.
k) Peranan guru
68
Guru memainan peranan yang sangat penting dalam pengajaran terutamanya
bahasa. Kadang-kadang kelemahan yang terdapat pada buku teks dan kurikulum serta
kelalaian pelajar, dapat diatasi oleh guru yang baik dan berkesan. Sebab itu ada pendapat
mengatakan bahawa guru adalah faktor yang terpenting dalam proses pengajaran.
Sehubungan dengan itu, antara persoalan yang dibincangkan ialah apakah proses
pengajaran itu bersifat kemahiran ( fann ) yang diperoleh melalui pengalaman atau ia
bersifat ilmu yang boleh dibaca dan dipelajari. Benarlah pendapat yang mengatakan
bahawa pengajaran lebih hampir kepada kemahiran daripada ilmu, tetapi ia mesti
mempunyai dasar-dasar yang mest diikuti. Walaubagaimanapun, guru seharusnya
memiliki pengetahuan dan maklumat yang banyak untuk menjadikan pengajaran lebih
berkessan, terutamanya di peringkat tinggi. Guru yang baik seharusnya memiliki banyak
ciri, antaranya ialah suara yang jelas, persediaan psikologi dan pengetahuan, perancangan
pengajaran yang rapi, kreatif, bersemangat dan bijak membangkitkan motivasi,
penampilan yang menarik dan sebagainya.
l) Mengambil kira Faktor Masa
Masa pengajaran bahasa juga harus diambil kira dalam proses pengajaran. Kajian-
kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa untuk sampai kepada peringkat pertama dalam
mempelajari bahasa asing memerlukan kepada dua ratus jam untuk pelajar biasa. Apa yang
disebutkan ini adalah secara umum yang berkaitan dengan bahasa dan pelajar biasa.
Bagaimana pula dengan bahasa yang dianggap oleh pelajar sebagai susah dan pelajar itu
sendiri mempunyai sikap yang agak negatif dalam pembelajaran seperti malu yang
69
berlebihan sebagaimana yang ada dalam kalangan pelajar Melayu. Oleh itu, sekiranya masa
yang digunakan untuk mengajar bahasa Arab kepada pelajar Melayu singkat, sudah tentu
objektif penguasaan Bahasa Arab agar sukar dicapai. Dari sudut lain pula, adakah masa 30
atau 40 minit untuk setiap period dianggap sesuai untuk pengajaran bahasa? Apabila
dikaitkan masa dengan buku teks apakah ia dirancang dengan teliti agar sesuai dengan
masa yang diperuntukkan.
Daripada perbincangan tadi, dapat dirumuskan bahawa penyelesaian kepada
masalah pengajaran Bahasa Arab adalah dengan melakukan kajian dan perbincangan
yang mendalam dan membuat perancangan yang rapi. Setiap perkara yang didedahkan
kepada pelajar harus mempunyai tujuan tertentu dan terletak dalam rangkaian
kesinambungan ke arah proses penguasaan bahasa yang mantap. Hal ini menuntut
kerjasama daripada semua pihak bermula dengan Kementerian Pendidikan sehinggalah
pelajar itu sendiri.
2.12 METODOLOGI PENGAJARAN BAHASA
70
Pengajaran adalah proses berbentuk komunikasi melibatkan guru dan pelajar yang
berlaku di dalam bilik darjah. Perkataan strategi menandakan satu perancangan atau satu
operasi. Ia boleh juga diertikan sebagai satu aktiviti pengurusan atau kaedah yang
digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat. ( Kamarudin Hj. Husin, 1994 ).
Dalam pengajaran bahasa, proses penyampaian akan melibatkan 3 bentuk strategi
atau metodologi iaitu pendekatan, kaedah dan teknik. Bentuk strategi yang digunakan
dalam pengajaran bahasa adalah seperti berikut:
Pakar-pakar dalam bidang bahasa telah memberikan definisi-definisi mengenai
pendekatan, kaedah dan teknik seperti berikut:
71
Strategi pengajaran bahasa
pendekatan
kaedah
teknik
InduktifDeduktifElektif
Komunikatifdan sebagainya
TerusTentera
Nahu terjemahAjuk-hafal
AudiolingualNatural
PsikologiLinguistic
Terjemahandan sebagainya
Soal jawabPerbincanganTunjuk caraBerdailogBerbahasBerceritaLatih tubiPermainan
Sumbang sarandan sebagainya
i. Pendekatan
Pendekatan dalam pengajaran bahasa adalah satu kumpulan andaian yang saling
berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat
pembelajaran bahasa. Setiap pendekatan itu harus mencerminkan satu pandangan
atau falsafah tentang hakikat bahasa iaitu apakah sebenarnya bahasa, bagaimana
ia dikuasai dan diperolehi, bagaimana pula ianya dilahirkan dan difahami serta di
manakah ia disimpan.
ii. Kaedah
Kaedah ialah satu prosedur bagi membolehkan pelaksanaan satu pengajaran yang
teratur, kemas dan sistemtik. Ia melibatkan langkah-langkah pengajaran yang
tersusun secara teratur yang harus dituruti dengan saksama untuk mencapai
sesuatu objektif pengajaran.
iii. Teknik
Teknik ialah satu bentuk strategi yang digunakan oleh guru di peringkat
pelaksanaan. Ia merupakan satu muslihat atau teknik untuk menyampaikan bahan-
bahan pengajaran kepada pelajar di dalam kelas.
Pendekatan, kaedah dan teknik merupakan tiga faktor yang sangat penting dalam
proses pengajaran. Oleh itu, guru-guru perlulah mendapat latihan mengajar yang
secukupnya dalam mata pelajaran yang berkenaan sebelum ditugaskan mengajar di
sekolah-sekolah. Kejayaan guru dalam menyampaikan pengajarannya secara berkesan
72
adalah berkait rapat dengan kebiasaan mereka menggunakan pendekatan, kaedah dan
teknik pegajaran.
Terdapat beberapa kaedah umum dan utama dalam pengajaran bahasa termasuk
Bahasa Arab. Antaranya ialah Kaedah Nahu-Terjemahan, Kaedah Langsung, Kaedah
Audio-Lingual, dan Kaedah Komunikasi. Kaedah yang terawal digunakan ialah Kaedah
Nahu-Terjemahan. Kaedah yang lahir selepas itu merupakan manifestasi daripada
perasaan tidak puas hati terhadap kaedah yang sebelumnya atau kekurangan yang
terdapat di dalamnya. Kaedah yang terkini ialah kaedah komunikasi yang turut digunakan
di Malaysia buat masa ini.
Yang jelas ialah setiap kaedah ini mempunyai kelebihan dan kelemahan yang
tersendiri. Tiada satu kaedah pun yang boleh menyatakan bahawa ia adalah sebaik-baik
kaedah yang harus digunakan dalam pengajaran bahasa. Terdapat pendapat yang
menyatakan bahawa kaedah yang terbaik adalah kaedah pemilihan (intiqaiyyat) yang
memilih kelebihan dan meninggalkan kelemahan yang terdapat dalam semua kaedah
tersebut. namun begitu ia tidaklah semudah yang disebut kerana banyak perkara yang
harus diambil kira dan kejayaan pengajaran bahasa bukan hanya bergantung kepada
pengajaran bahasa sahaja, malah ia berkait dengan pelbagai faktor lain sama ada secara
langsung atau secara tidak langsung seperti budaya yang terdapat dalam sesuatu
masyarakat dan sebagainya. Oleh itu, kaedah pemilihan itu juga masih belum tetap dan
tidak dapat ditentukan ciri-cirinya secara khusus. Sebenarnya di samping kaedah umum,
terdapat cara khusus pengajaran unsur bahasa iaitu huruf, perbendaharaan kata, soraf, dan
73
nahu. Begitu juga dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang empat iaitu mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Semua ini mempunyai cara pengajaran yang tersendiri
termasuklah latihan-latihan. (Mat Taib Pa, 2007)
2.12.1 Pendekatan Pengajaran Bahasa Arab Komunikasi
Dalam konteks pengajaran Bahasa Arab, Toimah (1989) mencadangkan enam
teknik yang bersesuaian dengan Bahasa Arab iaitu :
i. Tunjuk cara atau lakonan
ii. Main peranan
iii. Mendatangkan perhubungan
iv. Menyebut asal perkataan
v. Pembacaan berulang kali
vi. Penggunaan kamus
Penggunaan kamus juga dianggap berguna kepada murid. Nathesan (1999)
menyatakan kamus mempunyai tempatnya yang tersendiri dalam pengajaran kosa kata
dan pengajaran bahasa. Tanpa menggunakan kamus dalam kelas pengajaran bahasa
adalah merupakan sesuatu yang tidak lengkap dan sempurna. Kamus juga dapat
74
membantu murid mengetahui makna yang berbeza mengikut konteks ayat berbanding
makna perkataan yang terdapat dalam teks semata-mata (1988).
Richards dan Rodgers (1986) menyenaraikan antara ciri pendekatan pengajaran
bahasa secara komunikatif ialah tidak menekankan hafalan dan mengelakkan
penterjemahan ke bahasa ibunda kecuali jika perlu sahaja. Ini bermakna penggunaan
bahasa ibunda (native language) hendaklah dihadkan dalam kelas.
Sehubungan itu, Pattison (1987) menyatakan bahawa penggunaan bahasa ibunda
akan menjadikan penggunaan bahasa komunikasi tidak tulen. Beliau menambah,
penggunaannya akan mengakibatkan beberapa perkara antaranya ialah :
i. Murid akan menerima mesej tidak langsung bahawa bahasa yang dipelajari
tidak digunakan dalam komunikasi tulen
ii. Suatu yang janggal untuk menyuruh murid menggunakan bahasa yang
dipelajari jika guru tidak berbuat demikian
iii. Murid terlepas peluang untuk menerima input yang maksimum dalam bahasa
yang sedang dipelajari
iv. Mengganggu proses pembelajaran semula jadi yang melibatkan pemahaman
bahasa daripada konteks yang bermakna. Oleh itu, apabila guru mengelakkan
penterjemahan, ia memberi keyakinan kepada murid untuk menyampaikan
sesuatu hanya dengan menggunakan bahasa asing iaitu bahasa yang sedang
dipelajari tanpa perlu menggunakan bahasa ibunda.
75
Penterjemahan ke bahasa ibunda memang merupakan langkah yang paling mudah
dalam menerangkan makna perkataan. Namun, cara ini telah menggalakkan murid
berfikir dalam bahasa ibundanya bukan dalam bahasa yang sedang dipelajari. Cara ini
juga telah tidak memberi peluang kepada murid mendapat gambaran terhadap sesuatu
perkataan atau pernyataan dalam konteks ayat. (Davies dan Pearse, 2000). Oleh itu, Al-
Koumy (2002) mencadangkan pendekatan komprehensif dalam menerang makna
perkataan iaitu dengan mengenali dan menggunakannya dalam pembinaan ayat dan
seterusnya memahami dan melahirkannya semula ke dalam konteks. Guru seharusnya
mengajar perkataan baru yang asas melalui penerangan yang sesuai dan meminta murid
memperoleh selebihnya secara semula jadi atau tidak langsung daripada konteks ayat.
Marohaini (1989) pula mencadangkan agar penjelasan makna perkataan
sepatutnya tidak dilakukan secara terasing. Antara yang boleh dilakukan oleh guru ialah
dengan memperlihatkan perkaitan antara perkataan yang telah diketahui maknanya
dengan perkataan baru yang sedang diajar. Seterusnya, Harmer (1991) mencadangkan
beberapa cara untuk menjelaskan makna perkataan iaitu :
i. Relia yang merupakan penggunaan objek yang sebenar
ii. Penggunaan gambar
iii. Mimik muka atau aksi atau isyarat badan
iv. Kontras atau berlawanan
v. Definisi
76
vi. Enumerasi iaitu menyebut satu persatu perkataan yang dipelajari
vii. Demonstrasi
viii. Sinonim
ix. Antonim
x. Bina perkataan
2.13 MELATIH KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
Usaha-usaha telah giat dijalankan untuk menekankan kepentingan berkomunikasi
dalam pengajaran bahasa Arab. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan
buku teks yang khusus mengenai kemahiran berkomunikasi untuk kurikulum bahasa
Arab di sekolah iaitu Bahasa Arab Komunikasi.
Menurut Khaled Ahmad Bani Umar (2003) sebahagian media massa di Malaysia
juga tidak ketinggalan dalam menyumbangkan sedikit sebanyak usaha ke arah ini,
contohnya dengan mewujudkan ruangan dan rancangan yang menggunakan bahasa Arab.
Sesetengah sekolah juga mempunyai guru bahasa Arab yang didatangkan khas dari
Negara Arab bagi menjayakan matlamat ini, dan mewajibkan pelajar untuk menggunakan
bahsa Arab apabila berkomunikasi dalam kawasan sekolah.
Semua kaedah ini merupakan satu bentuk perkembangan yang sihat dan menuju
ke arah yang betul. Namun begitu, komunikasi pelajar masih berada pada tahap yang
lemah.
77
2.13.1 Keutamaan kepada pengajaran kemahiran berkomunikasi
Bagi memberikan penerangan yang jelas tentang perkara ini, lebih baik dijelaskan
terlebih dahulu persamaan antara pembelajaran dan pemerolehan bahasa Melayu (bahasa
ibunda) atau bahasa Arab (bahasa kedua). Menurut Khaled Ahmad Bani Umar (2003),
terdapat beberapa bentuk persamaan yang penting ialah latihan praktikal, imitasi,
kefahaman, susunan tertib kemahiran bahasa dan membpelajari tatabahasa.
a) Latihan Praktikal
Pembelajaran bahasa memerlukan latihan praktikal. Seorang bayi yang
mempelajari bahasa pada peringkat awal akan mengajuk dan mengulang apa yang
didengarinya berkali-kali. Proses yang sama juga diperlukan oleh seseorang yang
mempelajari sesuatu bahasa sebagai bahasa kedua. Mereka itu mesti mempraktikkan
bahasa tersebut secara bersungguh-sungguh dengan menggunakan pelbagai cara untuk
mencapai tahap penguasaan bahasa yang memuaskan. Proses pembelajaran bahasa
sebenarnya suatu bentuk kebiasaan yang dilalui oleh seseorang. Oleh itu, proses
pembelajaran bahasa adalah melalui proses yang sama seperti yang dilalui oleh
pembentukan sesuatu kebiasaan lain sehingga ia menjadi satu resam yang tidak mungkin
dapat diubah daripada pengamalnya. Justeru, latihan praktikal merupakan syarat utama
dalam proses pengajaran bahasa ibunda dan bahasa kedua.
78
b) Imitasi
Imitasi memainkan peranan yang penting untuk seseorang bayi menguasai bahasa
ahli keluarga yang berada di sekelilingnya. Setiap bunyi yang dilahirkan dan setiap
perkataan yang dituturkan oleh bayi itu adalah perkara yang didengar dari
persekitarannya. Perkara yang sama juga perlu dilakukan dalam proses pembelajaran
bahasa kedua. Seseorang pelajar itu perlu mengajuk bentuk-bentuk dan contoh-contoh
bahasa yang didengarinya. Di sini dapat dilihat peri pentingnya contoh ungkapan bahasa
yang diberikan kepada pelajar yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua.
c) Kefahaman
Kanak-kanak terlebih dahulu cuba memahami apa yang dipertuturkan sebelum dia
dapat menggunakan sesuatu perkataan itu. Begitu juga dengan pelajar bahasa kedua yang
cuba memahami perkataan dan ayat lebih dari kemampuannya untuk menggunakan
perkataan dan ayat tersebut dalam bentuk praktikal. Kebolehan untuk mengungkap
sesuatu idea memerlukan kemahiran yang lebih tinggi berbanding dengan kemahiran
untuk memahami sesuatu ungkapan yang didengari. Perlu diambil perhatian bahawa
kemahiran mengeluarkan ungkapan tidak mudah untuk dikuasai berbanding dengan
kemahiran mendengar dan memahami.
d) Susunan tertib kemahiran bahasa
79
Kemahiran mendengar merupakan perkara paling asas dalam mempelajari bahasa.
Seseorang bayi mendengar terlebih dahulu sebelum dapat mengajuk apa yang
didengarinya. Begitu jugadengan kemahiran melahirkan ungkapan bahasa, kanak-kanak
terlebih dahulu melalui peringkat memahami ungkapan yang didengarinya dan kemudian
cuba untuk mengajuk ungkapan tersebut sama ada dalam bentuk perkataan yang
berasingan atau ayat yang lengkap.
Perkara yang sama juga perlu dalam mempelajari bahasa kedua. Kaedah pertama
yang mesti digunakan dalam interaksi bahasa antara pelajar dengan penutur bahasa yang
dipelajari ialah kaedah mendengar. Pada peringkat awal, mungkin dia tidak mampu
memahami dengan baik. Tetapi apabila kebiasaan ini diteruskan dan latihan praktikal
diamalkan dalam jangka masa yang didengarinya.
Kemahiran bertutur dating selepas kemahiran mendengar apabila pelajar mula
menuturkan bentuk dan ungkapan bahasa yang didengarinya. Walau bagaimanapun, ini
tidak bermakna kemahiran bertutur perlu ditangguhkan sehingga seseorang pelajar itu
menguasai sepenuhnya kemahiran mendengar. Sebaliknya, perkara yang mahu
ditekankan di sini ialah pelajar tidak akan mampu bertutur dan memberi ungkapan bahasa
melainkan mendapat faedah dengan apa yang didengari dan difahami terlebih dahulu.
Oleh itu, kemahiran mendengar mendahului kemahiran bertutur, manakala kemahiran
bertutur mendahului kemahiran membaca dan seterusnya kemahiran menulis.
80
e) Mempelajari Tatabahasa
Kanak-kanak menggunakan bahasa melalui kaedah yang digunakan oleh ahli
keluarganya. Bahasa adalah satu bentuk pemikiran dan bersifat sistematik. Apabila
kanak-kana mempelajarinya, dia tidak menyedari tentang kewujudan unsur-unsur ini.
Sebaliknya, dia hanya mengikut dan mengimitasi tanpa mengetahui tentang system yang
terkandung dalam sesuatu bahasa itu. Kanak-kanak Arab sebagai contoh, apabila berkata,
البرتقال ) ماض sebagai أكل dia tidak mengambil kira kedudukan ( أكلت Perkara . فعل
ini akan dipelajari oleh kanak-kanak ini pada peringkat yang lain dalam proses
pemerolehan bahasa. Adalah jelas bahawa kanak-kanak menggunakan bahasa terlebih
dahulu sebelum mengenali dan memepelajari system falsafah dan bahasa.
Ini mempunyai persamaan dengan pelajar bahasa kedua. Pada peringkat awal,
kaedah dan sistem tatabahasa serta istilahnya tidak wajar diperkenalkan kepada pelajar
supaya mereka tidak hilang minat untuk mempelajari bahasa. Ia juga mengelakkan
mereka berasa benci terhadap guru dan penutur bahasa tersebut. Oleh itu, pada peringkat
awal dalam kaedah pengajaran bahasa kedua, perhatian perlu diberikan kepada proses
membekalkan contoh dan ungkapan bahasa. Hal ini akan membiasakan pelajar dengan
bahasa yang dipelajari akan mampu mencorakkan pola-pola bahasa tersebut dalam
pemikirannya.
Kesimpulannya, menurut Khaled Ahmad Bani Umar (2003), proses pembelajaran
bahasa kedua mirip kepada proses npembelajaran bahasa ibunda dalam beberapa perkara
81
antaranya ialah latihan praktikal, imitasi, pengulangan, peringkat kefahaman, mengingat,
kemahiran mendengar sebagai peringkat awal pembelajaran, pembelajaran tatabahasa,
mewujudkan proses asimilasi dalam pemikiran pelajar, mencuba, melakukan kesalahan
dan pengukuhan.
Dapat diperhatikan bahawa di peringkat awal hayat seseorang itu, kemahiran yang
dipelajarinya berkait rapat dengan hubungan dan interaksi sesame manusia. Melalui
medium ini seseorang itu dapat memperoleh perbendaharaan kata, bentuk ayat dan
ungkapan bahasa, selain menerima dan memahami idea dan pemikiran. Melalui medium
ini juga dia dapat memperoleh kemahiran-kemahiran bahasa yang lain sama ada
pertuturan, bacaan dan penulisan.
2.13.2 Kepentingan Kemahiran Komunikasi
Meskipun kemahiran berkomunikasi dianggap sebagai matlamat yang penting
dalam proses pembelajaran bahasa, ia sebenarnya adalah satu kaedah dalam interaksi
sesame manusia. Kepentingannya semakin ketara serentak dengan perkembangan
82
kemudahan alat komunikasi dan kemudahan pengangkutan dari negeri ke sebuah negeri
yang lain.
Kepentingan kemahiran berkomunikasi semakin ketara di Malaysia kerana
pertumbuhan pesat sekolah, kolej dan pusat bahasa Arab yang pesat di samping
permintaan yang tinggi untuk mempelajari bahasa Arab. Ramai pelajar akan menamatkan
pengajian mereka di institusi-institusi ini dan akan menjadi tenaga pengajar pula. Oleh
itu, mereka perlu menguasai kemahiran berkomunikasi supaya mampu untuk
memberikan input bahasa yang sahih dari sudut penggunaannya kepada para pelajar
mereka kelak.
Kemahiran berkomunikasi sama ada dalam bentuk pendengaran, sebutan,
pertuturan atau perbualan, merupakan satu bentuk kemahiran yang sangat penting dalam
mempelajari kemahiran bahasa yang lain. Ia membantu membina perbendaharaan kata
dan memungkinkan pelajar untuk mengaplikasi pengetahuan bahasa mereka. Ini akan
membantu menguatkan lagi ingatan dan hafalan pelajar terhadap makna perkataan dan
ungkapan bahasa. Di samping itu membantu memudahkan dan mempercepatkan lagi
proses pembelajaran tatabahasa, morfologi, balaghah dan puisi.
Kemahiran berkomunikasi juga membantu pelajar dari sudut psikologi. Pelajar
yang berkemampuan untuk menggunakan bahasa Arab akan berasa yakin dan percaya
kepada kemampuan diri seterusnya memberi dorongan untuk berusaha lebih maju lagi.
2.13.3 Persediaan dan Keperlan dalam Mengajar Kemahiran Berkomunikasi
83
Dalam mengajar kemahiran komunikasi, terdapat beberapa persediaan dan
keperluan yang perlu dipenuki oleh seorang guru; antaranya ialah :
a) Perbendaharaan kata dan ayat yang mencukupi
Pelajar perlu mempunyai perendaharaan kata dan ayat yang mencukupi untuk
berkomunikasi. Kemahiran berkomunikasi mempunyai banyak peringkat dan setiap
peringkat memerlukan kuantiti perbendaharaan kata dan ayat yang sesuai. Sekiranya
pelajar diminta untuk menggunakan Bahasa Arab dalam pertuturan, perbincangan dan
menyampaikan buah fikiran sedangkan tidak mempunyai perbendaharaan yang
mencukupi untuk tujuan itu, perkara ini tentunya mustahil. Ia mungkin akan
menyebabkan pelajar tertekan dan mengalami perasaan yang negatif seperti hilang
keyakinan diri untuk berkomunikasi dengan mnggunakan Bahasa Arab kerana tiada
kemampuan dan menganggap bahawa Bahasa Arab adalah bahasa yang susah.
Pelajar juga perlu belajar cara untuk menambahkan lagi perbendaharaan kata yang
dimilikinya. Dia juga perlu tahu cara menyusun ayat, khususnya pada peringkat kedua
dan ketiga. Ini kerana kemampuan untuk menggunakan perbendaharaan kata dan
menyusunnya dalam satu susunan ungkapan yang sahih adalah dua perkara yang
mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan penguasaan perbendaharaan kata pelajar.
84
b) Mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk mempraktikkan Bahasa Arab
Pelajar di Malaysia mempelajari Bahasa Melayu dalam persekitaran yang meluas.
Bahasa ini dipelajari dalam komuniti yang memang bertutur dengannya dan pelajar
memperolehi terus perbendaharaan kata dari mereka dengan susunan bahasa dan
ungkapan yang sahih di samping pemahaman yang jelas.
Kebiasaannya, pelajar di Malaysia mempelajari Bahasa Arab dalam persekitaran yang
tidak berunsurkan Bahasa Arab. Masalahnya, timbul apabila pelajar mempelajari Bahasa
Arab dalam komuniti yang tidak menggunakan bahasa ini sebagai medium untuk
berkomunikasi. Pembelajaran Bahasa Arab juga terhad pada waktu tertentu seperti hanya
di dalam kelas Bahasa Arab.
Adakah jalan penyelesaiannya ialah dengan menghantar semua pelajar Malaysia
mempelajari Bahasa Arab di negara Arab? Ataupun apakah perlu semua guru Bahasa
Arab berbangsa Arab? Persoalan ini bukan jalan penyelesaian yang sebenar.
Penyelesaiannya ialah berusaha mewujudkan persekitaran Bahasa Arab yang sesuai
sekurang-kurangnya di dalam kawasan sekolah. Kebanyakan pelajar yang menghabiskan
masanya di dalam kawasan sekolah; belajar, makan, minum dan melakukan aktiviti
sekolah. Biasanya merka tidak meninggalkan kawasan sekolah melainkan sekali atau dua
kali dalam tempoh sebulan. Dalam situasi ini, kita mampu untuk membina persekitaran
Bahasa Arab dalam kawasan sekolah melalui satu komuniti kecil yang mempraktikkan
Bahasa Arab dalam berkomunikasi.
85
Beberapa kaedah yang membantu dalam mewujudkan persekitaran Bahasa Arab
Mewujudkan persekitaran Bahasa Arab dalam pengajaran-pembelajaran.
Mewujudkan persekitaran Bahasa Arab melalui aktiviti seperti perayaan,
sambutan, perhimpunan pagi, aktiviti rombongan dan berkelah.
Memulakan pada peringkat awal dengan menggunakan Bahasa Arab dan Melayu.
Pelajar pada peringkat awal bertutur dalam satu ungkapan dengan perkatan dari
kedua-dua bahasa sebagai mengikuti konsep berperingkat-peringkat dan untuk
memudahkan pelajar.
Menggunakan media komunikasi bagi membantu usaha mewujudkan persekitaran
tersebut. Contohnya, penggunaan video, perisian computer, internet dan program
dari siaran satelit Arab. Pengajar juga boleh mencuba untuk mewujudkan siaran
televisyen Arab kerana para pelajar hanya menghabiskan masa di dalam kawasan
sekolah dan siaran televisyen Arab selama dua jam sehari boleh diaplikasikan.
Pihak sekolah mungkin boleh mendapatkan khidmat guru dari bangsa Arab
sebagai pelajar rujukan dan mengajar kemahiran berkomunikasi kepada pelajar
dan guru lain.
c) Kaedah Berperingkat dalam Pengajaran Kemahiran Berkomunikasi
Terdapat beberapa peringkat dalam[engajarn kemahiran komunikasi, antaranya
ialah :
1. Berperingkat dalam susunan kemahiran berkomunikasi.
86
Kemahiran pertama yang dipelajari oleh seseorang adalah kemahiran mendengar,
diikuti dengan kemahiran memahami, bertutur dan bercakap. Susunan ini perlu
diambil kira.
2. Berperingkat dalam perbendaharaan kata, ayat dan pemilihan tajuk
Ini dilakukan seperti berikut:
Peringkat awal dimulakan dengan menggunakan perkataan dan ayat yang
berkaitan dengan kata-kata aluan dan salam perkealan.
Peringkat seterusnya menyentuh kepada situasi kehidupan. Kemudian
didedahkan dengan bahasa dan ayat secara berperingkat-peringkat iaitu
dari yang mudah kepada yang lebih kompleks. Dalam masa yang sama
proses imitasi dan ajukan juga perlu diambil kira.
Seterusnya, tajuk deskriptif didedahkan kepada pelajar dalam bentuk
perbualan pendek.
Pada peringkat yang lebih tinggi, perbualan boleh dilakukan dalam bentuk yang
lebih kompleks dan mempunyai lebih daripada satu pendapat.
3. Berperingkat dalam memilih bentuk ayat.
87
Kajian membuktikan bahawa ayat aktif lebih mudah untuk diingati berbanding
dengan ayat pasif dan ayat nyata lebih mudah dari ayat nafi. Begitu juga dengan
ayat yang kurang mengandungi unsur penegas adalah lebih mudah berbanding
dengan ayat yang penuh dengan unsur tersebut. Ini dapat diperhatikan walaupun
semua bentuk ayat ini mempunyai kuantiti perkataan yang hampir sama.
4. Berperingkat dalam pengajaran sebutan bahasa
Terdapat huruf yang mempunyai sebutan yang sama antara Bahasa Arab dan
Bahasa Melayu. Terdapat juga huruf yang hampir serupa sebutannya tetapi tiada
persamaan antara kedua-dua bahasa tersebut.
5. Contoh penggunaan bahasa yang sahih
Pengajaran tentang penggunaan bahasa yang sahih adalah satu perkara yang
sangat penting. Pengajar menjadi contoh ikutan kepada pelajar terutama dalam
peringkat pertama dan kedua. Oleh itu menjadi tanggungjawab pengajar untuk
memberikan contoh sebutan perkatan Arab yang sahih dan tepat supaya dapat
dipelajari oleh pelajar dalam konteks yang betul. Kesahihan dalam proses imitasi
sangat bergantung kepada kesahihan contoh pengunaan bahasa yang disampaikan.
Jika seseorang pengajar itu lemah atau tidak mahir dalam sebutan Bahasa Arab,
pelajar hendaklah menggunakan alat bantuan mengajar. Dalam keadan ini,
peranan pengajar adalah lebih mirip kepada fasilitator kepada pelajar.
88
2.13.4 Panduan umum dalam pengajaran kemahiran komunikasi
Dalam mengajar Bahasa Arab Komunikasi (BAK), guru boleh mengikuti
beberapa panduan umum dalam pengajaran kemahiran komunikasi tersebut; antaranya
ialah :
1. Menerangkan cara sebutan
Ini dapat dilakukan dengan cara memberikan contoh seperti mengeluarkan lidah
apabila menuturkan huruf-huruf tertentu seperti huruf (ظ) dan (ذ), atau suara
nahnahah yang memerlukan teknik tertentu sebagai latihan menyebutnya seperti
meminta pelajar membuat bunyi ehem-ehem beberapa kali untuk membantu
menyebut huruf (ح). Pengajar juga boleh melatih pengajar mengeluarkan suara
ghargharah untuk menyebut (غ). Cara ini ialah dengan melakarkan gambar mulut dan
rongga mulut pada papan tulis dengan menunjukkan tempat-tempat terhasilnya huruf
tersebut atau menggunakan perisian computer yang mampu menunjukkan ilustrasi
grafik bergerak mengenai pergerakan mulut dalam menyebut huruf dan perkataan
tertentu.
2. Mewujudkan perbualan bersahaja dalam pembelajaran rasmi
89
Hal ini dapat dilakukan sekiranya pengajar tidak terlalu memaksa pelajar supaya
melakukan perbualan dalam lingkungan tajuk yang telah ditetapkan atau dengan
menggunakan bentuk ayat dan ungkapan bahasa yang tertentu. Pelajar juga mesti
digalakkan supaya menggunakan ayat yang telah dipelajari di luar kelas sama ada
dengan pengajar atau sesama pelajar sendiri. Bentuk ayat yang diberi perlu dari
pelbagai jenis ayat yang biasa digunakan setiap hari oleh orang Arab. Pelajar tidak
sepatutnya dihadkan dengan sesuatu bentuk ungkapan jawapan bagi sesuatu soalan
sebaliknya jawapan boleh dating dalam pelbagai bentuk.
3. Ciri-ciri tajuk perbualan
i) Berperingkat-peringkat dalam pemilihan tajuk dari yang mudah kepada susah,
dan dari sesuatu yang telah diketahui kepada yang lebih umum.
ii) Tajuk yang dipilih mestilah bersesuaian dengan pelajar dan mampu menarik
minat mereka. Semakin tajuk yang dipilih itu menepati aspirasi dan
kecenderungan pelajar, semakin bertambahlah kesungguhan pelajar untuk
belajar. Pengajar mungkin boleh mencadangkan tajuk yang mempunyai unsur-
unsur lucu dan jenaka yang secara tidak langsung mendedahkan pelajar
kepada bentuk ungkapan dan ayat.
iii) Mempelbagaikan topik untuk perbincangan di samping memberikan
kebebasan kepada pelajar untuk memilih topik yang mereka sukai.
iv) Pelajar seelok-eloknya mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang
topic yang mahu dibincangkan, selain mempunyai perbendaharaan kata dan
90
ungkapan bahasa yang sewajarnya untuk perbincangan. Topik yang dipilih
tidak seharusnya melampaui kemampuan pelajar dari sudut umur atau tahap
pemikiran untuk dibincangkan bersama. Perkataan dan ungkapan baru boleh
dicatatkan pada papan tulis dan disalin di dalam nota untuk dipraktikkan
secara berterusan.
4. Pengulangan
Pengajar dibolehkan untuk mengulangi topik atau ungkapan bahasa yang telah
dibincangkan, dengan syarat ia tidak mendatangkan rasa bosan kepada pelajar.
Terdapat pelbagai bentuk pengulangan antaranya bertujuan untuk proses imitasi,
pemahaman, latihan praktikal dan hafalan. Pengajar perlu mempelbagaikan proses
pengulangan dalam bentuk peperiksaan lisan dan bertulis, perbualan dan dialog,
penulisan dan tatabahasa.
5. Mengambil kira aspek psikologi
Perlu diingat pelajar mempelajari bahasa yang asing dari bahasa ibundanya dan
berdepan dengan guru dan kawan-kawannya. Oleh itu kesalahan bahasa adalah
sesuatu yang memang dijangkakan dan keadaan ini perlu difahami oleh pengajar.
91
Perasaan bimbang yang menyelubungi pelajar untuk bertutur berpunca dari
perasaan tidak yakin kepada diri sendiri dan takut untuk melakukan kesalahan. Ini
adalah faktor utama yang menghalangnya daripada menyertai perbincangan dan
perbualan dalam Bahasa Arab.
6. Tidak kerap melakukan pembetulan
Pengajar tidak sepatutnya kerap memintas pengucapan pelajar yang sedang cuba
bertutur dalam Bahasa Arab untuk tujuan membetulkan kesalahan. Kekerapan
membetulkan kesalahan akan menyebabkan timbul perasaan malu kepada pelajar tadi
di hadapan kawan-kawannya kerana menonjolkan kelemahannya serta merendahkan
kemampuannya. Oleh itu, pengajar harus bertindak bijak dengan menggunakan
pelbagai cara atau kaedah lain untuk melakukan pembetulan.
2.14 MASALAH PENGUASAAN BAHASA ARAB
Penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar pada masa kini pada keseluruhannya
sangat tidak memuaskan. Kebanyakan mereka bukan sahaja tidak boleh menulis dan
bercakap dalam bahasa tersebut, tetapi juga kelebihan mereka membaca dan memahami
92
juga menjadi tanda tanya. Malah penguasaan Bahasa Arab di kalangan pelajar aliran
agama juga diragui.
Kemampuan pelajar lepasan sekolah tempatan dalam Bahasa Arab semakin hari
semakin mundur ke belakang. Ramai yang tidak dapat bertutur dengan baik. Mereka
tidak dapat memahami dan membaca dengan betul, sama ada aspek tatabahasa atau
sebutan huruf. Mereka tidak mampu membentuk ayat dan menulis mengikut kaedah
tatabahasa dan penulisan Arab.
Menurut Abdul Hadi Mohd Salleh (1998), ada antara pelajar yang tidak tahu
membaca, menulis Jawi dan Al-Quran. Ada yang tidak berminat mungkin kerana bahasa
Arab kurang penting atau kaedah mengajar yang kurang baik. Guru Bahasa Arab
bertanggungjawab menanam minat kepada murid dengan menjelaskan kepentingan
Bahasa Arab terutama kepada pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke universiti
yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.
Penggunaan Bahasa Arab dalam kelas tidak dapat membantu untuk melahirkan
kemahiran untuk bercakap dan menggunakan perbendaharaan kata, terutama jika hanya
digunakan semasa pengajaran sahaja. Sudah tentu akan terbatas masanya. Penguasaan
sesuatu bahasa tidak cukup jika hanya diharap dari kegiatan dalam bilik darjah.
93
Penguasaan bahasa adalah penguasaan kemahiran dan perlu diasah sepanjang
masa. Guru Bahasa Arab hanya menjalankan peranan dalam kerangka tugasnya sahaja.
Begitu juga dengan suasana yang tidak memberangsangkan dan dorongan yang tidak
menggalakkan untuk mempelajari Bahasa Arab yang akan menyebabkan pelajar tidak
dapat menguasai Bahasa Arab dengan baik.
Masalah ini ditambah pula dengan kekurangan buku kerja dalam Bahasa Arab
berbanding bahasa dan subjek lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains,
Matematik dan sebagainya bagi membantu pelajar dalam mempelajari Bahasa Arab.
Kelemahan ini perlu diperhatikan dengan wajar kerana hal ini boleh mempengaruhi
pembelajaran mereka diperingkat yang lebih tinggi. (Abdul Hadi Mohd Salleh, 1998 )
Dr Abd Rahim Haji Ismail (1994) mengatakan kemampuan pelajar lepasan
sekolah dan graduan universiti tempatan dalam Bahasa Arab semakin hari semakin
mundur ke belakang. Sebab yang utama ialah kedudukan Bahasa Arab hanya sebagai
salah satu bahasa asing berbanding dengan status bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Di antara masalah lain lagi ialah :
Sukatan pelajaran dan metodologi pengajaran
Bahasa pengajaran dan buku kerja
Penilaian pengajaran dan pembelajaran seperti :
- Penilaian program yang tidak tersusun
94
- Guru kurang berkemampuan dan berkelayakan
- Bahan bantu mengajar yang tidak mencukupi
Dr Fathi Ali Yunus menyatakan Bahasa Arab sukar dipelajari kerana kekurangan
buku pengajaran yang sesuai dan pengajarannya pula banyak bergantung kepada buku
dan nota. Oleh itu, pengajaran Bahasa Arab harus ditangani dengan baik dalam usaha
untuk mengatasi masalah yang dihadapi terutama ketidakmampuan pelajar bertutur
dengan baik. Bahasa Arab tidak sukar dipelajari kalau selalu membaca Al-Quran.
Mengajar Bahasa Arab kepada pelajar Malaysia adalah berbeza dengan mengajar
Bahasa Arab kepada orang Arab di sekolah. Ini adalah kerana matlamat pengajaran
mereka menguasai bahasa ibunda kerana suasana antara kedua-duanya berbeza. Mengajar
Bahasa Arab sebagai bahasa kedua menghadapi banyak rintangan seperti kesesuaian mata
pelajaran dan pendidikan, masalah guru, teknik, kemasyarakatan, persaingan dengan
bahasa tempatan dan Bahasa Inggeris.
2.14.1 Sebab utama kelemahan pelajar dalam menguasai kemahiran
berkomunikasi
Menurut Khaled Ahmad Bani Umar (2003), kelemahan pelajar yang utama dalam
menguasai kemahiran berkomunikasi ialah :
95
Tidak wujud persekitaran yang menggalakkan pelajar mengaplikasikan bahasa
Arab untuk berkomunikasi.
Pelajar tidak mengetahui cara untuk memulakan bentuk komunikasi yang
betul. Selain itu, kurikulum yang disediakan untuk pengajaran bahasa Arab
tidak mengambil berat terhadap unsur kemahiran bahasa Arab.
Penguasaan perbendaharaan kata dan frasa kata bahsa Arab yang lemah di
kalangan pelajar.
Kesan psikologi bahawa bahasa Arab adalah bahasa yang paling sukar
dipelajari di dunia.
Kelemahan contoh penguasaan bahasa yang betul yang disampaikan kepada
pelajar.
Pengajaran kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Arab mempunyai matlamat,
keperluan dan kajiannya yang tersendiri dan perlu diberikan perhatian dalam proses
pengajaran. Buku teks Bahasa Arab Komunikasi yang menjadi kurikulum bahasa Arab di
sekolah-sekolah mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti buku teks yang lain
apabila digunakan untuk proses pengajaran dalam kelas. Kandungannya mungkin akan
dihuraikan begitu sahaja dengan menggunakan bahasa Melayu sama seperti buku-buku
teks bahasa Arab yang menyentuh mengenai kemahiran membaca. Rancangan-rancangan
bahasa Arab yang ditayangkan di televisyen pula kemungkinan tidak dapat diikuti
96
sepenuhnya oleh semua pelajar. Tambahan pula, sesetengah rancangan Arab
menggunakan bahasa Aab klasik seperti rancangan drama bersiri yang berkaitan sejarah.
Di samping itu, Khaled Ahmad Bani Umar (2003) berpendapat, peraturan
sesetengah sekolah yang mewajibkan pelajar supaya berkomunikasi dengan bahasa Arab
tanpa terlebih dahulu mengambil kira kelemahan penguasaan perbendaharaan kata pelajar
juga tidak akan membuahkan hasil. Selain kelemahan perbendaharaan kata, aspek-aspek
yang lain juga perlu diambil kira seperti ketiadaan kaedah yang berperingkat dan
bersistematik dalam kemahiran berkomunikasi tanpa menggunakan program yang
menyeluruh untuk merealisasikannya. Pelajar perlu melalui beberapa peringkat sebelum
mampu menggunakan bahasa Arab untuk tujuan berkomunikasi. Kita tidak boleh
beranggapan bahawa dengan semata-mata mengeluarkan arahan supaya pelajar wajib
bertutur dalam bahasa Arab akan membolehkan pelajar mampu berkomunikasi
menggunakan bahasa Arab.
Kehadiran guru dari negara Arab juga tidak semestinya mampu untuk
merealisasikan matlamat tersebut kerana terdapat beberapa masalah lain seperti sukatan
pelajaran yang berat dihadapi oleh pelajar. Ini hanya akan memaksa guru Arab itu
berusaha untuk menghabiskan sukatan pelajaran dan menerangkan kandungannya kepada
pelajar. Dalam situasi sebegini, guru Arab tersebut akan tertanya-tanya : Apakah bahasa
Arab diajar menerusi kaedah-kaedah ini? Ataupun kaedah-kaedah ini diajar menerusi
bahasa Arab? Sebenarnya kaedah pengajaran bahasa Arab di sekolah-sekolah Malaysia
lebih cenderung kepada kaedah tatabahasa dan terjemahan.
97
Pengajar yang berjaya dan kreatif adalah yang berjaya dalam mengajar kemahiran
berkomunikasi terlebih dahulu. Ini kerana kemahiran untuk berkomunikasi dan
menyampaikan idea adalah lebih mencabar berbanding dengan kemahiran kefahaman di
kalangan pelajar.
Usaha-usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan, sebahagian sekolah dan media
massa, sebenarnya menjurus ke arah yang betul. Namun begitu, menurut Khaled Ahmad
Bani Umar (2003), kemahiran berkomunikasi masih memerlukan usaha yang berlipat
ganda dan kajian yang khusus juga diperlukan untuk mewujudkan kaedah yang terbaik
serta bersesuaian dengan pelajar.
2.15 PENUTUP
Kesimpulannya, pengajaran Bahasa Arab secara umumnya mempunyai skop
perbincangan yang cukup luas. Ia merangkumi aspek kurikulum, buku teks, kaedah
pengajaran, peperiksaan, guru dan pelajar itu sendiri. Secara khususnya di Malaysia,
didapati masih banyak masalah yang dihadapi dalam semua aspek, walaupun terdapat
usaha-usaha untuk mengatasi masalah-masalah ini.
98
BAB 3
( METODOLOGI KAJIAN )
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENDAHULUAN
99
Kajian ini merupakan satu kajian tentang masalah penguasaan Bahasa Arab
Komunikasi (BAK) dalam kalangan pelajar tingkatan tiga di beberapa buah sekolah
pelbagai aliran di Pantai Timur. Kajian berbentuk tinjauan yang dijalankan ini adalah
bertujuan untuk melihat dan mengenalpasti masalah penguasaan Bahasa Arab
Komunikasi (BAK) dalam kalangan pelajar tingkatan tiga bagi mendapatkan maklum
balas mereka terhadap set soal selidik yang diberikan.
Bab ini akan membincangkan kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
mengumpul data dan maklumat yang melibatkan beberapa item iaitu reka bentuk kajian,
sampel kajian, lokasi kajian, instrumen kajian dan prosedur kajian.
3.2 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian yang dilaksanakan ini adalah satu kajian deskriptif yang berbentuk
tinjauan. Melalui kaedah ini, maklumat dari responden akan diperolehi dan dikumpul
dengan menggunakan set soal selidik yang diedarkan kepada sampel kajian. Maklumat
100
yang diperolehi daripada sampel kajian akan dianalisa bagi menjawab soalan-soalan
kajian yang telah dibina.
Kajian ini juga bersifat kuantitatif kerana kaedah yang dipilih ialah soal selidik
yang merupakan instrumen kajian yang terdiri daripada penyataan-penyataan bertujuan
untuk mengenalpasti masalah penguasaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) dalam
kalangan pelajar tingkatan tiga pelbagai aliran sekolah.
Reka bentuk ini dipilih kerana ia melibatkan jumlah sampel yang besar dan
merupakan kaedah yang bersesuaian dengan objektif kajian untuk mengenalpasti masalah
penguasaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) dalam kalangan pelajar tingkatan tiga
pelbagai aliran sekolah. Menurut Mohd Najib Ghafar (2003), keputusan kajian yang
diperolehi melalui tinjauan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang agak tinggi
kerana pola perlakuan masyarakat sukar berubah dengan mendadak dan menggambarkan
norma perlakuan individu pada satu-satu masa kerana perlakuan manusia banyak
dipengaruhi oleh kehendak yang diterima oleh masyarakat.
3.3 SAMPEL KAJIAN
Kajian ini melibatkan enam buah sekolah di Pantai Timur iaitu tiga buah sekolah
di Terengganu, dua buah sekolah di Kelantan dan sebuah sekolah di Pahang. Manakala
kaedah pensampelan rawak mudah telah digunakan dalam menentukan sampel bagi
101
kajian ini. Oleh yang demikian, semua ahli populasi mempunyai peluang yang sama
untuk dipilih sebagai ahli sampel yang terdiri daripada 189 orang responden daripada 6
buah sekolah di Pantai Timur yang mengambil subjek Bahasa Arab Komunikasi.. Berikut
disertakan jadual responden mengikut jantina dan aliran sekolah..
Jadual 3.1 :
Jadual responden mengikut jantina bagi setiap aliran sekolah.
Aliran sekolah
Jantina
JUMLAH
Lelaki Perempuan
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) 26 46 72
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) 13 27 40
Sekolah Menengah Agama (SMA) 20 57 77
JUMLAH 59 130 189
3.4 LOKASI KAJIAN
Dalam kajian ini, kami memilih enam buah sekolah di Pantai Timur iaitu tiga
buah sekolah di Terengganu, dua buah sekolah di Kelantan dan sebuah sekolah di
Pahang.
102
3.4.1 Terengganu
(i) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik,
Kuala Terengganu
(ii) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring, Kuala Terengganu
(iii) Sekolah Menengah Kebangsaan Belara, Manir, Kuala Terengganu
3.4.2 Kelantan
(i) Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra I, Kuala Krai.
(ii) Sekolah Menengah Agama (Arab) Rahmaniah, Kuala Krai.
3.4.3 Pahang
(i) Sekolah Menengah Agama al-Ihsan, Kuantan
3.5 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian adalah penting bagi memastikan objektif kajian tercapai. Kajian
ini diuji menggunakan satu set soal selidik bagi mengumpulkan maklumat sejauh mana
masalah penguasaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) dalam kalangan pelajar tingkatan
tiga pelbagai aliran sekolah.
103
Dalam membina soal selidik kajian, penyelidik telah membuat kajian terhadap
beberapa sumber rujukan supaya soal selidik yang dibina menepati matlamat kajian dan
memperolehi data kajian yang tepat.
Sehubungan itu, set soal selidik yang diedarkan kepada responden mengandungi
empat bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C, dan bahagian D. Bahagian A
mengandungi 4 item yang berkaitan dengan latar belakang responden seperti jantina,
aliran sekolah, asas Bahasa Arab dan keputusan peperiksaan pertengahan tahun.
Manakala bahagian B terdiri daripada satu item yang menguji tentang aspek dalam
Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang paling lemah tahap penguasaannya mengikut
keutamaan. Aspek yang disenaraikan ialah aspek kefahaman (petikan),aspek penulisan
(karangan) dan aspek tatabahasa (nahu/qawaid). Bahagian C pula mengandungi 40 item
yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan Bahasa Arab
Komunikasi (BAK) dalam kalangan pelajar tingkatan tiga. Manakala bahagian D pula
mengandungi 2 item subjektif yang meminta pendapat responden tentang faktor utama
yang mempengaruhi tahap penguasan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) responden dan
juga pandangan terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi (BAK)
yang dijalankan di sekolah.
Set soal selidik ini menggunakan 'Skala Likert' empat mata iaitu sangat tidak
setuju, tidak setuju, setuju dan sangat setuju di bahagian C. Bentuk soalan ini
memerlukan responden menandakan jawapan mereka tentang sesuatu pernyataan
104
berdasarkan satu skala dari satu ekstrem kepada ekstrem yang lain iaitu daripada skala
sangat tidak setuju kepada sangat setuju.
Daripada 40 item tersebut, faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan
pelajar dalam Bahasa Arab Komunikasi (BAK) dibahagikan kepada dua faktor utama
iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman pula dipecahkan kepada beberapa
aspek iaitu minat (2 soalan), sikap (4 soalan), mentaliti (2 soalan), perbendaharaan kata (2
soalan), dan juga aspek kelemahan (5 soalan). Manakala faktor luaran pula dibahagikan
kepada tiga aspek iaitu aspek kaedah pengajaran dan pembelajaran (7 soalan), aspek
sikap guru (11 soalan) dan aspek persekitaran (7 soalan). Jadual 3.2 menunjukkan
perincian item dan aspek tersebut.
Jadual 3.2 :
Item dan aspek
Aspek No. Item
105
Aspek Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang
paling lemah
B1
Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap
penguasaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK)
* Faktor Dalaman
Minat C1 dan C2
Sikap C3, C4, C5 dan C6
Mentaliti C7 dan C8
Perbendaharaan Kata C9 dan C10
Kelemahan Diri C11, C12, C13, C14 dan C15
* Faktor Luaran
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran C16, C17, C18, C19, C20, C21 dan C22
Sikap Guru C23, C24, C25, C26, C27, C28, C29,C30,C31,
106
C32 dan C33
Persekitaran C34, C35, C36, C37, C38, C39 dan C40
Signifikan antara aliran sekolah dengan tahap
penguasaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK)
A2 dan A4
3.6 PROSEDUR KAJIAN
Kaedah tinjauan (survey) dengan menggunakan soal selidik sebagai alat kajian ini
adalah berdasarkan pandangan Kerlinger (1976) yang menyifatkan soal selidik sebagai
satu cara untuk mendapatkan jawapan kepada soalan penyelidikan.
Pada hari yang telah ditetapkan, kami telah mengedar sendiri set soal selidik
kepada 189 orang responden. Kami telah dibahagikan kepada tiga kumpulan kecil di
mana setiap kumpulan terdiri daripada satu atau dua orang. Setiap kumpulan telah
ditentukan sekolah mengikut negeri yang dipilih. Setiap kelas yang mengikuti aliran
Bahasa Arab perlu dimasuki untuk mendapatkan responden. Sebelum itu, pengkaji telah
mendapatkan kebenaran daripada pengetua sekolah dan guru yang sedang mengajar
untuk mengambil sedikit masa pengajarannya untuk mengisi set soal selidik ini. Pengkaji
juga memberikan taklimat ringkas berkaitan tujuan serta cara menjawab soal selidik
sebelum ia diedarkan kepada responden.
107
Set soalan yang telah siap diisi diserahkan kepada pengkaji dan proses
pengedaran serta pengutipan set soal selidik tersebut mengambil masa lebih kurang
sepuluh minit. Setelah siap, kami mengumpulkannya dan menganalisis set soal selidik
yang telah dijawab untuk memastikan responden kajian memenuhi kriteria dan syarat
yang telah ditetapkan.
Kesimpulannya, proses pengumpulan data berjalan dengan lancar. Kami telah
mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada guru-guru dan pelajar di sekolah-sekolah
tersebut. Kami telah berjaya mendapatkan 189 set soalan yang telah dijawab oleh
responden.
3.7 ANALISIS DATA
Data yang diperolehi diproses dengan menggunakan perisian Statistical Package
for Science Social (SPSS) version 15.0. Analisis ini melibatkan penggunaan statistik
deskriptif yang melibatkan jadual taburan, kekerapan dan peratus.
108
Pada peringkat ini, pengkaji mengumpul semua set soal selidik yang telah
diedarkan kepada sampel untuk digabungkan data menggunakan perisian Statistical
Package for Science Social (SPSS) version 15.0 untuk mendapatkan kekerapan
(frekuensi), peratusan dan min. Kaedah korelasi yang digunakan untuk melihat perkaitan
antara beberapa pembolehubah seperti jantina, aliran sekolah, keputusan peperiksaan
Bahasa Arab dan persepsi mereka terhadap isu-isu yang diutarakan.
Kami menetapkan 4 skala pemeringkatan nilai min skor bagi menyemak skala 4
mata iaitu min skor 1.00 – 1.50 mewakili skala likert 'sangat tidak setuju', 1.51-2.50
mewakili 'tidak setuju', 2.51-3.50 mewakili 'setuju' dan 3.51-4.00 mewakili 'sangat
setuju'.
Jadual 3.3 :
Skala likert yang mewakili min skor
Bil Min Skor Skala Likert
1 1.00 – 1.50 Sangat tidak setuju
2 1.51 – 2.50 Tidak setuju
3 2.51 – 3.50 Setuju
109
4 3.51 – 4.00 Sangat setuju
3.8 KESIMPULAN
Berdasarkan penerangan yang dijelaskan dalam bab ini, kami berusaha untuk
mematuhi segala prosedur kajian seperti yang ditetapkan. Ini adalah penting untuk
memastikan kajian yang dilaksanakan ini memiliki nilai ilmiah meskipun terdapat
batasan sebagaimana yang telah dinyatakan.
110
BAB 4
( DAPATAN KAJIAN )
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 PENDAHULUAN
Dalam bab ini, hasil analisis data tentang kajian akan dibentangkan mengikut
aspek-aspek yang berkaitan. Data-data untuk dianalisis dalam kajian ini telah diambil
daripada jawapan responden dalam set soal selidik iaitu sebanyak 189 set. Dapatan yang
111
dihuraikan akan menjawab soalan-soalan kajian seperti mana yang terdapat dalam set
soal selidik.
Dapatan kajian dilaporkan mengikut bahagian-bahagian seperti berikut :
i) Demografi responden
ii) Aspek Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang paling lemah
iii) Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan Bahasa Arab
Komunikasi (BAK)
iv) Signifikan antara aliran sekolah dengan tahap penguasaan Bahasa Arab
Komunikasi (BAK)
4.2 ANALISIS DEMOGRAFI RESPONDEN KAJIAN
Bahagian ini menerangkan tentang maklumat mengenai demografi responden
kajian berdasarkan empat soalan kajian. Responden terdiri daripada pelajar tingkatan tiga
di enam buah sekolah pelbagai aliran. Analisis data adalah berdasarkan kekerapan dan
peratus seperti berikut :
a) Demografi Responden Kajian Mengikut Jantina
112
Jantina Responden
Lelaki, 30, 16%
Perempuan, 159, 84%
Lelaki
Perempuan
Rajah 4.1 : Jantina Responden
Rajah 4.1 menunjukkan jantina responden kajian di mana responden lelaki
seramai 30 orang atau 16% daripada keseluruhan responden yang seramai 189 orang.
Manakala responden perempuan pula seramai 159 orang atau 84%.
b) Demografi Responden Kajian Mengikut Aliran Sekolah
113
Aliran Sekolah
72
40
77
0
1020
30
4050
60
7080
90
Sekolah
Kek
erap
an SMKA
SMK
SMA
Rajah 4.2 : Aliran Sekolah
Rajah 4.2 menunjukkan aliran responden kajian di mana responden Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama adalah seramai 72 orang atau 38.1% daripada
keseluruhan responden yang seramai 189 orang. Manakala responden dari Sekolah
Menengah Kebangsaan pula seramai 40 orang atau 21.2%, diikuti responden dari Sekolah
Menengah Agama seramai 77 orang atau 40.7%.
c) Demografi Responden Kajian Mengikut Asas Bahasa Arab
114
Asas Bahasa Arab Responden
29
47
16
97
0
20
40
60
80
100
120
Bilangan
Asas Bahasa Arab
Kek
erap
an
Pra Sekolah
Sekolah Rendah
Peralihan
Tiada
Rajah 4.3 : Asas Bahasa Arab Responden
Rajah 4.3 menunjukkan asas Bahasa Arab responden kajian di mana responden
yang mempunyai asas Bahasa Arab dari prasekolah adalah seramai 29 orang atau 15.3%
daripada keseluruhan responden yang seramai 189 orang. Manakala asas dari sekolah
rendah pula seramai 47 orang atau 24.9%, diikuti asas Bahasa Arab dari peralihan
seramai 16 orang atau 8.5% dan seterusnya yang tidak mempunyai asas seramai 97
responden atau 51.3% daripada keseluruhan responden.
115
d) Demografi Responden Kajian Mengikut Keputusan BAK dalam Peperiksaan
Pertengahan Tahun
Rajah 4.4 : Keputusan BAK Responden
Rajah 4.4 menunjukkan keputusan Bahasa Arab responden kajian di mana
responden yang mendapat A adalah seramai 77 orang atau 40.7% daripada keseluruhan
responden yang seramai 189 orang. Manakala responden yang mendapat B pula seramai
79 orang atau 41.8%, diikuti responden yang mendapat C seramai 21 orang atau 11.1%
manakala responden yang mendapat E diwakili oleh 12 orang responden atau 6.3%
daripada keseluruhan responden.
116
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Aliran Sekolah dan Jantina
Jadual 4.5:
Taburan responden mengikut aliran sekolah dan jantina.
Aliran sekolah
Jantina
JUMLAHLelaki Perempuan
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
26
(13.8%)
46
(24.3%)
72
(38.1%)
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
13
(6.9%)
27
(14.3%)
40
(21.2%)
Sekolah Menengah Agama (SMA)
20
(10.6%)
57
(30.2%)
77
(40.7%)
JUMLAH
59
(31.2%)
130
(68.8%)
189
(100.0%)
Dapatan jadual 4.5 di atas menunjukkan taburan responden mengikut aliran
sekolah dan jantina. Berdasarkan jadual tersebut, responden lelaki mewakili 31.2 %
daripada jumlah keseluruhan responden ( n:189 ) atau seramai 59 orang. Daripada
jumlah tersebut, didapati bahawa seramai 26 orang atau 13.8% responden dari aliran
sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) manakala responden dari aliran sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) seramai 13 orang (6.9%). Responden dari aliran Sekolah
Menengah Agama (SMA) pula seramai 20 orang atau 10.6 %.
117
Manakala responden perempuan pula adalah seramai 130 orang atau 68.8%
daripada semua responden di mana 46 orang dari aliran sekolah Menengah Kebangsaan
Agama (SMKA) atau 24.3% manakala responden dari aliran sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) seramai 27 orang iaitu 12.3%. Responden dari aliran Sekolah
Menengah Agama (SMA) pula seramai 57 orang atau 30.2 %.
Secara keseluruhan, majoriti responden ini terdiri daripada responden perempuan
iaitu seramai 130 orang (68.8%) berbanding lelaki iaitu hanya 59 orang atau 31.2%.
Taburan ini memang dirancang oleh pengkaji bagi memastikan agihan responden yang
relevan dengan tujuan kajian ini dan dapat mengelakkan daripada berlakunya bias
terhadap dapatan kajian.
118
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Aliran Sekolah dan Keputusan BAK dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun.
Jadual 4.6:
Taburan responden mengikut aliran sekolah dan keputusan BAK dalam
peperiksaan pertengahan tahun.
Aliran sekolah
Keputusan BAK
JUMLAHA B C D
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
47
(24.9%)
21
(11.1%)
3
(1.6%)
1
(.5%)
72
(38.1%)
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
7
(3.7%)
12
(6.3%)
11
(5.8%)
10
(5.3%)
40
(21.2%)
Sekolah Menengah Agama (SMA) 23
(12.2%)
46
(24.3%)
7
(3.7%)
1
(.5%)
77
(40.7%)
JUMLAH77
(40.7%)
79
(41.8%)
21
(11.1%)
12
(6.3%)
189
(100.0%)
Jadual 4.6 di atas menunjukkan taburan responden mengikut aliran sekolah dan
keputusan BAK dalam peperiksaan pertengahan tahun. Daripada jadual tersebut, didapati
bahawa responden dari aliran sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) seramai
47 orang atau 24.9% mendapat A. Manakala 21 orang atau 11.1% mendapat B, 3 orang
atau 1.6% mendapat C dan seorang mendapat D.
119
Responden dari aliran sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) pula menunjukkan
bahawa seramai 7 orang atau 3.7% yang mendapat A. Seramai 12 orang atau 6.3%
mendapat B dan 11 orang atau 5.8% mendapat C. Manakala 10 orang atau 5.3%
mendapat gred D.
Bagi responden dari aliran Sekolah Menengah Agama (SMA) pula menunjukkan
bahawa seramai 23 orang atau 12.2% yang mendapat gred A. Sejumlah 46 orang atau
24.3% mendapat gred B. Responden yang mendapat gred C pula seramai 7 orang atau
3.7% dan hanya seorang sahaja yang mendapat gred D.
Kesimpulannya pengkaji mendapati kepelbagaian gred yang diperolehi responden
mengikut pelbagai aliran sekolah.. Di mana dari jumlah tersebut, Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama mencatatkan jumlah tertinggi yang mendapat gred A iaitu seramai 47
orang atau 24.9% daripada jumlah 77 orang responden keseluruhan yang mendapat A.
Kemudian diikuti oleh Sekolah Menengah Agama seramai 23 atau 12.2% dan Sekolah
Menengah Kebangsaan seramai 7 orang atau 3.7% yang mendapat gred A.
120
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Aliran Sekolah dan Asas Bahasa Arab.
Jadual 4.7 :Taburan responden mengikut aliran sekolah dan asas Bahasa Arab
Aliran sekolah
Asas Bahasa Arab
JUMLAH
Pra sekolah
Sekolah rendah
Peralihan Tiada
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
13
(6.9%)
21
(11.1%)
4
(2.1%)
34
(18.0%)
72
(38.1%)
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
1
(.5%)
5
(2.6%)
0
(.0%)
34
(18.0%)
40
(21.2%)
Sekolah Menengah Agama (SMA)
15
(7.9%)
21
(11.1%)
12
(6.3%)
29
(15.3%)
77
(40.7%)
JUMLAH29
(15.3%)
47
(24.9%)
16
(8.5%)
97
(51.3%)
189
(100.0%)
Jadual 4.7 di atas menunjukkan taburan responden mengikut aliran sekolah dan
asas Bahasa Arab. Daripada jadual tersebut, didapati bahawa seramai 13 orang atau 6.9%
responden dari aliran sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) mendapat asas
Bahasa Arab dari prasekolah. 21 orang dari sekolah rendah, 4 orang dari peralihan dan 4
orang tidak mempunyai asas.
121
Manakala responden dari aliran sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
menunjukkan bahawa seorang yang mendapat asas di peringkat prasekolah, 5 orang atau
2.6% dari sekolah rendah dan seramai 34 orang atau 18% tidak mempunyai asas
langsung.
Responden dari aliran Sekolah Menengah Agama (SMA) pula menunjukkan
bahawa seramai 15 orang atau 7.9% yang mendapat asas dari prasekolah. Manakala 21
orang atau 11.1% dari sekolah rendah. Seramai 12 orang atau 6.3% mendapat asas dari
peralihan dan seramai 29 orang tidak mempunyai asas.
Kesimpulannya, didapati lebih ramai pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama dan Sekolah Menengah Agama yang mendapat asas Bahasa Arab sebelum ke
peringkat sekolah menengah berbanding pelajar dari sekolah Menengah Kebangsaan
yang mana kebanyakannya tidak mempunyai asas langsung.
122
4.3 ASPEK BAHASA ARAB KOMUNIKASI (BAK) YANG PALING LEMAH
Bab ini akan menjawab objektif kajian yang pertama, iaitu untuk mengetahui
aspek yang paling lemah tahap penguasaannya dalam Bahasa Arab Komunikasi (BAK).
Untuk menjawab persoalan ini, responden perlu menjawab item B1 dalam bahagian B di
mana responden diminta memilih aspek yang paling lemah dalam Bahasa Arab
Komunikasi (BAK) mengikut keutamaan dengan menanda nombor satu (1), dua (2) , dan
tiga (3).
Dapatan hasil kajian ini diperolehi daripada item di bahagian D di mana terdapat
tiga aspek dalam Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang dikemukakan iaitu aspek
kefahaman (petikan), aspek penulisan (karangan) dan aspek tatabahasa (nahu/qawaid).
Data yang diperolehi untuk persoalan ini dibentangkan dalam jadual berikut :
Jadual 4.8 :
Aspek Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang Paling Lemah
Aspek BAK Jumlah Peratus (%)
Kefahaman (petikan) 22 11.6 %
Penulisan (karangan) 86 45.5 %
Tatabahasa (nahu) 81 42.9 %
JUMLAH 189 100 %
123
Data yang diperolehi dalam jadual 4.8 menunjukkan kekerapan aspek dalam
Bahasa Arab Komunikasi (BAK) yang paling lemah tahap penguasaannya.
Hasil dapatan kajian menyatakan bahawa seramai 86 orang atau 45.5% memilih
aspek penulisan sebagai aspek paling lemah daripada senarai tersebut. Kemudian diikuti
seramai 81 orang atau 42.9% memilih aspek tatabahasa . Manakala aspek yang paling
dikuasai oleh pelajar tingkatan tiga ialah aspek kefahaman iaitu seramai hanya 22 orang
atau 11.6 % daripada jumlah 189 orang pelajar.
Untuk mendapatkan hasil dapatan yang lebih terperinci, pengkaji membuat
tabulasi silang antara aspek dalam Bahasa Arab Komunikasi (BAK) dengan jantina, dan
aliran sekolah.
124
4.3.1 Tabulasi Silang Antara Aspek dalam Bahasa Arab Komunikasi (BAK)
dengan Jantina
Jadual 4.9 :
Tabulasi silang antara aspek dalam Bahasa Arab Komunikasi (BAK)
dengan jantina
Aspek BAK
Jantina
Jumlah
Lelaki Perempuan
Bilangan
(n)
Peratus
(%)
Bilangan
(n)
Peratus
(%)
Kefahaman (petikan) 10 5.3 % 12 6.3 % 22 (11.6 %)
Penulisan (karangan) 24 13.7 % 62 32.8 % 86 (46.5 %)
Tatabahasa (nahu) 25 13.2 % 56 29.6 % 81 (42.9 %)
JUMLAH 59 32.2 % 130 67.8 % 189(100 %)
125
Jadual 4.9 menunjukkan tabulasi silang antara aspek dalam Bahasa Arab
Komunikasi (BAK) dengan jantina. Hasil dapatan kajian menyatakan bahawa responden
lelaki menyatakan bahawa aspek tatabahasa sebagai aspek yang paling lemah tahap
penguasaannya iaitu seramai 25 orang atau 13.2% daripada jumlah keseluruhan.
Kemudian diikuti aspek penulisan seramai 24 orang iaitu 13.7% dan aspek kefahaman
seramai 10 orang (5.3%).
Manakala bagi responden perempuan pula, mereka memilih aspek penulisan
sebagai aspek yang paling lemah iaitu seramai 62 orang atau 32.8%. Kemudian diikuti
aspek tatabahasa seramai 56 orang atau 29.6% dan aspek kefahaman seramai 12 orang
iaitu 6.3%.
Kesimpulannya, aspek yang paling lemah bagi pelajar lelaki dan perempuan
adalah berbeza. Pelajar lelaki memilih aspek tatabahasa sebagai aspek paling lemah
manakala pelajar perempuan memilih aspek penulisan.
126
4.3.2 Tabulasi Silang Antara Aspek dalam Bahasa Arab Komunikasi (BAK)
dengan Aliran Sekolah
Jadual 4.10 :
Tabulasi silang antara aspek dalam Bahasa Arab Komunikasi (BAK)
dengan aliran sekolah
Aspek BAK
Aliran Sekolah
JumlahSMKA SMK SMA
Bilangan
(n)
Peratus
(%)
Bilangan
(n)
Peratus
(%)
Bilangan
(n)
Peratus
(%)
Kefahaman
(petikan)
3 1.6% 7 3.7% 12 6.3% 22
Penulisan
(karangan)
40 21.2% 19 10.1% 27 14.3% 86
Tatabahasa
(nahu)
29 15.3% 14 7.4% 38 20.1% 81
JUMLAH 72 38.1% 40 21.2% 77 40.7% 189
127
Jadual 4.10 menunjukkan tabulasi silang antara aspek dalam Bahasa Arab
Komunikasi (BAK) dengan aliran sekolah. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
responden dari aliran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama menyatakan aspek
penulisan sebagai aspek yang paling lemah tahap penguasaannya iaitu seramai 40 orang
atau 21.2%. Kemudian diikuti oleh aspek tatabahasa iaitu sebanyak 29 orang atau 15.3%
dan aspek yang boleh dikuasai ialah aspek kefahaman iaitu 3 atau 1.6%.
Manakala bagi responden dari aliran Sekolah Menengah Kebangsaan pula,
mereka memilih aspek penulisan sebagai aspek yang paling lemah iaitu seramai 19 orang
atau 10.1%. Kemudian diikuti aspek tatabahasa seramai 14 orang (7.4%) dan aspek yang
boleh dikuasai iaitu aspek kefahaman iaitu seramai 7 orang (3.7%).
Bagi aliran Sekolah Menengah Agama pula, mereka memilih aspek tatabahasa
sebagai aspek paling lemah iaitu seramai 12 orang atau 6.3%, kemudian diikuti oleh
aspek penulisan seramai 27 orang atau 14.3% dan aspek kefahaman seramai 38 orang
atau 20.1%.
Kesimpulannya, aliran Sekolah Menengah Kebangsaan Agama dan Sekolah
Menengah Kebangsaan mempunyai persamaan dari aspek paling lemah iaitu dimulai
dengan aspek penulisan, kemudian tatabahasa dan terakhir aspek kefahaman. Bagi pelajar
aliran Sekolah Menengah Agama pula, bagi mereka aspek tatabahasa adalah aspek yang
paling lemah, kemudian aspek penulisan dan kefahaman.
128
4.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP PENGUASAAN
BAHASA ARAB KOMUNIKASI (BAK)
Bahagian ini akan menjawab objektif kajian yang kedua iaitu untuk
mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan Bahasa Arab
Komunikasi (BAK) dalam kalangan pelajar tingkatan tiga di pelbagai aliran sekolah.
Untuk menjawab persoalan ini, responden perlu menjawab item di bahagian C di mana
responden diminta menjawab 40 item mengikut skala Likert yang telah ditetapkan. Selain
itu, responden juga diminta memberi pendapat mengenai faktor utama yang
mempengaruhi tahap penguasaan mereka dalam Bahasa Arab Komunikasi (BAK) dan
juga mengenai proses pengajaran dan pembelajaran BAK di sekolah masing-masing di
bahagian D.
Data yang diperolehi untuk persoalan ini dibentangkan mengikut faktor-faktor
utama yang telah ditetapkan iaitu faktor dalaman dan faktor luaran dalam jadual berikut :
129
4.4.1 Faktor Dalaman
Antara faktor dalaman yang mempengaruhi tahap penguasaan pelajar tingkatan
tiga dalam pelbagai aliran sekolah ialah aspek minat (2 soalan), aspek sikap (4 soalan),
aspek mentaliti (2 soalan), aspek perbendaharaan kata (2 soalan), dan juga aspek
kelemahan (5 soalan).
Jadual 4.11 :
Faktor Dalaman yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan BAK
Faktor
Dalaman Item STS TS S SS Min SP
Jumlah
Min SP
Minat
C1 6 17 99 67 3.20 .731
3.15 .765
C2 8 27 91 63 3.11 .799
Sikap
C3 29 87 64 9 2.28 .779
2.46 .765C4 19 70 76 24 2.56 .840
C5 63 96 25 5 1.85 .743
130
C6 4 20 103 62 3.18 .699
Mentaliti
C7 113 59 13 4 1.51 .719.
1.90 .766
C8 36 73 70 10 2.29 .833
Perbendaharaan
Kata
C9 5 42 112 30 2.88 .690
2.77 .690
C10 8 62 103 16 2.67 .691
Kelemahan Diri
C11 9 41 115 24 2.81 .709
1.77 .686
C12 111 63 12 3 1.51 .689
C13 145 37 3 4 1.29 .606
C14 83 80 24 2 1.71 .726
C15 107 65 14 3 1.54 .703
131
Jadual 4.11 menjelaskan mengenai faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi
tahap penguasaan pelajar tingkatan tiga dalam Bahasa Arab Komunikasi (BAK) di mana
terdapat 15 item yang berkaitan dengan perkara ini. Setiap item mempunyai empat mata
iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju dan sangat setuju. Item-item tersebut
dianalisis menggunakan kekerapan, skor min dan sisihan piawai.
Skor min item tertinggi ialah 3.15 ( Sisihan Piawai .765 ) pada item yang
berkenaan dengan minat di man skor min sub-item tertinggi ialah 3.20 ( Sisihan
Piawai .731) pada item C1 yang menyatakan bahawa responden meminati subjek BAK
iaitu seramai 166 orang atau 87.8% bersetuju dan sangat bersetuju bahawa faktor minat
merupakan faktor dalaman yang sangat mempengaruhi penguasaan Bahasa Arab
Komunikasi mereka, manakala hanya 23 orang sahaja atau 12.1% yang menyatakan tidak
setuju dan sangat tidak setuju dengan faktor ini.
Manakala skor min terendah pula ialah 1.77 ( Sisihan Piawai .868 ) pada item
yang berkaitan dengan kelemahan diri di mana skor min sub-item terendah ialah 1.89
(Sisihan Piawai .606) iaitu untuk item C13 yang berkaitan tahap bacaan jawi yang lemah.
Analisis dapatan kajian menunjukkan responden yang tidak setuju dan sangat tidak setuju
adalah seramai 182 orang atau 96.3%. Manakala responden yang bersetuju dan sangat
bersetuju dengan pernyataan ini seramai 7 orang atau 3.7%. Ini menunjukkan bahawa
penguasaan Bahasa Arab Komunikasi yang rendah bukan disebabkan oleh kelemahan
membaca jawi khasnya dan kelemahan diri sendiri amnya.
132
Kesimpulannya, antara faktor dalaman utama yang mempengaruhi tahap
penguasaan pelajar tingkatan tiga pelbagai aliran sekolah dalam Bahasa Arab
Komunikasi (BAK) ialah faktor minat pelajar itu sendiri untuk belajar dan mendalami
ilmu Bahasa Arab di samping beberapa faktor sampingan lain.
4.4.2 Faktor Luaran
Faktor luaran yang mempengaruhi tahap penguasaan Bahasa Arab Komunikasi
pelajar tingkatan tiga dalam pelbagai aliran sekolah dibahagikan kepada tiga aspek utama
iaitu aspek kaedah pengajaran dan pembelajaran (7 soalan), aspek sikap guru (11 soalan)
dan aspek persekitaran (7 soalan).
Jadual 4.12 :
Faktor Luaran yang Mempengaruhi Tahap Penguasaan BAK
Faktor Luaran
Item STS TS S SS Min SP
Jumlah
Min SP
Kaedah
Pengajaran dan
Pembelajaran
C16 52 98 31 8 1.97 .782
2.67 .724
C17 4 8 72 105 3.47 .681
C18 100 80 8 1 1.52 .606
133
C19 26 78 73 12 2.38 .800
C20 4 4 92 89 3.41 .643
C21 5 16 111 57 3.16 .684
C22 9 64 67 49 2.83 .873
Sikap Guru
C23 5 14 70 100 3.40 .742 3.40 .746
C24 4 30 122 33 2.97 .648
C25 2 1 64 122 3.62 .558
C26 5 77 107 189 3.54 .550
C27 2 28 96 63 3.16 .707
C28 3 30 90 66 3.16 .741
C29 61 101 19 7 1.85 .745
134
C30 3 16 92 78 3.30 .690
C31 1 26 104 58 3.16 .665
C32 5 42 103 39 2.93 .730
C33 4 33 112 40 2.99 .688
Persekitaran
C34 32 82 66 9 2.28 .798 2.26 .867
C35 49 95 35 10 2.03 8.12
C36 37 79 59 14 2.26 .859
C37 41 71 62 15 2.27 .891
C38 60 74 39 16 2.06 .929
C39 75 73 30 11 1.88 .882
C40 12 33 72 72 3.08 .899
135
Jadual 4.12 menjelaskan mengenai faktor-faktor luaran yang mempengaruhi tahap
penguasaan pelajar tingkatan tiga dalam Bahasa Arab Komunikasi (BAK) di mana
terdapat 25 item yang berkaitan dengan perkara ini. Setiap item mempunyai empat mata
iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju dan sangat setuju. Item-item tersebut
dianalisis menggunakan kekerapan, skor min dan sisihan piawai.
Skor min item tertinggi ialah 3.40 ( Sisihan Piawai .746 ) pada item yang
berkenaan dengan sikap guru di mana skor min sub-item tertinggi ialah 3.62 ( Sisihan
Piawai .558) iaitu guru menerangkan isi pengajaran menggunakan Bahasa Melayu
membolehkan pelajar menguasai Bahasa Arab Komunikasi iaitu seramai 186 orang atau
98.4% bersetuju dan sangat bersetuju dengan faktor ini, manakala hanya 3 orang sahaja
atau 1.6% yang menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan faktor ini.
Manakala skor min terendah pula ialah 2.67 ( Sisishan Piawai .724 ) pada item
yang berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran di man skor min sub-item terendah
ialah 1.52 ( Sisihan Piawai .606 ) iaitu untuk item C18 yang berkaitan guru hanya
menggunakan kaedah syarahan semata-mata sewaktu mengajar. Analisis dapatan kajian
menunjukkan responden yang tidak setuju dan sangat tidak setuju adalah seramai 180
orang atau 95.2%. Manakala responden yang bersetuju dan sangat bersetuju dengan
pernyataan ini seramai 9 orang atau 4.8%.
136
Kesimpulannya, faktor luaran yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Arab
Komunikasi pelajar ialah sikap guru itu sendiri semasa mengajar manakala kaedah
pengajaran syarahan semata-mata tidak membantu pelajar meningkatkan tahap Bahasa
Arab Komunikasi mereka.
4.4.3 Pendapat Responden Berkaitan Faktor Utama yang Mempengaruhi Tahap
Penguasaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK)
Pendapat responden berkaitan faktor utama yang mempengaruhi tahap
penguasaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) mereka telah dinyatakan secara bertulis
melalui soalan nombor satu bahagian E (D1) iaitu “Pada pendapat anda, apakah faktor
utama tahap penguasaan Bahasa Arab Komunikasi anda lemah?”. Item ini dianalisis
secara kualitatif di mana pengkaji telah membaca keseluruhan jawapan dan hasil dapatan
daripada item tersebut dinyatakan mengikut tema-tema yang telah ditetapkan iaitu faktor
dalaman dan faktor luaran.
Antara faktor-faktor utama yang mempengaruhi tahap penguasaan BAK yang
dikemukakan oleh pelajar tingkatan tiga di pelbagai aliran sekolah ialah seperti berikut :
137
a) Faktor Dalaman
i) kurang dan malas menghafal perbendaharaan kata
ii) kurang membuat latihan
iii) lemah dari aspek tatabahasa (qawaid)
iv) kurang minat
v) tidak mengulangkaji pelajaran
vi) tidak memberi tumpuan semasa guru mengajar
vii) kurang berkomunikasi di dalam Bahsa Arab
viii) malas dan malu bertanya
ix) kurang menggunakan kamus
x) susah mengingati apa yang diajar
xi) anggap mata pelajaran BAK susah
b) Faktor Luaran
i) sikap guru
ii) kurang bahan bacaan Bahasa Arab
iii) faktor ibubapa
iv) masa untuk pengajaran dan pembelajaran terhad
v) pengaruh persekitaran
vi) kelas tambahan jarang diadakan
138
Kesimpulannya, faktor dalaman yang berkait dengan diri pelajar itu sendiri lebih
banyak mempengaruhi tahap penguasaan mereka di dalm Bahasa Arab Komunikasi
(BAK). Sikap dan mentaliti mereka sendiri yang tidak berusaha untuk menguasai mata
pelajaran ini mneyebabkan mereka tidak boleh menguasai BAK dengan baik. Namun,
keadaan ini tidak menafikan terdapat juga faktor luaran terutamanya faktor guru seperti
proses pengajaran dan pembelajaran yang membosankan dan tidak menimbulkan minat
pelajar untuk terus mendalami Bahasa Arab Komunikasi, guru yang pilih kasih dan tegas,
serta sikap guru yang kurang memberikan motivasi dan galakan kepada pelajar.
4.4.4 Pendapat Responden Berkaitan Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Arab Komunikasi (BAK)
Pendapat responden berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab
Komunikasi (BAK) di sekolah mereka telah dinyatakan secara bertulis melalui soalan
nombor dua bahagian E (D2) iaitu “Apakah pendapat atau pandangan anda terhadap
pengajaran dan pembelajaran BAK yang dijalankan di sekolah anda?”. Item ini
dianalisis secara kualitatif di mana pengkaji telah membaca keseluruhan jawapan dan
hasil dapatan daripada item tersebut dinyatakan mengikut tema-tema yang telah
ditetapkan iaitu memuaskan dan tidak memuaskan.
Antara pandangan yang dikemukakan oleh pelajar tingkatan tiga di pelbagai aliran
sekolah ialah seperti berikut :
139
a) Memuaskan
Responden yang menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan di sekolah mereka memuaskan berpendapat bahawa :
i) guru menegur dan memberitahu kesalahan sewaktu membuat latihan
ii) guru membuat penerangan jika terdapat sesuatu yang tidak faham
iii) guru banyak memberikan latihan secara individu dan berkumpulan
iv) guru menggalakkan pelajar menghafal perkataan baru
v) guru selalu menggunakan dwibahasa sewaktu mengajar
vi) proses pengajaran dan pembelajaran baik, sistematik dan berkesan
b) Tidak memuaskan
Responden yang menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan di sekolah mereka tidak memuaskan berpendapat bahawa :
i) pengajaran BAK terlalu
ii) kurang kemudahan bahan bantu mengajar
iii) guru perlu memberikan lebih banyak latihan
iv) guru kurang memberi motivasi dan dorongan kepada pelajar
v) cepat tidak memberi kesan yang menggalakkan kepada semua pelajar
vi) proses pengajaran dan pembelajaran tidak menimbulkan minat pelajar
vii)guru kurang memberi penjelasan tentang cara-cara menjawab soalan
peperiksaan
140
Kesimpulannya, pandangan rsponden terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi (BAK) di sekolah masing-masing berbeza
mengikut pemerhatian dan pengalaman sendiri. Sekiranya penampilan guru yang
mengajar dan kaedah yang digunakan sewaktu proses tersebut berlangsung memenuhi
citarasa mereka, mereka akan berpuas hati dengan mata pelajaran tersebut dan
bersemangat untuk mengikut mata pelajaran tersebut. Begitu juga sebaliknya, sekiranya
penampilan guru yang mengajar dan kaedah yang digunakan sewaktu proses tersebut
berlangsung tidak memenuhi citarasa mereka, mereka tidak akan berpuas hati dengan
mata pelajaran tersebut dan rtidak bersemangat untuk mengikut mata pelajaran tersebut
serta memberi pelbagai alasan. Oleh itu, penampilan guru dan kaedah yang dipilh
memainkan peranan dalam mempengaruhi tahap penguasaan pelajar.
4.5 SIGNIFIKAN ANTARA ALIRAN SEKOLAH DENGAN TAHAP
PENGUASAAN BAHASA ARAB KOMUNIKASI (BAK)
Bahagian ini akan menjawab objektif kajian yang ketiga iaitu untuk melihat
signifikan antara aliran sekolah dengan tahap penguasaan Bahasa Arab Komunikasi
(BAK). Untuk menjawab persoalan ini, data diperolehi dan dianalisis berdasarkan item
A2 dan item A4 iaitu hubungkait antara jenis aliran sekolah dengan keputusan
peperiksaan pertengahan tahun.
141
Jadual 4.13 :
Tabulasi silang antara sekolah dengan keputusan peperiksaan pertengahan tahun
Aliran sekolah
Keputusan BAK
JUMLAHA B C D
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
47
(24.9%)
21
(11.1%)
3
(1.6%)
1
(.5%)
72
(38.1%)
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
7
(3.7%)
12
(6.3%)
11
(5.8%)
10
(5.3%)
40
(21.2%)
Sekolah Menengah Agama (SMA) 23
(12.2%)
46
(24.3%)
7
(3.7%)
1
(.5%)
77
(40.7%)
JUMLAH77
(40.7%)
79
(41.8%)
21
(11.1%)
12
(6.3%)
189
(100.0%)
Daripada jadual di atas, analisis keputusan ……..
4.6 PENUTUP
Bab ini telah membincangkan analisis dapatan kajian yang telah dijalankan.
Analisis dapatan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu
142
143
BAB 5
( KESIMPULAN )
BAB 5
KESIMPULAN
5.1 PENDAHULUAN
Setelah menilai hasil kajian, kami membuat kesimpulan berdasarkan fakta-fakta
dan maklumat yang diperoleh sepanjang kami menjalankan kajian ini. Dalam bab ini juga
kami akan mengemukakan implikasi dan cadangan yang boleh membaik pulih kajian ini
serta warga pendidik bagi memperkasakan mutu pengajaran dan pembelajaran di institusi
pendidikan.
144
5.2 KESIMPULAN
Daripada data yang telah dianalisis, dapatan utama kajian ini menunjukkan
bahawa aspek yang paling lemah tahap penguasannya di dalam Bahasa Arab Komunikasi
(BAK) ialah aspek penulisan, kemudian diikuti aspek tatabahasa dan aspek kefahaman.
Untuk mendapatkan hasil dapatan yang lebih terperinci, pengkaji membuat
tabulasi silang antara aspek dalam Bahasa Arab Komunikasi (BAK) dengan jantina dan
aliran sekolah. Hasil dapatan kajian menyatakan bahawa aspek yang paling lemah bagi
pelajar lelaki dan perempuan adalah berbeza. Pelajar lelaki memilih aspek tatabahasa
sebagai aspek paling lemah manakala pelajar perempuan memilih aspek penulisan.
Manakala dari sudut aliran sekolah pula, aliran Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama dan Sekolah Menengah Kebangsaan mempunyai persamaan dari aspek paling
lemah iaitu dimulai dengan aspek penulisan, kemudian tatabahasa dan terakhir aspek
kefahaman. Bagi pelajar aliran Sekolah Menengah Agama pula, bagi mereka aspek
tatabahasa adalah aspek yang paling lemah, kemudian aspek penulisan dan kefahaman.
Manakala, dapatan kajian yang kedua adalah berkenaan faktor-faktor yang
menyebabkan masalah penguasaan Bahasa Arab Komunikasi (BAK) di kalangan pelajar
tingkatan tiga di pelbagai aliran sekolah. Hasil dapatan kajian menyatakan bahawa antara
faktor dalaman utama yang mempengaruhi tahap penguasaan pelajar tingkatan tiga
145
pelbagai aliran sekolah dalam Bahasa Arab Komunikasi (BAK) ialah faktor minat pelajar
itu sendiri untuk belajar dan mendalami ilmu Bahasa Arab di samping beberapa faktor
sampingan lain seperti aspek sikap, aspek mentaliti, aspek perbendaharaan kata , dan juga
aspek kelemahan. Sementara itu, antara faktor luaran utama pula ialah sikap guru itu
sendiri semasa mengajar manakala pemilihan kaedah yang tidak sesuai seperti kaedah
syarahan semata-mata tidak membantu pelajar meningkatkan tahap Bahasa Arab
Komunikasi mereka.
Namun, faktor dalaman yang berkait dengan diri pelajar itu sendiri lebih banyak
mempengaruhi tahap penguasaan mereka di dalm Bahasa Arab Komunikasi (BAK).
Sikap dan mentaliti mereka sendiri yang tidak berusaha untuk menguasai mata pelajaran
ini mneyebabkan mereka tidak boleh menguasai BAK dengan baik. Namun, keadaan ini
tidak menafikan terdapat juga faktor luaran terutamanya faktor guru seperti proses
pengajaran dan pembelajaran yang membosankan dan tidak menimbulkan minat pelajar
untuk terus mendalami Bahasa Arab Komunikasi, guru yang pilih kasih dan tegas, serta
sikap guru yang kurang memberikan motivasi dan galakan kepada pelajar.
Untuk dapatan ketiga pula, hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang
signifikan antara aliran sekolah dengan tahap penguasaan Bahasa Arab Komunikasi
(BAK).
Kesimpulannya, aspek yang paling lemah tahap penguasannya di dalam Bahasa
Arab Komunikasi (BAK) berbeza antara sekolah namun keseluruhannya paling lemah
dari aspek penulisan, kemudian diikuti aspek tatabahasa dan aspek kefahaman. Selain itu,
146
terdapat hubungan yang signifikan antara aliran sekolah dengan tahap penguasaan Bahasa
Arab Komunikasi (BAK). Namun demikian, faktor-faktor yang mempengaruhi tahap
penguasaan BAK tersebut boleh dikatakan sama antara semua aliran sekolah.
5.3 IMPLIKASI DAN CADANGAN
Berdasarkan kepada kajian yang telah dijalankan, pengkaji terpanggil untuk
mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak sekolah, guru dan pelajar untuk
meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran Bahasa Arab. Mudah-
mudahan, dengan cadangan yang dibuat memberi kesan yang baik untuk kepentingan
bersama. Cadangan-cadangan tersebut adalah :
5.3.1 Cadangan Kepada Pihak Sekolah, Guru dan Pelajar
Pihak sekolah hendaklah menjadikan mata pelajaran Bahasa Arab sebagai salah
satu program kecemerlangan di sekolah contohnya mengadakan bengkel Bahasa Arab.
Selain itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan bulan-bulan tertentu contohnya bulan
147
Bahasa Arab. Ini akan menarik minat pelajar untuk meningkatkan pengetahuan tentang
Bahasa Arab. Seminar-seminar Bahasa Arab juga perlu dianjurkan untuk menambah
pengetahuan dan kefahaman murid. Pihak sekolah juga hendaklah menggalakkan pelajar
dan guru berkomunikasi menggunakan Bahasa Arab selain menggunakan bahasa ibunda
dan Bahasa Inggeris.
Manakala bagi pihak guru pula, mereka hendaklah mempelbagaikan
kaedah,teknik dan pendekatan pengajaran Bahasa Arab untuk menarik minat pelajar.
Kaedah yang sesuai akan membolehkan pelajar minat terhadap pengajaran guru. Guru
juga hendaklah melibatkan semua pelajar dalam aktiviti pembelajaran Bahasa Arab.
Aktiviti yang dibuat pula hendaklah menarik dan kreatif. Ini untuk menggalakkan dan
memberi motivasi dalaman kepada pelajar. Selain itu guru perlu memastikan pengajaran
dan pembelajaran bersifat dua hala iaitu berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar. Di
samping itu juga, guru perlu mengenalpasti aspek-aspek kelemahan pelajar dan cuba
mengatasi dengan segera. Untuk menambah perbendaharaan kata, guru hendaklah
mewajibkan pelajar menghafal beberapa perkataan baru setiap hari. Pelajar juga perlu
digalakkan untuk bertutur dan bertanya soalan kepada guru dalam Bahasa Arab.
Manakala bagi cadangan untuk pelajar pula ialah pelajar hendaklah
memperbanyakkan membaca bahan bacaan berkaitan Bahasa Arab. Ini akan membantu
menambah perbendaharaan kata dalam Bahasa Arab. Selain itu, pelajar perlu
menanamkan semangat dan azam yang kuat dalam diri bahawa Bahasa Arab itu tidak
susah dan boleh dikuasai. Sebagai pelajar juga, mereka perlu sentiasa bertanya guru bila
148
berhadapan dengan persoalan yang tidak difahami. Perkara yang paling penting ialah
pelajar hendaklah memberi tumpuan yang sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam
kelas.
5.3.2 Cadangan untuk Kajian Lanjut
1) Kajian seperti ini boleh dilakukan di fakulti lain di UMT atau di mana-mana IPT
lain di seluruh Malaysia.
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi mahasiswa UMT terhadap
pendekatan kooperatif di UMT yang melibatkan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
sahaja. Oleh itu, Kajian seperti ini boleh dilakukan di fakulti lain di UMT atau di
mana-mana IPT lain di seluruh Malaysia.
2) Kajian lanjut boleh juga menggunakan reka bentuk kajian eksperimental
menggunakan Ujian Pra – Ujian Pos.
Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik (survey) sahaja bagi
mendapatkan persepsi mahasiswa UMT terhadap pendekatan kooperatif. Justeru
kajian lanjut boleh juga menggunakan reka bentuk kajian eksperimental
menggunakan Ujian Pra – Ujian Pos. Satu kumpulan mahasiswa diajar
menggunakan pendekatan kooperatif manakala satukumpulan lagi diajar secara
tradisional. Perbezaan pencapaian bagi kedua-dua kumpulan ini juga
149
dibandingkan di akhir kajian. Jadi, kajian tentang kesan penggunaan pendekatan
kooperatif ke atas pencapaian mahasiswaboleh dilakukan pada masa hadapan.
5.4 PENUTUP
Harapan kami agar kajian ini dapat membuka ruang minda para pembaca tentang
pendekatan kooperatif serta kaedah-kaedah yang pelbagai yang terkandung di dalamnya
seperti learning together, jigsaw, TAPPS, berpasangan, dan sebagainya. Selain daripada
itu, kajian-kajian lanjut yang lebih mendalam dan meluas perlu dilaksanakan bagi
membolehkan warga pendidik merealisasikan visi dan misi pendidikan negara.
150
BIBLIOGRAFI
BIBLIOGRAFI
Abdul Ghani Md.Hassan. (1999). Kesilapan membina ayat asas di kalangan pelajar sekolah menengah. Disertasi yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Abdul Hadi Mohd Salleh. (1998). Pengajaran Bahasa Arab Komunikasi di Institut Teknologi Mara:Masalah dan Penyelesaian. Disertasi yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Ahmad ... Mohamed. (2001). Teori pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di sekolah menengah agama di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia : Johor.
151
Anida Abdul Rahim. (2003). Strategi pembelajaran Bahasa Arab di kalangan pelajar Melayu. Disertasi yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Che Kamarudin Kamel Che Muhammad. (1999). Satu kajian penguasaan nahu Bahasa Arab peringkat menengah di kalangan pelajar sekolah menengah ugama Arab. Disertasi yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Hamzah bin Hassan. (1997). Perbandingan pengajaran Bahasa Arab Tinggi dan Bahasa Arab Komunikasi : Satu kajian di sekolah menengah Arab. Disertasi yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Ismail Muda. (1999). Penguasaan Bahasa Arab di kalangan Pelajar Sekolah Menengah kebangsaan Pengkalan Chepa. Disertasi yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Khaled Ahmad Bani Omar. (2003). An-Nur-kaedah pengajaran Bahasa Arab. Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Khalid Mohd Latif. (2004). Pencapaian pelajar kelas aliran agama dalam aspek pertuturan Bahasa Arab : Satu kajian kes. Disertasi yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Maimun Aqsha Haji Abidin. (2003). Satu perbandingan kesan tiga kaedah pengajaran Bahasa Arab terhadap pencapaian kemahiran bahasa di Pusat Matrikulasi UIAM. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Mohd Azidan Bin Abdul Jabar. (). Penggunaan alat bantu mengajar dalam pengajaran Bahasa Arab. Disertasi yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Mohd Rosdi & Mat Taib Pa. (2006). Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia.Universiti Malaya: Kuala Lumpur.
152
Nailah Binti Haji Azizan. (1991). Permasalahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah-sekolah Menengah Agama Kedah. Disertasi yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Norazman Mohd Nordin. ( ). Penguasaan kemahiran membaca dalam Bahasa Arab. Disertasi yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Rosmiza bt Mohammad. (1998). Kemahiran pengajaran Bahasa Arab : satu kajian di sekolah-sekolah agama negeri Kelantan. Disertasi yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Sahabudin bin Salleh. (2003). Masalah penguasaan Bahasa arab Komunikasi di kalangan pelajar Melayu. Disertasi yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Saifuddin Hussin. (2002). Penguasaan perbendaharaan kata Bahasa Arab di kalangan pelajar-pelajar tingkatan tiga : satu kajian kes di Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Negeri Melaka. Disertasi yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Sharifah Fatimah Binti Wan Jamal. (2002). Pengaruh Guru Terhadap Pembelajaran Bahasa Arab : Satu Kajian Kes. Disertasi yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Tuan Rashid Bin Tuan Mat. (2000). Penguasaan ganti nama Bahasa Arab di kalangan pelajar-pelajar di sekolah menengah kebangsaan agama. Disertasi yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Wan Hassan Bin Wan Mat. (1995). Pembelajaran Bahasa Arab di peringkat sekolah menengah di negeri Kelantan. Disertasi yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
Zainal Abidin Ahmad. (2003). Kemahiran menulis bahasa arab di kalangan pelajar Melayu : Satu kajian kes. Disertasi yang tidak diterbitkan, Universiti Malaya : Kuala Lumpur.
153
154
LAMPIRAN
SURAT KEBENARAN
SET SOAL SELIDIK
RESULT PMR SEKOLAH
GAMBAR KENANGAN
SPSS
155