asgment ap (pengurusan bilik darjah)

21
1.0 PERSONALITI GURU 1.1 Abstrak Personaliti guru memainkan peranan kerana ianya mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar-pelajar. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadi pendidik yang sejati. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Individu yang bergelar guru perlu sentiasa melakukan refleksi dan kritik-kendiri, fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan perlu mempunyai semangat untuk mengajar pelajar. Personaliti guru sering menjadi penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan ibubapa. Pada ketika dahulu, personaliti guru turut menjadi ikutan dan idola pada masyarakat. Status guru dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat ketika itu, namun kini segalanya telah berubah kerana sesetengah guru tidak menjaga personalitinya bila berada dalam lingkungan masyarakat. Sifat-sifat yang sepatutnya wujud pada diri seorang guru semakin berkurangan kerana guru tidak menjiwai apa tugas sebenar untuk menjadi guru dan hanya melihat perguruan dan tugasnya bukan semata- mata sebagai satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion”. 2.0 Pendahuluan 1

Upload: noriyanie

Post on 19-Jan-2016

27 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

assignment ilmu pendidikan

TRANSCRIPT

Page 1: Asgment AP (Pengurusan Bilik Darjah)

1.0 PERSONALITI GURU

1.1 Abstrak

Personaliti guru memainkan peranan kerana ianya mempengaruhi

pengajaran dan pembelajaran. Personaliti guru sering menjadi perhatian pelajar-

pelajar. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa,

kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan

berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadi

pendidik yang sejati. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi

membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada

pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan,

diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung

mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Individu yang bergelar guru perlu sentiasa

melakukan refleksi dan kritik-kendiri, fleksibel dalam pendekatan-pendekatan

pengajaran dan pembelajaran dan perlu mempunyai semangat untuk mengajar

pelajar. Personaliti guru sering menjadi penilaian yang dibuat bersama oleh anggota

masyarakat khasnya pelajar dan ibubapa. Pada ketika dahulu, personaliti guru turut

menjadi ikutan dan idola pada masyarakat. Status guru dipandang tinggi dan mulia

oleh masyarakat ketika itu, namun kini segalanya telah berubah kerana sesetengah

guru tidak menjaga personalitinya bila berada dalam lingkungan masyarakat. Sifat-

sifat yang sepatutnya wujud pada diri seorang guru semakin berkurangan kerana

guru tidak menjiwai apa tugas sebenar untuk menjadi guru dan hanya melihat

perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai satu “pekerjaan” tetapi sebagai

satu “profesion”.

2.0 Pendahuluan

Takrifan personaliti membawa maksud satu konsep yang mengambarkan

keperibadian seseorang manusia. Manakala mengikut Dictionary of Psychology

(1973), personaliti ditakrifkan sebagai hasil paduan sifat fizikal, mental, emosi, nilai

dan perlakuan seseorang manusia dalam perhubungan sosialnya, sebagaimana

yang dilihat oleh manusia lain.

Dalam konteks perguruan,sifat-sifat personaliti yang positif, iaitu yang baik,

sesuai, berkesan dan mulia yang perlu ada pada seseorang guru atau ahli

professional keguruan adalah merujuk kepada personaliti seseorang guru.

Seseorang guru yang sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti

pengajarannya dan sentiasa mementingkan kejayaan dan kebajikan pelajar-

1

Page 2: Asgment AP (Pengurusan Bilik Darjah)

pelajarnya dikatakan mempunyai “profesionaliti” yang tinggi. Oleh itu, seseorang

guru itu dapat dilihat bahawa perguruan dan tugasnya bukan semata-mata sebagai

satu “pekerjaan” tetapi sebagai satu “profesion”.

Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat

bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan

terhadap para guru bukan sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar

yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh

itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat

personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah lakunya.

Personaliti guru yang dianggap positif adalah satu penilaian yang dibuat

bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar dan profesion perguruan

terhadap para guru bukan sahaja pakar yang mengajar tetapi juga sebagai pakar

yang mendidik kanak-kanak dalam sesuatu institusi pendidikan seperti sekolah. Oleh

itu, personaliti guru dapat dilihat daripada tingkah lakunya, satu cara bagi melihat

personalitinya ialah dengan menentukan apa yang dicerminkan oleh tingkah lakunya.

2.1 Latar belakang

Pendidikan perguruan memainkan peranan penting bagi pencapaian

matlamat pendidikan sesebuah negara. Guru merupakan individu yang memainkan

peranan untuk memberi fokus kepada pemerolehan kemahiran dan ketrampilan di

samping keperluan menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar sekolah. Guru

semakin dianggap bertanggungjawab untuk memperbaiki segala kelemahan dan

kekurangan di kalangan pelajar sama ada dari aspek mental mahupun moral.

Aspek peribadi guru yang bersikap tidak sesuai dan tidak mencerminkan

seorang guru yang sejati dengan tingkah laku dan gelagat yang merendahkan

martabat diri contohnya lambat masuk kelas mengajar, masuk sekejap kemudian

tinggalkan pelajar membuat kerja sendiri, dan suka membuang masa mencerminkan

peribadi guru itu perlu diubah. Aspek peribadi yang perlu ada pada seseorang guru

perlu mempunyai sikap positif dan memiliki ketrampilan pengetahuan dan kemahiran

yang tidak dipertikaikan, berfikiran terbuka (tidak sempit, jumud dan beku), pandai

mengurus masa dan keperibadian yang tinggi iaitu menepati masa, masuk ke kelas

dengan cepat, mengajar dengan penuh dedikasi, suka bekerjasama dengan rakan

sejawat dan mempunyai sifat dan ciri-ciri profesionalisme dan profesionaliti yang

tinggi perlu ada pada diri setiap individu yang bergelar pendidik.

2

Page 3: Asgment AP (Pengurusan Bilik Darjah)

Pendekatan individu merupakan komponen kemahiran dan teknik personal

pada seseorang guru semasa proses interaksi berlaku antara guru dan pelajar.

Kebolehan guru bagi mewujudkan persefahaman dan rasa saling percaya

mempercayai dengan pelajar dengan mengambil kira beberapa aspek. Ciri-ciri

personal guru yang digemari oleh pelajar akan membolehkan guru dengan lebih

mudah diterima dan mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar, seterusnya

memudahkan tugas pengurusan dan pengajaran guru di sekolah dan di bilik darjah.

Pada umumnya, pelajar menyanjung tinggi guru-guru yang memiliki ciri-ciri personal

yang berhemah tinggi. Ciri-ciri personal guru yang berhemah tinggi ini juga sangat

penting bagi membolehkan guru yang menjadi model yang berwibawa dan dihargai

oleh pelajar-pelajar. Di antara ciri-ciri personal yang digemari oleh pelajar ialah

mempunyai sifat sabar, tenang, dedikasi, periang, bertimbang rasa, adil, rajin.mesra,

kreatif, inovatif, kesediaan mendengar kritikan dan teguran.

Penampilan juga memainkan peranan dalam membentuk personaliti

seseorang guru. Guru perlu menampilkan ciri-ciri seperti pemilihan pakaian,

kebersihan tubuh badan dan kekemasan diri. Penampilan guru yang boleh

mengganggu tumpuan pelajar adalah seperti imej guru yang tidak kemas, selekeh,

tidak bersih, memakai perhiasan diri yang keterlaluan ataupun haruman yang

melampau mencerminkan keperibadian guru tersebut.

Cara duduk guru turut dalam pemerhatian pelajar di sekolah. Pelajar sentiasa

memerhati kelakuan guru terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

Sekiranya guru berada dalam posisi duduk,pastikan tidak terlalu menyandar ke

kerusi. Duduk dalam keadaan tegak mahupun condong sedikit ke hadapan bagi

menunjukkan yang guru berminat dengan pelajar. Bagi posisi berdiri pula, guru

digalakkan berdiri secara berhadapan dengan pelajar. Posisi ini akan membolehkan

guru melihat keseluruhan tingkah laku tanpa lisan yang ditunjukkan oleh guru itu.

Guru juga perlu mempunyai tahap tenaga yang mencukupi apabila melayan

pelajar. Tahap tenaga yang ditunjukkan akan memberi gambaran pada mood guru

sama ada dalam keadaan cergas, bersemangat, letih, lesu ataupun tidak berminat

dengannya. Biasanya tahap tenaga akan memberi kesan pada hubungan yang

dibina bersama pelajar. Guru yang dalam keadaan bersemangat akan mengajar

dengan bersemangat juga dan secara tidak langsung akan bersungguh-sungguh

menyampaikan ilmu.Pelajar turut bersemangat untuk terus belajar setelah melihat

kesungguhan guru semasa mengajar.

3

Page 4: Asgment AP (Pengurusan Bilik Darjah)

Keberkesanan dalam usaha mengajar dan mendidik pelajar mungkin

mempunyai pengertian yang berbeza di kalangan para guru. Ini adalah bergantung

kepada kefahaman dan penekanan mereka mengenai konsep berkenaan. Ada guru

yang mengutamakan penguasaan pelajar mengenai isi pengajaran dan

pembelajaran manakala ada juga guru yang berpendapat pengajaran yang berkesan

membawa maksud kemajuan dalam pertumbuhan dan perkembangan sosial pelajar

yang dinilai dari sudut, sama ada pelajar tersebut telah mencapai sikap yang positif

mengenai diri sendiri dan orang lain. Kemungkinan bagi kebanyakkan guru

berpendapat bahawa pengajaran yang berkesan adalah satu imbangan yang

sempurna di antara kemajuan pemikiran dan perasaan; dan di antara penekanan

kepada isi mata pelajaran dan pelajar. Personaliti guru merupakan di antara faktor-

faktor guru yang memainkan peranan penting dalam pengajaran yang berkesan atau

tidak di sekolah.

3.0 Rumusan dan cadangan

Setiap individu yang bergelar pendidik, perlu membina hubungan

interpersonal bagi mewujudkan persefahaman dan rasa saling percaya mempercayai

dengan pelajar iaitu mengambil kira beberapa aspek positif seperti prihatin,

mengambil berat, mesra,ikhlas dan mempunyai sikap menerima. Kebolehan-

kebolehan ini juga memerlukan beberapa kemahiran tertentu bagi memastikan

hubungan yang diterima berada di tahap situasi yang diterima baik dalam hubungan

sosial biasa. Kemahiran interpersonal ini memerlukan masa untuk menyesuaikan diri

dengan tugas sebagai seorang guru dan seseorang guru perlu menanamkan sifat ini

di hari pertama bergelar pendidik. Kemahiran ini akan terus berkembang dari masa

ke semasa mengikut pengalaman guru itu berkhidmat.

Personaliti guru mudah dikenali oleh masyarakat umumnya. Pengalaman

saya sendiri yang sering dialami sewaktu ke kedai atau sesuatu tempat baru,

walaupun pada peringkat awalnya, saya tidak memperkenalkan diri sebagai seorang

guru tetapi peniaga terus memanggil saya dengan panggilan “cikgu”.

Ketika disoal kepada peniaga tersebut, terus peniaga itu mengatakan

perwatakan saya mencerminkan personaliti seorang guru. Katanya dari cara

pertuturan, cara pemakaian, cara berjalan dan sebagainya. Walaupun pada

peringkat awalnya, saya tidak mengiakan tetapi peniaga tersebut berkeyakinan

memanggil dengan panggilan “cikgu” kerana katanya pada pengamatannya

personaliti guru memang mudah dikenali dalam pengalamannya berurusniaga

dengan guru.

4

Page 5: Asgment AP (Pengurusan Bilik Darjah)

Personaliti guru ini tidak dididik secara formal sewaktu kita belajar di Maktab

Perguruan atau di Universiti tetapi pada hakikat sebenarnya profession sebagai

pendidik membentuk personaliti guru sebenarnya. Situasi ini bukan saya sahaja yang

pernah mengalaminya, malah rakan-rakan sekerja dan saya yakin sudah pasti Dr.

Rajendran sendiri pernah mengalaminya.

Kesemua sifat personal pengurus yang berkesan bagi seseorang guru ini

amat penting dimiliki oleh guru-guru untuk melayakkan mereka menjadi pendidik

yang berwibawa dan dapat mencorakkan prestasi kerjaya yang cemerlang. Sifat-sifat

ini akan dapat mencorakkan kualiti personal yang berkesan untuk menangani

pelbagai masalah, perubahan dan cabaran dalam dunia pendidikan dan dalam dunia

profesion perguruan yang mengalami perkembangan yang terbuka dan dinamik.

Cadangan saya ialah seseorang yang bergelar pendidik perlu menjaga

personaliti ini untuk menjadikan profesion perguruan terus dihormati oleh masyarakat

umum. Personaliti guru sentiasa mendapat perhatian dari anak didik dan secara

tidak langsung masyarakat membuat penilaian terhadap guru. Kepercayaan

masyarakat terhadap profesion pendidikan banyak dinilai dari sikap dan tingkah laku

seseorang guru, secara tidak langsung rasa hormat dan elemen persefahaman serta

rasa mempercayai adalah mustahak bagi menjayakan hubungan berkesan di antara

guru, pelajar dan ibubapa. Ini penting ini bagi memastikan proses pengajaran dan

pembelajaran berjalan dengan lancar dan baik dan secara tidak langsung membantu

pelajar minat terhadap apa yang disampaikan oleh guru kepada pelajar.

5

Page 6: Asgment AP (Pengurusan Bilik Darjah)

TUGASAN 2

1.0 PERSONALITI DAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Guru berkesan didefinisikan sebagai pendidik yang baik dan dapat

memberikan kesan kepada pelajarnya daripada segi personaliti dan seterusnya

mampu membawa perubahan tingkah laku kepada pelajarnya. Antara faktor yang

paling penting yang perlu ada dalam diri seseorang guru berkesan adalah kekuatan

personaliti dan keberkesanan komunikasi. Personaliti guru sering menjadi perhatian

pelajar. Personaliti berkesan seperti peramah, mempunyai kawalan emosi yang

mantap, penampilan, ketekunan dan dedikasi dalam tugas adalah penting untuk

diamalkan oleh seseorang guru berkesan.

Selain itu, komunikasi yang merangkumi kedua-dua jenis lisan dan bukan

lisan perlulah dikuasai sepenuhnya oleh guru memandangkan kerjaya seorang guru

yang tidak boleh lari daripada berinteraksi dengan pelbagai pihak. Komunikasi lisan

termasuklah kemahiran menggunakan bahasa dan kemahiran dalam menyuntik

unsur-unsur kecindan agar proses pengajaran dan pembelajaran tidak menjadi suatu

rutin yang membosankan. Interaksi isyarat mata, penggunaan tangan dan anggota

tubuh yang lain turut merupakan elemen yang tidak kurang penting dalam

membentuk corak interaksi yang mantap. Hal ini disebabkan oleh penerangan yang

disertai dengan gerak tubuh yang bermakna adalah jauh memberi kesan daripada

penerangan secara verbal semata-mata. Justeru, guru berkesan haruslah

mempunyai kesemua ciri-ciri personaliti dan komunikasi yang baik untuk menjadi

seorang pendidik yang mampu meninggalkan bekas dalam hati dan jiwa pelajar

untuk suatu jangka masa yang panjang.

1.1 PENDAHULUAN

Peranan guru di dalam pembangunan negara adalah amat penting dan tidak dapat

dinilai dengan wang ringgit. Hal ini disebabkan pemimpin negara yang ada pada

masa kini dilahirkan oleh guru pada masa lepas dan pemimpin akan datang akan

dilahirkan oleh generasi guru masa kini. Kajian literatur ini membincangkan tentang

ciri-ciri disposisi seorang guru berkesan dengan membuat tinjauan daripada aspek

personaliti dan jenis komunikasi. Guru berkesan mempunyai jenis personaliti yang

berkuasa dan mampu menarik perhatian khalayak. Contoh-contoh personality

berkesan adalah seperti bersifat peramah, mempunyai emosi yang terkawal,

mempunyai daya ketekunan yang tinggi, berdedikasi, mempunyai sifat sukakan

kanak-kanak dan gigih bekerja (Ball 2000; Mansor & Nordinar 2003 dan Sufian

6

Page 7: Asgment AP (Pengurusan Bilik Darjah)

Hussin 2004). Guru juga mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi

membolehkan guru mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada

pada guru itu, akan mewujudkan pengajaran guru yang lebih menyeronokkan,

diminati dan meninggalkan kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung

mempengaruhi pelajar untuk terus belajar. Selain itu, seorang guru berkesan juga

perlu menonjolkan penampilan yang menarik supaya dapat menjadi model ikutan

dalam kalangan pelajar (Wan Marzuki 2008). Aspek yang penting selain personality

adalah komunikasi. Guru adalah seorang individu yang tidak boleh lari daripada

berkomunikasi kerana komunikasi penting dalam menyampaikan maksud (Hashim

2000). Dua jenis komunikasi yang perlu dikuasai oleh seseorang guru adalah

komunikasi lisan seperti penggunaan bahasa yang berkesan dan penerapan unsur

kecindan serta komunikasi bukan lisan seperti penggunaan bahasa badan, postur

dan komunikasi mata. Dengan mempraktikan kesemua ciri-ciri ini, barulah seseorang

itu mampu menjadi seorang pendidik yang bakal meninggalkan bekas dalam hati dan

jiwa pelajar.

2.0 DEFINISI DAN CIRI-CIRI GURU BERKESAN

Guru berkesan didefinisikan sebagai pendidik yang baik dan dapat

memberikan kesan kepada pelajarnya dari segi personaliti dan seterusnya mampu

membawa perubahan tingkah laku kepada pelajarnya (Abdull Sukor Shaari 2008).

Guru berkesan adalah guru yang memenuhi spesifikasi yang tertentu. Antara ciri-ciri

guru berkesan bersikap profesional, mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori, kaya ilmu,

bertindak di atas landasan etika dan tata susila kerja, bermoral teguh, sentiasa

berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran dan prihatin dengan kehendak murid

dan ibu bapa (Abdul Shukor 1999).Guru berkesan juga seharusnya berkebolehan

menilai kekuatan dan kelemahan murid, menampilkan watak terpuji, berimej,

berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul dan melengkapkan diri

dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Selain itu, guru perlu

mempastikan proses pengajaran dan pembelajaran wujud di dalam kelas. Guru

berkesan perlu berupaya melahirkan “persekolahan berwatak” supaya pelajar

mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh. Guru juga perlu

berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik, berupaya membentuk

perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri seperti bermoral, berakhlak

mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu. Guru

berkesan adalah guru yang taat dan setia terhadap perkhidmatannya,

mempertahankan martabat profesionalnya, bebas pendirian dan menumpukan

7

Page 8: Asgment AP (Pengurusan Bilik Darjah)

perhatian sepenuhnya kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah (Abdul

Shukor 1999).

Kesimpulannya, guru berkesan adalah guru yang mempunyai disposisi yang

cemerlang dalam segala hal. Mereka sepatutnya menjadi idola dan individu yang

layak menjadi model ikutan setiap pelajarnya. Guru berkesan adalah individu yang

sewajarnya menjadi contoh tauladan bukan sahaja dalam kalangan pelajar malah

dalam kalangan masyarakat.

2.1 CIRI-CIRI PERSONALITI SEORANG GURU BERKESAN

Guru berkesan ialah pendidik yang baik dan dapat memberikan kesan dari

segi personaliti dan membawa perubahan tingkah laku kepada pelajarnya (Abdul

2008). Antara ciri-ciri guru berkesan dari segi peribadi yang paling banyak dikaitkan

dengan pencapaian pelajar ialah kemesraan dan sikap memahami. Guru merupakan

contoh dan model kepada pelajar. Oleh itu, segala ciri dan tingkah laku peribadi guru

banyak mempengaruhi para pelajar. Justeru, guru perlu menjaga keperibadian yang

baik sebagai pendidik untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang secara holistik.

Memandangkan hanya contoh-contoh sikap dan nilai positif sahaja yang diperlukan

dalam usaha untuk mempengaruhi tingkah laku pelajar, adalah sangat penting untuk

seseorang guru mempamerkan personaliti terpuji pada setiap masa (Fenstermacher

& Richardson 2005). Contohnya apabila selesai mendapat pertolongan daripada

pelajar, ucapkanlah terima kasih. Dimensi personaliti termasuklah kualiti peribadi

yang ada pada seseorang guru yang merangkumi sensitiviti, kesungguhan dan

perasaan tanggungjawab (Karom 2010). Selain itu, kualiti-kualiti lain ialah seperti

bertenaga, keyakinan diri, kebolehan bekerja dengan orang ramai dan kebolehan

mencipta humor. Kualiti peribadi ini boleh dikategorikan dalam dua aspek iaitu

interaksi manusia dan kepimpinan. Interaksi manusia dicirikan oleh perhubungan

erat, kemesraan, sokongan hormat dan sensitiviti. Kepimpinan pula dicirikan oleh

sifat seperti dinamisme, berhati-hati, inisiatif, kesungguhan dan jaminan diri.

Terdapat beberapa personaliti yang perlu ada pada seseorang guru berkesan.

Antaranya ialah guru bersifat peramah akan dapat mewujudkan hubungan yang baik

di antara guru dengan pelajarnya (Marzita 2003). Guru yang berkesan juga mestilah

mempunyai emosi yang terkawal. Contohnya guru dapat mengawal kemarahan

dengan tidak megeluarkan kata-kata kesat apabila pelajarnya melakukan kesalahan.

Selain itu, guru juga perlu mempunyai sifat sukakan anak-anak dan ingin

memahami tingkah laku mereka secara lebih mendalam (Mohd. Salleh 2002; Ali

Murad 2003). Sifat sebegini dapat menjalin hubungan mesra antara guru dengan

8

Page 9: Asgment AP (Pengurusan Bilik Darjah)

pelajar. Sifat ketekunan, iaitu guru yang tekun dan rajin serta tidak jemu-jemu

melaksanakan tugasannya walaupun menghadapi berbagai-bagai rintangan juga

merupakan sifat yang penting bagi seseorang guru. Model awal tentang amalan

pengajaran guru yang berkesan dipengaruhi antara lain oleh faktor sikap dan

ketekunan (Caroll 1963). Guru berkesan mestilah juga mempunyai komitmen yang

tinggi dan sifat dedikasi terhadap tugas. Contohnya dengan mengadakan kelas-kelas

tambahan, soalan-soalan latih tubi, program-program motivasi dan sebagainya. Ciri

lain personaliti yang perlu ada dalam guru berkesan ialah kegigihan dalam

menjalankan tugasnya. Ini bermaksud menggunakan sepenuh masa yang

diperuntukan bagi sesuatu mata pelajaran itu untuk mengajar. Guru perlu membuat

persediaan yang rapi seperti merujuk kepada buku-buku teks, menggunakan alat

bantu mengajar atau merujuk kepada sumber-sumber lain yang berkaitan untuk

memantapkan lagi pengajarannya (Ball 2002). Penampilan juga memainkan peranan

dalam membentuk personaliti seorang guru. Guru perlu menampilkan ciri-ciri seperti

pemilihan pakaian, kebersihan tubuh badan dan kekemasan diri (Melville & Cardinal

2000). Penampilan guru yang boleh mengganggu tumpuan pelajar adalah seperti

imej guru yang tidak kemas, selekeh, tidak bersih, memakai perhiasan diri yang

keterlaluan ataupun haruman yang melampau mencerminkan keperibadian guru

tersebut (Mok 2006). Guru yang tidak mementingkan penampilan menarik seperti

memakai baju yang berkedut akan memberi gambaran kepada pelajar bahawa guru

tersebut bersifat pemalas dan sekaligus tidak mencerminkan sifat-sifat seorang guru

berkesan. Penampilan yang sedemikian akan memberi gambaran seolah-olah

pengajaran dan nota guru tersebut juga tidak berkualiti (Mok 2004).

Berpakaian yang menarik akan menunjukkan sikap yang terpuji. Selain itu,

guru yang mempunyai penampilan menarik juga dikatakan mampu untuk menarik

minat murid. Pemakaian kemas juga dapat memberi ketenangan kepada murid

kerana apabila melihat sesuatu yang kemas, manusia akan menjadi lebih selesa dan

tidak berserabut. Imej yang kemas juga akan menjadi ikutan pelajar dan seterusnya

membentuk budaya sihat dalam kehidupan di sekolah. Seseorang guru berkesan

juga ada kalanya perlu berlakon sebagai tegas di hadapan para pelajar bertujuan

untuk mendisiplinkan mereka. Guru kadangkala perlu menunjukkan ekspresi wajah

yang garang dan bengis di hadapan para pelajar yang nakal semata-mata untuk

menakutkan mereka supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama. Pada ketika

yang lain, guru juga perlu menunjukkan ekspresi wajah penyayang untuk menasihati,

menggalakkan pembelajaran dan sebagainya (Wan Marzuki 2008). Dari segi fizikal

pula, guru berkesan perlu menampilkan perawakan yang baik. Contohnya dalam

9

Page 10: Asgment AP (Pengurusan Bilik Darjah)

aspek kekemasan rambut. Guru lelaki tidak seharusnya berambut panjang dan guru

perempuan pula perlulah bertudung atau mendandan rambut dengan kemas. Dalam

aspek bertudung pula, guru yang berkesan perlulah memakai tudung yang sesuai

dan memakainya dengan kemas (Mohd. Salleh 2002). Personaliti guru sering

menjadi penilaian yang dibuat bersama oleh anggota masyarakat khasnya pelajar

dan ibu bapa. Pada ketika dahulu, personaliti guru turut menjadi ikutan dan idola

pada masyarakat. Status guru dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat ketika itu,

namun kini segalanya telah berubah kerana sesetengah guru tidak menjaga

personalitinya bila berada dalam lingkungan masyarakat. Sifat-sifat yang sepatutnya

wujud pada diri seseorang guru semakin berkurangan kerana guru sudah tidak

menjiwai tugas sebenar mereka dan memandang profesion perguruan sebagai suatu

pekerjaan semata-mata (Azhani 2008).

Kesimpulannya, personaliti yang cemerlang adalah penting agar dapat

menjadi model ikutan kepada pelajar dalam usaha melahirkan generasi yang

cemerlang dari segi sahsiah dan perwatakan diri. Personaliti yang baik mampu

menarik minat orang lain untuk mendekati seseorang itu selain memberi kuasa

pandangan pertama yang baik bagi seseorang guru dan seterusnya menjadikannya

seorang guru yang berkesan.

3.0 SEBAB-SEBAB MASALAH PEMBELAJARAN

Masalah pembelajaran boleh terjadi disebabkan kecederaan otak, keturunan,

ketidakseimbangan biokimia dan persekitaran.

3.1 Kecederaan Otak

Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi di mana ibu yang

mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau

merokok. Kecederaan otak juga boleh berlaku semasa kelahiran seperti bayi

kekurangan oksigen. Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan

demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan

jangkitan seperti meningitis.

3.2 Keturunan

Terdapat banyak kajian menunjukkan, keturunan merupakan salah satu

sebab kepada masalah pembelajaran. Penyelidik mendapati bahawa kira-kira 30-

50% kanak-kanak menghadapi masalah pembelajaran apabila mempunyai ibu atau

10

Page 11: Asgment AP (Pengurusan Bilik Darjah)

bapa atau kedua-duanya menghadapi masalah pembelajaran. Ini menunjukkan

masalah pembelajaran boleh diwarisi daripada keturunannya.

3.3 Ketidakseimbangan Biokimia

Ketidakseimbangan biokimia juga boleh menyumbang kepada masalah

pembelajaran. Ketidakseimbangan bahan kimia dikatakan boleh menjadi punca

kepada masalah hiperaktiviti yang boleh mengakibatkan kesukaran memberi

tumpuan ke atas kerja sekolah.

3.4 Faktor Persekitaran

Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor

persekitaran juga boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran.

Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang

tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan

bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak tidak mesra atau tidak mencukupi

boleh menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanak.

Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak

menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah

pembelajaran yang dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan

untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran.

4.0 CIRI-CIRI PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN

Ciri-ciri pelajar bermasalah pembelajaran boleh dibahagikan kepada ciri kognitif,

akademik, sosial dan emosi dan tingkah laku.

4.1 Ciri Kognitif

Pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan

termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar

bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan

sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan

tersebut dalam situasi pembelajaran.

4.2 Ciri Akademik

Ciri akademik berlaku di kalangan pelajar masalah pembelajaran dalam

masalah membaca, lisan, tulisan dan matematik. Ramai pelajar masalah

11

Page 12: Asgment AP (Pengurusan Bilik Darjah)

pembelajaran menghadapi masalah membaca. Paling nyata ialah kesukaran

memahami apa yang dibaca dan kesukaran mengenal pasti perkataan. Istilah yang

sering dikaitkan dengan masalah membaca ialah disleksia.

Selain membaca, pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran

dalam lisan seperti fonologi, morfologi, susunan kata dalam ayat (syntax) dan

pragmatik. Pelajar yang lemah dalam lisan gagal memahami perkataan yang di

sampaikan sekaligus sukar melibatkan diri dalam perbualan atau interaksi dengan

kawan dan sebagainya.

Masalah kemahiran menulis di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran

ialah kesukaran memegang pen atau penselketika menulis dengan tangan, menulis

huruf yang berlainan saiz, kelemahan dalam mengeja, tidak menggunakan

tatabahasa yang betul, organisasi perenggan yang tidak teratur dan kurang

menggunakan struktur ayat yang kompleks.

Secara umum, pelajar kemahiran menulis pelajar bermasalah pembelajaran

adalah lebih rendah berbanding dengan rakan sebaya mereka yang normal atau

biasa. Bagaimana pun, kemahira menulis pelajar bermasalah pembelajaran boleh

dipertingkatkan jika intervensi awal dilaksanakan dan kaedah mengajar yang teratur

dan sistematik diperkenalkan.

Bidang terakhir di mana pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi

kesukaran untuk belajar ialah matematik. Masalah ini juga boleh di istilahkan sebagai

diskalkulia yang merujuk kepada ketidakupayaan dalam kemahiran matematik.

Secara umumnya diskalkulia bermakna ketidakupayaan untuk mengira. Antara

masalah matematik yang berlaku di kalangan pelajar bermasalah pembelajaran ialah

tidak menguasai sepenuhnya dalam pengiraan asas seperti tambah, tolak, darab dan

bahagi. Selain itu, pelajar bermasalah pembelajaran sukar membuat anggaran dan

pengukuran seperti saiz, nilai, wang, jarak atau cecair.

4.3 Ciri Sosial dan Emosi

Memahami ciri sosial dan emosi pelajar bermasalah pembelajaran adalah

sama penting dengan memahami ciri kognitif dan akademik mereka. Bagaimana

pelajar bermasalah pembelajaran melihat diri mereka dan orang lain serta

bagaimana mereka mahir dalam interaksi sosial secara signifikannya dapat

mempengaruhi mereka berjaya dalam pembelajaran. Tambahan pula,kejayaan

12

Page 13: Asgment AP (Pengurusan Bilik Darjah)

mereka dalam hidup bergantung kepada kemampuan mereka berinteraksi dengan

orang lain secara berkesan.

4.3.1 Kemahiran Sosial yang Lemah

Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk

mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi dengan

guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak biasa

disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana untuk

menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah

pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya

yang negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk

ditiru.

Akibatnya, harga-diri (self-esteem) mereka pun rendah yang mungkin

disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka berinteraksi dengan orang lain.

Kadang kala hal ini menyebabkan mereka bertingkah laku negatif dan menyakiti

orang lain.

4.3.2 Motivasi

Motivasi merupakan keinginan untuk melibatkan diri dalam aktiviti.

Kebanyakan pelajar bermasalah pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar.

Apabila pelajar bermasalah pembelajaran berjaya dalam peperiksaan, mereka

menganggap sebagai bernasib baik atau ujian senang, tetapi apabila gagal dalam

ujian, mereka menganggap diri mereka bisu (dumb). Keadaan ini menunjukkan

betapa lemahnya motivasi mereka.

4.4 Ciri Tingkah Laku

Sebahagian pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar

memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan

dan sebagainya. Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini di sebut masalah

kurang tumpuan hiperaktiviti (ADHD). Masalah tingkah laku ini akan mengganggu

kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah

laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif

terhadap penilaian kendiri pelajar.

13

Page 14: Asgment AP (Pengurusan Bilik Darjah)

5.0 CADANGAN LATIHAN PENDIDIKAN BAGI PELAJAR BERMASALAH

PEMBELAJARAN

Pelajar bermasalah pembelajaran di dapati sukar menyusun maklumat, tidak

cekap menggunakan pengetahuan sedia ada dan tidak dapat menggunakan strategi

pembelajaran dengan berkesan. Terdapat 2 pendekatan dalam pengajaran pelajar

bermasalah iaitu pengajaran secara langsung dan strategi pengajaran.

5.1 Pengajaran secara Langsung

Guru hendaklah mengajar secara langsung menurut urutan yang tersusun.

Guru perlu menggunakan banyak contoh dan ilustrasi untuk menerangkan sesuatu

konsep. Pengajaran hendaklah dibahagikan kepada langkah-langkah kecil dan

disampaikan langkah demi langkah. Guru juga perlu sentiasa memberi maklum balas

sama ada pelajar berjaya menguasai sesuatu butir maklumat. Aktiviti-aktiviti

pembelajaran yang disusun hendaklah menarik dan melibatkan pelajar untuk

mengambil bahagian secara aktif.

5.2 Strategi Pengajaran

Pelajar bermasalah pembelajaran tidak menggunakan strategi pembelajaran

yang berkesan. Strategi pembelajaran didefinisikan sebagai pendekatan yang

digunakan oleh seseorang dalam menghadapi sesuatu tugas pembelajaran. Ia

melibatkan individu itu mengetahui apa yang harus dilakukan, bagaimana hendak

dilakukan dan dapat mengesan sejauh mana dia berjaya melakukan. Antara strategi

pembelajaran yang perlu diajar ialah membuat nota, menggunakan pengetahuan

sedia ada untuk membantu kefahaman, strategi mendengar, penyelesaian masalah

dan sebagainya.

14

Page 15: Asgment AP (Pengurusan Bilik Darjah)

6.0 Kesimpulan

Proses komunikasi merupakan satu proses pertukaran maklumat antara dua

atau lebihmanusia. Halangan yang menjejaskan proses komunikasi ini dapat

dikurangkan sekiranya penyampai dan penerima maklumat memahami peranan dan

tugas masing-masing dalam mendapatkan proses komunikasi yang efektif. Dengan

memastikan prinsip-prinsip komunikasi iaitu jelas, ringkas, tepat, lengkap dan sopan

dipatuhi, akan membolehkan komunikasi mencapai matlamat yang diinginkan.

Justeru segala halangan dan kelemahan dalam mencapai komunikasi efektif perlu

diberi perhatian dan diperbaiki bagi meningkatkan kepentingan komunikasi dalam

kehidupan seharian.

15