asgment ap

20
1.0 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2008 digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti berikut : Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. 1.1 MATLAMAT Pendidikan Prasekolah bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. 1.2 OBJEKTIF Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun untuk 1

Upload: noriyanie

Post on 27-Sep-2015

40 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

assignment ap

TRANSCRIPT

1.0FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANKurikulum Prasekolah Kebangsaan 2008 digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti berikut : Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.1.1MATLAMATPendidikan Prasekolah bertujuan untuk memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.1.2OBJEKTIFKurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut : 1.2.1 Membina kecergasan badan1.2.2 Mempunyai tubuh badan yang sihat1.2.3 Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik1.2.4 Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri1.2.5 Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar1.2.6 Mempunyai kematangan emosi1.2.7 Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri1.2.8 Berani menyuarakan pandangan dan perasaan1.2.9 Berkebolehan berinteraksi degan orang lain1.2.10 Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan1.2.11 Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa serta rakan sebaya1.2.12 Mengamalkan nilai-nilai murni1.2.13 Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam1.2.14 Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa pengantar dalam konteks kehidupan harian1.2.15 Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas1.2.16 Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah1.2.17 Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan seharian1.2.18 Mengembangkan daya kreatif dan estetika1.2.19 Menghargai keindahan alam dan warisan budaya2.1Penerangan Modul Kebangsaan Konseptual Kurikulum PrasekolahKurikulum Prasekolah Kebangsaan ini digubal berasaskanempat prinsip utama iaitu :

2.1.1Perkembangan diri secara menyeluruh dan bersepadu memberi fokus kepada penyuburan potensi individu yang menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Potensi muridhendaklah dikembangkan secara bersepadu kerana setiap aspek perkembangan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Individu yang seimbang dan harmonis memiliki :i. Kepercayaan kepada Tuhanii. Ilmu pengetahuaniii. Kemahiran asasiv. Akhlak muliav. Emosi yang stabilvi. Kesihatan dan kecergasan

2.1.2Pembelajaran yang menggembirakan memberi penekanan kepada minat dan bersemangat untuk belajar. Semangat ini akan dapat dipupuk melalui suasana dan persekitaran pembelajaran yang menarik, selesa, mencabar dan menggembirakan. Suasana yang kondusif untuk belajar dengan sendirinya memupuk semangat cintakan ilmu pengetahuan yang akan menjadikan seseorang itu berfikiran luas dan terbuka.2.1.3Pengalaman pembelajaran yang bermakna memberi penekanan kepada penglibatan murid secara aktif dalam aktiviti sebenar supaya mereka dapat mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman kehidupan seharian. Usaha ini akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan bermakna.2.1.4Pendidikan sepanjang hayat adalah suatu usaha yang berterusan untuk pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran. Pengalaman pendidikan prasekolah yang menggembirakan dan bermakna akan dapat mengekalkan minat untuk terus belajar dalam diri seseorang sejak kecil hingga ke akhir hayat.

Perkembangan murid akan dicapai melalui enam komponen pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu. Komponen tersebut adalah seperti berikut :i. Bahasa dan Komunikasiii. Sains dan Teknologiiii. Kerohanian, sikap dan nilaiiv. Ketrampilan Diriv. Perkembangan Fizikal dan Estetikavi. Kemanusiaan3.0PengenalanMenjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, keharmonian dan kebudayaan. Selaras dengan itu salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu kementerian pelajaranmempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan warganegara yangbersifat progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan warganegara yangberpengetahuan dan berkemahiran.Dalam usaha kerajaan memartabatkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti danbertaraf duniapelbagai dasar dan perundangan pendidikan telah dirangka dan diwartakan bagi menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberasasi, pengantarabangsaan danperkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Bagi membolehkanbidang pendidikan dapat berdiri selaras dengan bidang lain penggubalan disiplin, peraturan,dan perundangan dalam pendidikan telah dilaksanakan, bagi memudahkan pencapaian matlamat pendidikan negara. Tujuan utama sistem perundangan pendidikan adalah untukmenentukan tahap pendidikan berkualiti bertaraf dunia dan seterusnya dapat memenuhi keperluan dan cabaran pendidikan pada alaf baru. Kementerian Pendidikan telah mengambil inisiatif membuat beberapa perubahan berterusan dalam pendidikan termasuk mewartakanperundangan pendidikan yang telah dikeluarkan pada tahun 1996 dan 1997.Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru pula adalah antara beberapa jenispekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara.Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmupengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan gurumenjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabatperguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dandihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B.Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah melihat profesion perguruan sebagai berdiri sama tinggi dan duduksama rendah dengan profesion yang lain kerana khidmat golongan pendidik adalah melewati ruang tempat, masa dan ketika (Menteri Pendidikan, 2000). Bidang pendidikan pada masa kini telahpun berhadapan dengan masa depan mencabar yang memerlukan perancangan rapi,sistematik dan holistik. Maka, kalangan warga pendidik, perundangan pendidikan negara serta semua pihak yang berkepentingan perlu berganding bahu untuk meningkatkan lagiprofesionalisme guru demi memantapkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Sistem danperundangan pendidikan yang berwibawa akan menghasilkan modal insan berminda kelaspertama walaupun ia mengambil masa yang panjang. Peningkatan profesionalisme guru dapat membantu meningkatkan lagi sistem pendidikan di negara kita. Melalui peningkatanprofesionalisme guru ia dapat melahirkan guru yang versatil iaitu guru yang sanggup dan dapat melakukan apa sahaja yang diminta dalam skop yang telah ditetapkan tanpa sebarang rungutan di belakang. Peredaran masa membawa perubahan dan cabaran terhadap profesion keguruan termasuk pengubahsuaian fungsi dan peranan guru. Peranan guru sebagai sumberutama pengetahuan kepada pelajar telah bertukar kepada guru sebagai pemudahcara dalampengajaran dan pembelajaran, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada pelajar. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian pengajaran danpembelajaran menjadi efektif, menarik dan menyeronokkan. Kerajaan dan guru itu sendirimemainkan peranan penting dalam meningkatkan profesion perguruan. Oleh itu, perundangan pendidikan yang mantap dan berkesan dapat memberi impakyang sangat besar dalam profesion perguruan yang menjurus kepada kecemerlangan dan keseimbangan taraf pendidikan di Malaysia. Dalam memartabatkan profesion peguruan juga,perundangan pendidikan seharusnya digubal dengan penuh teliti dan mengambil kiraperedaran zaman dan masa supaya perundangan tersebut tidak terus ketinggalan dengan aruspermodenan yang kian pesat. Pada zaman sebar canggih masa kini, peranan guru amatlahpenting untuk membentuk sahsiah dan keperibadian yang sempurna kepada anak bangsayang bakal meneraju masa depan negara, dan perundangan pendidikan yang berkesan dalam memartabatkan profesion perguruan amatlah perlu bagi menjamin kelancaran untuk masa depan negara.

4.0Latar Belakang KurikulumKurikulum memegang peranan penting dalam pendidikan, sebab berkaitan dengan penentuan arah, isi dan proses pendidikan yang pada akhirnya menentukan macam dan kualifikasi lulusan suatu lembaga pendidikan. Seiring dengan perkembangan jaman dan tuntutan dari masyarakat, maka dunia pendidikan harus melakukan inovasi dalam pendidikan. Inovasi pendidikan akan berjalan dan mencapai sasarannya jika progam pendidikan tersebut dirancang dan di implementasikan sesuai dengan situasi.Sebagai implikasi dari pentingnya inovasi pendidikan menuntut kesadaran tentang peranan guru. Seabagai tenaga professional, guru merupakan pintu gerbang inovasi sekaligus gerbang menuju pembangunan yang terintegrasi. Hal ini dikarenakan pembangunan dapat terlaksana jika dimulai dari membangun manusianya terlebih dahulu. Tanpa manusia yang cakap, terampil, berpengetahuan, cerdas, kreatif dan bertanggung jawab maka pembangunan yang terintegrasi tidak akan dapat terlaksana dengan baik. Oleh karena itu, setiap guru dan tenaga kependidikan lain harus memahami kurikulum dengan sebaik- baiknya.Kurikulum dan pembelajaran merupakan dua hal yang tidak dapat dipisahkan. Sebagai suatu rencana atau program, kurikulum tidak akan bermakna manakala tidak diimplementasikan dalam bentuk pembelajaran. Demikian juga sebaliknya, tanpa kurikulum yang jelas sebagai acuan, maka pembelajaran tidak akan berlangsung secara efektif. Persoalan tentang bagaimana mengembangkan suatu kurikulum, ternyata bukanlah hal yang mudah, serta tidak sesederhana yang kita bayangkan. Dalam skala makro, kurikulum berfungsi sebagai suatu alat dan pedoman untuk mengantar peserta didik sesuai dengan harapan dan cita-cita masyarakat. Oleh karena itu, proses mendesain dan merancang suatu kurikulum mesti memerhatikan sistem nilai (value system) yang berlaku beserta perubahan-perubahan yang terjadi di masyarakat itu. kurikulum berfungsi mengembangkan seluruh potensi yang dimiliki oleh peserta didik sesuai dengan bakat dan minatnya. Oleh kerana itu, proses pengembangannya juga harus memperhatikan segala aspek yang terdapat pada peserta didik. Persoalan-persoalan tersebut yang mendorong begitu kompleksnya proses pengembangan kurikulum. Kurikulum harus secara terus menerus dievaluasi dan dikembangkan agar isi dan muatannya selalu relevan dengan tuntutan masyarakat yang selalu berubah sesuai dengan perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi.4.0 KAEDAH ATAU CORAK PENGAJARAN GURU-GURU PRASEKOLAHGaya dan kaedah pengajaran di dalam kelas amat penting dalam memastikan perancangan program yang lebih berkesan untuk perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Selain itu juga, gaya dan kaedah pengajaran seseorang guru yang sesuai dan betul akan dapat memastikan setiap pelajar-pelajar mencapai objektif yang telah ditetapkan. Bagaimanapun apa jua perancangan yang dibuat, aktiviti itu haruslah selaras dengan falsafah, matlamat dan objektif pengalaman yang sesuai (Rohaty, 2003). Selain itu juga, Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu yang akan dapat memperkembangkan minda kanak-kanak dalam semua aspek pembelajaran. Hal ini kerana, pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah. Pelbagai gaya dan kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains awal di peringkat prasekolah yang memerlukan guru berperanan dalam merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak. Menurut Kamarudin & Siti Hajar (2004), seseorang guru seharusnya dapat menentukan jenis dan bentuk bahan atau media yang akan digunakan. Ia juga harus menentukan bahan-bahan itu sesuai dengan minat, pengetahuan dan keupayaan murid. Oleh itu, untuk merangsang pemikiran sedemikian, guru-guru perlulah merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan kanak-kanak supaya ia bersesuaian dengan topik dan aktiviti sains yang akan diperkenalkan kepada mereka. Antaranya adalah pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang berasaskan kepada teknologi komputer. Alat bantu mengajar ini memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan ia juga turut berfungsi untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan murud, murid dengan guru, dan murid dengan murid. Hal ini kerana, pembelajaran berasakan komputer seperti penggunaan alat bantu mengajar slide show atau grafik, membolehkan kanak-kanak ini lebih berpluang untuk bertanya. Selain itu juga, penggunaan komputer juga dapat mewujudkan situasi sebenar tentang apa yang ingin disampaikan, misalkan penggunaan video dan audio dapat memberi gambaran sebenar dan seterusnya dapat membina imiginasi kanak-kanak tersebut.Tambahan pula menurut Rio Sumarni Shariffudin et al, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains di peringkat prasekolah memerlukan guru yang berperanan merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak. Untuk merangsang pemikiran sedemikian, guru-guru perlu merangka persekitaran pembelajaran dan memahami tahap kebolehan kanak-kanak supaya sesuai dengan topik dan aktiviti sains. Sains di peringkat prasekolah adalah dunia sebenar dan pengalaman harian. Ini secara tidak langsung kanak-kanak dapat menghubungkaitkan sains yang dipelajari dengan pengalaman harian mereka. Melalui penggunaan PBK, guru-guru dapat menarik minat kanak-kanak yang secara semulajadinya sukakan benda-benda yang menarik. Perisian PBK yang dilengkapi dengan arahan-arahan secara teks dan audio yang jelas dan mudah difahami oleh kanak-kanak. Ia juga mempunyai objektif yang jelas, sesuai dengan tahap dan kemahiran kanak-kanak, interaktif, dan mempunyai grafik-grafik yang menarik dan pelbagai.Menurut Rio Sumarni Shariffudin et al lagi , penggunaan elemen-elemen mutimedia seperti teks, grafik, audio, video dan animasi bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih efektif dan menarik perhatian pelajar. Tajuk yang dipilih adalah Mengenal Haiwan. Dengan animasi ataupun video, murid sekolah dapat mengenal dan membuat perbezaan dalam mengklasifikasi jenis haiwan seperti haiwan bersayap, berjalan, berkaki dua dan sebagainya. Sebagai contoh burung dan ayam dapat dikelaskan dalam kategori haiwan bersayap manakala lembu dan kambing adalah haiwan yang berkaki empat. Tambahan pula, di persekitaran mereka terdapat pelbagai jenis haiwan yang mereka biasa lihat dan secara tidak langsung akan menambah pengetahuan sedia ada.

Rajah : bahan bantu mengajar dalam penggunaan komputer bagi kanak-kanak prasekolahSelain itu, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang paling berkesan bagi pendidikan prasekolah adalah melalui teknik belajar dalam bermain. Main atau bermain secara amnya boleh di definisikan sebagai satu aktiviti yang memberikan kegembiraan atau kepuasan kepada kanak-kanak tampa menimbangkan hasil daripada aktiviti itu. Dengan kata lain, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau ingin mencapai tujuan tetentu. Bermain juga di anggap satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhirnya atau tujuan tetentu. Bermain juga bukanlah aktiviti yang di paksa, malah ia merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak ( Kraus, 1990 ). Pendekatan belajar sambil bermain ini adalah memerlukan satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid untuk belajar dalam suasana yang mengembirakan dan dapat merangsang pemikiran kanak-kanak. Dari aspek psikoanalisis Freud, bermain memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperoleh perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti yang sebenar (Kraus, 1990). Carr, dalam teorinya menyatakan, bermain adalah penting kepada kanak-kanak kerana bermain dapat menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus, 1990). Dalam konteks prasekolah di Malaysia, khususnya dari perspektif kurikulum, main atau bermain itu bukanlah bermain bebas tanpa perancangan tetapi bermain yang mempunyai unsur seperti main terancang, fleksibel, bersruktur serta main yang memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan afektif. Terdapat banyak contoh aktiviti bermain. Antara aktiviti yang boleh dianggap sebagai main atau bermain adalah main drama, menyanyi, berlakon dan bercerita. Permainan biasanya melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus dan kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak akan berasa seronok, gembira dan aktif untuk melaksanakan aktiviti yang dijalankan. Ini membolehkan kanak-kanak meningkatkan kemahiran yang membolehkan mereka berasa lebih selamat, lebih yakin dan boleh berdikari. Selain itu juga, aktiviti bermain seperti Selain itu, dapat memudahkan guru menyampaikan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune & Zanes, 2001; Murata & Maeda, 2002; Santrock, 2003). Selain itu juga, aktiviti seperti membina istana dengan pasir misalnya juga akan membolehkan mereka lebih berimiginasi dan meningkatkan keupayaan otak mereka untuk berfikir.

Rajah : contoh aktiviti main dalam belajar bagi kanak-kanak prasekolah

Selain itu juga, antara permainan pembelajaran bagi sains awal ialah permainan yang melibatkan aktiviti fizikal yang berhubung rapat dengan perkembangan kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta kesedaran tentang badan mereka. Kanak-kanak berasa seronok dan gembira sewaktu aktif menggunakan bahagian-bahagian anggota badan mereka untuk bersenam. Hal ini secara tidak langsung akan memberi pengetahuan kepada kanak-kanak tentang bahagian tubuh badan mereka serta mengetahui bersenam bukan sahaja menyeronokkan malahan dapat menyihatkan tubuh badan manusia

Rajah : aktiviti main dalam belajar bagi sains awal ( bersenam)

Selain dari melakukan aktiviti senaman, berlakon dan bernyanyi juga merupakan aktiviti belajar dalam bermain yang lazimnya telah dipraktikkan oleh guru di tadika. Misalnya, guru menyuruh kanak-kanak berlakon sebagai guru dan pesakit seperti situasi sebenar dan dalam situasi begini kanak-kanak akan didedahkan dengan bagaimana cara untuk merawat pesakit, mengenal ubat-ubatan dan sekali gus pembelajaran dalam sains awal dapat dilakukan secara tidak langsung dalam permainan ini.Seterusnya, gaya pengajaran guru prasekolah yang berkesan ialah melalui pengajaran dan pembelajaran secara kreatif. Kreativiti adalah keupayaan untuk memikirkan sesuatu dalam keadaan-keadaan luar biasa dan bersedia untuk menyelesaikan masalah secara unik. Contohnya guru boleh mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk menulis. Dengan menyediakan di sudut tulisan dengan tray pasir atau tanah liat, kanak-kanak boleh berlatih menulis menggunakan hujung jari di atas pasir atau menggunakan lidi di atad doh atau tanih liat. Kaedah ini bukan sahaja dapat menarik minat kanak-kanak untuk menulis, ia juga akan turut membina pemikiran kreatif mereka bagi menghasilkan sesuatu yang menarik dengan menggunakan cara mereka sendiri. Oleh itu, dengan adanya aktiviti seperti ini kanak-kanak akan lebih berminat untuk belajar menulis.

Rajah : Murid sedang membentuk huruf di atas permukaan pasir.

Selain itu juga, kanak-kanak akan mudah menjadi bosan dan tertekan sekiranya guru mengajar kanak-kanak menulis dan membaca. Keadaan tersebut berlaku kerana cara tersebut telah menyebabkan kanak-kanak merasakan mereka kurang mendapat peluang untuk menggunakan pengetahuan sedia ada yang telah terbentuk dengan cara yang bermakna. Selain itu juga, tidak di nafikan bahawa, sikap kanak-kanak itu sendiri yang cepat bosan keadaan sekeliling lebih-lebih lagi kepada aktiviti yang sedia membosankan. Mereka lebih berjiwa lembut dan mahu dihargai, oleh itu, dengan cara ini sedikit sebanyak akan dapat menarik minat mereka.Guru-guru prasekolah juga boleh merangka aktiviti secara berkumpulan atau belajar secara berkumpulan. Proses yang melibatkan pembelajaran secara kumpulan kecil bekerjasama menyiapkan tugasan dan dalam kumpulan ( pembelajaran koperatif ). Teknik pembelajaran dengan cara ini harus di praktikal bagi kanak-kanak prasekolah. Hal ini kerana, cara ini dapat memupuk minat mereka untuk belajar bersama-sama disamping dapat mewujudkan hubungan yang baik antara mereka. Selain itu juga, berbagai-bagai kegiatan dapat dijalankan untuk membangkitkan minat kanak-kanak terhadap pembelajaran. Aktiviti kumpulan ini lazimnya meliputi berbagai-bagai kegiatan yang berjalan serentak. Oleh itu guru-guru yang mengendalikan kelas perlu fokus dan berusaha mendapatkan perhatian kanak-kanak dalam satu jangka masa yang agak lama. Selain itu, guru-guru juga seharusnya peka kepada kanak-kanak yang perangainya bukan sahaja berubah-ubah tetapi juga berbagai-bagai (Rohaty & Abu Bakar Nordin, 2004). Jadi, aktiviti kumpulan yang besar lebih sesuai dilakukan dalam masa sependek yang boleh.Misalnya, apabila mereka telah di bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil, guru akan menceritakan atau menyampaikan sesuatu cerita samada secara lisan atau bekan lisan, seterusnya guru mungkin boleh menyertakan aktiviti - aktiviti seperti meminta kanak-kanak melibatkan diri secara aktif didalam kumpulan mereka semasa cerita dijalankan, membunyikan bunyi-bunyi yang terdapat dalam cerita dan bertepuk tangan pada tempat-tempat sesuai. Dalam P&P sains pula, guru boleh menjalankan aktiviti mengumpulkan biji benih mengikut bentuk, saiz, warna, tekstur dan jenis yang boleh ataupun tidak boleh di makan. Melalui cara ini, kanak-kanak dapat bekerjasama dalam kumpulan untuk membezakan bahan-bahan yang diberikan mengikut pemahaman sendiri. Selain dapat meningkatkan keyakinan diri dan komunikasi antara mereka.Pada peringkat prasekolah juga, guru-guru juga perlu memahami aras pemikiran kanak-kanak. Pemikiran kanak-kanak didapati masih belum berkembang seperti orang dewasa (Rohaty & Abu Bakar Nordin, 1989). Pada peringkat ini terdapat beberapa perkara pokok menjadi perbezaan besar di antara pemikiran orang dewasa dengan kanak-kanak. Jadi, apabila guru memberikan penerangan atau berbincang dengan kanak-kanak, jangan menganggap mereka itu orang-orang dewasa yang kecil. Oleh itu, guru-guru seharusnya perlu menggunakan bahasa yang jelas, suara yang lembut dan menimbulkan suasana yang menarik semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila memberikan penerangan kepada kanak-kanak, guru-guru seharusnya mengeluarkan buah fikiran yang dapat diberikan contoh-contoh yang konkrit.Contohnya seperti, guru-guru mahu menerangkan bahawa kanak-kanak mesti berhati-hati apabila makan, baca doa sebelum dan selepas mkan dan juga basuh tangan sebelum makan. Sebab-sebab yang dijelaskan pada kanak-kanak sepatutnya berkait dengan perkara yang mereka sendiri alami seperti tidak tercekik, lebih sedap makanan itu, tidak sakit perut, tidak memudharatkan diri mereka dan seterusnya mereka tidak buruk dipandang orang. Semua keadaan ini dapat di pupuk dalam diri setiap kanak-kanak kerana ibarat kanak pepatah, kanak-kanak umpama kain putih dan kita yang akan menyorakkannya. Melalui sebab-sebab yang diterangkan dan di jelaskan dan ditunjukkan, kanak-kanak akan lebih memahami apa yang guru sampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.5.0 KAJIAN BERKAITAN PENGAJARAN GURU PRASEKOLAHSeperti yang kita ketahui pendidikan prasekolah merupakan pengalaman yang penting dalam dunia persekolahan kanak- kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang menarik, berkesan dan bermakna dapat mengembangkan kemahiran tertentu dalam diri kanak - kanak. Kemahiran seperti peningkatan keyakinan diri dan sikap yang positif akan menjadi satu persediaan yang baik bagi diri kanak- kanak untuk memasuki alam persekolahan yang lebih formal. Sehubungan dengan itu, sebagai seorang guru yang efektif, mereka perlulah mengambil kira gaya pembelajaran yang sesuai dengan kanak - kanak pada peringkat prasekolah. Terdapat banyak teori dan kajian tentang gaya pembelajaran kanak - kanak. Menurut teori Pembelajaran Sosial (Bandura,1977), salah satu pembelajaran yang amat berkesan ialah melalui model atau teladan yang sesuai, jelas dan menarik. Model percontohan dan permodelan adalah amat baik untuk kanak-kanak pada peringkat ini dalam mencapai matlamat yang abstrak.Selain itu, menurut Khadijah Rohani (1992), beliau mendapati program prasekolah yang menekankan akademik semata-mata menyebabkan kanak-kanak mengalami kegagalan dan kehilangan kepercayaan diri. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tertekan, kehilangan minat belajar dan menimbulkan masalah pembelajaran di bilik darjah. Pendapat ini selari dengan dapatan kajian oleh Katz (1985). Beliau menyatakan bahawa pendedahan akademik atau kemahiran asas kepada kanak-kanak di peringkat terlalu awal akan merosakkan perkembangan minat belajar kanak-kanak.Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu terdiri daripada bahan konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa sebenar sebelum mereka boleh memahami makna simbol seperti abjad dan nombor (Almy, 1975; Evans, 1984; Forman & Kuschner, 1983; Piaget, 1972; Weber, 1984; Schickedanz, 1986). Oleh itu, penggunaan buku kerja, lembaran kerja, buku warna dan model yang dibina oleh orang dewasa untuk disalin oleh kanak-kanak adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak menunjukkan kebolehan dan keinginan belajar yang tinggi melalui latihan lisan, lukisan dan membuat persembahan lain-lain aktiviti seperti yang diarahkan oleh orang dewasa. Kanak-kanak belajar melalui pengalaman membuat sendiri. Piaget (1950, 1972), Montessori (1964), Erikson (1950), Elkine (1986).Namun begitu, kajian-kajian yang di jalankan di peringkat prasekolah banyak menumpu kepada kanak-kanak dan tidak kepada amalan dan pelaksanaan pengajaran guru. Sebagaimana Khatijah Rohani (1992) mendapati pusat-pusat pendidikan prasekolah banyak menyediakan program yang bersifat akedemik yang membuatkan kanak-kanak tertekan dan hilang minat dalam pembelajaran. Walaubagaimanapun, mengikut Halim (1989), kanak-kanak yang telah mengikuti pendidikan prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dan menunjukkan pencapaian akademik yang lebih baik semasa di Tahun 1 persekolahan. Walau bagaimanapun Asma (2001), telah membuat kajian perlaksanaan main di tadika Brunei. Sample kajian ialah 12 orang guru tadika dan 16 orang kanak-kanak. Kaedah kajian ialah secara temuduga dan pemerhatian. Keputusan kajian telah mengenal pasti bahawa 60% guru-guru tadika tidak bersetuju dengan kaedah ini. Mereka berpendapat kaedah ini tidak memberi sumbangan terhadap proses pembelajaran kanak-kanak. Pada keseluruhannya kesemua guru tadika yang dikaji iaitu seramai 12 orang menyatakan bahawa kanak-kanak ini perlu diajar secara formal seperti latih tubi, ulangi pelajaran setiap hari dan pengajaran secara kelas. Ini sangat penting bagi tujuan menyediakan mereka kelak ke tahun satu. Aktiviti bermain cumalah mengisi masa yang terluang sahaja.

RUJUKAN

Amabile. (1992).Pendidik Kreatif Srbagai Teras Transformasi.Diperoleh pada Februari 20 daripada http://eprints.utm.my/2286/1

(Almy, 1975; Evans, 1984; Forman & Kuschner, 1983; Piaget, 1972; Weber, 1984; Schickedanz, 1986). Pelaksanaan Ativiti Belajar Melalui Bermain diperoleh pada 2 mac 2010 daripada www.ipislam.edu.my/uploaded/ file/saayah.pdf.

1