asgment arca

Upload: ummi-jash

Post on 10-Jul-2015

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pengenalan Istilah arca berasal daripada perkataan Yunan tua, iaitu sculpere yang bermaksud mengukir, menebuk, memotong, melarik, dan sebagainya. Manusia telah mereka bentuk arca sejak kewujudan manusia di muka bumi. Pembikinan arca menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia. Antara bahan yang digunakan untuk membentuk arca ialah tembaga, marmar, kayu dan tanah liat yang boleh menjadi objek, patung atau bentuk-bentuk tertentu. Selama berabad-abad lamanya, manusia telah mengubah penampilan arca, tetapi masih mengekalkan teknik penghasilannya. Sejarah arca bermula dari penemuan patung kecil Cycladicdi sebuah pulau di Laut Aegean lebih kurang 4,500 tahun lalu. Adalah dipercayai bahawa arca figura yang banyak ditemui di serata dunia ada kaitan yang amat rapat dengan system kepercayaan pada masa itu. Arca Laocoon (50 Sebelum Masihi) menunjukkan satu situasi dramatik iaitu tiga lelaki dibelit ular. Gambaran ini menunjukkan sindiran masyarakat pada masa itu. Pada masa Renaison, arcawan banyak berkarya bertemakan figura manusia kerana faktor kemanusiaan paling mudah dijadikan sebagai sindiran dan teladan. Pada tahun 1501 1504 Michelangelo membuat arca manusia bertopik David menggunakan marmar. Menjelang abad kedua puluh. Arca tidak berkonsepkan figura seratus peratus. Ia telah mengalami perubahan dan akhirnya berubah kepada konsep abstrak. Arcawan British bernama Henry Moore dan Alberto Giacometti telah menukarkan konsep figura yang dipiuhkan atau distailisasikan untuk lebih membawa makna dalaman. Perkembangan seni arca di Malaysia asalnya berkait rapat dengan magis yang diguanakn oleh kaum asli bagi tujuan keagamaan dan perubatan. Patung-patung yang dihasilkan oleh Kaum Jah Hut dan Mah Meri mempunyai ciri-ciri seperti yang diterangkan tadi. Perkembangan arca yang bersifat konseptual dan distailisasikan bermula sekitar tahun 1960-an daripada pengarca yang mendapat pendidikan Barat. Pengarca Malaysia terdiri daripada Anthony Lau, Latiff Mohidin, Syed Ahmad Jamal dan Lim Kian Seng.

Jenis-jenis Arca

Arca Tambahan Binaan Asemblaj

Mobail

JENISJENIS ARCA

Luakan

Stabil

Timbulan

Land

Instalasi

Rajah 1 : Jenis-jenis arca Arca Asemblaj Asemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi. Penciptaan arca asemblaj termasyhur iaitu Bicycle Wheel ( karya asli telah hilang ) adalah penciptaan terawalnya dalam bidang seni tangan yang mana arca ini dibina menggunakan bahan-bahan yang terdapat di rumah. Dari pelbagai idea, pengarca mencari penemuan-penemuan baru bagaimana menghasilkan arca boleh dilakukan dengan kreatif dan berpotensi. Jika arca luakan dihasilkan melalui kerja mengurung dan meluak objek asal, arca dicetak untuk menghasilkan arca acuan, arca digerak untuk membentuk arca mobail atau kinetik dan akhirnya timbul pula gagasan pengarca mencantumkan bahan-bahan buangan daripada pelbagai bahan konkrit dan membentuk arca asemblaj. Arca asemblaj mula mendapat perhatian di Amerika Syarikat sekitar tahun 1950-an dan 60-an apabila Louise Nevelson menghasilkan karya asemblajnya yang berjudul Sky Cathedral pada tahun 1958 dan menjadi koleksi The Museum of Modern Art, New York. Karya asemblaj Nevelson ini lebih dikenali sebagai Wall-scale-assemblage.

Contoh Arca Asemblaj

Bicycle Wheel

Rama-rama

Antenna

Bunga

Kapal Layar

Penutup Arca asemblaj dikatakan menarik dan cantik apabila memenuhi spesifikasi pembuatan dan kemasan. Ia menyerupai seperti arca dan karya seni yang lain menampilkan ciri-ciri estetika. Secara ringkasnya ciri-ciri berikut dianggap sebagai kriteria utama ekspresi asemblaj. Dalam pengkaryaan arca, asemblaj mewakili karya agak bebas dan pelbagai dari penggunaan bahan atau media. Sebabnya amat jelas, arca asemblaj wujud secara gabungan dan cantuman. Selagi bahan yang dipilih serasi dan boleh disepadukan, ia terus menerus mewakili penggunaan bahan subjek yang mewah dan pelbagai. Seni arca di Malaysia boleh dikatakan masih baru dari segi pengilbatan pengarca berbanding dengan catan. Arca di Malaysia rata-ratanya hanya diguna pakai bersempena tema tertentu seperti Laman Asia, Arca di bangunan perniagaan dan sebagainya. Seni arca masih belum diketengahkan dan dilibatkan secara serius. Pameran bagi pengarca tempatan jarang diadakan berbanding diluar negara seni arca dan catan berkembang seiring. Masalah ini terjadi berkemungkinan kebanyakan arca yang dihasilkan mempunyai kelemahan seperti penguasaan tenik, bahan dan permasalahan bentuk itu sendiri. Tetapi dalam pengamatan saya, pengarca di Malaysia kini sudah matang dari segi idea dan pengubahan media yang digunakan. Permasalahan yang utama yang saya lihat, seni arca masih belum dapat diterima oleh masyarakat Malaysia itu sendiri. Hanya segelintir sahaja yang memahami seni dan menerimanya. Ia berkemungkinan besar disebabkan faktor budaya dan agama yang dianuti oleh masyarakat Malaysia. Walhal,

karya seni arca di Malaysia kini dihasilkan mempunyai sebab-sebab tertentu. Banyak contokcontoh karya seni arca di Malaysia yang dapat kita lihat di merata tempat seperti di galeri-galeri dan sebagainya. Kebanyakan arca yang dihasilkan berkenaan dengan kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Malaysia. Ini kerana masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan budaya. Kita bertuah kerana kita mempunyai masyarakat yang pelbagai yang membolehkan kita berkongsi budaya sesama sendiri. Ini menjadikan seni arca dan catan khususnya dapat dimartabatkan dengan penglibatan pengarca yang mempunyai latar-belakang yang pelbagai.

Bibliografi

Universiti Terbuka Malaysia.(2008). HBAE2203 Membentuk dan membuat binaan Kuala Lumpur : Meteor Doc. Sdn.Bhd. Rahmat Salihon. (2003). Teks Lengkap Pendidikan Seni Ehsan : Penerbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kathleen Chee. (2006). SPM Fokus U, Pendidikan Seni Visual. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. yyyyyyyyyyyyyyyyyy Zailan Yaacob & Azimah A. Samah. (2010). Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Tingkatan 1. Selangor Darul

http://www.sabah.gov.my/artgallery/ http://www.theartgallery.com.au/ http://aswatstudio-mystudio.blogspot.com/