asgment kokurikulum

53
BAB 1 KONSEP, MATLAMAT, PRINSIP, KEPENTINGAN DAN STRATEGI PELAKSANAAN KOKURIKULUM .1 KONSEP 1.1.1 Aktiviti kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum sekola setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktivit andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bili darjah maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahu dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat jasmani, rohan dan pembentukan nilai-nilai estetika serta social yang positif. 1.1.2 Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan a masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa : (a) Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani) ; (b) Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan; (c) Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan sebaya; i. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat dan negara; i i. Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik murid.

Upload: siti-hasnita

Post on 22-Jul-2015

2.258 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAB 1KONSEP, MATLAMAT, PRINSIP, KEPENTINGAN DAN STRATEGI PELAKSANAAN KOKURIKULUM

.1

KONSEP 1.1.1 Aktiviti kokurikulum ialah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta social yang positif. 1.1.2 Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa : (a) Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani) ; (b) (c) Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan; Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan sebaya; i. ii. Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid untuk keperluan masyarakat dan negara; Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik murid.

.2

MATLAMAT Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara matlamat yang hendak dicapai adalah seperti berikut : 1.2.1 1.2.2 1.2.3 1.2.4 1.2.5 1.2.6 1.2.7 1.2.8 Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan; Menyeimbangkan perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid; Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan murid di dalam sekolah dan antara sekolah; Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid dalam aktiviti yang diceburi; Membina dan meningkatkan disiplin murid; Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan; Membina dan meningkatkan kerjasama dan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat; Mewujudkan sekolah berwatak.

.3

PRINSIP Prinsip-prinsip berikut perlu diambil untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah iaitu : 1.3.1 1.3.2 Menyediakan kemudahan asas dan peralatan supaya dapat mewujudkan pembelajaran merentasi kokurikulum yang menyeronokkan; Merancang, menganjur, mengelola dan menilai kegiatan kokurikulum yang berbentuk aktiviti yang melengkapkan dan memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah; 1.3.3 Program kokurikulum memberi penekanan kepada pemerolehan, peningkatan ilmu, kemahiran baharu untuk memupuk sikap positif, nilai-

nilai murni untuk meningkatkan kualiti, sahsiah, disiplin, ketahanan diri, daya saing bagi kesejahteraan diri murid dan masyarakat; 1.3.4 1.3.5 Program kokurikulum memberi penekanan kepada usaha bersepadu ke arah memperkukuh semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum; Memberi integrasi; 1.3.6 1.3.7 Memastikan perjalanan aktiviti kokurikulum berdasarkan kepada kurikulum badan induk / gabungan atau yang berkaitan; Menyediakan skema penilaian aktiviti kokurikulum dalam pelbagai bidang dan memberi peluang kepada murid untuk mempertingkatkan tahap pencapaian secara berterusan; 1.3.8 Kegiatan kokurikulum yang dirancang dan dikelolakan akan memberi peluang serta kesempatan kepada murid untuk mengembangkan minat, bakat kreativiti dan inovasi masing-masing; 1.3.9 Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, syarikat-syarikat swasta dan institusi pengajian tinggi; 1.3.10 Menerapkan elemen-elemen kerjaya dalam program dan kegiatan kokurikulum; 1.3.11 Memberi penghargaan dalam aktiviti kokurikulum. peluang sepenuhnya kepada murid menyertai kegiatan kokurikulum dan memperagakan kebolehan kepada masyarakat secara

1.4

KEPENTINGAN KOKURIKULUM : 1.4.1 1.4.2 1.4.3 1.4.4 1.4.5 Memupuk semangat bekerjasama,kepimpinan dan daya saing di kalangan pelajar. Pengisian masa yang berfaedah kepada para pelajar. Merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar dengan guru. Menaikkan imej dan kualiti sesebuah sekolah. Melahirkan pelajar yang inovatif,kreatif dan berdisplin.

1.5

STRATEGI PELAKSANAAN Untuk mencapai matlamat tersebut, yang berikut ialah beberapa strategi pelaksanaannya : 1.5.1 Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah; 1.5.2 Menambahkan bilangan pasukan badan beruniform, persatuan / kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau berkumpulan; 1.5.3 1.5.4 1.5.5 Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum, yang sesuai untuk tujuan pemupukan perpaduan; Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat; Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), guru dan murid dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum; 1.5.6 1.5.7 1.5.8 1.5.9 Merancang aktiviti kokurikulum dengan teliti untuk mencapai matlamat yang dikehendaki; Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan; Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid; Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan; ke semasa.

1.5.10 Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa

BAB 2KOMPONEN-KOMPONEN KOKURIKULUM

2.1

BIDANG KOKURIKULUM Bidang kokurikulum terbahagi kepada tiga komponen : 2.1.1 BADAN BERUNIFORM :

a. Kelab Judo b. Kelab Karate c. Kelab Taekwando d. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Darat, Laut dan Udara) e. Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat f. Pasukan Kadet Majlis Keselamatan Jalan Raya g. Pasukan Kadet Pertahanan Awam h. Pasukan Kadet Polis i. Pasukan Kadet Remaja Sekolah j. Pasukan Pancaragam k. Pergerakan Briged Putera l. Pergerakan Pandu Puteri m. Pergerakan Pengakap n. Pergerakan Puteri Islam o. Persatuan Bulan Sabit Merah p. Persatuan Silat Seni q. Persatuan Silambam r. St. John Ambulans Malaysia s. Persatuan Wushu.

2.1.2

KELAB / PERSATUAN

Persatuan akademik a. Persatuan Agama Islam b. Persatuan Bahasa c. Persatuan Drama dan Kesusasteraan d. Persatuan Ekonomi Rumahtangga e. Persatuan Geografi / Sejarah f. Persatuan Kebudayaan g. Persatuan Kemahiran Hidup h. Persatuan Perdagangan i. Persatuan Persuratan / Bahas j. Persatuan Sains & Matematik k. Persatuan Sains Kemasyarakatan l. Persatuan Tingkatan Enam Kelab Hobi dan Rekreasi a. Kelab Alat Pandang Dengar b. Kelab Bahasa Isyarat c. Kelab Astronomi d. Kelab Bina Badan e. Kelab Binaan / Bangunan f. Kelab Elektronik g. Kelab Kebajikan h. Kelab Keceriaan Sekolah i. Kelab Kembara j. Kelab Koir Sekolah k. Kelab Komputer l. Kelab Memancing m. Kelab Menaip n. Kelab Motor Mekanik o. Kelab Muzik dan Seni Suara p. Kelab Pelancongan

q. Kelab Pencinta Alam r. Kelab Pengguna s. Kelab Perpustakaan / Pusat Sumber t. Kelab Rekreasi u. Kelab Seni Foto v. Kelab Seni Tampak / Halus w. Kelab Seni Tari x. Kelab Pandu Arah y. Kelab Wayang Gambar Kelab / Persatuan Perkhidmatan a. Persatuan Pengawas Sekolah b. Persatuan Pengawas Perpustakaan c. Kelab Koperasi d. Kelab Pengguna e. Kelab Pelancongan f. Kelab Doktor Muda g. Kelab SPBT h. Kelab Rukunegara i. Kelab Setia 2.1.3 SUKAN / PERMAINAN

Permainan : a. Kelab Badminton b. Kelab Bola Baling c. Kelab Bola Jaring d. Kelab Bola Keranjang e. Kelab Bola Sepak f. Kelab Bola Tampar g. Kelab Bowling h. Kelab Bowling Padang

i. Kelab Catur j. Kelab Dart k. Kelab Gasing Pangkah l. Kelab Gimnastik m. Kelab Gimrama n. Kelab Golf o. Kelab Goalball p. Kelab Hoki q. Kelab Karum r. Kelab Kriket s. Kelab Ping Pong t. Kelab Ragbi u. Kelab Sepak Takraw v. Kelab Sofball w. Kelab Squasy x. Kelab Tenis y. Kelab Equestrian z. Kelab Permainan Tradisional Olahraga : a. Kelab Berbasikal b. Kelab Olahraga c. Kelab Memanah d. Kelab Merentas Desa e. Kelab Motor f. Kelab Senamrobik Sukan Air : a. Kelab Berkeno / Kayak b. Kelab Luncur Air c. Kelab Perahu Layar

d. Kelab Perahu Naga e. Kelab Polo Air f. Kelab Renang g. Kelab Rowing ( Berdayung) h. Kelab Skuba i. Kelab Skuter Air j. Kelab Snorkeling k. Kelab Terjun 2.2 TAKWIM KOKURIKULUM Takwim Kokurikulum haruslah dirancang dengan teliti untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Beberapa faktor perlu diambil kira semasa menyediakan takwim tersebut, iaitu : 2.2.1 2.2.2 2.2.3 Kemudahan prasarana, seperti dewan, gelanggang, padang, bilik mesyuarat, gymnasium dan lain-lain yang cukup mengikut keperluan; Personel / guru penasihat / jurulatih mempunyai kepakaran dan tauliah mengikut bidang masing-masing serta mematuhi prosedur yang berkaitan; Takwim yang dirancang menjurus kepada pengelolaan aktiviti yang berteraskan ilmu pengetahuan, memupuk perpaduan dan integrasi dan selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan; 2.2.4 Takwim itu haruslah mengikut perancangan yang telah dijadualkan dan dipatuhi oleh semua yang terlibat. 2.3 PENGELOLAAN AKTIVITI Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan oleh persatuan / kelab. Aktiviti ini boleh dilaksanakan sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Aktiviti ini boleh diatur secara mingguan, bulanan, penggal dan tahunan. Kebanyakan sekolah menetapkan satu hari tertentu untuk melaksanakan aktiviti kokurikulum yang telah dirancang dan ditetapkan dalam takwim berkenaan.

2.3.1

Jenis Aktiviti

Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh persatuan / kelab dan badan beruniform, antaranya : (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) 2.3.2 Kejohanan Olahraga Tahunan; Lawatan; Perkhemahan; Pameran; Seminar; Pertandingan aktiviti kokurikulum; Pesta Kebudayaan; Lawatan sambil belajar; Ekspedisi. Prosedur Mengendalikan Aktiviti

Perancangan dan pengendalian sesuatu program atau aktiviti sangat penting untuk mencapai matlamat sesebuah persatuan. Kejayaan sesuatu aktiviti bergantung kepada perancangan, pelaksanaan dan pengendalian aktiviti tersebut. Perancangan aktiviti bermaksud merancang, merangka, menyusun dan menyelaras tugas yang telah ditetapkan. Pengendalian aktiviti bermaksud mentadbir, mengurus dan mengawal serta melaksanakan sesuatu aktiviti yang telah dirancang. 2.3.3 Penyediaan Kertas Kerja

Kertas kerja merupakan cadangan dan perancangan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Perkara yang perlu ada dalam sesuatu kertas kerja ialah : (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Pendahuluan; Objektif dan matlamat; Tema; Tarikh, tempat dan tempoh pelaksanaan; Dif perasmi; Bilangan penyertaan dan kategori; Sumbangan penyertaan;

(h) (i) (j) (k) (l) (m) (n)

Syarat penyertaan; Jawatankuasa induk; Jawatankuasa kecil pelaksana; Perbelanjaan; Pendapatan; Penutup; Jadual aktiviti.

2.3.4 Peruntukan masa Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, Jilid 11, Bil. 27, No. 5652 telah membuat ketetapan pembahagian masa untuk Kokurikulum seperti yang berikut: Sekolah Menengah Tingkatan Peralihan ,1 3 4&5 Aliran Sastera Sains Teknik Pertanian Perdagangan SRT Peruntukan Masa 180 minit 180 minit 140 minit 100 minit 140 minit 180 minit 180 minit 180 minit

6 Sekolah Rendah

Tahun Peruntukan Masa 3 dan 4 60 minit 5 dan 6 120 minit ( Nota:Peruntukan masa minimum seminggu)

BAB 3 STRUKTUR DAN CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM SEKOLAH

3.1

CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH 3.1.1 Dalam mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah, guru besar sebagai Penolong Pendaftar hendaklah menubuhkan Organisasi Pengurusan Kokurikulum Sekolah untuk memantau, menilai, memperbaiki dan mencemerlangkan aktiviti kokurikulum sekolah. Beberapa perkara perlu diambil kira semasa membentuk organisasi ini agar dapat memberikan faedah kepada murid dan sekolah, antaranya : (a) (b) (c) (d) (e) Fungsi dan tanggungjawab setiap ahli; Kekerapan mengadakan mesyuarat; Pembentukan jawatankuasa kecil; Pelaporan berkala; Dokumentasi.

3.2

SENARAI TUGAS GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 3.2.1 Bidang Tugas 3.2.1.1 Menjalankan tugas-tugas pengetua / guru besar semasa ketiadaan pengetua / guru besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan (HEM). 3.2.1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan pengetua / guru besar.

3.2.1.3 Bertanggungjawab kepada pengetua / guru besar dalam semua aspek pengurusan kokurikulum termasuk sidang petang. 3.2.1.4 Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah. 3.2.1.5 Membantu pengetua / guru besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk sidang petang. 3.2.2 Senarai Tugas 3.2.2.1 Kokurikulum (a) Persatuan Dan Kelab i.Merancang kegiatan persatuan dan kelab. ii. iii. iv. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab. Menyelia kegiatan persatuan dan kelab. Menyelaras aktiviti persataun dan kelab di dalam dan di luar sekolah. (b) Pasukan Badan Beruniform i. ii. iii. iv. Merancang kegiatan pasukan badan beruniform. Mengurus beruniform. Menyelia kegiatan pasukan badan beruniform. Menyelaras aktiviti pasukan badan beruniform di dalam dan di luar sekolah. (c) Kelab Sukan dan Permainan i. ii. iii. Merancang kegiatan kelab sukan dan permainan. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan kelab sukan dan permainan. Menyelia kegiatan kelab sukan dan permainan. pemilihan peserta untuk kegiatan badan

iv. 3.2.2.2 Pentadbiran (a)

Menyelaras aktiviti kelab sukan dan permainan di dalam dan di luar sekolah. Menyelaraskan proses penubuhan kelab dan persatuan sebagaimana mengikut Peraturan (4) dalam Peraturanperaturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Jld. 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A) : P.U (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998.

(b) (c) (d) (e) (f) (g) (h)

Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum. Menyediakan kokurikulum. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam kegiatan kokurikulum telah diambil. Membantu sekolah dalam segala jenis penerbitan berkaitan dengan kokurikulum. Bertanggungjawab mengenai lawatan anjuran pihak sekolah dengan mematuhi Peraturan (Melancong) Sekolah 1957. Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah. Menyelaras pengagihan murid mengikut aktiviti dalam kegiatan pencapaian. kokurikulum dan untuk meningkatkan untuk tahap kegiatan anggaran belanjawan pengurusan

(i) (j)

Menguruskan alatan kokurikulum.

kemudahan

Memastikan rekod dan data kokurikulum dilengkapkan dan dihantar satu salinan ke Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri.

(k)

Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang kokurikulum.

(l)

Mengenalpasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan menyusun serta merancang latihan untuk mereka.

(m) (n)

Menyelaras tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad bagi kes-kes kemalangan yang layak dituntut. Merancang aktiviti kokurikulum untuk aktiviti selepas peperiksaan dan semasa cuti sekolah.

3.2.2.3 Tugas-tugas Lain (a) (b) Menganggotai Jawatankuasa yang diluluskan oleh pengetua / guru besar dari semasa ke semasa. Melaksanakan arahan dan tugasan yang diamanahkan oleh pengetua / guru besar dari semasa ke semasa. 3.2.3 Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum 3.2.3.1 Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah (a) (b) (c) (d) (e) (f) antarabangsa. (g) (h) (i) Memastikan guru mematuhi dan melaksanakan aktiviti mengikut takwim dan jadual kokurikulum. Menentukan tarikh kejohanan olahraga sekolah, merentas desa, hari kecemerlangan kokurikulum dan kegiatan lain. Membuat penilaian aktiviti kokurikulum dan membuat Merancang aktiviti jangka panjang dan jangka pendek. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun. Menentukan peraturan aktiviti kokurikulum. Menentukan takwim dan jadual aktiviti. Memastikan penglibatan murid yang menyeluruh. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan

kokurikulum peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan

laporan tahunan. (j) (k) (l) Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan elit dilaksanakan di sekolah. Membuat anggaran perbelanjaan bagi aktiviti dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan murid yang tekah menunjukkan prestasi cemerlang dalam aktiviti kokurikulum yang disertai. (m) Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh murid. 3.2.3.2 (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) Tanggungjawab Penolong Kanan Kokurikulum Menentukan objektif aktiviti kokurikulum tercapai. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar kokurikulum sekolah. Menyelaras dan memantau aktiviti tahunan setiap unit dilaksanakan. Memastikan setiap aktiviti kokurikulum berjalan lancar, berterusan dan berkesan. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Menyelaras peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum dengan pihak sekolah. Mengawal segala urusan kewangan yang dikutip daripada murid. Menerima laporan kedudukan stok dan inventori berkaitan kokurikulum. Menerima laporan kegiatan kokurikulum pada akhir tahun daripada Setiausaha Kokurikulum, Penolong Setiausaha Kokurikulum dan Penyelaras Unit. (j) Menentukan penghargaan dan pengiktirafan yang akan diberi kepada murid yang mencapai tahap kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum yang disertai.

3.2.3.3 (a) (b) (c)

Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. Membantu pengetua / guru besar dalam perancangan, pengagihan tugas, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian ke atas murid. Mengurus dan menentukan pemilihan peserta dalam pertandingan pada peringkat persatuan / kelab, badan beruniform, serta sukan dan permainan.

(d) (e) (f) (g)

Menentukan langkah-langkah keselamatan bagi murid semasa mengikuti aktiviti kokurikulum. Memastikan rekod dan data kokurikulum murid diselerenggara dengan baik. Memastikan boring-borang dan dokumen kokurikulum yang digunakan sentiasa kemas kini dan mencukupi. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum serta menyusun dan melaksanakan latihan untuk mereka.

3.2.3.4 (a) (b) (c) (d) (e)

Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum Menyelaras semua aktiviti sukan sekolah. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD / MSSN / MSSM. Menbantu pengetua / guru besar mengagih dan menjayakan tugas baharu dalam olahraga dan permainan. Menetapkan murid dalam rumah sukan. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti sukan dan keperluan peralatan.

(f) (g) (h) (i) (j) (k) (l) (m)

Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah. Mengurus dan menjaga keselamatan semua peralatan sukan sekolah. Menyimpan dan mengemas kini buku stok inventori peralatan sukan. Menyediakan dan mempamerkan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod. Sentiasa berbincang dengan pengetua / guru besar atau Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah. Merekod pencapaian cemerlang murid-murid dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian sukan sekolah. Menghadiri kursus berkaitan kokurikulum dari semasa ke semasa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran guru.

3.2.3.5 (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g)

Tanggungjawab Penyelaras Persatuan / Kelab / Badan Beruniform Mengatur dan menyelia perjalanan aktiviti persatuan / kelab dan badan beruniform. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa / penjaga untuk murid menyertai aktiviti. Menentukan laporan aktiviti, surat menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan ahli jawatankuasa diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. Menguruskan buku, buku log dan kad kokurikulum, seperti :

- mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan kepada murid pada tarikh yang ditetapkan; - mengumpulkan kad tersebut semula pada akhir tahun untuk simpanan dan rekod. (h) Menyediakan borang/ buku yang diperlukan untuk aktiviti, iaitu : - Borang penyertaan persatuan, - Borang senarai ahli jawatankuasa dan ahli, - Buku laporan aktiviti. (i) (j) Mengumpulkan buku aktiviti untuk edaran, rujukan dan rekod. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulum sekolah. 3.2.3.6 (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Tanggungjawab Guru Penasihat / Pemimpin Memastikan mesyuarat agung diadakan bagi tujuan melantik ahli Jawatankuasa. Memastikan ada perlembagaan dan peraturan. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas, seperti terkandung dalam perlembagaan. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama murid. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan pasukan badan beruniform, persatuan / kelab serta kelab sukan dan permainan. (h) (i) (j) Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda serta peralatan kokurikulum diurus dan dipelihara dengan baik. Memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disedia dan difailkan. Mendaftar setiap pasukan badan beruniform, persatuan / kelab serta kelab sukan dan permainan.

(k) (l) (m) (n) (o) (p) (q) (r) (s) (t)

Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakan kepada ahli-ahli. Mengurus penyertaan ahli dalam aktiviti di peringkat sekolah / zon / daerah dalam aktiviti yang dijalankan. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli. Memantau dan menandatangani Buku Kehadiran Ahli. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili. Menentukan papan kenyataan digunakan dan dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Memastikan tidak ada unsur negatif dan tidak sihat tersebar dalam kalangan ahli. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima sijil penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua / guru besar dari semasa ke semasa.

3.2.3.7 (a) (b) (c) (d) (e) (f)

Tanggungjawab Guru Kelab Permainan dan Rumah Sukan Membentuk jawatankuasa. Merancang untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat murid dalam aktiviti permainan. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah. Menganjurkan perlawanan antara rumah sukan / kelas / tingkatan / sekolah.

(g) (h) (i) (j) (k) (l) (m) (n) (o) (p)

Menguruskan

pengangkutan

untuk

pasukan

sekolah

ke

pertandingan luar. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa / penjaga dan surat rawatan untuk ke pertandingan luar sekolah. Melapor dan merekod keputusan pertandingan yang diserta. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk penyediaan dan pemuliharaan peralatan serta pengurusan. Menyemai semangat kesukanan dalam kalangan murid. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan mencukupi. Merancang aktiviti tahunan dengan guru rumah sukan. Mengambil langkah untuk menilai dan mempertingkatkan prestasi tahunan pasukan sekolah. Merekodkan profil pemain dan pasukan yang cemerlang. Menghadiri kursus sukan dan permainan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan badan-badan lain atau persatuan yang diluluskan. (q) Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengetua / guru besar dari semasa ke semasa. 3.3 3.3.1 SENARAI TUGAS AHLI JAWATANKUASA Pengerusi (a) Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan mesyuarat. (b) Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan diambil tindakan yang sewajarnya. (c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa.

3.3.2

Timbalan Pengerusi (a) Membantu pengerusi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. (b) Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. (c) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa.

3.3.3

Setiausaha (a) (b) (c) (d) (e) Menguruskan urusan surat menyurat. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat dan laporan. Mencatat kehadiran ahli. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. Menjalankan tugas-tugas lain yang diminta oleh guru penasihat dari semasa ke semasa.

3.3.4

Penolong Setiausaha (a) (b) (c) Membantu setiausaha untuk menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa.

3.3.5

Bendahari (a)Bertanggungjawab persatuan. (b) Membuat dan menyimpan kira-kira tentang semua perkara berkaitan kewangan dan bertanggungjawab atas kesahihannya. tentang semua hal berkaitan kewangan

(c)Menyediakan penyata kira-kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. (d) Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. (e)Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam mesyuarat agung. (f) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa. 3.3.6 Penolong Bendahari (a) (b) Menjalankan tugas-tugas bendahari sewaktu ketiadaan bendahari. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa. 3.3.7 Ahli Jawatankuasa (a) (b) (c) Membantu pelaksanaan semua tugas dalam aktiviti kokurikulum. Mempengerusikan sesuatu biro sekiranya dilantik. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa. 3.3.8 Pemeriksa Kira-kira (a) (b) Memeriksa, menyemak serta mengesahkan laporan kewangan tahunan dan bertanggungjawab terhadapnya. Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.

CONTOH : CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH RENDAH JBPS ( JAWATANKUASA BIMBINGAN PELAJAR SEKOLAH )

GURU BESAR

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

SETIAUSAHA KOKURIKULUM

PENYELARAS PASUKAN PAKAIAN SERAGAM

PENYELARAS KELAB / PERSATUAN

PENYELARAS KELAB SUKAN / PERMAINAN

Setiausaha Sukan

GURU PENASIHAT

GURU PENASIHAT

GURU PENASIHAT

Guru Ketua Rumah

Guru Sukan Dan

Guru Rumah Sukan

PENGERUSI PASUKAN PAKAIAN SERAGAM, KELAB/PERSATUAN, KELAB SUKAN/PERMAINAN, KETUA RUMAH DAN KAPTEN PASUKAN SEKOLAH

3.4 43.4.1

STRUKTUR DAN CARTA ORGANISASI KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA, SEKSYEN 32, SHAH ALAM. Latar Belakang Sekolah

Sekolah Kebangsaan Bukit Naga dibuka pada 19 Mac 1921 satu-satunya lokasi yang wujud pada masa itu di Batu 6, Kampung Bukit Naga Klang. Nama asal sekolah ini .adalah Sekolah Melayu Batu 6, Jalan Bukit Kemuning, Klang

Pada awal sekolah ini dibuka ia hanya mempunyai seramai 23 orang murid lelaki sahaja, hanya selepas 3 tahun kemudian 3 orang murid perempuan telah mendaftar. Tenaga pengajar pada ketika itu hanya 2 orang iaitu Cikgu Md Zain bin Mohamad sebagai Guru .Besar dan Cikgu Abdur Rahman bin Lebai sebagai penolongnya

Bangunan kayu yang mula-mula dibina hanya bertahan selama lima tahun sahaja dan pada akhir tahun 1925 ia digantikan dengan bangunan kayu bertiang yang lebih sempurna dengan keluasan 64 kaki panjang dan 26 kaki lebar bagi menampung bilangan murid yang terus meningkat sehingga 84 orang pada tahun1941 dan setelah kemasukan Jepun jumlah muridnya terus merosot hingga pada akhir pemerintahan Jepun (tahun 1945), Sekolah Melayu Bukit Naga terpaksa ditutup. Semua peralatannya dipindahkan ke sekolah yang baru dibina oleh orang-orang kampong di Jalan Kebun. Guru-guru juga turut dipindahkan ke sekolah tersebut. Pada peringkat asalnya sekolah baru itu juga dikenali dengan nama .Sekolah Melayu Bukit Naga

Walaubagaimanapun, Sekolah Melayu Bukit Naga ini dibuka semula pada tahun 1946, iaitu sewaktu pihak British memerintah semula Tanah Melayu. Semenjak itu Sekolah Melayu Bukit Naga terus berkembang maju dengan penambahan murid dan bangunan.bangunan baru dan seterusnya mendapat nama baru Sekolah Kebangsaan Bukit Naga Disaat yang mencuit hati, hayat bangunan kayu bersejarah yang berusia 73 tahun terpaksa dirobohkan pada Disember 1998 diatas faktor keselamatan dan digantikan dengan

.bangunan

batu

setinggi

4

tingkat

Sekolah Kebangsaan Bukit Naga kini berdiri megah menjadi mercu tanda Kampung Bukit Naga diatas Lot 3849, Seksyen 32, Bukit Naga, Shah Alam yang meliputi kawasan seluas 6 .ekar

Visi Sekolah Melahirkan insan cemerlang dan berketrampilan menjelang 2014 Misi Sekolah Mengujudkan pengurusan sekolah yang cekap dan efisien dalam persekitaran yang kondusif serta mesra pelanggan. Motto : Berilmu dan berbakti

BAB 4AKTA PELAJARAN / PEKELILING IKHTISAS / PERATURAN KOKURIKULUM

4.1

AKTA PELAJARAN 1) Dasar perlaksanaan:

Dalam

Peraturan

2{Peraturan-Peraturan

Pendidikan

(Kurikulum

Kebangsaan)

1997},kegiatan kokurikulum dimaksudkan sebagai: apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan peluang untuk menambah, mengukuhkan dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam bilik darjah. Petikan di atas menegaskan tiga ciri penting mengenai kegiatan kokurikulum iaitu:(a) Kegiatan kokurikulum adalah kegiatan yang dirancang; (b) Kegiatan kokurikulum adalah lanjutan proses pengajaran dan pembelajaran;.dan (c) Kegiatan kokurikulum adalah kegiatan yang memberi peluang kepada muridmurid atau pelajar-pelajar memantapi dan memperkayai pengetahuan,kemahiran dan nilai-nilai murni yang telah mereka pelajari. 2) Kegiatan kokurikulum yang dimaksudkan dalam Peraturan 2{Peraturan-Peraturan Pendidikan(Kurikulum Kebangsaan)1997} itu adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan seperti ditegaskan dalam Subperaturan 3 (1) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997:Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini untuk menyampaikan pengetahuan. Subperaturan 3 di atas menegaskan dengan jelas bahawa setiap kegiatan atau aktiviti kokurikulum mestilah:-

a) b) c)

Membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya; Menanam dan mempertingkatakn nilai moral;dan Menyampaikan ilmu pengetahuan.

3) Syeksen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta550) pula menegaskan bahawa pelaksanaan Kokurikulum Kebangsaan di sekolah kebangsaan atau bantuan kerajaan adalah wajib. Dengan demikian ,oleh kerana kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaannya di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan tentulah juga wajib. 4) Untuk menjelaskan kandungan atau skop kegiatan kokurikulum yang menjadi sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan itu, Subperaturan 3(3)dalam PeraturanPeraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan Peraturan 4 dalam PeraturanPeraturan Pendidikan(Persatuan Sekolah)1998 menegaskan bahawa:Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan kerajaan dan bantuan kerajaaan meliputi kegiatan dalam persatuan yanng ditubuhkan di sekolah daripada kategori berikut, iaitu (a) mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam PeraturanPeraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)1997; (b) hobi dan reaksi; (c) sukan dan permainan; (d) badan beruniform; (e) apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar. 5) Sehubungan dengan kewajipan perlaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaaan dan bantuan kerajaan maka penyertaan pelajar dalam kegiatan dan aktiviti kokurikulum di sekolah adalah wajib.Sehubungan itu,kehadiran pelajardalam kegiatan dan aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan seperti dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1986,KP(BS)8591/Jld.11(41) bertarikh 15 Januari 1986. 6) Berkaitan dengan penyertaan murid atau pelajar dalam kegiatan kokurikulum di sekolah ini juga, Subperkara 5.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985,KP (BS)8591/Jld.11 (29 Bertarikh 2hb.Januari 1985), menegaskan bahawa:Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap murid atau pelajar yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam (badan beruniform), satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan

atau permainan. Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dala kegiatan pakaian seragam hendaklah diusahakan. 7) Selanjutnya dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.16/2000, KP(BS)8591 Jld.XVI (16) bertarikh 13 NOV.2000 dinyatakan bahawa perlaksanaan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan Negara. 8) Perlaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah perlu juga mengandungi elemen-elemen pembangunan kemanusiaan dan pembentukan keperibadian pelajar. Subperkara 5.3 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985,KP (BS) 8591/Jld.11(29) bertarikh 2hb.Januari 1985 menegaskan bahawa:Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerak kerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat; bergotong-royong memperbaiki kawasan sekolah; dan dalam pelbagai gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, krtatanegaraan, moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian. 9) Penglibatan dan kerjasama agensi-agensi kerajaaan dan bukan kerajaan serta masyarakat umumnya dalam penganjuran dan perlaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah sebagai khasnya yang selaras dengan konsepSekolah Sebagai Institusi Masyarakat adalah digalakkan.Subperkara 4.2.1(iii) dan Subperkara 5.2.3 dalam Surat Perkeliling Ikhtisas Bil.4/1985 bertarikh 2hb.Februari 1985 memperkatakan secara langsung mengenai penglibatan masyarakat dalam penglibatan kokurikulum seperti berikut:(a) Subperkara 4.2.1 (iii) :Sumbangan Material dan tenaga terhadap Bahan-Bahan Pengajaran,Kemudahan Gerak Kerja Kokurikulum dan Kebajikan Murid: Menggalakkan ibu bapa dan masyarakat di semua sekolah menyumbangkan material dan tenaga untuk menolong menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran seperti buku-buku dan alat-alat perpustakaaan, serta melengkapkan kemudahan gerak kerja kokurikulum bagi kebajikan pelajar. (c) Subperkara 5.2.3:Membawa Kepakaran Masyarakat kepada Pelajar-Pelajar semasa Gerak Kerja Kokurikulum:

Di samping itu msyarakat pula boleh membuat sumbangannya terhadap kemajuan muridmurid di sekolah. Masyarakat mempunyai keistimewaan dan ada kemahiran tersendiri. Kemahiran yang dimaksudkan itu meliputi kemahiran-kemahiran seperti membetulkan jaring bagi kaum nelayan, dalam membaja bagi bidang pertanian,dan juga kemahiran manipulatif dan teknikal seperti memperbaiki radio dan televisyen. Segala kemahiran ini boleh diajarkan kepada murid.Guru besar hendaklah mengaturkan pengajaran kemahiran ini. Penyebaran kepakaran ini boleh dilakukan melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah. (Ini sejajar dengan konsep deshcooling). Walau pun begitu pihak sekolah hendaklah berpandukan kepada SCHOOLS Regulation 1951. 10) Kegiatan Kokurikulum sebagai sebahgian daripada proses pendidikan perlu dilaksanakan sebagai). Suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. (FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN).

4.3

PERATURAN KO KURIKULUM

1.

Keahlian 1.1 Semua murid tahap 2 (tahun 4,5 dan 6) dikehendaki menjadi ahli salah satu aktiviti kokurikulum dalam setiap bahagian yang dinyatakan seperti berikut : i-Persatuan/kelab ii-Permainan iii-Pasukan Beuniform 1.2 1.3 Tahun 3 dikhususkan memilih dan menyertai salah satu unit beruniform sahaja. Murid tidak dibenarkan menukar keahlian setelah menyertai aktiviti ko-kurikulum tersebut.

2.

Kehadiran 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 Murid mesti hadir pada waktu dan masa yang ditetapkan di dalam jadual Kokurikulum. Murid mesti membawa bersama Buku Pelaporan Penilaian Aktiviti Ko Kurikulum untuk ditandatangani oleh Guru Penasihat. Guru Penasihat dikehendaki merekodkan kehadiran murid di dalam rekod Kehadiran. Ketidakhadiran murid perlu direkodkan. Murid juga dikira hadir sekiranya mempunyai pengesahan doktor dan kebenaran bertulis daripada Guru Besar.

3.

Pakaian 3.1 Murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum samada di dalam atau di luar sekolah hendaklah berpakaian seragam sekolah atau berpakaian PJK sekolah atau baju T rumah sukan dengan trek buttom sekolah. 3.2 3.3 Murid mesti memakai kasut sekolah dengan pakaian uniform atau kasut sukan dengan pakaian PJK/ Baju T Shirt rumah sukan. Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar ke sekolah.

4.

Perjalanan aktiviti kokurikulum 4.1 Setiap unit beruniform/ persatuan/kelab/permainan/ sukan perlu mempunyai visi, matlamat,carta organisasi, takwim aktiviti dan pelaksanaan aktiviti harian/mingguan/bulanan. 4.2 Semua aktiviti mesti dijalankan seperti mana dijadualkan. Guru Penasihat tidak dibenarkan membatalkan atau menangguhkan aktiviti tanpa kebenaran Guru Besar. 4.3 4.4 4.5 Guru Penasihat mesti hadir bersama-sama ahli di tempat aktiviti dijalankan Guru Penasihat dikehendaki menandatangani kehadiran di buku Kokurikulum di Pejabat. Satu laporan lengkap mesti dihantar kepada P.Kanan Kokurikulum sehari selepas aktiviti dijalankan.

5.

Sijil 5.1 5.2 Guru Penasihat perlu memberi sijil kepada ahli mengikut penyertaan murid dalam aktiviti sekolah/zon/daerah/negeri/ kebangsaan dan antarabangsa. Sijil juga diberikan kepada ahli yang manjawat jawatan penting seperti Pengerusi/Pen.Pengerusi/Setiausaha/Pen.Setiausaha/ Bendahari dan sebagainya. 5.3 Guru Penasihat perlu menyediakan senarai nama penerima sijil , nama aktiviti, masa dan tarikh yang lengkap sebelum diserahkan kepada pihak pentadbiran sekolah dan disahkan oleh Guru Besar.

6.

Kemudahan dan Peralatan 6.1 Segala kemudahan dan peralatan sekolah hendaklah digunakan dan dijaga dengan baik.

6.2 6.3

Segala peralatan seperti meja , kerusi, skitel, bola dan sebagainya yang telah digunakan mesti dihantar balik ke tempat asalnya. Setiap pembelian alatan perlulah dimaklumkan terlebih dahulu kepada Pen Kanan ko-Kurikulum dan mendapat kebenaran bertulis daripada Guru Besar.

6.4

Setiap kehilangan/kerosakan hendaklah dimaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah.

7.

Displin dan Keselamatan 7.1 7.2 Guru Penasihat bertanggungjawab penuh diatas semua aspek displin dan keselamatan ahli masing-masing Antara langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil ialah memberi arahan jelas dan tepat, menggunakan wisel untuk mengawal pergerakan murid, menyediaan Kotak First Aids dan murid-murid diminta pulang selepas aktviti tamat. 7.3 Guru Penasihat perlu memaklumkan setiap kemalangan/kecederaan yang berlaku ke atas ahli kepada pihak sekolah dan mengambil langkah-langkah rawatan awal yang sesuai.

8.

Kewangan 8.1 Semua pungutan wang dari ahli-ahli mestilah dengan kebenaran Guru Besar 8.2 Semua pungutan wang dan perbelanjaan mesti direkodkan. 8.3 Rekod kewangan perlu diserahkan bersama laporan lengkap tahunan.

9.

Lawatan/aktiviti di luar sekolah 9.1 Guru Penasihat yang merancang lawatan/aktiviti di luar sekolah mesti mendapat kebenaran Guru Besar dan mengisi Borang Peraturan-Peraturan (Pelancongan) Sekolah 6 minggu sebelum tarikh lawatan. (Lihat Lampiran) 9.2 Penglibatan murid dalam aktiviti diluar kawasan sekolah mesti dengan kebenaran bertulis darpada ibu/bapa dan penjaga

9.3

Guru Penasihat bertanggungjawab sepenuhnya di atas murid sehingga mereka sampai ke sekolah / rumah dengan selamat.

10.

Tuntutan 10.1 Garis panduan tuntutan elaun makanan/minuman untuk murid mewakili sekolah seperti berikut : i-Aktiviti yang dijalankan sepanjang hari ialah RM 3.00 seorang ii-Aktiviti yang dijalankan separuh hari ialah RM 1.50 seorang iii- Aktiviti ang dijalankan kurang daripada 3 jam ialah RM 1.00 seorang 10.2 Garis panduan tuntutan perjalanan untuk guru dan murid semasa menjalankan tugas luar kawasan sekolah seperti berikut : i- Murid murid boleh menuntut tambang pergi-balik berdasarkan kepada harga tiket bas. ii- Sekiranya guru penasihat itu membawa murid bersama dengan kenderaan sendiri, guru itu boleh menuntut harga tiket bas untuk setiap murid (pergibalik)atas nama-nama murid tersebut dibawah tuntutan guru , atau iii Guru itu boleh menuntut berpandukan jarak iaitu 25sen setiap 1km 10.3 Adalah digalakkan kepada setiap guru dan murid menggunakan perkhidmatan bas untuk pergi balik jika melebihi 10 orang murid

BAB 5 REFLEKSI

a) Huraian Aktiviti yang Dijalankan di Sekolah Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh Unit Ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan Bukit Naga, Shah Alam. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan terdiri daripada aktiviti dari badan beruniform, kelab dan persatuan. Berikut merupakan huraian mengenai aktivitiaktiviti yang dijalankan. 5.1 Aktiviti Kelab Muzik dan Kebudayaan 5.1.1 5.1.2 5.1.3 Objektif : Menanam semangat cintakan seni dan kebudayaan negara kita. Menggalakkan murid berminat dalam bidang muzik. Memperkenalkan alat-alat muzik dan kebudayaan negara kita. Matlamat : Memberi peluang kepada murid-murid untuk menunjukkan bakat seni nyanyian, tarian dan lakonan. Menubuhkan pasukan koir tarian dan boria sekolah. Memupuk minat murid dalam mata pelajaran muzik. Strategi : Membantu murid berbakat dalam bidang masing-masing. Mengambil bahagian dalam pertandingan di dalam atau di luar sekolah. Memberi penghargaan kepada murid-murid yang mewakili sekolah.

Aktiviti Kelab Muzik dan Kebudayaan 2011 Bulan Februari Aktiviti 1. Penubuhan kompang

2. Latihan kompang Mac 1. Penubuhan nyanyian koir 2. Penubuhan ensamble Rekoder Alat muzik 3. Latihan kompang 1. Penubuhan nyanyian koir 2. Penubuhan ensamble Rekoder Alat muzik 3. Latihan kompang 1. Penubuhan nyanyian koir 2. Penubuhan ensamble Rekoder Alat muzik 3. Latihan kompang 4. Buku skrap / alat muzik tradisioanal dan moden 1. Penubuhan nyanyian koir 2. Penubuhan ensamble Rekoder Alat muzik 3. Latihan kompang 4. Penubuhan nyanyian solo / bintang kecil 1. Penubuhan nyanyian solo / bintang kecil 1. Penubuhan nyanyian koir 2. Penubuhan nyanyian solo / bintang kecil September Oktober 3. 1. 2. 3. 1. Persembahan bulan patriotik Buku skrap / alat muzik tradisional dan moden Penubuhan nyanyian koir Penubuhan nyanyian koir / bintang kecil Penubuhan nyanyian koir

April

Mei

Jun

Julai Ogos

HURAIAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN OLEH KELAB MUZIK DAN KEBUDAYAAN

Kelab Muzik dan Kebudayaan Sekolah Kebangsaan Bukit Naga turut sama dibantu oleh panitia muzik di dalam menjalankan pelbagai aktiviti. Ini kerana setiap aktiviti yang dijalankan ianya berkaitan di antara satu sama lain. Sepanjang menjalankan aktiviti semua ahli kelab telah didedahkan dengan pelbagai aspek nyanyian, tarian, koir dan permainan alat. Di antara aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan seperti berikut : a) Nyanyian Koir Lazimnya semua ahli akan menyanyikan 3 buah lagu patriotik iaitu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah setiap kali perjumpaan. Ahli kelab telah mempelajari kategori lagu iaitu Lagu Semasa, Patriotik, Asli dan sebagainya. Ahli telah dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk membuat persembahan koir mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti berikut : Kumpulan 1 = Menyanyikan lagu semasa Kumpulan 2 = Menyanyikan lagu patriotik ( Bunga Melor, Setangkai Mawar, Satu Malaysia ) Kumpulan 3 = Menyanyikan lagu asli b) Buku Skrap Aktiviti membuat buku skrap mengenai alat muzik tradisional dan moden ini telah dijalankan pada bulan Mei dan September. Pada bulan Mei kesemua ahli telah melukis alat-alat muzik tradisional dan pada bulan September pula mereka telah melukis alat-alat muzik moden.

c) Tarian Ahli Kelab Muzik dan Kebudayaan telah mempelajari teknik asas menari yang diketuai oleh Cikgu Norzakiah. Mereka telah belajar 4 step tarian joget dan tarian moden.

d) Ensamble Rekoder Dalam ensamble rekoder setiap ahli telah belajar bermain alat rekoder secara berpandu. Teknik-teknik yang dipelajari adalah seperti berikut : Teknik tiupan Teknik penjarian Not dalam rekoder Postur Harmoni

5.2

TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-37

JAWATANKUASA PENGELOLA TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-37 2011 SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT NAGA, SEKSYEN 32, 40460 SHAH ALAM PENASIHAT PENGERUSI NAIB PENGERUSI : Pn. Hjh Umi Kalsom Bt Kusni Guru Besar, SK Bukit Naga : En. Yahya Bin Selamat GPK Kokurikulum : Pn. NorInee Bt. Khairon GPK Kurikulum Pn.Hjh Rakimi Bt Hashim GPK Hal Ehwal Murid Pn. Hjh Rosmah Bt Abd Manaf GPK Petang SETIAUSAHA PEN.SETIAUSAHA 1 PEN.SETIAUSAHA 2 BENDAHARI Juruacara Pn. Manisah Bt. Mokhtar Pengurus Kejohanan En. Adrizal b. Mohd Adnan : Pn. Zuraikhan Binti Shamsi : En. Khairuddin Bin Saperi : En. Shahru Hasimin Bin Othman : Pn. Ramlah Bt. Sulaiman Penyambut Tetamu Cik Nurul Asyikin Bt. Wahab Teknik dan Peralatan En. Shahru Hasimin Bin Othman En.Muhammad Azizul B. Abraur Pelepas En. Faimi B. Mohammed En. Ahmad Kamal B. Basir Pengurus Peserta Keselamatan dan Disiplin Pn.Nurul Akmar Bt. Ramly Cik Mohanavadivu Statistik

Pn.Rafiah Bt. Salim Pn.Che Rohaida Bt. Yusof Pn. Siti Kasiam Bt. Omar En. Hanizu B. Hamzah En. Fazza Fairuz B. Tukiran Hakim Lorong 100M En. Mohd Nassir B. Samsuddin Pn.Wan Ramlah Bt Wan Ahmad Cik Hazami Bt Wahab Penyelaras Lontar Peluru En. Khairuddin B. Saperi Pn. T. Uma @ Annita Penyelaras Lompat Jauh Pn. Suzilah Bt Mohd Noor Pn. Rohaidah Bt. Zainal Pn. Sazliana Bt Hassan Hakim Penamat Pn.Marsidah Bt Abd Aziz En.Mohd Zainuddin B. Abd Ghani Pn. Marziati Bt. Misri Pn.Norisah Bt. Roslan En.Mariani Bt. Hanafi Pn.Mufidah Bt. Kadzri Pn.Suriatty Bt. Ibrahim

Cik Siti Zurainiwati Bt. Hamzah Cik Janica Juri Pn.Kalpana Devi a/p Karisnil Pn. Norhayati Bt. Yusop

Hakim Lorong 200M Cik Siti Hasnita Bt. Saniran Pn.Ramlah Bt. Sulaiman Pn. Arijan Bt. Salim Penyelaras Lompat Tinggi En. Md Narol B. Idris Pn. Zuraidah Bt. Bakri Pencatat Masa En.Mohd Fathi B. Abd Hamid Pn.Fadzlina Bt Mohd Ramli Pn. Marlinda Bt. Ahmad Siaraya Tn Hj. Mohd Ridzan B. Abd Shahir

Dokumentasi Pn. Farah Bt Ghani

5.2.1

Objektif : Memupuk semangat setia kawan di kalangan rakan sepasukan Mengeratkan hubungan di antara ibu bapa yang hadir untuk memberikan semangat kepada anak-anak mereka.

Menyediakan pemain yang berbakat dan berpotensi untuk mereka taruhkan dalam temasya sukan. Menjadi medan terbaik untuk mereka tonjolkan bakat mereka dalam arena sukan.

5.2.2

Maklumat Program : Tarikh Hari Masa Tempat : : : : 27 Februari 2011 Ahad 8.00 pagi 2.00 petang Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam

5.2.3

Penglibatan :

Semua warga SKBN, ibu bapa dan masyarakat setempat. 5.2.4 Peserta :

Program Temasya Sukan Tahunan 2011 disertai oleh semua warga Sekolah Kebangsaan Bukit Naga dari Tahun 4 hingga Tahun 6, guru-guru dan kakitangan SKBN serta ibu bapa terlibat dalam menjayakan sukan pada tahun ini. 5.2.5 Perasmi :

Program Temasya Sukan Tahunan 2011 Sekolah Kebangsaan Bukit Naga telah dirasmikan oleh En. Mohammad Faudzi bin Mahmud yang merupakan YDP PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Naga.

5.2.6

Penglibatan Guru :

Semua guru Sekolah Kebangsaan Bukit Naga terlibat dalam menjayakan Temasya Sukan Tahunan pada tahun ini.

5.2.6 Penglibatan saya:

Saya telah ditugaskan sebagai hakim lorong 200M. Penglibatan saya dalam sukan tahunan ini sememangnya memerlukan komitmen yang jitu, kepekaan yang tinggi dan bersungguhsungguh supaya acara sukan ini dapat dijalankan dengan sempurnanya mengikut apa yang telah dirancangkan bersama. Saya bersyukur kerana melalui program yang telah dirancangkan ini sekaligus memperolehi pengalaman baru serta dapat mempelajari perancangan untuk melaksanakan sesuatu program ko-kurikulum

TENTATIF PROGRAM TEMASYA SUKAN TAHUNAN SK BUKIT NAGA KALI KE 37. MASA ACARA ATURCARA MAJLIS PERASMIAN # KETIBAAN GURU, MURID-MURID & IBU BAPA # KETIBAAN TETAMU KEHORMAT # PERBARISAN RUMAH SUKAN & UNIT BERUNIFORM # NYANYIAN LAGU NEGARAKU # BACAAN DOA # LAFAZ IKRAR # UCAPAN GURU BESAR # UCAPAN PERASMIAN ACARA MURID JAM 0930 # ACARA LOMPAT JAUH LELAKI TAHUN 4 # ACARA LOMPAT JAUH PEREMPUAN TAHUN 4 # ACARA LOMPAT JAUH LELAKI TAHUN 5 # ACARA LOMPAT JAUH PEREMPUAN TAHUN 5 # ACARA LOMPAT JAUH LELAKI TAHUN 6 # ACARA LOMPAT JAUH PEREMPUAN TAHUN 6

JAM 0800 JAM 0900

JAM 0945

# ACARA 4X100M LELAKI TAHUN 4 # ACARA 4X100M PEREMPUAN TAHUN 4 # ACARA 4X100M LELAKI TAHUN 5 # ACARA 4X100M PEREMPUAN TAHUN 5 # ACARA 4X100M LELAKI TAHUN 6 # ACARA 4X100M PEREMPUAN TAHUN 6 # ACARA 80M LARI BERPAGAR LELAKI TAHUN 4 # ACARA 80M LARI BERPAGAR PEREMPUAN TAHUN 4 # ACARA 80M LARI BERPAGAR LELAKI TAHUN 5 # ACARA 80M LARI BERPAGAR PEREMPUAN TAHUN 5 # ACARA 80M LARI BERPAGAR LELAKI TAHUN 6 # ACARA 80M LARI BERPAGAR PEREMPUAN TAHUN 6

JAM 1000

JAM 1030

# ACARA 200M LELAKI TAHUN 4 # ACARA 200M PEREMPUAN TAHUN 4 # ACARA 200M LELAKI TAHUN 5 # ACARA 200M PEREMPUAN TAHUN 5 # ACARA 200M LELAKI TAHUN 6 # ACARA 200M PEREMPUAN TAHUN 4

JAM 1100

# ACARA 100M LELAKI TAHUN 4 # ACARA 100M PEREMPUAN TAHUN 4 # ACARA 100M LELAKI TAHUN 5 # ACARA 100M PEREMPUAN TAHUN 5 # ACARA 100M LELAKI TAHUN 6 # ACARA 100M PEREMPUAN TAHUN 6

JAM 1115

# ACARA TARIK TALI LELAKI # ACARA TARIK TALI PEREMPUAN

JAM 1200

# ACARA IBU

# ACARA BAPA # ACARA KANAK-KANAK # ACARA PEGAWAI JAM 1300 ATURCARA MAJLIS PENUTUP # PENYAMPAIAN HADIAH JAM 1400 BERSURAI

5.3

PROGRAM

PERKHEMAHAN

UNIT

BERUNIFORM

SEKOLAH

KEBANGSAAN BUKIT NAGA Aktiviti perkhemahan merupakan satu langkah pendedahan dan membolehkan ahliahli memperolehi kemahiran asas perkhemahan, di samping berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta mewujudkan keprihatinan tentang latihan yang dijalankan agar lebih dinamik dan pragmatik sejajar dengan era pembangunan negara dan kehendak semasa. Program ini diharap dapat menonjolkan jati diri dan disiplin yang tinggi untuk menangani cabaran-cabaran dan strategi kea rah pemantapan pasukan ahli unit beruniform di peringkat sekolah. Di samping mewujudkan keseimbangan di antara emosi, jasmani, intelek dan rohani pelajar selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara. 5.3.1 Matlamat Menambah pengetahuan dan pengalaman di kalangan ahli-ahli unit beruniform serta memperkembangkan bakat, potensi, semangat juang dan keyakinan diri agar dapat menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada diri sendiri khususnya, sekolah dan negara amnya. 5.3.2 Objektif Meningkatkan ketaqwaan kepada Tuhan.

5.3.3

Meningkatkan abiliti dan kendiri. Menghayati erti batasan kehidupan. Memupuk semangat juang, keberanian dan kreativiti. Meningkatkan semangat kekitaan, berpasukan dan berdisiplin. Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.

Penganjuran Tarikh Tempat : 13 15 Mac 2009 : Kem Lembah Genting, Batang Kali, Selangor Darul Ehsan.

Kumpulan Sasaran : Para ahli Unit-unit Beruniform terdiri daripada Pergerakan Pengakap, Puteri Islam, Pasukan Bulan Sabit Merah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Jumlah peserta dianggarkan seramai 120 orang. 5.3.4 Perangkaan / Penglibatan / Statistik A. Persatuan Kelab Perkhemahan ini disertai oleh seramai 120 orang ahli-ahli Pasukan Pakaian Seragam yang terdiri daripada : Pengakap Puteri Islam Tunas Puteri Persatuan Bulan Sabit Merah Tunas Kadet Remaja Sekolah B. Penglibatan Jurulatih Aktiviti-aktiviti fizikal seperti kembara, jungle tracking, flying fox, laluan berhalangan dan survival dikendalikan oleh jurulatih bertauliah dari pihak Kem Lembah Genting. C. Penglibatan Guru : : : : : 25 orang 23 orang 23 orang 23 orang 26 orang

Semua guru SK Bukit Naga terlibat dalam menjayakan program perkhemahan ini. Hampir 90% guru-guru mengikuti perkhemahan di Kem Lembah Genting, Batang Kali. TENTATIF PROGRAM HARI / TARIKH / MASA JUMAAT 13 / 03 / 2009 3.00 4.00 ptg 5.30 7.00 ptg 7.00 9.30 mlm 9.30 10.30 mlm 10.30 11.00 mlm 11.00 12.00 tgh mlm 12.00 12.30 pg 12. 45 pg Pendaftaran peserta-peserta perkhemahan Bertolak ke Kem Lembah Genting, Batang Kali. Solat Asar Minum Petang Penempatan Persiapan Diri Makan malam Solat Maghrib Tazkirah Solat Isyak Ice breaking Latihan Malam Kebudayaan Minum malam Kembara Malam (Night Walk) Bersih diri Tidur AKTIVITI

SABTU 14 / 03 / 2009 5.30.- 7.00 pg 7.00 8.00 pg 8.00 8.50 pg 9.00 4.00 ptg 4.00 5.00 ptg 5.00 6.30 ptg 7.00 9.00 mlm 9.00 11.00 mlm 11.00 11.30 mlm 11.45 mlm Pengurusan Diri Makan malam Solat Maghrib Tazkirah Solat Isyak Pertandingan Malam Kebudayaan Minum malam Flying Fox (Sesi 1) Minum petang Solat Asar Bangun Pengurusan Diri Solat Subuh Kuliah Subuh Riadhah Minum pagi Kembara Kompas Jungle Tracking Ikhtiar Hidup (Survival) Solat Zuhur Mandi Sungai

Tidur

AHAD 15 / 03 / 2009 5.30 7.00 pg 7.00 8.00 pg 8.00 8.30 pg 8.30 10.30 pg 10.30 11.00 pg 11.00 12.30 tghhr 12.30 2.00 ptg 2.00 ptg Minum pagi Majlis Perasmian Penutup Solat Zuhur Bertolak pulang ke SKBN Bangun Pengurusan Diri Solat Subuh Kuliah Subuh Senaman pagi Sarapan Laluan berhalangan Flying Fox ( Sesi 2 ) Mandi sungai

b) Kelebihan Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan di semua sekolah di seluruh Negara amnya dan Sekolah Kebangsaan Bukit Naga khasnya pastinya mempunyai kelebihan yang tersendiri dan dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada murid-murid, bahkan ianya memberi manfaat kepada guru-guru dan pembangunan sekolah. Kokurikulum di sekolah merupakan aktiviti yang bertujuan untuk menyemai, memupuk dan menanam perasan espirit de corps, iaitu perasaan kekitaan diantara murid-murid berbilang kaum. Di samping itu, ia juga melatih murid-murid bersikap bertanggungjawab, berdisiplin, berdikari serta berkemahiran dalam sesuatu bidang yang mereka sertai. Untuk lebih jelas lagi, berikut dijelaskan kelebihan aktiviti kokurikulum : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Memupuk semangat kerjasama, muhibah dan tolenrasi dikalangan pelajar. Dapat mencungkil dan mengembangkan bakat dan minat pelajar dalam lapangan yang mereka sukai. Melatih pelajar membuat kerja secara berpasukan dan bekerjasama , dengan ini dapat menyediakan pelajar cara hidup bermasyarakat. Pelajar belajar secara tidak formal, bergaul dan beinteraksi dalam masyarakat. Boleh membina dan memperkembangkan daya kreatif murid. Melahirkan pelajar-pelajar yang cerdas dalam bidang pelajaran, cergas dalam sukan dan persatuan. Mendedahkan kepada pelajar pengalaman pentadbiran sesebuah persatuan dan kelab, memupuk sifat kepimpinan dikalangan pelajar dan melatih pelajar menjalankan tugas-tugas dipertanggungjawabkan kepada mereka dengan baik. viii. Aktiviti kokurikulum boleh mendisiplinkan pelajar berdasarkan peraturan-peraturan permainan dan persatuan yang perlu dipatuhi.

c) Kelemahan Walaupun aktiviti kokurikulum yang dijalankan memberi banyak manfaat dan kelebihan, namun tidak dapat dinafikan bahawa ianya juga mempunyai beberapa kelemahan. Antara kelemahan-kelemahan aktiviti kokurikulum yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bukit Naga ialah : i. Kekurangan kemudahan prasarana dan peralatan Kekurangan kemudahan prasarana dan peralatan menjadi kelemahan utama kepada pihak sekolah untuk menjalankan aktiviti kokurikulum di sekolah. Ini kerana, pihak sekolah tidak mempunyai dewan untuk memudahkan murid-murid menjalani latihan aktiviti kokurikulum. Ini ditambah pula dengan keadaan padang sekolah yang tidak sempurna menjadikan aktiviti kokurikulum yang dijalankan terbatas.

ii.

Kekangan masa Kekangan masa turut menyumbang ke arah kelemahan pelaksanaan aktiviti

kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Bukit Naga. Pelbagai program dan aktiviti lain yang turut dijalankan di sekolah menjadikan aktiviti kokurikulum dapat dijalankan hanya dua kali sebulan. Disebabkan itu juga, pihak sekolah terpaksa mencari tarikh yang sesuai untuk dijalankan aktiviti kokurikulum agar tidak mengganggu program-program lain dan semua murid dan guru dapat menghadiri aktiviti kokurikulum ini. iii. Komitmen guru Komitmen guru-guru adalah penting bagi menjayakan aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Akan tetapi, adakalanya sesetengah guru tidak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab tertentu. Ini menyebabkan aktiviti kokurikulum yang dijalankan kurang berkesan kerana bilangan guru yang hadir tidak mencukupi.

d) Punca kelemahan i. Sikap dan persepsi guru Punca utama kelemahan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di Sekolah Kebangsaan Bukit Naga ialah sikap guru itu sendiri yang memandang remeh terhadap aktiviti kokurikulum. Terdapat sebilangan guru yang beranggapan bahawa aktiviti kokurikulum tidak penting dan mengganggu masa terluang mereka. Mereka juga beranggapan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas sudah memadai bagi murid-murid dan murid-murid tidak perlu menyertai aktiviti kokurikulum. Disebabkan itu, mereka mencari pelbagai alasan untuk tidak menghadirkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan.

ii.

Guru terlalu banyak kerja Bebanan kerja yang terlalu banyak dan ditambah pula dengan penglibatan mereka

di dalam pelbagai aktiviti dan program lain menyebabkan ia menjadi punca kelemahan aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Bebanan kerja yang bertambah dari sehari ke sehari memberi impak yang besar kepada aktiviti kokurikulum di mana guru-guru tidak dapat memberikan komitmen yang tinggi selain tidak menyertai aktiviti yang telah ditetapkan. iii. Kurang kerjasama antara guru-guru Kurang kerjasama di kalangan guru-guru dapat dilihat apabila berlangsungnya aktiviti kokurikulum di sekolah. Terdapat sebilangan guru yang lebih suka bersembang dengan rakan-rakan lain dan membiarkan sebilangan kecil guru lain menjalankan tugas bersendirian tanpa pertolongan dari rakan-rakan lain.

e) Cadangan Pemurnian

Berikut merupakan beberapa cadangan pemurnian bagi mengatasi kelemahan-kelemahan aktiviti kokurikulum yang sedia ada. i. Pihak sekolah perlu menyediakan satu jadual yang lebih sistematik di mana pelajar

boleh menggunakan peralatan pada masa lapang. Pihak sekolah hendaklah menyusun penggunaan alatan mengikut waktu kesenggangan pelajar agar mereka dapat menggunakan kemudahan alatan bagi mereka bersukan. Kebiasaannya pihak sekolah hanya menyediakan alatan pada waktu kokurikulum sukan sahaja dan pada hari-hari lain kemudahan alatan tiada. Selain daripada menggalakan pelajar bersukan ia juga dapat menghindar pelajarpelajar melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfeadah seperti melepak, berbual kosong, mengacau pelajar lain dan lain-lain. ii. Guru-guru perlu lebih kerap diberi kursus oleh Pejabat Pelajaran Daerah / jabatan

untuk memberi kesedaran kepada guru bahawa aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada aktiviti pembelajaran. iii. Pihak sekolah hendaklah menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi

untuk aktiviti kokurikulum dan melengkapkan kemudahan seperti dewan, gelanggang badminton dan padang permainan. iv. Pihak sekolah perlulah menyediakan sijil-sijil yang berkaitan seperti sijil

kejurulatihan bolasepak, sepaktakraw dan sebagainya. v. Pihak sekolah perlu mendapat sokongan dan penglibatan ibu bapa serta masyarakat

kampung terutamanya yang berkebolehan untuk menjadi tenaga pengajar atau pembantu dalam aktiviti ko-kurikulum. vi. Pihak sekolah perlu menyediakan sijil khas penglibatan pelajar dalam bidang

kokurikulum dan juga penglibatan guru dalam aktiviti kokurikulum.

vii.

Guru-guru yang terlibat dalam aktiviti kokurikulum perlu diberi insentif dalam apa

jua bentuk seperti memberi peluang mengikuti kursus yang lebih tinggi dan keutamaan dalam pemilihan jawatan dan kenaikan pangkat serta kemudahan untuk menyambung pelajaran.

Penutup Sesungguhnya, aktiviti kokurikulum mempunyai banyak manfaat dan faedah kepada para pelajar dan ianya juga merupakan sebahagian dari proses pembelajaran di mana para pelajar mempelajari sesuatu yang baru sekaligus memperolehi pengalaman berharga dengan menyertai aktiviti kokurikulum ini. Pelbagai langkah perlu diambil oleh pihak kerajaan dan pihak sekolah agar aktiviti kokurikulum yang dijalankan dapat dimantapkan dan kerjasama dari pelbagai pihak terutama guru-guru khasnya diperlukan dengan harapan pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini mencapai matlamat yang disasarkan.