aspirasi di sebalik karya claude monet "impression, sunrise", 1872

6
ASPIRASI DI SEBALIK KARYA CLAUDE MONET “IMPRESSION, SUNRISE”, 1872 Pada 25 April 1874, jurnal seni Le Charivari telah diterbitkan oleh Louis Leroy. Di bawah tajuk "Pameran daripada Impresionis ' , beliau menulis sebuah dialog yang dikatakan khayalan antara penulis dan pelukis akademik Joseph Vincent, sehingga diberi nama baru untuk gaya baru. “Ini dia, dengan satu seru, di depan lukisan nombor 98. Apa yang dilakukan pada kanvas itulah gambarnya. Lihatlah dalam katalog, "Impression, Sunrise. Aku tidak begitu yakin tentang hal ini,” katanya pada diri sendiri bahawa inilah kesan yang mahu ditonjolkan. Apa maksud kebebasan dan apa yang hendak digambarkan hanya menghampakan sahaja. Lebih cantik gambar pada Wallpaper di negara asalnya yang nampak lebih sempurna daripada pemandangan laut ini.” Lukisan Impression's Monet, Sunrise menjadi terkenal yang telah banyak memberi aspirasi pada gerakan impresionis. Dari nama judul lukisan itu sudah melambangkan semangat impresionisme yang tinggi. Lukisan yang dihasilkan oleh Claude Monet ini merupakan suatu persepsi yang mahu dikongsi bersama dengan orang lain. Suatu persepsi dari lanskap laut yang dilukis pada tahun 1872 di Le Havre. Wap, kabus dan asap dari cerobong sebagai kesan latar belakang yang diletakkan menjadi aliran jalan antara satu sama lain. Mood yang separuh istirehat dalam kelapangan diseimbangkan bersama kekuatan cahaya matahari. Cahaya itu segera menyebar

Upload: mohamed-noor-bin-othman

Post on 21-Jun-2015

1.483 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Lukisan Impression's Monet, Sunrise menjadi terkenal yang telah banyak memberi aspirasi pada gerakan impresionis. Dari nama judul lukisan itu sudah melambangkan semangat impresionisme yang tinggi. Lukisan yang dihasilkan oleh Claude Monet ini merupakan suatu persepsi yang mahu dikongsi bersama dengan orang lain. Suatu persepsi dari lanskap laut yang dilukis pada tahun 1872 di Le Havre.

TRANSCRIPT

Page 1: ASPIRASI DI SEBALIK KARYA CLAUDE MONET "IMPRESSION, SUNRISE", 1872

ASPIRASI DI SEBALIK KARYA CLAUDE MONET “IMPRESSION, SUNRISE”, 1872

Pada 25 April 1874, jurnal seni Le Charivari telah diterbitkan oleh Louis Leroy. Di

bawah tajuk "Pameran daripada Impresionis ', beliau menulis sebuah dialog yang

dikatakan khayalan antara penulis dan pelukis akademik Joseph Vincent, sehingga

diberi nama baru untuk gaya baru. “Ini dia, dengan satu seru, di depan lukisan nombor

98. Apa yang dilakukan pada kanvas itulah gambarnya. Lihatlah dalam katalog,

"Impression, Sunrise. Aku tidak begitu yakin tentang hal ini,” katanya pada diri sendiri

bahawa inilah kesan yang mahu ditonjolkan. Apa maksud kebebasan dan apa yang

hendak digambarkan hanya menghampakan sahaja. Lebih cantik gambar pada

Wallpaper di negara asalnya yang nampak lebih sempurna daripada pemandangan laut

ini.”

Lukisan Impression's Monet, Sunrise menjadi terkenal yang telah banyak memberi

aspirasi pada gerakan impresionis. Dari nama judul lukisan itu sudah melambangkan

semangat impresionisme yang tinggi. Lukisan yang dihasilkan oleh Claude Monet ini

merupakan suatu persepsi yang mahu dikongsi bersama dengan orang lain. Suatu

persepsi dari lanskap laut yang dilukis pada tahun 1872 di Le Havre.

Wap, kabus dan asap dari cerobong sebagai kesan latar belakang yang diletakkan

menjadi aliran jalan antara satu sama lain. Mood yang separuh istirehat dalam

kelapangan diseimbangkan bersama kekuatan cahaya matahari. Cahaya itu segera

menyebar sinarnya untuk bertembung dengan kabut dan memberikan pandangan yang

agak-agak samar-samar dari dermaga yang agak romantis.

Ditonjolkan matahari dan pantulan cahaya dan bayang diterap tebal dan kukuh.

Segalanya menjadi suatu kesan tampak sebagai sekilas pandang dalam cuaca pagi.

Segalanya nampak tenang tetapi masih ada gangguan pada cahaya matahari yang

terasa mulai menghembuskan nafas panasnya. Ketenangan itu dimainkan peranannya

oleh pelaut sedang mendayung dan divisualisasikan secara tenang bersama bayangan

yang jatuh ke air. Hanya pemerhati yang mampu berimaginasi dikatakan boleh

membezakan antara kargo dan dermaga yang berada di belakang pelaut.

Page 2: ASPIRASI DI SEBALIK KARYA CLAUDE MONET "IMPRESSION, SUNRISE", 1872

Monet menonjolkan dirinya dalam beberapa buah karya di London sekitar tahun 1870-

1871, Karya-karya beliau dalam gaya lukisan yang mempersonakan pemerhati. Namun

terdapat beberapa karyanya telah dikatakan sebagai “lukisan yang tidak jelas” sebagai

diri peribadinya yang tidak menentu. Dia telah melarikan diri untuk mengelak dari

diwajibkan menjadi tentera dalam peperangan Perancis-Prussia. Dia melakukan

lawatan biasa ke 46 muzium dengan rakan-rakan pelukis antaranya Camille Pissarro.

Mereka berkongsi satu semangat dalam menjelaskan prinsip berkarya yang turut

bersama ialah John Constable dan William Turner. Gandingan ini menaikkan lagi

semangat untuk melukis gambar yang menunjukkan imej tampak berinteraksi antara

atmosfera dan cahaya. Kesan air dan asap menjadi suatu imej pilihan mereka dalam

berkarya hingga terbawa ke dalam lukisan abstrak di sekitar tahun 1830-an hingga

1850-an.

Pengkritik seni secara adil cuba membuat penilaian berdasarkan suasana yang dialami

oleh Monet dalam pengalaman lampau yang beliau harungi ketika di Perancis.

Suasana tersebut mempengaruhi keseluruhan mood yang dipaksa dan terhasil dalam

lukisan beliau iaitu “ Impression, Sunrise”.

Dalam situasi yang paling sukar, Monet menunjukkan sifat yang luar biasa dan cuba

bertahan untuk dikritik demi kepentingan seni. Renoir salah seorang pelukis sezaman

cuba mengembalikan ingatan pada reaksinya terhadap penilaian negatif dari

Impression, Sunrise: Dikatakan dalam kritikan itu, "Monet mengangkat bahu seolah

membodohkan orang ramai, hanya orang-orang yang buta dan miskin saja yang ingin

melihat segalanya dalam kabut yang tidak jelas"

Seorang pengkritik lain, menjelaskan kepadanya, “bahawa kabut bukan motif untuk

lukisan. Monet agak lemah dan kurang pemahaman dan jika dibiarkan tanpa diberi

dorongan, orang ramai tidak lagi dapat bertahan dan menjadi bosan untuk melihat

Monet terus melukis sesuatu yang jauh lebih berkabut. "

Setengah pengkritik lain cuba menilai karya ini menarik perhatian dari segi

pencahayaan yang terang untuk menggambarkan keindahan lautan ketika sang suria

Page 3: ASPIRASI DI SEBALIK KARYA CLAUDE MONET "IMPRESSION, SUNRISE", 1872

terbit. Namun yang lebih penting, pelukis bukannya bertujuan mahu melahirkan lukisan

yang indah dan cantik. Matlamatnya ialah mencipta suatu rakaman realiti yang

dilihatnya sendiri. Dari sudut pandangan pelukis sebagai suatu semangat

Impresionisme yang mahu menangkap kesan visual dari realiti. Ada pergerakan,

cahaya dan sesuatu yang amat dekat dengan mata kita yang boleh digambarkan

secara realiti.

Kepekaan pelukis pada kesan cahaya yang membawa perubahan atmosphera di langit

dan terjatuh pada permukaan air merupakan realiti, keajaiban yang mahu dijelmakan.

Permukaan air yang bergerak dan bersinar dengan warna merah jingga telah

digunakan oleh Monet untuk menyatakan aspirasi semangat impresionisme sebagai

pergerakan, perjuangan mengangkat gaya dalam seni lukis. Dari semangat gerakan

impresionisme ini suatu penemuan berasaskan saintifik telah melahirkan teori persepsi

dan teori warna yang membuktikan cahaya dan bayang adalah suatu fenomena alam.

Juga dalam teori yang diketengahkan itu membuktikan tiada warna hitam dalam alam

semulajadi. Dengan bukti ini pelukis boleh menolak warna hitam pada palet ketika

melukis.

Berasaskan kefahaman dan hubungkait mekanisme kamera dengan mata, suatu yang

dicipta dari sumber pencahayaan yang merentas kanta mencetuskan imej impresif.

Itulah visi sebenar pergerakan impresionisme ini yang mementingkan hasil cahaya dan

warna memainkan peranan pada setiap permukaan. Hal benda tidak begitu penting

yang lebih utama ialah penggembaraaan yang dekat dengan apa yang dapat dilihat

oleh mata seseorang. Karya Monet “Impression, Sunrise”, sebenarnya suatu aspirasi

perjuangan dalam sejarah seni lukis.

Page 4: ASPIRASI DI SEBALIK KARYA CLAUDE MONET "IMPRESSION, SUNRISE", 1872

▲ Karya Claude Monet berjudul “Impression Sunrise”, tahun 1872, cat minyak di atas kanvas, berukuran 49.5 cm x 65 cm. Menjadi koleksi pameran di Musee Marmottan,

Paris.

Claude-Oscar Monet (1840-1926)►

Page 5: ASPIRASI DI SEBALIK KARYA CLAUDE MONET "IMPRESSION, SUNRISE", 1872