assg bmm3113

3
1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bahasa Melayu adalah bahasa yang menjadi teras maruah bangsa mempunyai ciri-ciri intrinsik dan ekstrinsik yang mantap. Ciri-ciri intrinsiknya ialah mempunyai unsur-unsur fizikal, mampu melaksanakan fungsi tinggi, menjadi wahana pemikiran tinggi dan mengandungi ilmu tinggi dan kompleks ( Abdullah Hassan, 1997: 3 ). Menurut Simanjuntak (1995 ) secara ekstrinsik, Bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri fizikal yang sempurna kerana ia sudah mempunyai sistem ejaan, sebutan, nahu, kamus, ensiklopedia dan rujukan. Sebenarnya pakar bahasa sudah lama mengatakan bahawa bahasa Melayu itu sudah lama menjadi bahasa ilmu, bahasa intelektual, bahasa sastera di peringkat nasional bahkan bahasa supranasional (Abdullah Hassan, 1997:3 ) Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (KSSR) menyatakan bahaa terdapat empat kemahiran berbahasa yang perlu diajar oleh guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Menurut Marohaini (1996) kemahiran menulis merupakan kemahiran asas yang paling penting berbanding kemahiran-kemahiran berbahasa yang lain. Hal ini disebabkan sebahagian bentuk ujian adalah dalam bentuk bertulis atau penulisan. Lebih-lebih lagi penulisan karangan bagi kertas 2 Bahasa Melayu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Ini bermakna pelajar perlu menguasai kemahiran menulis bagi mendapat keputusan yang lebih cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling

Upload: jebatal-kelantani

Post on 22-Nov-2015

22 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bmmm

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PengenalanBahasa Melayu adalah bahasa yang menjadi teras maruah bangsa mempunyai ciri-ciri intrinsik dan ekstrinsik yang mantap. Ciri-ciri intrinsiknya ialah mempunyai unsur-unsur fizikal, mampu melaksanakan fungsi tinggi, menjadi wahana pemikiran tinggi dan mengandungi ilmu tinggi dan kompleks ( Abdullah Hassan, 1997: 3 ). Menurut Simanjuntak (1995 ) secara ekstrinsik, Bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri fizikal yang sempurna kerana ia sudah mempunyai sistem ejaan, sebutan, nahu, kamus, ensiklopedia dan rujukan. Sebenarnya pakar bahasa sudah lama mengatakan bahawa bahasa Melayu itu sudah lama menjadi bahasa ilmu, bahasa intelektual, bahasa sastera di peringkat nasional bahkan bahasa supranasional (Abdullah Hassan, 1997:3 ) Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (KSSR) menyatakan bahaa terdapat empat kemahiran berbahasa yang perlu diajar oleh guru Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Menurut Marohaini (1996) kemahiran menulis merupakan kemahiran asas yang paling penting berbanding kemahiran-kemahiran berbahasa yang lain. Hal ini disebabkan sebahagian bentuk ujian adalah dalam bentuk bertulis atau penulisan. Lebih-lebih lagi penulisan karangan bagi kertas 2 Bahasa Melayu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Ini bermakna pelajar perlu menguasai kemahiran menulis bagi mendapat keputusan yang lebih cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang salingmelengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulismerupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secarabersistem iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gayapenulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis merupakan suatukemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaranyang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yangtinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan penguasaanpembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu. (Abdul Rasid Jamian, 2011). Menurut Roselan (2003), kemahiran berbahasa merupakan kemahiran asas yang amat penting dan perlu ditekankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru sebagai pelaksana kurikulum perlu mengambil berat tentang objektif kurikulum yang digubal bagi membolehkan hasrat kerajaan tercapai. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan projek untuk meninjau keperluan pengajaran pemulihan, iaitu melalui Program KIA2M (Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis) mengesahkan bahawa keperluan pengajaran pemulihan amat diperlukan. Justeru, Bahagian Sekolah-Sekolah KPM telah merangka program pengajaran pemulihan di sekolah rendah bagi memenuhi keperluan murid-murid lembam ini (Abdul Rasid dan Zulkafli 2008).