assgmnt rbt

15
PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E 1.0 PENGENALAN Pada zaman Melayu Melaka, mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan dipanggil sebagai pedagang, kemudian dikenali sebagai peniaga pada tahun 90-an. Perkataan usahawan dalam bahasa Inggeris ialah entrepreneur . Perkataan ini berasal dari perkataan Perancis iaitu entreprendre yang membawa maksud memikul tugas atau tanggungjawab. Menurut kamus dewan edisi keempat, usahawan ditakrifkan sebagai orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan berniaga secara besar-besaran. Usahawan juga boleh didefinisikan sebagai orang yang meneroka sesebuah perniagaan, memajukan , membangunkan perniagaan tersebut dan mengambil risiko pelaburan perniagaan yang diceburinya. Keusahawanan ialah proses menghasilkan sesuatu yang baru dari segi nilai dengan memperuntukan masa dan usaha yang diperlukan, menanggung risiko kewangan, risiko psikologikal dan risiko sosial serta mendapat ganjaran daripada usaha tersebut dalam bentuk kewangan, kepuasan diri dan kebebasan (Hisrich dan Peter ,1998). Keusahawanan merupakan satu proses mengembleng sumber-sumber seperti tanah, modal, bahan mentah, sumber manusia, teknologi dan maklumat oleh usahawan secara kreatif dan inovatif untuk menghasilkan barang atau perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Perbezaan antara usahawan dan keusahawanan ialah usahawan merupakan orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan atau perindustrian. Individu tersebut mempunyai ciri-ciri yang diperlukan oleh seorang usahawan seperti inovatif, kreatif, berani mengambil risiko yang telah diperhitungkan , bijak mengambil peluang dan lain-lain. Manakala keusahawanan ialah suatu bidang ilmu yang diceburi yang meliputi bidang pengetahuan, kemahiran dan sikap. Secara ringkasnya, boleh dinyatakan bahawa keusahawanan sebagai kualiti manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain. Ia merupakan proses mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai objektif yang dihajati. Ianya juga merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan. 1

Upload: jayasree-murugiah

Post on 12-Dec-2015

141 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

USAHAWAN

TRANSCRIPT

Page 1: ASSGMNT RBT

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E

1.0 PENGENALAN

Pada zaman Melayu Melaka, mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan dipanggil sebagai

pedagang, kemudian dikenali sebagai peniaga pada tahun 90-an. Perkataan usahawan dalam

bahasa Inggeris ialah ‘entrepreneur’. Perkataan ini berasal dari perkataan Perancis iaitu

‘entreprendre’ yang membawa maksud memikul tugas atau tanggungjawab.

Menurut kamus dewan edisi keempat, usahawan ditakrifkan sebagai orang yang

mengusahakan sesuatu perusahaan iaitu pengusaha. Pengusaha dimaksudkan sebagai

pekerjaan secara besar-besaran untuk membuat barang-barang industri atau pekerjaan

berniaga secara besar-besaran. Usahawan juga boleh didefinisikan sebagai orang yang

meneroka sesebuah perniagaan, memajukan , membangunkan perniagaan tersebut dan

mengambil risiko pelaburan perniagaan yang diceburinya.

Keusahawanan ialah proses menghasilkan sesuatu yang baru dari segi nilai dengan

memperuntukan masa dan usaha yang diperlukan, menanggung risiko kewangan, risiko

psikologikal dan risiko sosial serta mendapat ganjaran daripada usaha tersebut dalam bentuk

kewangan, kepuasan diri dan kebebasan (Hisrich dan Peter ,1998). Keusahawanan merupakan

satu proses mengembleng sumber-sumber seperti tanah, modal, bahan mentah, sumber

manusia, teknologi dan maklumat oleh usahawan secara kreatif dan inovatif untuk

menghasilkan barang atau perkhidmatan bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna.

Perbezaan antara usahawan dan keusahawanan ialah usahawan merupakan orang

yang mengusahakan sesuatu perniagaan atau perindustrian. Individu tersebut mempunyai ciri-

ciri yang diperlukan oleh seorang usahawan seperti inovatif, kreatif, berani mengambil risiko

yang telah diperhitungkan , bijak mengambil peluang dan lain-lain. Manakala keusahawanan

ialah suatu bidang ilmu yang diceburi yang meliputi bidang pengetahuan, kemahiran dan sikap.

Secara ringkasnya, boleh dinyatakan bahawa keusahawanan sebagai kualiti manusia yang

bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia dapat membangunkan

ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada orang lain. Ia merupakan proses

mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk mencapai objektif yang dihajati. Ianya juga

merupakan satu bidang ilmu yang merangkumi unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan

yang berkaitan dengan perniagaan dan perusahaan.

1

Page 2: ASSGMNT RBT

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E

1.1 Banding Beza Peniaga dan Usahawan

Sebenarnya, peranan seorang usahawan amat berbeza daripada seorang peniaga.

Berikut merupakan beza banding antara seorang peniaga dan usahawan.

Jadual 1 : Banding Beza Peniaga Dan Usahawan

USAHAWAN PENIAGA

Seorang usahawan juga merupakan seorang

peniaga.

Seorang peniaga tidak semestinya

seorang usahawan.

Usahawan sentiasa untuk mencipta sesuatu

yang baru dan menarik.

Peniaga hanya bergiat untuk pasaran

sedia ada.

Usahawan sentiasa berusaha mencipta sesuatu

yang baru dan menarik.

Peniaga menjual keluaran sedia ada.

Usahawan melakukan pembaharuan dan

mempeluaskan pasaran barangnya.

Peniaga hanya melakukan kegiatan

jual beli.

Usahawan mementingkan pembangunan

masyarakat dan negara di samping keuntungan.

Peniaga mementingkan keuntungan.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

2.1 Objektif Umum :

I. Untuk mengenalpasti usahawan yang berjaya dalam perniagaan.

II. Untuk mengenalpasti ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi seorang

usahawan yang berjaya.

III. Menyenaraikan dan menghuraikan manfaat hubungan antara usahawan

dengan komuniti.

IV. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan bidang perniagaan dan

keusahawanan.

V. Menghuraikan konsep dan dimensi jaringan usahawan.

2

Page 3: ASSGMNT RBT

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E

2.2 Objektif Khusus :

I. Untuk mengenal pasti latar belakang perniagaan, kewangan perniagaan,

pemasaran dan perakuanan perniagaan.

II. Untuk mengetahui situasi sebenar dan pengalaman seseorang usahawan

yang berjaya melalui temu bual.

III. Untuk menghasilkan laporan yang lengkap yang merangkumi latar belakang

perniagaan, kewangan perniagaan, pemasaran dan perakaunan

perniagaan.

IV. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan dengan tugasan.

3.0 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan guru pelatih

mengenai ilmu perniagaan dan keusahawanan. Kedua-dua bidang ini kelihatan seperti

sama tetapi berbeza dari segi fokus utamanya. Fokus utama perniagaan ialah seseorang

yang menjalankan aktiviti pembelian dan penjualan barang atau perkhidmatan untuk

mendapatkan keuntungan semata-mata. Manakala keusahawanan pula seseorang yang

mencari idea baru dan merebut peluang perniagaan dalam menjalankan perniagaan.

Justeru itu, kehendak tugasan ini memerlukan guru pelatih menemubual seorang

usahawan yang berjaya bagi menilai dan meneliti bagaimana seorang usahawan

menjalankan perniagaannya serta hubungannya dengan komuniti. Selain itu, dilihat juga

dari segi sumbangannya pada masyarakat dan ekonomi negara. Melalui kaedah temubual

ini, guru pelatih dapat mempelajari tentang selok-belok perniagaan dalam situasi yang

sebenar.

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kaedah yang perlu diaplikasikan untuk tugasan ini ialah kaedah temubual. Kaedah

temubual yang saya gunakan ialah temubual secara bersemuka. Kaedah ini memerlukan

saya sebagai guru pelatih bertentang mata dengan usahawan yang menjadi pilihan.

Usahawan yang menjadi pilihan saya ialah Encik Marwan Bin Mokhtar. Sebelum mengatur

temu janji secara bersemuka ini, saya telah terlebih dahulu menelefon beliau bagi mencapai

satu tarikh yang sesuai untuk satu sesi temubual. Tarikh yang dipilih ialah 17 Ogos 2015

3

Page 4: ASSGMNT RBT

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E

bersamaan hari Isnin bertempat di butik pengantin beliau. Banyak pertanyaan yang saya

utarakan kepada beliau berkenaan dengan pengurusan perniagaannya. Walaupun terdapat

beberapa soalan yang tidak dapat diberi jawapan atas sebab undang-undang syarikat,

namun beliau sentiasa memberikan kerjasama yang baik sepanjang temubual tersebut.

5.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

V.1 Profil Syarikat

Gambar 1: Papan Tanda Syarikat

Nama Syarikat : Rizwan Bridal Galeery

4

Page 5: ASSGMNT RBT

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E

Alamat Syarikat

No. Telefon

Email

Tahun ditubuhkan

Jenis Perniagaan

Bilangan Pekerja

: No. 143 & 144b, Persiaran Kota 5/5 Kota Baling Jaya

09100 Baling, Kedah.

: 019-4419462/ 019-4419518

: [email protected]

: 2010

: Butik pengantin, solekan dan andaman, pakej perkahwinan

: 5 orang (2 orang tukang jahit, 2 orang jurusolek, seorang

jurugambar)

5.2 Profil Usahawan

Nama

Tarikh Lahir

Umur

Alamat

Status Perkahwinan

: Marwan Bin Mokhtar

: 15 Oktober 1980

: 35 tahun

: Kampung Setol Pulai, 09100 Baling, Kedah

: Berkahwin

5

Page 6: ASSGMNT RBT

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E

Nama Isteri

Bilangan Anak

Kelulusan Akademik

Pengalaman

: Noor Siahrizah Binti Norizan

: 3 orang

: Pre-Science Uitm

: Bekerja di Bank

Gambar 2: Usahawan

6.0 LAPORAN KAJIAN

Untuk melaksanakan kerja kursus Reka bentuk dan Teknologi (RBT3193E), saya

telah menemubual seorang usahawan yang bernama Marwan Bin Mokhtar pada 17

Ogos 2015. Encik Marwan merupakan seorang usahawan yang telah menubuhkan

Rizwan Bridal Gallery pada tahun 2010. Beliau mempunyai tiga orang anak.

Sesi temu bual yang telah dijalankan ini adalah untuk mendapat beberapa

maklumat penting tentang perniagaan yang dijalankan oleh beliau. Beberapa soalan

telah dirancang dan disoalkan kepada beliau semasa sesi temubual dijalankan. Berikut

merupakan laporan lengkap tentang beberapa aspek perniagaan yang telah dijalankan

oleh beliau.

6.1 Aspek Latar Belakang Perniagaan

Rizwan Bridal Gallery telah ditubuhkan pada tahun 2010. Nama “Rizwan”

merupakan gabungan nama beliau dan isterinya. Jenis perniagaan yang dijalankan

syarikat ini ialah butik pengantin. Terdapat juga perkhidmatan solekan dan andaman

serta pakej perkahwinan. Pada permulaan perniagaan, Encik Marwan telah memulakan

strategi bagi memperkenalkan perniagaan beliau kepada orang ramai. Contihnya

seperti mengiklankan di media massa seperti majalah, meletakkan banner pada tempat-

tempat tertentu serta menyebarkannya di internet. En.Marwan sangat bernasib baik

kerana isteri beliau pernah bekerja di sebuah butik pengantin sebelum memulakan

perniagaan sendiri. Oleh kerana itu, ramai pelanggan yang mengenali isteri beliau maka

6

Page 7: ASSGMNT RBT

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E

beliau mudah mendapatkan pelanggan. Sebelum ini, En. Marwan bekerja sebagai

pegawai bank. Pengalaman beliau dalam bidang perniagaan sangat cetek sekali. Isteri

beliau yang mempunyai banyak pengalaman. Hal ini kerana, isterinya pernah bekerja

selama hampir lima tahun di butik pengantin bapa saudaranya. Justeru itu, selok-belok

berkaitan dengan perniagaan ini, banyak diuruskan oleh isterinya. En. Marwan lebih

kepada pengurusan kewangan.

Syarikat ini merupakan milikan tunggal dan syarikat persendirian. Perniagaan ini

tidak merupakan perniagaan warisan keluarga. Beliau merupakan pengasas utama yang

menubuhkan syarikat ini. Isteri beliau merupakan orang yang banyak memberi dorongan

kepada beliau untuk mengambil risiko dalam menubuhkan syarikat sendiri. Ini

membuktikan bahawa beliau mempunyai tenaga yang tinggi dan berinisiatif untuk

menjalankan perniagaan sendiri daripada bekerja dengan orang lain. Tambahan pula,

ramai orang yang menjalankan perniagaan ini. Beliau sentiasa melihat ke hadapan

untuk membangunkan perniagaan beliau.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong beliau memilih lokasi Baling untuk

menubuhkan syarikat beliau. Antaranya ialah kedai ini amat berdekatan dengan rumah

beliau. Masa perjalanan dengan kereta dari rumah ke syarikat beliau hanya 10 minit

sahaja. Selain itu, beliau juga mengambil kira dan mengaplikasikan segmentasi

menggunakan asas geografi dan demografi. Asas demografi boleh membahagikan

pasaran kepada kumpulan-kumpulan dengan menggunakan pemboleh ubah yang

menghuraikan tentang individu seperti, jantina, umur, saiz keluarga dan kitaran hayat

keluarga, pendapatan, pendidikan, pekerjaan dan agama. Demografi merupakan satu

asas segmentasi yang paling popular untuk melakukan pemetakan pengguna kerana

keperluan, kehendak dan kadar penggunaan pengguna kebiasaannya berbeza mengikut

demografi mereka.

Untuk mengembangkan lagi perniagaan, beliau berusaha bersungguh-sungguh

dalam mempromosikan perkhidmatan syarikat. Atas usaha beliau dan juga isteri,

perniagaannya menjadi semakin berkembang selepas 5 tahun penubuhannya. Kini,

seramai 5 orang pekerja bekerja untuk membantu pengurusan perniagaanya. Terdapat

dua orang jurusolek, dua orang tukang jahit dan seorang jurugambar. Selain itu, mereka

juga menguruskan hal-hal butik seperti menerima tempahan daripada pelanggan,

menambahbaik koleksi baju pengantin dan sebagainya. Perniagaan syarikat ini semakin

7

Page 8: ASSGMNT RBT

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E

hari semakin dikenali ramai. Beliau seorang yang amat komited dalam menguruskan

bidang perniagaan.

Kedai ini beroperasi selama 12 jam sehari iaitu dari pukul 9:00 pagi hingga 9:00

malam. Beliau seorang yang amat menepati ketepatan masa dan sentiasa menghargai

masa. Bagi beliau masa itu perlu dikejar agar tidak ketinggalan.

6.2 Aspek Kewangan Perniagaan

Kewangan meliputi aktiviti-aktiviti menguruskan kewangan individu, pertubuhan

peniagaan, pertubuhan bukan peniagaan, pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan

kerajaan. Pengurusan kewangan melibatkan beberapa skop yang merangkumi

keseluruhan pengurusan. Contoh skop pengurusan kewangan adalah seperti

pengurusan aset, pengurusan liabiliti, pengurusan modal, pengurusan keuntungan dan

pengurusan risiko.

Pada permulaan perniagaan, beliau telah menyumbangkan wang lebih kurang

RM20,000 sebagai modal permulaan perniagaan. Modal tersebut merupakan wang

simpanannya dengan isteri. Modal tersebut digunakan untuk membeli aset seperti mesin

jahit, kain dan aksesori, iklan dan promosi dan sebagainya. Selain itu, beliau membuat

pinjaman daripada Amanah Ikhtiar untuk pembelian kedai. Selebihnya beliau

menggunakan duit itu untuk membayar sewa bulanan lori.

Dari aspek penyediaan gaji pekerja , beliau sendiri yang akan menyediakan gaji

pekerja. Gaji pekerja dibayar mengikut tarikh mula masuk kerja. Gaji untuk setiap

pekerja akan dimasukkan ke dalam akaun bank masing-masing. Kenaikan gaji akan

dibuat setiap tiga bulan.

6.3 Aspek Perakaunan Perniagaan

8

Page 9: ASSGMNT RBT

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E

Seseorang ahli peniagaan perlu menguruskan perakaunan kewangannya

dengan cekap dan teliti. Hal ini bertujuan bagi memastikan seseorang pengusaha itu

mengetahui jumlah wang yang dibelanjakan (keluar) dan yang diperolehi (masuk)

melalui rekod yang dicatatkan. Seseorang peniaga itu juga perlu berkemahiran dalam

bidang perakaunan bagi membolehkan aliran wang yang masuk dan keluar direkodkan

dengan tepat dan lengkap (melalui penyata-penyata kewangan). Tujuan seseorang

pengurus itu perlu membuat rekod keluar masuk wang yang lengkap adalah untuk

memudahkan pengurus kewangan tersebut membuat keputusan dan menyediakan

belanjawan pada masa hadapan.

Aspek perakaunan merupakan aspek yang amat penting dalam sesuatu

perniagaan. Hal ini disebabkan perakaunan yang lengkap dapat menunjukkan untung

bersih dan stok akhir yang masih terdapat dalam perniagaan tersebut dengan jelas.

Dengan ini, usahawan dapat mengambil pendekatan untuk memajukan lagi

perniagaannya.

Dari segi keuntungan, setiap bulan berbeza keuntungannya. Ini adalah kerana

perniagaan beliau merupakan perkhidmatan perkahwinan. Bulan yang paling banyak

menerima keuntungan ialah pada bulan Mac, Mei, September, November dan

Disember. Bulan-bulan tersebut merupakan musim cuti persekolahan. Pada waktu itu,

ramai pelanggan memerlukan perkhidmatan perniagaannya.

Beliau ada menyatakan bahawa pada tahun lepas pelanggannya seramai 90

orang berbanding pertengahan tahun ini pelanggannya sudah melebihi 150 orang. Ini

menunjukkan bahawa perkhidmatan yang diberikannya dapat menarik ramai pelanggan.

Butik beliau telah mendapat keuntungan setahun lebih kurang RM 150,000

setahun. Keuntungan tersebut disimpan dalam akaun syarikat. Setiap 30% dari

keuntungan itu, beliau agihkan untuk kegunaan sendiri serta keraian pekerjanya.

6.4 Aspek Pemasaran Perniagaan

Pemasaran bermaksud mengurus pasaran untuk mewujudkan pertukaran dan

perhubungan bertujuan mewujudkan nilai dan memuaskan keperluan dan kehendak.

Pemasaran juga sebagai satu proses yang menyaksikan seseorang individu atau

kumpulan itu mendapatkan apa yang mereka perlukan dan kehendaki melalui

pembentukan dan pertukaran produk atau nilai dengan orang lain. Aktiviti seperti

9

Page 10: ASSGMNT RBT

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E

pembangunan produk, penyelidikan, komunikasi, pengagihan, penentuan harga dan

perkhidmatan adalah aktiviti-aktiviti teras pemasaran.

Era pemasaran yang banyak persaingan pada masa ini, keupayaan

mengemukakan produk yang lebih kompetitif sangat penting sebagai strategi

pemasaran. Melalui penggunaan teknologi dan kepakaran yang tinggi, pengeluar boleh

menghasilkan produk yang berkualiti, namun untuk memiliki kelebihan kompetitif di

kalangan pesaing dan memerlukan berbagai inisiatif tambahan oleh pemasar. Isu

terpenting mengenai produk ialah produk itu perlu menetapi keperluan, kemahuan dan

harapan pengguna.

Dari segi pemasaran, beliau mengiklankan pakej perkahwinan dalam media

massa seperti majalah. Beliau menawarkan pelbagai pakej seperti pakej bajet dan

eksklusif. Selain itu, pihak syarikat juga mempromosikan perkhidmatannya dengan

menggunakan ‘banner’. Banner tersebut diletakkan di tempat-tempat tertentu seperti di

kawasan jalan utama dan kawasan yang sering dikunjungi orang ramai.

Beliau telah mengaplikasikan pemasaran tak berbeza. Pemasaran tak terbeza

memberikan penjimatan kos. Barisan produk yang sempit mengurangkan kos

pengeluaran, kos inventori dan pengangkutan, kos penyelidikan pemasaran serta kos

pengiklanan. Sebenarnya kesukaran timbul dalam membangunkan keluaran atau

jenama yang dapat memuaskan semua pengguna, daripada sinilah timbulnya strategi

pemasaran tak terbeza.

Selain itu, beliau ada menyatakan bahawa kaedah yang sering digunakan oleh

syarikat beliau ialah kaedah “door to door”. Melalui kaedah ini, perniagaannya

bertambah maju. Hal ini disebabkan kaedah ini membolehkan lebih banyak

pelanggan mengenali perkhidmatan yang dikeluarkan oleh syarikatnya.

Disamping itu, beliau juga mengaplikasikan laman web untuk memasarkan

perkhidmatan syarikatnya. Dengan ini, pelanggan yang melanggani laman web tersebut

akan mengetahui harga perkhidmatan yang ditawarkan dari semasa ke semasa. Oleh

itu, kaedah ini merupakan kaedah yang amat mudah dalam membantu beliau

memasarkan produk syarikatnya.

Selain daripada perkhidmatan pakej perkahwinan, beliau juga ada

menawarkan perkhidmatan untuk majlis-majlis tertentu seperti jamuan hari raya,

perasmian hiasan meja untuk VVIP dan sebagainya.

10

Page 11: ASSGMNT RBT

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E

7.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, hasil temubual saya dengan Encik Marwan, saya dapati

banyak pengetahuan baru yang didedahkan kepada saya. Kejayaan sebagai seorang

usahawan yang perlu ditempuhinya dalam menubuhkan syarikatnya. Sikap sabar dan

bertolak ansur dengan situasi yang tidak menentu serta tenang dalam mencari

penyelesaian perlu diterapkan dalam diri seorang usahawan. Seorang usahawan yang

berjaya juga boleh menggunakan jaringan sosial untuk menjalin hubungan kerjasama

bagi mendapatkan maklumat atau perkongsian sumber. Bukan mudah untuk

menubuhkan sesebuah syarikat dengan serba kekurangan terutamanya dari segi modal.

Sebagai seorang usahawan perlulah dilengkapi dengan banyak kemahiran.

Walaupun beliau tidak mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan tetapi beliau

sangat berani dalam menjalankan perniagaannya. Sebagai seorang usahawan perlulah

dilengkapi dengan pelbagai kemahiran. Contohnya, dalam kemahiran berkomunikasi,

pengurusan dan merancang strategi.

Encik Marwan merupakan seorang yang amat bijak, inovatif dan tegas dalam

menguruskan perniagaannya. Beliau tidak pernah berputus asa walaupun

perniagaannya menanggung kerugian pada peringkat awal penubuhan syarikatnya.

Melalui pengurusan yang cekap, beliau dapat berjaya sehingga hari ini.

Saya mendoakan semoga Encik Marwan dan isterinya, Puan Siahrizah sentiasa

berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi. Semoga beliau dan isteri sentiasa

dikurniakan kesihatan yang baik.

11

Page 12: ASSGMNT RBT

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E

8.0 REFLEKSI

Dipermulaan membuat tugasan ini, saya telah mengalami masalah untuk

memahami kehendak soalan tetapi pensyarah saya, Encik Roslee Bin Osman telah

banyak membantu saya. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan pendapat yang amat

berguna dan efektif dalam membantu saya menyempurnakan tugasan ini. Beliau telah

banyak menerangkan tentang usahawan dan cara-cara menemu bual.

Tugasan ini merupakan satu cabaran yang baru kepada saya kerana saya tidak

mempunyai sebarang pengetahuan asas tentang perniagaan dan keusahawan. Saya

juga tidak mempunyai pengalaman menemubual usahawan. Walau bagaimanapun,

saya telah berjaya menemubual Encik Marwan iaitu seorang usahawan yang berjaya di

tempat saya iaitu Baling, Kedah.

Berdasarkan hasil temuramah saya, saya mendapati tidaklah mudah untuk

berjaya dalam sesuatu bidang yang diceburi tanpa semangat dan keyakinan yang utuh.

Seorang usahawan yang berjaya seharusnya berani menghadapi pelbagai cabaran dan

halangan untuk menjayakan sesuatu bidang yang diceburi. Daya kekuatan mental,

fizikal dan emosi yang tinggi harus ditanam dalam diri seseorang usahawan untuk terus

bertahan di samping terus menangani segala masalah yang dihadapi dengan tabah

sehingga berjaya.

Banyak perkara yang saya peroleh daripada Encik Marwan. Antaranya ialah

beliau menyatakan bahawa dalam menguruskan perniagaan ini sikap yang paling

penting sekali ialah ikhlas. Apabila kita ikhlas dalam melakukan sesuatu insyaallah

12

Page 13: ASSGMNT RBT

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN RBT3193E

segala urusan kita akan lancar. Itulah kata-kata yang dipegang oleh beliau. Selain itu,

beliau ada juga mengingatkan displinkan diri agar dapat mencapai objektif serta berjaya

dalam sesuatu perniagaan. Kita perlu mengingatkan diri untuk terus berusaha walaupun

berdepan dengan pelbagai rintangan. Jangan hanya memikirkan keuntungan. Kita juga

perlu fikir cara-cara untuk berkhidmat dan memberi kepada mereka yang serba

kekurangan.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan-kawan sama ada

yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung saya yang telah membantu saya

ketika menyiapkan tugasan ini. Saya berharap saya akan dapat mengaplikasikan ilmu

yang telah saya dapat di dunia sebenar. Terima kasih.

BIBLIOGRAFI.

Kamus Dewan Edisi Ke Empat. (2014)Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

13