assignment 1 essei
DESCRIPTION
Assignment BMMTRANSCRIPT
1. PENTAKSIRAN
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu
proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod,
memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar
bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk
mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam
sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Maklumat meliputi hal- hal berkaitan topik,
bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan
pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil.
Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-
1.1 Tujuan Pentaksiran
Pentaksiran dijalankan bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi
seseorang dalam pembelajaran; Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran
dan pembelajaran; Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan
pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran; Merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan
murid; Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif;
Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan serta memperbaiki
proses pengajaran dan pembelajaran. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah :-
1.1.1 Instrumen
1.1.2 Kumpulan yang ditaksir
1.1.3 Respon
1.1.4 Kumpulan yang menaksir
1.1.5 Skor
1
2. PENGUJIAN
Pengujian merupakan satu proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur
pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk
menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengujian dapat
dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau
satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel
tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.
Menurut Cronbach (1970)“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk
memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan
batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.
Menurut Robert Mills Gagne, pengujian ialah satu cara yang sistematik untuk
mengukur perubahan tingkah laku individu. Pengukuran ini merupakan suatu proses
bagi guru untuk menentukan perubahan dan membuat pertimbangan nilai. Melalui
pengujian, seseorang guru akan mudah untuk mengetahui tentang pencapaian objek,
kaedah mengajar dan keberkesanan sesebuah kurikulum.
Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120
untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata
pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau
“introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. Kepentingan
pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di
atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan
bahawa:
“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh
murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh
daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”.(Raminah
1991:2).
2
Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai
“markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa
baiknya prestasi pelajar yang diuji.
Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan.
Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah
menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.
Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau
tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran
bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau
ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian
mungkin menjadi tidak baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan
menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai
dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman
pelajar Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1,
sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan.
Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat
melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan oleh guru
dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat
penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang
diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
3
3. PENILAIAN
Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian
merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan
sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam
mentafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang
pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
3.1 Diagnosis
Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan
maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan
dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum
balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru
dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat
memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan
langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar
yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang
memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk
mengubah strategi pengajaran, supaya pengajaran dan pembelajaran bersesuaian
dengan keperluan pelajar.
Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan
memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan
pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang
masalah yang dihadapi pelajar. Sekiranya pelajar menghadapi masalah dalam
pembelajaran, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan
akan digunakan oleh guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan
latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa
4
bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya
mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.
Pencapaian penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang tahap penguasaan para pelajar
terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ingin disampaikan guru. Selain itu,
penilaian yang dijalankan pada akhir tempoh pengajian; misalnya pada akhir Tahun 6
(UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM); adalah bertujuan untuk
menentukan gred pencapaian para pelajar secara keseluruhan. Penilaian pada
peringkat ini lebih bercorak formal dengan tujuan akhirnya untuk memberi sijil kepada
pelajar.Hasil penilaian ini akan menunjukkan pencapaian akademik pelajar mengikut
gred yang diberikan, seperti cemerlang, sederhana atau gagal. Pihak sekolah akan
dapat menentukan keupayaan keseluruhan seseorang pelajar berdasarkan pencapaian
yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki untuk tindakan selanjutnya, seperti
pemilihan dan penempatan.
Pemilihan dan penempatan penilaian adalah penting sebelum pengajaran dan
pembelajaran bermula kerana guru perlu meninjau sejauh manakah pelajar-pelajarnya
menguasai pengetahuan dan kemahiran asas kepada tajuk yang hendak diajar.
Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu yang akan mengajar pelajar bukan penutur
asli bahasa Melayu, perlu mengetahui aspek pengetahuan dan kemahiran manakah
yang telah mereka kuasai, seperti tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya.
Maklumat ini penting untuk guru membuat keputusan dalam menentukan peringkat
yang bersesuaian untuk memulakan pengajaran.
Selain itu, guru juga dapat memilih pelajar untuk dikelompokkan dalam sesuatu
kumpulan berasaskan tahap penguasaan mereka. Sekiranya penguasaan mereka
berbeza, guru perlu menempatkan mereka mengikut tahap penguasaan masing-masing
dan seterusnya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut keperluan mereka
yang berbeza-beza itu. Dalam keadaan ini, tujuan penilaian ialah untuk memilih dan
menempatkan pelajar mengikut penguasaan pengetahuan dan kemahiran mereka.
5
Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga adalah untuk memilih
dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang
cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains
atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.
Bimbingan dan kaunseling penilaian juga dapat digunakan untuk tujuan
bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukannya. Setiap pelajar
sepatutnya mempunyai motivasi untuk belajar dan ia mungkin bersifat intrinsik/dalaman,
iaitu motivasi daripada dalam diri pelajar itu sendiri. Contohnya, mereka yang belajar
disebabkan ingin mengetahui sesuatu dengan mendalam, akan memperoleh
pencapaian yang baik dan seterusnya akan dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi. Selain motivasi yang bersifat intrinsik ini, terdapat pula motivasi yang
bersifat ekstrinsik/luaran, iaitu motivasi daripada luar, seperti dorongan daripada ibu
bapa/rakan sebaya atau nasihat daripada guru/guru besar.
3.2 Tujuan lain Penilaian Ujian
3.2.1 Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar
3.2.2 Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang
pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan
kelas yang lain.
3.2.3 Membuat perbandingan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut
dengan pencapaian dalam subjek lain.
3.2.4 Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah
keupayaannya dan lemah pencapaiannya.
3.2.5 Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi
pelajar yang berkenaan.
3.2.6 Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat
pelajar terhadap pembelajaran.
6
3.2.7 Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran mereka.
3.2.8 Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha
meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.
3.2.9 Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran
atau bidang dan segera memperbaikinya.
7
4. TAKSONOMI BLOOM
Bloom (1956) telah memperkenalkan tiga domain dalam aktiviti pengajaran atau
pembelajaran:
Kognitif: kemahiran mental (Pengetahuan)
Afektif: perkembangnan perasaan atau emosi (Sikap)
Psikomotor: kemahiran fizikal (Kemahiran)
Domain boleh dianggap sebagai kategori. Jurulatih dan guru sering merujuk
kepada ketiga-tiga kategori ini iaitu Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap. Domain ini
adalah taksonomi tingkah laku pembelajaran yang boleh dianggap sebagai "matlamat
proses pembelajaran." Iaitu, selepas episod pembelajaran, murid seharusnya telah
memperoleh kemahiran baru, pengetahuan, dan atau sikap.
Walau bagaimanapun, taksonomi Bloom adalah mudah difahami dan mungkin
salah satu aspekyang paling digunakan secara meluas masa kini.
4.1 Domain Kognitif
Domain kognitif melibatkan pengetahuan dan pembangunan kemahiran intelek
(Bloom, 1956). Ini termasuk mengingati atau mengenali fakta tertentu, corak prosedur
dan konsep yang terkandung dalam perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
Terdapat enam kategori utama yang disenaraikan seperti di bawah, bermula daripada
tingkahlaku yang paling mudah kepada yang paling kompleks. Kategori ini boleh
dianggap sebagai aras kesukaran.
8
4.2 Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)
4.2.1 Pengetahuan
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa
dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan
dalam soalan ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.
4.2.2 Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan
idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan
menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan
dan menulis semula.
4.2.3 Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data
dan lain-lain.
4.2.4 Analisis
Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta
daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur
organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan,
memastikan dan memilih.
9
4.2.5 Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan
masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang
digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan
mengembangkan.
4.2.6 Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau
luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan
ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.
10
5. DOMAIN KRATHWOHL
Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali
menggunakan terminologi ‘afektif’ (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain
penting dalam hidup manusia. Ia digunakan sebagai satu lagi objektif pengajaran di
samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang telah diperkenalkan oleh
Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956.
Krathwohl mengkategorikan domain afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan
(receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing), menyelaraskan sistem nilai
(organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang
kompleks (characterizing by value complex).
5.1Aras taksonomi Krathwohl
5.1.1 Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar
mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau
persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan
kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat
dan menjawab dengan lengkap.
5.1.2 Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai
dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina
beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
11
5.1.3 Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah
dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten
walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.
5.1.4 Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai
dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina
beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
12
6 PERKAITAN TAKSONOMI DAN DOMAIN DENGAN PENILAIAN.
Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan
dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya
bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik kuliah dan makmal, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama
ada pensyarah ‘mengajar’ dan pelajar ‘belajar’. Ini adalah kerana perkembangan
pemikiran adalah satu daripada objektif di dalam pelajaran. (Bloom:1956). Kefahaman
sedia ada pelajar untuk memudahkan mereka menterjemah sesuatu tajuk di samping
dapat menginterpretasi bahan-bahan atau kerja seni akan memberi ruang yang lebih
selesa kepada pelajar apabila membincangkan sesuatu tajuk yang diajar guru.
(D.R.Krathwohl:1974).
Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan
sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan
pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu dianalisis.
Memandangkan pengukuran di bilik kuliah dan makmal sering menggunakan ujian,
pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran.
Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan pembelajaran yang
hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran berkenaan.
Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau
peperiksaan. Dalam merancang dan membina soalan, adalah penting agar soalan-
soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati objektif kursus yang dirancang dan
kandungan yang diajar. Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor,
dianalisis dan ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap
penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran pensyarah. Justeru pemahaman
terhadap konsep penilaian, pengukuran dan pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian,
13
matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta
norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang pensyarah bagi memastikan
pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.
14
7. JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
8. KERTAS SOALAN BAHASA MELAYU TAHUN 6
9. BIBLIOGRAFI
Beyer, B.K. (1992). Practical Strategies for the Teaching of Thinking. London: Allyn and
Bacon, Inc.
Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., and Masia, B.B., (1964). Taxonomy of Educational
Objectives: The classification of Educational Goals. Handbook II: Afective Domain. New
York: David McKay.
Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence: Why it can matter more than IQ. New York:
Bantam Books.
Dewey, J. (1993). How we think: A restatement of the relation of reflective thinking to
the educative process. Boston: Houghton Mifflin Company.
Lambright, L. (1995). Creating a dialogue Socratic Seminars and educational reform.
Community College Journal, 65, 30-34.
Shermis, S.S (1999). Critical Thinking: Helping students learn reflectively. Bloomington,
Indiana: Phi Delta Kappa Educational Foundation.
Weast, D. (1996). Alternative teaching strategies: The case for critical thinking.
Teaching Sociology, 24, 189-194.
15
10.LAMPIRAN
10.1 Rubrik Pemarkahan Pertandingan Deklamasi Sajak
SEKOLAH KEBANGSAAN LUASONG TAWAU
BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
BIL NAMA PESERTA TEKNIK
(25%)
GAYA
(25%)
NADA
(25%)
SUARA
(25%)
JUMLAH
(100%)
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
KEDUDUKAN :
1. ………………………………………………….
2. ………………………………………………….
3. ………………………………………………….
TANDATANGAN HAKIM
…………………………………….
( )
TARIKH : ………………………………
16
10.2 Dokumentasi Pertandingan Deklamasi Sajak
Pengacara Majlis memulakan acara pertandingan.
Hakim-hakim yang terlibat di dalam pertandingan deklamsi sajak.
17
Murid-murid yang dijemput sebagai penonton pertandingan deklamasi sajak.
Salah seorang peserta : Adik Nurul Syalin Alfirah Ismail
18
Peserta pertandingan : Adik Nelly Elfiana Thomas
Peserta Pertandiingan : Adik Nur Afifah Aqeelah
19
Persembahan Koir sementara menunggu keputusan pertandingan
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.
20