assignment asas politik kerajaan

44
1.0 Pendahuluan Dari sudut kajian antropologi, kewujudan negara muncul daripada keinginan manusia ingin bekerluarga. Daripada sebuah keluarga, akan wujudnya suku kaum iaitu gabungan beberapa keluarga yang mempunyai talian darah. Daripada gabungan ini akan menyebabkan wujudnya penempatan tetap dan secara tidak langsung ia akan mewujudkan konsep hak milik. Sejak dari dahulu lagi kegiatan pertanian, penternakan, pemburuan dan perikanan telah dijalankan untuk mendapatkan keperluan asas untuk diri sendiri dan juga untuk keluarga dan perkara-perkara inilah yang akan mendorong kepada konsep hak milik seperti wilayah pemburuan, petempatan dan sebagainya. Jadi tuntutan hak milik untuk setiap gabungan suku kaum ini sudah pastinya akan menghasilkan konflik dan persaingan di dalam sebuah kawasan penempatan. Maka, suatu peraturan akan dibina dan secara tidak langsung sebuah organisasi akan dibina untuk membuat dan memastikan peraturan itu dilaksanakan dan akhirnya sebuah kerajaan akan muncul. Harold Laski menekankan bahawa kerajaan merupakan suatu institusi yang terdapat dalam sesebuah negara yang mengamalkan pemerintahan secara sah 1 . R.M. Maclaver pula mendefinisikan kerajaan sebagai suatu pertubuhan pusat yang mengekalkan satu sistem peraturan ke atas masyarakat 2 . Di sini dapat kita simpulkan bahawa kerajaan merupakan badan atau lembaga yang terdapat dalam sesebuah negara. Kerajaan ini akan merumuskan dan melaksanakan dasar-dasar negara yang merangkumi yang merangkumi semua badan yang terlibat dalam membuat, melaksana dan menginteprasikan semua dasar negara. 1 K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 2003, hlm 325. 2 Ibid, hlm 326. 1

Upload: greglost

Post on 21-Jun-2015

3.098 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Asas Politik Kerajaan

1.0 Pendahuluan

Dari sudut kajian antropologi, kewujudan negara muncul daripada keinginan manusia ingin

bekerluarga. Daripada sebuah keluarga, akan wujudnya suku kaum iaitu gabungan beberapa

keluarga yang mempunyai talian darah. Daripada gabungan ini akan menyebabkan wujudnya

penempatan tetap dan secara tidak langsung ia akan mewujudkan konsep hak milik. Sejak dari

dahulu lagi kegiatan pertanian, penternakan, pemburuan dan perikanan telah dijalankan untuk

mendapatkan keperluan asas untuk diri sendiri dan juga untuk keluarga dan perkara-perkara

inilah yang akan mendorong kepada konsep hak milik seperti wilayah pemburuan, petempatan

dan sebagainya. Jadi tuntutan hak milik untuk setiap gabungan suku kaum ini sudah pastinya

akan menghasilkan konflik dan persaingan di dalam sebuah kawasan penempatan. Maka,

suatu peraturan akan dibina dan secara tidak langsung sebuah organisasi akan dibina untuk

membuat dan memastikan peraturan itu dilaksanakan dan akhirnya sebuah kerajaan akan

muncul.

Harold Laski menekankan bahawa kerajaan merupakan suatu institusi yang terdapat

dalam sesebuah negara yang mengamalkan pemerintahan secara sah 1. R.M. Maclaver pula

mendefinisikan kerajaan sebagai suatu pertubuhan pusat yang mengekalkan satu sistem

peraturan ke atas masyarakat 2. Di sini dapat kita simpulkan bahawa kerajaan merupakan

badan atau lembaga yang terdapat dalam sesebuah negara. Kerajaan ini akan merumuskan

dan melaksanakan dasar-dasar negara yang merangkumi yang merangkumi semua badan

yang terlibat dalam membuat, melaksana dan menginteprasikan semua dasar negara.

Setiap negara pada amnya akan mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu mempunyai

wilayah, rakyat, kedaulatan, dan juga pemerintah. Setiap negara akan mempunyai tujuan yang

sama iaitu mendapatkan kesejahteraan seisi negara. Apa yang akan membezakan setiap

negara itu ialah apakah cara dan langkah-langkah yang diambil oleh negara untuk mencapai

matlamatnya. Kerajaan yang ditubuhkan akan memikul tanggungjawab mentadbir dan

memerintah setiap negara. Pengelasan dan penjenisan kerajaan telah dilakukan sejak zaman

dahulu lagi. Contohnya Plato dan Aristotle telah membahagikan bentuk pemerintahan kepada

beberapa prinsip. Sekiranya kuasa negara dipegang oleh satu orang sahaja ianya dipanggil

monarki; sekiranya kuasa dipegang oleh beberapa orang ianya dipanggil Aristokrasi; dan

sekiranya kuasa negara dipegang oleh orang ramai, iainya dipanggil politik. Menurut Plato,

pemerintahan yang idel ialah pemerintahan yang diuruskan oleh oleh raja yang berpengetahuan

1 K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, 2003, hlm 325.2 Ibid, hlm 326.

1

Page 2: Assignment Asas Politik Kerajaan

dan semua peraturan yang diuruskan olehnya akan dituruti semula tanpa dipersoalkan

sebaliknya, di negara yang tidak mempunyai monarki yang ideal, negara serta pemerintahan

akan menjadi zalim kerana rakyat tidak meyakini corak pemerintahan sedia ada, dan oleh yang

demikian mereka tidaka akan mematuhi pemerintahan yang diperkenalkan 3. Kemudian

Aristotle telah menyambung isu pengelasan dan penjenisan bentuk pemerintahan ini kepada

dua jenis iaitu “biasa” dan “dicemarkan” 4 . Beliau berpendapat bahawa pemerintahan biasa di

dalam monarki adalah pemerintahan yang berpandukan kepada undang-undang dan keadilan.

Pemerintahan sebaliknya iaitu pemerintahan yang dicemarkan iaitu pemerintahan yang zalim

dan tidak berlandaskan undang-undang dan keadilan akan digelar pemerintahan berbentuk

Tirani. Pemerintahan Aristokrasi menurut Aristotle adalah biasa dan ia merupakan kuasa yang

dipegang oleh beberapa orang akan tetapi mereka menitikberatkan kepentingan rakyat. Apabila

ia dicemarkan, maka akan wujudlah pemerintahan berbentuk Oligarki. Di dalam pemerintahan

ini, negara akan diperintah oleh beberapa orang yang tamakkan kuasa, tidak memeberikan

kebebasan rakyat malahan rakyat akan terus tertindas. Pemerintahan bercorak politik

merupakan yang paling sesuai jika dibandingkan degan jenis-jenis pemerintahan yang lain.

Apabila dicemarkan, ia akan menjadi Demokrasi yang mana menurut Aristotle ialah

pemerintahan di bawah kuasa “mob” atau perusuh.

Selepas ini, kita akan melihat tiga jenis bentuk kerajaan iaitu kerajaan monarki,

demokrasi dan juga totalitarian.

2.0 Kerajaan Monarki

3 Ibid, hlm 3344 Katni Kamsona Kibat, Asas Ilmu Politik, Shah Alam, Biroteks Institut Teknologi Mara, 1986, hlm 71

2

Page 3: Assignment Asas Politik Kerajaan

2.1 Definisi Kerajaan Monarki

Perkataan atau istilah monarki berasal daripada dua perkataan, iaitu mono (bermaksud

satu) dan cracy (pemerintahan) 5. Selain itu terdapat satu lagi definisi yang berbeza

namun mempunyai asal usul istilah Monarki iaitu istilah monarki berasal daripada

perkataan Latin “monos” yang bermaksud satu dan “archein” yang bermaksud

memerintah 6. Namun begitu kedua-dua istilah ini tetap membawa maksud yang sama

iaitu satu pemerintah. Maka, istilah “monarki” ini digunakan oleh pengkaji sejarah dan

pemikir politik untuk menerangkan corak pemerintahan yang dijalan dan dijayakan oleh

seorang pemerintah. Jadi, secara tidak langsung kita dapat mengertikan bahawa konsep

monarki bererti kerajaan di bawah seorang raja atau negeri yang diperintah oleh

seorang raja.

Monarki atau sistem pemerintahan beraja melambangkan kemegahan seseorang

seseorang sebagai simbol dan kedaulatan sesebuah negara. Kerajaan ini dikatakan

merupakan kerajaan yang paling awal diwujudkan.

2.2 Ciri-ciri Kerajaan Monarki

Seperti yang telah dibincangkan seperti di atas, kerajaan monarki akan diperintah oleh

seorang Raja. Di dalam bentuk kerajaan monarki, kesemua jentera-jentera kerajaan

berjalan di bawah telunjuk satu orang yang selalunya bergelar “ruler” atau “raja”. Tiap-

tiap undang-undang adalah di bawah kelulusannya dan dialah sumber kedaulatan,

pemegang kuasa yang mutlak dan tidak terbatas 7. Di dalam sejarah negara yang

mempunyai pemerintahan bentuk Monarki, mempunyai asal-usulnya sendiri. Raja yang

memerintah dilantik oleh rakyat dan selepas itu pemerintahan ini diwarisi oleh

keturunannya dari satu zaman ke satu zaman 8. Kebiasaannya, takhta raja ini akan

diambil alih oleh anak lelaki sulung. Takhta raja akan diambil oleh orang lain apabila

seorang raja itu apabila ada kekosongan seperti bersara atau berlaku kematian 9.

Seorang raja di dalam sistem pemerintahan monarki memiliki kuasa mutlak. Pemerintah-

pemerintah atau raja ini dikatakan mempunyai asal-usul daripada Tuhan 10. Misalnya,

Raja Nepal dipercayai adalah penjelmaan semula Dewa Vishnu dan Raja Jepun pernah

5 K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, hlm 377.6 Katni Kamsona Kibat, Asas Ilmu Politik , hlm 73.7 Ibid.8 Ibid, hlm 74.9 K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, hlm 377.10 Ibid.

3

Page 4: Assignment Asas Politik Kerajaan

dianggap sebagai anakanda Dewa Matahari oleh rakyat masing-masing. Oleh itu,

mereka dipercayai oleh rakyatnya bahawa rakyat bahawa raja mempunyai beberapa

keistimewaan dari segi kuasa yang dikatakan ghaib. Kenyataan ini dikuatkan lagi

dengan soal keturunan bahawa takhta hanya akan diwarisi oleh keturunan raja itu

sahaja, maka hak menaiki takhta itu tidak dapat dipindai kepada mereka yang bukan

berasal daripada kerabat diraja. Kuasa mereka juga adalah menyeluruh dan melibatkan

semua lapangan kehidupan manusia seperti hal-hal ekonomi, politik, kehakiman,

malahan bertindak sebagai pendeta agama. Kuasa istimewa mereka juga seringkali

dikatakan digunakan untuk menentukan kejayaan sesebuah negara itu. Kejayaan dan

kegagalan di negara-negara tertentu adalah akibat daripada pengaruh kuasa ghaib raja

tersebut. Rakyat yang hidup di bawah sistem kerajaan ini diwajibkan untuk mentaati raja

tersebut serta tunduk kepada segala kehendaknya. Walaupun seseorang raja itu kejam,

namun begitu rakyat haruslah tunduk kepada raja tersebut dan hanya Tuhan sahaja

yang mempunyai kuasa atau hak untuk menarik balik jawatan tersebut 11.

Selain itu, di dalam pemerintahan beraja, sebuah negara juga dianggap sebagai

satu keluarga besar dan raja pula dianggap sebagai bapa negara 12. Rakyat pula

dikehendaki mentaati raja seperti seorang anak taat kepada bapanya.

Terdapat tiga jenis corak kerajaan monarki. Corak yang pertama ialah jenis

monarki zaman silam. Ia bercorak mutlak dan dipercayai oleh rakyat ia mempunyai ciri-

ciri ketuhanan 13. Raja ini berfungsi seperti pemerintah utama negara dan mengetuai

semua jawatan pemerintahan. Hal ini seperti yang berlaku pada Raja Jepun yang

dibincangkan sebelum ini. Raja jenis ini akan bertindaak sebagai ketua tentera dan

kerap kali mengetuai pasukan tenteranya semasa berperang selain berfungsi sebagai

pendeta agama dan juga memegang jawatan sebagai ketua hakim.

Kerajaan monarki jenis yang kedua ialah raja yang bercorak mutlak. Raja jenis

ini juga dikatakan mempunyai ciri-ciri ketuhanan serta memainkan peranan sebagai

pemerintah sepertimana jenis yang pertama. Namun, perkara yang membezakannya

dengan raja zaman silam ialah penggunaan kuasa paksaan untuk memerintah 14.

Kebiasannya, corak pemerintahan ini muncul apabila seorang pahlawan atau orang

besar mengambil alih pemerintahan negara dengan mengalahkan raja yang sedia ada. 11 Ibid, hlm 378.12 Ibid. 13 Ibid, hlm 379.14Ibid.

4

Page 5: Assignment Asas Politik Kerajaan

Disebabkan tiadanya pengiktirafan yang rasmi, maka pemerintah baru ini akan

memberitahu rakyat bahawa dia diberi mandat oleh Tuhan untuk memerintah. Raja yang

baru ini akan menggunakan kekerasan untuk mendapatkan pengiktirafannya sebagai

pemerintah yang baru. Contoh bagi pemerintahan jenis ini ialah seperti yang berlaku

semasa zaman Yunani Klasik apabila berlakunya perang Peloponnesian (431-404 S.M) 15. Namun begitu, di dalam rujukan yang lain pemerintahan jenis kedua ini diterjemahkan

sebagai nama lain. Jenis yang kedua ini dikatakan berbentuk Tirani 16 . Di dalam rujukan

ini juga jenis pemerintahan pertama diklasifikasikan sebagai Monarki mutlak dan juga

Monarki zaman silam.

Jenis Monarki yang ketiga pula ialah raja yang disahkan kedudukannya sebagai

pemerintah oleh golongan gereja atau agama. Hal ini terjadinya disebabkan faktor

kekuatan dan pengaruh agama terutamanya Kristian Katolik dan juga Islam. Nilai-nilai

kesucian yang terdapat di dalam kitab-kitab suci agama tersebut dijadikan asas

pemerintahan negara 17. Raja-raja akan diberi tanggungjawab untuk membela agama

tersebut di dalam negara. Di dalam sistem monarki jenis ini, kiai-kiai atau paderi-paderi

akan menghadiri upacara pertabalan raja dan doa akan dibacakan agar pemerintahan

raja tersebut akan direstui 18. Oleh kerana agama merupakan suatu perkara penting

dalam hidup dan ia berpengaruh, kebanyakan raja-raja di negara seperti Perancis,

Jerman, Bohemia, Poland, Austria-Hungary dan Rusia telah mengamalkan sistem

monarki jenis ini. Namun begitu, hanya Rusia yang mampu mengekalkan sistem ini

sehinggalah digulingkan menerusi pemberontakan Bolshevik pada tahun 1919.

Akhir sekali, pemberontakan dan tindakan-tindakan penggulingan yang berlaku

di serata pelosok dunia telah menamatkan sistem monarki mutlak . Ciri-ciri ketuhanan

pula dikurangkan dan diketepikan 19 . Sebagai contoh, Maharaja Hiroto di Jepun telah

dipaksa untuk menafikan bahawa beliau bukanlah anakanda kepada Dewa Matahari

oleh General MacArthur selepas Jepun menyerah kalah pada 1945. Di Sepanyol dan

England pula, misalnya kuasa yang dahulunya dipegang oleh Monarki diambil alih oleh

golongan bangsawan atau badan-badan perundangan yang terdiri daripada rakyat jelata

15 Ibid. 16 K.Ramanathan, Konsep Asas Politik, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur, 1988, hlm 159. 17 K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, hlm 379.18Ibid.19 K.Ramanathan, Konsep Asas Politik, hlm 160.

5

Page 6: Assignment Asas Politik Kerajaan

20. Kuasa mutlak yang diamalkan oleh kerajaan Monarki telah luput, dan pada waktu ini

muncullah satu lagi jenis pemerintahan sistem beraja iaitu Raja Berperlembagaan. Di

dalam konsep raja berlembagaan ini, kuasa seperti agama dan adat istiadat masih

dimiliki namun begitu kuasa kehakiman, perundangan dan pemerintahan telah diambil

alih dan diberikan kepada badan-badan pemerintah yang baru iaitu badan kehakiman,

badan perundangan dan birokrasi. Kini, masih banyak negara yang mengamalkan

sistem pemerintahan beraja namun begitu kuasa mereka tidak lagi mutlak, tetapi

terbatas dan bertindak sebagai simbolik sahaja.

2.3 Kelebihan Kerajaan Monarki

Kekuatan pertama yang dapat dilihat daripada sistem kerajaan monarki ialah corak

pemerintahan ini didapati mudah untuk diuruskan terutamanya di negara yang sedang

mengalami perubahan dan pembangunan. Hal ini adalah kerana corak pemerintahan ini

sesuai untuk melatih rakyat supaya patuh kepada kerajaan dan juga undang-undang.

Selain itu, para antroplogis juga menyifatkan cara pemerintahan ini sebagai paling

berkesan untuk memerintah kawasan yang luas kerana seseorang raja itu disanjung

oleh rakyat 21. Contoh yang paling baik ialah apabila kejayaan empayar-empayar besar

seperti Mesir, Parsi, China memperoleh kejayaan yang baik di zaman silam.

Selain itu juga sistem monarki juga mampu menjadi sebagai pemangkin dan alat

perpaduan rakyat. Peranan ini adalah amat penting untuk menyatu padukan negara dan

mampu menjadikan sesebuah negara itu kuat untuk bersaing dan menghadapi ancaman

dari luar. Contohnya, semasa era perang di antara Jepun dan China, Maharaja Meiji

jepun telah berjaya menaikkan semangat tentera Jepun untuk mara dan menjadi kuasa

besar dunia ketika era perang dunia kedua. Hal ini adalah kerana setiap rakyat di dalam

negara akan mentaati setiap kata-kata yang lahir dari raja tersebut. Raja juga pada

masa ini mampu menjadi agen pemangkin semangat nasionalisme di dalam negara

tersebut. Sehinggakan rakyat jepun suatu masa dahulu menganggap mereka akan

diingati sebagai perwira apabila mereka mati di medan perang.

Kelebihan ketiga yang dapat dilihat ialah raja yang berjiwa moden mampu

mendatangkan perubahan dan juga pemodenan kepada negara. Hal ini kita boleh

melihat dari contoh kejayaan penawanan Melaka oleh Portugis. Raja Portugis pada

masa itu menggalakkan rakyatnya belayar dan mencari kejayaan melalui strategi 3G

iaitu God (agama) , Glory (kejayaan) dan Gospel (kemegahan). Melalui kejayaan ini,

20 Ibid, hlm 161. 21 K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, hlm 378.

6

Page 7: Assignment Asas Politik Kerajaan

akhirnya Melaka telah berjaya ditawan oleh Portugis. Selain itu peranan Raja Meiji di

Jepun, Raja Mongkut, dan Raja Chulalonkorn di Thailand juga merupakan antara raja

yang memainkan peranan sebagai agen pemodenan kepada negara.

Seterusnya raja yang baik seperti mempunyai kebijaksanaan dan pengalaman

untuk memimpin negara juga merupakan salah satu kelebihan sistem monarki. Sebagai

contoh, semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka pada sekitar tahun 1400 yang

kemudiannya jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Parameswara yang juga Sultan

Melaka pertama telah menjalankan tugas pentadbiran yang baik sehinggakan Melaka

telah menjadi sebuah kawasan perdagangan dan pusat perniagaan yang terkemuka di

seluruh dunia. Corak pemerintahan yang terbentuk yang diasaskan oleh Parameswara

adalah sangat teratur dan tersusun. Ini telah mewujudkan kestabilan dan rasa selamat di

dalam negeri. Pedagang-pedagang rasa selamat dan mula datang beramai-ramai untuk

berdagang di Melaka. Dasar-dasar yang bijak yang diikuti oleh Parameswara dan

sultan-sultan Melaka membolehkan Melaka berkembang dan menandingi pelabuhan-

pelabuhan lain di kawasan gugusan Kepulauan Melayu 22. Selain itu, apabila seorang

sahaja memerintah suatu kawasan itu, maka adalah lebih mudah untuk menguruskan

sesebuah negara itu. Para antropologis menyifatkan cara pemerintahan monarki paling

berkesan untuk memerintah kawasan yang luas kerana mereka disanjung tinggi oleh

rakyat 23.

Akhir sekali, seorang raja juga mampu menjadikan sesebuah negara itu bebas

dan aman serta tidak dibelenggu oleh ancaman luar. Sebagai contoh, kebijaksanaan

Parameswara menjalinkan hubungan dengan negara lain telah menyebabkan Melaka

bebas dari ancaman Siam suatu ketika dahulu. Apabila Siam cuba menyerang Melaka

pada tahun 1421, Laksamana Cheng Ho telah memeberikan amaran kepada Siam 24.Akhirnya Melaka bebas dari ancaman Siam pada ketika itu.

2.4 Kelemahan Kerajaan Monarki

Kelemahan sistem ini juga mempunyai beberapa keburukannya. Kelemahan yang

pertama ialah jika sesebuah negara itu diperintah oleh seorang raja yang tidak cekap, ia

akan menyebabkan sesebuah negara itu hancur dan mudah ditakluki oleh negara asing.

Sebagai contoh, kita melihat rentetan peristiwa yang terjadi kepada zaman kejatuhan

Melaka apabila sultan terakhir di Melaka iaitu Sultan Mahmud telah menyebabkan

22 Sheela Ibrahim, Sejarah Perkembangan Negara, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1993, hlm 11.23 K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, hlm 378.24 Sheela Ibrahim, Sejarah Perkembangan Negara, hlm 13.

7

Page 8: Assignment Asas Politik Kerajaan

Melaka yang dahulunya sebuah pelabuhan yang pesat akhirnya jatuh ke tangan

Portugis pada tahun 1511. Pengurusan yang tidak cekap di dalam pentadbiran akhirnya

telah membawa kepada kehancuran.

Kelemahan yang kedua ialah oleh kerana seorang raja di dalam sistem monarki

mempunyai kuasa yang mutlak, maka ia mudah bertukar menjadi pemerintahan yang

zalim kerana tiada pihak yang boleh dipertanggungjawabkan. Akhirnya, negara yang

memliki raja yang zalim seperti ini akan menghadapi zaman huru hara dan akan

digulingkan oleh rakyat itu sendiri. Sebagai contoh, pekara yang telah berlaku di Rusia.

Raja telah digulingkan oleh pemberontakan Bolshevik pada tahun 1919 25. Dengan

terjadinya perubahan-perubahan sosial di Eropah, termasuk revolusi Perancis,

kedudukan raja mutlak mula tergugat.

Selain itu, corak pemerintahan ini menambahkan jurang perbezaan antara

golongan miskin dan yang kaya. Hal ini berlaku kerana raja mutlak tidak akan

mengambil kisah akan kebajikan rakyat dan rakyat tidak mempunyai peluang untuk

menyuarakan kehendak mereka. Menurut konsep raja mutlak, seseorang raja itu

haruslah ditaati walaupun perkara itu dengan jelas mungkin menyukarkan hidup rakyat

seperti mana seorang anak mentaati bapanya. Tambahan pula adanya sistem monarki

yang menekankan seorang raja itu mempunyai kaitan dengan Tuhan. Dengan ini, rakyat

tidak akan dapat menyuarakan pendapat mereka di dalam apa jua bidang.

Akhir sekali, corak pemerintahan raja atau sistem monarki pada masa kini akan

dianggap tidak lagi relevan. Hal ini kerana dunia kini sedang bertarung dengan

kehidupan globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Selain itu, terdapat banyak masalah

yang perlu dihadapi oleh sesebuah negara pada masa kini, jadi untuk sesebuah negara

yang sedang menghadapi pelbagai cabaran, adalah tidak relevan lagi ia diperintah oleh

seorang pemimpin mutlak sahaja memandangkan perkara in perlu diselesaikan

bersama.

3.0 Kerajaan Demokrasi

3.1 Definisi Kerajaan Demokrasi

Perkataan demokrasi berasal dari perkataan Latin “demos” yang bermaksud rakyat dan

“kratos” yang bermaksud pemerintahan 26. Beberapa orang tokoh dan pemerintah

25 K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, hlm 380.26 Katni Kamsona Kibat, Asas Ilmu Politik, hlm 76.

8

Page 9: Assignment Asas Politik Kerajaan

terkenal telah memberikan pengertian mengenai maksud dan definisi demokrasi.

Antaranya, bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu Abraham Lincoln telah mengatakan

demokrasi adalah sebuah pemerintahan rakyat, yang berfungsi untuk rakyat 27. James

Bryces pula mengatakan ia merupakan satu corak pemerintahan 28. Daripada definisi ini,

terdapat beberapa rumusan mengenai pengertian definisi demokrasi. Demokrasi

ditakrifkan sebagai satu corak pemerintahan atau amalan yang membolehkan rakyat

mengemukakan kehendak mereka tanpa sebarang sekatan 29. Selain itu, terdapat juga

definisi yang ringkas seperti kerajaan oleh rakyat untuk rakyat, satu bentuk kerajaan di

mana pemerintah bertanggungjawab ke atas orang yang diperintah atau kerajaan

daripada perbincangan 30. Walaupun ada yang mengatakan bahawa definisi ringkas ini

tidak sesuai dan tidak menyeluruh, namun begitu, sebahagiannya termasuk di dalam

apa yang dipanggil demokrasi. Definisi yang terakhir pula menekankan bahawa kerajaan

demokrasi bermaksud pemerintah dan rakyat bekerjasama untuk menjayakan

kepentingan bersama 31. Di sini dapat kita dapat kita simpulkan bahawa demokrasi

bermaksud sebuah pemerintahan oleh rakyat yang mana kepentingannya adalah untuk

rakyat serta rakyat dan kerajaan yang dipilih mempunyai tanggungjawab terhadap

negara mereka.

Greek Purba merupakan (abad keempat S.M) merupakan negara yang pertama

mengasaskan corak pemerintahan ini 32. Ia tidak mendapat sambutan seterusnya kerana

dianggap sebagai sebuah pemerintahan yang tidak stabil. Sistem pemerintahan

Demokrasi ini diperkenalkan semula akibat pengaruh Perang Salib. Pasukan-pasukan

tentera dari Eropah terdedah kepada corak pemerintahan demokrasi, iaitu sistem

khalifah yang telah diamalkan oleh orang Islam. Namun, corak pemerintahan ini menjadi

popular selepas berlaku revolusi dan pemberontakan mengatasi sistem monarki

terutamanya di bahagian Eropah. Selain itu, demokrasi juga muncul akibat daripada

proses evolusi masyarakat yang berlaku. Perkara yang penting dalam pertumbuhan

demokrasi ialah pembangunan teknologi yang banyak mempengaruhi ekonomi dan

perubahan sosial. Perubahan-perubahan ini telah menyaksikan rakyat di dalam

sesebuah negara tidak lagi percaya bahawa raja itu wujud sebagai jelmaan tuhan

sebaliknya mereka sudah bijak dan mampu berfikir secara logik.

27 K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, hlm 414.28 Ibid, hlm 415.29 Ibid.30 Ibid.31 Ibid, hlm 416.32 K.Ramanathan, Konsep Asas Politik, hlm 22.

9

Page 10: Assignment Asas Politik Kerajaan

3.2 Ciri-ciri Kerajaan Demokrasi

Untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi, beberapa

syarat atau ciri-ciri perlu ada. Seperti yang telah dibincangkan seperti di atas, nyata

sekali demokrasi merupakan satu sistem yang mementingkan kehendak, pendapat, dan

pandangan rakyat itu sendiri. Jadi, ciri-ciri pertama yang perlu ada di dalam sistem

pemerintahan demokrasi ialah pemerintahan secara perwakilan. Tujuan untuk melantik

sebuah badan perwakilan adalah untuk mencapai keputusan muktamad tentang soal-

soal pokok serta dasar-dasar awam sesebuah masyarakat. Keputusan yang melibatkan

rakyat jelata biasanya dibuat di dewan perwakilan atau dewan perundangan. Namun

yang demikian, tidak semestinya setiap suara rakyat itu akan dibincangkan di dewan-

dewan tersebut dan perkara ini akan dibincangkan di dalam tajuk kelemahan sistem

demokrasi. Apabila seseorang wakil rakyat itu dipilih melalui cara perwakilan ini, maka

secara tidak langsung, ia akan mewujudkan konsep tanggungjawab atau “akauntabiliti”

iaitu wakil rakyat akan bertanggungjawab terhadap atas segala keputusan dan rakyat

juga akan bertanggungjawab atas segala keputusan yang mereka suarakan.

Ciri-ciri yang kedua ialah adanya pilihanraya dan pemerintahan majoriti di dalam

sistem kerajaan demokrasi. Demokrasi menekankan supaya wakil-wakil rakyat mestilah

dipilih secara terbuka berdasarkan kelayakan dan peraturan pencalonan 33. Undang-

undang pilihanraya kebiasaannya adalah ketat dan hanya orang-orang yang memenuhi

syarat sahaja boleh mengundi atau bertanding dalam pilihanraya. Diantara kelayakan-

kelayakan yang biasanya diletakkan dalam undang-undang pilihanraya ialah kelayakan

warganegara, umur, prestasi calon, keadaan kesihatan dan lain-lain. Para pengundi juga

diletakkan beberapa syarat seperti bermastautin, kebolehan membaca dan menulis. Di

dalam amalan demokrasi, setiap pengundi bebas mengundi siapakah wakil rakyat

mereka dan dalam masa yang sama setiap pengundi mempunyai hak yang sama iaitu

satu orang satu undi. Contohnya, di Malaysia, hak pengundi adalah bagi mereka yang

berumur 21 tahun dan ke atas sahaja.

Selanjutnya, ciri-ciri sistem kerajaan demokrasi yang ketiga ialah pengiktirafan

kebebasan minoriti. Kebebasan semula jadi sebenarnya asas yang paling penting untuk

menegakkan demokrasi 34 . Aspek utama di dalam sistem kerajaan demokrasi ialah

jaminan–jaminan hak asasi golongan minoriti. Konsep minoriti melambangkan satu

33 K.Ramanathan, Konsep Asas Politik, hlm 25.34 Ibid, hlm 26.

10

Page 11: Assignment Asas Politik Kerajaan

kelompok atau satu kategori individu yang mempunyai kurang dari setengah jumlah

penduduk yang ditentukan 35. Namun begitu, di dalam persoalan minoriti, beberapa

aspek perlu diambil kira seperti etnik, bahasa, bangsa, politik dan ras. Selain itu,

minority juga boleh ditafsirkan sebagai sebarang kumpulan yang menganggap diri

mereka dan juga dianggap oleh kelompok dominan sebagai unik atas dasar ciri-ciri

fizikal, ekonomi dan lain-lain. Jadi, kebebasan kepada golongan minoriti ini bertujuan

untuk menjaga hak asasi golongan minoriti. Contohnya, perlembagaan Amerika Syarikat

menekankan “kongres tidak boleh membuat undang-undang berkenaan dengan agama

atau mengharamkan sebarang pertubuhan, atau menyekat hak bersuara, atau hak

menerbitkan, atau hak berkumpul, atau membuat pungutan suara mengenai pengaduan

menggantikan kerajaan” 36. Begitu juga dengan (Part II Fundamental Liberties) yang

menjamin beberapa hak asasi kepada rakyat daripada golongan minoriti 37 . Contoh

yang dapat kita lihat di Malaysia ialah kebebasan beragama kepada setiap rakyat.

Seperti yang diketahui, di Malaysia terdapat banyak agama yang diamalkan seperti

Islam (agama rasmi), Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Di sini, setiap rakyat

bebas untuk mengamalkan kepercayaan agama masing-masing.

Ciri-ciri yang keempat pula ialah persamaan (equality). Di dalam konsep

persamaan, terdapat pelbagai jenis persamaan iaitu persamaan di dalam undang-

undang, persamaan peluang, persamaan dalam harta milik dan persamaan perlakuan.

Persamaan di dalam undang-undang bermakna seseorang itu setaraf dengan orang lain

dari segi undang-undang 38. Ini bermakna tiap-tiap individu akan menerima hukuman

serta ganjaran yang sama berpandukan kepada undang-undang masyarakat berkenaan.

Hal ini bermaksud tiadanya hak-hak istimewa bagi kelas-kelas sosial yang tertentu.

Persamaan peluang pula mempertahankan dua prinsip iaitu kehendak individu secara

am dijamin dan peluang menggunakan kesempatan sepenuhnya dalam hak-hak seperti

peluang pelajaran, menggunakan sumber ekonomi dan juga menikmati semua

kemudahan awam yang lain. Selain itu, terdapat juga jaminan undang-undang di dalam

hak kebebasan bersuara. Begitu juga dengan hak-hak pengumpulan harta. Setiap orang

mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan hak milik sendiri dan mempunyai

peluang yang sama dalam merebut kekayaan.

35 Mohd Foad Sahdan, Pengetahuan Asas Politik Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm 107.36 K.Ramanathan, Konsep Asas Politik, hlm 27.37 Ibid. 38 Ibid.

11

Page 12: Assignment Asas Politik Kerajaan

Keempat-empat ciri ini sedikit sebanyak berkait rapat dengan kesimpulan yang

telah dibuat oleh Aristotle selepas menyaksikan amalan demokrasi di negaranya,

Athens. Antara ciri yang disaksikan ialah peluang penyertaan sama rata kepada semua

rakyat dalam hal menentukan kepentingan bersama bagi rakyat, perbincangan yang

terbuka mengenai semua dasar yang ingin dilaksanakan, dan penghormatan tertinggi

yang diberika kepada peraturan negara yang dicapai secara muafakat 39. Walaupun

kesimpulan yang dibuat Aristotle tidak menyeluruh dan terperinci seperti hak kebebasan

hidup seperti persoalan agama, peluang ekonomi, dan pembelajaran, namun Aristotle

telah berjaya membuat kesimpulan mengenai amalan demokrasi sebelum wujudnya

demokrasi moden yang wujud kini.

3.3 Kelebihan Kerajaan Demokrasi

Terdapat beberapa kebaikan atau kelebihan apabila sesebuah negara itu mengamalkan

sistem kerajaan demokrasi. Kelebihan yang pertama ialah demokrasi memberikan

perhatian kepada rakyat biasa. Seperti yang diketahui amalan demokrasi diasaskan atas

prinsip kesamaan atau equality. Jadi, setiap rakyat akan mendapat hak yang sama rata

dan setiap rakyat berhak menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang sama. Amalan

demokrasi tidak mengambil kira taraf sosial seseorang itu. Sebagai contoh di dalam

undang-undang, setiap orang yang melakukan kesalahan akan menerima hukuman

yang sama jika individu melakukan kesalahan yang sama. Selain itu , rakyat biasa juga

akan diberi perhatian yang sama rata kerana diandaikan bahawa kerajaan demokrasi itu

sendiri dipilih oleh rakyat. Jadi, sudah tentu kerajaan yang dipilih itu akan berusaha

memberikan pemerintahan yang adil supaya kepercayaan akan terus diperolehi

daripada rakyat. Sistem amalan demokrasi menentang pendapat yang mengatakan

manusia dilahirkan sebagai hamba dan kaum elit sahaja diberikan kebebasan 40.

Kelebihan yang kedua ialah demokrasi menjamin hak kebebasan sebagai hak

asasi. Corak kerajaan demokrasi memberikan hak kebebasan kepada setiap rakyatnya.

Hak-hak kebebasan ini meliputi soal agama dan kepercayaan, adat istiadat, soal cara

hidup dan sebagainya. Contohnya di negara yang mengamalkan sistem demokrasi

seperti di Malaysia, setiap rakyatnya bebas mengamalkan amalan agama masing-

masing. Oleh sebab itu, rumah-rumah ibadat seperti masjid, surau, tokong, kuil dan

sebagainya bebas didirikan atas faktor kebebasan mengamalkan agama masing-masing

39K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, hlm 416.40 Ibid, hlm 448.

12

Page 13: Assignment Asas Politik Kerajaan

dengan syarat setiap orang harus menghormati agama yang lain. Begitu juga halnya

dengan sambutan perayaan. Banyak perayaan seperti Hari Raya, Perayaan Tahun Baru

Cina, Hari Deepavali bebas disambut malah cuti umum juga diberi untuk menghormati

perayaan-perayaan ini samada ia berkaitan dengan agama atau budaya kaum masing-

masing.

Kelebihan yang ketiga ialah setiap rakyat akan diberi pilihan untuk memilih

kerajaan yang akan memerintah. Thomas Jefferson, salah seorang pemimpin yang

merangka deklarasi kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1776 menegaskan

bahawa rakyat berhak untuk memilih bentuk kerajaan yang disukai dan membaikinya

apabila pemerintahan tersebut tidak lagi dapat menjamin keselamatan 41. Tindakan

demokrasi ini telah membuka pintu supaya orang awam dapat menentukan siapakah

pemimpin mereka. Tambahan lagi, deperti yang telah dibincangkan, demokrasi juga

menekankan supaya wakil-wakil rakyat mestilah dipilih secara terbuka berdasarkan

kepada kelayakan dan peraturan pencalonan. Di sini, rakyat akan bebas menentukan

siapakah pilihan mereka yang akan bertanggungjawab memikul tanggungjawab

membangunkan negara dan rakyat juga berhak dan bebas untuk menukar pemimpin

mereka di dalam pilihanraya selepas itu.

Selanjutnya, sistem kerajaan demokrasi juga menggalakkan pembangunan diri

rakyat. J.S Mill berpendapat bahawa bentuk kerajaan adalah dipengaruhi oleh tingkah

laku individu 42. Individu di sini mungkin bermaksud rakyat atau individu itu sendiri.

Sebagai contoh, bentuk kerajaan itu dipengaruhi oleh tingkah laku rakyat itu sendiri

kerana disebabkan kehendak suara rakyat adalah begini, maka beginilah yang akan

dilakukan di negara itu. Begitu juga dengan pemimpin itu sendiri. Di dalam amalan

demokrasi, rakyat berhak menentukan siapa pemimpin mereka. Di sini, apabila

pemimpin itu melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hak rakyat, maka

berkemungkinan besar pemimpin lain akan dipilih pula.

Di samping itu, sistem kerajaan demokrasi juga mampu merpebaiki taraf hidup

dan mendatangkan perubahan sosial, politik dan juga ekonomi. Di dalam soal

memeperbaiki taraf hidup, seperti yang telah dibincangkan di dalam tajuk ciri-ciri sistem

kerajaan demokrasi, kita telah mengetahui bahawa setiap rakyat bebas untuk

mengumpul harta dan kekayaan kerana peluang yang diberikan dari segi kemudahan,

peluang perniagaan adalah sama rata. Jadi, setiap rakyat itu berpeluang untuk

41 Ibid. 42 Ibid, hlm 449.

13

Page 14: Assignment Asas Politik Kerajaan

memeperbaiki taraf hidup masing-masing dengan syarat usaha yang bersungguh-

sungguh perlu ada. Begitu juga dengan perubahan sosial, politik dan ekonomi. Di dalam

kebebasan mengejar taraf hidup yang lebih baik terutamanya dari segi ekonomi, secara

tidak langsung ia akan menggalakkan rakyatnya mengalami perubahan sosial, politik

dan ekonomi. Contohnya, di dalam persaingan menegjar taraf hidup yang baik, setiap

individu perlulah menuntut ilmu terlebih dahulu untuk mendapatkan pekerjaan yang baik

begitu juga dengan ekonomi. Untuk menjadikan sebuah perniagaan itu maju, individu itu

perlu mempunyai ilmu dan pengalaman yang banyak mengenai perniagaan. Tanpa

pengetahuan yang baik mengenai ilmu perniagaan, sudah semestinya perniagaan itu

tidak akan maju. Selepas rakyat mampu bersaing di dalam soal memeperbaiki taraf

hidup, sudah semestinya mereka perlu memikirkan siapakah yang mampu mentadbir

nagara mereka supaya mereka dapat melindungi kepentingan mereka untuk terus

mengecapi kemewahan taraf hidup yang telah mereka perolehi. Di sini, secara tidak

langsung, mereka akan memikirkan mengenai persoalan politik dan rakyat akan lebih

bijak di dalam menentukan siapakah yang sepatutnya memikul tanggungjawab

menguruskan negara.

Akhir sekali, amalan kerajaan demokrasi juga mampu menjadikan setiap rakyat

mempunyai sikap betanggungjawab. Proses pengundian merupakan salah satu

daripada tanggungjawab bagi rakyat yang mencapai kelayakan untuk mengundi

pemimpin mereka. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab ke atas pengundian

mereka itu kerana itu adalah pilihan mereka. Namun begitu, sikap tanggungjawab ini

paling sesuai ditujukan kepada mereka yang memerintah negara itu sendiri. Pemimpin

yang telah dipilih dariapada kalangan rakyat itu sendiri telah memikul tanggungjawab

untuk menguruskan negara tersebut dan seandainya mereka melakukan

penyelewengan, maka mereka akan digulingkan melalui pilihanraya selepas itu. Jadi,

disinilah dkatakan bahawa amalan kerajaan demokrasi mampu mewujudkan sikap

tanggungjawab atau akauntabiliti baik kepada rakyat mahupun pemimpin pilihan rakyat

itu sendiri.

3.4 Kelemahan Kerajaan Demokrasi

Sistem kerajaan demokrasi juga boleh dikritik berdasarkan beberapa alasan. Kelemahan

pertama yang boleh kita lihat ialah memudahkan berlakunya perebutan kuasa. Hal ini

berlaku kerana di dalam sistem kerajaan demokrasi, rakyat bebas untuk menyuarakan

hak-hak mereka. Abraham Lincoln pernah memperkenalkan slogan “Kerajaan

14

Page 15: Assignment Asas Politik Kerajaan

rakyat,oleh rakyat, untuk rakyat”43 dan seperti yang diketahui, demokrasi merupakan

sistem pemerintahan yang dikendalikan orang ramai atau pertubuhan, maka ia mudah

menimbulkan perebutan kuasa antara parti politik dan seterusnya mampu

mengakibatkan perpecahan rakyat. Perebutan kuasa ini mampu menjadikan keadaan

politik sesebuah negara itu menjadi tidak terkawal dan seterusnya menjadikan keadaan

huru-hara. Keadaan ini mungkin boleh berlaku disebabkan beberapa. Salah satu

diantara perkara itu ialah disebabkan kerajaan yang telah dipilih melakukan

penyelewengan dan pihak pembangkang ingin mengubah perkara tersebut, maka akan

berlakulah perebutan kuasa disebabkan penyelewengan tersebut. Namun, kita juga

harus mengambil kira faktor yang lain seperti contoh, ada pihak yang ingin merampas

kuasa di dalam negara itu atas sebab tertentu, dan mereka memikirkan cara untuk

mendapatkan kuasa dengan mencari kelemahan pemimpin sedia ada walaupun itu

cuma perkara yang kecil. Hal ini kemudian akan berlanjutan dan kerajaan sedia ada

juga akan cuba mencari kelemahan pihak yang menentangnya untuk mengekalkan

kuasanya.

Kelemahan yang kedua ialah sikap tidak betanggungjawab yang akan dilakukan

selepas sebuah kerajaan itu dilantik melalui pilihanraya. Hal ini mungkin timbul apabila

pemimpin yang dilantik itu tidak mempunyai tanggungjawab terhadap tugas mereka

sebaliknya lebih mementingkan diri sendiri atau perjuangan parti politik mereka. Hal ini

lebih teruk lagi apabila rakyat tidak mengetahui apakah yang berlaku di sebalik tadbir

pengurusan negara itu dan apakah rencana sebanar yang telah dirancang oleh

pemimpin. Kadangkala, mungkin sesebuah badan yang telah dipilih oleh rakyat itu

sendiri dijadikan alat oleh golongan tertentu untuk kepentingan sendiri. Akibat yang

buruk daripada perkara ini ialah apabila badan perwakilan yang dipilih telah menjadi alat

untuk kepentingan golongan tertentu, maka nasib dan kepentingan rakyat akan

diketepikan.

Selanjutnya, di dalam amalan sistem kerajaan demokrasi, setiap rakyat yang

mempunyai kelayakan untuk bertanding di dalam pilihan raya berhak untuk bertanding.

Sistem demokrasi sering dikritik kerana kerana pemimpin yang dipilih oleh rakyat sendiri

terdiri daripada orang yang tidak berkelayakan dalam menjalankan pemerintahan

sebuah kerajaan 44. Jadi, boleh dikatakan di sini bahawa bukan semua pemimpin yang

dipilih melalui amalan demokrasi merupakan golongan pakar di dalam urusan mentadbir

43 Katni Kamsona Kibat, Asas Ilmu Politik, hlm 77. 44K.Ramanathan, Asas Sains Politik Edisi Ketiga, hlm 454.

15

Page 16: Assignment Asas Politik Kerajaan

sesebuah kerajaan. Oleh sebab bantuan dan khidmat nasihat diperoleh daripada pihak

tertentu, maka kerajaan hanya mengeluarkan dasar-dasar seperti yang dinasihati, iaitu

berpandukan syor-syor yang dibuat oleh golongan yang berkepentingan sendiri

walaupun mereka dianggap pakar 45. Kita boleh mengambil andaian bahawa kadangkala

orang ramai memilih pemimpin bukanlah kepada kebolehan dan kebijaksanaan

mentadbir, kerana bukan semua pemimpin dikenali dari hujung rambut sehingga hujung

kaki, namun ramai di antara pengundi dipengaruhi oleh kempen-kempen dan

propaganda semasa pilihan raya. Tambahan lagi, kuasa kedudukan seperti pengaruh

dan kuasa ekonomi boleh mengaburi mata rakyat.

Seterusnya, seperti yang diketahui, rakyat mempunyai hak untuk memilih

kerajaan ataupun pemimpin mereka. Oleh itu, sudah semestinya kerap berlaku

pertukaran di dalam kerajaan dan pemimpin. Di dalam hal ini, sudah semestinya akan

berlaku perebutan kuasa di antara pelbagai parti politik dan akhirnya suasana yang tidak

stabil akan berlaku.

Pengaruh golongan berkedudukan tinggi di dalam amalan demokrasi juga

merupakan salah satu di dalam kelemahan sistem kerajaan demokrasi. Calon

pilihanraya yang memenangi kerusi di dalam pilihanraya akan diberikan hak untuk

memegang teraju pemerintahan. Akan tetapi, di dalam kehidupan masyarakat moden,

pihak-pihak yang dicalonkan akan menggunakan kedudukan pengaruh ekonomi,

pengaruh terhadap masyarakat, harta dan kekayaannya bagi memancing undi daripada

pengundi. Tambahan pula, masyarakat kini mudah terpengaruh dengan pancingan

berbentuk kewangan dan ekonomi memandangkan taraf hidup di zaman moden

semakin tinggi. Akhirnya, apabila pihak-pihak berkedudukan tinggi seperti ini dipilih,

maka masyarakat berkemungkinan akan ditimpa kesusahan diatas faktor yang mungkin

berlaku seperti pemimpin yang tidak berkebolehan mentadbir dan pemimpin yang hanya

menggunakan kuasa untuk kepentingan sendiri dan rakyat akan ditindas.

Akhir sekali, amalan sistem demokrasi merupakan sistem yang tidak berkesan

semasa sesebuah negara sedang menghadapi krisis. Hal ini berlaku kerana disebabkan

amalan demokrasi berdasarkan amalan membincangkan sesuatu isu dan kemudian

mendapat persetujuan ramai, proses ini akan melambatkan proses menghasilkan

sesuatu keputusan atau sesuatu dasar. Misalnya di Jerman (1920-1932), corak

pemerintahan demokrasi tidak bertindak segera mengatasi masalah ekonomi negara,

45 Ibid.

16

Page 17: Assignment Asas Politik Kerajaan

dan keadaan ini telah menjadikan ekonomi teruk 46. Ada yang berpendapat bahawa

demokrasi sebenarnya hanya sesuai dan sangat berguna dalam sebuah kerajaan yang

kecil sahaja dan mempunyai fungsi-fungsi kerajaan yang sedikit.

4.0 Kerajaan Totalitarian

4.1 Definisi Kerajaan totalitarian

Terlebih dahulu sistem kerajaan totalitarian merangkumi di dalam corak pemerintahan

autokrasi seperti mana sistem kerajaan monarki. Kerajaan ini akan dipimpin oleh

seorang pemerintah bersama rejimnya. Autokrasi bermaksud corak pemerintahan yang

mutlak. Kita boleh melihat maksud totalitiarian itu sendiri yang berasal daripada

perkataan total yang membawa maksud menyeluruh. Benniti Mussolini yang

memerintah Itali pada tahun 1925 dikatakan mengasaskan corak pemerintahan ini 47.

46 Ibid, hlm 456.47 Ibid, hlm 81.

17

Page 18: Assignment Asas Politik Kerajaan

Beliau pernah mengatakan “Everything for the state:nothing outside the state:nothing

against the state”. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa tidak boleh ada sebarang

penentangan terhadap cara pemerintahan beliau kerana semua yang diamalkan adalah

untuk kepentingan negara. Antara kerajaan atau negara yang masih atau pernah

mengamalkan sistem pemerintahan totalitarian adalah seperti Kerajaan Fasis di bawah

pemerintahan Mussolini (1922-1943), Nazi Jerman di bawah pemerintahan Adolf Hitler

(1933-1945), Soviet Union di bawah pemerintahan Josef Stalin (1929-1953), Republik

Rakyat China di bawah pemerintahan Mao Zedong (1949-1976), Korea Utara (1948-

sekarang), Kambodia (1976-1979), dan Afghanistan di bawah pemerintahan Taliban

(1995-2001).

4.2 Ciri-ciri kerajaan Totalitarian

Terdapat beberapa ciri-ciri yang dapat kita lihat menerusi negara-negara yang

mengamalkan sistem pemerintahan totalitarian. Ciri-ciri yang pertama ialah

mengutamakan dan menyanjung ideologi-ideologi kepentingan negara. Ideologi-ideologi

ini sebenarnya menurut pemimpin totalitarian adalah untuk membentuk semula

masyarakat dunia seperti yang dibayangkan oleh pemimpin tersebut. Ideologi-ideologi

ini mungkin melibatkan kaedah politik tertentu atau inginkan kemegahan atau

keagungan sesuatu bangsa tersebut atau menganjurkan penyatuan golongan yang

tertindas seperti golongan ploritariat. Contoh yang terbaik di sini ialah seperti pemimpin

totalitarian Adolf Hitler yang mengangungkan bangsa Jerman dan cuba menyatakan

kepada dunia bangsa Jerman merupakan bangsa yang terbaik di dunia.

Ciri-ciri yang seterusnya ialah sesuatu negara itu dipimpin oleh satu orang atau

satu rejim sahaja. Contohnya ialah di Afghanistan apabila negara itu dipimpin oleh

kerajaan Taliban (1995-2001) dan negara Jerman apabila negara tersebut dipimpin oleh

Adolf Hitler (1933-1945). Selain itu, didalam sistem totalitarian, hanya satu parti sahaja

yang dibenarkan ada di dalam negara tersebut. Selain itu, rakyat mungkin diberi peluang

untuk mengundi, tetapi proses pengundian ini diawasi rapi dan keputusan yang tercapai

tidak akan menganggu proses pemerintahan seterusnya memandangkan hanya satu

parti sahaja dibenarkan di dalam sesuatu negara tersebut. Dalam hal ini kita boleh

mengatakan bahawa pilihanraya itu hanyalah untuk memilih mereka di kalangan mereka

sahaja dan bukannya mereka di dalam kalangan semua.

Ciri-ciri yang ketiga ialah segala perkara bermula daripada perkara kecil

sehingga besar adalah dikawal rapi oleh pemerintah tersebut. Kesemua perkara ini

18

Page 19: Assignment Asas Politik Kerajaan

meliputi segala aspek fikiran dan kehidupan rakyat 48. Di dalam aspek kehidupan

contohnya, hal-hal ekonomi di dalam negara dikawal sepenuhnya oleh pemerintah.

Kawalan ini biasanya mempunyai dua matlamat. Pertama, membolehkan negara

menjadi kuat dan berkuasa agar setiap keperluan sama ada industri, pertanian, atau

ketenteraan dapat dikawal. Matlamat yang kedua pula ialah, ekonomi yang dikawal juga

dapat digunakan sebagai alat menguruskan hal-hal politik. Ini bererti rakyat boleh

dikerah untuk meningkatkan pengeluaran dalam sektor tertentu.

Selain itu, mengejar matlamat tunggal juga merupakan salah satu daripada ciri-

ciri negara yang mengamalkan sistem pemerintahan totalitarian. Di dalam negara yang

mengamalkan sistem ini, matalamat yang nyata seperti bangsa pembangunan

perindustrian serta-merta, kediktatoran golongan ploritariat atau penguasaan satu-satu

bangsa sahaja diamalkan secara menyeluruh. Di sini, semua matlamat-matlamat lain

atau matlamat kecil tidak lagi dianggap kepentingan dan akan diketepikan. Contohnya,

apa yang diamalkan di negara Afghanistan oleh kerajaan Taliban (1995-2001). Segala

harta benda dan sumber-sumber negara adalah disalurkan untuk menjayakan matlamat

tersebut 49. Tambahan lagi, sesiapa lagi sahaja yang cuba menghalang percubaan untuk

mencapai matlamat ini akan disingkirkan atau dihapuskan.

Selanjutnya, antara ciri-ciri yang ada pada pemimpin atau kerajaan totalitarian

ialah tindakan kekerasan. Tindakan ini umumnya akan diberikan untuk mencapai satu

matlamat dan juga kepada mereka yang menentang kerajaan. Sistem pemerintahan

totalitarian akan menggunakan jentera pemerintahannya untuk menentang pihak yang

menentangnya. Bagi seorang pemimpin totalitarian, sifat kekerasan yang diamalkan

dengan menggunakan tentera dan polis adalah wajar. Hal ini sebenarnya adalah

memastikan rakyat mentaati setiap arahan kerajaan.Tambahan lagi di negara-negara

yang mengamalkan sistem pemerintahan ini, polis rahsia akan dilantik bagi memantau

setiap pergerakan rakyat.

4.3 Kelebihan Kerajaan totalitarian

Terdapat beberapa kelebihan dan kebaikan di dalam sistem kerajaan totalitarian.

Kelebihan pertama yang dapat kita lihat ialah soal pemerintahan yang lebih terkawal.

Memandangkan di dalam corak pemerintahan totalitarian hanya ada seorang pemimpin

tunggal dan hanya satu parti politik sahaja, maka ia akan membawa kepada sistem

48Ibid, hlm 382.49 Ibid, hlm 383.

19

Page 20: Assignment Asas Politik Kerajaan

pemerintahan yang lebih terkawal, teratur dan juga tersusun. Seperti yang diketahui,

rakyat di dalam negara yang mengamalkan sistem pemerintahan ini akan taat kepada

pemerintah tunggalnya. Jadi, kebarangkalian untuk berlakunya rusuhan di dalam

sesuatu negara itu adalah kurang. Kelebihan ini juga terdapat di dalam corak

pemerintahan autokrasi yang lain seperti sistem kerajaan monarki. Apabila kurangnya

berlaku rusuhan atau penentangan, maka urusan pentadbiran akan berjalan dengan

lancar mengikut apa yang dikehendaki oleh kerajaan itu sama ada ia membebankan

atau tidak membebankan rakyat.

Kelebihan kedua yang dapat kita lihat menerusi sistem kerajaan totalitarian ini

ialah tiadanya berlaku perebutan kuasa. Seperti yang telah dibincangkan, di dalam

negara yang mengamalkna sistem pemerintahan totalitarian, hanya ada satu sahaja

pemerintah tunggal dan hanya ada satu sahaja parti politik. Kelebihan ini ada

hubungannya dengan kelebihan yang pertama iaitu sistem pemerintahan yang terkawal.

Hal ini berlaku kerana apabila tiadanya perebutan kuasa, maka kerajaan yang

memimpin itu tidak akan lagi memikirkan soal strategi babgi menetang penentangnya

sebaliknya hanya memikirkan apa yang perlu dilakukan untuk negaranya sahaja.

Seterusnya, matlamat tunggal yang diadakan di dalam sistem kerajaan

totalitarian merupakan satu daripada kelebihan sistem kerajaan ini. Sebagai contoh,

apabila hanya ada satu matlamat tunggal di dalam satu negara, negara itu akan dapat

menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang ingin dikecapinya. Antara matlamat

yang boleh dicapai di dalam sesuatu negara itu ialah dari segi pembangunan seperti

pembangunan tentera, perindustrian, dan pelbagai matlamat lain lagi. Tambahan lagi, di

dalam sistem kerajaan totalitarian, amalan kerahan tenaga boleh dilakukan terhadap

rakyat oleh pemimpin untuk mencapai matlamatnya. Hal ini boleh dilihat ketika Adolf

Hitler mengerahkan askar-askarnya untuk menguasai kawasan lain. Dengan halalnya

sistem kerahan tenaga di dalam amalan totalitarian, maka matlamat tunggal yang ingin

dicapai di dalam negara itu akan lebih mudah dicapai.

Selanjutnya, sebuah negara yang mangamalkan sistem pemerintahan totalitarian

juga akan mempunyai rakyat yang begitu setia kepada negara dan pemimpin. Tidak

hairanlah dari segi ketenteraan, negara yang mengamalkan sistem pemerintahan

totalitarian akan menjadi sebuah negara yang kuat dan ditakuti negara-negara yang lain.

Sikap taat rakyat kepada negara itu akan memberikan kelebihan kepada kekuatan

negara terutamanya dari segi ketenteraan. Seperti yang kita lihat di Korea Utara,

mereka mempunyai sebuah organisasi ketenteraan yang amat ditakuti oleh negara lain.

20

Page 21: Assignment Asas Politik Kerajaan

Jadi, secara tidak langsung kebarangkalian ancaman dari luar negara untuk mencabul

kehormatan negara tersebut adalah kurang. Di samping itu, apabila terjadi perang pula,

negara itu boleh menjamin kekuatan pertahanannya kerana setiap rakyat di dalam

negara akan berusaha untuk mempertahankan negara masing-masing. Kesemua hal ini

akan berlaku apabila adanya rakyat yang setia.

Kelebihan terakhir yang dapat kita lihat dari sistem pemerintahan totalitarian

ialah sesuatu dasar atau undang-undang itu akan dilaksanakan dengan cepat. Di dalam

perbincangan sebelum ini, kita sudah melihat bahawa hanya ada satu pemimpin tunggal

di dalam negara yang mengamalkan amalan totalitarian. Selain itu, hanya satu parti

politik akan dibenarkan di dalam negara itu. Jadi, apabila berlakunya sesuatu masalah

yang melibatkan negara, sesuatu dasar atau penyelesaian masalah akan dilakukan

dengan cepat dan segera kerana tiadanya percanggahan pendapat di dalam isu

mencari penyelesaian masalah ini. Walaupun sesuatu dasar itu tidak akan dapat

memastikan ianya berjaya atau tidak, namun sekurang-kurangnya ia cepat dilaksanakan

kerana tidak perlu mendapatkan persetujuan orang ramai (rakyat) ataupun oembangkan

berhubung sesuatu dasar itu. Di dalam kelebihan ini, ia amat sesuai dijalankan ketika

negara sedang berada di dalam keadaan yang tidak stabil atau berlakunya keadaan

yang tidak baik seperti kemelesetan ekonomi global, peperangan, kemarau, dan

sebagainya.

4.4 Kelemahan Kerajaan Totalitarian

Di samping kebaikan, terdapat juga beberapa kelemahan di dalam amalan sistem

pemerintahan kerajaan totalitarian. Kelemahan pertama yang dapat dikenalpasti ialah

hak kebebasan rakyat itu sendiri akan terabai. Hal ini merupakan salah satu sebab

mengapa ahli politik berpendapat bahawa sistem pemerintahan ini membawa banyak

keburukan berbanding sistem kerajaan yang lain. Di dalam amalan kerajaan totalitarian,

kebebasan rakyat ditentang kerana rakyat hanya akan mendengar arahan dan perintah

kerajaan sahaja. Sebagai contoh, kerahan tenaga untuk menjadi tentera kepada negara

tersebut. Di sini, bukan setiap manusia memiliki minat untuk menjadi seorang tentera

21

Page 22: Assignment Asas Politik Kerajaan

dan ada juga yang tidak menyukai hal ini, sebaliknya jika sesuatu perkara itu dipaksa, ia

sudah lari daripada hak kebebasan seseorang itu. Jika difikirkan dari sudut

kemanusiaan, manusia semestinya mempunyai kehendak yang berbeza-beza dan

kehendak ini merupakan hak mutlak bagi setiap manusia. Dari sudut sains pula, kita

melihat bahawa manusia merupakan sebuah organisma kompleks yang mempunyai

pemikiran berbeza berdasarkan kemampuan otak. Kehendak ini juga boleh diselarikan

mengikut peredaran masa, taraf hidup seseorang, kemampuan berfikir, cara hidup, taraf

sosial dan sebagainya. Jadi, apabila hak kebebasan seseorang itu dihadkan, maka

berkemungkinan besar seseorang itu akan memberontak dan akan mengalami

penderitaan mental yang seterusnya akan membawa kepada masalah kesihatan seperti

stres dan sebagainya.

Kelemahan seterusnya ialah didalam negara yang mengamalkan sistem

pemerintahan totalitarian, hak kebajikan rakyat akan terabai. Hal ini berlaku kerana

pemimpin totalitarian umumnya akan mempunyai satu matlamat utama atau satu

matlamat tunggal di dalam pemerintahannya. Untuk mencapai matlamatnya, rakyat

boleh diguna di dalam sistem kerahan tenaga atas prinsip mentaati pemimpin mereka.

Di dalam sistem kerahan tenaga yang mengandungi unsur paksaan dan kekejaman,

sudah tentunya kebajikan rakyat akan terabai. Hak kebajikan rakyat merangkumi aspek-

aspek keperluan hidup seperti kesihatan, makanan, tempat tinggal, dan sebagainya.

Selain itu, dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan juga tidak perlu mendapat persetujuan

oleh rakyat dan di sini, kerapkali pemimpin yang menggubal dasar tidak akan

memikirkan hak-hak kebajikan rakyat.

Selanjutnya, sikap pemerintah yang seringkali menggunakan kekerasan,

kekejaman dan paksaan juga merupakan antara kelemahan yang dapat dilihat di dalam

sistem pemerintahan totalitarian. Seperti yang telah dibincangkan didalam ciri-ciri

kerajaan totalitarian, setiap rakyat yang menentang kerajaan akan dikenakan hukuman

yang berat. Begitu juga dengan perlantikan polis rahsia yang dilantik bagi mencari

sesiapa sahaja yang menentang kerajaan. Kita boleh mengandaikan bahawa kerajaan

akan mempercayai kata-kata polis rahsia tersebut. Sekiranya polis rahsia tersebut tidak

menyukai seorang rakyat itu, maka polis tersebut mungkin akan menggunakan

kuasanya untuk memfitnah rakyat tersebut. Perkara ini merupakan satu perkara yang

dianggap kejam.

Selain itu, berbalik kepada hak kebebasan kita pula, didalam politik, rakyat tidak

dibenarkan untuk memilih pemimpin mereka sendiri. Tambahan pula, di dalam corak

22

Page 23: Assignment Asas Politik Kerajaan

pemerintahan totalitarian hanya ada satu parti politik sahaja. Di sini, rakyat tidak akan

dapat memilih sendiri pemimpin mereka. Memandangkan hanya ada satu parti politik

pula, mereka tidak mempunyai pilihan untuk menentukan pemimpin mereka

berdasarkan kehendak mereka.

Akhir sekali, sesuatu dasar atau pelaksanaan yang dilakukan oleh pemimpin

tunggal mungkin tidak akan berkesan. Hal ini disebabkan hanya satu idea sahaja di

dalam usaha untuk menggubal suatu dasar itu. Walaupun seorang pemimpin itu akan

mendapat nasihat daripada orang kanannya, namun begitu, idea yang dihasilkan

mungkin tidak sebagus daripada pendapat dari idea orang ramai. Tetapi, perkara ini

akan menjadi sebaliknya jika seorang pemimpin itu adalah seorang yang mahir di dalam

pelbagai bidang.

5.0 Perbandingan Antara Sistem kerajaan Monarki, Demokrasi dan Totalitarian.

Setelah kita melihat ciri-ciri, kelebihan dan juga kelemahan ketiga-tiga jenis sistem kerajaan,

kita boleh membandingkan ketiga-tiga jenis sistem kerajaan ini. Perbandingan ini boleh

dilakukan di dalam tiga aspek utama iaitu rakyat, pemimpin dan juga negara.

Di dalam aspek pertama iaitu rakyat kita boleh melihat beberapa perbandingan.

Perbandingan yang pertama ialah hak asasi rakyat itu sendiri terutamanya di dalam soal

kebebasan. Kebebasan disini bermaksud kebebasan dalam segala aspek hidup seperti cara

hidup, ekonomi, politik dan sebagainya. Di dalam persoalan kebebasan dan kebajikan rakyat,

jelas sekali sistem kerajaan demokrasi mempunyai kelebihan kerana amalan demokrasi

23

Page 24: Assignment Asas Politik Kerajaan

mementingkan kebebasan dan suara rakyat. berbeza dengan amalan sistem monarki dan

totalitarian.Rakyat di dalam sistem kerajaan demokrasi berhak untuk bersuara, memilih

pemimpin mereka, serta melakukan bantahan sekiranya berlaku sesuatu yang bertentangan

dengan kehendak rakyat. Hal ini berlaku kerana rakyat itu sendiri berhak memilih

pemimpinnya. Perkara ini jelas berbeza dengan sistem monarki dan juga totalitarian. Sistem

monarki dan totalitarian yang juga tergolong di dalam corak pemerintahan autokrasi akan

menyebabkan rakyatnya hilang hak kebebasan. Sistem monarki misalnya memaksa rakyatnya

supaya taat kepada pemerintah tunggal iaitu raja dan tidak boleh melanggar sebarang arahan

raja tersebut. Setiap rakyat tidak berhak untuk melakukan penentangan terhadap pemimpin

mereka sebaliknya hanya menurut perintah dan seolah-olah menjadi seorang yang lurus

bendul. Begitu juga dengan sistem totalitarian di mana rakyat tidak dibenarkan hidup bebas

sepertimana yang berlaku di dalam sistem kerajaan demokrasi. Sistem kerajaan totalitarian

mengawal sepenuhnya cara hidup rakyatnya bermula dari sekecil-kecil aspek. Begitu juga

halnya dengan isu kebajikan. Rakyat yang hidup di dalam amalan kerajaan demokrasi pada

dasarnya akan mendapat hak-hak kebajikan yang baik kerana mereka berhak menyuarakan

mengenai apa yang patut mereka dapat dan apa yang tidak patut. Berbeza dengan sistem

kerajaan monarki dan totalitarian, rakyat pada dasarnya tidak akan dapat menikmati hak-hak

kebajikan yang sepatutnya kerana mereka tidak dibenarkan bersuara untuk mendapatkan apa

yang diperlukan sebaliknya hanya menunggu apa yang akan diberikan oleh kerajaan sahaja.

Namun begitu, perkara ini sebenarnya bergantung kepada siapa pemimpin itu sendiri. Rakyat

yang hidup di dalam sistem demokrasi juga tidak akan mendapat hak-hak kebajikan yang

mereka suarakan andainya pemimpin yang telah dipilih oleh mereka tidak melakukan

tanggungjawab mereka mengikut kehendak mereka. Kini, di dalam negara demokrasi, kita

sering mendengar isu rasuah di kalangan pemimpin, soal pembahagian tender projek yang

tidak adil (kepada kroni), golongan pemimpin yang dikuasai oleh golongan yang kaya dan

sebagainya. Amalan sistem kerajaan monarki dan totalitarian juga mampu membuatkan

rakyatnya mendapat hak-hak kebajikan seperti mana yang dikehendaki oleh rakyatnya jika

pemimpin itu tahu memikirkan apakah yang diperlukan oleh rakyatnya dan jika seorang

pemimpin itu menggunakan matlamat kebajikan rakyat sebagai matlamat tunggalnya. Di dalam

soal keselamatan masyarakat, ia adalah perkara yang sukar dijangka. Kebiasaannya, ramai

yang menjangkakan bahawa rakyat yang hidup di dalam amalan demokrasi lebih terjamin

keselamatannya. Hal ini kerana rakyat bebas daripada kekejaman dan sistem paksaan seperti

yang boleh dilakukan oleh pemimpin monarki dan juga totalitarian. Akan tetapi, jika ditinjau

lebih mendalam, amalan demokrasi membenarkan rakyatnya menyatakan pendapat masing-

24

Page 25: Assignment Asas Politik Kerajaan

masing mengenai corak pemerintahan dan siapa yang akan memimpin mereka, dan di sini

rusuhan atau perbalahan akan berlaku disebabkan percanggahan pendapat terutamanya dari

segi perebutan kuasa. Di dalam hal ini, pergaduhan mungkin akan berlaku disebabkan

pendapat yang berbeza-beza.

Seterusnya, dari segi aspek rakyat, kita boleh membuat perbandingan mengenai taraf

hidup rakyat berdasarkan taraf hidup, taraf sosial dan juga perkara-perkara lain. Di dalam taraf

sosial misalnya, pendekatan yang dilakukan oleh ketiga-tiga sistem pemerintahan ini adalah

berbeza. Dari segi peluang ekonomi contohnya, negara demokrasi lebih mengamalkan sikap

terbuka dengan setiap rakyatnya mempunyai kelebihan untuk bersaing secara terbuka dan

peluang juga adalah terbuka kepada setiap rakyat. Pendek kata di dalam amalan demokrasi,

siapa yang rajin, dia akan memenanginya. Hal ini berbeza di dalam sistem monarki dan

totalitarian. Di dalam sistem monarki, rakyat perlu tunduk kepada arahan raja atau pemimpin,

contohnya jika seorang raja tersebut inginkan rakyatnya menjalankan pertanian semata-mata,

maka rakyatnya akan menjalankan kegiatan pertanian semata-mata. Hal ini juga berlaku di

dalam sistem pemerintahan totalitarian di mana rakyatnya akan mengikut matlamat pemimpin

tunggal mereka. Di dalam taraf sosial pula, di dalam sistem demokrasi dilihat mempunyai

kesamataraan antara semua penduduk negara itu. Contohnya, pemimpin itu sendiri dipilih oleh

rakyat dan rakyat berhak untuk mengkritik penyelewengan yang dilakukan oleh sesetengah

pemimpin itu. Namun begitu, perkara-perkara seperti berlakunya perbezaan jurang taraf sosial

seperti golongan elit dan golongan biasa mungkin berlaku. Hal ini berlaku di dalam sistem

ekonomi kapitalis yang juga akan membawa kepada masalah yamng kaya terus kaya dan yang

miskin akan terus miskin. Selain itu, walaupun amalan demokrasi pada dasarnya memberikan

kesamarataan berdasarkan cara pemimpin itu dipilih, namun, ia boleh menjadi tidak sama rata

apabila berlaku pencemaran demokrasi itu seperti penyalahgunaan kuasa. Pemimpin yang

sudah diberi kuasa seringkali merasakan dirinya adalah hebat kerana kedudukannya tambahan

lagi apabila kedudukan di dalam kerajaan itu menggunakan kuasa ekonominya. Di dalam

sistem pemerintahan monarki dan autokrasi, jelas sekali adanya perbezaan antara golongan

rakyat dan juga golongan pemimpin, akan tetapi jurang perbezaan di antara rakyat dan rakyat

itu sendiri tidak besar kerana matlamat rakyat di dalam kedua-dua sistem pemerintahan ini ialah

mentaati pemimpinnya. Tambahan lagi sebagai contoh, di dalam kerajaan komunis

(totalitarian), jumlah pendapatan antara rakyat tidak besar malah boleh dikira sama rata.

Selanjutnya, aspek besar yang perlu kita bandingkan ialah pemerintahan di dalam

ketiga-tiga sistem pemerintahan itu sendiri. Yang pertama ialah cara mendapatkan hak

kepimpinan itu. Di dalam sistem pemerintahan monarki, hanya golongan keturunan atau

25

Page 26: Assignment Asas Politik Kerajaan

kerabat raja sahaja yang boleh menjadi pemimpin atau raja. Selain itu, sistem pemimpin ini juga

dilakukan dalam sistem turun temurun. Di dalam sistem demokrasi pula, pemimpin itu dipilih

oleh rakyat itu sendiri. Di dalam amalan totalitarian pula, seorang pemimpin itu adalah tunggal

dan rakyat tidak berhak menentukan siapa pemimpinnya. Di samping itu, kita boleh melihat

perbandingan di dalam keberkesanan pula. Secara dasarnya, sistem pemerintahan autokrasi

iaitu monarki dan juga totalitarian lebih memberi kesan yang baik berbanding sistem perintahan

demokrasi. Hal ini kerana sistem autokrasi menjamin sesuatu perkara itu berkesan. Contohnya,

rakyat di dalam sistem monarki dan totalitarian mentaati pemimpin dengan sepenuh hati.

Justeru itu, keberkesanan pemerintahan itu berlaku disebabkan kelancaran pentadbiran.

Berlainan dengan sistem demokrasi, arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin demokrasi

tidak semestinya akan ditaati oleh rakyat sebaliknya penentangan itu mungkin berlaku. Jadi,

secara umumnya sistem pemerintahan monarki dan totalitarian lebih berkesan daripada sistem

pemerintahan demokrasi. Persoalan badan-badan pembantu pemerintah iaitu kerajaan, di

dalam sistem monarki, badan pembantu ialah pembesar-pembesar. Contohnya di dalam zaman

kesultanan Melayu Melak, sistem pembesar empat lipatan dugunakan. Di dalam sistem

demokrasi, badan pembantu terdiri daripada golongan yang memenangi pilihanraya dan

biasanya terdapat badan perundangan, badan legislatif, da badan kehakiman yang akan

menjalankan pentadbiran namun ia atas kehendak dan suara rakyat. Di dalam sistem

totalitarian pula, pemimpin tunggal juga dibantu oleh pembantu-pembantu seperti menteri-

menteri yang dilantik oleh pemimpin itu sendiri, namun urusan pentadbiran bukanlah atas suara

rakyat.

Aspek terakhir yang kita boleh lihat menerusi perbandingan antara ketiga-tiga sistem

kerajaan ini ialah negara itu sendiri. Yang pertama ialah soal kemajuan negara itu sendiri.

Sejarah telah membuktikan bahawa banyak negara dan emoayar dari zaman silam yang

menggunakan sistem kerajaan monarki seperti China, empayar Melaka mendapat kejayaan

yang besar di dalam kemajuan negara. Namun satu perkara perlu diingat bahawa pada masa

itu, tiada lagi sistem kerajaan demokrasi dan sistem totalitarian walaupun sistem demokrasi

pernah dijalankan di Greek untuk jangkamasa yang sekejap. Jadi, untuk membuat

perbandingan dengan masa silam adalah satu perkara yang dikira tidak sesuai. Kini, apa yang

boleh dilihat soal kemajuan negara itu adalah berdasarkan kebijaksanaan pemimpin itu sendiri.

Contohnya, sistem demokrasi seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat menunjukkan

prestasi kemajuan negara tersebut adalah di tahap yang membanggakan, begitu juga dengan

kemajuan di negara Korea Utara yang mengamalkan sistem pemerintahan totalitarian. Begitu

juga dengan halnya seperti negara Indonesia yang mengamalkan sistem demokrasi tidaklah

26

Page 27: Assignment Asas Politik Kerajaan

menunjukkan kemajuan yang begitu pesat samalah juga seperti sistem totalitarian yang pernah

dijalankan di negara Afghanistan yang mana kemajuannya tidaklah begitu hebat. Akan tetapi

aspek kemajuan negara ini juga perlu dilihat dari segi masa iaitu sejak bilakah proses

pembangunan sesebuah negara itu bermula. Kesimpulannya, perbandingan diantara ketiga-tiga

sistem kerajaan ini mengenai soal kemajuan adalah subjektif dan ia bergantung kepada

pemerintah itu.

6.0 Kesimpulan

Daripada kesemua perbincangan di atas, kita telah dapat melihat apakah ketiga-tiga

sistem kerajaan tersebut dari segi definisi, ciri-ciri, kelebihan, kelemahan dan

perbandingannya. Dapat disimpulkan di sini bahawa sistem monarki merupakan satu

pemerintahan mutlak yang akan dipimpin oleh seorang pemimpin iaitu raja. Sistem

demokrasi pula merupakan sistem pemerintahan berasaskan rakyat manakala sistem

kerajaan totalitarian pula ialah sistem yang dipimpin oleh seorang pemimpin yang akan

mengawal keseluruhan negara tersebut. Adalah di sini dapat kita huraikan bahawa

27

Page 28: Assignment Asas Politik Kerajaan

setiap kerajaan tersebut mempunyai kelebihan dan kelemahan masing dan ini

berdasarkan kepada tiga aspek utama iaitu rakyat, pemerintah dan negara itu sendiri.

Idea pengelasan institusi politik sudah bermula sejak dahulu lagi dan antara

tokoh yang dikira paling awal melakukan pengelasan sistem politik ialah Plato dan

kemudiannya disambung oleh anak muridnya iaitu Aristotle. Walaupun pengelasan-

pengelasan yang dilakukan oleh kedua-dua tokoh in tidaklah menyeluruh dan tepat,

namun selepas ia dikaji dan dikaji seterusnya, maka terhasillah pengelasan sistem

politik moden yang ada kini iaitu demokrasi dan autokrasi (monarki dan totalitarian).

Berdasarkan ciri-ciri yang dapat dilihat, sistem monarki dan totalitarian

mempunyai banyak persamaan dan persamaan yang paling ketara iaitu cara

pemerintahan tersebut yang mana pemimpinnya adalah tunggal dan satu. Hal ini kerana

sistem pemerintahan monarki dan totalitarian berada di bawah keluarga yang sama iaitu

autokrasi yang membawa maksud pemerintahan mutlak. Hal ini berbeza dengan corak

demokrasi yang mana pemimpinnya adalah berasaskan rakyat itu sendiri walaupun

sistem demokrasi itu sendiri mempunyai jenis-jenisnya seperti demokrasi liberal,

demokrasi pluralisme, demokrasi pasrtisipatif, dan sebagainya.

Selanjutnya di dalam soal kelebihan dan kelemahan sesuatu sistem

pemerintahan itu, seperti kebiasaannya setiap jenis pemerintahan itu mempunyai

kelebihan dan kekurangannya. Namun, apabila disimpulkan dari apa yang dapat

dianalisis ialah kelebihan di dalam sistem demokrasi adalah lebih kepada rakyat

manakala kelebihan di dalam sistem kerajaan monarki dan totalitarian adalah lebih

kepada pemerintah. Namun begitu, hal ini bukanlah sesuatu perkara yang tetap kerana

hal ini akan sentiasa berubah-ubah di atas faktor peredaran masa, pertukaran budaya,

keadaan di dalam negara, dan sebagainya.

` Apabila tokoh-tokoh politik telah berjaya mengelaskan sistem-sistem politik dan

kerajaan yang ada di dunia ini, maka mereka akan membuat perbandingan melalui ciri-

ciri, kelebihan dan kelemahan sesuatu sistem kerajaan itu. Akhir sekali, satu persoalan

akan timbul iaitu sistem kerajaan manakah yang paling efektif dan paling baik untuk

digunakan. Terdapat tokoh-tokoh pengkaji politik yang berpendapat bahawa sistem

kerajaan yang paling sesuai adalah berdasarkan kepada keadaan negara itu.

Contohnya, sistem demokrasi sesuai dijalankan di kawasan yang kecil manakala sistem

monarki dan totalitarian sesuai dijalankan di kawasan atau negara yang besar. Akan

tetapi apa yang dilihat sekarang, sistem demokrasi yang diamalkan seperti di Amerika

28

Page 29: Assignment Asas Politik Kerajaan

Syarikat yang merupakan negara pesat(contoh negara yang besar) menunjukkan

keberkesanannya.

Jadi, perkara sebenarnya yang dapat ditafsirkan ialah keberkesanan di dalam

sistem pemerintahan itu bergantung kepada kebijaksanaan pemimpin itu sendiri baik

dipilih oleh rakyat atau tidak. Oleh sebab inilah Aristotle telah mengelaskan sistem politik

kepada dua iaitu yang biasa dan yang dicemari. Jika seorang pemimpin itu bagus, maka

dengan apa cara sistem sekalipun, rakyat, negara dan pemimpin itu sendiri akan

mendapat manfaatnya.

7.0 Refleksi

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan bagi kursus PSS 3103 ini.

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, saya telah memperoleh

semangat yang kuat u tuk menyiapkan tugasan ini. Sudah menjadi lumrah, setiap tugasan pasti

akan ada masalah dan setiap masalah itu ada penyelesaiannya.

29

Page 30: Assignment Asas Politik Kerajaan

Antara masalah utama yang telah saya hadapi di dalam tugasan kali ini ialah kelemahan

saya sendiri iaitu kurang pengetahuan mengenai isu-isu politik. Untuk mempunyai banyak

pengetahuan mengenai politik, seseorang individu itu perlulah rajin membaca dan rajin

meneroka kerana isu-isu politik tidak akan basi kerana ianya berubah-ubah setiap hari.

Walaupun mendapat bantuan daripada bahan-bahan rujukan seperti buku yang dibekalkan oleh

pensyarah pembimbing dan rakan-rakan serta carian sendiri, namun contoh yang ada di dalam

buku rujukan ini tidak merangkumi kesemua isu politik memandangkan isu politik akan berubah-

ubah dari hari ke hari.

Selain itu, di dalam bahan rujukan terdapat juga maklumat-maklumat yang bercanggah

antara satu sama lain terutamanya dari segi pendapat pengarang itu sendiri. Sebagai contoh di

dalam buku ini mengatakan bahawa terdapat tiga jenis sistem monarki manakala sebuah buku

mengatakan bahawa terdapat empat buah jenis sistem monarki namun ia tidak dinyatakan

dengan jelas. Hal ini memerlukan penelitian yang jelas dan segala maklumat perlu ditapis. Kita

sedia maklum bahawa sesetangah bahan yang ada di dalam buku merupakan idea atau

pendapat pengarang itu sendiri, namun sebagai pelajar yang sedang melakukan tugasan,

perkara ini sudah tentulah menyukarkan kerana perkara ini merupakan satu perkara yang baru

dipelajari. Tambahan lagi, pelajar yang sedang melakukan tugasan biasanya dibelenggu

masalah pemarkahan yang akan menjadikan pelajar itu takut untuk menulis kerana bimbangkan

salah. Namun saya berpendapat bahawa adalah menjadi kebiasaan pelajar melakukan

kesalahan kerana dengan kesalahan ia akan membawa kepada kebaikan untuk selama-

lamanya.

Selain daripada masalah yang dihadapi, menerusi tugasan ini juga, beberapa manfaat

telah saya dapati. Antara manfaat yang saya dapati ialah kini saya mengetahui sedikit sebanyak

mengenai isu politik dan apa yang telah terjadi kepada sistem negara sebelum ini. Tambahan

lagi, pada tahun ini genaplah umur saya 21 tahun dan selepas ini, mengikut undang-undang

Malaysia saya telah berkelayakan untuk mengundi di dalam pilihan raya. Jadi, dengan

pengetahuan saya sedikit sebanyak mengenai selok belok politik, ia akan membantu saya

untuk memilih pemimpin saya nanti.

Jadi sebagai pengakhiran pendokumentasian saya, saya berharap agar pensyarah saya

iaitu En Mohd Ashraf B. Ibrahim akan berpuas hati dengan apa yang telah saya bentangkan di

dalam tugasan kali ini.

30

Page 31: Assignment Asas Politik Kerajaan

31