assignment hbms 1203 pengajaran muzik 1
DESCRIPTION
MUZIKTRANSCRIPT
ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012
PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASANASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
MEI / 2012
HBMS1203
PENGAJARAN MUZIK 1
MATRICULATION NO : 750620126206001
IDENTITY CARD NO. : 750620-12-6206
TELEPHONE NO : 0135571200
E-MAIL : [email protected]
LEARNING CENTRE : SANDAKAN BRANCH
NAME : ROHANA BT HJ JUKARNA
TUTOR : PATRUS MATING
HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 1
ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012
PERKARA MUKA SURAT
1.0 Pendahuluan 3
2.0 Pemilihan Lagu Kanak-Kanak 4
3.0 Lima Sebab Pemilihan Lagu 5
4.0 Kaedah Pengajaran 6
5.0 Rancangan Pengajaran 7 - 10
6.0 Analisis Skor Lagu 11 - 12
7.0 Corak Irama Tiga Alat Perkusi 13
8.0 Penutup 14
Rujukan 15
HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 2
ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012
1.0 Pendahuluan
Menyanyi merupakan cara mudah untuk melahirkan perasaan . Secara tidak langsung,
aktiviti menyanyi memenuhi keperluan untuk menyalurkan perasaan dan fikiran . Sejak
zaman dahulu lagi, menyanyi menjadi medium untuk melahirkan perasaan dan berkongsi
pengalaman seseorang . Lagu adalah komunikator yang hebat terutama bagi kanak-kanak
(Phillips, 1990). Proses menyanyi melibatkan tiga bentuk major pembelajaran iaitu
kognitif (pengetahuan), psikomotor (kemahiran), dan afektif (perasaan dan sikap).
Bagi kanak-kanak , menyanyi adalah satu aktiviti semulajadi yang boleh dilakukan
secara spontan seperti bertutur. Menyanyi adalah kemahiran yang kompleks kerana ia
memerlukan masa untuk membentuk respon kedua-dua koordinasi psikologikal dan motor
dalam menghasilkan vokal yang baik
Perkusi pula secara definisinya adalah alat muzik yang boleh diketuk , dipalu atau
digoncang , digarik atau yang mempunyai dua atau lebih ciri-ciri di atas. Perkusi merupakan
alat muzik yang paling asas, digunakan oleh manusia sejak 6000 tahun sebelum Masehi.
Tidak hairanlah jika ia dikatakan sebagai ‘tulang belakang’ kepada sesuatu susunan muzik.
Terdapat tiga jenis alat perkusi iaitu membranophone, metalonophone dan
idiophone. Membranophone adalah alat perkusi yang menggunakan kulit atau apa-apa
medium yang membentuk membran untuk menghasilkan bunyi, seperti kompang, gendang
jawa atau conga. Metalonophone pula mengkhususkan permainan alat perkusi yang
berasaskan logam pejal yang sudah dilaraskan bunyinya mengikut nota-nota muzik yang
tertentu seperti gamelan, caklempong, dan xylophone. Alat perkusi yang boleh menghasilkan
bunyinya sendiri tanpa sebarang medium dipanggil idiophone. Ia mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri untuk menghasilkan bunyi contohnya angklung, tamborin , shaker dan simbal.
HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 3
ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012
2.0 Pemilihan Lagu Kanak-Kanak
Lagu yang saya pilih ialah lagu kanak-kanak yang bertajuk “ Ajaran Baik “ . Lagu ini
mempunyai dua rangkap dan setiap rangkap mempunyai lapan bar .
2.1 Lirik Lagu
Marilah kita sama bekerja ,
Bergotong –royong bersama-sama,
Tolong-menolong di mana saja ,
Bantu- membantu tandanya jaya .
Waktu dipadang kita bermain,
Kejar-mengejar sihatkan badan,
Janganlah ingat pada yang lain,
Ajaran baik buat teladan .
2.2 Skor Lagu
HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 4
ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012
3.0 Lima Sebab Pemilihan Lagu
1. Lagu yang sesuai dengan renj suara para pelajar yang berumur sembilan tahun .
2. Lagu ini mempunyai perkaitan tentang kehidupan pelajar .Contohnya , amalan
bekerjasama , bergotong-royong,bantu-membantu dan amalan menyihatkan badan .
3. Iramanya lagu ini juga mudah , menarik dan berulang . Contohnya , walaupun lagu ini
mempunyai dua rangkap,tetapi irama di rangkap yang pertama di ulang pada rangkap
yang kedua .
4. Nada yang terdapat dalam lagu ini tidak terlalu tinggi dan tidak tidak terlalu rendah .
Nada yang rendah ialah not C dan nada yang paling paling tinggi ialah not D
5. Senikatanya yang menceritakan tentang kegembiraan dan mengandungi nilai murni .
4.0 Kaedah Pengajaran
Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu semasa proses
pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah . Kaedah - kaedah yang dimaksudkan
adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning) . Melalui kaedah ini, murid
mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada
daya ingatan aural (aural memory) murid .
Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah seperti berikut :
a. Kaedah Keseluruhan Lagu
b. Kaedah Baris Demi Baris
c. Kaedah Solfege dengan Isyarat Tangan Curven
d. Kaedah Menggunakan Carta Bola Pingpong
e. Kaedah Solfa
f. Kaedah Melakar Bertema
41. Kaedah Pengajaran yang Dipilih
Kaedah pengajaran lagu yang saya pilih dalam pengajaran saya ialah kaedah melakar bertema .
Kaedah ini saya pilih kerana teknik ini sangat sesuai untuk mengajar murid tahap 1 . Walaupun
pelajar yang saya ajar sudah di Tahun 3 ,tetapi mereka dari kelas yang mempunyai tahap
sederhana kerana belum begitu lancar membaca .
HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 5
ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012
Oleh yang demikian , lagu yang sesuai untuk diajar mengikut cara ini mesti mempunyai
tema yang menarik dan boleh membuat gambar . Sebagai contoh , lagu “ Ajaran Baik “ guru
boleh menunjukkan gambar – gambar yang berkaitan dengan amalan baik dalam kehidupan
seharian .
Langkah – Langkah mengajar lagu “ Ajaran Baik “ adalah seperti berikut :
i. Guru bercerita mengenai isi lagu kepada
ii. Guru menunjukkan carta yang telah diajar kepada murid dengan gambar – gambar
yang menarik dan tersusun mengikut cerita lagu,iaitu rangkailagu satu gambar .
iii. Guru bertanya soalan mengikut gambar sambil mengajar murid membaca lirik lagu
secara gambar demi gambar dan baris demi baris .
iv. Guru memperdengarkan lagu kepada murid sambil menunjukkan gambar – gambar di
carta kepada murid .
v. Murid diajar menyanyi sambil menunjukkan gambar demi gambar atau rangkai demi
rangkai .
vi. Murid menyanyi seluruh lagu dengan iringan muzik
vii. Menggabungjalinkan nyanyian dengan gerakan dan alat perkusi .
5.0 Rancangan Pengajaran
Mata Pelajaran Pendidikan Muzik
Kelas Tahun 3 Cendikiawan
Bilangan murid 28 orang
Tarikh/Hari 20 Jun 2012 / Rabu
Masa 10.30 – 11.00 ( 30 Minit )
Aspek 2.1 Pengalaman Muzikal
2.1.1 Menyanyi :
- irama
- melodi
- ekspresi
HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 6
ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012
2.2 Permainan alat
2.2.1 Bermain alat perkusi secara muzikal
meter tekanan empatan .
Hasil Pembelajaran Di akhir pelajaran ini,80% daripada pelajar dapat :
i. Menyanyikan lagu dengan teknik yang
betul mengikut irama, melodi dan
ekspresi.
ii. Bermain alat-alat perkusi dengan betul.
Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah menyanyi beberapa buah lagu dengan
pic yang betul secara berpandu.
Tajuk Lagu Ajaran Baik
Aktiviti Pelajaran 1. Latihan pernafasan menggunakan penyedut
minuman.
2. Latihan menepuk irama lagu yang didengar.
3. Guru membaca lirik secara lakaran bertema dan
murid mengajuk.
4. Latihan menyanyi lagu sambil menepuk corak
irama lagu.
5. Latihan menyanyi melodi lagu mengikut pic
yang ditetapkan.
6. Latihan menyanyikan lagu mengikut ekspresi
yang ditetapkan dan menyanyikan semula
dengan cara yang sama.
7. Ujian menyanyi lagu mengikut corak irama
melodi dan ekspresi yang ditetapkan
Nilai Bekerjasama,Kebersihan Fizikal dan Mental
KBKK Membanding beza , Mengecam
Bahan dan Media Pengajaran Carta lagu , imbasan corak irama , gambar
bertema ,kayu tik-tok , kerincing , dan
tamborin ,straw , LCD ,komputer
HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 7
ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012
Langkah Pelaksanaan
Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P& P Catatan/Bahan
Permulaan
Set Induksi
( 3 Minit )
1. Gambar majlis kenduri dan
membersihkan kawasan
rumah.
2. Latihan pernafasan
Menggunakan straw
1. Guru bertanya tentang aktiviti yang
terdapat dalam gambar.
2. Sebagai rangsangan untuk menyanyi.
BBB : Gambar
Nilai : Tolong-menolong
Perkembangan
Langkah 1
( 7 Minit )
1. Carta lagu
2. Gambar Lakaran bertema
mengikut rangkailagu.
( Konsep Irama )
1. Guru menunjukkan carta lagu yang
hendak di ajar
2. Guru menayangkan lakaran bertema
dan menyanyikan rangkailagu
mengikut gambar yang ditunjukkan
.
3. Murid mengajuk nyanyian guru
BBB : Carta lagu,
tayangan LCD
lakaran bertema
Kecerdasan Pelbagai :
1. Muzikal
2. Kinestetik
HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 8
ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012
Langkah 2
( 7 Minit )
1. Mengecam dan
mengenal pasti bunyi alat
perkusi.
( Konsep Warna Ton )
1. Guru memainkan alat-alat perkusi
mengikut detik lagu.
2. Guru meminta murid mengajuk bunyi
alat-alat tersebut sambil menepuk
detik.
3. Murid-murid mengikut arahan guru.
BBB : kayu tik -tok
,kerincing dan
tamborin
KBKK : Membanding
beza
Langkah 3
( 10 Minit )
1. Menyanyikan lagu
‘ Ajaran Baik “
2. Menyanyi sambil
menepuk detik lagu.
3. Bermain alat-alat
perkusi mengiringi
lagu ‘Ajaran Baik’
1. Guru memaparkan slaid lirik lagu
‘Ajaran Baik’ dan memperdengarkan
lagu tersebut.
2. Murid mendengar sambil membaca
lirik lagu.
3. Guru meminta murid menyanyikan
lagu ‘Ajaran Baik ’ dengan iringan
muzik
4. Murid menyanyi lagu tersebut dengan
iringan muzik .
5. Guru membimbing murid bermain alat
perkusi mengikut kumpulan iaitu :
Kump. 1- Kayu tik-tok
Kump. 2- Kerincing
Kump. 3- Tamborin
6. Murid-murid bermain alat-alat tersebut
BBM :Slaid lirik lagu
‘Ajaran Baik“
Komputer ,LCD ,
Audio
HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 9
ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012
dalam kumpulan dengan bimbingan
guru.
7. Guru meminta semua murid bermain
alat perkusi secara serentak mengiringi
lagu ‘Ajaran Baik ‘.
8. Murid-murid bermain alat-alat tersebut
secara serentak dengan bimbingan
guru
Penutup
( 3 Minit )
1. Rumusan
2. Lembaran Kerja
1. Guru membuat rumusan tentang isi
pelajaran.
2. Murid-murid diberi lembaran kerja
sebagai
kerja rumah
BBM : Lembaran Kerja
HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 10
ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012
6.0 Analisis Skor Lagu
Lagu ‘Ajaran Baik’ ini mempunyai empat baris dalam satu rangkap dan di mulakan
dengan kod C Major . Terdapat tiga kod asas dalam kod C Major iaitu I ( C ) , IV ( F )
dan V7/V ( G7 / G ) . Kod – kod yang saya gunakan dalam lagu ini ialah dimulakan
dengan kod C iaitu dengan menekan key CEG , diikuti dengan kod G7 iaitu dengan
menekan key GBDF . Pada rangkaikata seterusnya saya menggunakan kod F dengan
menekan key FAC kemudian kod C pada baris lagu yang seterusnya . Di baris yang
ketiga saya menggunakan kod G dengan menekan key GBD dan kod F . Di baris yang
ketiga saya menggunakan semula kod G , C , G7 dan di akhiri dengan kod C .
Perisian yang saya gunakan dalam menulis skor lagu ini ialah Perisian Encore .
i. Penjarian Tangan Kiri Kod C Major
5 2 1
ii. Penjarian Tangan Kiri Kod F
4 2 1
HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 11
ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012
iii. Penjarian Tangan Kiri Kod G7
5 3 1
iv. Penjarian Tangan Kiri Kod G
i.ii.
5 3 1
HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 12
ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012
7.0 Corak Irama Tiga Alat Perkusi
HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 13
ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012
8.0 Penutup
Dalam konteks Pendidikan Muzik KBSR, Bahasa Muzik adalah perkara-perkara yang
berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik, konsep-konsep
berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik, dan konvensi penulisan
muzik.
Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara tersebut seterusnya membawa
kepada kemahiran membaca, menulis, menganalisis dan menilai karya muzik. Terdapat
tujuh konsep muzik iaitu irama,melodi,harmoni,tekstur ,warna ton,bentuk dan ekspresi
Konsep muzik ini wajib dikuasai oleh seseorang pelajar menjelang tamatnya
persekolahan mereka di sekolah rendah.
Kaedah-kaedah pengajaran pula dapat membantu guru membuat perancangan dan
rancangan pelajaran muzik ataupun nyanyian secara berperingkat - berperingkat
mengikut perkembangan pelajar serta mengambil kira kebolehan mereka .Kepelbagaian
kaedah mengajar , pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran menepati gaya
pembelajaran pelajar yang berbeza dan unik untuk pembelajaran yang efektif , menarik
dan bermakna .
HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 14
ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012
7.0 Rujukan
Buku
Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR .Pusat Perkembangan Kurikulum.
Fakulti Pendidikan dan Bahasa . ( 2011 ) HBMS 1203 Pengajaran Muzik 1 : Open
University Malaysia .
Kementerian Pendidikan Malaysia . ( 2003 ).Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Tahun
3 .Kuala Lumpur : PPK
Laman Web http://cikgumuzik.com/index.php?
option=com_content&view=article&id=178&Itemid=201&limitstart=2
http://sohailahakim.blogspot.com/2011/12/alat-perkusi.html
http://www.all-about-pianos.com/piano-chords.html
http://cikgumuzik.com/rancanganpengajaranharian/muzik/RPHTH3.pdf
HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 15