assignment kerja kayu logam task 2
TRANSCRIPT
ASSIGNMENT KERJA KAYU LOGAM TASK 2
Alatan Menanda dan Mengukur
PEMBARIS KELULI
CIRI-CIRI
Pembaris keluli diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang tahan karat dan keras.
Permukaan pembaris keluli ditandai dengan ukuran sentimeter (cm) dan milimeter (mm).
Pembaris keluli ini bersaiz 300mm dan 1000mm.
KEGUNAAN PEMBARIS KELULI
Mengukur dan memindahkan ukuran. Membina garis lurus pada atas permukaan. Mengukur kerataan permukaan.
CARA-CARA MENGGUNAKAN PEMBARIS KELULI
SESIKU L
KEGUNAAN SESIKU L
Menguji sesuatu permukaan bersudut tepat dan keratan permukaan kayu.
Menguji kepersegian kayu
CARA-CARA MENGGUNAKAN SESIKU L
Menguji tepi yang bersudut tepat Menguji keratan kayu
PITA PENGUKUR
CIRI-CIRI PITA PENGUKUR
Pita pengukur diperbuat daripada plastik atau keluli. Panjang pita pengukur yang biasa dilihat ialah diantara 2.0 meter
hingga 8.0 meter.
KEGUNAAN PITA PENGUKUR
Mengukur jarak yang pendek serta panjang. Pita pengukur juga boleh digunakan untuk memindahkan ukuran.
PISAU PENANDA
CIRI-CIRI PISAU PENANDA
Pisau penanda ialah sejenis pisau kecil yang diperbuat daripada keluli khas.
Terdapat pisau yang bergabung iaitu untuk menanda dan memotong veneer atau plywood tidak lebih dari 4mm.
KEGUNAAN PISAU PENANDA
Pisau penanda digunakan untuk manandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat semasa membuat tanggam.
PENSIL TUKANG
Mata dan badan pensil ini lebih lebar dan tebal. Permukaannya berbentuk segiempat tepat.
Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja seperti menanda dan merancang tanda.
PEMBARIS LIPAT
Pembaris lipat diperbuat daripada kayu keras yang boleh dilipat.
Hujung pembaris ini diperkuat dengan loyang supaya tahan lasak.
Saiznya berbeza-beza daripada 90cm hingga 480cm.
Pembaris lipat berfungsi sebagai alat pengukur atau memindahkan ukuran ke benda kerja yang sedang dibuat.
ARAS SPIRIT
Aras spirit adalah sejenis alat untuk menentukan aras Dan ketepatan permukaan.
Ia diperbuat daripada kayu atau logam yang lurus dan rata pada keedua-dua mukanya.
Pada bahagian tengah serta hujungnya dipasangkan tabung spirit atau air untuk mendapatkan aras.
Panjang aras spirit biasanya diantara 300mm hingga 1.5 meter.
SESIKU SERONG BOLEH LARAS
Bentuk badannya serupa dengan sesiku L melainkan matanya tidak dipasang tetap.
Ia digunakan untuk menanda atau menguji sesuatu garisan yang sudutnya lain daripada 45 darjah dan 90 darjah.
SESIKU BERGABUNG
Sesiku bergabung merupakan kombinasi empat alat yang dipasangkan pada pembaris.
1. Pembaris keluli2. Kepala sesiku3. Kepala jangka sudut4. Kepala pusat
Badan mata diperbuat daripada keluli.
Manakala matanya boleh dilaraskan atau diubahsuaikan kedudukan pada badannya.
Badannya mempunyai satu muka yang bersudut 90 darjah dan mukanya yang lain bersudut 45 darjah dengan matanya.
TOLOK PENANDA
CIRI-CIRI TOLOK PENANDA
Tolok penanda diperbuat daripada kayu.
Tolok penanda mempunyai badan dan pelaras.
Mata terdapat pada kayu pelaras.
Terdapat dua jenis tolok pananda, iaitu tolok penanda satu paku (mata) dan tolok penanda tanggam putting (dua mata).
KEGUNAAN TOLOK PENANDA
Tolok penanda digunakan untuk menanda ukuran tebal atau lebar kayu.
Tebal atau lebar kayu itu ditandai dengan garisan selari dengan ira kayu yang dibuat dapa sisi atau permukaan kayu.
Garisan ini menunjukkan tabal atau lebar kayu dalam ukuran yang seragam.
Cara menanda tebal kayu. Garisan selari dibuat pada sisi kayu.
Lebar kayu garisan selari dibuat pada permukaan kayu.
CARA MENGGUNAKAN TOLOK PENANDA.
Longgarka skru tangan, laraskan badan tonggak mengikut ukuran yang dikehendaki.
Kemudian ketatkan skru tangan itu semula.
Semasa menggunakan tolok ini pastikan bahawa badan tonggak ditolak rapat ke sisi atau permukaan kayu.
Tolok ini perlu dicondongkan sedikit ke depan supaya mudah ditolak.
Pastikan bahawa mata taji tolok penanda menggores permukaan kayu untuk membentuk garisan kerja.
Untuk mendapat garisan tanda yang tepat, pastikan:
taji sentiasa tajam skru tangan diketat dengan betul muka tonggak sentiasa bersentuh dengan permukaan kayu
apabila menggunakannya
TOLOK SERONG
Digunakan untuk menanda dan memindahkan sudut yang bukan 90°. Skru pelaras digunakan untuk melonggar dan mengetatkan bilah tolok
serong. Untuk mendapatkan sudut yang tepat, pastikan muka tonggak atau
badan sentiasa bersentuh rapat dengan permukaan kayu apabila menggunakannya.
TOLOK BERSENGAT
Tolok bersengat ialah sepasang jangka yang diperbuat daripada keluli dan kedua-dua kakinya adalah tajam seperti paku.
Tolok bersengat digunakan untuk membuat bulatan pada kayu atau membuat tanda melengkung.