assignment titas semester 1

18
Hegemoni – pengaruh barat Globalisasi – ruang lingkup dunia Faktor2 dan kesan terhadap - kehidupan manusia dari aspek - media, ekonomi, politik, sosial dan hak asasi manusia muka depan rujukan bibliogarafi refleksi isi kandungan 1

Upload: ahmad-jamal-bin-jamil

Post on 20-Oct-2015

379 views

Category:

Documents


26 download

DESCRIPTION

titas

TRANSCRIPT

Pengenalan

Hegemoni pengaruh barat

Globalisasi ruang lingkup dunia

Faktor2 dan kesan terhadap

kehidupan manusia dari aspek

media, ekonomi, politik, sosial dan hak asasi manusia

muka depan

rujukan

bibliogarafi

refleksi

isi kandungan

PengenalanPerkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa bermula pada awal abad ke 20 di mana kepesatan ini begitu canggih dan pantas yang telah menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan, maka bermulalah transformasi sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Kecanggihan teknologi maklumat dan alat sains telah berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah pantas dan senang dengan kecanggihan tersebut. Kelekaan manusia dengan limpahan kemewahan dan kemajuan, pada penghujung abad ke 20 telah ditimpa pelbagai bentuk bencana dan kemelut yang meliputi kesemua bidang ; kehidupan sosial, politik, media, ekonomi serta hak asasi manusia yang juga berpunca daripada kecanggihan teknologi maklumat dan sains teknologi yang dicipta oleh manusia itu sendiri. Kini, kita berada dalam abad ke -21, seiring pula dengan kelajuan proses globalisasi dan sokongan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia kini semakin canggih, mudah, pantas dan lebih kompleks. Walau secanggih mana pun kehidupan manusia kini, namun kemelut kemanusiaan yang sangat kritikal tetap menular dan begitu tragis sekali. Wabak penyakit, perang saudara yang berpanjangan dan pelanggaran hak asasi manusia tetap jua berlaku. Apa jua yang berlaku di seluruh pelusuk dunia umpamanya gempa bumi di Jepun dan Indonesia, tsunami politik di Malaysia, serangan pengganas di World Trade Centre dan apa jua peristiwa di dunia, dengan mudah sahaja tersebar ke seluruh pelusuk dunia dalam jangka waktu yang sangat singkat. Inilah yang dikatakan dunia tanpa sempadan atau lebih dikenali sebagai globalisasi. Jika diimbas kembali di zaman kegemilangan dan kehebatan Islam dalam menguasai dunia semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W sehingga jatuhnya kerajaan Islam di Sepanyol, manusia hidup dalam keadaan aman dan hormani tanpa campur tangan dasar penguasaan globalisasi Barat. Maka, bermulalah dominasi Barat atau disebut sebagai hegemoni Barat melalui dasar globalisasi ala-Barat yang diuar-uarkan ke seluruh dunia. Hegemoni Barat ini mula menunjukkan taringnya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik, ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan yang paling dahsyat apabila Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menyerang negara-negara Islam yang tidak sehaluan dengannya. Akibatnya, tindakan membalas dendam umat Islam dengan cara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan timbul di sini isu keganasan dan terrorisme yang sering dilemparkan terhadap umat Islam.Definisi dan konsep hegemoni BaratIstilah hegemoni berasal daripada istilah Yunani iaitu hegeisthai (to lead). Konsep hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak yang mempunyai kuasa besar. Perkataan hegemoni dalam Bahasa Inggeris ialah hegemony yang bermaksud pengaruh dan penguasaan. Menurut kamus, perkataan hegemoni bermaksud pengaruh atau dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya. Hegemoni dengan jelasnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok yang lain dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga segala idea yang diketengahkan oleh kelompok yang dominan terhadap kelompok yang didominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan. Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa. Simon (1982) memberikan pengertian bahawa hegemoni dilihat sebagai strategi mempertahankan kekuasaan. Pihak Barat memperluaskan pengaruh atau hegemoni mereka sebagai dasar mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dalam meluaskan jaringan pengaruh mereka. Fenomena ini dianggap sebagai satu bentuk penjajahan baharu berasaskan kepada kesempurnaan pembentukan proses demokrasi dan mewujudksn kebebasan. Barat diketuai Amerika Syarikat dan negara-negara sekutu mereka telah menjalankan pelbagai agenda hegemoni untuk mendominasi dunia khususnya negara bukan Barat dengan polisi-polisi yang mereka pegang (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong , 2005 :99) . a) Usaha Barat mengekalkan keunggulan militari melalui dasar dan perjanjian senjata nuklear, biologikal dan kimia yang ternyata berat sebelah.

b) Usaha mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi ala-Barat

c) Menjaga integriti negara bangsa Barat dengan menyekat kebanjiran imigran ke Barat

Hegemoni Barat mudah tersebar luas di kalangan masyarakat luar Barat kerana masyarakat mereka yang menguasai teknologi komunikasi. Pendominasian ini dapat dilihat melalu penggunaan bahasa komunikasi luas dunia di mana Bahasa Inggeris iaitu bahasa utama peradaban Barat telah berjaya dinobatkan sebagai bahasa komunikasi dunia. Boleh dikatakan semua urusan di peringkat antarabangsa dalam aspek politik, ekonomi dan sosial menggunakan Bahasa Inggeris sebagai perantaraan utama. Barat juga berkemampuan mendominasi dunia dalam menguasai ekonomi dunia dengan pelbagai polisi Barat. Sistem perbankan antarabangsa dunia seperti Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan World Bank adalah di bawah penguasaan Barat di mana mata wang juga mengambil US Dollar sebagai kayu pengukur nilai mata wang dunia. Barat juga dengan taktik kotornya memomokkan idea-idea negara-negara Islam sebagai ekstrim, ganas, fanatik, tidak ada toleransi dan keganasan dunia yang berlaku hari ini adalah disebabkan keganasan Islam. Modal baru Barat juga menyatakan bahawa Perang terhadap Islam sebagai satu cara mereka ingin menindas negara-negara Islam. Penjajahan bentuk baru ini telah mula meluas semenjak perang ekonomi, intelektual, diplomatik, budaya dan ideologi yang juga semakin memuncak sejak Amerika menggerakjkan kuasa ketenteraannya dengan begitu meluas selepas berlakunya serangan 11 September 2001 yang telah meruntuhkan World Trade Centre di Amerika Syarikat. Barat terus melemparkan tuduhan bahawa Kumpulan Islam Al-Qaeda di bawah pimpinan Osama Bin Laden sebagai kumpulan yang bertanggungjawab merancang serangan tersebut. Kesannya, Amerika telah menghantar bala tenteranya ke bumi Asia Barat dengan alasan ingin menghapuskan kumpulan pengganas tersebut. Keganasan atau terrorisme telah menjadi perhatian seluruh dunia selepas serangan 11 September tersebut. Bermula saat dan ketika itu Barat mula melemparkan satu tuduhan ke satu tuduhan terhadap umat Islam yang dianggap Barat sebagai dalangnya atas apa yang telah berlaku terhadap negara mereka. Semenjak detik itu, umat Islam sentiasa dihujani pelbagai tohmahan, tuduhan dan penghinaan yang mencemar agama Islam dan pelbagai propaganda yang melampaui batasan. Namun hakikatnya, apa sahaja yang digembar-gemburkan Barat itu sudah mula dipertikaikan oleh dunia kerana apa yang diuar-uarkan itu agak menjengkelkan. Ini merupakan agenda pihak Barat dan taktik kotor mereka untuk melenyapkan umat Islam dan memomokkan setiap umat Islam di muka bumi ini adalah sebagai pengganas. Tragedi 11 September itu merupakan suatu pembohongan besar pihak Barat kepada dunia yang sengajakan diadakan sebagai menghalalkan tindakan Bush untuk menyakiti umat Islam. Bush sedikit pun tidak rasa bersalah kerana telah diyakinkan tindakannya itu tepat sehingga beliau sanggup mengorbankan nyawa rakyatnya sendiri melalui bala tentera Amerika yang dihantar menyerang Asia Barat. Ketika ini, kesahihan peristiwa 11 September telah mula dipertikaikan bukan sahaja oleh umat Islam seluruh dunia khususnya malahan rakyat negara Barat itu sendiri. Menurut kajian yang dibuat, punca runtuhnya World Trade Centre bukan disebabkan serangan pengganas menggunakan kapal terbang tetapi disebabkan bahan letupan yang dipercayai diletakkan di kedua-dua menara World Trade Centre di mana ketika bangunan tersebut meletup menyebabkan tiang-tiang konkrit, komputer, kerusi dan meja bertebaran ke udara akibat letupan tersebut (Utusan Malaysia, 23 Jun 2006 : 20). Tragedi 11 September itu juga dijadikan alasan Amerika untuk mengebom Afghanistan dalam usaha mereka memburu Osama bin Laden dan Kumpulan Al-Qaeda yang didakwa mendalangi tragedi tersebut. Laporan media Barat berat sebelah dan tidak adil serta prejudis di samping menyembunyikan keganasan puak militan, komunis dan penceroboh seperti kezaliman regim Israel iaitu puak Yahudi sebaliknya membesar-besarkan isu berkaitan umat Islam (Khairul Azhar Idris, 2002 : 5). Meskipun negara-negara Islam telah menyuarakan pendapat dan telah berkali-kali mengingatkan Amerika agar tentang siapa pengganas dan mencari sebab berlakunya keganasan, namun suara kemanusiaan itu tidak diendahkan Amerika. Barat bukan ingin mencapai keadilan tetapi berhasrat untuk meluaskan lagi empayarnya dan mengukuhkan lagi kuasanya ke atas negara-negara Islam dan ini merupakan dasar Barat dalam meluaskan hegemoninya ke dunia-dunia bukan Barat. Barat juga tidak pernah lepas daripada titik hitam dalam diri mereka khususnya terhadap negara-negara Asia. Ini kerana tidak ada kuasa lain di dunia ini yang sehebat negara-negara Asia yang menentang penjajahan dan kolonialisme Barat. Hegemoni iaitu peluasan pengaruh ke atas negara lain telah digunakan oleh Amerika Syarikat sebagai dasar untuk mewujudkan negera sekutu atau hubungan sateliti dalam meluaskan jaringan pengaruhnya. Walaupun globalisasi memendekkan tindakan ketenteraan, ia telah membawa Amerika Syarikat ke mercu dengan elemen globalisasi yang menghakis kecekapan dan kedaulatan sesebuah negara. Amerika juga pernah menyatakan kebimbangannya dengan kebangkitan China dari aspek ekonomi dan ketenteraan. China dengan pasaran domestiknya sentiasa menimbulkan kecemburuan Amerika Syarikat untuk menebus pasaran globalnya. Dalam melaksanakan dasar luarnya, Amerika Syarikat sering menggunakan prinsip hak asasi manusia sebagai pendekatannya dan menghukum negara-negara lain dengan membatalkan bantuan yang diberikannya dalam usaha mempengaruhi negara-negara berkenaan supaya lebih berperikemanusiaan terhadap rakyatnya sendiri. Pemberian bantuan ekonoki kepada negara-negara bermasalah seperti Indonesia, Mexico dan Korea melalui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) adalah diibaratkan seperti Ada udang di sebalik batu di mana dengan cara inilah Amerika dapat meluaskan lagi hegemoninya melalui jarum halus liberalisasi pasaran. Amerika akan sentiasa menggunakan kuasa dan kekuatannya sebagai kuasa terbesar di duniaa ibarat ketua polis dunia dan antarabangsa yang akan terus melanjutkan tradisi dasar luarnya yang memberikan pulangan yang menguntungkan buatnya sama ada dari segi ekonomi, keselamatan, politik dan apa sahaja yang boleh menjamin kelangsungan hegemoninya. Cita-cita sejagat seperti hak asasi manusia, demokrasi dan keadilan yang sering diuar-uarkannya hanyalah sebagai retorika kosong atau omongan kosong belaka yang merendahkan lagi nilai kemanusiaan. Negara kita Malaysia juga tidak terkecuali daripada hegemoni Barat. Ia bermula dengan penjajahan British ke Tanah Melayu yang secara langsung telah menerapkan nilai-nilai kebaratan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu khasnya. Dasar-dasar Inggeris yang diperkenalkan telah mula tersebar dalam kotak fikiran masyarakat Melayu. Walaupun British telah lebih separuh abad meninggalkan Malaysia dan kita telah merdeka, namun hegemoni Barat masih lagi menjadi ikutan dan dasar-dasar Barat masih digunapakai dan pemikiran rakyat Malaysia masih ke arah Barat hingga ke hari ini. Memang hegemoni Barat tidak terlihat secara jelas di Malaysia jika dibandingkan dengan negara Islam yang lain menerusi tindakan ketenteraannya namun hegemoni secara halis yang disebarkan oleh Barat semenjak zaman kolonialisme masih terus dirasai.Definisi globalisasiGlobalisasi yanga dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai definisi dan penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Definisi umum yang dipegang oleh sebahagian daripada kita mentafsirkannya sebagai proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebuah perkampungan yang kecil. Sebahagian kita yang lain mentafsirkannya sebagai usah menyatukan masyarakat dunia dari sega gaya hidup dan budaya. Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Menurut Kamus Dewan, globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cendekiawan Barat mentafsirkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti menrangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Dalam era globalisasi ketika ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal berbanding dahulu dunia seluas saujana mata memandang yang dipagari sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi malah hari ini dapat kita semua rasakan apakah itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini. Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalisasi menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, politik, ideologi dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat. Kerajaan Malayisa memberi keutamaan keada globalisari ekonomi. Malaysia juga memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu serta globalisasi saintifik serta teknologi. Kesungguhan kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagi-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jeni institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi. Globalisasi juga ditafsirkan kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain. Globalisasi yang diberi erti yang luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebgai gelombang yang melanda dunia. Secara umumnya globalisasi ialah suatu proses membuka keadaan, yang pada umumnya dapat difahami sebagai proses di mana sempada negara-negara semakin runtuh dan seluruh alam ini semakin berubah menjadi satu unit. Di dalam unit global ini, hubungan adalah cepat dan rapat. Situasi ini dikaitkan dengan perkembangan teknologi elektronik yang berkembang dengan pesatnya. Globalisasi adalah suatu tatacara yang akan menggantikan sistem dunia berikutnya dan melalui globalisasi dunia dilihat tiada batasan sempadan, ketelusan, internasionalisme dan lain-lain yang menjurus kepada persaingan yang drastik dalam apa jua keadaan.Sejarah globalisasi

Ramai ahli-ahli sejarah menyebut globalisasi sebagai fenomena di abad ke 20 ini yang dihubungkan dengan bangkitnya ekonomi antarabangsa walhal interaksi dan globalisasi dalam hubungan antarabangsa di dunia telah ada sejak berabad-abad yang lalu. Pabila ditelusuri, benih-benih globalisasi telah tumbuh ketika manusia mulai mengenal perdagangan antara negeri sekitar tahun 1000 dan 1500 masihi dan ketika itu, para pedagang dari Tiongkok dan India mulai menelusuri negara lain baik melalui jalan darat mahupun jalan laut untuk berdagang. Fasa berikutnya ditandai dengan dominasi perdagangan oleh orang Isalm di Asia dan Afrika. Orang Islam membentuk jaringan perdagangan yang antara lain meliputi Jepun, Tiongkok, Vietnam, Indonesia, India, Persia, pantai Afrika Timur Laut Tengah, Venesia dan Genoa. Di samping berdagang umat Islam menyebarkan pengaruh agama Islamnya ; nilai-nilai agama, nama-nama, abjad, nilai sosial dan budaya Arab ke warga dunia. Fasa selanjutnya dengan eksplorasi dunia secara besar-besaran oleh bangsa Eropah iaitu Barat antaranya Sepanyol, Portugis, Inggeris dan Belanda adalah pelopor-pelopor eksplorasi ini. Hali ini ditegaskan lagi dengan berlakunya revolusi industri yang meningkatkan perkaitan antarabangsa dunia. Pelbagai teknologi mula ditemukan dan menjadi dasar perkembangan teknologi saat ini, seperti komputer dan internet. Pada saat itu, berkembang pula kolonialisasi di dunia yang membawa pengaruh besara terhadap kebudayaan di dunia. Semakin berkembangnya industri dan keperluan akan bahan dan pasaran juga memunculkan berbagai perusahaan multinasional di dunia. Di Indonesia, sejak politik pintu terbuka, perusahaan-perusahaan Eropah membuka berbagai cabangnya di Indonesia. Unilever dari Belanda, Britisah Petroleum dari Inggeris adalah beberapa contoh perusahaan yang dipelopori mereka. Perusahaan multinasional seumpama itu di dunia mula menjadi ikon globalisasi hingga ke saat ini. Fasa selanjutnya adalah untuk mendapatkan momentumnya ketika perang dingin berakhir dan komunisme di dunia runtuh. Runtuhnya komunisme sekan memberi kebenaran bahawa kapitalisme adalah jalan terbaik dalam mewujudkan kesejahteraan dunia. Kesan atau implikasinya , negara-negara di dunia mulai menyediakan diri sebagai pasar yang bebas. Hal ini didukung pula dengan perkembangan komunikasi dan transportasi. Hasilnya, sekatan-sekatan antara negara pun mulai kabur.Kesan-kesan hegemoni barat dan globalisasi

Media

PAGE 7