astro awani: media & kesejahteraan sosial
TRANSCRIPT
LATARBELAKANG
Astro AWANI menerusi program terbitannya seperti Agenda Awani, Analisis Awani, U-Wartawan dan Kini
Trending memainkan peranan sebagai rakan pembinaan negara bangsa. Pelbagai isu sosial menurut konteks
global dan lokal dikupas secara konstruktif.
#SUARAKAMI
PENDEKATAN
Memahami golongan sasaran merupakan penekanan utama Astro AWANI dalam melaporkan isu-isu sosial. Melalui kaedah itu, mesej akan
lebih mudah disampaikan.
Pendekatan yang digunakan oleh Astro AWANI:
- Analisis ‘cause-effect’ 360 darjah menerusi Agenda Awani, Analisis Awani dan U-Wartawan
- Budaya popular dalam Isu menerusi Kini Trending
TUMPUAN
Pembangunan sosial merupakan satu proses yang memberi penekanan kepada manusia dan sistem sosialnya. Ia dihubungkaitkan dengan pelbagai strategi, program dan aktiviti yang menekankan kepada pengisian nilai-nilai yang akan mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan.
Bagi mencapai objektif kesejahteraan sosial, Astro AWANI menyoroti isu mengikut tema-tema berikut:
- Impak Globalisasi- Peningkatan Taraf Hidup- Dasar Sosial Negara- Kesejahteraan & Keselamatan Komuniti- Kesukarelawan
IMPAK GLOBALISASI
Memahami isu-isu utama global menerusi pendekatan budaya popular. Menyoroti isu-isu tersebut berdasarkan paparan media sosial.
Satu peralihan paradigma dalam memahami isu global dengan penggunaan media sosial. Mengutarakan permasalahan dan penyelesaian isu dengan lebih kreatif dan kritis ala ‘crowdsourcing’ melalui media sosial. (penggunaan twitter dan hash tag).
Kini Trending diberi peranan dalam pemaparan isu-isu utama global kepada generasi Y agar mereka didedahkan secara langsung kepada isu-isu tersebut.
PENINGKATAN TARAF HIDUP
Paparan peningkatan taraf hidup memfokus kepada strategi dan program pembangunan sumber manusia serta penyediaan persekitaran ekonomi yang kondusif.
Laporan dari akar umbi, memahami keperluan dan kehendak masyarakat serta penyaluran maklumat tersebut kepada pihak berwajib.
DASAR SOSIAL NEGARA
Hasil daripada pelaburan yang tinggi dari segi peruntukan untuk perkhidmatan awam seperti pendidikan, kesihatan dan perumahan, Malaysia telah menunjukkan perubahan dalam kualiti hidup kumpulan masyarakat.
Dasar Sosial Negara menekan peri pentingnya penghayatan moral dan nilai dalam sesebuah masyarakat progresif.
Program seperti U-Wartawan menyingkap peranan masyarakat dalam merealisasikan Dasar Sosial Negara. Kebanyakan pendapat dikongsi oleh golongan muda.
KESEJAHTERAAN & KESELAMATAN KOMUNITI
Sokongan untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan serta kerjasama dengan komuniti tempatan. Pembangunan Komuniti menerusi ‘capacity building & empowerment’.
Paparan isu-isu lokal utama semasa seperti keselamatan tempat awam, kesamarataan peluang ekonomi, pendidikan mengenai HIV/AIDS dan sebagainya.
Paparan isu-isu lokal ini adalah selaras dengan Millenium Development Goals.
#SAFERMALAYSIA
KESUKARELAWAN
Kerjasama di kalangan sektor awam serta antara sektor swasta dan sukarela sering dialu-alukan. Ini perlu untuk mewujudkan satu sinergi tenaga dan sumber dalam masyarakat untuk tujuan menjamin perkhidmatan sosial yang terbaik bagi semua anggota masyarakat.
Astro AWANI percaya pada konsep pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama. Usaha-usaha kesukarelawan ini harus menerima liputan sewajarnya.
Dengan ledakan media sosial, aktiviti kesukarelawan bukan sahaja tertumpu kepada aktiviti fizikal, malah golongan muda turut memanfaat medium tersebut untuk menyumbang kepada komuniti serta menggalakkan inovasi baru dalam keusahawanan melalui ‘social entrepreneurship’.
#TWTUPKASEH
#TWTUPKAMI
#TWTUPIPOH