ayam madu

Upload: nur-hanani

Post on 07-Jan-2016

241 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Resipi ayam madu.

TRANSCRIPT

  • 7/17/2019 Ayam Madu

    1/1

    Bahan-Bahan:1 Ekor ayam 1.6kg 1.8kg di potong 10. Bersihkan dan sedia untuk goreng.250 gm buah kurma (buang bijinya dan kisar dengan sedikit air).100gm buah kismis50gm buah jagus2 sudu besar gula pasir1 sudu besar serbuk cili1 susu besar jintan putih1 sudu besar jintan manis1/2 sudu kecil serbuk kayu manis. (Tumbukan kayu manis dan kisar kering) - Kak Noor gunakan serbuk kayu manis yang siap dalam paket (boleh dibeli di pasar rayaCarrefour)Buah pelaga 5-7 biji, Cengkih 5, Bunga lawang 5.Daun pandan satu helai (potong dalam 2-3 inchi)Kisaran halia (2in.) + Bawang besar 2 biji + bawang putih 5-7 ulas)Bawang goreng dan daun pudina untuk taburkan diatas hidangan.Hirisan bawang besar - 1 biji (besar).Minyak masak dan garam untuk secukup rasa.

    Penyediaannya:

    1. Bersihkan ketulan ayam, masukan kunyit dan garam (sedikit) dan goreng. Gorengan tidak perlu garing atau terlalu lama cukup kadar masak 3/4 sahaja. Asingkan..

    2. Panaskan kuali dam masukkan minyak tiga sudu besar. Gorengkan biji jagus dankismis dalam api yang sederhana. Jangan hanguskan gorengan ini. Asingkan gorengan ini.

    3. Tambahkan satu sudu besar minyak dan masukkan buah pelaga, cengkih dan bungalawang. Apabila telah keluarkan bau yang harum, masukkan hirisan bawang dan daunpandan. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum, masukkan pula bahan kisaran bawang+halia + bawang putih.

    4. Apabila gorengan ini mengeluarkan haruman, masukan serbuk cili, serbuk jintanputih dan jintan manis, dan serbuk kayu manis. Kacau rata campuran ini. Apabila campuran ini keluarkan sekali lagi bau yang harum, masukan kisaran buah kurma

    dan gula pasir. Biarkan campuran ini masak seketika dan perlu tentukan likatan (kepekatan) yang diperlukan. Sekiranya terlalu likat (pekat), bolehlah campurkan sedikit air. Kuah ini perlu mendidih sekiranya air dimasukan. Masukan garam yang sederhana.

    5. Masukkan ayam yang telah sedia digoreng. Kacau serata supaya kuah berempah ini dapat serap ke dalam isi ayam. Kecilkan api dapur dan masukan buah ganjus dankismis yang telah goreng. Kacau serata.

    6. Keluarkan daripada kuali dan hidangkan.Curahkan sedikit madu ke atas hidanganayam.Taburkan bawang goreng (tersedia) dan daun pudina di atas hidangan tersebut (boleh juga di hiaskan dgn cili merah).