aziz bin shafie fakulti sains sosial
TRANSCRIPT
l ,;'" "_"" " ':
PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA RUANGAN BAGI
PENGURUSAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT
DEMAM DENGGI DAN DEMAM DENGGI BERDARAH
AZIZ BIN SHAFIEJABATAN GEOGRAFI
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
KOD PENYELIDIKAN:08-06-63-05
NOVEMBER 2006
PENGHARGAAN
Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan penyelidikan ini tanpasebarang halangan.
Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada pihak Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Tanjong Malim kerana meluluskan peruntukan bagi saya
menjalankan penyelidikan ini. Penghargaan juga ditujukan kepada Dekan dan
Timbalan Dekan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Pendidikan Sultan Idris kerana memberi kesempatan dan kemudahan untuk
saya menjalankan penyelidikan ini. Juga penghargaan ditujukan kepadaKetua Jabatan Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan serta rakan
rakan di jabatan atas sokongan, dorongan dan bantuan yang diberikan
sepanjang saya berada di jabatan ini.
Terima kasih juga diberikan kepada Pejabat Kesihatan Daerah SatangPadang, Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Perak dan Majlis Daerah
Tanjong Malim atas bantuan yang diberikan untuk menjalankan kajian ini.
Diharap kerjasama ini dapat diteruskan dan diera�an lagi untuk kajian-kajianyang seterusnya.
.
Sekian.
151 KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
PENGHARGAAN
lSI KANDUNGAN II
SENARAI JADUAL Iv
SENARAI RAJAH v
ABSTRAK vii
1.0 PENGENALAN
1.1 Latar belakang
1.2 Pemyataan Masalah
1.3 Matlamat dan Objektif Kajian
1.4 Skop Kajian
1.5 Kepentingan Kajian
1.6 Kawasan Kajian
1
4
9
10
11
12
2.0 ULASAN UTERATUR
2.1 Penyakit Demam Denggi dan Demam DenggiSerdarah 15
2.2 Pembiakan Nyamuk Aedes dan Penularan Penyakit 20
2.3 Kaedah Kawalan dan Pencegahan Penyakit 26
2.4 Sistem Maklumat Geografi (GIS) 33
2.5 Pangkalan Data GIS 44
2.6 Integrasi GIS Dalam Penyakit DD dan DDS 45
ii
3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 53
3.2 Rangka Konsep Kajian
3.3 Metodologi
53
3.4 Kesimpulan
59
70
4.0 PEMBANGUNAN DAN APLIKASI PANGKALAN DATA
4.1 Pengenalan 71
4.2 Pembangunan Pangkalan Data 71
4.3 Proses Penjanaan Data Ruangan Bagi PembentukanPangkalan Data 76
4.4 Aplikasi Pangkalan Data 90
5.0 KESIMPULAN
5.1 Kesimpulan 94
LAMPIRAN
BIBLIOGRAFI
97
18
iii
SENARAI JADUAL
JADUAL HALAMAN
1.1 Keutamaan dan Ciri-ciri Kawasan Untuk Melaksanakan Aktiviti
Pencegahan dan Pengawalan Penyakit 5
3.1 Keperluan Data Dalam Kajian 65
3.2 Keutamaan dan Nilai Pemberat Bagi Setiap Variabel 67
3.3 Nilai Pemberat Keseluruhan Bagi Setiap Variabel 69
3.4 Senarai Data Yang Digunakan Dalam Pangkalan Data 77
4.1 Jumlah Skor Pemberat Keseluruhan 91
lV
SENARAI RAJAH
RAJAH HALAMAN
1.1 Kawasan Kajian 14
2.1 Kawasan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakitDO dan DDB pada tahun 2001 15
2.2 Kejadian Kes Penyakit DO dan DDB di MalaysiaPada Tahun 1973-1998 19
2.3 Kitaran Hidup Nyamuk Aedes 21
2.4 Kitaran Transmisi Virus Denggi 23
2.5 Kaedah Pengawalan dan Pencegahan Penyakit 27
2.6 Aktiviti Pencegahan dan Pengawalan Penyakit di Malaysia 32
2.7 Perwakilan Dunia Sebenar Melalui Konsep TindananPeta di Dalam GIS 36
2.8 Fungsi Asas GIS 38
2.9 Konsep Asas Tindanan Peta 40
2.10 Kawasan Kejirinan Bagi Titik, Garisan dan Poligon 42
4.4 Buffer kawasan banjir
4.5 Buffer kawasan perdagangan
4.6 Buffer kawasan industri
54
61
74
75
78
79
3.1 Rangka Konsep Kajian
3.2 Metodologi kajian
4.1 Proses Penghasilan Peta Guanatanah
4.2 Gunatanah kawasan kajian
4.3 Buffer kawasan institusi agama
80
4.7 Buffer kawasan institusi kerajaan
81
82
v
4.8 Buffer kawasan institusi kesihatan 83
4.9 Buffer kawasan perkuburan 84
4.10 Bufferkawasanlapang 85
4.11 Buffer kawasan kemudahan masyarakat 86
4.12 Buffer kawasan pembinaan 87
4.13 Buffer kawasan institusi pendidikan 88
4.14 Buffer kawasan utiliti awam 89
4.15 Jumlah Skor Pemberat Bagi Setiap Kawasan 92
VI
ABSTRAK
oemam oenggi (�O) dan oOB (OoB) merupakan antara penyakit berjangkityang terus mendatangkan ancaman kepada tahap kesihatan awam di negaraint Walaupun pelbagai usaha pencegahan dan pengawalan telahdilaksanakan oleh pihak berkuasa kesihatan, kejadian kes penyakit DO danDDS sejak kebelakangan ini dilaporkan semakin bertambah. Kejadian kes DOdan DDB disebabkan olen pelbagai faktor fizikal, alam sekitar, sosioekonomi,demografi dan juga perundangan dan kesemua faktor ini berbeza-beza antarasatu kawasan dengan kawasan yang lain dan juga sering berubah-ubah
mengikut masa. Berdasarkan kepada amalan semasa, aktiviti pencegahandan pengawalan penyakit akan dijalankan apabila bertakunya kejadian kespenyakit. Semasa ketiadaan kes penyakit, aktiviti pencegahan danpengawalan penyakit bergantung kepada petunjuk kepadatan nyamuk.Petunjuk kepadatan nyamuk memertukan data, peralatan, masa dan tenagakerja yang banyak. Kajian ini telah menggunakan elemen gunatanah sebagaiasas untuk membina pangkalan data ruangan bagi menilai tahap risikosesuatu untuk bertakunya kejadian kes penyakit DO dan DDB. Oenganmenggunakan analisis-analisis ruangan dan kaedah Model Indeks yangterdapat dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS), tahap risiko sesuatukawasan untuk bertakunya kejadian kes penyakit DO dan DoB dapat dikenalpasti. Hasil kajian mendapati tahap risiko yang tinggi -untuk berlakunyakejadian kes penyakit terletak di kawasan penempatan utama di kawasankajian. oengan itu, kajian ini dapat membantu pihak berkuasa kesihatan danPST untuk membuat keputusan bagi merancang dan melaksanakan aktivitipencegahan dan pengawalan penyakit DO dan oDB tanpa bergantungkepada petunjuk kepadatan nyamuk atau menunggu sehingga bertakunyakejadian kes penyakit.
vii
1.0 PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG
Penyakit Demam Denggi (�O) dan Oemam Oenggi Serdarah (��S)
merupakan antara penyakit berjangkit dan disebabkan oleh jangkitan virus
jenis Flavivirus yang dibawa oleh nyamuk Aedes aegypti dan Aedes
albopictus. Aedes aegypti dan Aedes albopictus kebiasaannya boleh didapati
di dalam rumah dan juga di sekitar kawasan rumah, kawasan hijau dan
terbuka di bandar dan juga di kawasan pertanian dan hutan. Transmisi virus
denggi berlaku apabila virus denggi yang terdapat di dalam badan nyamuk
dipindahkan kepada manusia ketika nyamuk tersebut menggigit manusia
untuk menghisap darah. Selain itu melalui kajian yang dijalankan di Malaysia
menunjukkan monyet juga terlibat di dalam kitaran transmisi virus denggi ini
(KMM, 1986; Pang, et aI., 1988).
Penyakit DO mempunyai sejarah yang panjang selaras dengan
perkembangan tamadun manusia. Kebanyakan pengkaji berpendapat
bahawa virus denggi ini berasal daripada benua Afrika dan disebarkan di
seluruh dunia melalui perkembangan pesat industri perkapalan dan
perdagangan di antara negara-negara di Eropah, Asia dan Afrika pada abad
ke 18 (Gubler, 1997). Nyamuk Aedes aegypti telah menjadikan bekas
simpanan air di dalam kapal sebagai habitat untuk membiak dan berjaya
mengekalkan kitaran transmisinya walaupun di dalam pelayaran yang lama.
Apabila kapal berkenaan berlabuh, nyamuk tersebut tersebar di kawasan
1
pelabuhan dan seterusnya ke kawasan pendalaman (Gubler, 2002).
Manakala penyakit Oemam Oenggi 8erdarah (008) mula dikesan terjadi
untuk pertama kali di Filipina pada tahun 1953 dan penyakit ini selalunya
menyerang kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun (KKM, 1986; PAHO,
1994; WHO, 1997; Gubler, 1997 dan Kuno, 1997).
Sejak akhir-akhir ini, kejadian kes penyakit DO dan 008 telah menunjukkan
peningkatan yang ketara di seluruh dunia, khususnya di Asia dan Amerika
Selatan. Penularan penyakit ini dikaitkan dengan perubahan sosial demografi
dan sosial yang berlaku di seluruh dunia (Gubler, 1997 dan 2002; Halstead,
1997). Perkembangan proses perbandaran, terutamanya proses perbandaran
yang tidak terkawal telah banyak menyumbang kepada peningkatan kejadian
kes penyakit DO dan 008 (Kementerian Kesihatan Malaysia, 1986; PAHO,
1994; WHO, 1997 dan Kuno, 1997). Kemajuan di dalam sistem
pengangkutan moden juga faktor utama kepada peningkatan kejadian kes
penyakit DO dan DDS di seluruh dunia (Kuno, 1997 dan Gubler, 2002).
Sistem pengangkutan moden, khususnya pengangkutan udara dan darat
membolehkan nyamuk dan manusia yang menjadi pembawa kepada virus
denggi bergerak dan menyebarkan penyakit berkenaan merentasi negara dan
benua dengan cepat.
Walaupun pelbagai usaha kawalan dan pencegahan telah dijalankan,
penyakit ini masih lagi merupakan satu masalah kesihatan awam yang serius
di seluruh dunia. WHO telah memperkenalkan kaedah pencegahan dan
pengawalan secara menyeluruh yang telah terbukti berkesan untuk mengawal
2
dan mengurus wabak penyakit ini (WHO, 1997). Secara umum, kaedah
pencegahan dan pengawalan penyakit secara menyeluruh ini meliputi kaedah
pengawalan vektor, pengurusan alarn sekitar, kaedah biologi dan kimia serta
kaedah penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan (WHO, 1997; PAHO,
1994; KMM, 1986; Reiter dan Gubler, 1997; Rupp, 1995 serta Muhar dan
Dale, 1998).
Kaedah ini memerlukan kombinasi pelbagai kaedah dan aktiviti yang
berlainan. WHO telah mengenal pasti potensi Sistem Maklumat Geografi
(GIS) sebagai salah satu teknologi baru yang berkesan bagi tujuan
pemantauan, pengurusan dan pengawalan penyakit berjangkit dengan lebih
cekap dan berkesan (Gatrell, et aI., 1998; Wilkinson, 1998 dan Rushton,
1998).
GIS merupakan satu sistem maklumat berasaskan komputer yang boleh
digunakan untuk mengumpul, mengurus, memodelkan, menganalisis serta
memaparkan semula data dan boleh digunakan alat untuk membantu proses
perancangan dan perlaksanaan aktiviti pengawalan dan pencegahan vektor
dan penyakit (Guthe, 1993; Kitron, et aI., 1994; Daw Su dan Tai Chang, 1994;
Sweeney. 1998; Tan dan Song, 1999 dan Thomson dan Connor. 2000).
Teknologi GIS boleh di guna dan dikembangkan bagi tujuan membantu
proses mengawal penyebaran penyakit yang merupakan elemen utama
dalam pengurusan penyakit berjangkil
3
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Seperti mana dengan negara-negara tropika yang lain, Malaysia juga
menghadapi masalah ancaman penyakit DO dan DDS. Akta Pemusnah
Serangga Pembawa Penyakit 1975 (APSPP-1975) telah diluluskan oleh
parlimen pada tahun 1975 dalam usaha untuk mengawal penyakit ini dan juga
penyakit-penyakit berjangkit yang lain. Menjelang tahun 1983, pengawasan
dan pencegahan penyakit DO dan DDS sepenuhnya terletak di bawah
tanggungjawab Rancangan Kawalan Penyakit-Penyakit Sawaan Vektor
(RKPSV), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM, 1999).
Pada tahun 1974, KMM telah mengeluarkan garis panduan pelan tindakan
kepada pihak berkuasa kesihatan dan Pihak Serkuasa Tempatan (PST) bagi
menangani kes dan wabak penyakit serta panduan untuk melaksanakan
aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit berkenaan. Melalui garis
panduan ini, keutamaan sesebuah kawasan untuk dilaksanakan aktiviti
pencegahan dan pengawalan penyakit akan dapat dikenal pasti. Garis
panduan pelan tindakan pencegahan dan pengawalan penyakit DO dan DDS
tetah disemak dan diubah suai pada tahun 1976, 1978, 1982 dan 1986
mengikut keperluan semasa (KMM, 1986).
Pada tahun 1997, garis panduan untuk mengenal pasti kawasan keutamaan
bagi metaksanakan aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit DO dan
DDS tetah diubah suai sekali lagi selaras dengan pembangunan
sosioekonomi serta trend kejadian dan penularan penyakit semasa (Tham,
4
2001). Garis panduan baru ini tetah menyenaraikan tiga kawasan keutamaan
untuk metaksanakan aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit DO dan
DDS berbanding empat kawasan keutamaan sebeJum ini (JaduaJ1.1).
Jadual 1.1 : Keutamaan dan Ciri-ciri Kawasan Untuk Melaksanakan
Aktiviti Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Denggi
1. Keutamaan I
2. Keutamaan II
3. Keutamaan III
Sumber : Tham (2001)
• Pemah terjadi wabak penyakit.• Mempunyai banyak kawasan perumahan.• Mempunyai kepadatan nyamuk Aedes yang
tinggi.• Kawasan bandar yang pemah terjadi satu
kes penyakit.• Kawasan bandar yang mempunyai
kepadatan nyamuk Aedes yang tinggi.
• Kawasan tumpuan orang ramai seperti
hospital, sekolah dan kawasan kilang.
• Kawasan luar bandar atau pinggir bandar
yang tidak bertaku kejadian kes penyakit
tetapi mempunyai kepadatan nyamuk Aedes
yang tinggi seperti kawasan tanah kosong
dan terbiar, kawasan pembuangan sampah,
kawasan perkuburan, taman permainan dan
lain-lain.
5
Oleh kerana perubahan fizikal, alam sekitar, sosial dan demografi
mempengaruhi trend penularan penyakit dan pembiakan nyamuk Aedes,
penyakit DD dan DDS merupakan penyakit yang mudah merebak sukar untuk
dikawal memandangkan keadaan fizikal, alam sekitar, sosial dan demografi di
sesuatu tempat berbeza-beza dengan tempat yang lain serta sering berubah
ubah mengikut masa. Dengan itu, kaedah pelaksanaan aktiviti-aktiviti
pencegahan dan pengawalan penyakit semasa ketiadaan kes penyakit perlu
dipertingkatkan lagi keberkesanannya (Tham, 2001 dan Satwan Singh, 2001).
Menurut Zahari (2001), berdasarkan kepada proses melaksanakan aktiviti
pencegahan dan pengawalan penyakit DD dan DDS yang diguna pakai pada
masa ini, pihak RKPSV telah mengenal pasti beberapa masalah yang wujud.
Masalah-masalah tersebut ialah:
i. Kaedah perlaksanaan aktiviti pencegahan dan pengawalan
penyakit.
ii. Petunjuk yang digunakan untuk melaksanakan aktiviti pencegahan
dan pengawalan penyakit.
iii. Data-data lain yang berkaitan.
iv, Anggota, peralatan dan kepakaran untukrnetaksanakan aktiviti
pencegahan dan pengawalan penyakit.
Aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit di negara ini hanya akan
dijalankan secara menyeluruh apabila te�adi kes atau wabak penyakit di
sesuatu kawasan. Manakala semasa tiada kes penyakit dilaporkan, aktiviti-
6
aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit hanya dilaksanakan secara rutin
dan berdasarkan kebiasaan pihak berkuasa kesihatan tempatan sahaja.
Sedangkan aktiviti pencegahan dan pengawalan semasa ketiadaan kes
penyakit dilaporkan sepatutnya dilaksanakan secara lebih teliti dan
menyeluruh bagi mengurangkan risiko berlaku kes atau wabak penyakit DO
dan ��S.
Semasa ketiadaan sebarang kes penyakit dilaporkan, petunjuk bagi
melaksanakan aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit di sesuatu
kawasan bergantung sepenuhnya kepada petunjuk kepadatan nyamuk.
Antara petunjuk kepadatan nyamuk yang selalu digunakan di negara ini ialah
Indeks Sreteau, Indeks Aedes dan Indeks Premis.
Untuk mendapatkan nilai atau bacaan petunjuk kepadatan nyamuk, ianya
memerlukan masa yang lama dan memerlukan peralatan yang banyak serta
tenaga kerja yang ramai. Data-data juga perlu di cerap secara berterusan
untuk mendapatkan petunjuk yang lebih tepat. Ini menyebabkan aktiviti
pencegahan dan pengawalan penyakit sukar untuk dilaksanakan pada masa
dan lokasi yang tepat.
Pembiakan nyamuk Aedes dan penularan penyakit DO dan DDS juga
mempunyai perkaitan yang amat rapat dengan faktor guna tanah. Perubahan
gunatanah yang ketara telah menyebabkan pola kejadian penyakit pada
tahun-tahun kebelakangan ini juga tidak hanya berlaku di kawasan bandar,
malah telah merebak ke kawasan pinggir bandar dan luar bandar yang
7
mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seperti kawasan taman-taman
perumahan (Zahari, 2001). Peningkatan keluasan kawasan tanggungjawab
pihak berkuasa tempatan, faktor kekurangan tenaga kerja, kos yang banyak
serta perfu dilaksanakan secara berterusan menyebabkan aktiviti pencegahan
dan pengawalan tidak dapat dijalankan di keseluruhan kawasan. Elemen
masa dan lokasi yang tepat untuk melaksanakan aktiviti pencegahan dan
pengawalan penyakit akan menjadi kunci keberkesanan aktiviti pencegahan
dan pengawalan tersebut.
Untuk mendapatkan lokasi dan masa yang tepat untuk melaksanakan aktiviti
pencegahan dan pengawalan penyakit DO dan OOB, faktor-aktor ruangan
yang berkaitan dengan pembiakan nyamuk dan penularan penyakit penu
diintegrasikan sepenuhnya dengan elemen-etemen yang tetah diambil kira
dalam aktiviti pencegahan dan pengawalan sebelum ini. Integrasi ini boleh
dilakukan sepenuhnya melalui pembentukan sebuah sistem pangkalan data
berkaitan dengan pembiakan vektor dan penularan penyakit serta elemen
masa.
Dengan adanya perkembangan teknotogi maklumat, komputer, sistem
komunikasi dan khususnya GIS, sistem pangkalan data yang dibangunkan
akan dapat mengintegrasikan elemen-elemen yang berkaitan dengan
pembiakan nyamuk dan penularan penyakit dan seterusnya menggunakan
data berkenaan bagi tujuan meramal bila dan di mana sesuatu kawasan itu
berpotensi untuk mencetuskan kejadian atau wabak penyakit. Keupayaan
keupayaan yang terdapat dalam GIS berupaya untuk membantu proses
8
membuat keputusan bagi melaksanakan aktiviti pengawalan dan pencegahan
penyakit DO dan DOB semasa kejadian kes penyakit tidak dilaporkan. Aktiviti
pengawalan dan pencegahan akan dapat dilaksanakan dengan cepat dan
tepat pada masanya tanpa perlu sesuatu kes atau wabak penyakit berlaku
terlebih dahulu.
1.3 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan kepada permasalahan kajian dan potensi GIS dalam aspek
pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit, termasuk penyakit DO dan
DOB, matlamat kajian ini ialah untuk mempertingkatkan lagi penggunaan data
ruangan bagi membantu proses membuat keputusan untuk merancang dan
melaksanakan aktiviti pencegahan dan pengawalan Berdasarkan kepada
matlamat tersebut, objektif yang lebih khusus bagi kajian ini ialah :
i. Menentukan faktor-faktor ruangan yang berkaitan dengan
pembiakan nyamuk dan penularan penyakit DO dan oOB.
ii. Membentuk dan membangunkan satu pangkalan data GIS untuk
diguna pakai bagi merancang aktiviti-aktiviti pencegahan dan
pengawalan penyakit DO dan ooB.
iii. Menggunakan pangkalan data yang dibangunkan untuk membuat
beberapa analisis ruangan yang berkaitan dengan pencegahan dan
pengawalan penyakit 00 dan OoB.
9
1.4 SKOP KAJIAN
Fokus kajian ini ialah untuk meningkatkan keberkesanan aktiviti pencegahan
dan pengawalan penyakit khususnya semasa tiada sebarang kes penyakit
00 dan DOS dilaporkan melalui pembentukan model ruangan. Aspek-aspek
yang akan membataskan kajian ini ialah:
i. Kajian ini mengambil kira faktor-faktor berkaitan dengan
pembiakan nyamuk dan penularan penyakit sebagai asas kepada
keperluan data untuk membentuk pangkalan data.
ii. Pangkalan data yang dibangunkan hanya memfokuskan kepada
faktor gunatanah semasa dengan mengambil kira elemen jarak
bagi membantu melaksanakan aktiviti-aktiviti pencegahan dan
pengawalan penyakit semasa tiada sebarang kes penyakit
dilaporkan.
iii. Pangkalan data yang dibangunkan hanyalah mempertimbangkan
kawasan kajian sahaja iaitu di sebahagian Mukim Ulu Semam
Timur di oaerah Satang Padang.
Kajian ini akan menggunakan peralatan komputer, perisian GIS, lain-lain
perisian serta kemudahan sokongan lain yang terdapat di Makmal GIS,
Jabatan Geografi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
10
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Berdasarkan kepada amalan semasa, aktiviti kawalan dan pencegahan
penyakit DO dan ooB di negara ini akan dilaksanakan secara menyeluruh
apabila berlakunya kes atau wabak penyakit di sesuatu kawasan. Manakala
semasa tiada sebarang kes penyakit dilaporkan, aktiviti pencegahan dan
pengawalan juga dilaksanakan tetapi keberkesanan aktiviti-aktiviti ini boleh
dipertingkatkan lagi. Kekurangan data, peralatan, kakitangan dan kemahiran
merupakan antara faktor yang membataskan keberkesanan aktiviti
pencegahan dan pengawalan penyakit semasa tiada sebarang kes
dilaporkan. Malah proses mengumpul data dan mengemas kini data yang
berkaitan juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi. oengan
mempertimbangkan keupayaan-keupayaan GIS da� kaedah analisis statistik,
kajian ini diharapkan akan dapat menghasilkan perkara-perkara berikut :
1. oapat memaparkan satu integrasi antara faktor-faktor mempengaruhi
pembiakan nyamuk dan penularan penyakit dengan elemen masa
dengan menggunakan GIS dan kaedah analisis ruangan bagi
pembentukan model.
2. Membangunkan satu keperluan data yang boleh digunakan untuk
membantu pihak yang berkepentingan, khususnya psr dan Pejabat
Kesihatan Daerah batang Padang untuk membuat keputusan bagi
merancang dan melaksanakan aktiviti pencegahan dan pengawalan
penyakit DO dan ooB semasa ketiadaan kes penyakit berkenaan
dilaporkan.
11
3. Melaksanakan proses analisis ruangan berdasarkan data dari
pangkalan data yang dibangunkan untuk mengenal pasti lokasi
kawasan yang berisiko tinggi untuk mencetuskan kejadian penyakit.
Dengan itu aktiviti pencegahan dan pengawalan penyakit DO dan DDS
akan dapat dilaksanakan pada masa dan lokasi yang lebih tepat.
4. Pangkalan data dan analisis ruangan yang dijalankan dapat dijadikan
asas bagi membantu dan meningkatkan lagi keberkesanan aktiviti
pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit berjangkit yang Jain di
kawasan yang lain dan seterusnya akan dapat meningkatkan kualiti
hidup penduduk secara keseluruhan.
5. Sebagai satu usaha untuk menerokai dan memperluaskan lagi
penggunaan GIS di negara ini di dalam peJbagai bidang khususnya di
dalam bidang kajian penyakit berjangkit yang mana negara ini masih
lagi berada di peringkat permulaan perkembangan dan penggunaan
GIS dan teknologi maklumat yang lain.
1.7 KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian terdiri daripada sebahagian Mukim Ulu Semam Timur, yang
tenetak dalam Daerah Satang Padang. Kawasan kajian mempunyai keluasan
sebanyak 693.73 hektar. Kawasan kajian meliputi kawasan bandar Tanjong
Malim, dan menganjur ke sempadan sebelah utara, iaitu sehinggakan ke
kawasan Sehrang 2020 dan juga merangkumi sebahagian kawasan Proton
City. Kawasan kajian merupakan kawasan yang sedang pesat dibangunkan,
12
khususnya dengan aktiviti perumahan, perindustrian ringan dan perindustrian
berat di kawasan Proton City. Selain itu kawasan kajian juga meliputi
kawasan tepu bina di bandar Tanjung Malim, yang merupakan pusat aktiviti
kegiatan perniagaan utama di Daerah Satang Padang selain daripada
kawasan bandar Tapah. Kawasan kajian juga merangkumi kawasan kampung
tradisional Melayu, kampung baru dan penempatan-penempatan yang tidak
teraneang yang wujud di sepanjang jalan utama ke Ipoh dan Rawang.
Selain itu kawasan kajian juga merupakan kawasan pertanian khususnya
kawasan penanaman kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Namun begitu,
banyak kawasan penanaman kelapa sawit dan dusun buah-buahan sedang
dibangunkan dengan aktiviti perumahan, perdagangan dan perkhidmatan
yang lain. Peta kawasan kajian ditunjukkan dalam rajah 1.1, manakala
gunatanah di kawasan kajian secara keseluruhan akan dibineangkan di bab
yang seterusnya.
Kawasan kajian juga merupakan antara kawasan yang mempunyai laporan
kes demam denggi dan demam denggi berdarah. Pada tahun 2001,
sebanyak 59 kes penyakit denggi telah dilaporkan di Daerah Satang Padang.
Pada tahun 2002, bilangan kes denggi di Daerah batang Padang ialah
sebanyak 173 kes dengan satu kematian. Pada tahun 2003, sebanyak 137
kes penyakit denggi di laporkan di daerah ini. Ini menunjukan Daerah Satang
Padang juga merupakan antara kawasan yang menghadapi aeaman
berlakunya kejadia kes dan wabak penyakit DO dan DDS.
13
r::::
.�'i?:::s:::r::::raII)
.. ra
... �<I>...<I> raE :::s:::0
:s:: "'""
I() "'""
..r::::ra.....
ra0::
2.0 ULASAN LlTERATUR
2.1 PENYAKIT DEMAM DENGGI DAN DEMAM DENGGI BERDARAH
2.1.1 Demam Denggi Dari Perspektif Global
Kejadian kes DD dan DDB telah dilaporkan di lebih 100 buah negara dan
dianggarkan lebih 2.5 bilion penduduk di kawasan bandar, separa bandar dan
juga penduduk luar bandar di kawasan tropika dan subtropika berpotensi
untuk dijangkiti oleh penyakit ini (WHO, 1997). Pada tahun 2001, dianggarkan
kira-kira 2,500 hingga 3,000 juta penduduk tinggal di kawasan yang berisiko
tinggi untuk dijangkiti penyakit DD dan DDB (Rajah 2.1).
_ Kawasan berisiko )
Sumber : WHO (2003)
Rajah 2.1: Kawasan yang berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit DDdan DDB pada tahun 2001
15
Menurut WHO, kawasan Selatan dan Tenggara benua Asia telah
menunjukkan peningkatan jumlah kes DO dan DDS sejak 15 tahun yang
lampau. Sepanjang tempoh 1996-1998, trend kematian akibat penyakit DO
dan DDS telah meningkat di India, Maldives, Myanmar, Malaysia, Kemboja,
Singapura, China, Laos, Indonesia, Filipina, Sri Langka, Myanmar, Viethnam
dan negara-negara di kepulauan Pasifik. Oi Amerika Tengah dan Amerika
Selatan juga menunjukkan peningkatan yang sarna dalam kejadian kes DO
dan DDS (PAHO, 1994 dan WHO, 1999). DO dan DDS juga dilaporkan
berlaku di kawasan tropika Afrika, utara Afrika dan kawasan Mediterinean di
Eropah. Pada kebelakangan ini, penyakit ini juga dilaporkan di kawasan
Florida, Amerika Sya rikat dan kawasan utara Australia (WHO, 1997).
Penularan penyakit ini khususnya di kawasan-kawasan yang baru merupakan
satu ancaman baru terhadap taraf kesihatan awam qi seluruh dunia.
2.1.2 Sejarah Penularan Penyakit DD dan DDS
Menurut catatan sejarah, laporan klinikal dan diagnosis pertama penyakit
yang berkaitan dengan DO telah dijumpai semasa pemerintahan Oinasti Chin
di China pada tahun 265-420 SM dan pada tahun 992 semasa pemerintahan
Dinasti Sung di Utara China. Pada tahun 1653, wabak penyakit DO telah
dilaporkan berlaku di French West Indies, di Panama pada tahun 1696, di
Mesir dan di Indonesia pada tahun 1799 dan di Pennsylvania, Amerika
Syarikat, India dan kawasan negara-negara Arab dan Teluk Parsi pada tahun
1780.
16