b ah as a m al ayal am - archive.org

4
Bahasa Malayalam മലയാളം malayā a Asli di India Wilayah Paling menonjol di Kerala, Lakshadweep dan Mahe (mayyazhi) di Pondicherry Penutur asli 45 juta (tiada tarikh) Keluarga bahasa Bahasa Dravidia Selatan Tamil-Kannada Tamil-Kodagu Tamil-Malayalam Bahasa Malayalam Status rasmi Bahasa rasmi di Negeri Kerala dan Wilayah kesatuan Lakshadweep dan Pondicherry Kod bahasa ISO 639- 1 ml ISO 639- 2 mal ISO 639- 3 mal Laman ini mengandungi teks Indic. Tanpa menjadikan sokongan anda mungkin melihat vokal janggal berposisi dan kekurangan bergabung. Lebih... Bahasa Malayalam Bahasa Malayalam adalah salah satu daripada 22 bahasa rasmi India yang dituturkan oleh sekitar 45 juta penduduk, dan merupakan bahasa utama di Kerala, sebuah negeri di India Selatan. Bahasa ini juga dituturkan di wilayah- wilayah Kesatuan Lakshadweep dan Pondicherry di Mahe/Mayyazhi. Bahasa Malayam tergolong dalam keluarga bahasa Dravidia, dan mempunyai tulisan tersendiri. Kedua-dua bahasa serta sistem penulisannya amat berkait dengan bahasa Tamil. Evolusi Perkembangan kesusasteraan Tulisan Kelainan bahasa dan pengaruh luar Lihat juga Pautan luar Bahasa Malayalam, bersama-sama dengan bahasa Tamil, Toda, Kota, Kodava Thakk dan Kannada tergolong dalam kumpulan selatan bahasa-bahasa Dravidia. Kesamaan bahasa Malayalam dengan bahasa Tamil paling ketara. Kaum Malayam Tamil Proto, leluhur bagi kaum Tamil dan Malayalam, mencapah selama empat atau lima abad sejak abad ke-9, dan menyebabkan bahasa Malayalam menjadi sebuah bahasa yang berbeza dengan bahasa Tamil. Sebagai sebuah bahasa kesusasteraan dan pentadbiran, bahasa Tamil telah amat mempengaruhi perkembangan bahasa Malayalam yang awal. Kemudian, pengaruh golongan Namboothiri dalam kehidupan kebudayaan Kerala; hubungan perdagangan dengan orang-orang Arab; penaklukan Kerala oleh Portugal serta pengasasan negeri- negeri vasal; Isi kandungan Evolusi

Upload: others

Post on 14-Apr-2022

3 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: B ah as a M al ayal am - archive.org

Bahasa Malayalamമലയാളം malayāḷaṁ

Asli di India

Wilayah Paling menonjol di Kerala,Lakshadweep dan Mahe (mayyazhi)di Pondicherry

Penuturasli

45 juta (tiada tarikh)

Keluargabahasa

Bahasa Dravidia

Selatan

Tamil-Kannada

Tamil-Kodagu

Tamil-Malayalam

Bahasa Malayalam

Status rasmi

Bahasarasmi di

Negeri Kerala dan Wilayah kesatuanLakshadweep dan Pondicherry

Kod bahasa

ISO 639-1

ml

ISO 639-2

mal

ISO 639-3

mal

Laman ini mengandungi teks Indic. Tanpamenjadikan sokongan anda mungkin melihatvokal janggal berposisi dan kekuranganbergabung. Lebih...

Bahasa MalayalamBahasa Malayalam adalah salah satu daripada 22bahasa rasmi India yang dituturkan oleh sekitar 45 jutapenduduk, dan merupakan bahasa utama di Kerala,sebuah negeri di India Selatan. Bahasa ini jugadituturkan di wilayah-wilayah Kesatuan Lakshadweepdan Pondicherry di Mahe/Mayyazhi.

Bahasa Malayam tergolong dalam keluarga bahasaDravidia, dan mempunyai tulisan tersendiri. Kedua-duabahasa serta sistem penulisannya amat berkait denganbahasa Tamil.

EvolusiPerkembangan kesusasteraanTulisanKelainan bahasa dan pengaruh luarLihat jugaPautan luar

Bahasa Malayalam, bersama-sama dengan bahasaTamil, Toda, Kota, Kodava Thakk dan Kannadatergolong dalam kumpulan selatan bahasa-bahasaDravidia. Kesamaan bahasa Malayalam dengan bahasaTamil paling ketara. Kaum Malayam Tamil Proto,leluhur bagi kaum Tamil dan Malayalam, mencapahselama empat atau lima abad sejak abad ke-9, danmenyebabkan bahasa Malayalam menjadi sebuahbahasa yang berbeza dengan bahasa Tamil.

Sebagai sebuah bahasa kesusasteraan dan pentadbiran,bahasa Tamil telah amat mempengaruhi perkembanganbahasa Malayalam yang awal. Kemudian,

pengaruh golongan Namboothiri dalam kehidupan kebudayaan Kerala;hubungan perdagangan dengan orang-orang Arab;penaklukan Kerala oleh Portugal serta pengasasan negeri-negeri vasal;

Isi kandungan

Evolusi

Page 2: B ah as a M al ayal am - archive.org

mempercepat asimilasi banyak ciri-ciri bahasa Romawi, Semitik, dan Indo-Arya ke dalam bahasaMalayalam pada peringkat-peringkat yang berbeza dan dituturkan oleh kasta-kasta dan komuniti-komunitiagama yang berbeza, seperti orang Hindu, Islam, dan Kristian.

Kerala, Kepulauan Lakshadweep, dan Mahe/Mayyazhi merupakan tiga tempat yang tunggal di dunia dimana bahasa Malayalam merupakan bahasa pertuturan yang utama.

Tatabahasa bahasa basahan Malayalam boleh didapati di www.geocities.com (http://web.archive.org/20090404082827/www.geocities.com/malayalamgrammar).

Rekod bahasa Malayalam tertulis yang terawal ialah inskripsi Vazhappalli (k.k. 830 Masihi).Kesusasteraannya yang awal terdiri daripada tiga jenis karangan:

Lagu-lagu klasik yang dikenali sebagai /Pattu/ daripada tradisi bahasa Tamil/Manipravalam/ daripada tradisi bahasa Sanskrit, yang membenarkan penggabungan bahasaSanskrit dengan bahasa MalayalamLagu rakyat yang kaya dengan unsur-unsur asli.

Puisi bahasa Malayalam pada lewat abad ke-20 menunjukkan berbagai-bagai tahap penggabungan antaraketiga-tiga unsur yang berbeza ini. Contoh yang tertua untuk /Pattu/ dan Manipravalam adalah masing-masing /ramacharitam/ dan /vaishikatantram/. Kedua-dua ini berasal dari abad ke-12.

Karya prosa terawal yang masih wujud ialah sebuah ulasan mengenai karya /Arthasastra/ yang dikarang olehChanakya. Ulasan itu ditulis oleh Bhashakautaliyam dalam bahasa Malayalam yang mudah pada abad ke-12. Karya Adhyathmaramayanam yang ditulis oleh Thunchaththu Ramanujan Ezhuthachan merupakan salahsatu karya yang terpenting dalam kesusasteraan bahasa Malayalam. Prosa bahasa Malayalam dari zaman-zaman yang berbeza menampilkan tahap-tahap pengaruh yang berbeza daripada berbagai-bagai bahasaseperti bahasa Tamil, Sanskrit, Prakrit, Pali, Yahudi, Hindi, Urdu, Arab, Parsi, Syriak, Portugal, Belanda,Perancis dan Inggeris. Kesusasteraan moden bahasa Malayalam adalah kaya dengan puisi, fiksyen, drama,biografi dan kritikan kesusasteraan.

Rencana utama: Tulisan bahasa Malayalam

Pada awal abad ke-9, /vattezhuthu/ (tulisan bulat) yang boleh dikesani melalui skrip Grantha ke skripBrahmi seIndia, melahirkan sistem tulisan bahasa Malayalam. Sistem ini berdasarkan suku kata yang harusdibaca sebagai satu unit, walaupun kebanyakan unsur yang melambangkan vokal dan konsonan yangberasingan boleh dikesani dengan mudah. Pada dekad 1960-an, bahasa Malayalam menghapuskan banyakhuruf khas yang melambangkan konsonan bertingkat serta gabungan-gabungan vokal /u/ dengan berbagai-bagai konsonan.

Bahasa Malayalam kini terdiri daripada 56 huruf, termasuk 20 vokal panjang dan pendek, dengan yang lainmerupakan konsonan. Gaya tulisan yang lebih awal kini digantikan dengan gaya baru sejak tahun 1981.Skrip baru ini telah mengurangkan jumlah huruf naskah bertaip daripada 900 menjadi kurang daripada 90huruf. Ini telah dilaksanakan untuk membolehkan bahasa Malayalam digunakan untuk papan kekunci mesintaip dan komputer.

Perkembangan kesusasteraan

Tulisan

Page 3: B ah as a M al ayal am - archive.org

Skrip Grantha asas

Pada tahun 1999, sebuah kumpulan yang digelarkan Rachana AksharaVedi dan yang diketuai oleh Chitrajakumar dan K.H. Hussein,menghasilkan satu set fon yang terdiri daripada seluruh himpunanaksara yang merangkumi melebihi 900 glif. Ini telah diumumkan danditerbitkan bersama-sama dengan penyunting pada tahun yang sama diThiruvananthapuram, ibu negeri Kerala. Pada tahun 2004, fon-fon ituditerbitkan di bawah lesen GNU GPL oleh Richard Stallman daripadaYayasan Perisian Bebas di Universiti Sains dan Teknologi Cochin,Kochi, Kerala.

Kelainan-kelainan pola nada suara, perbendaharaan kata, dan taburanunsur-unsur tatabahasa dan fonologi dapat dilihat, bersama-samadengan had kawasan, agama, komuniti, pekerjaan, lapisan sosial, gaya,dan daftar. Sebagaimana dengan bahasa-bahasa India yang lain,pengaruh bahasa Sanskrit adalah paling ketara dalam loghat-loghatkasta tinggi dan paling kurang dalam loghat-loghat kasta paling rendah.Terdapat banyak perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris, Syriak,Greek, Yahudi, Latin, dan Portugal dalam loghat-loghat Kristian, manakala loghat-loghat Islam mempunyaibanyak perkataan bahasa Arab dan Urdu. Bahasa Malayalam telah meminjam beribu-ribu kata nama,beratus-ratus kata kerja, dan sebilangan kata tegar daripada bahasa Sanskrit. Sebilangan perbendaharaankata bahasa Sanskrit juga telah diserap dalam bahasa Malayalam. Seperti di kawasan-kawasan India yanglain, bahasa Sanskrit telah dianggap sebagai satu bahasa untuk golongan bangsawan dan cendekiawan, iaituserupa dengan bahasa Latin dalam sejarah Eropah.

Bagiamanapun, pengaruh bahasa Sanskrit yang lebih kuat telah dihadkan kepada loghat NamboothiriMalayalam yang ditutur oleh penutur-penutur yang merupakan kurang daripada 2% daripada jumlah penuturbahasa Malayalam.

Senarai-senarai perkataan dan perkataan terbitan bahasa Malayalam di Wiktionary, sebuahkamus bebas dan projek kembar WikipediaBahasa-bahasa India

Beary bashemũɴDemografi India – untuk senarai bahasa rasmi di India.Judeo-MalayalamKeralaKesusasteraan MalayalamKewartawanan MalayalamPawagam MalayalamSenarai bahasa kebangsaan IndiaSenarai bahasa India mengikut jumlah penuturSenarai tempat di KeralaTakwim Malayalam

Kelainan bahasa dan pengaruh luar

Lihat juga

Pautan luar

Page 4: B ah as a M al ayal am - archive.org

Wikipedia Bahasa Malayalam,ensiklopedia bebas

Laman web e-Pelajaran Bahasa Malayalam olehNORKA, Kerajaan Kerala (http://www.entemalayalam.org)Aplikasi dan sumber bebas bahasa Malayalam untuk LINUX dan Windows (http://www.clickeralam.org)Laman web yang baik untuk membelajari bahasa Malayalam (http://www.jaimalayalam.com)Forum pertama dalam talian untuk kesusasteraan bahasa Malayalam (http://www.sahithyam.cjb.net)Maklumat bahasa Malayalam di Jabatan Perhubungan Awam, Kerajaan Kerala (http://www.prd.kerala.gov.in/prd2/mala/mala.htm)Tatabahasa bahasa Malayalam basahan (http://web.archive.org/20090404082827/www.geocities.com/malayalamgrammar)Terjemahan frasa-frasa Bahasa Malayalam yang berguna dalam bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa India yang lain (http://www.languageshome.com/English-Malayalam.htm)Carta Kod Unikod untuk bahasa Malayalam (format PDF) (http://www.unicode.org/charts/PDF/U0D00.pdf)Laman web writeKA: Pentransliterasi bahasa Inggeris-bahasa Malayalam dalam talian (http://www.writeka.com/malayalam.html)Laporan Ethnologue dalam bahasa Malayalam (http://www.ethnologue.org/show_language.asp?code=MJS)Kamus Bahasa Malayalam dalam talian (http://www.malayalamdictionary.com)Radio Internet Malayalam (memerlukan pemuatan turun pemain untuk mendengar) (http://www.radiodumdum.com)Malayalam Search Engine (http://www.malayalamsearch.com)Penukar bahasa India (http://www.iit.edu/~laksvij/language/malayalam.html) – satu cara untukmentransliterasi huruf romawi ke unikod bahasa MalayalamPenyunting Teks, Penyunting Kaedah Input, dan Fon Unikod bahasa Malayalam (http://varamozhi.sf.net) – untuk Windows, Linux, dan Mac.Penyunting Chowara: Penyunting bahasa Malayalam Ver. 2.0 (http://www.puzha.com/puzha/chowara/) – penyunting dan fon bahasa Malayalam boleh dimuat turun

Diambil daripada "https://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bahasa_Malayalam&oldid=4835649"

Laman ini kali terakhir disunting pada 22:44, 10 Jun 2020.

Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma tambahan mungkindigunakan. Lihat Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.