b u l e t i n 5 s p u s a t k e s i h a t a n · bagi meraikan kejayaan pusat kesihatan uitm yang...
TRANSCRIPT
Bagi meraikan kejayaan Pusat Kesihatan UiTM yang telah mendapat ‘Pensijilan Persekitaran Berkualiti (5S)’ dari Perbadanan Produktiviti
Malaysia (MPC) yang diperolehi pada 13 Julai 2011 yang lalu, maka pada 28 September 2011 telah diadakan acara ‘Majlis Kemuncak
Amalan Persekitaran Berkualiti Pusat Kesihatan UiTM 2011’ bertempat di dewan Seri Impian Hotel UiTM Shah Alam
Majlis diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UiTM Dato’ Prof. Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, wakil dari MPC Tuan Haji Abdul Rahim
Yusoff Pengarah Kanan Jabatan Kecemerlangan Perniagaan Perbadanan Produktiviti Malaysia, pegawai- pegawai kanan UiTM, Konsultant
QE/5S En. Nazri Kulup Mahmud dari NKMQ dan semua staf Pusat Kesihatan UiTM.
Penyampaian sijil berkenaan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Abdul Rahim Yusoff sendiri dan disampaikan kepada Pengarah Pusat
Kesihatan UiTM Dr Zaiton Nasir dengan disaksikan oleh Naib Canselor UiTM Dato’ Prof. Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar dan semua hadirin.
Dato’ Naib Canselor kemudiannya berkenan menyampaikan sijil dan cenderahati kepada penyandangan kategori Ikon 5S Pusat Kesihatan
2011 iaitu Matron Mahani Daud dan Kumpulan 5S Cemerlang 2011 yang jatuh kepada Kumpulan Nilam dan di ikuti oleh kumpulan Delima
dan Kumpulan Zamrud.
MAJLIS KEMUNCAK AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI
E D A R A N D A L A M A N S A H A J A
K E L U A R A N 0 3 / 2 0 1 1 ( D I S E M B E R 2 0 1 1 )
B U L E T I N 5 S
P U S A T K E S I H A T A N
Persiapan sebelum majlis berlangsung
Cabutan bertuah
Penyampaian Sijil QE/5S secara rasmi
Ikon 5S Matron Mahani Daud
K O N V E N S Y E N P E R S E K I T A R A N B E R K U A L I T I ( 5 S )
P E R I N G K A T W I L A Y A H T E N G A H
mukasurat 2 B U L E T I N 5 S
Pada 25 Julai, seperti yang telah dijadualkan, Pusat Kesihatan telah membuat pembentangan mengenai Amalan Persekitaran
Berkualiti yang telah diamalkan di Pusat Kesihatan UiTM sehingga berjaya memperolehi Anugerah Pensijilan.
Sebanyak 23 buah organisasi lain terdiri dari jabatan-jabatan kerajaan, badan-badan berkanun syarikat-syarikat swasta lain turut
sama membuat pembentangan pada hari tersebut
Walaupun membuat persediaan dalam tempoh masa yang amat suntuk, Pusat Kesihatan mampu membuat pembentangan di
Konvensyen tersebut dengan baik dan telah mendapat kejayaan cemerlang dengan dianugerahkan ‘Anugerah 3 Bintang’ dan layak
menyertai Konvensyen Persekitaran Berkualiti Peringkat Kebangsaan yang dijangka akan diadakan pada 19-20 Oktober 2011 di
Sunway Pyramid Hotel Subang Jaya.
Persembahan slaid
Majlis penyampaian sijil Anugerah 3 Bintang
K O N V E N S Y E N P E R S E K I T A R A N B E R K U A L I T I ( 5 S )
P E R I N G K A T K E B A N G S A A N
Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam sekali lagi telah di jemput oleh MPC untuk membuat
pembentangan mengenai Amalan Persekitaran Berkualiti di dalam Konvensyen
Persekitaran Berkualiti (5S) Kebangsaan 2011 di Sunway Pyramid Convention Centre.
Jemputan ini adalah berdasarkan kepada kekayaan yang dicapai dalam pembentangan
konvensyen persekitaran berkualiti (5S) Peringkat Wilayah Tengah dahulu.
Sebanyak 48 buah organisasi lain turut dijemput untuk dipertandingkan dan dibahagi
mengikut sektor iaitu Sektor Awam (Kategori Persekutuan dan Negeri) Sektor Awam
(Badan Berkanun –Kategori Persekutuan dan Negeri) dan Sektor Swasta (Kategori
Perkhidmatan dan Pembuatan). Pusat Kesihatan telah berjaya mendapat Anugerah
Pingat Emas dalam konvensyen ini.
Persembahan slaid
Sesi bergambar Sijil Anugerah Emas
H A S I L A U D I T D A L A M 5 S / Q E P U S A T K E S I H A T A N
mukasurat 3 K E L U A R A N 0 3 / 2 0 1 1 ( D I S E M B E R 2 0 1 1 )
K E P U T U S A N P E R T A N D I N G A N Q E / 5 S
KUMPULAN TERBAIK QE/5S BULANAN 2011
Pertandingan Patuh 3S : 21/9/2011
Pemenang Bersama – zamrud & nilam
Pencarian terpantas (individu) : 21/10/2011
Haslinda Kasmin
Norazah Padil
Nor Azlina Nawawi
BIL BULAN KUMPULAN
1 Julai Delima
2 Ogos Nilam
3 September Delima
4 Oktober Delima
5 November Nilam
Penaung
Y Bhg. Prof. Dato’ Dr Abdullah Mohamad Said
Penasihat
Dr Zaiton Nasir
Ketua Editor
Dr Adibah Mokhtar
Sumbangan artikel
Dr Hasanah Bahar
Dr Rose Nani Yahya
Nor Azlina Nawawi
Norazah Padil
Ros Haslina Kamaruddin
Nurazreen Amil
Nur Deilla Razali
Konsep dan Rekabentuk
Dr Dzulkifli Sahlan
S I D A N G R E D A K S I L A W A T A N P E N A N D A A R A S A N Q E / 5 S K E P U S A T
K E S I H A T A N 2 0 1 1
16/8/11: FAKULTI SAINS KESIHATAN
UiTM KAMPUS PUNCAK ALAM
27/9/11: FAKULTI SENIBINA, PER-
10/11/11: UNIT KESIHATAN UiTM
PAHANG
9/11/11: MQA
(MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY)
16/11/11: PUSAT KAUNSELING UiTM
SHAH ALAM
22/11/11: IBU PEJABAT POLIS BANTUAN
UiTM SHAH ALAM
11/11/11: KOLEJ SEROJA UiTM SHAH
2/11/11: KOLEJ MELATI UiTM SHAH
ALAM
4/11/11: KOLEJ DELIMA UiTM SHAH