b05-01-01-le1-1ais=alat lukisan
DESCRIPTION
asas lukisanTRANSCRIPT
TAJUK KEMAHIRAN DAN TAHAP
ELEKTRONIK INDUSTRI – TAHAP 1 (TAHUN 1)
No. DAN TAJUK MODUL M-01 MECHANICAL DRAWING
No. DAN TAJUK PENGALAMAN PEMBELAJARAN
LE-1 BINA LUKISAN MEKANIKAL
OBJEKTIF PRESTASI AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE
BINA LUKISAN MEKANIKAL DENGAN MENGGUNAKAN SET LUKISAN DAN ALATULIS SUPAYA LUKISAN DAPAT DIHASILKAN MENGIKUT SPESIFIKASI PIAWAI (STANDARD) YANG DITETAPKAN.
ISI KANDUNGAN
LE-1 BINA LUKISAN MEKANIKAL
TASK 01.01 – Produce Mechanical Drawing.
Rev. : 24/07/2006
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK ARAU PERLIS
KERTAS PENERANGAN
( B05-01-01-LE1-IS1a )
NO. & TAJUKPENGALAMAN PEMBELAJARAN
LE-1 Bina Lukisan Mekanikal
NO. & TAJUK TUGASAN
01.04 - Produce Mechanical Drawing.
TEMPOH : 1 jam Code No. : B05-01-01-LE1-IS1a Muka : 2 drp. 9
TAJUK : ALAT LUKISAN MEKANIKAL
TUJUAN :
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan bagaimana mengenal dan menggunakan peralatan-peralatan asas lukisan mekanikal disamping mengetahui teknik-teknik serta menjaga peralatan tersebut.
1. PERALATAN LUKISAN
Peralatan Lukisan Keterangan
a) Papan / Meja Lukisan
(a)
(a)
Rajah 1.1 : Papan / Meja Lukisan
Papan Lukisan biasanya berukuran 60 cm x 80 cm, diperbuat dari papan jenis lembut ataupun plastik, seperti di dalam rajah 1.1(a).
Meja lukisan pula biasanya bersaiz lebih besar dimana permukaan mejanya boleh dilaras kecondongan dan ketinggiannya, seperi dalam rajah 1.1(b). Sesetengah meja lukisan mempunyai permukaan yang bermagnet serta dilengkapi dengan sesikut-T dan set segitiga yang boleh digerakkan dengan mudah.
Permukaan papan / meja lukisan mestilah rata serta bucu sebelah kiri dan kanannya rata dan bersudut 900 bagi menghasilkan lukisan yang tepat.
Langkah-langkah penjagaan.
Permukaan papan / meja lukisan mestilah dibersihkan daripada habuk/kotoran sebelum dan selepas digunakan.
Elakkan dari menebuk lubang, menggasah pensil atau memotong kertas dengan menggunakan pisau di atas permukaan papan / meja lukisan .
Elakkan dari melukis atau menconteng apa-apa juga bentuk di atas permukaan papan / meja lukisan.
Pastikan bahagian bucu dan tepi papan / meja lukisan dalam keadaan rata, lurus dan bersudut tepat (900) antara satu sama lain.
Rev. : 24/07/2006
Code No. : B05-01-01-LE1-IS1a Muka : 3 drp. 9
Peralatan Lukisan Keterangan
b) Sesiku-T (Tee Square)
Rajah 1.2 : Sesiku-T
Diperbuat daripada kayu keras atau plastik tebal dan boleh didapati dengan pelbagai saiz. Ia dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu bahagian kepala dan bilah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.2.
Ianya digunakan di atas papan / meja lukisan dengan cara menggelungsurkan ke atas atau ke bawah dan pastikan bahagian kepalanya setiasa rapat dengan tepi papan/meja lukisan untuk membina garis mendatar yang lurus.
Sesiku-T yang dilekatkan pada meja lukisan adalah mudah digunakan atau digerakkan.
Langkah-langkah penjagaan.
Jangan gunakan sesiku-T untuk menekan paku tekan atau memotong kertas dan sebagainya dengan pisau.
Sebaik-baiknya ianya disimpan dengan cara menggantungkannya dengan bahagian kepalanya ke bawah.
c) Sesiku Segitiga (Set Square)
Rajah 1.3(a) : Sesiku Segitiga
Rajah 1.3(b) : Sesiku Segitiga Boleh
Laras
Sesiku segitiga dibuat daripada bahan yang lutsinar dan terdiri daripada dua sesiku yang berbentuk segitiga seperti dalam rajah 1.3(a).
Segitiga tersebut mempunyai sudut 30o dan 60o serta satu lagi bersudut 90o dan 45o.
Sesiku segitiga digunakan bersama-sama dengan sesiku-T untuk melukis garisan tegak dan garisan condong dengan cara menggelungsurkan ke kanan dan ke kiri di atas bilah sesiku T.
Kombinasi sesiku segitiga boleh melukis garisan condong yang bersudut 15o dan 75o selain dari sudut-sudut 30o, 60o, 90o dan 45o.
Terdapat juga sesiku segitiga yang bolehlaras bagi mendapatkan sudut-sudut yang dikehendakki. Lihat rajah 1.3(b).
Langkah-langkah penjagaan.
Pastikan setiap tepi sesiku segitiga berkeadaan lurus.
Jangan biarkan sesiku segitiga dalam keadaan melengkung.
d) Pensil Lukisan
Rajah 1.4(a) : Pensil Lukisan Jenis Kayu
Rajah 1.4(b) : Pensil Mekanikal
Pensil untuk membuat lukisan mekanikal samada dari jenis Pensil Jenis Kayu ataupun Pensil Mekanikal dimana mata pensil mekanikal tidak perlu ditajamkan. Lihat rajah 1.14(a) dan 1.14(b).
Mata pensil biasanya diklasifikasi berdasarkan kehitamanya. Ianya terbahagi kepada 3 gred iaitu keras, sederhana dan lembut. Lihat rajah 1.14(c).
Gred Keras diantara 9H hingga 4H. Biasanya gred ini digunakan untuk menghasilkan garisan ringan seperti garisan binaan, garisan panduan penghurufan dan garisan yang memerlukan ketepatan.
Rev. : 24/07/2006
Bilah
Kepala
Code No. : B05-01-01-LE1-IS1a Muka : 4 drp. 9
Peralatan Lukisan Keterangan
Rajah 1.4(c) : Gred-gred Mata Pensil
Rajah 1.4(a) : Cara Memegang Pensil Mekanikal
Gred Sederhana adalah seperti 3H, 2H, H, F, HB dan B. Digunakan untuk menghasilkan garisan ringan. Sesuai digunakan untuk membuat lakaran penghurufan, tanda anak panah, garisan objek dan garisan tengah.
Gred Lembut adalah antara 2B hingga 7B. Digunakan untuk menghasilkan garisan kasar dan menwarnai objek. Pensil gred ini membolehkan kertas menjadi kotor dan comot jika tidak digunakan dengan cermat.
Langkah-langkah penjagaan.
Pastikan mata pensil sentiasa tajam dan tidak terdapat sebarang kotoran yang terlekat.
Tekanan yang sekata dikenakan pada keadaan pusingan yang sekata.
Cara yang baik untuk menajamkan mata pensil ialah dengan kertas pasir.
Bagi pensil mekanikal, jangan tekan terlalu kuat kerana boleh menyebabkan mata pensil patah.
Cara memegang pensil mekanikal seperti ditunjukkan dalam rajah 1.4(d).
e) Pemadam (eraser)
Rajah 1.5 : Pemadam
Pemadam Pensil digunakan untuk memadam garisan dan tulisan yang dibentuk dengan menggunakan pensil. Manakala pemadam Dakwat adalah lebih keras/kasart dimana garisan yang dibentuk dengan dakwat dapat dipadamkan.
Pemadam pensil adalah lebih lembut berbanding dengan pemadam dakwat.
Pemadam yang berkualiti akan dapat memadam garisan tanpa meninggalkan sebarang kesan kasar dan kotoran kepada permukaan kertas. Rajah 1.5 menunjukkan contoh-contoh getah pemadam.
Langkah-langkah penjagaan.
Pilih pemadam yang sesuai agar tidak merosakkan permukaan kertas.
Letakkan kertas keras di bawah permukaan yang hendak dipadam bagi menghilangkan kesan lurah pensil dan juga serabut.
Gunakan berus atau kain yang bersih untuk membuang habuk pemadam di atas kertas lukisan, elakkan dari menggunakan tangan.
Jangan tekan terlalu, ini akan menyebabkan kertas melengkung yang dihasilkan oleh tekanan pemadam tadi.
ERASING SHIELD digunakan untuk melindungi bahagian yang tidak dipadam.
f) Perisai Pemadam (Erasing Shield)
Diperbuat daripada logam nipis atau plastik. Mempunyai berbagai-bagai bentuk lubang yang bertujuan sebagai panduan memadam sesuatu garisan tanpa menganggu
Rev. : 24/07/2006
Code No. : B05-01-01-LE1-IS1a Muka : 5 drp. 9
Peralatan Lukisan Keterangan
Rajah 1.6(a) : Perisai Pemadam
Rajah 1.6(b) : Cara Menggunakan Perisai Pemadam
atau terpadam garisan lain yang berhampiran.
Cara menggunakan alat ini ditunjukkan dalam rajah 1.6(b) iaitu letakkan perisai di atas permukaan kertas lukisan dengan garisan yang hendak dipadam dinampakkan melalui bentuk lubang yang sesuai pada perisai. Kemudian gosokkan getah pemadam pada lubang berkenaan dan ini dapat memadam garisan pada lubang tersebut sahaja tanpa terpadam garisan yang berhampiran.
Langkah-langkah penjagaan.
Jangan dilipatkan perisai pemadam kerana ianya akan menjadi tak rata dan mungkin akan patah.
g) Plat Pencontoh (Template)
Rajah 1.7 : Contoh Bentuk Plat Pencontoh
Sebagai alat tambahan untuk membantu pelukis mendapatkan keseragaman bentuk serta mempercepatkan masa melukis.
Contohnya, pelukis akan lebih cepat menggunakan plat pencontoh bulat untuk melukis buatan berbanding menggunakan alat jangka lukis (compass).
Plat pencontoh terdapat dalam berbagai-bagai bentuk seperti bulatan, elips, segiempat, segitiga dan bentuk-bentuk simbol tertentu mengikut bidang khusus kejuruteraan seperti kejuruteraan elektronik, elektrik, binaan arkitek dan lain-lain lagi. Dalam Rajah 1.7 ditunjukkan sebahjgain daripada pencontoh yang boleh didapati bagi membantu dalam kerja-kerja melukis.
h) Set Jangka Lukis
(a) Jangka Lukis
(b) Jangka Pembahagi
Set Jangka Lukis biasanya mengandungi dua alatan iaitu Jangka Lukis (compass) dan Jangka Pembahagi (divider) seperti ditunjukkkan di rajah 1.8.
Jangka Lukis digunakan untuk melukis bulatan. Satu kakinya mempunyai jarum yang digunakan sebagai penanda pusat bulatan manakala satu kaki lagi mempunyai mata pensil yang digunakan untuk melukis garis bulatan.
Jangka Pembahagi digunakan untuk membahagi sesuatu garisan dengan sama jarak atau memindahkan jarak atau ukuran. Biasanya ia mempunyai kedua-dua hujung kakinya yang berjarum dan juga ada yang mempunyai penyelaras sengkangan.
Langkah-langkah penjagaan.
Rev. : 24/07/2006
Penyelaras Sengkangan
Code No. : B05-01-01-LE1-IS1a Muka : 6 drp. 9
Peralatan Lukisan Keterangan
Rajah 1.8 : Set Jangka Lukis
Rajah 1.9 : Pemasangan mata pensil yang perlu dielakan
Hujung mata jarum perlu dijaga agar ianya sentiasa lurus dan tajam.
Hujung mata pensil perlulah diletakkan dengan cara yang betul dan sentiasa tajam.
Gunakan kertas pasir untuk menajamkan mata pensil dengan cara yang betul (60o kecondongan).
RAJAH 1.10 Cara menajamkan mata pensil pada alat janka lukis dan kedudukan yang betul
i) Lengkung Perancis (French Curve) dan Lengkung Boleh Lentur (Flexible Curve)
Rajah 1.11(a) : Bentuk-bentuk
Lengkung Perancis
Rajah 1.11(b) : Bentuk Lengkung
Boleh Lentur
Digunakan untuk melukis lengkung-lengkung yang tidak sekata seperti lengkuk elips dan bentuk lengkung-lengkung yang lain.
Alat ini dibuat daripada bahan plastik lutsinar dan boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti dalam rajah 1.11(a).
Sesetengah lengkong boleh dilukis secara tepat dengan menggunakan Lengkung Boleh Lentur (flexible curve) seperti pada rajah 1.11(b).
Lengkung Boleh Lentur ini diperbuat daripada bahan plastik boleh lentur yang berteraskan plumbum lembut.
Cara menggunakannya
Seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.12 iaitu dengan menentukan terlebih dahulu titik-titik lengkuk yang hendak dibentuk.
Setelah titik-titik ditentukan, gunakan alat ini dan pilih bahagian lengkung yang sesuai dengan titik-titik tersebut.
Tidak semestinya memilih bahagian lengkung yang bersesuaian dengan keseluruhan titik, tetapi lengkuk boleh dibentuk sedikit demi sedikit mengikut kesesuaian lengkung Perancis.
Rev. : 24/07/2006
Code No. : B05-01-01-LE1-IS1a Muka : 7 drp. 9
Peralatan Lukisan Keterangan
Rajah 1.12 : Cara menggunakan lengkung Perancis untuk membentuk lengkung tidak sekata.
j) Kertas Lukisan
Rajah 1.13 : Saiz Piawai Kertas Lukisan
Terdapat pelbagai saiz piawai kertas lukisan yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Saiz-saiz kertas tersebut seperti ditunjukkan dalan rajah 1.13.
Tracing paper juga selalu digunakan kerana ianya lebih licin dimana sesuai jika menggunakan Technical Pen. Kertas ini juga adalah lutsinar yang akan memudahkan kerja-kerja menekap. Oleh kerana permukaan kertas ini licin dan halus, setiap kesalahan yang dilakukan hendaklah menggunakan pemadam khas atau ‘razor blade’
k) Pita Perekat (Drafting tape atau masking tape
Pita perekat digunakan untuk melekapkan bahagian penjuru kertas lukisan pada papan lukisan.
Terdapat pelbagai jenis pita perekat seperti pita selofan (cellophane tape), masking tape, pita kertas dan double sided tape.
Perekat berbentuk kepingan nipis besi juga digunakan untuk melenkapkan kertas di atas papan lukisan yang telah mempunyai permukaan magnet atau kemudahan clip bermagnet.
Rev. : 24/07/2006
Kod ISO
Saiz Kertas (mm)
A0A1A2A3A4A5A6
841 x 1188594 x 841420 x 594297 x 420210 x 297148 x 210105 x 148
Code No. : B05-01-01-LE1-IS1a Muka : 8 drp. 9
SOALAN:
1. Nyatakan 3 cara penjagaan papan lukisan
i) ______________________________________________________
ii) ______________________________________________________
iii) ______________________________________________________
2. Nyatakan 3 jenis mata pensil yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan.
i) ______________________________________________________
ii) ______________________________________________________
iii) ______________________________________________________
3. Terangkan bagaimanakah cara untuk menajamkan pensil dan nyatakan sudut?
______________________________________________________
4. Sebutkan 5 langkah yang perlu diikuti apabila menggunakan PEMADAM.
i) ______________________________________________________
ii) ______________________________________________________
iii) ______________________________________________________
iv) ______________________________________________________
v) ______________________________________________________
5. Terangkan mengapa perisai pemadam diperlukan ketika memadam?
______________________________________________________
6. Nyatakan 3 saiz berserta kod ISO kertas yang digunakan dalam lukisan kejuruteraan.
i) ______________________________________________________
ii) ______________________________________________________
iii) ______________________________________________________
7. Nyatakan peralatan yang digunakan untuk menyambungkan titik ke titik.
Rev. : 24/07/2006
Code No. : B05-01-01-LE1-IS1a Muka : 9 drp. 9
_____________________________________________________
RUJUKAN:
1. MOHD NOH BIN SARIP & MD. NASIR BIN ABD. MANAN; LUKISAN KEJURUTERAAN TINGKATAN 4; ISBN 983-62-7434-0; DBP 2005; PETALING JAYA; MS 9 - 13
2, MD. NASIR ABD. MANAN (1989), LUKISAN GEOMETRI, PETALING JAYA, IBS, ISBN 967-950-125-6, MS 12-23,
Rev. : 24/07/2006